Projek Management

Embed Size (px)

Citation preview

2.1 Pengenalan

Dalam beberapa dekad yang lalu, pengurusan projek merupakan satu perkara yang asing dalam konsep pengurusan. Kini pengurusan projek telah membantu sesebuah organisasi dengan satu sistem yang terbaik untuk meningkatkan keupayaan organisasi bagi merancang, mengatur, melaksana dan mengawasi aktiviti-aktivitinya dalam mengoptimumkan sumber-sumber yang ada seperti peralatan, loji, modal, sumber manusia dan sebagainya.

Di negara maju seperti Amerika, projek-projek yang sukar dan kompleks seperti NASA Apollo SPace Program, Navy Polaris Program dan Star Wars telah berjaya dengan menggunakan konsep pengurusan projek. Dengan itu konsep yang sama telah diperluaskan untuk bidang pembinaan.

2.2 Pengurusan Pembinaan

Dennis Lock (1984) menyatakan bahawa pengurusan projek merupakan salah satu cabang dalam bidang pengurusan. Bidang ini berkembang selari dengan peningkatan industri pembinaan. Bagi kontraktor kecil, mereka perlu membuat persediaan yang sesuai dengan perubahan teknologi pembinaan masa kini. Kegagalan mengikuti arus perubahan akan menghalang kejayaan seseorang kontraktor.

Sementara Abdul Hakim (1990) pula menyatakan terdapat dua aspek penting yang perlu diberikan perhatian oleh kontraktor yang ingin berjaya, pertamanya ialah modal dan kedua adalah pengurusan kontraktor itu sendiri. Perkara ini amat penting bagi memastikan kontrak dapat disiapkan dengan penggunaan sumber-sumber yang optimum. Sistem pengurusan kontrak yang baik dan berkesan mestilah dapat menyelaraskan semua aktiviti dan semua pihak yang terlibat supaya kemajuan kerja dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

2.2.1 Takrif Pengurusan Projek

Takrif pengurusan yang diberikan adalah banyak dan menjadikannya sukar untuk mengambil satu takrifan yang tepat. Walau bagaimanapun apabila dikaji satu persatu dengan mendalam, didapati kebanyakan definisi ini mempunyai matlamat yang hampir sama. Sebahagian dari definisi pengurusan projek yang diambil dari beberapa buku adalah seperti berikut : -

Barry Fryer (1985) menyatakan pengurusan projek merupakan satu cabang daripada bidang pengurusan, di mana ia nya merupakan gabungan antara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan. Takrif yang diberikan kepada pengurusan projek ialah proses penyelarasan pengurusan dalam mencapai sesuatu objektif dengan maksud menggunakan kepakaran teknikal untuk perancangan dan pengawalan kerja dan kebolehan seseorang dalam membuat arahan dan penyelarasan. Rajah di bawah menunjukkan komponen yang terdapat dalam pengurusan projek.

Merancang, menyusun, mengarah, mengawal, menyelaras dan menilai

PROSES

Bahan binaan, buruh, modal, loji dan jentera

SUMBER Masa, kos dan kualiti

MATLAMAT

Rajah 2.1 Komponen Pengurusan Projek

2.2.2 Objektif Pengurusan Projek

Sesuatu projek merupakan yang mempunyai matlamat pencapaian sebagaimana yang telah dirancangkan. Ia nya dibahagikan kepada beberapa bahagian ataupun sektor kerja bagi memastikan supaya pelaksanaannya berjaya memperoleh matlamat. Oleh sebab itu setiap sektor perlu ada penyusunan yang rapi dan pengawasan dari segi masa, aktiviti, kos dan pencapaian.

Objektif utama pengurusan adalah : -

i. Melaksanakan serta menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkanii. Meminimumkan kos kerja

2.2.3 Proses-proses Pengurusan

Proses pengurusan merupakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang pelaksanaan sesuatu projek, di antaranya ialah : -

a. Perancang (Planning)b. Organisasi (Organizing)c. Mengarah (Directing)d. Kawalan (Controlling)e. Pengstafan (Staffing)f. Menilai (Evaluation) Dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang tersebut di atas, pengurus projek dapat mencapai matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dengan sebaik mungkin.

