Upload
pamela-marquez
View
233
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
1/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
NAMA:
NOMBOR MATRIK:
KOD KURSUS: KRB3033
NAMA KURSUS: PENGANTAR BAHASA MELAYU
SEMESTER: 1 SESI 2012/2013
SOALAN TUGASAN:
Bahagian A:
Tujuan akhir dasar pendidikan negara adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan berdasarkan fungsi dan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar. Walau bagaimanapun, aspirasi tersebut wajar diinterpretasikan secara lebih jelas dengan
berasaskan Laporan Razak 1956.
Daripada pernyataan di atas, berikan ulasan anda tentang perkara-perkara berikut:
i. Tiga fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah.
ii. Tiga kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Bahagian B:
Dua bidang utama yang wujud daripada tatabahasa ialah morfologi dan sintaksis. Permasalahan masih wujud tentang kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah, sama ada dalam lisan mahupun
penulisan.
Daripada pernyataan di atas, anda dikehendaki:
i. menghuraikan konsep tatabahasa; dan
ii. menganalisis empat kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah.
1
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
2/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
BAHAGIAN A:
PENGENALAN
Sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat lazimnya memerlukan bahasa, lagu , negara
atau bendera sebagai lambang kemerdekaan dan kedaulatannya. Pengiktirafan dan
penerimaan lambang kebangsaan berkenaan oleh rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang kaum, agama dan budaya di negara berkenaan amat penting dari segi pembentukan
negara bangsa. Negara berkenaan perlu menyemai dan mengukuhkan nilai kolektif yang
menjadi hak dan ikon bersama. Sesungguhnya, bahasa kebangsaan merupakan wahana
simbolik semangat kebangssaan yang paling berkesan.
Negara sebagai satu kesatuan geopolitik tidak selalu identik sebagai kesatuan sosiobudaya.Maka, bahasa kebangsaan bertindak sebagai alat pemersatu, selain menimbulkan kesedaran
tentang identiti di peringkat kebangsaan. Bahasa kebangsaan yang diideologikan melalui
kuasa politik itu dijadikan sebagai lambang persatuan demi pergerakan rakyat. Alexis de
Tocqueville menyatakan bahawa ikatan bahasa mungkin merupakan ikatan yang paling
teguh dan paling tahan lama yang dapat menyatukan manusia.
Dalam konteks negara ini, kepentingan bahasa kebangsaan mula disedari oleh Perdana
Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa adalah wajar bagi kita sebuah
negara membangun berhasrat mempunyai bahasa kita sendiri. Sekiranya bahasa kebangsaan
tidak diperkenalkan negara kita tidak akan mempunyai peribadi dan keperibadian apa yang
boleh saya ungkapkan sebagai negara yang tidak mempunyai jiwa dan roh.
Bukan sebarang bahasa yang dapat diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Nida E.A
menghuraikan tiga ciri yang perlu dimiliki oleh setiap bahasa kebangsaan. Yang pertama,
perlunya bahasa itu berkecuali dari segi politik. Yang kedua, bahasa itu hendaklah
mempunyai kaitan dengan pelbagai bahasa di rantau itu, dan yang ketiga, terdapat bilangan
ketara penutur supaya mereka dapat menjadi penutur contoh kepada orang lain untuk
mempelajarinya.
Tanpa satu bahasa yang dapat difahami dan dikuasai oleh seluruh rakyat sebagai alat
pemersatu dan pengikat jiwa rakyat, negara itu tidak akan mendapat kemajuan, sebagaimana
yang dialami oleh India dan negara Afrika. Laporan Bank Dunia pada tahun 1999, misalnya,
menarik untuk meninjau kaitan taraf kemajuan sesebuah negara dengan dasar bahasakebangsaannya.
2
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
3/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
Negara yang menggunakan bahasa peribumi sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan
kelihatan berada pada kedudukan yang baik dari segi penarafan Keluaran Dalam Negara
Kasar. Jepun, Perancis dan Jerman berada pada kedudukan penarafan lima teratas. Fafunwa
menegaskan bahawa terdapat korelasi antara kemunduran dengan penggunaan bahasa asing
sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di negara tertentu benua Afrika. Negara yang
paling miskin di Afrika memilih bahasa Perancis atau bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan mereka.
Negara yang tidak mempunyai bahasa kebangsaan ialah negara yang ketiadaan jiwa dan roh.
Negara itu pasti akan berhadapan dengan masalah untuk menyatukan penduduknya. Dengan
bahasa, nilai dan kepentingan yang berbeza, rakyat akan mudah saling bercakaran.
Pergolakan sosial akan berlaku, dan hal tersebut akhirnya akan memudaratkan negara itu darisegi politik, sosial dan ekonomi.
Sebaliknya, dengan adanya bahasa kebangsaan sebagai lingua franca, rakyat pelbagai etnik
akan disatukan, penduduk pelbagai daerah akan dapat diikat, dan kota dan desa akan
dijambatani. Singkatnya, bahasa kebangsaan dapat menyerap mesra ke dalam seluruh pelosok
kehidupan masyarakat, berbanding dengan dialek etnik atau bahasa asing. Bahasa kebangsaan
akan dapat dijadikan sebagai alat komunikasi utama, selain sebagai wadah yang mendukung
perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa dalam segala bidang.
Memang banyak faktor yang membina identiti sesuatu bangsa, seperti tradisi, agama,
sosiobudaya, amalan dan bahasa. Bahasa memang menunjukkan bangsa. Bahasa kebangsaan
merupakan salah satu ciri utama yang membezakan sesuatu bangsa daripada bangsa lain, dan
sesebuah negara daripada negara lain. Sebagai negara yang berdaulat dan merdeka, sesebuah
negara memerlukan bahasa kebangsaan sebagai alat dan mangkin untuk membentuk jati diri
dan keperibadian sebagai negara bangsa.
Bahasa merupakan ciri yang menentukan identiti seseorang di peringkat negara dan
antarabangsa. Ungkapan bahasa jiwa bangsa bukan sekadar slogan, tetapi ciri utama yang
menentukan jati diri kebangsaan sesuatu bangsa. Ternyata, bahasa kebangsaan merupakan
alat penting untuk membentuk dan mengembangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa.
Itulah sebabnya, amat penting bagi mana-mana negara untuk memajukan bahasa
kebangsaannya, dengan menjadikannya sebagai agenda utama pembangunan negara,
sebagaimana negara itu memajukan lapangan lain, seperti sains, teknologi, pertanian dansebagainya.
