Upload
machevallie
View
11.418
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
PENDIDIKAN JARAK JAUH:
ISU-ISU DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANANNYA
Jurnal Teknologi Pendidikan
Mohd Rosminizam bin Mohd Daud
Mohammad Firdaus bin Musa
Mohd Faizal bin Nor Azman
Mohd Saiful bin Masri’alah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
volume 1 nombor 1 pg.1- 16 April 2007
Abstract
This review of literature and current information related to distance learning deals
with several primary research issues. These include redefining the roles of partners in
distance education teams, technology selection and adoption, design issues, methods and
strategies to increase interactivity and active learning, learner characteristics, learner
support, operational issues, policy and management issues, equity and accessibility, and
cost/benefit tradeoff.
Abstrak
Ini adalah satu lampiran rujukan dan juga maklumat semasa yang berkaitan dengan
pembelajaran jarak jauh (PJJ) yang telah berkait dengan isu yang penting. Ini
termasuklah peranan rakan kongsi dalam tema pembelajaran jarak jauh, pemilihan
teknologi dan perlaksanaannya, isu reka bentuk program PJJ, cara dan stategi bagi
meningkatkan kesan interaktif dan pembelajaran aktif, karekter pelajar, sokongan pelajar,
1
isu pengoperasian, polisi dan isu pentadbiran, ekuiti dan kebolehcapaian serta
kos/keuntungan jual beli.
Teori dan Prinsip di dalam Pendidikan Jarak Jauh
Perkembangan teknologi informasi dan komunikasi (TIK) telah memberikan
pengaruh terhadap dunia pendidikan khususnya dalam proses pembelajaran. Menurut
Rosenberg (2001), dengan berkembangnya penggunaan TIK terdapat lima pergeseran
dalam proses pembelajaran iaitu:
Dari pelatihan ke penampilan
Dari ruang kelas di mana dan bila-bila saja,
Dari kertas ke “on line” atau saluran,
fasiliti sedia ada ke fasiliti jaringan kerja,
dari penggunaan masa yang lama ke singkat
Komunikasi sebagai media pendidikan dilakukan dengan menggunakan media-
media komunikasi seperti telefon, komputer, internet, e-mail, dan bayak lagi. Interaksi
antara guru dan pelajar atau siswa tidak hanya dilakukan melalui hubungan bersemuka
tetapi juga dilakukan dengan menggunakan media-media tersebut.
Guru dapat memberikan layanan tanpa harus berhadapan secara langsung dengan
siswa. Demikian pula siswa dapat memperoleh informasi dalam konteks yang luas dari
berbagai sumber melalui “cyber space” atau ruang maya dengan menggunakan komputer
atau internet. Hal yang paling mutakhir adalah berkembangnya apa yang disebut “cyber
teaching” atau pengajaran maya, iaitu proses pengajaran yang dilakukan dengan
menggunakan internet. Istilah lain yang makin popular pada ialah “e-learning” iaitu satu
2
model pembelajaran dengan menggunakan media teknologi komunikasi dan informasi
khususnya internet.
Menurut Rosenberg juga e-learning merupakan satu penggunaan teknologi
internet dalam penyampaian pembelajaran dalam jangkauan luas yang belandaskan tiga
kriteria iaitu:
1) E-learning merupakan jaringan dengan kemampuan untuk
memperbaharui, menyimpan, mendistribusi dan membagi materi ajar atau
informasi,
2) Pengiriman sampai ke pengguna terakhir melalui komputer dengan
menggunakan teknologi internet yang standard,
3) Memfokuskan pada pandangan yang paling luas tentang pembelajaran di
balik paradigma pembelajaran tradisional.
Saat ini e-learning telah berkembang dalam berbagai model pembelajaran yang
berbasis TIK seperti: CBT (Computer Based Training), CBI (Computer Based
Instruction), Distance Learning, Distance Education, CLE (Cybernetic Learning
Environment), Desktop Videoconferencing, ILS (Integrated Learning Syatem), LCC
(Learner-Cemterted Classroom), Teleconferencing, WBT (Web-Based Training).
