Upload
others
View
18
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
ISU INTEGRITI DALAM PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK
KERAJAAN DARIPADA PERSPEKTIF JABATAN AUDIT NEGARA
OLEH:
DATUK ZULKIPLI BIN ABDULLAH
Mantan Timbalan Ketua audit Negara
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
• Berkongsi pengalaman pengauditan dalam
pelaksanaan projek-projek Kerajaan
• Kelemahan tidak berulang
• Penambahbaikan dalam melaksanakan projek
akan datang
SKOP
1. PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN
2. PENGAUDITAN PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN
3. PROJEK-PROJEK YANG DIAUDIT
4. KATEGORI PROJEK YANG DIAUDIT
5. AGENSI PELAKSANA
6. METODOLOGI PENGAUDITAN
7. KEPENTINGAN PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN
8. ISU-ISU YANG TIMBUL DI SETIAP PERINGKAT PENGURUSAN
PROJEK
9. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PENGURUSAN PROJEK
➢Perancangan keseluruhan, pengawalan dankoordinasi sesuatu projek daripada peringkatpermulaan hingga peringkat penyiapan bagimemenuhi keperluan pelanggan danmemastikan projek tersebut disiapkan padamasa yang ditetapkan, dalam lingkungan kosdan juga kualiti kerja seperti yangdiharapkan oleh pelanggan.
PENGAUDITAN PENGURUSAN PROJEK
PEMBINAAN
➢ Salah satu cabang pengauditan prestasi
➢ Objektif :
Untuk menilai sama ada pengurusan Projek Pembinaan dirancang dan dilaksanakan dengan teratur, cekap dan berhemat serta mencapai matlamat pembinaan.
➢ Skop
Meliputi aspek Perancangan, Pelaksanaan dan Pemantauan Projek
PROJEK-PROJEK YANG DIAUDIT
1) Bangunan - pejabat, sekolah, institusi pengajian
tinggi, pasar, kem tentera dan lain-lain.
2) Jalan dan jambatan
3) Kerja Kejuruteraan Mekanikal
4) Kerja Kejuruteraan Elektrik
5) Kerja lanskap
6) Empangan dan terowong
7) Landasan keretapi dan
8) Projek /kerja penyenggaraan
KATEGORI PROJEK YANG DIAUDIT
1) Projek Baru/Projek di dalam pelaksanaan- Projek yang telah dimulakan dan sedang dalam peringkat
pembinaan
2) Projek yang telah disiapkan- Projek yang telah disiapkan tetapi masih dalam tempoh
tanggungan kecacatan dan yang telah tamat tempohtanggungan kecacatan.
3) Projek bermasalah- Projek yang berada dalam kategori projek sakit/lembab
- Projek yang telah dimansuhkan
AGENSI PELAKSANA
1) Dilaksanakan oleh Kementerian atau Jabatan
sendiri
2) Dilaksanakan oleh Jabatan Teknikal
METODOLOGI
PENGAUDITAN
A. Entrance Conference
❑Satu sesi pertemuan rasmi di antara pihak Auditi
dengan Pasukan Audit yang akan melaksanakan
kajian audit.
❑Taklimat ringkas mengenai projek, pengenalan
kepada personel-personel yang akan terlibat dalam
kerja pengauditan.
❑Soal jawab terhadap projek yang akan diaudit
❑Penyelarasan bagi melancarkan proses pengauditan
Taklimat oleh Auditi
B. Semakan Dokumen Dan
Analisis Maklumat
❑ Merupakan bahan/bukti audit yang penting dalampenyediaan laporan audit.
❑ Antaranya seperti :
1) Dokumen Kontrak yang mengandungi syarat-syarat kontrak, senarai kuantiti, spesifikasi danlukisan.
2) Fail-fail Projek yang mengandungi minitmesyuarat, bayaran kemajuan, laporankemajuan kerja, surat- surat dan sijil-sijilberkaitan pentadbiran kontrak, rekod kualiti dll.