3
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
4/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
TIGA FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR DI
SEKOLAH
Salah satu fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah adalah untuk
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara
bangsa Malaysia. Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam
pembinaan negara bangsa Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak
tersebut. Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengan
cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan
bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang dipinjam semata-mata untuk
menunjukkan status penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa
penutur itu sendiri. Oleh hal demikian, penduduk di negara Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila menggunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di
persada antarabangsa. Dalam konteks negara bangsa, keseluruhan rakyatnya sudah menerima
satu pandangan dunia (Weltanschauung) politik yang sama. Manakala institusi
perlembagaan, ideologi negara, bahasa, agama, budaya dan unsur-unsur sosial lain pula
merupakan simbol-simbol yang dapat digunakan bagi membentuk kesepaduan dan jati diri
dalam kalangan rakyat di dalam negara-bangsa itu. Jelaslah bahawa pembinaan negara
bangsa sangatlah kompleks untuk dilaksanakan tetapi tidaklah mustahil untuk dilaksanakan diMalaysia. Penghayatan, pemahaman dan kepekaan dalam bahasa Melayu harus
diperjuangkan sebagai bahasa kebangsaan yang moden dan bahasa ilmu dalam usaha
pembinaan negara bangsa menjadi arus yang selaras dengan arus globalisasi itu sendiri.
Kerjasama seluruh lapisan masyarakat amat diperlukan bagi menjaya dan mewujudkan
negara bangsa yang unggul ini. Bahasa Menampakkan Penggunaannya Dalam Pelbagai
Perisian Dan Kesantunan Berbahasa Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa
kebangsaan yang mencerminkan penggunaannya dalam pelbagai perisiannya dan
kesantunannya. Tingkat ilmu dan tingkat keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya
manakala nilai estetika keluwesan bahasa ini menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa
Melayu memiliki peribadi yang istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri ketimuran, seperti
lemah lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Oleh sebab itu, bangsa Malaysia harus
menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai nilai estetika dan nilai
kesantunan. Bahasa yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan tidak perlu rasa terpinggir
dalam perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat. Perkembangan kurikulum di
Malaysia ke arah melahirkan warganegara global, selaras dengan perkembangan jaringan
4
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
5/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
informasi. Sementara, dalam budaya Melayu kesantunan berbahasa menunjukkan kejernihan
fikiran, ketinggian akhlak dan akal budi. Menguasai sesuatu bahasa juga bererti menguasai
segala santun dan peraturan yang dipersetujui dalam menggunakan bahasa tersebut.
Umpamanya dalam kata alu-aluan, kata silaan, ketika berundur diri dan sebagainya
seharusnya menggunakan bahasa beradab dan berperaturan yang tetap, tidak boleh diubah
sesuka hati. Kemahiran dalam peringkat tertinggi seperti begini boleh menghasilkan
pertukangan yang bermutu boleh mencapai tahap seni , budi yang diidamkan. Oleh itu
budi bahasa pun adalah suatu seni. Dalam memperkukuh peradaban Melayu dan supaya
peradaban Melayu berkuasa di dunia kini, berbagai macam senjata moden perlu dibuat dan
dicipta. Untuk mencapai tahap ketinggian, keindahan bahasa sebagai lambang estetika dalam
berbahasa memerlukan pengorbanan dan pengabdian terhadap seni bahasa itu atau perasaan
cinta terhadap seni bahasa tersebut. Sejajar dengan wawasan ini, kita harus bersedia
menguasai bahasa Melayu dan senjata bahasa-bahasa lain dalam menjenterai ekonomi dan
politik dunia hari ini.
Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan terutamanya di sekolah.
Perpaduan adalah tunggak penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa
perpaduan negara akan kucar kacir dan musnahlah sebuah negara berdaulat. Di Malaysia,
terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus
daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih
berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas
Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan
sebagai wadah atau alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara
penduduk yang berbilang kaum. Selaras dengan itu, mewujudkan satu bangsa yang bersatu
padu daripada pelbagai keturunan, agama, kebudayaan dan wilayah dengan satu bahasa
kebangsaan amatlah diperlukan. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah satu
pilihan bijak dan mampu serta terbukti menjadi wadah perpaduan. Oleh itu jelaslah bahawa
bahasa kebangsaan sebagai bahasa sepunya ini merupakan satu unsur utama dalam
pembinaan negara bangsa Malaysia. Penggunaan dan penguasaan bahasa Malaysia secara
meluas akan berperanan sebagai wahana pembentukan identiti kebangsaan. Peranan bahasa
Malaysia sebagai bahasa kebangsaan ini tidak harus sekadar bersifat simbolis dalam
pentadbiran tetapi seharusnya berperanan sebagai bahasa perantaraan dalam segala aspek dan
5
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
6/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
peringkat kehidupan sosial dan kehidupan berbangsa di negara ini (Rustam Sani, 1993).
Tuntasnya, bahasa Melayu menjadi titik penentu untuk berkongsi identiti nasional yang
tersendiri. Kesediaan dan penerimaan warga Malaysia untuk menggunakan bahasa
kebangsaan ini juga mampu menjadi penghubung yang berkesan dan wadah membentuk
perpaduan antara kaum yang lebih utuh.
Fungsi yang seterusnya ialah bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar ilmu
pengetahuan. Laporan Razak pada tahun 1957 dan Laporan Rahman Talib tahun 1961
setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib
yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk
memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu
diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan
berdaulat. Berdasarkan peruntukan tersebut, bahasa Melayu memiliki hak dan martabatnya
dalam perlembagaan sementara bahasa-bahasa bagi kaum lain juga dipelihara dan tidak
dinafikan haknya. Bahasa Melayu kemudiannya memikul tugas sebagai bahasa rasmi negara,
bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan
institusi pengajian tinggi serta menjadi bahasa ilmiah (Nik Safiah Karim 1986: 1). Abdullah
Hassan (1987: 25) dalam Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia beliau menyatakan:
selepas 1969 kerajaan dengan lebih tegas menjadikan pembelajaran bahasa Malaysia lebih
teratur. Langkah tersebut ialah dengan melaksanakan bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar di sekolah- sekolah secara berperingkat-peringkat
Dalam mengejar arus globalisasi masa kini, elemen yang membantu kepada agenda
pembinaan negara bangsa ini ialah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Malaysia
sebagai bahasa pengantarnya (Abu Hassan Othman, 1997). Oleh itu, penubuhan sekolah
wawasan atau apa sahaja penubuhan sekolah yang dapat menyatukan tiga kaum utama ini
adalah menjadi isu penting dalam pendidikan yang dapat mempercepatkan proses pembinaan
negara bangsa Malaysia jika masalah perpaduan dapat ditangani dengan baik dan berhemah.
Dalam usaha memperkasakan Bahasa Kebangsaan, peranan guru amat mustahak kerana
melalui pendidikan murid-murid perlu disedarkan mengenai kepentingan bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi di
Malaysia. Selain itu, tanggungjawab pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru
6
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
7/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
adalah untuk menyemai semangat cintakan bahasa Malaysia kepada generasi muda Malaysia
supaya mereka fasih berbahasa Melayu, menghormati dan berbangga dengan bahasa Melayu
sebagai identiti rakyat Malaysia.