Menurut Nipper, (1989) pula beliau menyatakan bahawa pendidikan jarak jauh
generasi pertama dikenali sebagai generasi tradisional yang banyak bergantung kepada
bahan bercetak, televisyen, kaset, video kaset, dan interaktiviti melalui telefon. Kehadiran
komputer yang memperkenalkan multimedia telah meletakkan pendidikan jarak jauh
kepada generasi kedua. Walaupun masih menggunakan bahan-bahan sama seperti
3
generasi tradisional, tetapi kehadiran komputer meningkatkan tahap interaktiviti pelajar
dengan bahan pelajaran dan pensyarah. Menurut Nipper (1989) juga, interaktiviti antara
pelajar kurang berlaku. Dalam konteks ini pembelajaran hanya berlaku sebagai proses
individu yang berasaskan interaksi sesama pelajar dan interaksi dengan bahan
pembelajaran. Generasi ketiga,menurut Briano, Midoro, & Trentin (1997) telah merujuk
kepada pendidikan atas talian (on-line education). Melalui penggunaan teknologi
rangkaian ini membolehkan model pendidikan jarak jauh diperbaiki dan mengambil kira
nilai tambah kepada komponen sosial serta mewujudkan peluang melakukan interaktiviti
yang bermakna untuk mereka yang terlibat termasuk pelajar , tutor , pensyarah, dan
pakar. Pendidikan atas talian memberi peluang kepada komuniti pelajar berinteraksi
dengan lebih kerap dan bermakna dengan rakan belajar dan juga pensyarah. Perbezaan
yang ketara antara generasi tradisional dengan tradisi ketiga ialah aspek interaktiviti yang
wujud sesama pelajar lebih kukuh.
Sistem Pendidikan Jarak Jauh
Sistem pendidikan jarak jauh adalah kaedah pengajaran dimana aktiviti
pengajaran dilaksanakan secara terpisah dari aktiviti belajar. Sebagian besar karana
tempat tinggal siswa jauh atau terpisah dari lokasi lembaga pendidikan. Sebagian karana
alasan sibuk sehingga siswa yang tinggal berdekatan dengan lokasi lembaga pendidikan
tidak dapat mengikuti proses pembelajaran di lembaga tersebut. Keterpisahan kegiatan
pengajaran dari kegiatan belajar adalah ciri yang khas dari pendidikan jarak jauh. Sistem
pendidikan jarak jauh merupakan suatu alternatif pemerataan kesempatan dalam bidang
pendidikan. Sistem ini dapat mengatasi beberapa masalah yang ditimbulkan akibat
4
beberapa diantaranya; keterbatasan tenaga pengajar, jarak antara lembaga pendidikan dan
siswa yang berjauhan, kekurangan pengajar berkualiti, dan lain lain.
Isu dalam Pemilihan Reka Bentuk
Pembangunan dan reka bentuk yang sistematik
Proses pembangunan pengajaran pendidikan jarak jauh adalah menjadi kelaziman
mengandungi tahap reka bentuk, pembangunan, penilaian, dan semakan. Didalam meraka
pengajaran jarak jauh yang berkesan, pertama sekali kita tidak boleh mengambil kira
hanya goal, Keperluan, cirri-ciri tenaga pengajar dan pelajar tetapi juga keperluan
kandungan dan desakan teknik. Semakan terhadap tindak balas daripada tenaga pengajar,
kualiti kandungan, dan pembelajaran adalah berterusan.
Interaktif
Didalam mendapatkan keberkesanan pendidikan jarak jauh adalah dengan terdapatnya
interaktif diantara guru dan pelajar, diantara pelajar dengan persekitaran pembelajaran
dan diri pelajar itu sendiri. Gabungan diantara audio dan video juga dapat meningkatkan
keberkesanan didalam pembelajaran.