2.2.3.1 Perancangan (Planning)

Perancangan merupakan aktiviti yang terpenting dalam tugas Pengurus Projek.Aktiviti ini perlu dilakukan dengan terperinci dan secara profesional. Proses perancangan ini hendaklah mudah dan praktikal serta hasilnya tidak diperolehi dengan segera. Kejayaan pelan perancangan yang dilakukan adalah bergantung kepada sejauh mana pemahaman dan pelaksanaan peranan seorang pengurus dan kumpulannya.

Pelan perancangan kebiasaannya tidak terlalu tegar (rigid) dan proses perubahan selalu dilakukan bagi menjamin keberkesanannya dalam pencapaian matlamat asal. Projek asa perancangan sentiasa berpandukan kepada perkara berikut : -i. Apa yang perlu dilakukanii. Kenapa ia perlu dilakukaniii. Siapa yang akan melakukan iv. Bagaimana ia dilaksanakan

2.2.3.1.1 Ciri Perancangan Yang Baik

Perancangan yang berkesan dan sistematik akan memberikan pulangan yang baik kepada kontraktor dan dapat meningkatkan kepercayaan terhadap keupayaan kontraktor oleh pemilik projek. Jaafar Muhamad (1988) merumuskan beberapa ciri perancangan yang berkesan, di antaranya adalah seperti berikut : -

i. Kesesuaian Ia nya amat penting terutama di dalam perancangan jangka panjang yang objektif dan perancangan yang boleh diubah ubah untuk disesuaikan dengan keadaan semasa dan peluang baru yang mungkin wujud dari semasa ke semasa.

ii. Keberkesanan KosKos menyedia dan melaksanakan sesuatu perancangan itu seharusnya tidak melebihi faedah yang boleh diperolehi dari penggunaan perancangan itu sendiri.

iii. Ketepatan Tiap-tiap penyertaan di dalam perancangan harus jelas dan tepat tentang apa yang hendak dibuat, bila ia akan dibuat, di mana dan bagaimana ia akan dibuat dan siapa yang akan menbuatnya.

iv. KebiasaanSuatu perancangan seharusnya disediakan dengan format yang tertentu dan selaras supaya ia boleh diikuti dan difahami oleh semua orang yang bertanggungjawab di dalam pelaksanaannya.

v. KerahsiaanSuatu perancangan yang hanya perlu diketahui oleh orang yang patut tahu tentangnya.vi. Jangka WaktuTiap-tiap perancangan haruslah berasaskan satu jangka masa. Pelaksanaan aktiviti yang dirancang agar mengikut masa yang telah ditentukan adalah penting, sekiranya tiada perancangan yang telah dibuat adalah suatu kerja yang sia-sia.

vii. PerhubunganPerancangan harus mengandungi objektif yang ada hubungan kepada tujuan utama organisasi itu ditubuhkan dan pembentukan perancangan itu hanya berdasarkan kepada polisi yang telah ditetapkan oleh sesuatu organisasi.

viii. MenyeluruhPerancangan haruslah komprehensif, semua fungsi-fungsi dan peringkat di dalam sesebuah organisasi.

2.2.3.2 Organisasi (Organizing)

Jaafar Muhamad (1988) mengaktifkan organisasi sebagai gabungan dua orang atau lebih yang bekerja bersama-sama secara koordinasi bagi mencapai sesuatu hasil atau objektif syarikat. Bagi mendapatkan pengurusan projek yang berkesan dalam sesebuah syarikat pembinaan seorang pengurus haruslah dapat mengorganisasikan sumber-sumber manusia, sumber fizikal serta fungsi-fungsi kewangan dengan cara yang sesuai.

2.2.3.3 Proses Pengorganisasian

Dalam sesebuah organisasi yang besar dan kompleks, pengurus projek tidak berupaya menyelaras semua aktiviti para pekerja, maka proses pengorganisasian perlu dilakukan.