TIGA KEPENTINGAN BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Salah satu kepentingan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan adalah untuk
memperkembangkan Bahasa Malaysia Baku. Dalam sebutan negara yang baru merdeka
dan mahu mempelopori suatu rupa bahasa dan kebudayaan, maka tentulah perlu supaya
bahasa kebangsaannya itu diperluaskan bagi membolehkan kesefahaman berkembang di
kalangan rakyatnya. Telah dibincangkan di atas apa yang dimaksudkan dengan bahasa baku,
iaitu apa yang dianggap baku itu adalah berdasarkan suatu norma yang dipegang ramai demi
untuk melicinkan komunikasi di kalangan penuturnya. Setelah, konsep apa yang dianggap
baku itu menjadi jelas, maka langkah yang berikutnya ialah untuk memperkembangkan
dialek baku tersebut. Dialek yang baku itulah yang menjadi dasar untuk mengajar bahasa
tersebut kepada seluruh masyarakat di Malaysia.
Apabila bahasa Melayu (Malaysia selepas 1970) diterima dan diisytiharkan sebagai bahasa
Kebangsaan pada tahun 1957, maka matlamat negara yang dituju ialah untuk mempelaksanakan bahasa tersebut menjadi bahasa Kebangsaan yang tunggal selepas sepuluh
tahun, iaitu pada tahun 1967. kegagalan dalam mempelaksanakan bahasa Malaysia
sepenuhnya pada tahun 1967 itu dapat dengan mudah difahami. Pertama sepuluh tahun
adalah suatu jangka masa yang amat pendek untuk mempelaksanakan sebuah bahasa yang
masih pada peringkat yang serba kurang untuk mengambil alih sistem pendidikan dan
pentadbiran bagi seluruh negara. Tetapi, sebab yang keduanya mungkin merupakan masalah
yang sebenarnya. Walaupun kerajaan bertujuan untuk mempelaksanakan bahasa Malaysia
sebagai bahasa Kebangsaan yang tunggal, bagi mencapai perpaduan di kalangan rakyat,
supaya berkiblat kepada kebudayaan yang sama, tetapi dasar kerajaan itu tidak dilaksanakan
dengan jujur dan tegas. Kekurangan ketegasan inilah yang menimbulkan atau menyebabkan
sikap yang tidak jujur pula di kalangan masyarakat Malaysia yang tidak menuturkan bahasa
Malaysia. Mereka tidaklah merasa diperlukan untuk mempelajari bahasa Malaysia. Lebih-
lebih lagi adanya sistem pendidikan di dalam bahasa Inggeris yang diteruskan itu telah
menyebabkan bahasa Malaysia terpaksa bersaing dengan sebuah bahasa asing yang lebih
efisien, dan tinggi nilainya dari segi ekonomi dan politik. Ini menyebabkan mereka
7
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
8/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
mengambil keputusan, yang dapat difahamkan sebagai amat lojik, iaitu mengutamakan
pendidikan anak-anak mereka dalam bahasa Inggeris. Bahkan anak-anak bumiputera yang
mempunyai ibu bapa yang berkemampuan, telah tidak menaruh kepercayaan penuh kepada
nilai ekonomi pendidikan dalam bahasa Malaysia, dan terus mengambil kesempatan memberi
pendidikan anak mereka dalam bahasa Inggeris. Bahkan, ramai pula yang menghantar anak-
anak mereka ke negara lain untuk belajar di sana. Salah satu daripada sebabnya ialah mereka
tidak percaya penuh kepada sistem pendidikan di Malaysia, lebih-lebih lagi yang di dalam
bahasa Malaysia. Ternyata benar, persaingan yang dihadapi oleh bahasa Kebangsaan,
bukanlah dengan bahasa vernakular yang lain, seperti Mandarin atau Tamil, tetapi ialah
dengan bahasa Inggeris. Keadaan ini berpanjangan dan apabila 1967 tiba, terdapat keadaan
bahawa bahasa Kebangsaan masih belum terletak pada tempat yang telah dirancangkan
untuknya. Sikap yang tidak jujur dari kalangan ahli masyarakat telah dengan cara tidak
langsung melemahkan kepercayaan orang ramai terhadap sistem pelajaran dalam bahasa
Malaysia. Belajar melalui sekolah kebangsaan yang mempunyai bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar, merupakan suatu halangan, dan bukannya kemudahan. Mereka yang
menghantar anak ke sekolah kebangsaan adalah mereka yang terpaksa dan bukan kerana
betul-betul didorong oleh semangat kebangsaannya. Sebabnya yang kedua pula ialah
kekurangan ketegasan. Sememangnya sukar untuk bersifat tegas dalam mempelaksanakan
bahasa Malaysia di sekolah. Tentangan daripada sekolah aliran Inggeris, Cina memang ada.
Sebenarnya, tidaklah pula bijak memaksa masyarakat melakukan sesuatu di luar kepercayaan
mereka. Tetapi, soalnya kenapakah mereka ragu-ragu. Keraguan mereka berpunca dari
kekurangan ketegasan pihak kementerian sendiri. Kalau dasar pelajaran nasional itu
dijalankan dengan tegas dan teratur, harus ini akan dapat menimbulkan kepercayaan
masyarakat ramai. Oleh yang demikian selepas sepuluh tahun, matlamat negara masih belum
tercapai.
Mungkin tarikh yang penting dalam mempelaksanakan bahasa Malaysia sebagai bahasa
Kebangsaan bermula pada tahun 1970 apabila kerajaan mengambil langkah yang lebih tegas
untuk mempelaksanakan bahasa Malaysia, sebagai bahasa kebangsaan. Oleh sebab istilah
bahasa Melayu itu membawa pengertian dan konotasi perkauman, maka langkah yang
pertama untuk membolehkan bahasa Melayu menjadi lebih mudah diterima ialah dengan
menamakan bahasa kebangsaan pada masa itu sebagai bahasa Malaysia. Istilah Bahasa
Malaysia membawa pengertian yang bahasa itu ialah bahasa untuk semua, sebagai suatu alat
kebudayaan dalam suatu masyarakat dalam negara Malaysia. Identiti bahasa ini menjadi agak
8
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
9/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
berubah, menjadi suatu rupa bahasa yang boleh diterima oleh siapa saja yang menjadi
warganegara Malaysia. Walau bagaimanapun yang termaktub di dalam perlembagaan sebagai
bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Jadi istilah bahasa Melayu masih digunakan di sini
apabila perlu menurut konteksnya.
