24
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS. JUDUL : PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBAIITUKAN KOMPUTER BAGI TAJUK ELEKTROLISIS MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN 4. SESIPENGAJIAN : 2003D004 saya CHOO CHONG POH fiURUF BESAR) mengakumembenarkan tesis (PSM/SerjanalDekte+Salsa&h)*ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : l Tesis adalah hakmilik UniversitiTeknologi Malaysia. 2. Peryustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuktujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( V ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah kes€lamatan atau kep€ntingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yarg telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD EN. ABDUL RAZAK IDRIS NamaPenyelia 94700 SERIAN.SARAWAK E E @ Disahkan oleh n0 Iari kh : _.............f, 1!!Q!f _ NO. 19,SERIAN BAZAAR, PSZ19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau Tf,IutAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasiberkenaan dengan menyalakan sekali sebab dantempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD a T€sis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara pcnyelidikan, atau disetasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Lapuran Projek Sarjana Muda (PSM).

PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS.

JUDUL : PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBAIITUKAN

KOMPUTER BAGI TAJUK ELEKTROLISIS MATA PELAJARAN

KIMIA TINGKATAN 4.

SESIPENGAJIAN : 2003D004

saya CHOO CHONG POH

fiURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/SerjanalDekte+Salsa&h)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

l� Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Peryustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ( V )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah kes€lamatan ataukep€ntingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yarg telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

EN. ABDUL RAZAK IDRISNama Penyelia

94700 SERIAN. SARAWAK

E

E@

Disahkan oleh

n0

Iari kh : _.............f, 1!!Q!f _

NO. 19, SERIAN BAZAAR,

PSZ 19116 (Pind. U97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau Tf,IutAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasiberkenaan dengan menyalakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

a T€sis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara pcnyelidikan, atau disetasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan, atau Lapuran Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

"Saya akui bahawa saya telah memb aca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan @imia)".

a ^ r r . I

Tandatangan , .........U1U.Nama Penyelia : En. ABDUL RAZAK IDRIS

rarikh , ul.a..flmk:.......

Page 3: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PBK) BAGI TAJUK ELEKTROLISIS MATA PELAJARAN KIMIA

TINGKATAN 4

CHOO CHONG POH

LAPORAN PROJEK INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI

SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH

SARJANA MUDA SAINS DAN KOMPUTER SERTA PENDIDIKAN (KIMIA)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAC 2004

Page 4: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51
Page 5: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

iii

Untuk Ayah, Mak dan Ahli Keluarga yang Tersayang ......

Page 6: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada beberapa

pihak yang telah membantu dalam menyiapkan serta menyempurnakan Projek Sarjana

Muda ini.

Terlebih dahulu, penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan jutaan

terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda, En. Abdul Razak Idris atas

bimbingan, dorongan, galakan serta nasihat yang diberikan sejak awal projek ini

dirancang sehingga disempurnakan.

Penghargaan juga ditujukan kepada keluarga tercinta yang telah memberikan

semangat dan sokongan dari jauh. Tidak saya lupakan juga rakan-rakan seperjuangan di

Universiti Teknologi Malaysia atas sokongan, teguran yang bernas serta bantuan yang

tidak terbalas budinya dalam menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini.

Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang

telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak

langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Page 7: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

v

ABSTRAK

Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) merupakan satu alternatif yang

boleh digunakan untuk menggantikan kaedah pengajaran tradisional. Pelbagai kajian

yang dijalankan di dalam dan di luar negara telah membuktikan keberkesanan

menggunakan PBK sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Perisian PBK bertajuk

Elektrolisis dihasilkan bagi membantu pelajar lebih memahami kandungan tajuk ini.

Topik elektrolisis ini abstrak kerana pelajar tidak dapat melihat proses yang berlaku

dalam elektrolisis melalui mata kasar tetapi hanya melalui penerangan teks dan gambar

rajah sahaja dalam kelas biasa. Melalui perisian ini, animasi pergerakan ion dan berserta

eksperimen disertakan bagi memudahkan pelajar memahami apakah yang berlaku

semasa elektrolisis. Dengan perisian PBK ini, diharapkan dapat menarik minat dan

memudahkan pemahaman pelajar terhadap topik pelajaran yang susah dan abstrak.