Terdapat empat (4) jenis kegiatan dalam proses pengorganisasian sesebuah syarikat pembinaan : -

i. Penentuan KerjaMenentukan kerja perlu dilakukan dan diselaras bagi memastikan perjalanan kerja berjalan dengan lancar bagi mencapai objektif seperti yang telah dicadangkan.

ii. Pengumpulan KerjaMengumpul kerja-kerja atau tugas yang disenaraikan ke dalam kumpulan aktiviti-aktiviti yang sesuai dan berpadanan. Bagi memudahkan turutan aktiviti pembinaan dan pengawalan kerja.

iii. Agihan KerjaMembahagi dan mengagihkan keseluruhan beban kerja yang diperlukan kepada pekerja-pekerja yang sesuai mengikut kebolehan masing-masing.

iv. Penyelaras KerjaMenyelaraskan aktiviti kesemua kakitangan dalam sesebuah projek pembinaan perlu dilakukan bagi mengelakkan berlaku pertindihan tugas dan peranan.

2.2.3.4 Carta Organisasi

Secara umumnya carta organisasi dapat menunjukkan lima aspek pengurusan seperti berikut : -

i. Pembahagian kerjaCarta ditunjukkan melalui rajah kotak, kebiasaannya dalam bentuk segi empat. Setiap kotak menunjukkan unit pembahagian kerja sebagaimana organisasi yang dikehendaki.

ii. Hubungan ketuaPekerja bawahan ini digambarkan melalui garisan yang menggambarkan rantaian ketua, siapa yang akan menjadi ketua dan kepada siapa yang diketuakan.

iii. Jenis kerja yang dijalankanIni ditunjukkan melalui label atau catatan bagi tiap-tiap kotak yang ada. Tiap-tiap satu rajah yang segiempat akan menerangkan tentang tugas atau bidang tanggungjawab yang mesti dijalankan oleh unit atau individu berkaitan.

iv. Pengumpulan bahagian kerjaKeseluruhan carta organisasi menunjukkan asas bagaimana aktiviti atau kerja dalam organisasi tersebut dibahagikan mengikut fungsi.

v. Tingkatkan pengurusan Sebuah carta organisasi tidak sahaja menunjukkan hubungan ketua dan kakitangan bawahan tetapi juga hierarki pengurusan keseluruhan organisasi.

2.2.3.5 Struktur Organisasi

Struktur organisasi dalam pengurusan projek ialah bahagian-bahagian yang diwujudkan untuk menjalankan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan, struktur organisasi terbahagi kepada tiga iaitu : -

a. Fungsianb. Projekc. Matriks

a. Organisasi Fungsian

Organisasi fungsian merupakan satu kaedah tradisi yang diamalkan oleh para kontraktor di dalam industri pembinaan. Kedudukan individu dalam organisasi ini dapat digambarkan dengan jelas, di samping tugas atau fungsi individu adalah mengikut kedudukan atau posisi masing-masing. Ciri-ciri utama organisasi fungsian ialah seperti berikut : -

a. Arahan tugas adalah dari atas ke bawahb. Maklumat balas dari bawah ke atasc. Struktur organisasi adalah rigidd. Hierarki dalam syarikat adalah jelas

b. Organisasi Projek

Organisasi projek merupakan satu kaedah yang telah digunakan secara meluas dalam industri pembinaan yang mana ia nya juga bertindak sebagai satu kaedah yang dapat mengatasi kelemahan yang ada pada organisasi fungsian. Dalam kaedah ini pengurus projek akan mengetuai kesemua unit dengan tujuan mengurangkan masalah coordination dan interaction dalam satu-satu organisasi. Pengurus projek akan ditugaskan untuk mengawal dan menyelaras satu projek supaya mencapai objektif yang telah dirancang.

c. Organisasi Matriks

Organisasi matriks adalah satu kaedah yang menggabungkan ciri-ciri organisasi fungsian dan organisasi projek. Sebuah syarikat yang mengendalikan banyak projek dalam satu-satu masa dan melibatkan projek yang besar maka kaedah organisasi matrik adalah kaedah yang sesuai diguna pakai dalam proses pengendalian syarikat. Dalam organisasi matrik pengurus projek dipertanggungjawab ke atas projek masing-masing.

