32
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest Tahap 3B Modul 2 Nama : ____________________________

Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest

Tahap 3B

Modul 2

Nama : ____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

Markah Kuiz Komputer

Minggu Tarikh Tatabahasa

(%)

Perbendaharaan Kata (%)

Peribahasa

(%)

Lain-lain

1

2

3

4

5

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

A. Pemahaman

Pemahaman 1 :

Baca dialog di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan

berikutnya.

Iwan dan Hadi : Assalamualaikum Abang Zami, apa khabar?

Zami : Waalaikumsalam, abang sihat.

Iwan : Saya begitu meminati dan mengagumi abang.

Boleh abang ceritakan bilakah abang mula

bergiat dalam bidang sukan?

Zami : Abang aktif dalam bidang sukan sejak di bangku

sekolah lagi.Pada mulanya abang aktif sebagai

pelumba lari dalam acara seratus dan empat ratus

meter. Pada tahun 1998, barulah abang

menceburkan diri dalam bidang bola sepak.

Hadi : Maksudnya abang tidak bermain bola sepak

sejak sekolah?

Zami : Ya, abang bermain bola sepak kerana minat

dan dorongan daripada ibu bapa dan kawan-

kawan. Lagipun kegiatan ini dapat menjanjikan masa

depan yang cerah.

Hadi : Apakah kriteria yang perlu ada pada seseorang

pemain bolasepak profesional?

Zami : Pertama dan yang paling penting ialah semangat,

diikuti oleh kekuatan fizikal dan mental. Seseorang

pemain yang profesional juga tidak boleh terlalu

ikutkan perasaan.

Iwan : Selain bermain bola sepak, adakah abang

mempunyai pekerjaan yang lain?

Zami : Abang tidak mempunyai pekerjaan yang lain selain

bermain bola sepak. Tambahan pula sekarang ini

bidang bola sepak telah mencapai taraf profesional.

Semua pemain bola sepak tidak dibenarkan terikat

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

dengan pekerjaan lain.

Hadi : Apakah kenangan yang paling manis sepanjang

karier abang?

Zami : Kenangan yang paling manis bagi abang ialah ketika

abang bermain untuk pasukan Kelantan. Abang telah

membawa kemenangan kepada pasukan abang

ketika menentang pasukan Selangor. Pada ketika

itu, abang merasakan bahawa abang seperti

seorang wira.

Hadi : Wah, hebat sekali persembahan abang, ya!

Baiklah, terima kasih kerana meluangkan masa

untuk kami. Kalau ada masa nanti kami akan menulis

surat kepada abang.

Zami : Sama-sama. Abang harap adik berdua akan berjaya

mencapai cita-cita adik.

Iwan : Jumpa lagi.

1. Sebutkan bilangan dan jenis kriteria yang perlu ada pada

seseorang pemain bola sepak. (KBAT)

2. Apakah profesion Zami ?

3. Kenapakah Zami tidak mencari pekerjaan lain ?

4. Sehingga kini, sudah berapa lamakah Zami menceburkan diri dalam

bidang ini ? (KBAT)

5. Berikan sinonim bagi perkataan berikut mengikut konteks petikan :

i. karier

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

ii. menceburkan diri

iii. menjanjikan

iv. bergiat

Pemahaman 2 :

Baca laporan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan

berikutnya.

LAPORAN AKTIVITI PERKHEMAHAN DI TAMAN NEGARA

Pada 14.11.2001 — 17.11.2001, sekolah kami telah mengadakan

satu aktiviti perkhemahan di Taman Negara, Pahang. Aktiviti ini

dijalankan sempena cuti penggal persekolahan. Seramai dua puluh

orang peserta telah menyertai perkhemahan tersebut. Kami bertolak

dari sekolah pada pukul tujuh pagi dan tiba di Kuala Tembeling pada

pukul satu setengah petang. Dari Kuala Tembeling kami menaiki bot

ke Taman Negara. Perjalanan ini memakan masa selama tiga jam.

Apabila sampai di Taman Negara, kami mula mendirikan khemah

mengikut kumpulan masing-masing. Kemudian, sesi suai kenal diadakan

kerana sesetengah daripada para peserta belum mengenali antara

satu sama lain Pada 15.11.2001, kami bertolak dari tapak perkhemahan

pada pukul lapan pagi menuju ke Gua Telinga. Kami sampai di Gua

Telinga pada pukul satu petang. Perjalanan yang jauh menyebabkan

kami kepenatan dan ada antara kami yang mengalami kekejangan otot.