Perisian PBK ini dibangunkan menggunakan Macromedia Authorware 6.5 sebagai

perisian utama. Perisian-perisian lain yang turut digunakan adalah seperti Adobe

Photoshop 7.0, Adobe Premier 6.5, Sonic Foundry Sound Forge 6.0, Macromedia Flash

5.0 dan Ulead Gif Animator 5.0.

Page 8: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

vi

ABSTRACT

Computer Aided Instruction (CAI) is one of the alternative to traditional teaching

method. Many researches have proven the effectiveness of CAI as a learning and

teaching medium. A software entitled “Elektrolisis” was produced to help students to

enhance their understanding on this topic. Electrolysis is an abstract topic where students

could not visualize the process in electrolysis through bare eyes. Through this software,

animations of the moving ions and experiments were included to help students to

understand deeper the electrolysis process. It is hoped that this software is able to attract

the interest of students and help them to have a better understanding about this difficult

and abstract topic. This software was developed by using Macromedia Authorware 6.5

as main authoring tool. However, it is also supported by other software such as Adobe

Photoshop 7.0, Adobe Premier 6.5, Sonic Foundry Sound Forge 6.0, Macromedia Flash

5.0 and Ulead Gif Animator 5.0.

Page 9: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Projek 6

1.4 Kepentingan Projek 6

1.5 Skop Projek 7

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 8

1.7 Definisi Istilah 8

1.7.1 Multimedia 9

Page 10: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

viii

1.7.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PBK) 9

1.7.3 Perisian 9

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 10

2.1 Definisi dan Pengertian Teknologi Pendidikan 10

2.2 Aplikasi Teori Pembelajaran Dalam PBK 13

2.2.1 Teori Behaviorisme 13

2.2.2 Teori Kognitivisme 15

2.2.3 Teori Konstruktivisme 16

2.2.4 Kekuatan dan Kelemahan Teori

Pembelajaran Yang Digunakan 18

2.3 Kelebihan-kelebihan Menggunakan PBK 19

2.3.1 Tahap Interaktif Yang Tinggi 19

2.3.2 Pengajaran Berdasarkan Kebolehan

Pelajar 19

2.3.3 Menarik dan Mengekalkan Minat

Pelajar Terhadap Pelajaran 20

2.3.4 Maklum Balas dan Penilaian Serta-merta 20

2.3.5 Pembelajaran Secara Individu 20

2.3.6 Komunikasi 21

2.3.7 Pembelajaran Yang Cepat 21

2.3.8 Pengajaran Berulang Kali 21

2.4 Kelemahan-kelemahan PBK 22

2.4.1 Mutu 22

2.4.2 Kos Yang Tinggi 22

Page 11: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

ix

2.4.3 Keserasian dan Kemudahan Perisian

dan Perkakasan 23

2.4.4 Masalah Sosial 23

2.5 Elemen-elemen Multimedia Dalam PBK 24

2.6 Interaktiviti 25

2.6.1 Hipermedia 26

2.6.2 Hiperteks 26

2.7 Strategi Pengajaran Dalam PBK 26

2.7.1 Latih Tubi 27

2.7.2 Tutorial 27

2.7.3 Simulasi 28

2.7.4 Permainan 29

BAB III REKA BENTUK PEMBANGUNAN

3.0 Pengenalan 30

3.1 Pemilihan Perkakasan dan Perisian 31

3.2 Prosedur Pembangunan Perisian 32

3.2.1 Penentuan Tajuk dan Skop Pembangunan 32

3.2.2 Objektif Pengajaran 32

3.2.3 Pemilihan Perisian Pembangunan 33

3.2.3.1 Bahasa Pengaturcaraan 33

3.2.3.2 Bahasa Gubahan 34

3.3 Spesifikasi Perkakasan Minimum Pengguna 35

3.4 Model Reka Bentuk Pembangunan Perisian 36

3.4.1 Model ADDIE 36

3.4.2 Model ARCS 37

3.5 Carta Alir Perisian 39

Page 12: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

x

BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN

4.0 Pengenalan 40

4.1 Struktur Asas Perisian 41

4.1.1 Paparan Pengenalan 41

4.1.2 Paparan Menu Utama 42

4.1.3 Paparan Menu Isi Kandungan 42

4.1.4 Paparan Topik 43

4.1.5 Paparan Latihan 46

4.1.6 Paparan Aktiviti 47

4.1.7 Paparan Glosari 48

4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49

4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik

(e-JBU) 50

4.1.10 Paparan Maklumat 51

4.1.11 Paparan keluar 51

4.2 Butang Navigasi 52

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 53

5.1 Masalah-masalah Yang Dihadapi Semasa

Pembangunan Perisian 53

5.1.1 Analisis 54

5.1.2 Kemahiran dan Kepakaran 54

5.1.3 Masa 55

5.1.4 Penilaian 56

5.2 Kelebihan Perisian 57

5.3 Kelemahan Perisian 58

Page 13: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

xi

5.4 Kesimpulan 59

5.5 Cadangan 61

RUJUKAN 63

Page 14: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kekuatan dan Kelemahan Teori-teori Pembelajaran 18

