Upload
sarah-clements
View
20
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
KAEDAH PEMBUATAN PROTOTAIP BERASASKAN KAYU DAN LOGAM.
1.0 PENGENALAN
Terdapat banyak jenis bahan mentah semulajadi dan bahan buatan yang
telah dihasilkan oleh manusia.Pelbagai bahan mentah dibahagikan kepada
beberapa kumpulan utama iaitu kayu,logam, plastik (plastik thermo,
polimer,aklirik, asetal,PVC),kaca (pasir,hablur, kaca bersilikat, kaca flin), gentian
kaca, komposit(kombinasi antara dua atau lebih bahan mentah),kertas(bahan
daripada kulit kayu dan sayuran) dan getah(susu getah dan getah asli).Dalam
tugasan ini penekanan yang diberi ialah penggunaan bahan mentah kayu dan
logam.
Kayu merupakan bahan binaan yang paling meluas penggunaannya
dalam kawasan beriklim tropika.Kayu adalah sejenis bahan mentah yang
terdapat secara semulajadi dan sumber yang boleh diganti.Pada masa ini
pertumbuhan pokok-pokok yang menghasilkan kayu balak telah banyak
berkurangan.Ini disebabkan oleh banyaknya permintaan terutamanya dari luar
negara, begitu juga dengan aktiviti pembalakan haram dan pembukaan kawasan
pertanian dan penempatan baru.
Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kayu balak akan lu
pus suatu masa nanti. Semua pihak sama ada kerajaan atau pengusaha balak
mesti berusaha untuk menanam semula kawasan hutan yang telah diterokai bagi
mengekalkan Malaysia sebagai salah satu negara pengekspot kayu terbesar
didunia di masa hadapan.Di Malaysia terdapat lebih daripada 1000 spesis kayu
tetapi dianggarkan hanya80 spesis sahaja yang mempunyai nilai komersial untuk
digunakan dalam industripembinaan. Selain itu, kayu juga digunakan untuk
1
JENIS BAHAN MENTAHGETAH
KAYU
KERTASKOMPOSITLOGAM PLASTIK KACA GENTIAN KACA
menghasilkan alkohol kayu,arang, turpentine, dan lain-lain.Selain kayu logam
juga antara bahan mentah dalam pembuatan.logam terbahagi kepada dua iaitu
ferus dan bukan ferus.Logam ferus adalah logam yang mengandungi besi.
Logam ferus digunakan dengan begitu meluas kerana bahan ini mudah didapati,
ekonomi dan mempunyai sifat-sifat magnetic yang unik di samping sifat fizikal
yang lain. Aloi-aloi ferus boleh dibentuk dengan mudah dalam keadaan
sepuhlindap dan kemudiannya boleh diberikan rawatan haba untuk
mendapatkan sifat-sifat kekerasan seperti kikir, sifat mulur seperti cangkuk kren
atau dibajakan untuk dijadikan alat gerudi. Lagipun penghasilan logam adalah
secara semulajadi dan banyak digunakan dalam bidang kejuruteraan sama ada
dalam bentuk asli atau campuran dengan logam-logam yang lain.Dalam
menggunakan sebarang bahan mentah untuk menjadikan sesuatu projek
semestinya memerlukan lakaran sebelum menjadi objek sebenar.Lakaran pula
hendaklah mengikut langkah-lengkah kerja yang perlu diikuti supaya hasilnya
sama dengan perancangan yang telah dilakukan.Berikut adalah penerangan
1.0 Lakaran kaedah Pembuatan Prototaip Berasaskan kayu dan Logam
Sebelum sesuatu projek dijalankan aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan
ialah aspek lukisan projek yang melibatkan:
i. Membuat lakaran projek
ii. Menilai dan memilih lakaran yang paling sesuai.
Kemudian barulah melibatkan pembinaan projek yang melibatkan beberapa
proses iaitu:
i. proses mengukur,
ii. proses menanda,
iii. proses memotong,
iv. proses membentuk dan mencantum.
2
2.1 Membuat Lakaran Projek atau Reka Bentuk
Membuat lakaran projek bermakna melakar bentuk hasil projek yang
akan dihasilkan secara berperingkat dan lakaran melibatkan beberapa lakaran
seperti;
i. Bentuk lakaran dua dimensi (2D), tiga dimensi (3D), perspektif
ii. Lakaran 2D –unjuran ortografik
iii. Lakaran 3D – lakaran oblik atau isometrik.
iv. Kertas lukisan dan kertas grid, pensel HB
2.1.1 PENYATAAN MASALAH
Projek Rak Serba Guna.Rak ini boleh digunakan untuk menyangkut
kunci,meletak surat dan bil-bil yang belum berbayar.
