Print B.jrg Complete 09

Embed Size (px)

Citation preview

A. SEJARAH BOLA JARING 1.1 Pengenalan Permainan bola jaring merupakan salah satu permainan yang dianggap popular di kalangan kaum wanita di Malaysia. Bola jaring menjadi permainan pilihan bagi pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab dan institut pengajian tinggi. Undang-undang permainan ini boleh diubah mengikut kesesuaian kebolehan pemain dan bilangan pemain dalam setiap pasukan. Permainan bola jaring dipercayai berasal daripada permainan bola keranjang yang dipelopori oleh Dr. James Naismith di Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun 1891. Permainan bola jaring mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 1990. Ia bermula di sekolah-sekolah Inggeris (English Medium School) dan diperkenalkan oleh guru-guru dagang dan mubaligh-mubaligh. Kini, permainan bola jaring telah popular dan menjadi permainan kaum wanita di Malaysia.

1.2 Asal Usul Bola Jaring dan Perkembangannya Bola jaring (netball) adalah satu permainan yang direka oleh dan diubahsuai daripada permainan bola keranjang. Ia mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith. Pada tahun 1895, Dr. Isles dari Amerika Syarikat melawat sebuah maktab pendidikan jasmani iaitu Madame Bergman Osterbergs Physical Training College di Hampstead, London dan telah mengajar permainan bola jaring di sana. Di Hampstead, permainan ini dimainkan di gimnasium dengan menggunakan dua buah bakul sampah yang digantung di hujung dinding sebagai gol dan dinding gimnasium sebagai garisan. Justeru, bola tidak keluar dari kawasan permainan. Permainan ini dipanggil basketball kerana asal gelang gol (goal rings) ialah bakul. Ini bermakna pengadil dikehendaki memanjat tangga untuk mendapatkan bola balik selepas setiap jaringan. Pada masa tersebut, terdapat tiga set paraturan di Amerika Syarikat iaitu:1

i. ii. iii.

Peraturan-peraturan rasmi untuk pemain-pemain lelaki. Peraturan-peraturan Inter-Collegiate (juga digunakan oleh pemain lelaki). Peraturan-peraturan Splading untuk pemain-pemain wanita.

Beberapa perubahan dibuat pada tahun 1898 untuk permainan basketball dan ini mewujudkan perubahan dalam asal usul permainan netball. Antara perubahan yang dilakukan ialah: a) Bilangan pemain ditambah menjadi sembilan orang. b) Saiz bola dikecilkan kepada saiz bola sepak. c) Gelanggang dibahagikan kepada tiga kawasan. d) Gelang-gelang gol dikecilkan daripada 4.5 cm kepada 3.75 cm. e) Tiang gol ditinggikan kepada 3 meter. f) Skor: i. ii. Satu mata jika gol dijaringkan daripada gelanggang/ kawasan tengah. Dua mata jika jaringan dilakukan daripada kawasan tengah.

Pada tahun 1901, sebuah buku rasmi peraturan bola jaring diterbitkan di England. Peraturan tersebut dibuat bertujuan untuk membezakan permainan ini dengan bole keranjang. Pengiraan skor dilakukan setiap kali bola dimasukkan ke dalam jaring. Permainan ini secara rasmi dinamakan bola jaring apabila gol yang berbentuk gelung besi ditukar kepada jaring. Terdapat banyak Negara seperti Australia, New Zealand, India dan Fiji mengekalkan nama basketball dan tidak menukarkan namanya sehingga selepas beberapa tahun. Di peringkat antarabangasa, sukan bola jaring dikawal oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Jaring (International Federation of Netball Associations) yang ditubuhkan pada tahun 1960 di Sri Lanka. Pada tahun 1963, Kejohanan Bola Jaring Dunia telah dilangsungkan di England dengan pasukan dari Australia telah muncul sebagai johan. Walaupun permainan bola jaring mempunyai ramai peminatnya, terutamanya di negara Komanwel, ia belum lagi diterima sebagai satu sukan dalam2

Sukan Olimpik, Sukan Asea dan Sukan SEA. Di Malaysia, Persatuan Bola Jaring Malaysia yang ditubuhkan pada 1978 adalah majlis yang mengawal dan mengawasi perjalanan kegiatan bola jaring di seluruh negara. Di peringkat sekolah, Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) melalui program pertandingan dan perkembangannya telah memajukan permainan bola jaring dalam kalangan pelajar sekolah.