Selepas 1969, langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk melaksanakan bahasa
Malaysia menjadi lebih tegas, dan hasilnya jelas lebih berkesan. Pembelajaran bahasa
Malaysia menjadi lebih sistematis dan teratur. Langkah yang berkesan itu ialah dengan
melaksanakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah secara
berperingkat-peringkat. Adalah diharapkan bahawa seluruh penyampaian mata pelajaran di
sekolah-sekolah akan dapat bertukar kepada bahasa Malaysia sepenuhnya di setiap peringkat
sekolah rendah dan menengah. Dengan itu bahasa Malaysia akan terus digunakan sebagai bahasa pengantar di dalam bidang sastera di pusat pengajian tinggi pada tahun 1982 dan
dalam bidang sains pada tahun 1983. walaupun dikatakan yang bahasa Malaysia akan
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, tetapi sebenarnya sudah wujud sistem
pendidikan yang menggunakan bahasa Malaysia baik di peringkat sekolah walaupun
universiti. Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 1970 telah
dapat menampung pelajar-pelajar dalam aliran bahasa Malaysia. Oleh yang demikian sudah
ada bukti yang konkrit untuk menunjukkan bahawa bahasa Malaysia sudah mampu untuk mengendalikan penyampaian ilmu dalam bahasa Malaysia di peringkat pengajian tinggi.
Pada waktu yang sama, taraf bahasa Malaysia dari segi ekonomi dan perjawatan juga
dipertinggikan. Kelulusan kepujian bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
menjadi suatu keperluan bagi mendapat jawatan, ataupun penetapan dalam jawatan bagi
mereka yang sudah ada dalam jawatan. Kelulusan dalam bahasa Malaysia pada peringkat
kemahiran bertutur juga menjadi syarat untuk lulu dalam peperiksaan ijazah di universiti.
Walaupun peraturan baru ini banyak menyebabkan calon yang gagal dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia, dan menimbulkan banyak bantahan dari kalangan mereka yang terlibat,
tetapi pihak Kementerian Pelajaran telah bersikap tegas dan terus melaksanakan dasarnya. Ini
telah menghasilkan suasana yang agak baik.
Kementerian Pelajaran juga telah mula melihat dengan secara serius tentang keadaan yang
sebenarnya mengenai keperluan buku-buku teks dalam bahasa Malaysia yang digunakan di
sekolah-sekolah. Jumlah buku teks yang dicetak dalam bahasa Malaysia bertambah
bilangannya dan ini dapat dijayakan dengan usaha dan kerjasama DBP. Guru-guru bahasa
9
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
10/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
Malaysia juga dilatih dengan ramainya untuk menampung keperluan tersebut. Pada peringkat
ini juga terlibat suatu ciri yang agak nyata, iaitu telah ramai guru yang mengajar bahasa
Malaysia itu terdiri daripada kaum bukan Melayu. Ini dengan sendirinya menunjukkan betapa
majunya pengajaran bahasa itu, di samping membuktikan kemampuan bahasa Malaysia
sebagai bahasa Kebangsaan. Guru-guru yang diajar tersebut juga dilatih semula untuk
membolehkan mereka menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa pengantar di sekolah-
sekolah. Keadaan seperti ini boleh dikatakan dapat membentuk untuk memperkembangakan
bahasa Kebangsaan, sekurang-kurangnya di kalangan mereka di dalam bidang pendidikan.
Suatu langkah lain yang harus disebut di sini ialah langkah kerajaan meluaskan penggunaan
bahasa Malaysia dalam siaran radio dan televisyen atau dalam alat sebaran am yang lain.
Bahasa Malaysia dipergunakan dengan seluas yang mungkin dan bahasa-bahasa yang laindipergunakan secara minimum kepada isi rancangan-rancangan tertentu. Sebelum 1969,
setiap satu siaran itu dikenali berasingan sebagai siaran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.
Tetapi selepas itu, siaran ini masing-masing dikenali sebagai rangkaian Nasional, Biru,
Merah dan Kuning. Bahasa yang digunakan untuk memperkenalkan rancangan-rancangan ini
ialah bahasa Malaysia. Sememangnya tidak dapat diragukan, bahawa inilah satu alat yang
berkesan dalam memperkembangkan dan membakukan bahasa Kebangsaan.
Kepentingan yang lain ialah Bahasa Melayu menjadi lambang jati diri sebagai penduduk
tetap Malaysia. Setiap negeri di dunia ini mempunyai bahasa kebangsaan sendiri bagi
menunjukkan jati diri masing-masing. Bahasa Melayu merupakan salah satu jati diri etnik
dan memberi takrifan sebagai komuniti bahasa. Komunikasi bahasa diertikan sebagai satu
kumpulan manusia yang menuturkan bahasa yang sama. Dalam erti kata lain, sekumpulan
manusia diterima sebagai komuniti bahasa jika ahli kumpulan itu menggunakan satu bahasa
yang sama di dalam hubungan komunikasi mereka. Komuniti am pula ialah sekumpulan
masyarakat yang berketurunan sama yang berkongsi nilai-nilai yang sama manakala
komunikasi bahasa pula merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi bahasa yang sama.
Komuniti Melayu adalah golongan yang berketurunan Melayu yang memiliki jati diri
Melayu, bahasa agama, budaya dan adat istiadat Melayu tetapi komuniti bahasa Melayu pula
ialah golongan manusia yang tidak semestinya berketurunan sama tetapi menuturkan bahasa
Melayu dalam pertuturan seharian mereka. Dasar bahasa di Malaysia, kalangan penutur
bahasa Melayu terdiri daripada orang Melayu,India,Cina,etnik bumiputera dari negeri Sabah
dan Sarawak dan kumpulan etnik minoriti yang lain. Mantan Perdana Menteri Malaysia, TunDr Mahathir Muhamad dalam ucapan beliau pada majlis Perasmian Gerakan Cintailah
10
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
11/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
Bahasa Kita pada 11 Disember 1987 di Kuala Lumpur menyatakan bahawa kecintaan
terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merupakan salah satu asas kecintaan
terhadap negara yang perlu dipupuk dan diperkembangkan dengan dijadikan amalan.
Dengan amalan itulah yang akan menjadi bukti bagi menyuburkan dan memekarkan
peranan cinta serta member keyakinan untuk terus mencintai bahasa kebangsaan tersebut.
Tambahnya, tanpa mengamalkannya iaitu bahasa Melayu sukar untuk meyakinkan diri kita
dan orang lain bahawa kita mencintai bahasa kebangsaan kita, dan inilah unsur rohaniah yang
perlu disemadikan dalam sanubari rakyat Malaysia, khususnya. Bahasa Melayu turut
melambangkan kesantunannya. Peningkatan ilmu dan kepenggunaannya boleh dijadikan
kayu ukur kepada kesantunan bahasa Melayu tersebut. Bahasa Melayu mencakupi ciri-ciri
dan nilai-nilai ketimuran berbahasa seperti bersifat budi bahasa,beradab dan memiliki nilai-
nilai itulah yang telah dicuba untuk diterapkan dalam kehidupan rakyat yang berbilang
bangsa iaitu dengan menggunakan bahasa Melayu dan sekali gus mengamalkan budaya
Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat
jelas semasa musim perayaan. Tradisi kunjung-mengunjung antara jiran yang berbilang kaum
dengan berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Begitu juga amalan bergotong-royong,
menghadiri majlis perkahwinan dalam budaya pelbagai kaum serta sambutan rumah terbuka
yang diadakan di tempat masing-masing. Amalan bergotong-royong dalam masyarakat
menunjukkan sikap bermasyarakat yang baik. Mereka berkomunikasi dalam bahasa Melayu
iaitu bahasa yang mudah difahami. Bahasa Melayu turut dijadikan sebagai bahasa
perhubungan antara kaum yang berbilang bangsa. Dengan menguasai komunikasi berbahasa
ini, hubungan yang baik akan mudah terjalin. Amalan hormat-menghormati dan sikap
toleransi antara kaum perlu diamalkan sekiranya kita ingin melihat perpaduan terlaksana.