2.2.3.6 Mengarah (Directing)

Arahan biasanya diberikan oleh pengurus projek yang mengetuai pengendalian sebuah projek pembinaan. Sebelum arahan dikeluarkan, kajian secara teliti perlu dilakukan oleh pihak kontraktor bagi memastikan aktiviti yang akan dilakukan oleh para pekerja mengikut kehendak seperti yang disyaratkan dan mengikuti spesifikasi yang ditetapkan. Kegagalan pengurus projek memberi arahan yang tepat akan memberikan kesan kepada imej syarikat dan hilang kepercayaan terhadap kemampuan pihak pengurusan dalam menangani permasalahan di tapak.

Barry Fryer (1985) mengatakan untuk memberi arahan yang berkesan pengurus projek mesti:-

a. Penurunan kuasa kepada orang bawahan.b. Meningkat keupayaan pengurusan yang boleh oleh pekerja.c. Memberi perhatian dan kerjasama

2.2.3.7 Pengawalan (Controlling)

Pengawalan merupakan tugas pengurus projek membandingkan prestasi kerja dengan perancangan yang dibuat supaya objektif pembinaan tercapai. Jika pengawalan yang lemah terhadap projek yang dijalankan, akan mengakibatkan kerugian kepada pihak kontraktor. Oleh sebab itu perancangan dan pengawalan dalam sesebuah projek pembinaan saling berhubung bagi memastikan kejayaan pembinaan.

Barry Fryer (1985) menyatakan perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam mengawal projek pembinaan ialah:-

a. Tapak bina

Mengenai lokasi tapak bina dengan tepat akan dapat membantu pengurus projek membuat persediaan sesuai dengan keadaan setempat.

b. Masa

Penyediaan sistem penjadualan kerja yang teratur dan licin dapat memastikan projek disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. c. Kos

Memastikan perbelanjaan yang dilakukan tidak melebihi peruntukan yang dijangkakan. Perbelanjaan yang berlebihan akan merugikan kontraktor.

d. Mutu kerja

Memastikan kerja yang dilakukan oleh pekerja memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

2.2.3.8 Pengstafan (Staffing)

Jack R.Merdith (1989) telah menggariskan sifat-sifat, kemahiran dan kualiti yang perlu ada pada seseorang Pengurus Projek, iaitu:-

i. Mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang teknikal.ii. Tegasiii. Menunjukkan kematanganiv. Mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak pengurusan atasan.v. Pernah bekerja dalam beberapa bahagian yang lain.vi. Berani menghadapi risiko.vii. Mempunyai keyakinan untuk menyiapkan projek degan sebaik mungkin.

Selepas pelantikan Pengurus Projek dibuat, beliau perlu melantik kakitangan bawahan yang diperlukan unuk bersama-sama menguruskan projek tersebut seperti Jurutera Tapak, Pengurus Bahan, Formen dan sebagainya. Kesemua kakitangan ini akan mengisi jawatan yang telah ditentukan dalam struktur organisasi yang telah dirancangkan mengikut kemahiran masing-masing. Apabila keseluruhan kakitangan telah diperolehi, Pengurus Projek perlu memberi taklimat dan penerangan kepada setiap kakitangan mengenai objektif dan matlamat projek. Semua pekerja perlu dimaklumkan tentang apa yang diharapkan dari mereka dan betapa pentingnya peranan mereka dalam menyiapkan projek tersebut.