2.2 Elemen-elemen Multimedia dan Fungsinya 24

Page 15: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Aliran Proses Pembangunan Berdasarkan Model

ADDIE 36

3.2 Carta Alir Pembinaan Perisian 39

4.1 Paparan Pengenalan 41

4.2 Paparan Menu Utama 42

4.3 Paparan Menu Isi Kandungan 43

4.4 Paparan Topik Elektrolit dan Bukan Elektrolit 44

4.5 Paparan Topik Elektrolisis Sebatian Lebur 45

4.6 Paparan Topik Elektrolisis Larutan Akueus 45

4.7 Paparan Latihan 46

4.8 Paparan Aktiviti 47

4.9 Paparan Glosari 48

4.10 Paparan Video Eksperimen 49

4.11 Paparan e-JBU 50

4.12 Paparan Maklumat 51

4.13 Paparan Keluar 52

4.14 Butang Navigasi 52

Page 16: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Dunia pendidikan merupakan keperluan semua individu dan ia tidak statik dalam

mana-mana konteks dan ketika kerana pendidikan tidak terpisah daripada

persekitarannya yang sentiasa membangun. Namun begitu, apa saja yang akan

memperbaiki peranan, tugas, keberkesanan dan kecekapan guru perlulah diterima

dengan baik asalkan pelanggan guru iaitu pelajar mendapat layanan perkhidmatan yang

lebih tinggi nilainya dan berkualiti.

Oleh itu, sejak kemerdekaan negara kita pada 31 Ogos 1957 sehingga kini,

kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dan pendekatan dari semasa ke semasa bagi

memantapkan lagi sistem pendidikan negara yang ada sekarang. Banyak perubahan telah

berlaku dalam sistem pendidikan negara berikutan hasil daripada beberapa laporan

pendidikan yang menjadi asas kepada dasar pendidikan negara iaitu dari Penyata Razak

1956 sehinggalah kepada Laporan Kabinet 1979.

Di antara usaha terbaru yang diambil oleh kerajaan dalam perkembangan

pendidikan di Malaysia sejak kebelakangan ini ialah perlaksanaan sekolah bestari.

Sekolah bestari sangat rapat kaitannya dengan aplikasi teknologi dalam pengurusan

sekolah dan juga dalam proses pengajaran serta pembelajaran. Pada akhir 1996, ia

Page 17: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

2

meningkat menjadi salah satu daripada tujuh aplikasi di Koridor Raya Multimedia

(MSC) dengan harapan perwujudan sekolah bestari akan memberikannya “lompatan

saujana” kepada perkembangan pendidikan di negara ini.

Bermula pada sekitar 1960-an, penekanan dalam pendidikan telah diberikan

kepada pembelajaran secara penemuan dalam kebanyakan aktiviti bilik darjah dan kita

masih lagi mempraktikkannya sekarang. Kaedah pembelajaran sains juga telah banyak

mengalami perubahan sejak 1990-an di mana penggunaan komputer telah menjadi

semakin popular dengan pembangunan perkakasan komputer dan perisian yang lebih

canggih dengan harga yang mampu dimiliki oleh kebanyakan golongan masyarakat.

Pada alaf baru ini, pendekatan konstruktivisme mempunyai potensi untuk menggalakkan

pendekatan yang berbeza dalam pengajaran di samping penggunaan teknologi di dalam

bilik darjah.

Perkembangan pendidikan dan kemajuan pendidikan kini semakin hari

bertambah jelas dipengaruhi oleh elemen-elemen seperti maklumat, teknologi, amalan

sektor korporat, komputer dan telekomunikasi. Penggunaan komputer dalam proses

pengajaran dan pembelajaran telah menyebabkan peranan guru tidak lagi sebagai

penyampai ilmu yang mutlak atau sumber ilmu yang tunggal. Guru hanyalah lebih

berfungsi sebagai fasilitator atau pembimbing yang mana banyak berbeza dengan

peranan guru sebelum ini yang sebagai sumber pengetahuan. Guru masa kini perlu

memanfaatkan kelebihan yang ada pada teknologi dalam proses pengajaran seiring

dengan kemajuan teknologi yang semakin pesat.

