Upload
others
View
10
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Tahap SR1B
Modul 6
Nama : ____________________________
Markah Kuiz Komputer
Minggu Tarikh Tatabahasa
(%)
Perbendaharaan Kata (%)
Peribahasa
(%)
Lain-lain
1
2
3
4
5
Program Bahasa Melayu Edubest Modul 6
A. Perbendaharaan Kata & Bacaan
a. Perbendaharaan Kata
Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意思
1 hidupan
-benda hidup 生物
2 bersandaran
-saling bergantung 互相依靠
3 pegawai penyelidik
-orang yang bekerja mengkaji sesuatu 研究员
4 menemani
-mengiringi 陪伴
5 pengetahuan
-ilmu, apa yang dipelajari 知识
6 memupuk
-mengembangkan 培养
7 semangat
-perasaan hati 精神
8 kegemaran
-hobi 嗜好
9 berkaitan
-berhubungan 有关
10 merupakan
-ialah 是
11 kawasan tadahan hujan
-tempat mengumpul air hujan
雨水积存
区
Program Bahasa Melayu Edubest SR1B06 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
12 bertindak
-melakukan 采取行动
13 menyedut
-menyedut 吸
14
jernih
-air (sungai/kolam/laut) yang bersih / tidak
keruh
清澈
15 becok
-bercakap dengan bising dan tidak terhenti-henti 多嘴
16 mengutarakan
-mengatakan 说
17 pertanyaan
-soalan 问题
18 melayan
-mempedulikan 应付/招待
19 maklumat
-pengetahuan, butir-butir 资料
20 memerlukan
-mahu, berkehendakkan 需要
21 jemu
-bosan 厌烦
22 disedut
-diserap 被吸
Program Bahasa Melayu Edubest SR1B06 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
b. Latihan Perbendaharaan Kata – Silang Kata
( %)
Menurun
1. Alias berasa _____ setelah menonton rancangan itu berkali-kali.
2. Ayah sedang menceritakan peristiwa yang _____ dengan kampung
kita.
3. Rani yang bermulut _____itu dibenci semua.
4. ________cintakan negara hendaklah dipupuk sejak kecil lagi.
5. Air Sungai Congkak yang _____ itu telah menjadi daya tarikan
pelancong.
6. Kita hendaklah menjaga kebersihan ______ sekitar.
Melintang
8. ________Husri ialah menyanyi.
9. Kakak selalu _____ibu ke pasar.
10. Semua orang _______ kawan.
11. Para pemohon hendaklah mengisikan ______diri dalam borang
permohonan.
12. Ibu ______tetamu dengan bersopan santun.
Program Bahasa Melayu Edubest SR1B06 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Hidupan Dan Alam Sekitar Saling Bersandaran
Ayah Azrul bekerja sebagai Pegawai Penyelidik. Azrul selalu
menemani ayahnya masuk ke hutan. Banyak pengetahuan yang didapati
ketika bersama ayahnya. Secara tidak langsung, Azrul dapat
memupuk semangat cintakan alam semula jadi dalam dirinya.
Azrul mempunyai kegemaran membaca. Oleh itu, ayahnya selalu
membelikannya buku-buku yang berkaitan dengan alam sekitar.
“Ayah, apakah maksud hutan merupakan kawasan tadahan
hujan?” tanya Azrul.
“Maksudnya, hutan bertindak menyerap hujan sebelum
dibebaskan ke dalam sungai secara perlahan-lahan.
Sungai-sungai akan mengalirkan air yang jernih dan bersih pada
sepanjang tahun, terang ayah Azrul.
“Ayah, di dalam buku ini juga ada mengatakan bahawa hidupan
dan alam sekitar saling bersandaran. Saya tidak faham maksudnya.
Boleh ayah terangkan?” Azrul yang terkenal dengan mulut becok
sibuk mengutarakan pertanyaan demi pertanyaan kepada ayahnya.
Walau bagaimanapun, ayah Azrul tidak pernah jemu
melayaninya. Hal ini adalah kerana dengan cara itu dia dapat
menyampaikan maklumat dengan lebih tepat.