1.3 Peraturan/Undang-Undang Asas Permainan Bola Jaring Setiap permainan mempunyai peraturan ataupun undang-undang yang perlu dipatuhi semasa bermain. Bola jaring juga mempunyai beberapa peraturan asas yang telah ditetapkan, iaitu: 1. Satu pasukan diwakili oleh 7 orang pemain semasa permainan. 2. Berlari dengan bola, mengelecek (memantul) bola dan menumbuk bola tidak dibenarkan. 3. Pemain hendaklah menghantar atau menjaring bola dalam masa 3 saat. 4. Jaringan hanya boleh dilakukan oleh penjaring GS dan penyerang GA sahaja. 5. Sesuatu bilangan itu tidak boleh melintasi 2 garisan gelanggang. 6. Bola yang melantun dari tiang jaring boleh disambut semula dan permainan diteruskan. 7. Lemparan ke dalam hanya dilakukan apabila diisyaratkan oleh pengadil. 8. 2 orang pengadil mengawasi permainan. 9. Jika pasukan kurang daripada 5 orang pemain, permainan tidak boleh diteruskan 10. Pemain tengah yang akan membuat hantaran tengah untuk memulakan permainan mesti berdiri dalam bulatan tengah sebelum wisel berbunyi. 1.3.1 Penalti Penalti akan dikenakan kepada pemain yang melanggar peraturan. Terdapat dua jenis penalti, iaitu: 1) Lontaran percuma 2) Lontaran penalti3

Lontaran Percuma Jika pemain melakukan kesalahan yang kecil, pihak lawan akan menerima lontaran percuma. Antara kesalahan yang mengakibatkan lontaran percuma ialah: a) Memegang bola Pelepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan memegang bola selama tiga saat. Sekiranya melebihi tiga saat, wisel akan dibunyikan oleh pengadil. Ini menandakan pemain telah melanggar peraturan memegang bola b) Gerak kaki Selepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan membuat satu langkah. Jika semasa menangkap bola kaki kanan berada di atas tanah, satu langkahan boleh dilakukan dengan kaki kiri. Jika kedua-dua belah kaki berada di atas tanah, satu langkahan boleh dibuat dengan mana-mana kaki yang dipilih. c) Memainkan bola pemain yang memegang bola boleh melantun bola kepada orang lain, tetapi tidak boleh mengambilnya semula. Bola tidak boleh digelecek seperti dalam permainan bola keranjang. Bola yang telah dipegang dan terlepas daripada pegangan tidak boleh diambil semula oleh pemain tersebut, sebelum bola disentuh oleh pemain lain. d) Melebihi kawasan Apabila bola yang dilontar melebihi satu pertiga dari kawasan permainan, tanpa disentuh oleh mana-mana pemain perbuatan ini menjadi satu kesalahan. Pengadil akan meniup wisel. e) Ofsaid Setiap pemain hanya boleh bergerak dalam kawasan tertentu sahaja. Pemain tidak dibenarkan melampaui kawasan yang telah ditetapkan sama ada dengan bola ataupun tanpa bola. Pelanggaran peraturan ini menjadikan pemain itu berkeadaan ofsaid.

4

Lontaran Penalti Sekiranya pemain melakukan kesalahan-kesalahan seperti bermain secara kasar, mengau melonjak pemain lawan, lontaran penalti akan diberikan kepada pihak lawan. Pemain yang melakukan kesalahan dikehendaki berdiri ditepi. Pemain tersebut boleh bermain semula hanya selepas bola dilontar atau dimainkaan semula.