SemakanDokumenDan AnalisisMaklumat(Samb)
Antara yang disemak:
➢Perkara-perkara berkaitan perolehan
➢Pematuhan kepada syarat-syarat kontrak
➢Kuantiti kerja yang dilaksanakan selaras dengankuantiti yang dinyatakan dalam Bill Of Quantities (BQ) dan lukisan
➢Pematuhan kepada lukisan dan spesifikasi
➢Kemajuan kerja di tapak
➢Bayaran kemajuan mengikut jadual dan selaras
dengan kerja yang telah disiapkan
➢Keputusan penting dalam minit mesyuarat dan
surat-menyurat seperti arahan-arahan, permintaan
pelanggan, kelulusan dan kehendak daripada PBT
serta pembekal utiliti
➢Sijil-sijil seperti Insuran, Lanjutan Masa, Perakuan
Siap Kerja, Perubahan Kerja dan Buku Harian Tapak
➢Rekod-rekod permeriksaan dan ujian di tapak,
Laporan Ketidakpatuhan (NCR) dan senarai
kecacatan.
Semakan Dokumen Dan Analisis Maklumat (Samb)
C. Pemeriksaan Fizikal / Lawatan
Tapak
❑Untuk mendapatkan maklumat dan gambaran yang
jelas tentang projek yang diaudit.
❑Membuat pemeriksaan ke atas kualiti pembinaan
yang sedang dilaksanakan/telah siap.
❑Merupakan aktiviti susulan yang penting bagi
mengesahkan bahan / bukti audit.
PemeriksaanFizikal/ LawatanTapak(Samb)
Pemeriksaan dan pemerhatian yang dibuat antaranya
ialah:
➢Adakah mutu kerja yang dilaksanakan memuaskan,
mengikut spesifikasi dan lukisan?
➢Ujian-ujian dan pemeriksaan yang dilaksanakan
➢Ketidakpatuhan, ketidaksempurnaan, kecacatan dan
kerosakan yang timbul terutama selepas pembinaan
siap
PemeriksaanFizikal/ LawatanTapak(Samb)
➢Bahan-bahan di tapak disimpan dengan sempurna
dan di tempat yang sesuai
➢Penjagaan alam sekitar
➢Kawasan tapak bersih dan teratur
➢Keselamatan di tapak
Dilihat daripada tiga sudut utama iaitu:
i Masa
Untuk memastikan projek disiapkan dalam tempoh masa yang minimum atau jangka masa yang telah ditetapkan
ii Kualiti
Untuk memastikan projek yang diurus itu mengikut spesifikasi dan mutu kerja yang ditetapkan supaya memenuhi kehendak pelanggan.
iii Kos
Untuk memastikan jumlah kos di akhir projek tidak melebihi daripada perancangan belanjawan asal yang telah diperuntukkan
KEPENTINGAN PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN
PERINGKAT-PERINGKAT
PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN
PERANCANGAN
REKABENTUK
PEROLEHAN
PEMBINAAN
SIAP & PENYERAHAN PROJEK
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KONTRAK
ISU-ISU INTEGRITI YANG TIMBUL
DI SETIAP PERINGKAT
PENGURUSAN PROJEK
PERANCANGAN
1. Keadaan tapak/tanah kurang sesuai
2. Pengambilan balik tanah belum selesai
3. Keperluan pelanggan tidak jelas/ tidak
lengkap/kurang teliti dalam penyediaan brief projek
4. Pengalihan/sambongan utiliti tidak diambilkira
5. Peruntukan terhad
REKA BENTUK
1. Tidak sesuai/ tidak praktikal/ tidak memenuhi
keperluan pengguna/ tidak lengkap
2. Kurang maklumat/ maklumat tidak jelas dan
terperinci
3. Masalah komunikasi dan koordinasi
4. Kesilapan perekabentuk/ terlepas pandang
5. Kelewatan penyediaan rekabentuk
PEROLEHAN
1. Kontraktor tidak berdaftar dengan PKK dan
CIDB
2. Kelewatan melantik perunding/kontraktor
3. Kontraktor yang dilantik tidak berkeupayaan
4. Kerja dipecah kecil untuk mengelak daripada
ditender
5. Kontraktor tiada pengalaman melaksanakan
projek yang kompleks
6. Kesilapan senarai kuantiti/percanggahan
antara lukisan dan kuantiti
PEMBINAAN
1. Masalah tapak
2. Lambat mendapat kelulusan daripada PBT
3. Masalah komunikasi dan koordinasi
4. Kontraktor lewat menerima lukisan
5. Pelanggan lambat beri pengesahan
6. Banyak kerja tambahan
7. Lanjutan masa terlalu lama
8. Pertindihan skop kerja kontraktor
9. Penjagaan alam sekitar
10. Penyelia tapak kurang kompeten
11. Penyeliaan tapak tidak rapi
12. Kerja pembinaan tidak ikut BQ/spesifikasi/ lukisan
13. Tiada rekod kawalan kualiti
14. Kurang pemantauan terhadap perunding atau
kontraktor
15. Pembayaran telah dibuat tetapi kerja tidakdilaksanakan
16. Kenaikan harga barang di luar kawalan
17. Kontraktor bermasalah
18. Projek dimansuhkan
PEMBINAAN (SAMB.)