2.1.2 Membuat Lakaran Projek
3
4
2.1.4 Lakaran 3D
Lakaran 3D dapat memberikan gambaran sebenar projek yang akan dibina.
Daripada lakaran ini, panjang, lebar dan tinggi projek dapat diketahui.
Lakaran 3D boleh dibuat melalui lakaran oblik atau lakaran isometrik.
RAJAH: CONTOH LAKARAN 3D
2.1.5 LAKARAN 2D
Lakaran 2D dapat menghuraikan lakaran projek dengan lebih terperinci.
5
Bentuk objek yang sebenarnya dapat ditunjukkan dalam dua atau tiga
pandangan.
Lakaran 2D dilukis dalam unjuran ortografik.
2.3 Menilai dan memilih lakaran yang paling sesuai.
Dalam aspek ini Perbincangan kumpulan tentang bahan , kos, alatan .
Perlu ada dimensi yang lengkap .
3.0 PROSES PEMBINAAN PROJEK
3.1 PROSES MENANDA
Bahagian yang hendak dipotong, digerudi, membuat tanggam .Alatan
tangan=pensel, sesiku L, pisau penanda, tolok penanda, penggarit dan penebuk
pusat.Proses ini memerlukan ketepatan setiap bahagian yang hendak dihasilkan
misalnya bahagian depan,sisi, belakang ,tengah, atas dan bawah atau tapak.
3.2 PROSES MEMOTONG
Alatan tangan=pisau pemotong perspek, gergaji tangan, gergaji puting, gergaji
besi.Ketelitian adalah penting ketika proses memotong dilakukan kerana proses
ini berkaitan dengan proses cantuman,ketepatan dan kekemasan hasil kerja.
6
RAJAH: PROSES MEMOTONG
3.3 PROSES MEMBENTUK DAN MEMBUAT CANTUMAN
Kerja-kerja membuat tanggam, mengglu,memaku,memasang skru, merivet dan
merekat.
3.3.1 Membuat tanggam
Membuat cantuman untuk menghasilkan struktur produk. Tanggam temu,
tanggam parit terus, tanggam lekap, tanggam berpenetap, tanggam rencong.
3.3.2 Mengglu
Mencantumkan bhg projek spt kayu, MDF, perspek dan mounting board
Glu panas, glu sentuh
3.3.3 Memaku
Paku kepala rata dan paku panel
Memaku serong memberikan cengkaman yang lebih kuat.
RAJAH: Memaku Serong.
7
3.3.4 Memasang skru
Skru benam sendiri untuk mencantumkan logam seperti keluli lembut dan
aluminium.Cordless screwdriver.
3.3.5 Merivet
Mencantumkan bahan berasaskan kepingan logam dan keluli lembut.Rivet
digunakan bersama riveter.
3.3.6 Merekat
Mencantumkan bahan projek berasaskan papan lapis. MDF dan mounting
board pada rangka atau pemidang projek.Menggunakan stapler
3.3.7 Memasang
Bahan pemasangan seperti Seperti engsel, breket dan penyangkut
i. Engsel :
Memasang bahagian pintu atau penutup projek.Guna rivet dan skru benam
sendiri .
8
ii. Breket :
Memasang tetingkat atau para pada bahagian projek untuk menguatkan
sambungan pada pepenjuru projek
iii. Penyangkut
Penyangkut dipasang bertujuan untuk menggantung projek pada dinding .
9
3.3.8 Kekemasan Projek
Proses terakhir dalam penghasilan sesuatu projek
Projek menjadi:
Cantik
Selamat digunakan
Lebih tahan lama Mudah dibersihkan
BAHAN-BAHAN KEMASAN
CAT LICAU
Cat licau akan menghasilkan permukaan yang licin dan berkilat serta kalis air.
Sesuai digunakan sebagai kemasan luaran yang terdedah kepada hujan dan
panas.
CAT SEMBUR
Boleh didapati dalam pelbagai warna. Mudah digunakan dan cepat kering.
SYELEK
Syelek digunakan untuk melindungi dan mencantikkan projek. Syelek yang biasa
digunakan ialah syelek jingga
VARNIS
Varnis jernih adalah yang paling biasa digunakan. Varnis dapat memberi
Kemasan yang berkilat.Kalis air dan haba.
PELEKAT(STIKER)
Pelekat juga boleh digunakan sebagai bahan kemasan projek. Jika pelekat tidak
disertakan dengan glu pelekat, glu sentuh atau glu PVA perlu disapukan pada
kedua-kedua permukaan kayu dan pelekat.
10