Pembelajaran Aktif
Proses pembelajaran aktif juga memberi kesan kepada pelajar terhadap cara bagaimana
pelajar memahami pelajaran tersebut. Pengajar mestilah mempunyai sifat
bertanggungjawab dalam menyampaikan goal pembelajaran, kemampuan dalam
menghasilkan sesuatu yang bermakna di luar bahan pengajaran.
5
Komunikasi Berkesan
Didalam proses pembelajaran, sekiranya terdapat komunikasi yang effektif proses
pembelajaran tersebut akanberlaku dengan cepat dan pelajar akan dapat memahami
material pengajaran yang disampaikan. Jadi komunikasi berkesan dapat meningkatkan
tahap pembelajaran.
Kaedah dan Strategi
Panduan praktik
Guru-guru lebih selesa dengan cara pengajaran dan proses penyampaian yang
effektif. Pada nota praktikal, mereka perlu latihan dalam mencipta mesej pengajaran dan
strategi untuk penyampaian dalam kamera, kaedah dalam persembahan, memilih
kepelbagaian nada suara dan interaksi, pemilihan keadaan,contohnya di mana sesuai
dengan pelajar mereka dan menilai tahap pembelajaran pelajar jarak jauh. Mereka juga
perlu banyak panduan, menyediakan dan menyampaikan barang kursus menggunakan
audio, video, grafik dan teks berhadapan dengan pelajar. Strategi seperti menggunakan
pendekatan yang lebih dan video yang lebih,menggunakan eksperimen yang
menggunakan tangan,teks dan lukisan grafik dan panduan lain yang menjadikan video
lebih effektif.
6
Cabaran asas media
Persembahan penagajaran bahasa asing adalah cabaran istimewa, bukan sahaja
kekurangan dalam interaksi 2 hala tetapi juga kekurangan dari segi persemabahan video,
lebih-lebih lagi pergerakan bibir. Ini boleh menundukan persedian pelajar dengan praktik
lisan dan maklum balas melalui telefon dengan pengajar.
Proses pembelajaran jarak jauh yang effektif adalah dengan membuat persediaan,
dengan memadankan strategi pembelajaran tradisional kepada keadaan pembelajaran
baru, di mana kerap kekurangan tanda visual. Pelajar mestilah cepat menyesuaiakan diri
dengan cara baru berkomunikasi, belajar bahagi masa, dan responbiliti dalam pelajaran.
Pengajar mestilah membuka ruang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan pengajar.
Strategi di mana pembelajaran jarak jauh yang effektif adalah menyediakan
kaedah yang sesuai, mengoptimumkan isi kandungan dan memadankan mengikut cara
pembelajaran pelajar, menggunakan pembelajaran kes dan contoh di mana sesuai dengan
pelajar.
Pembelajaran dengan eksperimen di lebihkan dalam media, di mana pengkaji
boleh membandingkan keeffektifan teknologi dalam proses penyampaian. Analisa di buat
kepada isi madul pembelajaran, pencapaian pelajar,guru dan sekolah untuk melaksanakna
teknologi yang berbeza dan melihat apa factor yang mempengaruhi kejayaan dalam
sistem penyampaian.
7
Pembelajaran secara pertanyaan
Pembelajaran secara pertanyaan adalah teknik baru kepada guru-guru. Dalam
keadaan ini, guru akan toleransi dengan pertanyaan dari pelajar-pelajar. Dalam
pembelajaran kelas yang menggunakan multimedia, pengkaji melihat,guru menanyakan
soalan, ganjaran akan di berikan kepada jawapan yang betul. Guru yang berpengalaman
dalam asas pertanyaan akan menggunakan bahan-bahan. Mereka melihat kepentingan
tidak sahaja dari segi penyediaan latihan dalam konsep saintifik, tetapi juga dengan
memberi komitmen dan membuat aktiviti.
Kerja kumpulan
Guru yang progresif akan mengajar guru-guru lain teknologi ini. Mereka boleh
membantu guru-guru lain dalam membuat perancangan dan bekerja dengan modul
pembelajaran dan bahan-bahan sebelum menggunakan kelas. Fasilitator boleh mencuba
modul pembelajaran seperti pita video, dalam membangunkan interaktiviti dengan
pelajar-pelajar mereka.
