19
2017 PASUKAN PROJEK JKR (D) ROMPIN 10/31/2017 CADANGAN PEMBAIKAN CERUN RUNTUH DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SEKSYEN 9, JALAN KE KOMPLEKS RADAR, SKN 322 TUDM BUKIT IBAM, DAERAH ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR. PROJEK LESSONS LEARNED

Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula ...epsmg.jkr.gov.my/images/2/28/Laporan_Lessons... · menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah

  • Upload
    others

  • View
    23

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula ...epsmg.jkr.gov.my/images/2/28/Laporan_Lessons... · menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah

2017

PASUKAN PROJEK JKR (D) ROMPIN

10/31/2017

CADANGAN PEMBAIKAN CERUN RUNTUH DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SEKSYEN 9, JALAN KE KOMPLEKS

RADAR, SKN 322 TUDM BUKIT IBAM, DAERAH ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR.

PROJEK LESSONS LEARNED

Page 2: Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula ...epsmg.jkr.gov.my/images/2/28/Laporan_Lessons... · menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah

Pasukan Projek JKR (D) Rompin

RINGKASAN EKSEKUTIF

Laporan ini bertujuan menerangkan nilaian yang baik yang boleh dicontohi serta

perkara-perkara yang kurang baik yang boleh diambil iktibar seterusnya diperbaiki

untuk projek-projek yang di laksanakan oleh JKR melalui sesi bengkel yang telah

dilaksanakan pada 30 dan 31 Oktober 2017 bagi Projek Cadangan Pembaikan Cerun

Runtuh Dan Lain-lain Kerja Berkaitan di Seksyen 9, Jalan ke Kompleks Radar SKN

322 TUDM Bukit Ibam, Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur yang telah dihadiri

oleh SO dan wakil SO. Selain itu juga, Laporan ini juga mencadangkan beberapa

penambahbaikan yang perlu diambil kira bagi projek-projek seumpanyanya di masa

hadapan.

1. PENGENALAN

Latar Belakang Projek Projek ini merupakan projek membaiki cerun runtuh di Seksyen 9, Jalan ke kompleks Radar SKN 322 TUDM Bukit Ibam, Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur. Di puncak cerun tersebut, terdapat tanah lapang yang diratakan, mungkin ketika pembinaan radar dijalankan. Tanah tambakan daripada kerja-kerja pembinaan yang ditambak pada puncak dan lereng cerun asal tersebut yang menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah batu di puncak cerun tersebut yang di tambak ketika pembinaan dijalankan sebelum ini. Air longkang di salur keluar pada permukaan batu yang mana longkang konkrit jenis ‘in-situ’ di puncak cerun telah mengalami kerosakan dan tidak disenggara dengan baik. Air longkang tersebut disalur keluar pada permukaan batuan di permukaan cerun bersebelahan. Di antara skop projek pembaikan cerun ini ialah :

• Membuang batuan longgar (loose boulders) di sepanjang permukaan cerun yang gagal.

• Menstabilkan/mengukuhkan cerun di puncak bukit dengan menggunakan soil nail dan dowel bar

• Memasang high tensile netting system /reinforced 3d mat

• Sistem Perparitan ,

• Membaikpulih jalan & longkang tepi Jalan

Page 3: Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula ...epsmg.jkr.gov.my/images/2/28/Laporan_Lessons... · menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah

Pasukan Projek JKR (D) Rompin

1.1 RINGKASAN MAKLUMAT PROJEK

Tajuk Kontrak CADANGAN PEMBAIKAN CERUN RUNTUH DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SEKSYEN 9, JALAN KE KOMPLEKS RADAR, SKN 322 TUDM BUKIT IBAM, DAERAH ROMPIN, PAHANG.