Dalam bilik darjah masa kini, dengan adanya alat teknologi elektronik yang

canggih, maklumat-maklumat dalam pelbagai media boleh diperoleh dan pelajar boleh

cuba menjelajah sesuatu yang baru dengan lebih berkesan secara sendiri. Dengan

menggunakan komputer, pelbagai peralatan pendidikan yang baru, berteknologi tinggi

dan mencabar telah diperkenalkan dan ini membolehkan pembangunan dan perlaksanaan

strategi pembelajaran dan pengajaran yang baru yang menyokong perkembangan banyak

kemahiran sains seperti kemahiran menyelidik dan kemahiran berkomunikasi.

Page 18: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

3

Perisian berbantukan komputer (PBK) boleh dikatakan merupakan salah satu

pilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa kini selaras dengan

perkembangan teknologi yang semakin pesat. Hasil yang diperoleh daripada kajian

menunjukkan bahawa pencapaian yang lebih baik diperoleh oleh pelajar dalam sains

apabila pendekatan yang berdasarkan komputer diperkenalkan dalam bilik darjah.

Sebagai contoh, Dori & Barnea (1997) dan Escalada & Zollman (1997)

melaporkan dalam kajian mereka terhadap keberkesanan pembelajaran dan sikap pelajar

dengan menggunakan video yang interaktif dalam kelas fizik. Pelajar memperoleh

keputusan yang lebih baik dan juga menunjukkan sikap yang positif terhadap proses

pembelajaran. Ini menunjukkan penggunaan video yang interaktif yang merupakan satu

aplikasi teknologi dalam pendidikan adalah berkesan dalam menjelaskan konsep fizik.

Cara pengajaran berasaskan teknologi seperti menggunakan perisian PBK

dengan rombakan sistem pendidikan dijangka akan menolong mempercepatkan

pencapaian Falsafah Pendidikan Negara dan juga menyediakan tenaga kerja yang

bersedia menghadapi abad ke-21 yang mencabar. Matlamat pendidikan ternyata tidak

boleh dipisahkan dengan matlamat-matlamat negara yang lebih luas dan menyeluruh

iaitu mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 melalui Wawasan 2020.

1.1 Latar Belakang Masalah

Dalam pembelajaran mata pelajaran sains, jika kita ingin mengetahui makna

perkataan seperti struktur atom, asid, bes, haba dan sebagainya, kita boleh mendapatkan

definisinya sama ada dalam kamus, daftar istilah atau buku rujukan. Walau

bagaimanapun, untuk memahami maksud istilah tersebut dengan jelas, kita perlu

mengetahui mengenainya lebih daripada definisi dengan mempunyai beberapa

maklumat awal yang berkaitan dengan isi kandungan dalam bentuk kerangka saintifik.

Ini bagi mengelakkan pelajar belajar secara hafalan.

Page 19: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

4

Bentuk pembelajaran yang dijalankan pada kira-kira 50 tahun lalu memberi

tumpuan hanya kepada pengingatan fakta atau menggunakan formula-formula tertentu

sahaja, sedangkan pada masa sekarang tumpuan diberikan kepada penggunaan

pengetahuan yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah sebenar. Pemahaman konsep,

secara konseptual, sebagaimana yang difahami oleh ahli sains atau pakar adalah kayu

pengukur penting bagi kejayaan seseorang pelajar dalam pelajaran.

Segala kelebihan yang ada pada komputer yang semakin canggih sekarang

haruslah dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Komputer boleh menjadi satu alat yang

berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam suatu bilik darjah. Komputer

dengan elemen-elemen multimedia yang ada dapat mempersembahkan suatu pelajaran

dengan lebih menarik dengan cara persembahan yang interaktif.

Perisian berbantukan komputer (PBK) dilihat sebagai satu media yang dapat

menyampaikan suatu konsep yang abstrak dengan lebih berkesan berbanding gambar-

gambar statik yang ada dalam buku teks sahaja kerana dapat menunjukkan proses yang

berlaku berdasarkan kebolehannya membuat simulasi dan animasi Ini dapat membantu

pelajar yang lebih lemah menvisualkan apa yang diterangkan dan meningkatkan

kefahaman.