Teknologi menyediakan juga, soal jawap daripada pengguna baru. Contohnya,
Satellite Educational Resource Consortium (SERC) menyediakan kontak sesiapa yang
melayari halaman ini, menjawap panggilan telefon. Studio guru juga menyediakan
halaman untuk menghantar kembali mesej dari fax. Proses memadankan pembelajaran
baru dalam kelas, seperti pembelajaran dari televisyen dan persembahan video tidak
semestinya berkesan. Pengguna tidak boleh tetapkan semua guru boleh menggunakan
teknologi.
8
Pelajar Jarak Jauh
Matlamat
Pelajar dewasa ada banyak sebab dalam pembelajaran jarak jauh,antaranya ialah
kesuntukan masa, jauh, kewangan dan mahukan pengalaman baru serta kawan-kawan
baru yang berbeza personality. Di sini dapat lihat bukan sahaja pengetahuan baru tetapi
juga kemahiran sosial baru termasuk ability untuk komunikasi.
Cara pembelajaran
Kepentingan lain dalam effektif pembelajaran adalah keutamaan pelajar dalam
memilih cara pembelajaran contohnya koperatif, persaingan dan individu. Dalam proses
pembelajaran jarak jauh sekarang lebih banyak menggunakan koperatif.
Bagaimanapun, pembelajaran yang effektif adalah cara pelajar itu sendiri dan
persediaan yang rapi. Guru dan halaman fasilitator akan membuat keputusan sama ada
pelajar itu sesuai itu untuk kerja kumpulan atau individu.
Factor yang mempengaruhi kejayaan
Kecermelangan pelajar adalah bergantung kepada karakteristik pelajar itu seperti
aktif dalam pendengaran dan ability dalam membuat kerja. Ketidak hadiran sukar untuk
berjaya dengan cemerlang.
Pembelajaran Bernt dan Bugbee's , ada 2 jenis pembelajaran yang di gunakan oleh
pelajar jarak jauh yang pertama ialah strategi kognitif seperti pendengaran yang aktif dan
yang kedua ialah strategi affektif seperti ability untuk bekerja berasinagn dengan
pengajar. Pengkaji mendapati strategi kedua adalah pendengaran yang aktif, tekun dan
sikap yang positif.
9
Bantuan pelajar
Pelajar boleh menghantar emel atau fax kepada pengajar atau pun pelajar2 lain untuk
berkongsi maklumat. Pengajar ajar akan memberi maklum balas kepada pelajar. Pelajar
mestilah menghantar kerja-kerja yang telah di beri supaya pengajar dapat melihat
komitmen pelajar.
Pengajar juga memerlukan bantuan untuk belajar teknologi baru. Pengajar
hendaklah berkomunikasi dengan pengajar lain, apabila belajar bersama-sama, pelajaran
akan menjadi lebih mudah.
Isu Pengoperasian
Ini melibatkan perancangan, pentadbiran, pengurusan dan ekonomi, kesemuanya adalah
menjadi faktor yang penting dalam kejayaan sesebuah program pendidikan jarak jauh.
Khususnya, kita mesti mempertimbangkan peranan kumpulan guru, fasilitator dan
pelajar, latihan guru dan kakitangan, pelaksanaan dan penerimaan teknologi baru dan isu-
isu dasar seperti kemudahan-kemudahan , kos dan jadual pelaksanaan.
