Proses Komunikasi Antara Individu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Proses Komunikasi antara individu

Citation preview

Proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang individu) proses komunikasi diantara seseorang dengan seseorang yang lain atau antara manusia. Proses komunikasi ini sangat berkesan kerana ia melibatkan unsur maklum balas serta berdasarkan lapangan yang sama. Takrifan barat oleh R Wayne Pace berpendapat bahawa komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang berlangsung antara dua orang atau lebih secara bersemuka. Selain itu,terdapat beberapa pendapat dari pakar yang menyatakan komunikasi perseorangan ini adalah komunikasi yang melibatkan dua orang penyampai yang berinteraksi secara dua hala serentak dan mereka saling mempengaruhi. Definisi ini juga menurut Beebe, Beebe dan Redmond(1999), komunikasi antara perseorangan ialah komunikasi kemanusiaan yang berlaku apabila seseorang berinteraksi secara serentak dengan orang lain dan saling mempengaruhi diantara satu sama lain dengan tujuan untuk mengendalikan hubungan. Ringkasnya,mereka membuat penjelasan bahawa dalam komukasi perseorangan, berinteraksi secara serentak bermaksud kedua-dua orang penyampai bertindak ke atas maklumat yang sama pada masa yang sama.Kedua-duanya menyampai dan menerima mesej pada masa yang sama. Misalnya,ketika seorang ibu memarahi anaknya,mesej yang diterima oleh anaknya disampaikan kembali kepada ibunya melalui komunikasi bukan lisan seperti bermasam muka atau berdiam diri. Saling mempengaruhi bermaksud kedua-dua komunikator menerima kesan daripada interaksi itu.Misalnya, ibu yang marah pada anaknya tadi mungkin berasa semakin geram apabila melihat sianak menunjukkan perasaan tidak puas hati melalui perlakuan bukan lisan seperti bermasam muka. Adler.Rosenfeld dan Towne (1990) mendefinisikan komunikasi antara perseorangan sebagai suatu proses transaksi yang berterusan,melibatkan komunikator-komunikator daripada persekitaran yasng sama ataupun berbeza dan mewujudkan hubungan melalui pertukaran mesej yang kebanyakannya dipengaruhi oleh gangguan atau halangan luaran fisiologi dan psikologi.Komunikasi ini penting dalam menjalinkan dan mengekalkan hubungan memujuk dan mempengaruhi orang lain.

Komunikasi dua hala ialah yang melibatkan kumpulan terdiri daripada tiga hingga dua belas orang ahli. Bahkan ia penting untuk berkongsi maklumat,mendapatkan idea,menyelesaikan masalah dan bantu-membantu Setiap hari kita berhubung dengan orang lain,sama ada secara bersemuka atau menggunakan alat komunikasi seperti telefon,e-mel dan surat. Dalam era moden hari ini kaedah perhubungan semakin mudah dan kompleks kerana inovasi dalam media perhubugan semakin canggih. Jika dulu alat perhubungan agak sukar dimiliki tetapi hari ini setiap orang boleh memiliki dua atau tiga buah telefon bimbit.

TUJUAN KOMUNIKASI ANTARA INDIVIDU

Meneroka diri sendiri

Perubahan atau memperngaruhi

Menjalankan tugas

Mampu menghubungkan kita dengan orang lain

Komunikasi antara individu ialah bagaimana seseorang individu membina perhubungan dengan orang lain. Melalui komunikasi interpersonal ini akan membentuk dan memelihara hubungan dengan orang lain. Selain itu, akan terbentuk juga sutu jalinan yang keterikatan sesama pihak yang melakukan komunikasi. Hal ini baik untuk menjalin suatu proses kerja sama dengan mencapai tujuan bersama.

Komunikasi merupakan sesuatu yang tidak berubah.

Komunikasi interpersonal tidak boleh diputar kembali. Mesej yang diberi akan memberi kesan kepada penerima.

Komunikasi dikawal oleh peraturan

Ianya ialah bagaimana individu tersebut berinteraksi ketika belakunya perbincangan atau perhubungan.Peraturan ini biasaannya boleh dipelajari melalui pengalaman pemerhatian, dan latar belakang seseorang sama ada seperti berlainan bangsa dan budaya. Antara peraturan yang biasa dipraktikkan secara umumnya ialah menghormati hal-hal peribadi, menyimpan rahsia,amanah, dan jujur.

Memperoleh maklumat

Mempamerkan identiti

Untuk membantu

Kaedah perhubungan (human relation) yang baik.