PUISI

Embed Size (px)

Citation preview

2.0 PUISI TRADISIONAL

2.1 KONSEP PUISI TRADISIONAL MELAYU Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari serta bahasa yang mementingkan kebenaran daya intelektual dan logika. Bentuk, pemikiran dan fungsi Melayu tradisional masih dikekalkan oleh masyarakat seperti keadaan tradidionalnya. Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang berkembang dalam kesenian rakyat. Sesetengah bentuk puisi tradisional seperti mantera dan teromba mengandungi unsur ritual dan bersifat magis. Banyak daripada puisi Melayu tergolong dalam genre tradisional yang muncul dalam zaman sebelum berkembangnya tradisi tulisan pencetakan. Puisi dalam Bahasa Melayu larut dalam jiwa masyarakat Melayu tidak hanya sebagai satu hasil kesenian, tetapi juga mengjangkau alam mistik, berperanan sebagai wadah pemeliharaan adat, pembinaan sahsiah, pengajaran agama, pengajaran ilmu pengasih, pertahanan, hiburan dan kepercayaan. Beberapa kajian tentang puisi Melayu telah dilakukan oleh orientalis Barat seperti R.J. Wilkinson, R.O. Winstedt, H.G.Klinkert, W.A Braasem, dan tidak ketinggalan juga daripada tokoh sasterawan Melayu dan Indonesia yang terkenal seperti Zainal Abidin Ahmad (Zaba), Syed Naquib al-Attas, Mohd. Taib Osman, Sultan Takdir Alisjahbana, Zuber Usman, dan Gazali Dunia. Oleh sebab mereka mendekati puisi Melayu melalui pelbagai pendekatan, disiplin, dan latar belakang ilmu masingmasing, maka terciptalah lebih kurang 30 istilah sastera yang tidak selaras antara satu sama lain. Secara umumnya, para pengkaji dan penyusun buku-buku teks yang membicarakan puisi Melayu ini telah menyenaraikan secara menyeluruh kesemua4

istilah yang diandaikan sebagai genre iaitu seperti pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, perbilangan, kata adat, perbilangan adat, teromba, tambo, terasul, bahasa berirama (prosa lirik), rejang, dikir, jampi mantera, teka-teki, endui, bayt, nazam, rubaI, gitah, masnawi, ghazal, berzanji, marhaban, qasidah, dabus, hadrah, dan puisi-puisi sukuan. Daripada sejumlah istilah yang telah dinyatakan, ada antaranya yang asli iaitu milik sejati orang-orang Melayu dan ada pula yang lahir hasil daripada pengaruh bahasa asing terutamanya bahasa Arab dan Parsi. Selain itu, perkembangan bahasa Melayu sering dikaitkan dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu.

2.2 CIRI-CIRI PUISI TRADISIONAL MELAYU Antara ciri yang terdapat dalam puisi Melayu tradisional ialah: a) Memperlihatkan penggunaan bahasa yang lebih baik, ekspresif, kental, mengandungi nilai keindahan serta menimbulkan rangsangan dan kesan kepada pengalaman dan perasaan. b) Mempunyai bentuk tertentu, berkerat-kerat atau berurutan dalam baris yang sejajar. c) Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi unsur muzik, lagu, itonasi, kadensa, rentak, irama dan keharmonian bunyi. d) Baris, rima dan irama disusun membentuk pola atau ikatan tertentu yang dipengaruhi jumlah baris, jumlah perkataan, keseimbangan bunyi dan panjangpendek perkataan. e) Wujud pembahagian unit dalam menyatakan idea, misalnya dua baris serangkap atau beberapa baris seuntai. f) Bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan dengan fungsi kolektif kehidupan masyarakat tradisional. g) Binaanya terikat oleh aturan tertentu yang memberikan bentuk dan strukturnya. h) Digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat sebagai pengajaran, hiburan, keramaian, ritual, keagamaan dan sebagainya.5

i) Ada puisi yang dianggap suci dan berhubung rapat dengan sistem kepercayaan dan adat istiadat, misalnya adat perpatih. j) Bahasa yang padat kental mengandungi unsur perlambangan, imejan, kiasan dan perbandingan yang bersifat tradisional untuk menyatakan sesuatu dan melahirkan perasaan hati.

6

2.3 JENIS-JENIS PUISI TRADISIONAL MELAYU

Pantun Gurindam

Syair Seloka

Nazam

7

2.3.1 Pantun Pantun merupakan puisi Melayu lama yang menggambarkan kehalusan budi dan keprihatinan masyarakat pada waktu dulu terhadap alam dan ruang lingkup budayanya. Ruang lingkup budaya masyarakat Melayu lama bukan sekadar berkisar dalam diri, antara lainnya seperti sedih, hiba, sayu, kasih, dan benci tetapi melebar kepada soalsoal sindiran, kiasan, cinta tanah air, pelayaran, ekonomi dan hubungan diplomatik. Semuanya itu dalam satu bentuk pemikiran yang tersusun dijelmakan dalam ungkapan indah melalui rangkap-rangkap pantun. Pantun bukan sahaja mempunyai makna yang mendalam tetapi persembahan pantun itu sendiri amat menarik dengan baris, pilihan kata-katanya, rima serta susunan perkataannya. Bentuk pemikiran itu membawa makna dan sekaligus memberi gambaran alam yang amat akrab dengan kehidupan masyarakat Melayu tradisi. Semua itu digubah dengan cara yang lebih menawan. Menurut Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba) dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu Penggal III (1957) , pantun adalah hak milik masyarakat Melayu. Walaupun masyarakat Melayu lama tidak tahu ilmu penulisan namun mereka dapat mencipta pantun dengan baik. Mereka juga boleh membalas pantun antara satu sama yang lain. Hal ini lazimnya berlaku dalam majlis-majlis yang tertentu seperti kenduri-kendara, majlis meminang, pertemuan di musim menuai, majlis menyambut kelahiran anak dan sebagainya. Manakala dalam perbualan biasa pula, kalangan orang-orang tua sering menyulamkan pantun dalam percakapan mereka. Dengan demikian, fikiran yang mereka kemukakan bertambah jelas apatah lagi pantun yang mereka gunakan mengandungi maksud yang bernas dan tepat. Ramai sarjana telah membuat kajian yang mendalam tentang pantun. Antara mereka ialah Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zaba, Wilkinson, Wilstedt, Van Ophuijsen dan Harun Mat Piah. Ada di antara mereka yang mengatakan bahawa kata pantun terdapat dalam pelbagai bahasa di Nusantara. Misalnya toen (bahasa Sunda), tuntun (bahasa Pampanga), tonton (bahasa Tagalog), tuntun, atuntun, matuntun (bahasa Jawa), panton (bahasa Bisanya) dan pantun (bahasa Toba). Bagaimanapun8