Rajah 1: kesalahan melebihi kawasan: bola dihantar satu pertiga kawasan permainan tanpa disentuh oleh mana-mana pemain lain.

a) Melanggar Pemain dilarang melanggar pemain lawan. Lontaran penalty akan diberikan kepada pihak lawan walaupun melanggar secara tidak sengaja. b) Menghalang Kamu tidak dibenarkan menghalang pemain lawan membuat lontaran atau menangkap bola. Jika pemain lawan memegang bola, kamu hanya dibenarkkan berdiri dalam jarak 0.9 meter di hadapannya. Pada jarak ini kamu boleh mendepakan tangan. Pemain boleh berdiri pada jarak lebih hampir daripada 0.9 meter dengan pemain lawan tanpa bola tetapi kamu tidak boleh mendepakan tangan.

5

1.3.2 Lontaran penalti ke arah gol Jika pasukan yang bertahan melakukan kesalahan menghalang atau melanggar pemain lawan dalam pasukan gol, pasukan penyerang akan diberi lontaran penalti ke arah gol. Pasukan penyerang akan diberi peluang menjaringkan bola tanpa halangan. 1.3.3 Lontaran lambung Lontaran lambung akan dilakukan oleh pengadil dalam keadaan-keadaan seperti yang berikut: a) Dua orang pemain dari kedua-dua pasukan merebut bola dan pengadil tidak dapat menentukan pemain yang menguasai bola. b) Dua orang pemain dari kedua-dua pasukan mengeluarkan bola serentak dari kawasan permainan. Permainan akan diberhentikan sekiranya kejadian ini berlaku. Dua orang pemain yang terlibat akan berdiri dalam jarak 0.9 meter antara satu sama lain. Kedua-dua pemain akan menghadap kawasan gol masing-masing dan kedua-dua belah tangan berada di sisi tubuh. Pengadil akan berdiri antara kedua-dua pemain. Apabila wisel dibunyikan, bola akan dilambung ke atas dan kedua-dua pemain melonjak untuk menangkap atau menepis bola ke arah rakannya.

B. KEPERLUAN PERMAINAN DAN PERGERAKAN PERMAINAN 2.1 Kawasan permainan Bola jaring boleh dimainkan di atas permukaan yang bersimen, berumput atau berlantaikan papan. Ukuran gelanggang bola jaring ialah 30.50m panjang dan 15.25m lebar. Tiang gol ialah 3.05m. pada puncak tiang gol terdapat gelung gol yang berjaring, bergaris pusat 38cm. Gelanggang bola jaring terbahagi kepada tiga bahagian iaitu zon serangan, zon tengah dan zon bertahan.

6

Rajah 2: Ukuran gelanggang bola jaring

Rajah 3: Kedudukan pemain semasa permulaan permainan

7

38 cm

3.05 m

Rajah 4: Tiang gol

Rajah 5: Gelung gol berjaring

2.2 Pakaian dan peralatan Setiap pemain dikehendaki memakai baju bib. Baju bib perlulah berjahit dengan huruf yang akan memudahkan pengadil mengetahui kedudukan pemain. Kebiasaannya,, pemain akan memakai kemeja T dan berskirt atau berseluar. Pakaian seragam untuk sesebuah pasukan memudahkan mengenali rakan sepasukan. Permainan ini menggunakan bola berukuran antara 68 71cm dan beratnya antara 397 454 g.

Rajah 3: Pakaian yang digunakan oleh pemain semasa bermain

8

68 71 cm

Rajah 6: Bola jaring berukuran 68-71 cm, berat antara 397-454 gm

2.3 Pergerakan permainan Setiap pasukan diwakili oleh sepuluh orang pemain, tetapi hanya tujuh orang pemain sahaja dibenarkan berada di dalam gelanggang pada sesuatu permainan. Seorang pemain akan berperanan sebagai pemain tengah (C) yang berfungsi sebagai perantara kepada pemain-pemain penyerang dan pertahanan. Kumpulan penyerang terdiri daripada tiga pemain iaitu: y y y Penjaring gol (GS) Penyerang gol (GA) Penyerang sayap (WA)

Barisan pertahanan pula terdiri daripada tiga pemain juga, iaitu: y y y Penjaga gol (GK) Pertahanan gol (GA) Penyerang sayap (WD)