2.2.3.9 Penilaian (Evaluation)

Penilaian kontrak dibuat bertujuan untuk menganalisa kejayaan dan kegagalan projek supaya segala pengalaman yang diperolehi boleh dijadikan panduan untuk projek-projek yang akan datang. Kebiasaannya dibuat dalam beberapa peringkat semasa kerja pembinaan dijalankan. Cara yang terbaik untuk membuat penilaian adalah projek audit yang menilai kemajuan sebenar dengan kemajuan yang dirancang dan juga perbandingan dengan projek lain yang serupa. Cara penilaian projek juga perlu dirangka dengan baik dan dikawal bagi mendapatkan data yang tepat.

2.3 Pengurusan loji

Jentera atau loji merupakan satu peralatan penting di dalam sesuatu projek pembinaan dengan adanya peralatan jentera/loji pembinaan ia dapat menjimatkan penggunaan masa, tenaga kerja, secara tidak langsung mengurangkan kos dan menghasilkan kualiti binaan yang baik. Bagi menjamin keberkesanan penggunaan jentera di dalam sektor pembinaan maka satu sistem pengurusan yang teratur diperlukan bagi menjamin peningkatan daya pengeluaran yang maksimum.

Pertambahan saiz, keunikan serta kos projek menyebabkan permintaan terhadap penggunaan jentera serta kelengkapan di dalam pembinaan. Penggunaan jentera dapat mempercepatkan pembinaan serta dapat mengurangkan tenaga buruh di tapak bina. Pertambahan bilangan buruh akan mengurangkan hasil pulangan faedah dari aktiviti pembinaan.

Bagi memastikan keberkesanan penggunaan jentera maka seorang jurutera atau pengurus loji serta pengendali loji mestilah diberikan latihan yang mencukupi. Pemilihan jenis loji dengan kesesuaian serta kebolehan kerja tapak bina sangat penting bagi menjamin hasil peningkatan faedah keluaran yang tinggi.

2.3.1 Pemilihan Peralatan Jentera

Berbagai faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih peralatan projek. Kriteria yang paling penting ialah keupayaan peralatan itu untuk melakukan kerja yang dikehendaki. Kriteria utama yang perlu dipertimbangkan dalam memilih peralatan yang paling sesuai ialah pulangan keuntungan yang maksimum ke atas pelaburan yang dibuat ke atas peralatan tersebut. Selalunya keuntungan maksimum akan tercapai apabila kos unit pengeluaran yang terendah dicapai.

Faktor-faktor lain yang harus dipertimbangkan semasa memilih peralatan ialah : -

a. Daya pengeluaran sesebuah jenterab. Peralatan tersebut boleh diperolehi pada masa yang diinginkanc. Mempunyai kemudahan alat-alat ganti dan servisd. Kemungkinan peralatan boleh digunakan lagi pada masa akan datange. Kesan masa henti (down time) peralatan itu ke atas operasi dan peralatan pembinaan yang lainf. Jangka hayat jentera dan harganya

2.3.2 Tujuan Penggunaan Jentera/Loji

Tujuan utama penggunaan loji dalam pembinaan adalah seperti berikut :-

a. Mengurangkan penggunaan tenaga buruhb. Mempercepatkan tempoh pembinaanc. Menghasilkan mutu kerja yang lebih baikd. Melaksanakan tugas-tugas yang tidak boleh dibuat dengan tangane. Memudahkan kerja-kerja yang sukar dibuat oleh buruhf. Menghapuskan kerja-kerja tangan yang beratg. Menggunakan teknologi yang terkini di pasaran

2.3.3 Kaedah Pemilihan Jentera

Memandangkan permintaan untuk penggunaan jentera yang meluas dalam industri pembinaan, pembekal telah pun memberikan berbagai-bagai kemudahan untuk pemilikan jentera berkenaan iaitu : -

a. Pembelianb. Sewac. Pajakan

2.3.3.1 Pembelian

Pembelian sesuatu jentera memerlukan modal yang tinggi di peringkat awal. Pemilikan secara pembeli merupakan cara yang terbaik kerana kontraktor boleh menggunakan jentera berkenaan setiap masa yang diperlukan.2.3.3.2 Sewa

Kebanyakan kontraktor kecil banyak menggunakan jentera dengan cara menyewa dari pembekal dan pemiliknya. Kaedah sewa ini memerlukan modal yang sedikit dari kaedah pembelian, sesuai dengan modal yang dimiliki oleh kontraktor kecil.