Kepentingan yang seterusnya ialah bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di
sekolah-sekolah khususnya di sekolah rendah . Sebagai negara bangsa, peranan bahasa
Melayu dalam pendidikan amat penting dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi awam. Kepentingan
bahasa Melayu dapat dilihat dalam Akta Pendidikan 1996, Perkara 17 yang menyatakan:
Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi
pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau
mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen
ini.
11
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
12/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan terus diberi penekanan
dalam Pelan Induk Pendidikan 2006-2010 yang dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) bagi membantu memantapkan lagi perpaduan negara bangsa. Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan ini mengandungi 6 teras iaitu membina negara bangsa,
membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang
pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi
pendidikan. Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia
adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan peraturan secara
bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai,budaya
dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung
kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme,lingua franca,integrasi, kewarganegaraan
dan demokrasi. Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti
memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan,integrasi nasional dan bahasa
ilmu. Antara strategi untuk membina negara bangsa ialah menggerakkan gelombang baru
iaitu gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perlaksanaan Dasar Buku
Negara, menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti
kebahasaan,kesusasteraan,pengkaryaan,penterjemahan serta mewujudkan bahan bahasa dan
sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan. Di sekolah huraian sukatan
bahasa Melayu mengandungi objektif dan nilai-nilai yang dirancang dan disampaikan kepada
pelajar-pelajar dengan harapan agar pelajar-pelajar akan terdidik berbahasa dan berbudaya
tinggi. Sekiranya pelajar-pelajar mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik secara
tidak langsung mereka mudah berkomunikasi dengan rakan-rakan yang berbagai kaum.
Mereka juga akan memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain dan memahami
budaya kaum lain. Begitu juga hubungan guru dengan ibu bapa pelajar tersebut. Mereka
mudah berkomunikasi dan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara pihak sekolah dan ibu
bapa pelajar. Kesemua ini dapat memupuk semangat perpaduan pada peringkat awal lagi iaitu
semasa mereka berada di bangku sekolah dan akan diamalkan sehinggalah ke peringkat lebih
tinggi dan seterusnya menjadi masyarakat yang sentiasa mengekalkan perpaduan.
RUMUSAN
Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa Bahasa Melayu sememangnya berdiri sebagai salah
satu bahasa yang terunggul di muka dunia oleh sebab Bahasa Melayu merupakan satu alat
yang penting dalam membentuk identiti sebuah negara yang berwawasan. Negara Malaysiadapat berdiri dengan megah di muka dunia oleh sebab rakyatnya yang hidup bersama di
12
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
13/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
bawah satu bumbung dan bersama-sama menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan negara Malaysia. Bahasa Melayu mempunyai kepentingan yang
terutama dalam sistem pendidikan kebangsaan oleh sebab melentur buluh, biarlah dari
rebungnya agar semua rakyat Malaysia bersatu pada sejak dari bangku sekolah dan ini dapat
memastikan perpaduan yang dicapai kukuh selama-lamanya.
(3800 patah perkataan)
BIBLOGRAFI DAN REFERENS
13
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
14/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Hassan Othman. (1997). Tranformasi
Masyarakat dalam Konteks Pembinaan Negara bangsa Malaysia. Dalam M. Yaakob Johari.
(ed). Agenda Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia dalam Era Kebangkitan Asia. Kota
Kinabalu: Institut Kajian Pembangunan (Sabah).
Asmah Hj. Omar, (1978). Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Kepada Perancangan Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Hj.Omar, (1988). Bahasa dan
Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (1984). Isu-isu Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti
Faizal Othman. (1993). Pendekatan Bina Bangsa dalam Pengukuhan Tenaga Manusia bagiWawasan 2020. Dalam Kamaruddin Jaafar & Hazami Habib.(ed). Wawasan 2020. Kuala
Lumpur:
Institut Kajian Dasar. Institut Tadbiran Awam (INTAN). (1980). Negara Kita: Sejarah,
Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan. Kuala Lumpur: INTAN.
Kamus Dewan Bahasa. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
M. Yaakob Johari.(ed). Agenda Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia dalam Era Kebangkitan
Asia. Kota Kinabalu: Institut Kajian Pembangunan (Sabah).
Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Sedekad Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
BAHAGIAN B:
14
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
15/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
APA ITU TATABAHASA?
Tatabahasa adalah bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata dan proses
pembinaan ayat sesuatu bahasa (Nik Safiah Karim & Norlidza Shamsudin, 2008). Menurut
Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu
perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain
untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan,
pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.
Menurut Noam Chomsky, seorang ahli bahasa, tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu
kumpulan sistem yang harus dipatuhi oleh pengguna bahasa sesuatu bahasa itu, dan ia
menjadi dasar untuk melahirkan asperasi bahasa yang baik dan indah, serta menjamin
kemantapan bahasa sesuatu bahasa. Menurut Chomsky lagi, tatabahasa berfungsi dalam
memisahkan bentuk-bentuk bahasa yang gramatis, daripada yang tidak gramatis. Tatabahasa
berperanan untuk menghuraikan pemilihan pengguna bahasa itu untuk membina ayat-ayat
yang baik. Oleh itu, dapatlah dinyatakan bahawa ia merupakan dasar yang menjadi pedoman
dan pegangan dalam menentukan betul atau salah sesuatu bentuk bahasa pertuturan atau
penulisan yang dihasilkan.
Menurut Robin (1971:172) pula menyatakan bahawa tatabahasa merupakan suatu yangmenitik beratkan struktur uturan pertuturan atau penulisan dan dengan penggolongan serta
pengkelasan unsur-unsur pertuturan yang berulang-ulang berdasarkan rumus-rumusnya.
Bagi A.Koutsaudas (1969:1) tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu alat yang menggunakan
untuk menghasilkan ayat-ayat yang betul yang tidak terbatas jumlahnya dalam sesuatu
bahasa dan tidak ada satupun yang salah.
Menurut Tatabahasa Dewan, aspek tatabahasa menyentuh kepada dua sudut, iaitu melibatkan
cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan cara perkataan disusun menjadi
ayat. Huraian di peringkat perkataan disebut morfologi, manakala huraian di peringkat ayat
disebut sintaksis.