9

C. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING 3.0 MENGHANTAR BOLA Dalam permainan bola jaring, pemain tidak dibenarkan berlari sambil membawa bola. Pemain terpaksa menggerakkan bola dengan membuat hantaran pada masa yang tepat dengan cara yang sesuai dengan situasi permainan kerana dalam permainan bola jaring tidak ada pilihan untuk menggelecek bola. Negara-negara yang maju dalam bola jaring membentuk corak permainan mereka berdasarkan kemahiran hantaran yang dikatakan sebagai paling berkesan untuk pasukan tersebut. Terdapat beberapa cara menghantar bola yang biasa dilakukan, antaranya ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Hantaran aras bahu Hantaran aras dada Hantaran lantun Hantaran aras kepala Hantaran rendah/sisi/bawah Hantaran sisi Hantaran lob Hantaran peluru Hantaran bawah bahu

3.1 Jenis-jenis hantaran Hantaran dalam bola jaring tergolong dalam dua kategori, iaitu hantaran dua tangan dan hantaran satu tangan. Hantaran ini terdapat dalam dua kategori iaitu hantaran bola tinggi dan hantaran bola rendah. 1. Hantaran dua tangan: Hantaran dada Hantaran lantunan Hantaran atas kepala Hantaran sisi

2. Hantaran satu tangan:10

-

Hantaran aras bahu Hantaran lob Hantaran peluru Hantaran bawah bahu Hantaran lantun

Hantaran boleh dilakukan dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan, semasa pemain dalam keadaan bergerak atau dalam keadaan statik atau pegun. Cara seseorang pemain menghantar bola kepada rakan sepasukannya adalah bergantung kepada beberapa faktor situasi seperti: a. Kedudukan pihak lawan yang mengawal penerima b. Jarak penerima dari penghantar c. Ruang yang sedia ada untuk penerima bergerak

3.2 Teknik dan tujuan hantaran 3.2.1 Hantaran aras dada Dengan kedua-dua belah tangan. Bola mula ditolak dari dekat badan di aras dada dengan jari-jari tangan melingkungi bola. Tolak bola dengan kuat dengan meluruskan siku dan diakhiri dengan tolakan jari-jari.

Rajah 7: Kedudukan pemain semasa ingin membuat hantaran aras dada

11

Tujuan: Untuk penghantaran yang pantas, segera dalam jarak yang sederhana apabila penerimaan tidak dihalang oleh lawannya. Butir-butir mengajar: Badan dalam kedudukan seimbang Sebelah kaki melangkah ke arah lontaran Luruskan tangan serentak dengan hantaran

3.2.2 Hantaran lantunan Menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Dengan sebelah tangan, mulakan pergerakan melontar bola dari aras bahu sambil merendahkan badan. Dengan keduadua belah tangan, mula tolakan dengan bola dari aras dada. Sambil menolak bola, pemain melangkah sebelah kaki ke depan untuk mengimbangi badannya.

Rajah 8: Membuat hantaran lantunan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan

12

Tujuan: Untuk membuat hantaran secara mengejut bagi menembusi kawalan ketat. Gerak keliru digunakan sebelum bola dilantunkan kepada penerimanya. Butir-butir mengajar: Lantunkan bola tepat kepada sasaran dengan pergerakan pergelangan tangan Bertindak dengan pantas Ketika melantunkan bola, condongkan sedikit badan ke depan

3.2.3 Hantaran atas kepala atau hantaran lob Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Bola diangkat tinggi ke atas kepala dan dilontar ke sasarannya dengan meluruskan siku.

Rajah 9: Bola diangkat tinggi untuk membuat hantaran atas kepala atau hantaran lob Tujuan: Untuk mengatasi kawalan pemain yang menghadang penerima.

13

Butir-butir mengajar: Bawa bola ke belakang kepala sebelum melontarnya Luruskan siku ketika melepaskan bola ke depan Pandang pergerakan penerima

3.2.4 Hantaran sisi/rendah/bawah Menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Bola dibawa ke sisi badan pada aras pinggang. Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, bola digerakkan (ditolak ke arah pemain). Dengan menggunakan sebelah tangan, mulakan pergerakan bola dari belakang badan. Cara menghantar bola hampir sama dengan pergerakan picing dalam softball.