pengertian kata-kata tersebut dalam bahasa-bahasa yang berlainan itu tidak jauh berbeza. Semua kata tersebut merujuk kepada satu makna iaitu sesuatu yang teratur atau tersusun sama ada ucapan, pimpinan, didikan atau kesopanan. Ciri-ciri tersebut merupakan perkara yang terdapat dalam pantun yang merupakan bentuk, pemikiran dan penglahiran atau pengucapan yang teratur dan tersusun malah penuh dengan tatasusila kesopanan pula. Apatah lagi, kadang-kadang, dalam pantun terdapat perlambangan makna atau maksud yang tersirat. Malah keterikatan cara menggubah pantun itu sendiri sedikit pun tidak mencatatkan keseluruhan ciri-ciri yang ada pada pantun. Pantun merupakan penghasilan sastera lisan yang lahir bersama masyarakat Melayu itu sendiri. Dalam hubungan ini kita tidak dapat memberi kepastian tarikh tepat bilakah pantun itu bermula dalam masyarakat Melayu. Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa kelahiran pantun dalam khazanah kesasteraan Melayu dikaitkan dengan Sejarah Melayu namun hal ini sangat mengelirukan. Seorang saujana Barat R.O. Winstedt menyatakan demikian namun ini mungkin apabila dikaitkan pantun dengan pengetahuan penulisan. Adalah benar jika dikatakan bahawa pantun telah mula dituliskan pada abad ke-15 itu. Sebagai kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa pantun merupakan hak milik dan ciptaan orang-orang Melayu di Nusantara. Pendapat ini diperkuatkan lagi oleh kajian-kajian perbandingan yang dibuat oleh Harun Mat Piah seorang saujana sastera klasik yang tidak asing lagi di tanah air kita sekarang ini. Dalam kajiannya itu, beliau menemui serta menegaskan bahawa pantun adalah ciptaan yang asal dalam kalangan masyarakat Melayu dan ia bukanlah saduran dari Jawa, India ataupun Cina.

9

Pada umumnya, pantun memiliki ciri-ciri dan hokum kepuitisan yang tersendiri. Antaranya ialah:

Berasingan Terdiri daripada beberapa kerat Memiliki kesantunan fikiran yang lengkap

8 hingga 12 patah perkataan setiap baris atau kerat.

Rangkap

Suku Kata

Rima Skema rimanya ialah a-b-a-b

Rangka Ada hubungan pembayang dan maksudnya Memiliki lambang norma dan nilai

10

1. Memiliki rangkap-rangkap yang berasingan. 2. Setiap rangkap terdiri daripada baris-baris atau kerat-kerat, misalnya pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat, pantun sepuluh kerat, pantun dua belas kerat dan pantun enam belas kerat. 3. Jumlah suku kata dalam setiap baris adalah lapan hingga dua belas patah perkataan. 4. Setiap rangka ada bahagian pembayang dan bahagian maksud. Pembayang tersebut dipanggil juga sebagai sampiran atau pembayang maksud. 5. Skema rimanya ialah a-b-a-b. 6. Setiap rangkap atau stanza pantun memiliki kesatuan fikiran yang lengkap dan sempurna. 7. Memiliki lambang-lambang yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat setempat. 8. Terdapat hubungan makna antara pembayang atau sampiran dengan bahagian maksud. Bagaimanapun, banyak pendapat yang bertelingkah tentang ciri yang terakhir itu. Ada pendapat yang mengatakan bahawa tidak terdapat hubungan antara pembayang maksud dengan maksud dalam pantun. Sementara pendapat lain mengatakan ada hubungan. Walaubagaimanapun, kadang-kadang, kita dapati memang ada hubungan antara pembayang maksud dengan maksud dalam satu-satu rangkap pantun. Ada juga yang tidak mempunyai apa-apa hubungan ataupun tidak jelas.

11

2.3.2 Syair Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Kata syair berasal daripada istilah Arab shir yang bererti puisi dan shar yang bererti penyair, pengarang atau penyajak. Istilah ini berkembang dalam pelbagai bahasa Nusantara seperti sae, saiyo, sair, singir dan syair. Dalam puisi Melayu tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri (Syair Burung Punggak, Syair Perahu) sekitar abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan agama Islam. Syair dan pantun ialah puisi lama Melayu yang mempunyai ciri yang sama sebagai karangan berangkap. Malah syair menyerupai pantun empat kerat. Walaupun syair mempunyai persamaan dengan pantun namun terdapat perbezaan yang nyata antara kedua-dua jenis puisi lama ini. Pantun mempunyai pembayang maksud tetapi syair tidak mempunyai

pembayang maksud. Keempat-empat baris syair dalam satu rankap itu semuanya maksud. Kedudukan rima akhir pada setiap baris dalam rangkap syair adalah sama iaitu dalam susunan a,a,a,a. Berbeza dengan pantun, syair selalunya membawakan cerita yang panjang. Atau sekurang-kurangnya ia bersifat cerita yang lengkap iaitu mempunyai permulaan dan ada pula akhirnya. Maka, syair tidaklah berdiri hanya serangkap atau dua rangkap sebagaimana pantun. Setiap isi atau fikiran yang dikemukakan dalam syair sentiasa mempunyai hubungan atau berurutan. Bagaimanapun, persoalan pokok yang dikemukakan dalam syair juga sama dengan pantun. Jelaslah bahawa dlam syair terdpat persoalan seperti kasih sayang, perjuangan, nasihat tentang agama, cinta dan tanah air. Bagaimanapun, oleh kerana syair boleh dikarang dengan panjang maka pengarang dapat mengemukakan falsafah atau tamsil ibarat dengan lengkap melalui karyanya itu.

12

Antara ciri-ciri yang terdapat dalm puisi yang berbentuk syair ialah:

Empat baris serangkap Satu rangkap akan diikuti dengan rangkap seterusnya

Rangkap

Suku Kata dan Rima

8 hingga 12 suku kata Skema rimanya iaitu a,a,a,a. 3 hingga 5 patah perkataan

Baris Setiap baris merupakan kesatuan idea Terdapat hentian yang ditandai dengan jeda.

