Upload
asrullida-abdul-samat
View
332
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Praktikal 1 : Bahan api Kod: SCE3103
Tujuan : Mengkaji penyulingan berperingkat petroleum
Teori :
Petroleum adalah cecair hitam yang terdiri daripada satu campuran hidrokarbon yang
kompleks. Petroleum mengandungi banyak jenis hidrokarbon daripada yang berantai
pendek kepada yang berantai panjang.
Petroleum mesti diasingkan kepada pecahan-pecahannya sebelum digunakan. Setiap
pecahan ini akan mendidih pada takat didih yang berbeza. Takat didih setiap pecahan
bergantung kepada saiz molekul hidrokarbon yang terdapat di dalamnya. Semakin kecil
saiz molekul hidrokarbon yang terdapat di dalam pecahan itu, semakin lemah daya
tarikan antara molekul hidrokarbon itu dan menyebabkan julat takat didih pecahan itu
pun menjadi semakin rendah.
Ini bermakna pecahan yang mempunyai julat takat didih yang lebih tinggi mesti terdiri
daripada molekul-molekul hidrokarbon yang lebih besar saiznya. Oleh kerana setiap
pecahan itu mempunyai julat takat didih yang berbeza, pengasingan petroleum kepada
pecahan-pecahan dapat dilakukan dengan menggunakan proses penyulingan
berperingkat. Wap yang terhasil dilalukan melalui turus penyulingan untuk dikumpulkan
pelbagai pecahan. Pecahan yang berbeza terkondensasi dan dikumpulkan pada
ketinggian turus yang berbeza mengikut takat didih pecahan. Sebatian-sebatian yang
mempunyai rangkaian karbon yang pendek akan mendidih terlebih dahulu kerana takat
didihnya yang rendah.
Setiap pecahan yang terkumpul mempunyai kegunaan dan sifat-sifatnya yang
tersendiri. Semakin tinggi takat didih pecahan, semakin likat, gelap, sukar menyala dan
terbakar dengan lebih bergelaja.
Bahan dan Radas :
Petroleum 40 ml, serpihan porselin, kertas turas, kaki retort, termometer (-00C – 3600C), set penyulingan, kelalang kon, Penunu Bunsen, piring penyejat
Prosedur:
A. Penyulingan berperingkat petroleum
1. Radas seperti dalam Rajah 1 disediakan.
2. Petroleum dipanaskan perlahan-lahan di dalam kelalang penyulingan
3. Hasil sulingan pertama dikumpulkan pada julat suhu 600C-1000C
4 Petroleum dipanaskan dengan cara yang sama dan hasil dikumpul pada julat suhu 100-150 0C dan 150 – 200 0C dalam bekas berlainan
B. Sifat pelbagai bahagian hasil penyulingan petroleum
5. Warna untuk setiap hasil penyulingan diperhatikan
6 Kelikatan setiap hasil diperhatikan dengan mencondongkan bekas kelalang kon.
7 Sebahagian hasil dipindahkan ke dalam piring penyejat dan dipanaskan. Warna api dan jelaga yang terhasil diperhatikan.
8. Pemerhatian dicatatkan dalam jadual di bawah..
C. Gambarajah :
D. Keputusan:
Bahagian/0C Warna /color Kelikatan/viscosity kejelagan api /flammability
Pertama60 – 100
Kuning muda Kurang likat Sedikit
Kedua
100-150Kuning Likat Banyak
Ketiga
150-200Kuning
keperanganLebih likat Sangat banyak
D. Perbincangan; soalan
1. Bincangkan sifat kebakaran (flammability) api setiap bahagian hasil penyulingan petroleum
Semakin tinggi takat didih petroleum, semakin sukar kebolehbakarannya kerana semakin bertambah panjang rantaian karbon.
2. Bincangkan hubungan antara takat didih dengan
a. warna bahagian-
semakin tinggi takat didih semaian kekuningan warnanya. Ini disebabkan semakin tinggi takat didih, semakin bertambah jumlah karbon yang dihasilkan di dalam pecahan tersebut.
b kelikatan cecair-
semakin tinggi takat didih semakin bertambah kepekatan.Ini disebabkan oleh ikatan kovalen yang terbentuk lebih tinggi berbanding di takat didih yang lebih rendah.
c kejelagaan api pembakaran-
Semakin tinggi takat didih semakin bertambah jumlah jelaga yang dihasilkan. Ini kerana jumlah karbon yang terkandung dalam pecahan tersebut lebih tinggi berbanding pecahan takat didih yang lebih rendah.
3. Bahan X mempunyai formula C6H14. Ramalkan warna, kelikatan cecair dan kejelagaan apinya.
Warna bahan X adalah jernih, kelikatan cecair adalah kurang dan kejelagaan juga kurang.
4 Tuliskan persamaan seimbang bagi pembakaran gasolin C8H18
C8 H18 + O2 ---- CO2 + H2O
= C8H18 + 25/2 O2 ---- 8CO2 + 9H2O
5. Apakah anda faham tentang biodiesel?
Biodiesel merujuk kepada bahan api berasaskan minyak sayuran atau lemak haiwan yang terdiri daripada rantaian pangjang alkil ( metal, propel atau etil) ester. Istilah “Biodiesel” adalah piawai sebagai mono-alkil-ester di Amerika Syarikat. Biodiesel biasanya dihasilkan melalui tindakbalas kimia lipid seperti minyak sayuran, lemak haiwan dengan alcohol. Sebagai contoh, minyak sawit ditindakbalaskan dengan methanol dengan kehadiran mangkin untuk menghasilkan biodiesel.
6. Apakah kelebihan mengguna biodiesel berbanding dengan petroleum?
Biodiesel mempunyai kelebihan berbanding diesel petroleum. Kelebihan utama biodiesel ialah sumber minyak ini dapat diperbaharui dan tidak akan habis berbanding minyak petroleum yang tidak dapat diperbaharui dan akan habis pada suatu hari kelak.
Biodiesel juga bersifat mesra alam dan dapat mengurangkan pembebasan gas rumah hijau, pencemaran dan kadar biodegradasi jika dibandingkan dengan bahan bakar daripada petroleum.
REFLEKSI INDIVIDU……..