Dapat dirumuskan bahawa tatabahasa merupakan suatu teori bahasa yang harus disusun
dengan tepat, lengkap, dan mudah difahami. Ianya dapat dihuraikan dengan jelas tentang
kebolehan bahasa disusun dan digunakan oleh penutur natif sesuatu bahasa. Tatabahasa
sesuatu bahasa itu mengandungi tiga bidang utama, iaitu sintaksis, semantik dan fonologi.Tatabahasa menjadi suatu dasar dalam menyusun sesuatu ayat dengan betul.
15
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
16/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
Tatabahasa juga boleh dilihat sebagai teori tentang peraturan yang menghuraikan ayat-ayat
dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah, tepat, dan lengkap. Tinjauan dalam
bidang tatabahasa dilakukan dalam dua segi iaitu dari segi cara perkataan dibentuk daripada
bunyi-bunyi bahasa (morfologi) dari segi perkataan-perkataan disusun menjadi ayat
(sintaksis).
HURAIAN KONSEP TATABAHASA (MORFOLOGI DAN SINTAKSIS)
Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang:
Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan.
Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.
Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam
morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar
juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza
dari segi fungsi dan konsep.
Morfem
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak bolehdipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri
daripada satu unit atau satu morfem.
Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan
kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu
"di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.
Morfem Bebas :
-Dapat berdiri sendiri, misalnya: minum, cuti, sekolah, periksa
-Mempunyai maksud sendiri
Morfem terikat/imbuhan:
-Bentuk imbuhan, misalnya: mem, per, kan, ber
16
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
17/36
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
18/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
4. Kata tugas.
Bahagian-bahagian itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian dan kata tugas.
"Kata isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata nama, kata
kerja dan adjektif ialah kata isian terbuka. "Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup,
contohnya dan, itu, amat, walaupun dan sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan
berdasarkan faktor sintesis dan semantik.
Kata nama
Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama
dan nama terbitan. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu
yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata nama
yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang
bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti nama pula ialah kata nama yang digunakan
untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata
nama am atau kata kerja diberi imbuhan.
Kata kerja
Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau
dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja
terbahagi kepada, kata kerja transitif (Perbuatan Melampau) dan kata kerja tak transitif
(Perbuatan tidak Melampau).
Adjektif
Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama
sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau
frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat
seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Kata sendi
Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata ataufrasa-frasa dalam ayat.
18
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
19/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
Kata hubung
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan
perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
Kata seru
Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah, gembira,
mencabar, dicabar dan sebagainya.
Kata tanya
Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya hadir di dalam
predikat. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel kah apabila digunakan di awal ayat tanya.Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat. Partikel kah tidak diperlukan
jika kata tanya terletak pada akhir ayat. Contoh kata tanya ialah kenapa, mengapa, bila, apa,
mana, bagaimana, siapa dan berapa.
Kata perintah
Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak
kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan.
Sintaksis
Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan
atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga
hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah.
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii)
membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang
membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-
unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi
nama (FS).
19
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
20/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama.
Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta
menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada
pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis
ayat yang lain, sesuai dengan keperluan.
Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam:
Ayat penyata:
Ayat transitif dan ayat intransitif
Ayat aktif dan ayat pasif
Ayat sungsang
Ayat nafi
Ayat inti dan ayat gabungan
Ayat perintah
Ayat tanya
Ayat seru
Ayat aktif
Ayat aktif dengan kata kerja transitif
Ayat aktif dengan kata kerja pasif
Ayat pasif
Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan penekanan
terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidak
perlu dinyatakan. Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang anda hendak
pentingkan atau menegaskan. Contohnya:
Perkara itu sudah diselesaikannya; atau
Perkara itu sudah diselesaikan
20
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
21/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang menyelesaikan
perkara itu. Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan perkara itu." Ayat itu
menegaskan pelaku "dia".
Ayat perintah
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan,
permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Jenis perintah Contoh penggunaan
Perintah Berdiri di atas kerusi itu.
Suruhan Ikat tali kasut anda dengan betul.
Larangan Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
PermintaanTolong angkat baju itu.
Ajakan Mengucaplah banyak-banyak.
Silaan Sila jamu selera.
Doa Syukurlah kamu sudah kembali.
Harapan Harap-harap hari tidak hujan.
Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak
dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu
ditujukan.
Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak
digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:
Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh
digugurkan.
Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah
digugurkan.
Ayat nafi
21
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
22/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan
untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.
Di samping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu
maksud. Contohnya:
Ayat biasa Ayat nafi
Cadangannya harus diketepikan. Cadangannya tidak perlu kita pedulikan.
Kerja ketua memang susah. Kerja ketua tidak pernah senang.
Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat
nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja.
Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya,
umpamanya:
Bukankah orang itu guru kamu?
Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu?
Anda sudah faham, bukan?
Penggunaan dengan frasa nama
Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa
nama. Contohnya:
Ini bukan kucing.
Malaysia bukan negara republik.
Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia.
Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalamhubungan seperti yang berikut:
22
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
23/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
Dia bukan bodoh, tetapi malas.
Dia bukan belajar, tetapi bermain.
Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak":
Dia tidak bodoh, tetapi malas.
Dia tidak belajar, tetapi bermain.
Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit perubahan
maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan
"bukan" menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.
Penggunaan dengan frasa sendi
Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya:
Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
Saya bukan dari sektor kerajaan.
Malaysia bukan di benua Afrika.
Buku ini bukan untuk anda.
Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh
sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".
Kesalahan yang biasa berlaku:
Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata
"bukan" dan "tidak".
Ayat tanya
Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:
Cara-cara untuk membentuk ayat tanya
1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata
23
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
24/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
Ayat penyata Ayat tanya
Tetamu sudah tiba. Tetamu sudah tiba?
Buah itu sudah masak. Buah itu sudah masak?
Mereka hendak menolong kita. Mereka hendak menolong kita?
Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk
dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas
dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.
2. Menggunakan partikel "kah"
Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel
"kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang:
Ayat penyata Ayat tanya
Tetamu sudah tiba? Sudah tibakah tetamu?
Buah itu sudah masak? Sudah masakkah buah itu?
Mereka hendak menolong kita? Hendak menolong kitakah mereka?
Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan
kesamaran makna.
3. Menggunakan pelbagai kata
Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa,
mengapa, mana, dan siapa.
Kesalahan yang biasa berlaku:
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya:
Tetamu sudah tibakah?
24
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
25/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
Buah itu sudah masakkah?
Mereka hendak menolong kitakah?
Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:
Tetamu sudah tibake?
Buah itu sudah masakke?
Mereka hendak menolong kitake?
"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan.
Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.
Ayat songsang
Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung
ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:
AYAT BIASA SUBJEK + PREDIKAT
AYAT SONGSANG PREDIKAT + SUBJEK
AYAT PASIF OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK
Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu
menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan
bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda
perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.