MAKLUMAT KEWANGAN

Kos Kontrak Asal RM 8,448,836.00

Kos Kontrak Semasa RM 8,329,834.67

TEMPOH

Tarikh Milik Tapak 10 Ogos 2015

Tarikh Siap Asal 5 Februari 2017

Tarikh Siap Sebenar 17 Julai 2017 (EOT No.1) - Penambahan skop kerja soil nailing 12m -120 nos

Lokasi Seksyen 9, Jalan Ke Kompleks Radar SKN 322 TUDM Bukit Ibam, Rompin, Pahang

Keluasan 56.43 ekar

Agensi Pemilik Kementerian Pertahanan Malaysia

Agensi Perlaksanaan Jabatan Kerja Raya Daerah Rompin

Perekabentuk Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR Malaysia

Nama Kontraktor AZS Venture Sdn Bhd 4815-C, Tingkat 2, Jalan Dusun Muda 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Gambar lokasi tapak dan pelan tapak projek dan bangunan asal di Tapak

Page 4: Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula ...epsmg.jkr.gov.my/images/2/28/Laporan_Lessons... · menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah

Pasukan Projek JKR (D) Rompin

GAMBAR SEBELUM PEMBAIKAN

Page 5: Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula ...epsmg.jkr.gov.my/images/2/28/Laporan_Lessons... · menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah

Pasukan Projek JKR (D) Rompin

GAMBAR SEMASA

Page 6: Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula ...epsmg.jkr.gov.my/images/2/28/Laporan_Lessons... · menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah

Pasukan Projek JKR (D) Rompin

Page 7: Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula ...epsmg.jkr.gov.my/images/2/28/Laporan_Lessons... · menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah

Pasukan Projek JKR (D) Rompin

Page 8: Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula ...epsmg.jkr.gov.my/images/2/28/Laporan_Lessons... · menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah

Pasukan Projek JKR (D) Rompin

1.3

Pasukan Kerja yang terlibat bagi projek ini adalah seperti berikut :-

i) HOPT /HODT

Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR Malaysia

ii) SO - Jurutera Daerah, JKR (D) Rompin

iii) Pasukan Projek JKR Daerah Rompin

2.0 Sesi Pengumpulan Pembelajaran Projek

2.1 Bengkel

Tajuk : Mesyuarat & Bengkel Project Lessons Learned Zon Timur

Tarikh : 30 dan 31 Oktober 2017 (Isnin dan Selasa)

Tempat : Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, Cameron Highland

Peserta : Peserta Bengkel terdiri daripada wakil-wakil dari pejabat selia tapak projek dan wakil-wakil PMO Zon Timur.

GAMBAR SELEPAS

Page 9: Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula ...epsmg.jkr.gov.my/images/2/28/Laporan_Lessons... · menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah

Pasukan Projek JKR (D) Rompin

3.0 METADOLOGI/KAEDAH

Para peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diminta mengisi ‘Project

Lessons Learned Checklist’. Seterusnya peserta membincangkan perkara-perkara

yang telah memberi impak yang baik kepada projek “Apa Berlaku Dengan Lancar”

dan isu yang memberi Impak yang negatif kepada projek “Apa Boleh Dilakukan

Dengan Lebih Baik” dan dizahirkan melalui peta minda. Isu-isu tersebut kemudian

dibentangkan kepada semua peserta bengkel untuk dibahaskan dan diambil iktibar

sebelum didokumenkan sebagai satu Project Lessons Learned.

3.1 Contoh Analisis Punca dan Akibat (Mind Map)

Berdasarkan isu yang dikenal pasti di atas, perbincangan kumpulan diadakan dan segala buah fikiran, idea dan maklumat di nyatakan melalui peta minda.

Contoh :-

Semakan Project Lessons Learned Checklist

Contoh hasil perbincangan semasa Analisis Punca dan Akibat dilakukan

Page 10: Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula ...epsmg.jkr.gov.my/images/2/28/Laporan_Lessons... · menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah

Pasukan Projek JKR (D) Rompin

Contoh hasil perbincangan semasa Analisis Punca dan Akibat dilakukan

Contoh hasil perbincangan semasa Analisis Punca dan Akibat dilakukan

Page 11: Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula ...epsmg.jkr.gov.my/images/2/28/Laporan_Lessons... · menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah

Pasukan Projek JKR (D) Rompin

4. LESSONS LEARNED

Berdasarkan sesi perbincangan serta brainstorming oleh peserta dan

dipersembahkan melalui peta minda, berikut adalah kesimpulan yang diperolehi hasil

dapatan daripada perbincangan tersebut:-

4.1 What went well (Apa Berlaku Dengan Lancar)

i. Mengenalpasti risiko dan agensi-agensi yang terlibat yang mungkin boleh

menyebabkan kelewatan pada peringkat awalan projek. (Kebenaran

penebangan pokok kayu oleh pejabat hutan, masalah air dan kawalan

keluar/masuk ke kawasan sensitif TUDM)

ii. Mengenalpasti dan menyemak secara terperinci Dokumen Kontrak yang

diterima dan memberi maklumbalas dengan segera. (Ketidakcukupan

lukisan dan lain-lain)

iii. Penyediaan program kerja (CPM) secara berbengkel selama tiga (3) hari

dan terus memberi kelulusan.

iv. Penggunaan CPM secara optima di dalam pemantauan, mesyuarat,

taklimat dan perbincangan. (Gambar, keputusan dan lain-lain dalam

setiap task).

v. Mengenalpasti aktiviti kritikal dan selaraskan ikut peruntukan yang ada.

(7 bulan tiada bayaran interim sebanyak RM 2.84 juta, tumpuan diberi

kepada pembelian bahan binaan sahaja).

vi. Laksana semua keperluan kontrak dalam tempoh kontrak dan kelulusan

segera. (PHK/APK).

vii. Hubungan komunikasi berkesan secara berpasukan. (Antara JKR,

Kontraktor dan agensi berkaitan).

viii. Kontraktor yang dilantik berupaya serta akur dan boleh menerima

cadangan JKR dalam melaksanakan projek.(Memahami strategi CPM

berbanding realiti).

ix. As-built drawing dihantar secara berperingkat bagi setiap kerja yang telah

selesai. (Kuantiti sebenar dapat diketahui segera bagi menyegerakan

penyediaan pengukuran kuantiti sebenar dan SOFA).

4.2 What did not go well (Apa Yang Boleh Dilakukan Dengan Baik)

i. HOPT perlu memastikan saluran/punca peruntukan adalah betul.

(Kesilapan kod peruntukan sepatutnya OS 31000/Pembangunan dan

bukan OS 28000/Penyelenggaraan)

ii. HOPT perlu memastikan keperluan asas tapak. (Punca air dan had

sempadan terdapat di dalam dokumen kontrak)/Kawasan sensitif

tentera dan hutan simpan.

Page 12: Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula ...epsmg.jkr.gov.my/images/2/28/Laporan_Lessons... · menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah

Pasukan Projek JKR (D) Rompin

5. PENGIKTIBARAN (LESSONS LEARNED) BERDASARKAN PERISTIWA UTAMA

i. Menjadikan CPM sebagai ‘tool’ utama dalam pengurusan projek dan

melaksanakan projek secara berpasukan serta mengesan masalah

kewangan di peringkat awalan. (perancangan strategi - mengutamakan

pembelian bahan binaan ketika peruntukan tidak mencukupi)

ii. Penyelarasan komunikasi secara berkesan antara Stakeholders

melibatkan JKR, kontraktor, Pelanggan dan agensi berkaitan.(JKR perlu

memainkan peranan dan adakalanya perlu menjadi sebagai

JKR/Pelanggan/Kontraktor/Agensi mengikut keperluan semasa)

iii. Penyelesaian segera segala keperluan kontrak semasa seperti

pengesanan awal kuantiti sebenar dan sebagainya (Penyediaan

PHK/APK segera).

iv. Projek dapat disiapkan ‘3 in 1’ beserta penjimatan kos sebanyak RM

119,001.33

5. KESIMPULAN & PENUTUP

Sepanjang tempoh projek beberapa perkara baik telah dikenalpasti dan

didokumenkan di dalam dokumen Lessons Learned ini supaya perkara tersebut boleh

menjadi rujukan kepada pihak lain yang menjalankan projek yang seumpamanya,

selain itu perkara-perkara yang kurang berjalan lancar juga diharapkan dapat menjadi

pengajaran supaya diberi perhatian yang lebih dalam menjalankan sesuatu projek.