PBK yang interaktif dengan capaian yang tidak linear boleh menarik perhatian

pelajar untuk terus menjelajah setiap isi pelajaran yang ada. Pelajar dapat menggunakan

PBK untuk rujukan pada bila-bila masa dengan berulang kali. Pelbagai elemen

multimedia yang turut dimuatkan dalam sesuatu perisian mampu melengkapkan dan

meningkatkan mutu sesuatu perisian dan menambahkan minat pelajar untuk terus

belajar.

Page 20: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

5

1.2 Pernyataan Masalah

Daripada kajian yang dibuat oleh Michael J. Sanger dan Thomas J. Greenbowe

(1997), kajian mereka mendapati ramai pelajar mempunyai salah konsep dalam tajuk

elektrolisis. Menurut kajian tersebut, di antara kekeliruan yang sering dihadapi oleh

pelajar adalah:

i) Pelajar tidak dapat menentukan arah pergerakan elektron dalam sel.

ii) Pelajar sering gagal mengenal pasti cas pada anod dan katod serta

elektrod manakah yang membebaskan elektron atau menarik elektron.

iii) Pelajar sering menganggap kation dan anion bergerak sehingga kepekatan

antara mereka sama.

iv) Pelajar sering menganggap tiada tindak balas kimia berlaku jika elektrod

yang lengai digunakan.

Konsep yang terdapat dalam sains seperti kimia adalah abstrak. Antara masalah-

masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari kimia ialah agak sukar untuk

memahami proses yang berlaku dalam tindak balas kimia. Proses kimia yang berlaku

agak sukar untuk diterangkan tetapi dengan bantuan simulasi dan animasi menggunakan

komputer, kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan akan lebih

bertambah. Pelajar akan lebih mudah untuk membayangkan apa yang diterangkan

dengan ada bahan sokongan yang menampakkan proses yang berlaku.

Berdasarkan kepada kelebihan-kelebihan yang terdapat pada komputer dalam

menyampaikan suatu isi pelajaran. Maka, suatu perisian berbantukan komputer (PBK)

bagi tajuk Elektrolisis mata pelajaran Kimia tingkatan 4 akan dihasilkan bagi membantu

pelajar lebih memahami tajuk elektrolisis di mana daripada kajian-kajian yang telah

Page 21: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

6

dirujuk telah menunjukkan pelajar agak sukar untuk menguasai tajuk ini dan sering

mempunyai salah konsep.

1.3 Objektif Projek

Objektif pembinaan perisian PBK ini ialah untuk :

i) Membina satu perisian PBK yang dapat meningkatkan pemahaman

pelajar terhadap topik Elektrolisis agar mereka dapat menguasai topik ini

dengan baik dan mengurangkan salah konsep pelajar pada tahap yang

minimum.

1.4 Kepentingan Projek

Dalam era globalisasi, bidang pendidikan negara kita turut perlu diberi nafas

baru dan diperkemas dari semasa ke semasa agar mampu mengikut rentak kemajuan

dunia sekarang. Oleh yang demikian, kaedah dan pendekatan yang digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran harus berubah sesuai perkembangan semasa. PBK iaitu

perisian berbantukan komputer mampu menjadi satu titik tolak perubahan dalam sistem

pendidikan negara.

Pendekatan yang digunakan dalam kaedah pengajaran berbantukan komputer

memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dan menjelajah ilmu dan maklumat

mengikut minat pelajar itu sendiri. Setiap pelajar akan dapat menentukan proses

pembelajaran berdasarkan kemampuan mereka sendiri pada bila-bila masa. Mereka turut

dapat menggunakan perisian PBK secara berulang kali untuk membuat ulang kaji dan

rujukan.

Page 22: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

7

Proses pengajaran dan pembelajaran melalui perisian dilihat lebih berkesan

dengan memasukkan unsur-unsur seperti audio, grafik, animasi dan video. Konsep yang

abstrak dalam kimia dapat ditunjukkan apabila unsur-unsur tersebut digabungkan untuk

memberikan satu penjelasan yang lebih konkrit dengan membawakan satu keadaan yang

menyerupai keadaan sebenar.

Perisian berbantukan komputer yang dihasilkan ini adalah bertujuan untuk

membantu membina kefahaman pelajar terhadap tajuk elektrolisis. Proses elektrolisis

adalah proses yang abstrak di mana melibatkan pergerakan elektron dan juga ion-ion.