Jenis ayat Susunan biasa Susunan songsang
Ayat inti: Encik Yosri birokrat. Birokratlah Encik Yosri.
Kucing itu ke sana. Ke sana kucing itu.
Ayat Tanya:Orang itu adik kamu? Adik kamukah orang itu?
Kamu belum makan? Belum makankah kamu?
Ayat pasif Surat itu akan saya kirimkan.
25
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
26/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
Akan saya kirimkan surat itu.
Saya ketinggalan bas pada hari itu.
Ketinggalan bas saya pada hari itu.
Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kan" (untuk ayat
tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat
songsang itu.
Ayat inti
Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan
sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna.
Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada
satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu,
sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk
menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.
Ayat gabungan
Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan
menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu,
dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain.
Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:
Ayat dengan ayat
Subjek dengan subjek
Predikat dengan predikat
Adverba dengan adverba
Objek dengan objek.
Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.
26
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
27/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yang
seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya:
Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar.
Polar tidak percaya.
Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal sedemikian, ayat gabungan
yang berikut amat perlu digunakan:
Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar, tetapi Polar tidak percaya.
Ayat pancangan
Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa
(ayat kecil), umpamanya:
Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.
Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.
Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding
dengan tentera Jepun.
MENGANALISIS EMPAT KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA OLEH
MURID DI DALAM BILIK DARJAH
1. KATA PENGUAT
Baru-baru ini, dapat ditemukan kesalahan penggunaan kata penguat belakang nian. Kata
penguat nian ialah kata penguat belakang, yakni yang hadir di belakang atau selepas kata
adjektif. Kata penguat yang lain ialah sekali, benar, dan betul. Kata nian ini tidak boleh hadir di hadapan kata adjektif. Namun ada kalangan pengguna bahasa menggunakan kata pemeri
tersebut di hadapan kata adjektif.
Misalnya:
28a. *Nian luhur cintamu kepadaku.
27
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
28/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
Seharusnya:
28a. Luhur nian cintamu kepadaku.
2. POLA AYAT PASIF
Kerancuan berbahasa juga dapat ditemukan dalam pola ayat pasif. Dalam bahasa Melayu,
pola ayat pasif diri pertama dan kedua berbeza dengan pola ayat pasif diri ketiga. Kerancuan
yang timbul daripada pola ini, apabila bentuk ayat pasif diri ketiga disamakan dengan bentuk
ayat pasif diri pertama atau kedua.
Contoh:
29. *Semua lirik lagu itu Salim tulis.
30. *Dinding itu dia conteng.
Seharusnya:
29a. Semua lirik lagu itu ditulis oleh Salim.
30a. Dinding itu diconteng olehnya.
Selain itu, kesalahan bentuk ayat pasif juga kerana penyisipan kata bantu seperti akan, belum,
sudah, telah dan sebagainya di antara frasa kerja pasif terikat dengan pelaku. Dengan yangdemikian, terpisahlah hubungan sintaksis antara pelaku pertama atau pelaku kedua dengan
kata kerja pasif.
Contoh:
28
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
29/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
31. * Aku akan beli buku itu.
32. *Awak belum terima kirimannya.
Yang betul:
31a. Akan aku beli buku ini.
32a. Belum awak terima kirimannya.
3. KERANCUAN SEBUTAN (BUNYI) < e > TALING DAN < e > PEPET
Selama ini kita memberikan perhatian tentang pengucapan bunyi vokal < a > yang betul
untuk merealisasikan bunyi [ a ] yang baku dalam suku kata terbuka di akhir kata bahasa
Melayu. Kanak-kanak sekolah dalam kegiatan kemahiran bahasa (kemahiran membaca) di
sekolah, dalam sayembara seperti dalam pertandingan bercerita, deklamasi sajak, forum dan
sebagainya, sudah dapat membunyikan [ a ] dengan betul. Sebutan baku mereka ini dianggap
lebih baik berbanding dengan orang dewasa.
Barangkali, hal ini demikian kerana kepekaan kita pada usaha pembakuan bunyi vokal < a >
itu, maka kita tidak prihatin tentang bunyi vokal < e > taling dan < e > pepet sama ada
mengucapkan kata bahasa Melayu asli atau kata serapan daripada bahasa asing, khususnya
bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia. Keadaan ini terjadi kerana kita tidak pasti akan vokal
dalam perkataan tersebut < e > taling atau < e > pepet. Lantas, kita membunyikannya
menurut hemat dan rasa biasa kita berbahasa. Dalam hal ini, bunyi pepet itu, tanpa
kepastian yang betul atau salah, diucapkan sebagai bunyi < e > taling atau sebaliknya.
Contohnya, kata peka kerap diucapkan sebagai [ pk ], yakni membunyikan < e > pepet
bukan disebut [ peka ] seperti bunyinya yang betul. Demikian juga halnya dengan kata esa
yang sepatut disebut dengan < e > pepet diucapkan dengan bunyi < e > taling. Begitulah
rancunya kita berbahasa.
Dalam bahasa Melayu, kata-kata yang berikut ini, misalnya vokal < e > hendaklah diucapkan
sebagai bunyi < e > pepet:
29
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
30/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
adegan cencang destar erat
esa gamelan iseng keluh-keluh
ledak lestari nescaya perli
Sebaliknya, < e > dalam kata-kata yang berikut ini pula hendaklah diucapkan dengan bunyi taling:
bndi bri-bri ptak
rnda srmban pna
Masalah yang berkaitan dengan bunyi vokal < e > ini diatasi dengan merujuk kamus, kerana
perbezaan antara < e > pepet dengan < e > taling ada ditunjukkan dalam kamus. Bunyi < e >
taling diberikan tanda tekanan ( ), misalnya pka.
Selain kesalahan sebutan < e > dalam perkataan bahasa Melayu, kesalahan yang serupa
berlaku juga dalam penyebutan (menyebut) perkataan serapan. Perhatikan perbezaan sebutan< e > beberapa patah perkataan serapan yang berikut ini:
partikel BUKAN partikal
nasionalisme BUKAN nasionalism
emosi BUKAN imosi
glatin BUKAN gelatin
gnerasi BUKAN generasi
Kerancuan sebutan juga terjadi apabila huruf < g > dalam kata stratgi, tradgi, dan agnda
dibunyikan sebagai < g >, seperti strateji, trajedi dan ajnda.
4. SLANGA
30
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
31/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
Bahasa ialah alat komunikasi manusia. Bahasa juga menjadi alat ekspresi yang dimiliki oleh
semua manusia yang kadang kala menyerlahkan unsure kolokial dan gelombang bunyi
umpama gelombang ombak di lautan. Sejauh mana arus gelombang ombak itu sampai, sejauh
itu jugalah penyebaran dan penggunaan bahasa slanga ini.