Isi Syair Percintaan Keagamaan Falsafah Pengajaran

13

1. Empat baris serangkap. 2. Jumlah perkataan dalam setiap baris tiga hingga lima patah perkataan. Jumlah suku kata bagi setiap baris lapan hingga dua belas suku kata. 3. Tergolong dalam jenis puisi kata. 4. Skema rima hujungnya sama iaitu a,a,a,a. 5. Keempat-empat baris dalam satu rangkap adalah kesatuan idea namun rangkap berkenaan tidak dapat berdiri sendiri. 6. Dalam satu baris terdapat satu hentian yang ditandai dengan jeda. 7. Serangkap syair akan diikuti rangkap seterusnya untuk membawa satu kesatuan yang lengkap sebagai satu cerita atau pemerian peristiwa. 8. Isi syair umumnya merupakan cerita atau pemerian yang panjang sama ada mengenai kisah percintaan, keagamaan, falsafah, pengajaran dan sebagainya. Syair memberikan gambaran suasana dan pemikiran masyarakat lama yang membawa unsur-unsur dan nilai-nilai tertentu. Antara nilai-nilai tersebut ialah kasih sayang, kerjasama, taat setia, saling menghormati, kebijaksanaan, simpati, keberanian, keyakinan diri, kemesraan, patriotik dan ketegasan. Sebagai sebuah puisi lama yang hidup di tengah-tengah masyarakat tradisional, syair dibacakan di hadapan pendengar-pendengarnya. Khususnya pada waktu masyarakat tradisional telah teguh dengan agama Islam. Pada waktu tersebut telah terdapat syair-syair yang telah disuratkan dalam tulisan jawi. Syair juga selalunya dibacakan pada waktu malam di kampong-kampung tertentu, terutamanya dalam majlis kenduri-kendara. Syair yang panjang akan dibacakan berturut-turut malam lamanya. Syair dibacakan secara berlagu. Terdapat tiga buah lagu atau irama yang terkenal ketika membaca syair. Lagu atau irama itu ialah irama Selendang Delima iaitu lagu syair yang sering kita dengar sekarang ini juga dalam babak-babak bangsawan. Keduanya ialah irama Siti Zubaidah iaitu lagu syair ketika membaca Syair Siti Zubaidah. Sebuah lagi irama syair yang sudah jarang kita dengar hari ini ialah lagu Pahang Tua. Irama ini juga terdapat ketika membacakan syair di Negeri Sarawak.14

2.3.3 Gurindam Gurindam ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang telah diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui Gurindam Dua Belas yang dikarang pada tahun 1846. Terdapat dua jenis gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu yang terikat dan yang tidak terikat. Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi tiga hingga empat patah perkataan dengan skema rima a;a. Manakala bentuk yang tidak terikat mengandungi jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata dalam sebaris serta skema rima yang tidak tetap. Bahasa gurindam biasanya bernas dan serius. Isinya pula mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta. Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea. Dalam perkembangan sejarah kesusasteraan Melayu klasik merakamkan bahawa gurindam terkenal sejak zaman Hindu lagi. Ia berasal daripada bahasa Tamil iaitu Kirandam. Pada mulanya, perkataan gurindam itu beerti amsal atau

perumpamaan. Bagaimanapun, kemudiannya, gurindam dipakai untuk nama sejenis puisi yang kini terdapat dalam sastera Melayu. Menurut Pendeta Zaba, gurindam adalah, Suatu jenis syair melarat yang tidak teratur berangkap-rangkap dan tiada tetap sukatnya, timbangannya dan sajaknya. Menurut beliau juga bahasa gurindam padan dan bernas. Isinya pula lebih cenderung kepada riang dan sukacita sebgai nyanyian jenaka, senda gurau, kelakar, sindir, giat yang bermain-main dan menggelikan hati. Dalam hal ini ia menunjukkan ada kesempatan boleh melengah-lengahkan masa dan menyukakan hati. Sementara itu, seorang lagi sarjana iaitu Sutan Takdir Alisjahbana berpendapat bahawa gurindam terdiri daripada dua baris. kedua-dua baris itu bersajak dan mengutarakan satu idea iaitu baris pertama dan kedua, masing-masing tidak lengkap tetapi bersambung. Gurindam merupakan nasihat, pengajaran atau kebenaran. Sementara itu, A. Bakar Hamid dalam buku Diskusi Sastera Jilid I menyatakan gurindam adalah jenis puisi lama yang mengandungi unsur-unsur pengaruh Hindu. Ia mempunyai dua baris, berskema rima a, a dan keistimewaannya ialah isinya berupa nasihat atau petua. Jika kita sebutkan kedua-dua baris sekali, ia boleh menjadi satu15

ayat majmuk dan jika diasingkan kepada baris pertama menunjukkan sebab kepada satu akibat yang dikemukakan dalam baris kedua. Gurindam mempunyai beberapa ciri, antaranya: 1. Jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris dan jumlah suku kata dalam setiap baris adalah tidak tetap. 2. Jumlah rangkap dalam gurindam tidak ditentukan. 3. Lazimnya terdiri daripada dua baris serangkap. 4. Skema rima hujung adalah sama, iaitu a;a. 5. Ada kalanya wujud unsur asonansi dan aliterasi dalam perkataan yang digunakan. 6. Ada kalanya tersisip bentuk puisi tradisional yang lain seperti pantun atau syair. 7. Rangkapnya terbahagi kepada unit syarat atau induk kalimat (baris pertama) dan jawab atau anak kalimat (baris kedua). 8. Umumnya mengandungi pernyataan yang serius terutama untuk memberi pengajaran atau menyatakan perasaan cinta. Menurut Zaba dalam Ilmu Mengarang Melayu, antara ciri lain bagi gurindam ialah: 1. Bahasanya seperti bahasa menyanyi atau sekurang-kurangnya membawa imbas-imbas nyanyi, dan menunjukkan ada kesempatan boleh melengahlengahkan masa serta menyuka-nyukakan hati. 2. Perkataannya banyak mengambarkan keindahan alam dan mengambil

perbandingan daripadanya seolah-olah untuk melukiskan isinya dengan warna yang cantik. 3. Ia mengandung perasaan suka, bersenang-senang dan jenaka. 4. Isi dan maksudnya terus-menerus sahaja seperti syair dan tiada pembayang maksud. 5. Gurindam tua-tua yang telah tetap tersusun semenjak beberapa lama telah menjadi seolah-olah bidalan iaitu diketahui dan lancar di mulut orang tua-tua. Daripada penjelasan itu dapatlah ditegaskan bahawa gurindam mempunyai bahasa yang indah dan perkataan-perkataannya menggambarkan tentang alam. Terdapat nilai16

nilai perasaan di dalamnya. Bagaimanapun ia tidak seperti pantun yang mempunyai pembayang maksud. Walaupun gurindam merupakan sebuah puisi melarat, namun Pendeta Zaba telah membahagikannya kepada jenis-jenis yang berikut:

Gurindam yang memakai pertentangan bunyi hujung

Gurindam yang tiada pertentangan bunyi hujung

Jenis Gurindam tiada bersukat

Gurindam yang tidak memakai perenggan atau kerat-kerat tertentu.

a) Gurindam yang memakai pertentangan bunyi hujung iaitu skema rima akhir pada setiap baris sama bunyinya. Walau bagaimanapun, jumlah suku kata pada setiap baris adalah tidak sama. b) Gurindan yang tiada pertentangan bunyi hujung. Gurindam seperti ini mempunyai baris-baris yang pendek. Suku kata pada setiap barisnya hamper sama dan kadang-kadang ianya menyerupai syair. c) Gurindam tiada bersukat. Gurindam jenis ini mempunyai baris yang pendek. Walaupun ringkas tetapi perkataannya bernas dan terdapat seakan-akan persamaan bunyi di hujungnya. d) Gurindam yang tidak memakai perenggan atau kerat-kerat tertentu. Ia mengandungi kiasan ibarat dan bentuknya seperti prosa biasa. Demikianlah empat jenis gurindam yang dikelaskan oleh Pendeta Zaba. Dengan itu, dapatlah dibezakan jenis-jenisnya jika diteliti gurindam-gurindam yang terdapat dalam buku-buku sastera klasik dan juga cerita-cerita rakyat yang telah dituliskan.17