“Baiklah, ayah akan terangkan satu persatu. Manusia, tumbuhan
dan haiwan memerlukan udara yang bersih untuk bernafas. Oksigen
yang dibebaskan oleh tumbuh-tumbuhan akan disedut karbon dioksida
yang dibebaskan oleh manusia dan haiwan untuk membuat makanan.
Tumbuh-tumbuhan ini juga menjadi makanan kepada haiwan dan
manusia,” terang ayah Azrul dengan panjang lebar.
“Oh, begitu! Maksudnya hidupan dengan alam sekitar saling
memerlukan untuk kepentingan masing-masing,” kata Azrul.
“Pandai pun anak ayah,” jawab ayah Azrul sambil menepuk
bahunya.
Program Bahasa Melayu Edubest SR1B06 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Pemahaman
1. Bagaimanakah hutan bertindak sebagai kawasan tadahan hujan ?
A. Orang mengumpul air hujan di hutan
B. Hutan akan menghasilkan hujan
C. Hutan menyerap hujan sebelum air hujan mengalir ke dalam
sungai
D. Pokok-pokok menghalang hujan daripada membasahi tanah
2. Apakah maksud benda hidup dan alam sekitar saling bergantung
antara satu sama lain ? (KBAT)
A. Manusia, tumbuhan dan haiwan saling bergantung untuk hidup
B. Alam sekitar bergantung kepada tumbuhan
C. Tumbuhan bergantung kepada alam sekitar
D. Haiwan bergantung kepada alam sekitar
3. Apakah yang dibebaskan oleh tumbuhan untuk disedut oleh haiwan
dan manusia ?
A. Oksigen B. Karbon dioksida C. Asap D. Wap air
4. Pada pendapat kamu, apakah yang akan berlaku jika hutan
dimusnahkan ? (KBAT)
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR1B06 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Tatabahasa
Nota Ringkas :
1. Kata Sendi Nama:
1. Kata Sendi Nama ialah perkataan yang digunakan untuk
menghubungkan frasa nama dengan kata atau frasa yang lain.
2. Kata Sendi Nama terletak di depan kata nama, frasa nama atau
kata ganti nama.
3. Kata Sendi Nama ditulis terpisah daripada perkataan yang
mengikutinya.
4. Kata hubung dan contohnya:
Bil Kata Sendi Nama Fungsi Contoh
1 di
Menunjukkan
tempat yang
tetap
Razali sedang
menjaja di pasar.
2 ke
Menunjukkan
arah tuju sesuatu
tempat
Ayah pergi ke
pejabat dengan
bas.
3 dari
a. Menunjukkan
asal sesuatu
tempat/arah
b. Menunjukkan
asal sesuatu
masa
Datuk berasal dari
kampung.
Rional bekerja
dari pagi hingga
petang.
4 pada
a. Menunjukkan
masa
b. Menunjukkan
benda/tempat
kecil
c. Menunjukkan
orang
Saya tidur pada
pukul 10.00 malam,
Saya menggantun
baju pada dinding.
Buku latihan saya
ada pada cikgu.
5 daripada a. Menunjukkan Kuih ini diperbuat
Program Bahasa Melayu Edubest SR1B06 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
asal/punca
sesuatu benda
b. Menunjukkan
asal sesuatu
yang datangnya
daripada orang
c. Menunjukkan
perbandingan
daripada tepung
jagung.
Razali menerima
surat daripada
sahabat penanya.
Kamus lebih tebal
daripada buku
latihan.
6 kepada
a. Menunjukkan
orang yang
ditujukan
b. Menunjukkan
perasaan
terhadap
sesuatu
Husni
menyerahkan buku
latihan kepada
gurunya.
Kita hendaklah
hormat kepada
orang yang lebih
tua daripada kita.
Latihan 1.1
Isikan tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.
pada ke ke daripada dari
tentang kepada di dengan di
1. Ayah menyimpan duitnya ________________ bank.
2. Jiran baru kami berasal ________________ Johor.
3. Ayah akan berangkat ________________ Jepun pada minggu
depan.
