Upload
bagilabahan
View
216
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
KATA PENGUAT
Kata penguat ialah perkataan yang hadir sebelum atau selepas kata
adjektif dengan tujuan untuk menguatkan maksud yang
terkandung dalam kata adjektif.
SOALAN1. Cepat………… dia makan.2. Rumah orang tua itu …………….usang.3. Budak yang kecil itu ………… pandai.4. Baju yang dipakainya ……………. cantik.5. Hujan yang turun pagi tadi …………… lebat.6. Hujan yang turun pagi tadi lebat ……….7. Indah ……… pemandangan di tepi pantai itu pada
waktu senja.8. Rumah Encik Khair besar……….9. Rumah Encik Khair ………… besar.10.Anak kecil itu aktif………..
JAWAPAN 1. Cepat benar,betul,sekali dia makan.2. Rumah orang tua itu agak,terlalu,paling usang.3. Budak yang kecil itu paling,agak,terlalu pandai.4. Baju yang dipakainya sungguh,amat,sangat cantik.5. Hujan yang turun pagi tadi sungguh,amat, sangat
lebat.6. Hujan yang turun pagi tadi lebat sungguh,amat,
sangat7. Indah nian pemandangan di tepi pantai itu pada waktu
senja.8. Rumah Encik Khair besar sungguh, amat,sangat.9. Rumah Encik Khair sangat, amat,sangat besar.10. Anak kecil itu aktif sekali.
Terdapat 3 jenis kata penguat:
1. Kata penguat hadapan2. Kata penguat belakang3. Kata penguat bebas
KATA PENGUAT HADAPAN CONTOH
terlalu Baju di pasar raya itu terlalu mahal.
agak Jalan di kawasan itu agak bahaya.
paling Sambal tumis itu paling sedap.
FORMULA HADAP-TAP
FORMULA BELAKANG-SBBNKATA PENGUAT BELAKANG CONTOH
sekali Pendapat murid itu baik sekali.
benar Cantik benar rantai mutiara ini.
betul Besar betul rumah Ah Meng.
nian Nyaman nian udara di puncak pusat peranginan tanah tinggi.
FORMULA BEBAS- BAS (SAS)
Kata penguat bebas Contoh
sangatBeg pakaian yang dibawa oleh Suria sangat berat.
Beg pakaian yang dibawa oleh Suria berat sangat.
amat Kraf tangan itu amat cantik.
Kraf tangan itu cantik amat.
sungguhKereta yang dipandu oleh Osman sungguh laju.
Kereta yang dipandu oleh Osman laju sungguh.
GURU SEDIAKAN KATA PENGUAT @ SETIAP PELAJAR TULIS KATA
PENGUAT 1M 2KP MINTA SETIAP PELAJAR MASUKKAN
KE DALAM KOTAK IKUT KATEGORI
AKTIVITI 1
SETIAP PELAJAR DIBERI 1@2 KATA PENGUAT
GURU MEMAPARKAN KATA ADJEKTIF PELAJAR YANG
MEMEGANG KAD AKAN BANGUN DAN BERIKAN JAWAPAN
AKTIVITI 2
BERPANDUKAN FORMULA NYATAKAN KEDUDUKAN ATAU KATA PENGUAT
YANG SESUAI
1. COMEL2. MANIS3. LEMAK4. KELAT5. RINDU
6. GOPOH7. DERAS8.LAJU9.LINCAH10.NYARIS11. HAMPIR12.SUNTUK
13. LAMA14. BULAT15. LEPER16.BUNCIT17. NYAMAN18. NIPIS19. JAHAT20. LEMAH
BUAT KUMPULAN KECIL
SETIAP KUMPULAN SILA SEDIAKAN 5 SOALAN UNTUK DIJAWAB OLEH KUMPULAN LAIN
JAWAB.
Terdapat juga unsur penguat yang boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif.
Contohnya, sungguh amat merdu, sungguh kurang sopan dan terlalu amat pedih.
Kesilapan kata penguat Salah betul
paling terbaik sekali baik sekali / terbaik
paling terbaik paling baik / terbaik
paling tercantik sekali cantik sekali / tercantik
paling tercantik paling cantik / cantik sekali
paling masyhur sekali paling masyhur / masyhur sekali
paling termasyhur masyhur sekali / termasyhur
paling terpandai sekali Terpandai / pandai sekali
terindah sekali Terindah / indah sekali
terpandai sekali pandai sekali / terpandai
tertinggi sekali tinggi sekali / tertinggi
terendah sekali rendah sekali / terendah