Pada kebiasaannya, pelajar hanya diberi penerangan menggunakan persamaan tindak

balas kimia pada kedua-dua elektrod sahaja.

Pelajar dapat membina satu konsep yang lebih konkrit dalam tajuk ini dengan

kebolehan simulasi dan animasi di samping bantuan menerusi penerangan menerusi teks

dan gambar rajah. Kebanyakan pelajar tidak suka kepada suatu pelajaran yang susah dan

minat mereka akan semakin pudar jika keadaan sedemikian berterusan. Menerusi PBK,

diharapkan pelajar akan lebih berminat terhadap topik ini dengan cara pembelajaran

yang lebih menyeronokkan berbanding pengajaran tradisional dalam bilik darjah.

1.5 Skop Projek

Skop projek bagi perisian berbantukan komputer (PBK) ini adalah tertumpu

kepada subtajuk dalam Elektrokimia mata pelajaran Kimia Tingkatan 4 iaitu

elektrolisis. Perisian ini direka untuk kegunaan pelajar tingkatan 4 yang mengambil mata

pelajaran Kimia dan juga untuk pelajar yang mengulang kaji bagi peperiksaan SPM.

Di antara subtajuk yang terdapat dalam elektrolisis ini termasuklah elektrolisis

sebatian lebur, elektrolisis larutan akueus dan proses elektrolisis dalam industri. Perisian

Page 23: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

8

ini akan memuatkan nota-nota, gambar rajah yang berkaitan, animasi, latih tubi, glosari

yang membolehkan pelajar berinteraksi langsung dengan komputer.

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk

Tajuk bagi PBK yang dibangunkan ialah Elektrolisis bagi Sebatian Lebur dan

Larutan Akueus. Daripada rujukan yang diperoleh melalui kajian-kajian mengenai salah

konsep pelajar dalam mata pelajaran kimia, didapati pelajar agak sukar untuk memahami

apakah yang berlaku dalam proses elektrolisis tersebut.

Pelajar tidak dapat nampak elektron dan proses yang berlaku semasa elektrolisis.

Agak sukar untuk pelajar mengimaginasikan apa yang diterangkan menerusi buku teks

tanpa menampakkan proses yang berlaku. Persamaan kimia yang disertakan tidak cukup

untuk menerangkan tindak balas kimia yang berlaku dalam proses elektrolisis tersebut.

Ini menerangkan kenapa pelajar lebih sukar untuk menguasai topik ini.

Dengan PBK yang mengandungi pelbagai elemen-elemen multimedia, proses

elektrolisis dapat ditunjukkan dengan animasi yang dihasilkan. Diharap dengan

penggunaan PBK dalam tajuk ini akan meningkatkan minat terhadap tajuk elektrolisis

dan seterusnya dapat memahami dan menguasai tajuk yang dikatakan susah ini.

1.7 Definisi Istilah

Berikut disenaraikan beberapa definisi istilah bagi istilah yang digunakan dalam

projek ini.

Page 24: PSZ 19116 (Pind. U97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA … · 4.1.8 Paparan Video Eksperimen 49 4.1.9 Paparan Jadual Berkala Unsur Elektronik (e-JBU) 50 4.1.10 Paparan Maklumat 51

9

1.7.1 Multimedia

Multimedia adalah satu kumpulan sistem komunikasi interaktif yang dipandu

oleh komputer untuk mereka, menyimpan, menghantar dan menapis naskhah teks,

animasi, video dan rangkaian maklumat.

Secara amnya, definisi yang mudah bagi multimedia ialah proses komunikasi

interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan teks, grafik, audio, video

dan animasi.

1.7.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

Menurut Chamber (1983), PBK didefinisikan sebagai suatu proses pembelajaran

dengan bantuan komputer dalam penyampaian isi pelajaran dalam bentuk permainan,

latih tubi dan tutorial. Oleh yang demikian, PBK adalah suatu program yang direka

bentuk untuk memberi pengajaran yang konsisten tidak kira tempoh masa serta

kekerapan menggunakannya.

1.7.3 Perisian

Perisian adalah terdiri daripada atur cara komputer iaitu jujukan suruhan

terperinci yang direka bentuk untuk mengarah komputer melaksanakan fungsi-fungsi

tertentu. Ia membolehkan komputer menginput, menyimpan, membuat keputusan,

mengolah secara aritmetrik dan output data dalam jujukan yang betul.