Kumpulan guru, fasilitator dan pelajar
Dalam pengajian tradisional, guru-guru berinteraksi secara langsung dengan
pelajar-pelajar mereka. Mereka menyediakan sendiri bahan-bahan sokongan, nota-nota
kuliah dan ujian serta mereka mempunyai kuasa autonomi dan bebas mengkoordinasikan
dalam bilik darjah, Secara kontranya, guru-guru pendidikan jarak jauh tidak terlibat
secara langsung dalam bilik darjah dengan pelajar-pelajar mereka, Komunikasi
diperantarakan bukan sahaja dengan menggunakan teknologi, tetapi juga dengan rakan
10
sepasukan yang mungkin termasuk editor, pereka, pengeluar, juruteknik, pakar media,
tutor tempatan , pembantu dan fasilitator. Dalam proses tersebut, semua yang terlibat
berganding bahu untuk menyumbangkan dan menyampaikan kualiti yang dimiliki
sesebuah program pendidikan jarak jauh, keperluan untuk aktiviti merancang dan
menyelaras kakitangan menjadi kepentingan. Khususnya, kita perlu mentakrifkan tugas-
tugas dua peranan utama iaitu guru dan fasilitator.
Guru
Guru pendidikan jarak jauh atau guru studio memainkan peranan penting
sepanjang proses pendidikan jarak jauh. Dia semestinya diperakui dengan tahap
penarafan yang sesuai, berpengetahuan dalam keseluruhan area subjeknya and terlatih
dalam strategi pendidikan jarak jauh secara efektif. Dia bertanggungjawab untuk
mendalami sesuatu perkara, menyediakan pelan-pelan pembelajaran dan menyediakan
satu modul atau kursus pengajaran, pemilihan alat-alat batuan mengajar, menghantar
arahan secara berkesan dalam bentuk visual, menentukan tahap interaksi pelajar dan
pemilihan bentuk penilaian atau taksiran.
Seseorang guru studio semestinya mempunyai perancangan yang lebih baik
daripada guru kelas biasa yang lain.. Selain itu, dia mesti membiasakan dengan
kemudahan peralatan dan tidak boleh mengabaikan teknologi dalam menyampaikan
pembelajarannya. Ini memerlukan latihan berterusan dalam bentuk pemerhatian sebagai
pendidik yang cekap, latihan secara berwaspada dalam penggunaan pilihan bahan
cetakan, audio, grafik dan bahan video, latihan peralatan yang digunakan dari semasa ke
semasa dan akhir sekali peluang untuk mewujudkan rangkaian dengan guru dan
fasilitator yang lain semasa perlaksanaan kursus.
11
Pada masa ini, seseorang guru itu hendaklah mendapat latihan yang lengkap atau
mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut. Dengan ini, objektif untuk menghasilkan
guru yang efektif dan menggunakan teknologi dalam bilik darjah mereka secara
berkesan dapat dicapai.
Schlosser dan Anderson (1993) telah mengenal pasti kemahairan-kemahiran baru guru
yang mesti diperolehi untuk memainkan peranan sebagai pendidik jarak jauh:
• Pemahaman sifat dan falsafah tentang pendidikan jarak jauh
• mengenal pasti karakter pelajar secara maya
• Membangunkan perisian kursus interaktif sesuai dengan perkembangan teknologi
semasa
• Penyesuaian strategi untuk menyampaikan arahan
• Mengelolakan sumber pengajaran dalam format yang sesuai untuk “independent
study”
• Latihan dan amalan dalam penggunaan telekomunikasi
• Terlibat dalam organisasi, perancangan usaha-sama dan membuat keputusan dasar
• Menilai pencapaian pelajar, sikap dan persepsi
• Berhubung dengan isu hakcipta
12
Fasilitator
Fasilitator adalah tambahan kepada guru studio. Tanggungjawab-tanggungjawabnya
adalah:
• Memberi motivasi dan galakan
• Mengekalkan disiplin dalam bilik darjah
• Bertanggungjawab dalam segala peralatan yang diperlukan supaya proses
pembelajaran berjalan dengan lancar
• Membantu pelajar dalam interaksi, pembahagian dan mengred kertas ujian
Talab and Newhouse (1993) mengenalpasti beberapa konflik mengenai reka bentuk dan
pengurusan bilik darjah sebelum menempatkan fasilitator
• membantu berbeza dengan pendidikan tradisional