Dalam bukunya berjudul Puisi Melayu , Alwi Salim pula menjeniskan gurindam itu kepada:

Guridam tiada bersukat dan tiada bersajak

Gurindam melarat

Gurindam bersajak

Gurindam bersukat tetapi tidak bersajak

Gurindam teromba dan terasul

18

2.3.4 Seloka Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit seloka yang bererti puisi yang mempunyai dua baris. Malah ada juga yang mengatakan bahawa seloka itu ialah bidaan ataupun pepatah. Dalam bahasa Melayu, seloka bererti berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka merupakan puisi yang paling tua dalam kesusasteraan Melayu. Seloka dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan buku terawal yang ditulis dalam bentuk seloka. Sebagai puisi tradisional, karangan berangkap atau bahasa berirama, seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, jolokan, ejekan dan sindiran. Walaupun seloka merupakan puisi bercorak senda gurau namun isinya mengandungi sindiran yang menjadi pengajaran dan teladan kepada pembaca. Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris serangkap dengan memakai bentuk pantun atau syair. Selain itu, seloka juga ditulis dalam bentuk bebas, iaitu setiap barisnya menjadi isi seloka berkenaan. Menurut Pendeta Zaba, seloka ialah sebuah jenis karangan yang lebih kurang sama seperti gurindam. Hal ini kerana kebanyakkan sifat gurindam terdapat dalam seloka. Perbezaannya ialah seloka turut memasukkan perasaan asyik berahi, hiba rawan, khayal, mimpi, kelakar, menggelikan hati, gurau senda, sindir, giat dan ejekan. Menurut Pendeta Zaba lagi adalah terlalu sukar untuk membezakan antara gurindam dan seloka. Malah kadang-kadang sesebuah puisi seperti itu boleh dikatakan seloka dan boleh juga dikatakan gurindam. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai seloka ini.

Bagaimanapun sarjana Harun Mat Piah yang banyak mengkajitentang puisi klasik ini menyimpulkan ciri-ciri sebuah seloka adalah seperti berikut:

19

Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas.

Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat).

Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.

Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda.

Digunakan untuk menyindir sambil mengajar

Walau bagaimanapun, susunan kata-katanya tetap dapat menyampaikan atau terkandung fikiran yang bernas dan bermakna. Ia disampaikan pula dengan gaya bahasa yang menarik dan indah. Disamping itu, falsafah dan pemikiran yang diungkapnya begitu rupa hingga dapat menimbulkan satu perasaan apabila membaca atau menyebutkannya. Pilihan perkataan yang digunakan adalah padan dan tepat. Sekali gus ia memberikan maksud yang hendak disampaikan itu dengan berkesan. Pendeta Zaba juga telah membahagikan seloka kepada lima jenis mengikut keadaan masing-masing. Jenis-jenis tersebut ialah:

20

Seloka memakai pertentangan bunyi hujung

Seloka khayal

Seloka mengejek

Seloka melarat

Seloka gurau senda

21

2.3.5 Nazam Nazam merupakan sebuah puisi klasik Melayu pengaruh Arab. Pada zaman dahulu, pedagang -pedagang dari Asia Barat atau Timur Tengah iaitu Arab dan Parsi telah datang ke Melaka untuk berdagang. Selain berniaga. mereka juga mengajar agama Islam kepada penduduk tempatan. Selain kitab suci AI-Quran. kitab-kitab Hadis. Kitab Tauhid, Fekah, Tasauf dan Tajwid juga diperkenalkan. Selain itu, mereka juga memperkenalkan Kitab Berzanji yang di dalamnya mengandungi pelbagai puisi Arab seperti Ratib. Berzanji. Syair, Burdah, Qasidah, Nasyid. Thamsil, Rubai. Kithah, Masnawi, Marhaban, Ghazal, Bayt dan Nazam. Nazam merupakan salah satu jenis puisi lama yang telah wujud lebih 100 tahun yang lalu. Nazam yang seakan-akan menyerupai nasyid dan ia boleh didendangkan secara perseorangan atau berkumpulan secara sponton oleh kaum wanita ketika

menganyam tikar, membuat ketupat, menidurkan anak dan sebagainya. Kebanyakan lirik atau senikatanya berbentuk puisi lama mengandungi pelbagai nasihat dan tunjur ajar biasanya berkaitan dengan ilmu tauhid, Fardhu Ain, Sifat Rasul, Sifat 20 dan sebagainya. Kumpulan yang mendendangkan nazam ini biasanya terdiri daripada 5 hingga 8 orang. Nazam berasal daripada perkataan Arab dan tergolong dalam puisi Melayu tradisional. Nazam mempunyai struktur dan ciri-ciri irama lagu yang tersendiri. Biasanya nazam terdiri daripada dua baris dalam satu rangkap. Setiap barisnya juga terikat, iaitu mempunyai sekitar dua belas suku kata dan dibaca atau dinyanyikan dengan lagunya yang tersendiri. Kebanyakan lagu nazam bertemakan keagamaan seperti memuji kebesaran Allah, menceritakan syurga dan neraka, amal ibadat, nabi, malaikat, dan kadangkala berbentuk nasihat. Nazam dilagukan dalam majlis keagamaan di masjid, sekolah, rumah, dan sebagainya.

22

Nazam ialah satu genre puisi klasik Melayu yang berasal daripada puisi Arab. Menurut Mohd Ali Bachik, pada awal abad kedua puluh, nazam amat popular sebagai nyanyian masyarakat kampung dalam majlis-majlis tertentu. Pada masa ini nazam sudah hampir luput dari alam puisi Melayu, alam tradisi lisan bahkan dari alam budaya Melayu. Pahadal nazam amat mudah difaham, amat sedap didengar apabila dinyanyikan, dan tidak sukar pula untuk mengarangnya. Ciri-ciri nazam adalah seperti berikut :

Serangkap nazam terdiri daripada dua baris berangkap

Sebaris nazam terdiri daripada enam patah perkataan ataupun lebih kurang dua belas suku kata.