Pada hari yang ketiga, kami pergi ke Lata Berkoh dengan bot

yang disewa oleh Cikgu Zahid. Mengikut rancangan awal, kami akan

berjalan kaki ke Lata Berkoh tetapi memandangkan ramai peserta

yang kepenatan, Cikgu Zahid telah mengubah rancangan, iaitu pergi ke

Lata Berkoh dengan bot.

Pada waktu malamnya, Cikgu Zahid serta sepuluh orang murid

lelaki telah pergi ke Bumbun Tahan untuk melihat binatang yang

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

terdapat di situ dari puncak gunung. Kami dapat melihat beberapa

spesies binatang seperti rusa, gajah, babi hutan dan beberapa jenis

binatang lain.

Pada hari yang ke-4, kami bertolak pulang. Aktiviti ini amat

meletihkan tetapi telah banyak mengajar kami tentang erti kesabaran

dan semangat tolong-menolong antara satu sama lain. Aktiviti ini juga

banyak menguji kekuatan fizikal.

Pendek kata, aktiviti ini merupakan satu pengalaman yang paling

menyeronokkan.

Disediakan oleh, 25 NOVEMBER 2015.

____________________

(MARINI BINTISHUIB)

Setiausaha,

Aktiviti Perkhemahan

1. Berapa harikah mereka berada di Taman Negara ? (hari & malam)

2. Berikan tempoh untuk : (KBAT)

a. perjalanan dari sekolah ke destinasi pertama

b. perjalanan dari destinasi pertama ke destinasi kedua

c. perjalanan dari tapak perkhemahan ke destinasi lawatan

yang pertama

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

3. Apakah masalah yang dihadapi oleh ahli rombongan semasa

melawat Gua Telinga ?

4. Berapa orang muridkah yang menyertai rombongan kali ini ?

5. Apakah faedah yang diperoleh ahli rombongan daripada lawatan

kali ini. (KBAT)

6. Senaraikan kata kerja transitif dan tidak transitif:

i-Think

1.

2.

3.

4

1.

2.

3.

4

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

B.Tatabahasa Lanjutan

Kata Kerja Transitif & Tidak Transitif

1. Makanan yang_________

kepada udara boleh membawa

penyakit.

A. terdedah

B. terbuka

C. terhadap

D. terpapar

2. Kita hendaklah cermat

semasa ________ dengan

orang lain.

A. bercampur

B. bermain

C. bergaul

D. berhubung

3. Sesiapa yang _______

undang-undang mestilah

dihukum.

A. mematuhi

B. melanggar

C. mengingkari

D. menolak

4. Wanita itu ______ belanga

di atas kepalanya.

A. menjinjing

B. menjunjung

C. mengangkat

D. menanduk

5. Perompak yang ______ beg

tangan Cik Leela telah

ditangkap.

A. mencuri

B. meminta

C. mengugut

D. meragut

6. Tentera musuh mulai _____

ke medan perang apabila tidak

ditentang

A. bergerak

B. pergi

C. mara

D. maju

7. Orang tua _____ bahawa

menghormati guru membawa

pahala.

A. percaya

B. yakin

C. tahu

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

D. faham

8. Orang gaji Puan Shamsidar

sedang _____ cili di dapur.

A. memetik

B. menghancurkan

C. menggiling

D. mencernakan

9. Pakaian yang _____ mata

tidak sesuai untuk majlis rasmi.

A. menjolok

B. mencucuk

C. menyakitkan

D. menyedapkan

10. Kereta ayah ______ ke kiri

selepas simpang keempat.

A. berbengkok

B. berpandu

C. berbelok

D. berpusing

11. Pesawah muda itu ______

tanah dengan jentera pembajak.

A. melonggarkan

B. menggemburkan

C. mengorek

D. melembutkan

12. Pihak lawan sedang ______

pasukan kita dengan jaringan 2

– 0.

A. mendepani

B. mendahului

C. mengikuti

D. mengekori

Soalan 13 - 22

A. mencarut

B. berhijrah

C. membisu

D. mengugut

E. berbanding

F. menghela

G. memohon

H. berkawat

I. bersandar

J. tergantung

K. melombong

L. menempeleng

13. Ahli pengakap sedang ____

dengan penuh semangat di

hadapan sekolah.