PENYIAPAN DAN PENYERAHAN
1. Kerja-kerja pembinaan tidak sempurna/ banyak
kecacatan dan kerosakan
2. Pembinaan diperakukan siap walaupun ada kerja
yang belum siap
3. Ujian dan pentauliahan belum selesai
4. Kemudahan/peralatan tidak dapat digunakan
5. Bangunan/kemudahan tidak dapat beroperasi
dengan berkesan
6. Pelanggan enggan berpindah
7. Bangunan telah diserahkan tetapi tidak boleh
diduduki
8. Tiada kawalan keselamatan
9. Bangunan diduduki walaupun Sijil Perakaun
Siap Dan Pematuhan belum diperoleh
PENYIAPAN & PENYERAHAN (SAMB.)
Dewan bedah hospital tidak boleh beroperasi
kerana dinding berkulat dan mengalami
kebocoran
PEMBAIKAN KECACATAN / KEROSAKAN DAN
PENYENGGARAAN
1. Kurang atau tiada pemantauan/penyeliaan
2. Tiada penyenggaraan
3. Kecacatan/kerosakan
➢Lambat dibaiki
➢Dibiarkan tanpa apa-apa tindakan
➢Yang sama berulang
➢Tidak dilaporkan
➢Tidak dibaiki walaupun Tempoh Tanggungan
Kecacatan tamat
➢Serius selepas Tempoh Tanggungan Kecacatan
PENTADBIRAN KONTRAK
1. Kontrak lewat ditandatangani
2. Bon Pelaksanaan dan insurans lewat
dikemukakan/ tidak dilanjutkan selaras dengan
lanjutan masa
3. Perubahan kerja dilaksanakan sebelum kelulusan
diberi
4. Lanjutan masa lewat dikeluarkan/ sebab-sebab
tidak mengikut syarat kontrak
5. Sijil Siap Kerja lewat dikeluarkan/ tarikh di backdate
6. Bayaran kemajuan tidak ikut jadual
7. Denda lewat tidak dikenakan
8. Perakuan Kerja Tidak Siap dikeluarkan setelah kerja
diperakukan siap
9. Kerja pembaikan kecacatan belum sempurna tetapi
Perakuan Siap Membaiki Kecacatan telah dikeluarkan
10. Perakuan Muktamad lewat dikeluarkan
PENTADBIRAN KONTRAK (SAMB.)
IMPLIKASI
▪ Pembinaan lewat
disiapkan
▪ Pembinaan tidak
berkualiti
▪ Kos pembinaan
bertambah
▪ Kesan kepada
pengguna
▪ Menjejaskan imej
▪ Kerugian kepada
kerajaan
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Memastikan peruntukan mencukupi sebelum
projek dilaksanakan
2. Pengambilan balik tanah dan masalah tapak
diselesaikan sebelum kontraktor di lantik
3. Keperluan pelanggan perlu jelas, lengkap dan
terperinci. Libatkan setiap peringkat pengguna
semasa perancangan
4. Perunding perlu memahami dengan jelas
kehendak-kehendak dan spesifikasi JKR
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN (SAMB.)
5. Rekabentuk dan BQ yang disediakan oleh
perunding perlu disemak dengan teliti
6. Perunding/penyelia tapak perlu kompeten
7. Pemantauan yang rapi terhadap
perunding/penyelia tapak
8. Memantapkan keberkesanan komunikasi dan
koordinasi di setiap peringkat pengurusan
projek
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN (SAMB.)
9. Agensi bukan teknikal yang melaksanakan
projek pembangunan perlu mempunyai
kakitangan teknikal yang mencukupi dan
kompeten
10.Agensi pelaksana perlu mengenalpasti
kelemahan yang wujud, menganalisis dan
mengambil tindakan penambahbaikan bagi
mengelakkan kesilapan berulang
11.Memantapkan etika dan integriti dalam sektor
pembinaan