2.3.3.3 Pajakan

Jentera yang digunakan oleh kontraktor masih menjadi milik pemajak dengan hanya kontraktor perlu membayar sewa sepanjang tempoh penggunaannya dan bertanggungjawab ke atas segala kerosakan terhadap jentera tersebut.

2.4 Pengurusan Bahan Binaan

Pengurusan bahan binaan perlu dilaksanakan secara berkesan bagi mengelakkan kelewatan pesanan dan penghantaran ke tapak bina yang mengakibatkan kekurangan bahan apabila diperlukan. Pengurusan bahan binaan meliputi kerja-kerja penyeliaan, pengiriman dan membuat pemeriksaan di kilang-kilang atau pembekal bagi menetukan bahan binaan yang dibekalkan mengikut spesifikasi atau piawaian yang dikehendaki.

Pelbagai dokumen yang terlibat dalam pengurusan bahan binaan iaitu arahan jadual bahan, catatan serah hantar, ringkasan bahan yang diterima, laporan bahan yang rosak, serah hantar segera, perubahan harga, keperluan permintaan di tapak bina, bahan-bahan yang diterima atau dipindahkan, invois pembayaran kepada pembekal atau pengilang.

2.4.1 Kawalan Bahan Di Tapak Bina

Kawalan bahan di tapak bina adalah sangat penting bagi memastikan keberkesanan dan keupayaan projek berkenaan untuk dijalankan dengan licin. Kawalan yang cekap boleh mengelakkan pembaziran ataupun kekurangan bahan apabila diperlukan. Pengurusan stok yang cekap perlu menepati ciri-ciri berikut: -

a. Mengutamakan kaedah penurunan bahan binaan dari kenderaan dengan berkesan mengikut tahap keselamatan yang dikenhendaki.b. Mempunyai ruang simpan yang mencukupi dan kemasc. Kekurangan bahan diisi dengan cepatd. Mempunyai rekod keluar dan masuk setiap bahane. Mengelakkan kerja penyimpanan dilakukan berulang kalif. Melantik seorang pengurus bahan yang bertanggungjawab sepenuhnya dengan setiap keperluan bahan di tapak bina.

2.4.2 Cara Pembelian

Dalam proses membeli sesuatu bahan binaan ataupun loji, kontraktor perlu menentukan perkara-perkara berikut terlebih dahulu : -

a. Sebut harga yang dipersetujuib. Membuat perbandingan harga dari beberapa pembekalc. Menyediakan tempahan (Purchase Order)d. Memberi alamat penghantaran bahan dengan tepate. Menyediakan spesifikasi bahan yang jelasf. Menyertakan kuantiti bahan yang dikehendakig. Memberikan program penghantaran untuk bahan yang diperlukan dengan banyakh. Memberikan gambaran yang sebenar jalan masuk kepada pembekal serta halangan kepada penghantari. Tarikh sebut harga yang dikehendaki serta tempohnyaj. Nama pekerja yang perlu dihubungi lengkap dengan nombor telefon

2.4.3 Pembaziran Bahan Binaan

Pembaziran bahan binaan adalah perbezaan kepenggunaan bahan binaan yang dibekalkan dengan ukuran yang telah disiapkan. Ia nya boleh berlaku dalam berbagai situasi seperti hilang, pecah atau pun rosak. Kadar pembaziran yang berlaku di tapak bina adalah di antara 10% hingga 15% dari kos projek.

2.4.3.1 Punca-punca Pembaziran

a. Pemotongan bahan binaan b. Mutu kerjac. Penyimpanan d. Pengangkutane. Salah gunaf. Kecuriang. Kemahiran

2.5 Pengurusan Buruh

Buruh merupakan salah satu sumber utama yang memainkan peranan yang penting berbanding sumber-sumber lain seperti bahan binaan dan jentera. Tanpa buruh yang terlatih dan mencukupi, sesuatu projek itu akan gagal dijalankan. Tenaga pekerja merupakan jentera yang menjadikan penggerak kepada segala aktiviti.