Nazam dibaca dengan irama lagunya yang tertentu

Nazam bertemakan agama iaitu menceritakan hal-hal syurga, neraka, ajal maut, amal ibadat, Nabi, malaikat dan seruan memuji kebesaran Tuhan. Kadang-kadang ada juga nazam bertemakan nasihat, menuntut ilmu, akhlak dan sebagainya. Nazam juga mestilah dimulakan dengan salam, selawat dan basmalah. Zaman dahulu, nazam menjadi satu cara untuk menghidupkan surau dan madarasah. Kuliah yang disampaikan dalam bentuk ceramah mungkin ada menarik satu pihak sahaja tetapi, apabila disampaikan dalam bentuk nazam (perbandingan sekarang nasyid) kesannya berbeza kepada pihak yang lain.23

3.0 KAJIAN GENRE PUISI TRADIONAL PILIHAN (SYAIR)

3.1 SEJARAH DAN MAKSUD SYAIR Syair dikatakan bersal daripada Arab, walau bagaimanapun, bentuk syair Melayu berlainan sekali daripada bentuk syair dalam kesusasteraan Arab (Mohd. Yusof Md. Nor, 1985: iii). Manakala dalam Puisi Melayu Klasik (1991 : 109), Muhd. Mansur Abdullah menegaskan bahawa, walaupun syair bukanlah hak mutlak atau kepunyaan bangsa Melayu, namun memandangkan ia sudah berakar umbi di Alam Melayu sejak sekian lama, maka ia telah dianggap dan diterima oleh orang Melayu sebagai puisi tradisi mereka. Kalau syair dianggap sebgai warisan kita, kitalah yang berkewajipan melestarikannya. Menurut Aripin Said pula (1994: 26), syair merupai pantun empat kerat. kendatipun syair mempunyai persamaan dengan pantun, namun terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua jenis puisi lama tersebut. Pantun mempunyai pembayang maksud, bagaimanapun, syair tidak mempunyai pembayang maksud dan keempat-empat bait syair itu semuanya ialah maksud. 1. Syair berbentuk tetap, terdiri daripada rangkap-rangkap yang emngandungi empat baris. 2. Setiap baris mengandungi empat atau lima patah perkataan dengan jumlah kata antara lapan hingga dua belas. 3. Rima hujung setiap baris adalah sama aa aa. 4. Untuk menyampaikan satu-satu idea atau tema, unit-unit rangkap syair tidak berdiri sendiri tetapi bersambung-sambung dan menjadi satu kesatuan sistematik dan berkembang. Oleh itu, syair sangat sesuai untuk

menyampaikan ajaran, nasihat, cerita-cerita, kisah-kisah sejarah dan sebagainya.

24

Menurut Harun Mat Piah (1989), syair dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa variasi yang bergantung kepada bentuk rimanya iaitu: i. Dua baris serangkap dengan rima abb dan emmerlukan beberapa rangkap. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Tiga baris serangkap dengan rima aab. Empat baris erangkap dengan rima aa aa. Empat baris serangkap dengan rima ab ab. Empat baris serangkap dengan rima aa bb. Empat baris serangkap dengan rima aaab, cccb, dddd dan seterusnya. Empat baris seirama (monorhyme). Empat baris berkit.

Berdasarkan isi dan tema, syair Melayu mempunyai tujuh jenis tema yang berbentuk cerita (naratif) dan bukan cerita (bukan naratif). Syair yang berupa cerita (naratif) ialah syair romantik, syair sejarah, syair keagamaan dan syair kiasan (alegeros). Manakala syair bukan cerita (bukan naratif) ialah syair agama dan syair nasihat. 3.2 JENIS SYAIR Syair dalam pengertian kesusateraan Melayu digarap dengan pilihan kata-kata yang indah untuk memaparkan hikayat lama, peristiwa sejarah, agama, bahan pengajaran, cerita gubahan sendiri dan sebagainya. Pada suatu ketika, syair amat digemari oleh masyarakat mleayu sehingga dipersembahkan dengan irama lagu tertentu. Kumpulan syair dalam kesusateraan Melayu tergolong dalam beberapa jenis, iaitu seperti berikut: i. Syair daripada rekaan pengarang yang berisi cerita misalnya Syair Bidadari, Syair Dandan Setia, Syair Yatim Nestapa. ii. Syair yang mengandungi cerita atau hikayat lama, misalnya Syair Ken Tambuhan, Syair Damarwulan,Syair Panji Semirang.25

iii.

Syair mengenai sesuatu peristiwa atau sejarah, misalnya Syair Singapura Terbakar, Syair Himop (menceritakan perang antara orang Belanda dan orang China) dan Syair Speelman.

iv.

Syair yang bersifat kiasan atau sindiran, misalnya Syair Burung Pungguk, Syair Nuri, Syair Kumbang dam Melati.

v.

Syair yang berisi nasihat dan pengajaran agama seperti Syair Perahu, Syair Ibadat dan Syair Kiamat.

26

3.3 ANALISIS SYAIR 3.3.1 Syair Nasihat Syair Kelebihan Ilmu: Ilmu Itu Bekalan Hidup Ilmu itulah gemala sakti Sinarnya cerah cahaya Asal puncanya lamun didapati Sukar bercerai sehingga mati Harganya tidak dapat ternilaikan Sebuah dunia belinya bukan Kuasanya besar sukar digunakan Di laut di darat di rimba di pekan Masa seorang ialah tolan Teman berbeka suluh berjalan Masa berhimpun ia pengenalan Hias penyata polan si polan Bagi yang duka ia penghibur Ia penerang bagi yang kabur Ialah kandil di dalam kubur Lamun dengannya beramal subur Ia penerang jalan ke syurga Ia pemuas tekak yang dahaga Ialah sungai ialah telaga Laut yang luas ialah juga Ialah alat yang berguna Idaman orang yang bijaksana Hamparnya luas amat saujana Tepinya ajal sempadannya fana (Zaba)

27

Tema: kelebihan ilmu dan keistimewaan orang yang berilmu

Persoalan: 1. Ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan manusia 2. Orang yang memiliki ilmu/berilmu akan dipandang mulia 3. Ilmu membolehkan manusia hidup bahagia di dunia dan akhirat

Nilai Murni: 1. menghargai - Ilmu wajar dituntut dan diamalkan oleh semua insan kerana ilmu membantu manusia dalam segala hal 2. Gigih - gigih untuk menuntut ilmu di dunia dan di akhirat 3. Hormat-menghoprmati - menghormati org yang berilmi 4. Cinta akan ilmu - ilmu ialah harta yang tidak dapat dihitung dgn kebendaan kerana ilmu perlu dicari dan dijadikan amalan hidup sepanjang hayat.