Sekian Terima Kasih

# Draf dan Maklumat diperolehi dari Pasukan Projek JKR (D) Rompin

Page 13: Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula ...epsmg.jkr.gov.my/images/2/28/Laporan_Lessons... · menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah

Pasukan Projek JKR (D) Rompin

Page 14: Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula ...epsmg.jkr.gov.my/images/2/28/Laporan_Lessons... · menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah

Pasukan Projek JKR (D) Rompin

LAMPIRAN A

Nama Projek: Cadangan Pembaikan Cerun Runtuh Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di

Seksyen 9, Jalan Ke Kompleks Radar, Skn 322 Tudm Bukit Ibam, Daerah Rompin,

Pahang.

Page 15: Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula ...epsmg.jkr.gov.my/images/2/28/Laporan_Lessons... · menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah

Pasukan Projek JKR (D) Rompin

Page 16: Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula ...epsmg.jkr.gov.my/images/2/28/Laporan_Lessons... · menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah

Pasukan Projek JKR (D) Rompin

Page 17: Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula ...epsmg.jkr.gov.my/images/2/28/Laporan_Lessons... · menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah

Pasukan Projek JKR (D) Rompin

LAMPIRAN B1

After Action Review 1

- Pengunaan Program Kerja(CPM) sebagai tool utama pemantauan

What was supposed to happen?

Perlaksanaan kerja di tapak tidak mengikut Program Kerja (CPM) sebenar yang dirancang.

What actually happened? Why did it happen?

Pemantauan CPM dipantau mengikut turutan kerja yang dirancang dengan merancang aktiviti mengikut kedudukan peruntukan semasa. Tiada peruntukan mencukupi untuk melaksanakan kerja mengikut program kerja yang dirancang.

What are the consequences

Kemajuan kerja dapat dikawal dan berjalan lancar.

What are the key lessons?

Pemahaman secara total oleh pasukan projek selaras dengan risiko semasa di tapak.

Page 18: Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula ...epsmg.jkr.gov.my/images/2/28/Laporan_Lessons... · menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah

Pasukan Projek JKR (D) Rompin

LAMPIRAN B2

After Action Review 2

- Peruntukan projek yang lewat

What was supposed to happen?

Peruntukan projek perlulah mencukupi mengikut RKK yang dirancang.

What actually happened? Why did it happen?

Peruntukan tidak mencukupi. Kesilapan kod peruntukan pembangunan daripada Pelanggan.

What are the consequences

Pihak kontraktor tidak mendapat bayaran selama 7 bulan melibatkan kos sebanyak RM 2.84 juta.

What are the key lessons?

Memastikan peruntukan mencukupi sebelum LA dikeluarkan.

Page 19: Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula ...epsmg.jkr.gov.my/images/2/28/Laporan_Lessons... · menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah

Pasukan Projek JKR (D) Rompin

LAMPIRAN B3

After Action Review 3

- Penentuan had sempadan bagi kawasan sensitif

What was supposed to happen?

Dokumen kontrak/lukisan sempadan perlu disahkan secara teliti kerana melibatkan kawasan sensitif seperti Verifikasi Harta Pelanggan sebelum pembinaan dilaksanakan.

What actually happened? Why did it happen?

Lukisan had sempadan kontrak pembinaan tidak dinyatakan didalam lukisan asal. Kecuaian/terlepas pandang HOPT/HODT diperingkat penyediaan rekabentuk.

What are the consequences

Projek tidak dapat dimulakan (hampir 3 bulan) disebabkan tiada pengesahan had sempadan berikutan lokasi tapak berada di dalam kawasan sensitif. (Kawasan hutan simpan kekal & kawasan tentera)

What are the key lessons?

Penyelarasan antara HODT dan SO serta agensi-agensi yang berkaitan perlu dilaksanakan semasa di peringkat perancangan dan rekebentuk serta penyediaan Verifikasi Harta Pelanggan dilaksanakan sebelum pembinaan.

- TAMAT -