2.5.1 Perancangan Sumber Buruh

Barry Fryer (1985) menyatakan bahawa perancangan sumber buruh adalah penting untuk mengawal masalah kekurangan buruh mahir dalam sesebuah projek.

Tujuan perancangan sumber buruh adalah : -

a. Menganalisa dan mengenal pasti peluang-peluang pekerjaanb. Penilaian tentang keperluan sumber buruh semasa dan masa hadapanc. Meramal bekalan dan permintaan sumber buruh dan menyediakan kos yang bersesuaiand. Memudahkan pihak pengurusan untuk membuat pengambilan, pemilihan, kenaikan pangkat, penukaran dan penamatan perkhidmatan e. Menilai keperluan modal sebenar yang diperlukan dalam perancangan sumber buruh

2.5.2 Jenis-jenis Buruh

a. Buruh mahirb. Buruh separuh mahirc. Buruh am

2.5.2.1 Buruh Mahir

Merupakan buruh yang mahir dan terlatih dalam menjalankan sesuatu bidang pekerjaan tertentu sahaja seperti memasang batu bata, melepa, mengecat, mengimpal, memasang ubin, memasang paip, kerja kayu dan sebagainya. Kemahiran ini diperolehi daripada pengalaman kerja yang lama atau mendapat latihan khusus.

2.5.2.2 Buruh Separuh Mahir

Merupakan kumpulan pekerja yang mendapat pendidikan kemahiran dalam bidang tertentu tetapi kurang pengalaman. Dengan itu buruh separuh mahir ini sentiasa diberi bimbingan dan pengawasan dari buruh mahir atau penyelia kerja yang dilakukan menepati kehendak-kehendak projek. Kadar upah harian di antara RM 40.00 hingga RM 60.00

2.5.2.3 Buruh Am

Kumpulan pekerja ini terdiri daripada kumpulan yang tidak mempunyai sebarang kemahiran khusus serta kurang pengalaman. Jenis kerja yang dilakukan tidak memerlukan pengkhususan tertentu. Kadar upah adalah antara Rm 20.00 hingga RM 35.00 sehari dan berubah mengikut kemahiran dan masa bekerja.

2.6 Pengurusan Modal

Dalam sesuatu projek pembinaan, pengurusan modal yang berkesan memainkan peranan yang paling penting dalam menentukan kejayaan sesebuah projek. Untuk menjadikan seseorang kontraktor atau pengurus projek yang berjaya, beliau mestilah bijak menguruskan dan menggunakan sumber kewangan yang ada.

Marin Betts dan John Gunner (1993) menyatakan bahawa masalah yang dihadapi oleh kontraktor dalam pengurusan terbahagi kepada dua iaitu : -

a) Masalah Dalaman

Kakitangan atau pekerja pengurusan kewangan yang mempunyai pengalaman yang cukup dalam mengurus sumber kewangan

b) Masalah Luaran

Masalah yang berpunca daripada pihak kedua atau ketiga seperti kelewatan atau keengganan pihak bank untuk meluluskan pinjaman atau pembekal tidak mahu membekal bahan binaan dengan cara hutang

Dalam melaksanakan sesuatu projek pembinaan, sumber kewangan amat penting sekali untuk membiayai keperluan atau kegiatan seperti berikut : - Pembelian bahan binaan, mesin, loji dan sebagainya Membayar gaji kakitangan, buruh dan sub-kontraktor Membayar sewa pejabat, bil elektrik, air, telefon dan sebagainya Membayar elaun lebih masa dan tuntutan kewangan kakitangan Membiayai keperluan luar jangka