Gaya Bahasa: 1) Pengulangan perkataan Contoh: perkataan di dalam rangkap ke 3 baris 4 perkataan ia di awal baris ( rangkap 5)

Analisis: Syair di atas menyatakan tentang kelebihan dan kepentingan ilmu pengetahuan itu sendiri. Saya dapati bahawa masyarakat pada masa itu menganggap bahawa darjat ilmu adalah pada tahap tertinggi. Ilmu dianggap sebagai sesuatu yang berharga dan bersifat sakti jika dimiliki serta sukar bercerai sehinggalah mati. Masyarakat menggambarkan harga ilmu ini tidak akan terbeli walaupun dengan sebuah dunia sekalipun. Mereka juga percaya bahawa kuasa ilmu ini menjangkau sehingga segala pelusok alam maya. Ilmu ini juga dianggap sebagai hiasan hidup masyarakat yang berpedoman dan juga sebagai teman yang sejati. Bagi mereka, ilmu juga boleh menjadi penerang segala28

yang bersifat kabur dan ia merupakan sinar yang boleh membawa kepada kesuburan. Di samping itu, masyarakat percaya dengan adanya ilmu yang baik mereka boleh sampai ke syurga. Mereka juga menggambarkan ilmu itu seluas lautan yang tidak bertepi.

Masyarakat yang bijaksana juga menjadikan ilmu sebagai idaman mereka kerana ianya sentiasa berguna sepanjang masa. Tanpa ilmu kita akan menjadi insane yang tidak berharga di atas muka bumi ini. Syair ini juga menyeru masyarakat supaya menuntut ilmu sampai bila-bila kerana manusia yang lengkap dengan ilmu yang berguna dapat berbakti kepada masyarakat.

Fungsi Syair: Syair iini berfungsi sebagai peringatan kepada orang yang menghayatinya dan apa yang ditekankan ialah tentang kepentingan ilmu oengetahuan. Seseorang itu akan lebih dipandang tinggi jika sudah berilmu. Tanpa ilmu manusia akan dianggap tidak bernilai sama sekali. Tuntutlah ilmu demi kecemerlangan diri, agama dan bangsa.

29

3.3.2 Syair Sejarah Syair Jong Pecah Assalamualaikum saya ucapkan, Selamat sejahtera handai dan rakan, Sebuah syair saya ucapkan, Bersama-sama kita menungkan. Duhai dengarlah suatu cetera, Di zaman dahulu sebuah negara, Bangsa bijak gagah perwira, Hidup bersatu aman sejahtera. Berkali-kali dicuba musuh, Negara dilanggar hendak diruntuh, Berkat bersatu rakyat teguh, tetap berdaulat berdiri kukuh. Hinggalah sampai saat yang gelap, Entah di mana salah dan silap. Entah siapa lali dan lelap, Rakyat berbalah daulat pun malap. Jadilah kita bangsa terjajah, Terjejas daulat tercemar maruah, Politik rebah ekonomi rebah, Siang malam berhati gundah. Kita dijajah empat kurun, Ditambah empat puluh enam tahun, Budaya dan ilmu setandus gurun, Harga diri semakin turun. Bangkit pahlawan demi pahlawan, Berjuang merebut kemerdekaan, Bunga bangsa gugur terkorban, Harumnya lesap ditelan zaman. Sampailah waktu rakyat jelata, Berpadu erat seia sekata, Tahan bahaya tahun derita, Mendaulatkan kembali negara kita. Tiga puluh tiga tahun sejak bergema, Kata merdeka dilaung bersama, Negara dan bangsa menempa nama, Banyak impin telah terjelma. Aduh mengapa kita berbalah, Sama sendiri berpecah-pecah, Kenyanglah yu bila jong pecah, Hitamlah tanda dalam sejarah. Ya Ilahi Tuhan yang Rahman, Teguhkan bangsaku di dalam iman, Ke arah perpaduan berikan pedoman, Agar sejahtera zaman-berzaman. Tamatlah sudah madah dan cetera, Untukrenungan saudari saudara, Bersatu bangsa teguh negara, Wassalamualaikum, salam sejahtera.

( Adibah Amin )

30

Tema: Kepentingan perpaduan.

Persoalan 1. Perpaduan penting untuk keamanan negara . 2. Kedaulatan negara tergugat jika rakyat tidak bersatu padu 3. Penjajahan memungkinkan negara kehilangan identiti , budaya ,ilmu dan maruah 4. Perpecahan menguntungkan pihak lain .

Nilai 1. Kerjasama-bersama-sama berusaha untuk mempertahankan negara daripada sebarang ancaman musuh 2. Hemah tinggi-mengenang jasa para pahlawan yang menuntut kemerdekaan negara. 3. Keberanian-sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Gaya Bahasa: 1. Pemilihan kata (diksi) yang indah . Contoh ;politik rebeh ekonomi rebah . 2. Metafora. Contoh ; setandus gurun. 3. Repitasi. Contoh ; bangkit pahlawan demi pahlawan 4. Perlambangan .Contoh ; hitamlah tanda dalam sejarah . 5. Anafora .Contoh ; entah di mana salah dan silap ,entah siapa lalai dan lelap .

31

6. Asonansi. Contoh ; negara dan bangsa menempa nama (pengulangan vokal a) 7. Aliterasi. Contoh ; sebuah syair saya sajikan (pengulangan konsonan s)

Analisis: Melalui syair di atas, saya dapati bahawa pada zaman dahulu, terdapat sebuah negara yang mempunyai rakyat yang bijak dan pahlawan yang gagah perkasa. Kehidupan masyarakat pada masa itu aman dan damai. Walaupun negara tersebut telah beberapa kali diserang musuh tetapi oleh kerana rakyatnya bersatu padu, negara tersebut terus kekal dan masih teguh,Sungguhpun begitu, hari demi hari, masyarakat mula bertelagah sesama sendiri. Hal ini berlaku kerana kealpaan masyarakat akan peranan. Natijahnya,kedaulatan negara turut tergugat. Penjajahan kembali berlaku

menyebabkan kestabilan ekonomi terjejas dan politik tergugat. Masyarakat pada masa itu mula berdukacita dan hidup sengsara. Penjajahan tersebut berlarutan sehingga 400 tahun, ditambah pula 46 tahun lagi. Budaya dan ilmu serta warisan bangsa tercemar, musnah dan terhapus. Harga diri masyarakat tersebut turut jatuh. Namun, selepas itu muncul beberapa orang pemimpin dan pejuang bangsa menzahirkan semangat patriotik mereka sehingga ada yang terkorban. Masyarakat pula mula melupakan kehadiran pejuang tanah air begitu sahaja. Suatu ketika rakyat kembali bersatu padu dalam semua aspek, berani menentang semua ancaman dan dugaan demi mendaulatkan semula negara tercinta. Selepas 33 tahun negara merdeka, negara mula menempah nama di persada dunia. Banyak hasrat atau rancangan yang berjaya dilaksanakan oleh pucuk pimpinan negara ini. Rakyat perlulah mengelakkan pertelagahan sesama sendiri kerana perkara ini akan membawa kerugian. Akan ada pihak ketiga yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Kesannya , hal itu akan menjadi titik hitam dalam sejarah negara.

32

Penyair seterusnya berdoa kepada Allah Yang Maha Pengasih agar bangsanya diteguhkan iman, seterusnya memperoleh panduan ke arah hidup bersatu dan aman sejahtera selama-lamanya. Seturusnya penyair menegaskan bahawa sekiranya sesuatu bangsa itu bersatu padu, pasti negara akan kukuh.