• persediaan
• masa dan jadual yang fleksibel
• logistik bilik darjah
• tanggungjawab-tanggungjawab lain
13
Isu Polisi dan Isu Pentadbiran
Pendidikan jarak jauh mengubah hubungan pembelajaran di mana memerlukan banyak
pihak berkerjasama untuk mencapai objektif pembelajaran. Ia telah mewujudkan
perbezaan sosial pelajar di mana sistem pembelajaran biasa yang memupuk pelajar lebih
suka ke kelas . Ini juga telah membawa isu-isu baru yang perlu dipertimbangkan:
• Kesan pembelajaran secara elektronik
• Seimbangkan bajet dengan pilihan pembelajaran elektronik di mana kosnya
rendah
• Mengkaji semula peranan guru yang menyampaikan kuliah dalam kelas
• Mengambilkira keperluan guru supaya mahir dengan aplikasi teknologi
• Bentuk penilaian yang baru bagi memastikan hasil kerja pelajar adalah original
• Satu set akreditasi piawaian antarabangsa untuk memastikan kualiti terjamin
• Kelayakan guru bagi memenuhi kriteria termasuklah teori, kaedah dan strategi
• Keperluan untuk kerjasama antara pihak kerajaan dengan sektor pendidikan
• Latihan dan kebolehcapaian dalam teknologi
Pembangunan serta pengeluaran pengajaran adalah satu usaha kumpulan. Satu pasukan
harus memasukkan hal perkara, pereka pengajaran, penulis, editor, pekerja dalam
pembuatan audio dan video dan pemaju kurikulum.Ini adalah penting untuk
mengenalpasti sumber manusia dan menetapkan tugas-tugas yang bersesuaian supaya
kawalan mutu dapat dikekalkan.
14
Kesimpulan
Selepas merujuk kempali kepada setiap isu yang di bangkitkan oleh penyelidikan
ini, jadi telah di dapati bahawa untuk menjadikan sesuatu program PJJ itu lebih berkesan
dan mantap segala isu-isu ini perlu di titik beratkan. Walaupun PJJ ini sudah lama di
jalankan namun ia masih lagi kurang mendapat perhatian dari bidang akademi untuk
penghasilan modul pembelajaran yang menyeluruh serta berintergrasi dengan setiap isu-
isu yang dinyatakan dalam perbincangan di atas. Di harapkan moga dengan kajian ini
maka lebih jelaslah segala kepentingan yang perlu di utamakan bagi mewujudkan satu
system PJJ dan agar kajian ini menjadi satu rujukan ulung kepada pencipta-pencipta
program PJJ yang bakal menghasilkan perubahan besar dalam PJJ kelak. Semoga pada
masa hadapan program PJJ ini menjadi satu system utama global dalm pencarian ilmu di
seluruh dunia.
15
Rujukan
McNabb, J. (1994, October). Telecourse effectiveness: Findings in the current literature.
Tech Trends, 39-40.
Millbank, G. (1994). Writing multimedia training with integrated simulation. Paper
presented at the Writers' Retreat on Interactive Technology and Equipment.
Perraton, H. (1988). A theory for distance education. In D. Sewart, D. Keegan, & B.
Holmberg (Ed.), Distance education: International perspectives (pp. 34-45). New York:
Routledge.
Pacific Mountain Network (Producer). (1994). Far View I-IV [Videotape series].
(Available from PMN, 1550 Park Avenue, Denver, CO 80218-1661.)
Porter, D. (Ed.). (1994, March). New directions in distance learning: Interim report.
(Available: David Porter, Manager, Schools Curriculum Programs, 4355 Mathissi Place,
Burnaby, BC., Canada V5G 4S8.)
Schamber, L. (1988). Delivery systems for distance education. (ERIC Document
Reproduction Service No. ED 304 111).
Schlosser, C.A., & Anderson, M.L. (1994). Distance education: review of the literature.
Washington, DC: Association for Educational Communications and Technology.
Talab, R.S., & Newhouse, B. (1993, January). Self-efficacy, performance variables and
distance learning facilitator technology adoption: Support for the teacher needs hierarchy.
In Proceedings of Selected Research and Development Presentations at the convention of
the AECT, Research and Theory Division, New Orleans.
16