4. Azman dan Zaidi membaca buku _______________ perpustakaan.
Program Bahasa Melayu Edubest SR1B06 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
5. Buku cerita itu diberikan ________________ Suraya.
6. ________________ masa yang lampau, manusia hidup di dalam
gua.
7. Kerusi itu diperbuat ________________ kayu cengal.
8. Mereka bercerita _______________ kejadian semalam.
9. Hamdan memukul ular itu _______________ sebatang buluh.
10. Pada setiap pagi, ibu akan pergi _____________ pasar.
( %)
Latihan 1.2
Masukkan kata sendi nama pada tempat yang sesuai. (KBAT)
pada ke ke daripada dari
tentang kepada di dengan di
1. Pada hari ini, hujan turun pagi hingga petang.
2. Sebuah bangkai kapal perang ditemui dasar laut.
3. Aktiviti gotong – royong di kawasan itu berjalan lancar.
4. Permainan kuda kepang berasal Tanah Jawa.
5. Penceramah jemputan itu berceramah pencemaran alam sekitar.
6. Kami akan pulang kampung pada hari minggu nanti.
7. Lagu ini ditujukan sanak saudara yang berada di kampung.
8. Sekolah akan buka minggu hadapan.
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR1B06 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 1.3
Betulkan kata sendi nama yang bergaris. (KBAT)
1. Angin kencang bertiup daripada timur ke barat laut.
2. Tudung saji itu diperbuat dari rotan.
3. Pelbagai bentuk bantuan dihantar ke mangsa perang di Kosovo.
4. Orang ramai sedang berkumpul dengan balai raya.
5. Kayu api itu dibelah tentang sebilah kapak.
6. Idham dan Kamal sedang berbincang ke rancangan mereka untuk
berkelah.
7. Ravi sekeluarga ditimpa kemalangan di minggu yang lepas.
8. Semua harta pusaka Haji Muin telah diwakafkan ke anak – anak
yatim.
9. Layang – layang Aidil tersangkut ke rabung rumah.
10. Murni melancong ke Pulau Redang tentang keluarganya.
( %)
2. Kata Arah
1. Kata Arah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arah
atau hala.
2. Kata Arah biasanya didahului oleh kata sendi nama dan diikuti oleh
Frasa nama.
Contoh: Karuman menyimpan alat mainannya di dalam kotak.
Program Bahasa Melayu Edubest SR1B06 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Contoh Kata Arah:
atas bawah tepi tengah
dalam luar belakang hadapan
sisi (orang) tepi (tempat) pinggir (kawasan luas)
selatan utara timur barat
Latihan 2.1
Isikan tempat kosong dengan kata arah yang sesuai.
Luar sudut tengah tepi
atas sisi belakang pinggir
utara bawah hadapan dalam
1. Buku itu disusun dengan teratur di ________________ rak.
2. Suraya menanam pokok bunga mawar di _______________.
3. Adik menangis lalu menyorok di _________________ katil.
4. Pulau Langkawi terletak di ________________ Semenanjung
Malaysia.
5. Buah-buahan tempatan itu akan dieksport ke ______________
Program Bahasa Melayu Edubest SR1B06 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
negara.
6. Ayah membuat reban ayam di ________________ rumah.
7. Sebelum dia meninggal dunia, kesemua anaknya berada di
_______________ nya.
8. Pasu besar dari Itali itu diletakkan di _______________ ruang
tamu.
9. Rumahnya terletak di_______________ kampung.
10. Penerima hadiah berbaris menuju ke ________________ dewan.
11.Zaid, Marwan dan Fadli mengail di ________________ tasik.
12. Buah mangga itu dijeruk di ________________ balang.
( %)
Latihan 2.2
Isikan tempat kosong dengan kata arah yang sesuai.(KBAT)
1. Gubahan bunga itu diletak di ________________ meja.
2. Motosikal itu disimpan di _______________ rumah.
3. Basikal Harjit diletakkan di ________________ pagar.
4. Mazlan dan Gopal terjun ke _________________ sungai.
5. Gulung karpet diletakkan di ________________ ruang tamu.
6. Perusahaan batik sangat terkenal di pantai _______________
Semenanjung Malaysia.