2.6.1 Kepentingan Pengurusan Kewangan

Pengurusan modal adalah bertujuan untuk menentukan penggunaan modal yang sistematik dan teratur dalam sesebuah projek. Pemilik atau pengurus syarikat yang memasuki tawaran kerja, perlu memastikan harga yang ditawarkan tidak merugikan syarikat apabila pembinaan dijalankan. Setelah tawaran yang dimasuki diperolehi, langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang pengurus projek ialah : -

a. Pengurusan wang tunaib. Pembayaran Pinjamanc. Keperluan jangka pendekd. Keperluan luar jangkae. Penganalisaan di tapak binaf. Perbandingan kosg. Langkah pencegahan

2.6.2 Matlamat Analisa Kewangan

Pengalisaan kewangan sesuatu projek mempunyai beberapa tujuan, J. Prince Gittinger (1982) : -

a. Menilai kesan kewangan projek terhadap semua golongan dalam kawasan projek ,iaitu firma-firma pemprosesan dan syarikat-syarikat pembinaan.b. Memastikan penggunaan yang cekap bagi semua sumber terutama sekali wang pinjaman dari punca-punca luar seperti bank dan institusi pinjamanc. Menentukan sama ada terdapat atau tidak galakan (insentif) yang cukup bagi semua pihak di kawasan projekd. Penyelarasan semua sumbangan kewangan dapat dibuat dengan lebih cekap lagi apabila analisis kewangan sudah dibuat dengan baik dan berkesane. Analisis kewangan membolehkan kita menilai kecekapan mengurus dan menentukan jenis organisasi dan pengurusan yang diperlukan untuk melaksanakan projek

2.6.3 Kos Projek

Kos pembiayaan sesuatu projek boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu : -

a. Bekalan barang fizikalb. Penggunaan tenaga buruhc. Pembelian atau sewaan tanah d. Cukai yang perlu dibayar kepada kerajaane. Kos luar jangka

2.6.4 Ramalan Aliran Wang Tunai

Ianya amat penting dalam apa jua perniagaan yang dijalankan. Didapati banyak syarikat-syarikat pembinaan mengalami masalah dan tidak kurang juga ada syarikat yang muflis. Aliran wang tunai merupakan pemindahan aliran wang tunai keluar dan masuk dari sesebuah syarikat. Masa aliran tunai juga adalah penting kerana ia menentukan bila wang dikeluarkan dan bila wang bayaran kemajuan kerja akan diterima dari pemilik. Ada tujuh faktor yang mempengaruhi aliran wang tunai : -

a. MarginMerupakan suatu peratusan jumlah yang ditetapkan oleh kontraktor sebagai keuntungan bersih dalam menjalankan sesuatu projek. Kadar margin yang ditentukan oleh kontraktor berbeza-beza mengikut jenis projek yang dijalankan.

b. Wang TahananKebanyakan kerja-kerja pembinaan yang besar menetapkan suatu jumlah tertentu sebagai wang tahanan. Ia merupakan suatu jumlah yang ditahan untuk tempoh tanggungan kecacatan yang ditetapkan antaranya adalah 3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan bergantung kepada jenis jaminan yang dikehendaki.

c. Wang PendahuluanProjek yang menyediakan wang pendahuluan akan mengurangkan keperluan modal pada peringkat permulaan projek

d. Pendapatan Besar Di Permulaan ProjekPendapatan besar di permulaan projek akan membantu kontraktor dalam penyediaan aliran tunai pada peringkat permulaan

e. Pendapatan Besar Di Akhir ProjekIanya akan dapat membantu kontraktor dalam merendahkan kadar hadapan bagi memberi margin yang lebih tinggi kepada butiran kerja di bahagian belakang. Walau bagaimanapun teknik ini akan meningkatkan keperluan aliran tunai kepada kontraktor

f. Kelewatan Menerima BayaranJika berlaku kelewatan pembayaran ini akan meningkatkan keperluan modal. Oleh yang demikian kelewatan pemilik membuat bayaran akan membebankan pihak kontraktor

g. Melewatkan Pembayaran Kepada Pembekal dan Sub KontraktorIa nya akan mengurangkan jumlah modal yang diperlukan tetapi mungkin menjejaskan pembekalan dan prestasi kerja