Rajah 10: Cara membuat hantaran sisi Butir-butir mengajar: Sambil menghantar bola, pindahkan berat badan ke kaki depan Gunakan pergerakan pergelangan tangan untuk mengarahkan bola ke sasaran

14

3.2.5 Hantaran aras bahu Dengan sebelah tangan dari atas aras bahu. Melangkah ke arah penerima sambil memindahkan berat badan kepada kaki yang melangkah ke depan (tangan kanan memegang bola, kaki kiri melangkah). Tujuan: Supaya hantaran bola adalah jauh dan tinggi. Butir-butir mengajar: Gerakkan bola dari belakang kepala dengan kedudukan siku yang dibengkokkan Tangan dan jari ikut lajak ke arah lontaran

3.2.6 Hantaran peluru Ini merupakan hantaran aras pinggang yang laju. Mulakan dengan bola di tangan balingan pada aras pinggang, dengan siku bersebelahan pinggang. Jarakkan kaki seluas bahu, dengan kaki bertentangan tangan balingan di hadapan. Bengkokkan lutut sedikit dan imbangkan badan. Untuk memulakan hantaran, buka lengan dan pergelangan tangan, libaskan tangan ke hadapan untuk menghantar bola pada garisan yang lurus ke arah sasaran. Ikut lajak dengan tangan balingan dan kaki belakang. Pindahkan berat badan ke hadapan. Tujuan: Untuk menghantar bola dengan cepat dalam ruang yang sempit. Butir-butir mengajar: Bersedia untuk menghantar bola pada garisan yang lurus ke arah sasaran Ikut lajak dengan tangan balingan dan kaki belakang Alihkan berat badan ke hadapan (ke kaki)

15

4.0 MENANGKAP/MENERIMA BOLA Dalam permainan bola jaring, pemain boleh menyambut atau menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan ataupun dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. Kecekapan menyambut bola yang dihantar kepada seseorang pemain itu adalah penting untuk membantu sesebuah pasukan melakukan serangan ke kawasan lawan dengan berkesan dan mencapai matlamatnya. Proses menyambut atau menerima bola terbahagi kepada tiga fasa yang umum:

(a) Fasa I: Persediaan untuk menyambut hantaran Pemain memerhatikan gerak-geri kawannya yang memiliki bola yang akan membuat hantaran. Sekiranya pemain itu pasti bahawa pemilik bola itu akan menghantar bola kepadanya, pemain itu hendaklah: y y Melepaskan diri dari kawalan lawan, jika perlu Mencari ruang untuk bergerak dan berkomunikasi dengan pemilik bola supaya hantaran dibuat dengan cepat kepadanya.

(b) Fasa II: Penghantaran bola oleh penghantar Pemain memerhati perjalanan bola yang dilepaskan oleh pemain yang melakukan hantaran. Dengan serta merta pemain dikehendaki memutuskan bagaimana cara untuk menyambut bola yang hendak dicapainya.

(c) Fasa III: kontek bola dengan tangan (tangkapan) Pemain menyambut bola dengan menghulurkan tangan ke arah bola. Bola dipegang kemas dengan jari-jari. Pada masa yang sama, siku dibengkokkan untuk menyerap daya bola supaya tidak melantun keluar dari tangan.

16

4.1 Teknik menyambut bola: 4.1.1 Bola aras dada Kedua-dua belah tangan dihulur lurus ke arah bola. Tangan terbuka dan semasa menyambut bola, jari direnggangkan. Sebaik sahaja bola disambut, siku tangan dibengkokkan dan bola dirapatkan dengan badan. Kedudukan kaki dijarakkan untuk mengimbangi badan. 4.1.2 Bola lantun (aras pinggang) Sambut bola menggunakan kedua-dua belah tangan berada di hadapan badan pada aras pinggang. Pastikan bola disambut dengan jari-jari, bukan dengan menggunakan tapak tangan. 4.1.3 Bola tinggi Boleh disambut dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Jika perlu, pemain hendaklah melompat sambil mengangkat sebelah atau kedua-dua belah tangannya ke atas untuk menangkap bola. Ketika mendarat, lutut dibengkokkan sedikit dan mengawal bola dengan merapatkannya ke badan.