Fungsi Syair: Syair iini berfungsi sebagai peringatan kepada orang yang menghayatinya dan apa yang ditekankan ialah tentang kepentingan nilai bersatu padu dalam kalangan masyarakat. Masyarakat yang bersatu padu akan menjadi kuat dan digeruni oleh pihak luar. Tanpa kesepaduan, masyarakat akan tampak goyah dan mudah dijajah.

33

4.0 ANALISIS TEKS PETIKAN SYAIR ______________________________________________________________________

4.1 PETIKAN 1 Ia penerang jalan ke syurga Ia pemuas tekak yang dahaga Ialah sungai ialah telaga Laut yang luas ialah juga

Melaui petikan syair di atas, dapat saya rumuskan bahawa latar masyarakat yang terdapat dalam syair ini adalah masyarakat yang sangat mementingkan ilmu dalam hidup mereka. Sepertimana yang kita tahu, islam amat menggalakkan umatnya menuntut ilmu pengetahuan walau dimana sahaja selagi hayat masih ada. Ada juga dalil yang menguatkan lagi pernyataan ini yang menyuruh umat islam supaya menuntut ilmu sehingga ke negeri China. Hal ini dapat diterangkan melalui rangkap di atas. Jika kita lihat pada baris yang pertama pada rangkap tersebut, ada dinyatakan perkataan seperti penerang jalan dan syurga. Perkataan penerang ini sudah cukup menerangkan bahawasanya ilmu itu adalah penerang kepada dunia yang gelap ini. Ia juga sebagai lilin ketika dunia berada dalam kegelapan. Terangnya ilmu ini bukan sahaja terhenti setakat di dunia sahaja malahan dibawa ke alam akhirat dengan adanya perkataan syurga di baris tersebut. Sehubungan dengan itu, jelaslah bahawa masyarakat di dalam syair ini merupakan masyarakat yang mempunyai kepercayaan yang kuat dengan islam dan mengamalkan ajaran agama islam tersebut. Mereka juga amat mementingkan ilmu dalam kehidupan mereka. Baris kedua dalam rangkap syair diatas pula ada menonjolkan perkataan seperti pemuas tekak dan dahaga. Perkataan pemuas ini amatlah subjektif tanpa kata penguatnya. Ia boleh menjadi pemuas hati, pemuas lapar dan dahaga, pemuas nafsu dan sebagainya. Tetapi dalam syair di atas ilmu itu digambarkan sebagai pemuas tekak yang dahaga. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat itu merupakan masyarakat

34

yang sentiasa dahagakan ilmu dan sentiasa berusaha sedaya upaya agar ilmu tersebut bdapat dijadikan sebagai panduan hidup yang paling utama dalam hidup mereka. Dalam baris yang ketiga pula ada dinyatakan perkataan seperti sungai dan telaga. Sungai merupakan sumber air yang utama sebelum dapat disalurkan kepada tempat-tempat yang lain. Hal ini dapat menggambarkan sifat ilmu itu sendiri. Ilmu

merupakan sumber utama dalam apa jua yang berkaitan dengan manusia tidak kiralah dalam aspek pekerjaan mahupun sahsiah diri. Ilmu tersebut boleh juga disalurkan melalui aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Pada pandangan saya, ada tersirat bahawa pekerjaan guru juga disanjung tinggi dikalangan masyarakat tersebut.

Perkataan telaga pula menggambarkan bahawa masyarakat amat mementingkan supaya ilmu yang baik disimpan sebaik mungkin sepertimana air yang bersih disimpan di dalam telaga. Perkataan sungai dan telaga ini juga dapat menggambarkan aktiviti harian masyarakat ketika itu. Hal ini dapat menunjukkan bahawa masyarakat tersebut mendapatkan air bukan semudah seperti mana sekarang ini. Mereka terpaksa pergi ke sungai untuk mengangkut air seterusnya menyimpan bekalan air tersebut di dalam telaga yang diletakkan di belakang rumah. Perkataan sungai juga dapat

menggambarkan bahawa masyarakat pada waktu itu banyak melakukan aktiviti di sungai seperti menangkap ikan, mencuci pakaian dan sebagainya. Seterusnya, perkataan laut dan luas juga ada ditonjolkan dalam baris yang keempat dalam syair di atas. Tidak dapat disangkal lagi jikalau ilmu itu disamakan kekuasaannya dengan keluasan laut ciptaan tuhan ini. Dapat juga digambarkan bahawa masyarakat amat menyanjung tinggi ilmu itu dengan berusaha menuntutnya. Keluasan laut juga menggambarkan ilmu itu tidak akan habis walaupun sebanyak mana sekalipun ia dituntut. Malahan, semakin banyak ilmu yang dituntut, semakin kita dapat rasakan bahawa banyak lagi ilmu yang tidak dikuasai. Perkataan laut juga dapat menggambarkan bahawa masyarakat tersebut menetap berdekatan dengan laut dan menjadikan sumber laut sebagai mata pencarian rezeki mereka.

35

4.2 PETIKAN 2 Aduh mengapa kita berbalah, Sama sendiri berpecah-pecah, Kenyanglah yu bila jong pecah, Hitamlah tanda dalam sejarah.

Melalui petikan syair di atas, saya dapat merumuskan bahawa latar masyarakat yang terdapat dalam syair ini ialah masyarakat yang hidup dalam keadaan yang tidak bersatu padu dan berpecah belah. Hal ini dapat ditunjukkan melalui kajian sejarah yang menceritakan bagaimana negara kita boleh dijajah oleh kuasa luar sebaik sahaja kita sampai ke puncak. Berdasarkan baris yang pertama dalam rangkap syair di atas, ada ditunjukkan perkataan berbalah yang jelas menunjukkan bahawa masyarakat ketika itu saling tidak sama pendapat. Ada juga perkataan aduh yang menzahirkan rasa menyesal, rintihan dan imbas kembali mengapa terdapat masyarakat yang berbalah sehingga kuasa luar mengambil kesempatan untuk menakluki negara kita ini. Melalui baris kedua pula, kita ditonjolkan dengan perkataan seperti berpecahpecah. Baris ini menguatkan lagi pernyataan dimana pucuk pimpinan kita pada masa itu tidak sama haluan. Masyarakat mula membuat hal mereka sendiri tanpa memikirkan masa depan negara. Mereka tidak lagi mempunyai hubungan yang baik walaupun negara aman damai. Baris ketiga dalam rangkap syair di atas pula ada menonjolkan perkataan kenyanglah yu dan jong pecah. Perkataan yu adalah sekelompok (superordo Selachimorpha) ikan dengan kerangka tulang muda yang lengkap dan tubuh yang ramping. Yu juga tergolong dalam kalangan ikan yang terkuat. Yu dalam syair di atas merujuk kepada sebuah kuasa yang kuat. Ia merujuk kepada negara yang menjajah negara kita. Perkataan Jong adalah sebuah kapal layar kecil Cina yang digunakan untuk mengangkut barangan dan penumpang di laut. Jong asalnya dibangunkan di zaman Dinasti Han dan masih lagi digunakan sehingga kini. Jong disini