14. Pekerja-pekerja yang

______ bijih timah di

Semenanjung Malaysia

kebanyakannya berbangsa Cina.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

15. Pemuda yang ______ pada

tiang lampu itu seorang mata-

mata.

16. Mee Lan ingin ______

kebenaran daripada pihak

sekolah untuk bercuti selama

sebulan.

17. Walaupaun berkali-kali

disoal, Jamal tetap ______.

18. Gajah digunakan untuk

_____ kayu balak di Thailand.

19. Budak-budak itu telah

ditangkap oleh pengawas atas

kesalahan ______.

20. Penagih dadah itu ______

Chee Lan agar menyerahkan

wangnya.

21. Ayah Mutu ttelah _____

nya setelah dia didapati

merokok.

22. Keluarga Encik Hashim akan

______ ke Kanada bulan depan.

Soalan 23 – 28 :

A. membakar

B. mengelak

C. mengaku

D. berbisik

E. menghidupkan

F. berkicau

G. mendidih

H. berlangsung

I. melenguh

23. Air yang dijerang itu

______ selepas tujuh minit.

24. Ayah tidak dapat ______

enjin keretanya akibat

kehabisan minyak.

25. Akhirnya, Yen Ling ______

slah di hadapan ibunya.

26. kejohanan Badminton Dunia

sedang ______ di Stadium

Badminton Cheras.

27. Lembu ______ apabila

dikacau.

28. Susan terjatuh apabila cuba

______ sebuah kereta yang

dating dari belakang.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

C. Penulisan

Karangan Jenis Laporan

Panduan Mengarang

1. Laporan ialah karangan jenis berformat. Tajuk laporan (bergaris),

tanda tangan dan nama pelapor serta tarikh laporan hendaklah

ditulis.

2. Terdapat dua jenis laporan, iaitu laporan tahunan persatuan dan

laporan peristiwa.

3. Dalam laporan peristiwa, laporkan apa yang dilihat, didengar atau

diketahui tanpa memasukkan pendapat atau perasaan peribadi.

4. Untuk laporan tahunan persatuan, selain daripada tajuk, anda

hendaklah menyenaraikan jawatankuasa persatuan, sejarah

ringkas persatuan, keahlian, aktiviti persatuan serta harapan

persatuan pada masa akan datang.

5. Jangan gunakan kata-kata yang indah. Gunakan bahasa yang tepat

dan ringkas.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

Karangan Contoh:

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

Latihan:

A. Latihan Kelas

Kamu telah terpilih dalam program lawatan ke sebuah sekolah.

Sepanjang program tersebut, banyak aktiviti yang dijalankan. Tulis

laporan tentang program tersebut. :

Pendahuluan : -tarikh / tempat / bilangan ahli rombongan /

-guru pengiring

-cara & masa pergi

-perjalanan (tempoh & keadaan)

Isi 1 : -tiba

-dibawa ke bilik gerakan

-diberi taklimat tentang sejarah sekolah /

-pencapaian akademik (100% kelulusan 3

tahun berturut-turut

Isi 2 : -lawatan ke persekitaran sekolah

-kagum dengan ….

-bukti kerajinan dan kerjasama murid & guru

-Taman Sains, air terjun mini….

Isi 3 : -perlawanan persahabatan bola….

-bersuai kenal

-tujuan

-dimenangi… dengan jaringan

Isi 4 : -dihidangkan jamuan

-tempat

-bersoal jawab untuk berkongsi pengalaman

-saling memberi galakan dan bertukar

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

butir-butir diri

Penutup : -meninggalkan pekarangan sekolah

-memberi kesedaran tentang kepentingan

berusaha demi kejayaan

-nama, tanda tangan pelapor, jawatan

& tarikh laporan ditulis

Latihan 2 : Laporan Sambutan Hari Guru

(Sila rujuk peta minda yang disediakan)

Latihan 3 : Laporan Hari Sukan

(Sila rujuk peta minda yang disediakan)

Latihan 4 : Karangan Cereka - Melengkapkan Cerita (Memulakan

cerita dengan penutup yang diberikan)

Setelah mendengar penjelasan Guru Besar, ibu dan ayah berasa

lega. Mereka juga berazam untuk meluangkan masa untuk adik dan

saya.