Rajah 11: kedudukan pemain semasa menyambut atau menerima bola yang tinggi17

4.1.3 Mengambil bola lambung Semasa persediaan, kedudukan badan berada dalam keseimbangan dan letakkan kaki yang bukan dominan di hadapan sementara mata melihat bola. Tangan diluruskan di sisi dan pengadil akan meletakkan bola di posisinya. Apabila pengadil melepaskan bola, angkat tangan dengan cepat dan berat badan mestilah berada ddi hujung tapak kaki. Tangkap bola dengan jari-jari, kemudian tarik bola ke badan dengan kemas. Kawal pergerakan kaki dan luaskan tapak tangan.

Rajah 12: Dalam keadaan bersedia semasa pengadil akan melambung bola

5.0 MENJARING BOLA Kemahiran menjaring bola merupakan suatu kemahiran yang menguji ketepatan lontaran bola ke sasarannya oleh pemain untuk mengutip mata bagi pasukannya. Walaupun hanya pemain GS dan GA yang berpeluang menjaringkan gol, pemainpemain kedudukan lain perlu juga menjalani latihan meningkatkan kemahiran menjaring. Ini adalah kerana kadangkala mereka juga perlu menggantikan pemain GS atau GA. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi usaha penjaring adalah cara kawalan

18

oleh pengawal (pihak lawan), kedudukan penjaring ketika menjaring dan konsentrasi penjaring terhadap apa yang ingin dilakukannya.

5.1 Cara menjaring Menjaring boleh dilakukan dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Apabila menerima hantaran, seseorang penjaring dibenarkan membuat perkara berikut: a) Menjaring dari kedudukan statik b) Melangkah setapak ke depan dan menjaring c) Melangkah setapak ke belakang dan menjaring d) Melangkah ke sisi dan menjaring e) Melompat dan menjaring f) Berlari, menerima bola dan menjaring

Jaringan statik (teknik asas dengan sebelah tangan) (i.) Berdiri secara seimbang. Kaki dijarakkan dan bola terletak di atas jari-jari dan bebola tangan (tidak atas tapak tangan). (ii.) Melihat sasaran. Rendahkan badan (bengkokkan lutut) dan bola dibawa ke atas kepala. (iii.) Sambil meluruskan lutut, siku tangan yang memegang bola diluruskan untuk menolak bola ke sasarannya. Tindakan flick dengan pergelangan tangan dilakukan pada saat akhir dalam mengarahkan bola ke bulatan. (iv.) Pindahkan berat badan ke kaki depan apabila menolak bola.

19

Rajah 13: Menjaring dari kedudukan statik dengan sebelah tangan

Rajah 14: Menjaring dari kedudukan statik dengan dua belah tangan

5.1.1 Jaringan melompat Persediaan adalah seperti membuat jaringan statik dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Semasa melompat, penjaring hendaklah melompat sambil menolak bola ke arah sasarannya sebelum ia mendarat.

20

Rajah 15: Menjaring cara melompat dengan sebelah tangan

Rajah 16: menjaring cara melompat dengan dua belah tangan

5.1.2 Jaringan berlari Penjaring hendaklah memastikan ruang mencukupi untuk bergerak dalam bulatan gol. Sebaik saja penjaring menerima hantaran, dia akan terus melangkah dan melompat untuk melepaskan bola ke sasarannya tanpa melanggar peraturan gerak kaki. Penjaring akan melonjak di atas kaki yang bertentangan dengan tangan yang memegang bola.