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR1B06 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 2.3
Pilih perkataan yang sesuai.
1. Wendy menyimpan wang di (dalam / tepi) tabung.
2. Meja bulat itu diletakkan di (bawah / sudut) biliknya.
3. Seorang pengemis tidur di (bawah / dalam) jambatan.
4. Sepasang burung merpati hinggap di (atas / tepi) bumbung rumah.
5. Bot nelayan itu berada jauh di (atas / tengah) laut.
6. Pokok pisang di (belakang / dalam) rumahnya telah tumbang.
7. Pintu pagar di (hadapan / bawah) rumahnya sedang dibaiki.
8. Buah durian itu berada di (sudut / hujung) dahan.
9. Shahrul didenda berdiri di (luar / atas) kelas oleh Cikgu Faridah.
10. Singapura terletak di (selatan / timur) Semenanjung Malaysia.
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR1B06 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D. Pertuturan
Bacaan & Pemahaman
1. Bagaimanakah manusia dapat terbang di udara pada mulanya ?
2. Sebelum kapal terbang berkuasa enjin dicipta, apakah cara
manusia terbang di udara ?
3. Selain daripada kapal terbang, apakah alat pengangkutan udara lain
yang ada pada hari ini ?
4. Apakah kebaikan menggunakan kapal terbang jika dibandingkan
dengan kereta ?
5. Apakah keburukan menggunakan kapal terbang jika dibandingkan
dengan kereta ?
Program Bahasa Melayu Edubest SR1B06 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
E. Penulisan
Karangan Gambar Bersiri
Latihan 1:
Bina ayat-ayat berdasarkan gambar yang diberi. Kemudian, salin
kesemua ayat menjadi karangan tiga perenggan.
Program Bahasa Melayu Edubest SR1B06 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Gambar 1 :
a. Datuk/mempunyai/dusun
b. Di/banyak/pokok
c. Ada/ada/dan juga
Gambar 2:
a) Pada/melawat
b) Datuk/membawa
c) Kami/memancing/di
Gambar 3:
a) Selepas itu,/datuk/membawa/dusun
b) Saya/memanjat
c) Datuk…mengait
Gambar 4:
a) Kemudian, /mendaki bukit
b) Pemandangan/indah
c) Pada/balik
d) /berasa gembira
Program Bahasa Melayu Edubest SR1B06 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 2 :
Gambar 1 :
a. Ramli / menaiki bas / ke
b. dipenuhi / tiada tempat duduk
c. duduk / berdiri
Gambar 2:
a) bas behenti di
b) seorang / menaiki
c) tidak dapat berdiri / berjalan
Gambar 3:
a) Ramli / bangun
b) memberikan tempat dudu
Program Bahasa Melayu Edubest SR1B06 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
c) dapat duduk
Gambar 4:
a) mengucapkan terima kasih
b) memuji / baik hati
c) berasa gembira kerana
Program Bahasa Melayu Edubest SR1B06 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Simpulan Bahasa
1. berat tangan : malas
2. Berat tulang : malas
3. berpeluk tubuh : tidak
mahu membantu
4. bertikam lidah : bergaduh
5. besar diri : bersikap
sombong
Pintar Kata
(Perkataan Hampir Sama)
kawan sahabat
rakan teman
1. kawan : Lawannya musuh
Contoh : Alias berkawan
dengan Ali.
2. sahabat : Kawan yang sangat
rapat atau disukai.
Contoh : Sahabat Ali telah
membantunya kali
ini.
3. rakan : kawan yang
belajar/bekerja
bersama-sama.
Contoh : Rakan sedarjahnya
telah dipilih sebagai
pengawas.
4. teman : Kawan yang selalu
berain /
hidup bersama.
Contoh : Encik Lim sedang
mencari
teman hidup yang
sesuai.
Input Bahasa
Program Bahasa Melayu Edubest SR1B06 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my