Bahasa slanga wujud dalam semua bahasa dan bangsa dan dituturkan oleh semua orang yang
mengetahuinya termasuklah mereka yang berpendidikan tinggi. Kadang kala, penggunaan
bahasa slanga berlaku tanpa sedar, mungkin kini disebabkan keasyikan atau keperluan
seseorang untuk berbahasa dengan golongan yang menggunakan bahasa slanga ini. Selain
berminat menggunakan bahasa slanga, terdapat juga ahli bahasa yang cenderung untuk
mengkaji dan ingin mengetahui makna dan rujukannya.
Slanga berasal daripada perkataan Inggeris, iaitu slang. Kamus Dewan memberikan
definisi slanga sebagai kata-kata yang bukan daripada golongan bahasa baku atau standard.
Kata-kata tersebut biasanya digunakan dalam percakapan tidak formal dan tidak boleh
digunakan dalam penulisan atau keadaan yang formal.
Dalam masyarakat Melayu, bahasa slanga sering digunakan oleh golongan remaja dan kaum
belia untuk berkomunikasi secara dalaman. Penggunaan bahasa slanga ini dapat
menghindarkan rahsia mereka daripada diketahui oleh anggota komuniti bahasa yang lain.Tetapi sejauh manakah rahsia mereka dapat dipertahankan? Sebagai contoh, kata slanga Mat
Rempit.
Istilah Mat Rempit yang berasal daripada kata slanga digunakan oleh golongan remaja dan
belia untuk memerihalkan lelaki remaja atau dewasa yang suka berlumba motosikal di jalan
raya tanpa mempedulikan undang-undang jalan raya dan keselamatan diri sendiri serta
pengguna jalan raya yang lain.Pada hari ini istilah mat rempit digunakan secara meluas dan
semua peringkat usia tahu makna rujukan Mat Rempit. Oleh hal demikian, tidak hairanlah
jika bahasa slanga seperti ini turut membantu menambah istilah dalam kamus bahasa Melayu.
31
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
32/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
32
BAHASA SLANGA BAHASA MELAYU BAKU
Slumber Buat tak tahu
Pak we Teman lelaki
Bapok/mak nyah Lelaki pondan
Cau Pergi
Blah Beredar
Mak we Teman perempuan
Awek Teman wanita
Cun Cantik/comel
Hampeh Tidak berguna
Bohsia Remaja perempuan yang bebas
laku dan pergaulan
Lentok Tidur
Mampuslah Sangat teruk
Jambu Gadis yang cantik
Sempoi Ringkas/senang/bersahaja
Langsi Kurang ajar
Fullamak Kagum
Jiwang Seorang yang sentimental/melayan perasaan
Sentap Tersinggung
Pau Minta belanja
Kemut Kedekut
Tapau Membungkus makanan
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
33/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
Contoh-contoh bahasa slanga yang sering digunakan dalam masyarakat Melayu kini:
Bler Tidak tahu apa-apa
Gurik Lelaki lembut
Kacang Soalan yang senang
Sangap Teringin sangat
Cilok Curi
Perkataan-perkataan di atas tidak terdapat dalam Kamus Dewan dan tidak diakui sebagai
bahasa yang formal. Walau bagaminanapun, semakin banyak orang yang menggunakan
bahasa slanga untuk berkomunikasi pada saban hari. Tidak dapat dinafikan bahawa, bahasa
slanga telahpun mengugat kedudukan bahasa kebangsaan kita pada masa kini.
RUMUSAN
Rakyat Malaysia hanya ada satu bahasa, iaitu bahasa Melayu atau lebih tepat lagi bahasa
Melayu Malaysia. Dari segi statistik, mungkin bahasa Melayu mempunyai lebih daripada 300
juta orang penutur dan dikatakan sebagai bahasa keempat terbanyak penuturnya di dunia
selepas bahasa Mandarin, bahasa Sepanyol dan bahasa Inggeris. Namun begitu, hakikat yang
perlu difahami dan diakui ialah bahawa kewujudan bahasa Melayu Malaysia ini sangat
bergantung pada kesetiaan 25 juta orang penutur jatinya di Malaysia.
Hari ini, sebagai akibat globalisasi, cabaran bahasa Melayu sudah agak berbeza. Mungkin
bahasa Melayu masih mempunyai sedikit peranan sebagai bahasa perpaduan, namun ada
peranan yang jauh lebih utama dan lebih mendesak untuk dimainkan oleh bahasa itu. Maka,
gerakan bahasa yang baharu memerlukan suntikan baharu, hala tuju baharu dan nafas baharu.
Gerakan itu memerlukan satu sasaran yang jelas, pendekatan yang menyeluruh, koordinasiantara penggerak utama, iaitu DBP, ITNM,MBKM dan bahagian tertentu Kementerian
33
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
34/36
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
35/36
7/28/2019 Program Pendidikan Jarak Jauh
36/36
TUGASAN PENGANTAR BAHASA MELAYU
Hamzah, Z. A. (Jun 2006). Bahasa Indeks Tamadun Bangsa. Dewan Bahasa .
Hamzah, Z. A. (Disember 2006). Slanga Milik Siapa? Dewan Bahasa .
Hussein, H. (Januari 2006). Masa Hadapan yang Baharu. Dewan Bahasa .
ITAR, A. A. (2008, Oktober 13). Utusan Malaysia Online. Retrieved Julai 21, 2010, from
Melayu akan pupus tanpa bahasa: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=1013&pub=utusan_malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm&arc=hive
Kamijan, C. A. (Februari 2006). Bahasa Melayu Bahasa Penjajah? Dewan Bahasa .
Mat, N. (Jun 2006). Pendidikan Bahasa Melayu "Bahasa Jiwa Bangsa". Dewan Bahasa .
OTHMAN, B. (2006, 2 24). Utusan Malaysia Online. Retrieved July 2010, 20, from Bimbang
penggunaan bahasa Melayu terhakis: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2006&dt=0224&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm&arc=hive
Rashid, A. R. (Mei 2006). Cabaran Bahasa Melayu. Dewan Bahasa .
SARIYAN, P. D. (2008, Oktober 21). Memartabatkan bahasa Melayu. Retrieved Ogos 11,
2010, from Dewan Bahasa dan Pustaka Online: http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?
Content=articles&ArticleID=769&DC =
SB, U. S. (Februari 2006). Cinta Sejati dan Abadi. Dewan Bahasa .
Seong, T. K. (Disember 2006). Slanga "Kosa Kata Buangan". Dewan Bahasa .
Subramaniam, V. L. (Jun 2006). Penyalahgunaan Bahasa Melayu. Dewan Bahasa .
Tin, L. S. (Jun 2006). Bahasa Hilang Jiwa Masihkah Bahasa Jiwa Bangsa? Dewan Bahasa .
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1013&pub=utusan_malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1013&pub=utusan_malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0224&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0224&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0224&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm&arc=hivehttp://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=769&DChttp://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=769&DChttp://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=769&DChttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1013&pub=utusan_malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1013&pub=utusan_malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0224&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0224&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm&arc=hivehttp://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=769&DChttp://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=769&DC