21

D. PRINSIP ASAS SAINS DALAM KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING 6.0 Prinsip Asas Sains dalam kemahiran Menghantar Bola Hantaran merupakan kemahiran yang paling banyak digunakan dalam permainan ini. Untuk membolehkan anda bermain dengan baik dalam permainan ini, bola perlu dihantar dengan tepat kepada sasaran. Pasukan bola jaring yang mempunyai kemahiran hantaran yang baik akan memberi peluang yang baik kepada mereka, sebaliknya kemahiran hantaran yang lemah akan menghalang sesuatu pasukan itu untuk berjaya. Oleh yang demikian, perlu diketahui apakah cara dan prinsip asas sains yang digunakan dalam kemahiran ini supaya kemahiran menghantar bola dapat ditingkatkan. 6.1 Daya Tolakan Semasa pemain membuat hantaran kepada pemain sepasukannya, proses daya tolakan digunakan untuk melakukan pergerakan tersebut. Penolakan daya berlaku apabila bola dilepaskan daripada tangan pemain. Pemain tersebut yang ingin membuat hantaran menolak bola tersebut dengan memindahkan daya dari tangannya kepada bola dan pada masa yang sama daya tolakan berlaku.

Rajah 17: Pemain menolak bola untuk melakukan hantaran, proses yang berlaku ialah daya tolakan

22

7.0 Prinsip Asas Sains dalam kemahiran Menangkap/Menerima Bola Kemahiran menerima bola perlu dipelajari dengan baik seperti bagaimana cara untuk menangkap bola yang betul. Kekuatan dan ketangkasan tangan seseorang serta teknik-teknik yang betul perlu dipelajari kerana ini akan membantu dalam kemahiran menerima bola. 7.1 Menyerap Daya/Daya Tarikan Dalam kemahiran menerima bola, terdapat suatu proses di mana pemain akan menyerap daya daripada bola kepada tangannya semasa menyambut bola. Proses seperti ini berlaku semasa pemain cuba untuk menangkap bola daripada pasukannya. Kedudukan pemain berada dalam keseimbangan untuk menfokuskan matanya ke arah bola dengan tangan dihalakan ke depan. Apabila bola sampai kepada tangan pemain, bola dipegang dengan kuat dan pada masa yang sama pemain akan menarik bola tersebut dengan pantas ke arah dada. Hal ini dipanggil proses serapan daya yang bertujuan untuk mengurangkan kesakitan semasa merima bola.

Rajah 18: Proses serapan daya semasa pemain menerima atau menangkap bola

23

8.0 Prinsip Asas Sains dalam kemahiran Menjaring Bola Kemahiran menjaring merupakan suatu lagi pergerakan atau kemahiran yang menggunakan proses daya. Daya yang digunakan dalam kemahiran ini ialah daya tolakan. Proses ini berlaku semasa penjaring memindahkan kekuatan tangannya kepada bola untuk menolak bola tersebut supaya masuk ke dalam gol. 8.1 Daya Tolakan Semasa proses melakukan jaringan, terdapat daya tolakan yang digunakan dalam kemahiran tersebut. Daya tolakan digunakan semasa penjaring cuba melontar bola ke dalam jaring. Penjaring akan menolak bola dengan menggunakan tangan ke arah gol dan pada masa yang sama proses daya tolakan berlaku kerana penjaring menolak bola tersebut supaya berpisah dari tangannya.

Rajah 19: Penjaring akan menolak bola untuk memisahkan daripada tangan penjaring tersebut

8.1 Keseimbangan Daya Semasa melakukan jaringan statik (teknik asas sebelah tangan), keseimbangan daya berlaku. Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh penjaring sebelum membuat lontaran ke dalam jaringan ialah mereka perlu berdiri secara seimbang. Semasa berada24

dalam keadaan inilah proses keseimbangan daya berlaku kerana pemain perlu membuatkan dirinya berada dalam keadaan yang selesa sebelum membuat jaringan.

Rajah 20: Kedudukan penjaring dalam keseimbangan daya sebelum membuat jaringan

E. ANSUR MAJU DALAM KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING 9.1 Ansur maju/latihan menghantar bola Hantaran dada (a) Buat satu tempat sasaran pada tembok. Berdiri dalam jarak 3 meter dari tempat sasaran. Lakukan 10 kali hantaran bola secara hantaran aras dada.

Rajah 21: Latihan aras dada menggunakan tembok ke sasaran25

Setiap hantaran yang tepat mengenai sasaran, pemain dianggap memperoleh dua mata. Pastikan kamu memperolehi 20 mata selepas membuat 10 hantaran. (b) Berdiri pada jarak 3 meter menghadap rakan kamu. Lakukan hantaran bola secara hantaran dada bergabti-ganti selama 30 saat. Catatkan bilangan hantaran yang kamu buat dalam jangka masa tersebut.