menggambarkan negara kita yang mempunyai kekayaan. Ia juga menunjukkan aktiviti36

masyarakat didalam syair ini berkait rapat dengan aktiviti perikanan. Aktiviti perikanan ini merupakan sumber rezeki mereka yang utama. Dalam baris keempat dalam petikan syair di atas, kita didedahkan perkataan seperti hitamlah tanda dan sejarah. Hitam disini dengan

menggambarkan tanda

yang buruk yang pernah berlaku dalam masyarakat dalam syair diatas. Sejarah pula merujuk kepada perkara yang sudah berlaku ataupun kejadian yang lepas yang patut kita kenangi. Latar masyarakat yang terdapat dalam syair ini ialah masyarakat yang telah menyesali perbuatan mereka yang tidak bersatu hati dan menyebabkan negara mereka dijajah oleh kuasa kuar. Syair ini berfungsi untuk menyedarkan masyarakat yang lalai akan pentingnya nilai kerjasama dan bersatu padu dalam membina sebuah negara yang aman damai.

37

5.0 PENUTUP ______________________________________________________________________

Secara keseluruhannya, saya dapat rumuskan bahawa Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari serta bahasa yang mementingkan kebenaran daya intelektual dan logika. Bentuk, pemikiran dan fungsi Melayu tradisional masih dikekalkan oleh masyarakat seperti keadaan tradisionalnya. Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang berkembang dalam kesenian rakyat. Sesetengah bentuk puisi tradisional seperti mantera dan teromba mengandungi unsur ritual dan bersifat magis. Antara ciri-ciri puisi tradisional yang perlu kita ketahui ialah memperlihatkan penggunaan bahasa yang lebih baik, ekspresif, kental, mengandungi nilai keindahan serta menimbulkan rangsangan dan kesan kepada pengalaman dan perasaan. Selain itu puisi tradisional juga Mempunyai bentuk tertentu, berkerat-kerat atau berurutan dalam baris yang sejajar Baris, rima dan irama disusun membentuk pola atau ikatan tertentu yang dipengaruhi jumlah baris, jumlah perkataan, keseimbangan bunyi dan panjang-pendek perkataan dan wujud pembahagian unit dalam menyatakan idea, misalnya dua baris serangkap atau beberapa baris seuntai. Puisi tradisional juga menggunakan bahasa yang padat kental mengandungi unsur perlambangan, imejan, kiasan dan perbandingan yang bersifat tradisional untuk menyatakan sesuatu dan melahirkan perasaan hati. Puisi tradisonal ini terdiri daripada beberapa jenis seperti pantun, syair, gurindam, seloka, nazam, teromba dan juga terasul. Kesemua jenis puisi tradisional ini mempunyai ciri masing-masing yang menjadikannya begitu unik dan penuh dengan mesej.

38

RUJUKAN ______________________________________________________________________ Ali Ahmad. (1978). Dari Pelajaran Asas Puisi Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Siti Hajar Aziz. (2009). Bahasa Melayu 2. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. A. Bakar Hamid. (1974). Diskusi Sastera Jilid I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Hooykaas. (1965). Perintis Sastera. Edisi Baru. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Mohd Yusof Md. Nor. (1985). Puisi Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Mohd. Taib Osman. (1979). Warisan Puisi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Harun Mad Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Aripin Said. (1994). Puisi Warisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wahyunah Hj. Abd. Gani & Mohamad Shaidan (2002). Puisi Melayu Lama Berunsur Islam. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

39

REFLEKSI ______________________________________________________________________

Sepanjang melakukan tugasan kerja kursus projek (kkp) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Akademik 2 ini, pelbagai halangan dan rintagan telah saya tempuhi. Antaranya, saya menghadapi masalah kekurangan masa. Ini kerana semua tugasan termasuk matapelajaran-matapelajaran lain telah diberikan kepada kami pada waktu yang sama. Jadi, segala tugasan yang dilakukan telah disiapkan dalam keadaan tergopoh-gapah. Selain itu, saya juga menghadapi masalah kekurangan bahan rujukan dan sumber. Ini kerana, dengan masa yang suntuk, ia telah mengehadkan perjalanan saya untuk berkunjung ke perpustakaan bagi mencari sumber dan bahan rujukan seperti buku dan sebagainya. Dengan masalah yang sama iaitu masa, maklumat tambahan daripada pensyarah En. Azmi Bin Ayub sukar untuk saya peroleh.Selain itu, saya juga kurang memahami cara untuk mengkaji petikan puisi itu. Akhirnya, Alhamdullilah, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurniaNya, memberi saya kekuatan serta kesihatan yang baik sepanjang melakukan tugasan ini, sekaligus dapat menyelesaikan segala masalah

yang telah saya hadapi dengan jayanya. Pelbagai cara dan kaedah saya lakukan bagi menyelesaikan masalah ini. Atas dorongan dan bimbingan pensyarah En. Azmi Bin Ayub , tugasan ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar atas penerangannya

sepanjang waktu pembelajaran di dalam kelas. Di situ, saya mengambil kesempatan untuk mengajukan pelbagai masalah yang telah saya hadapi. Selain daripada itu, ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ingin saya rakamkan kepada rakanrakan atas kesudian meluangkan sedikit masa bagi melakukan perbincangan berkumpulan bagi memantapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada pihak Institut atas

40

menyediakan rangkaian internat tanpa wayar. Ini telah membantu saya untuk berusaha mencari maklumat sekaligus mendalami bidang teknologi meskipun kekurangan masa.

Jadi, secara tuntasnya dengan tugasan yang diberikan, saya mengharapkan kepada diri saya sendiri agar sentiasa belajar daripada pengalaman tentang bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu dengan berdikari. Terutamanya semasa dihantar untuk mengajar ke sesebuah sekolah atau kawasan pendalaman untuk mengajar kelak. Selain itu, sepanjang proses menyempurnakan tugasan ini, saya memperoleh banyak faedah, pengalaman dan pengetahuan. Tugasan ini telah menguji kecekapan saya dalam mengemukakan fakta, buah fikiran dan pandangan tentang latar masyarakat yang terdapat dalam sesebuah puisi. Segala pengetahuan yang saya

peroleh dari tugasan ini akan cuba saya aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan saya hadapi kelak bagi melahirkan pemangkin masa hadapan yang kenal kelebihan bahasa tanah air mereka sendiri serta mengamalkannya agar bahasa itu sendiri tak lekang dek panas, tak lekang dek hujan . Insyaallah. Sekian, terima kasih.

Oleh : KHAIRUL HIZAMI BIN ALIAS 921005-01-6463

41

42