Bina Ayat

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

D. Bina Ayat

Bina Ayat 1 :

Bina Ayat 2 : Aktiviti

Bina Ayat 3 :

Bina Ayat 4 :

E. Ulasan

Ulasan 1 :

1. ….diserang ikan todak……

2. ….cedera parah…..terkorban

3. ….mengesyorkan raja agar memagari……batang pokok pisang

4. …memperkenankan cadangan……dipagari….

5. …mati …..muncung ikan todak terpacak……menyerang….

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

Bina Ayat 3 : Cara-cara pasukan keselamatan negara menjaga

keselamatan Negara

1. ….pergi berkelah………bekalan

2. ….memindahkan bekalan……..

3. ….membentangkan tikar di………..meletakkan…&……

4. …bersembang dan menikmati …….

5. …mengutip kulit siput……bermandi-manda ………….pelampung

1. Keselamatan…..dikawal …angkatan tentera ………terdiri

daripada…darat,…….udara & …….laut

2. ……mengawal ruang udara ……pesawat pejuang

3. ….mengawal perairan negara………..kapal perang

4. ……mengawal …………..di sempadan negara …….

5. ……dilengkapi senjata semasa………………………………….

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

Bina Ayat 4 : Peraturan Hari Sukan

1. Setiap ahli rumah sukan…….berarak serentak………..seragam…..

memenangi ……….. perbarisan

2. ……mestilah memberikan tabik hormat apabila…….

3. ….berdiri tegak & menumpukan …….berucap…

4. ……hanya boleh memulakan larian.....pelepas membunyikan …….

5. ……atlet yang memenangi …….degnan mematuhi peraturan

sukan……….hadiah

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

E. Ulasan

Ulasan 1 :

Pengenalan : Demam denggi……berbahaya ….berleluasa….

Isi tersurat :

1. …..disebabkan oleh nyamuk……

2. …membiak di dalam…..bersih….bertakung

3. ….menghentikan kitaran …..mencegah demam…….

4. Isi tersirat :

1. Demam………maut

2. ….membersihkan ……bertakung….memusnahkan….pembiakan ..

3. …mengelakkan gigitan …..memasang jaring pada…..

Penutup : Kesimpulannya, …bekerjasama ……………..…..memusnahkan

kerana ―Tiada Aedes Tiada Denggi‖

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

Ulasan 2 :

Pengenalan :Akhlak mulia……dipupuk pada setiap…..

Isi tersurat :

1. …berpakaian bersih…….kemas

2. ….membantu warga tua …….melintas jalan

3. …menghormati…….memberikan salam apabila….

Isi tersirat :

1. ….dipupuk sejak kecil di….

2. …di sekolah ….memdidik murid-murid agar….

3. ….dihormati dan disenangi orang ….

Penutup : Kesimpulannya, ….perlu dipupuk…..dari kecil oleh …..

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

Ulasan 3 :

Pengenalan : ….rekreasi baik …penting kepada…

Isi tersurat :

1. …berjoging / bersiar-siar di….

2. …berkayak di …..

3. …berbasikal / membaca surat khabar di…

Isi tersirat :

1. ….dapat merapatkan perhubugan antara….

2. …dapat mengisikan masa lapang…

3. Aktiviti ini……..…menyihatkan badan……………

Penutup : Kesimpulannya, aktiviti ……………..…..digalakkan demi

kesejahteraan …..

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

Ulasan 4 :

Pengenalan : Perkhemahan ….mendatangkan ….faedah

Isi tersurat :

1. ….bekerjasama mendirikan khemah…..arahan guru

2. …menyediakan makanan…menjerang air 3. …mengambil air dari ….berdekatan…..

Isi tersirat :

1. ….dapat melatih…..berdikari….….

2. …dapat menggalakkan sikap bekerjasama antara….

3. …melatih …..berdisiplin …..mematuhi arahan & peraturan

Penutup : Kesimpulannya, aktivit perkhemahan…..digalakkan

demi…….