(c) Latihan-latihan di atas boleh diulang menggunakan hantaran: Lob (a) Berdiri pada jarak lima meter dari rakan kamu. Minta seorang seorang lagi rakan kamu berdiri di tengah-tengah jarak tersebut. Buat hantaran lob melepasi kepala rakan kamu yang berada di tengah. Ulang hantaran sebanyak 30 kali sacara bertukar ganti. Hantaran aras bahu Hantaran lantun Hantaran aras kepala Hantaran rendah/sisi/bawah Hantaran sisi Hantaran lob Hantaran peluru Hantaran bawah bahu

Rajah 22: Latihan lob dengan penghalang tanpa mendepakan tangan

26

(b) Kamu dan rakan-rakan kamu berkedudukan seperti di atas. Semasa hendak melakukan hantaran, pemain yang berada di tengah-tengah mendepakan tangan seolah-olah hendak menghalang hantaran bola. Bola yang dihantar hendaklah melepasi halangan dan dapat disambut oleh rakan kamu.

Rajah 23: Latihan lob dengan penghalang mendepakan tangan 9.2 Ansur maju/latihan menangkap bola (a) Lakukan latihan secara berkumpulan lebih kurang 2-3 orang pemain. Dengan menghadap tembok, seorang pemain melontar bola ke tembok dan biarkan bola itu melantun ke arah pemain lain. Pemain itu akan cuba menangkap bola yang melantun ke arahnya.

Rajah 24: latihan menangkap bola menggunakan tembok

27

(b) Buat latihan secara berpasangan. Anggarkan jarak antara kamu dan rakan kamu dalam 3 meter. Suruh rakan lontar bola ke arah kamu dan cuba tangkap bola itu. Lakukan latihan secara berulang-ulang selama 30 saat. Cacatkan jumlah tangkapan yang kamu buat dalam 30 saat.

9.3 Ansur maju/latihan menjaring gol (a) Buat sepuluh kali aktiviti menjaring dari pelbagai kedudukan di sekitar kawasan gol. Cuba lakukan jaringan seberapa pantas yang boleh. Catatkan jumlah jaringan gol yang kamu buat dalam 15 percubaan.

Rajah 25: Buat aktiviti menjaring dari kedudukan yang berlainan (b) Lakukan aktiviti menjaring dalam masa 30 saat. Pilih kedudukan yang berlainan di sekitar kawasan gol kemudian catatkan jumlah jaringan yang kamu buat dalam masa 30 saat. (c) Buat aktiviti secara berpasangan. Pemain A menghantar bola kepada pemain B. Pemain B menangkap bola yang dihantar kepadanya dan terus membuat jaringan dengan menggunakan bola yang dipegang (yang ditangkap tadi). Tingkat latihan ini dengan meletakkan seorang pemain untuk menghalang jaringan yang dibuat.28

F. KESIMPULAN Permainan bola jaring merupakan salah satu permainan yang dianggap popular di kalangan kaum wanita di Malaysia. Bola jaring menjadi permainan pilihan bagi pelajar perempua merupakan sejenis permainan yang mudah dan tidak lasak. Terdapat banyak kemahiran asas dalam permainan bola jaring. Kesemua kemahiran-kemahiran asas ini adalah sangat penting bagi menjamin kualiti sesuatu permainan. Strategi permainan yang disusun merupakan satu rancangan yang tindakan yang dilancarkan oleh pemainpemain untuk mencapai matlamatpasukan, iaitu mendapat kemenangan melalui jaringan gol. Dalam setiap kemahiran-asas tersebut, terdapat beberapa peraturan asas yang perlu dipatuhi. Di samping pemain perlu mengetahui pereturan dan undang-undang dalam permainan, latihan atau ansur maju dalam setiap kemahiran itu perlu di praktikkan agar seseorang pemain itu benar-benar menguasai sesuatu kemahiran dalam permainan bola jaring.

29