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 19

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

F. Rampaian Bahasa

Simpulan Bahasa

1. Baharu celik : Baru mendapat kesenangan

2. Bahasa halus : Kata-kata lembut yang bersopan

3. Bahasa kesat : Bahasa kasar yang menyakiti hati orang lain

4. Bangkai bernyawa : Orang yang tidak berguna

5. Banyak akal : Banyak muslihat

6. Banyak lemak : Kelakuan yang mengada-ngada atau berlebihan

7. Banyak tangan : Banyak orang menguruskan sesuatu hal /

urusan

8. Barang berkat : Barang yang didapati secara halal

9. Batang tubuh : Diri sendiri atau peribadi

10. Batu ujian : Sesuatu bentuk ujian yang berat

11. Bau-bau bacang : Hubungan persaudaraan yang jauh

12. Bawa bermenung : Diajak berbincang

13. Bawa bersemuka : Mempertemukan dua pihak yang berselisih

faham untuk mencari penyelesaian

14. Bawa berunding : Diajak berbincang

15. Bawa diri : Mengembara atau melarikan diri

16. Bawa hati : Mencurahkan isi hati ; berasa kecewa

17. Bawa kaki : Berjalan-jalan atau merayau-rayau tanpa

arah; Mengumpulkan kawan-kawan dengan

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 20

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

niat berlawan

18. Bawa ke tengah : Bawa ke muka pengadilan

19. Bawa mulut : Menceritakan hal seseorang kepada orang lain

20 Bawa nasib : Pergi mencari pekerjaan atau rezeki

21. Bekas tangan : hasil buatan sendiri; tulisan tangan; pukulan

22. Bengkak hati : Kecewa

23. Bengkak perut : Sakit hati

24. Berani lalat : Berani di belakang lawan

25. Berat kepala : Susah memahami pelajaran atau sesuatu

perkara

26. Berat mata : Mengantuk

27. Bergolok bergadai : Kehabisan harta kerana sesuatu perkara

28. Berganti tikar : Mengahwini kakak atau adik isteri atau

saudara suami setelah pasangan meninggal

dunia

29. Beri muka : memberi kebebasan atau terlalu memanjakan

seseorang

30. Betul bendul : Orang yang lurus

31. Bidan terjun : Orang yang diminta melakukan sesuatu

pekerjaan dengan tiba-tiba kerana orang yang

sepatutnya membuat kerja

itu tidak hadir

32. Bintang hati : Kekasih

33. Bodoh sombong : Orang yang bodoh tetapi tidak mahu

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 21

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

mendengar nasihat

34. Bongkok sabut : Bongkok orang tua

35. Bongkok udang : Bongkok orang muda

36. Buat bodoh : Berpura-pura bodoh

37. Buat nama : menjadi masyhur; menghadiri sesuatu majlis

hanya untuk memenuhi jemputan

38. buaya darat : Lelaki yang suka bertukar teman wanita

39. Buka mata : Sedar

40. Buka mulut : Mengadu hal kepada seseorang

41. Buka tembelang : Mendedahkan keburukan seseorang

42. Bulat fikiran : Keputusan yang tetap

43. Bulat hati : Bersungguh-sungguh

44. Bunga dedap : Perempuan yang cantik tetapi tidak berbudi

45. Bunga wang : Faedah bank

46. Buruk siku : Mengambil semula benda yang sudah diberi

kepada orang lain

47. Buta hati : kejam; susah hendak menerima pelajaran

48. Buta tuli : Membuat suatu pekerjaan tanpa berfikir

panjang

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 22

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 25: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

Kata Ganda (B)

1. berbahas-bahasan : berdebat

2. baik-baik : buat dengan baik

3. berbaik-baik : berhubungan baik dengan seseorang

4. basah-kuyup : habis basah

5. baru-baru : kebelakangan ini

6. batu-bata : ketulan batu yang digunakan untuk

membina rumah

7. batu-batan : pelbagai jenis batu

8. bayang-bayang : lembaga gelap yang terhasil akibat

halangan cahaya

9. Bau-bauan : minyak wangi

10. bengkak-bengkil : bengkak-bengkak

11. bengkang-bengkok : tidak lurus

12. beri-beri : sejenis penyakit kaki

13. besar-besaran : secara banyak, besar dan rasmi

14. betul-betul : bersungguh-sungguh, benar-benar

15. biji-bijian : Pelbagai jenis benih

16. bila-bila : bila-bila masa

17. bintik-bintik : tompok atau titik yang ada pada sesuatu

permukaan

18. bincut-bincut : benjol; bengkak

19. bolak-balik : pergi dan balik

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 23

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 26: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

20. seboleh-bolehnya : sedaya upaya

21. bukut-bukau : banyak bukit

22. buli-buli : botol kecil

23. kebudak-budakan : kelakuan seperti budak

24. bukan-bukan : perkara yang tidak benar atau

perbuatan yang tidak diperlukan

25. bunyi-bunyian : alat muzik

26. bulang-bulang : sesuatu yang dililitkan pada kepala

27. terburu-buru : tergesa-gesa

Perkataan Banyak Makna

1. Mangga

a. sejenis buah : Buah mangga itu belum masak.

b. ibu kunci : Mangga pintu yang rosak itu tidak boleh

dibuka.

2. Manis

a. rasa seperti gula: Kopi itu terlalu manis.

b. sangat menarik : Senyuman adik perempuan Zaidi sungguh

manis.

c. cantik, elok : Gadis yang manis itu bernama Cik

Suriani.

d. panggilan untuk : Abang mendekati si manis tanpa

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 24

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 27: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

gadis yang manis rasa segan.

e. sopan, beradab : Duduk baik-baik, tidak manis dipandang

orang.

3. Masak

a. sudah boleh : Nasi itu sudah masak.

dimakan

b. sudah ranum : Buah mangga itu sudah masak.

c. tahu, biasa : Ibu sudah masak dengan perangai adik.

4. Mata

a. pancaindera : Matanya merah setelah tidak tidur

semalaman.

b. bahagian tajam : Mata pisau itu sudah berkarat.

alat pemotong

c. markah : Roslin Hashim telah memperoleh lima

mata berturut- turut dalam set

pertama.

5. Mentah

a. belum masak : Buah betik di halaman rumah masih

mentah.

b. tidak masak : Perut adik sakit kerana termakan nasi

mentah.

c. belum matang : Dia masih mentah untuk menentukan

masa depannya.

d. belum diproses : Kelapa sawit ialah bahan mentah utama

Malaysia.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 25

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 28: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

6. Muak

a. jemu, bosan : Raini sudah muak dengan makanan di

kantin sekolah.

b. loya, mual : Dia berasa muak setelah terhidu bau

durian.

c. benci, jijik : Pekerja syarikat itu sudah muak

mendengar janji kosong majikan mereka.

Perkataan Hampir Sama Makna

Cara Memasak

1. memasak : memasak secara umum / biasa

2. menanak : memasak nasi (menanak nasi)

3. menjerang : memasak air (menjerang air)

4. menggoreng : memasak dengan minyak di kuali (menggoreng ikan)

5. merebus : memasak dengan air (merebus telur)

6. memanggang : memasak makanan dengan menggunakan bara api

(memanggang ayam)

7. membakar : memasak dengan menggunakan api dan bara

(membakar sate)

8. mengukus : memasak dengan menggunakan wap air

(mengukus ikan)

9. mereneh : memasak sup (mereneh sup)

10. menumis : memasak dengan menggunakan minyak atau lemak

(menumis sambal)

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 26

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 29: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

Pepatah Melayu

1. Arang habis besi binasa, tukang kerja penat sahaja

Maksud : Melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak memberi

Keuntungan atau faedah, melainkan kerugian.

Contoh : Arang habis besi binasa, tukang kerja penat sahaja,

Begitulah nasib Rahman sejak membuka perniagaannya.

2. Banyak air ikan tidak mati

Maksud : Seseorang yang dapat mengumpul harta akan bahagia

hidupnya.

Contoh : Guna bekerja kuat dari masa mudanya kerana dia

Menganggap bahawa usahanya itu adalah untuk hari

tuanya, bak kata orang banyak air ikan tidak mati.

3. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya (Bapa borek anak rintik)

Maksud : Seseorang anak yang mempunyai tingkah laku yang sama

seperti ibu bapanya.

Contoh : Sikap kedekut yang ada pada Khairul saling tidak ubah

seperti ayahnya, benarlah kata pepatah bagaimana

acuan, begitulah kuihnya.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 27

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 30: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

4. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam

Maksud : Walau bagaimana bodoh sekalipun seseorang itu, jika dia

Rajin belajar akan pandai juga.

Contoh : Ayah selalu menasihati anak-anaknya agar rajin belajar

Kerana pada pendapatnya belakang parang kalau diasah

lagikan tajam inikan pula otak manusia.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 28

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 31: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada
Page 32: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 1 day ago · Modul 2. Nama : _____ Markah Kuiz Komputer . Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata ... Pada

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my