27

Click here to load reader

Qadariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

j

Citation preview

Page 1: Qadariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

ISI KANDUNGAN

Page 2: Qadariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

PENGHARGAAN

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi akhirnya dapat juga kami menyempurnakan tugasan

subjek Aqidah (UIS 1022) yang bertajuk sejarah perkembangan al-Qadariah dan kaitannya

dengan ahli Sunnah Wa al-Jamaah pada masa dan tarikh yang di tetapkan.

Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu

ustaz Adam bin Badrul Hisham yang telah memberi banyak tunjuk ajar kepada kami dalam

menyelesaikan tugasan yang telah diberikan.

Selain itu, tidak dilupakan juga kepada kedua ibu bapa kami yang telah memberikan

bantuan dari segi kewangan, sokongan moral. Tanpa bantuan mereka, kami mungkin tidak dpat

menyiapkan tugasan ini dengan baik.

Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang

turut bersama-sama menyelesaikan tugasan ini. Dengan bertukar pandangan dan idea akhirnya

dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Sekian, terima kasih..

Page 3: Qadariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

PENGENALAN

Al-Qadariah merupakan salah sebuah aliran pemikiran yang terawal dalam sejarah

perkembangan pemikiran Islam. Aliran al-Qadariah atau juga dikenali sebagai mazhab al-

Ikhtiyariyyah yang dipelopori oleh Ma’bad al-Juhani dan Ghaylan al-Dimasyqi dikatakan

menjadi lawan kepada aliran al-Jabariyyah atau al-Mujbirah yang dipelopori oleh Jahm bin

Safwan. Menurut Abdul Hadi Awang (2008), Qadariah adalah golongan yang menafikan qada’

dan qadar dalam perbuatan secara pilihan. Menurut pendapat ini, manusia seolah-olah mampu

memberi kesan pada perbuatannya, dengan kuasa yang diberi oleh Allah S.W.T. Pendapat ini

dibawa oleh golongan Muktazilah.

Walaupun aliran ini telah lama pupus ditelan masa, namun pengaruh dan kesan

pemikirannya masih kelihatan wujud dalam pemikiran minoriti umat Islam masa kini di dunia

Islam mahupun di alam melayu. Kebanyakan pengkaji bersependapat bahawa kedua-dua aliran,

al-Qadariah dan al-Jabariyyah yang saling bersaing ini muncul pada akhir zaman Bani

Umaiyyah. Bagaimanapun, menurut Abd al-Hamid al-Hifni, al-Qadariah telah muncul dalam

Islam semenjak zaman Nabi SAW lagi. Syam dikatakan salah satu pusat gerakan aliran al-

Qadariah pada zaman Bani Umaiyyah. Ia berpunca daripada perselisihan mereka mengenai

persoalan agama yang berhubungkait dengan pemikiran politik Islam iaitu isu kepimpinan.

Page 4: Qadariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Latar belakang Al-Qadariah

Nama al-Qadariah berasal daripada perkataan ‘al-Qadr’. Perkataan ini merujuk kepada

pengertian “kuasa dan kebebasan kehendak”. Justeru itu, nama al-Qadariah diambil daripada

perkataan tersebut.

Qadariah adalah sebuah mazhab yang dilahirkan di Basrah berikutan timbulnya perbahasan

hangat orang Islam mengenai dengan masalah qada dan qadar Allah. Mereka berpendapat segala

kerja baik dan buruk manusia itu terjadi dengan kehendak dan kuasa diri sendiri dan bukan

kerana Allah, Segala baik dan buruk manusia itu telah ditetapkan oleh Allah. Diantara pendapat

mereka ialah seperti :

i. Mereka mengatakan manusia itu bebas untuk melakukan segalanya menurut apa yang

dikehendaki oleh manusia itu sendiri.

ii. Mereka percaya bahawa Allah tidak menentukan apa-apa takdir kepada manusia.

Perkataan al-Qadariah dari perspektif Islam

Perkataan al-Qadariah tidak ditemui dalam al-Quran, sebaliknya yang ada hanyalah perkataan al-

Qadr sahaja. Bagaimanapun ia berbeza sama sekali dengan al-hadith kerana perkataan tersebut

dapat dilihat menerusi hadis-hadis yang agak banyak dan dikatakan pula bersumber daripada

Nabi s.a.w. Di antaranya:

1. “Al-Qadariah terdiri daripada golongan yang mengatakan bahawa baik dan buruk di

tangan kita, tiada bahagian bagi mereka dalam syafaatku, aku bukanlah daripada mereka

dan mereka pula bukanlah daripadaku”

2. “Al-Qadariah merupakan kaum Majusi umat ini”.

3. “Al-Qadariah dicela dan sesungguhnya mereka kaum Majusi umat ini”.

4. “ Dicela al-Murji‟ah bersama-sama al-Qadariah”.

5. “Al-Qadariah dilaknat di atas lidah 70 orang nabi”.

6. “Jangan kamu duduk bersama-sama Ahl al-Qadr dan jangan berbicara dengan mereka.”

Page 5: Qadariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

7. “Dua kelompok daripada umatku, tiadalah bahagian bagi mereka daripada Islam, iaitu al-

Murji‟ah dan al-Qadariah.”

8. “Dua kelompok daripada umatku yang tiada mempunyai bahagian dalam Islam: al-

Murji‟ah dan al-Qadariah ditanya siapakah al-Qadariah: Rasulullah s.a.w menjelaskan

bahawa mereka terdiri daripada orang-orang yang mengatakan keburukan itu tidak

ditaqdirkan.”

Kebanyakan sumber hadis yang menyebutkan atau membicarakan persoalan al-Qadariah

kelihatan lebih banyak mencela al-Qadariah. Kenyataan ini mungkin menyebabkan nama al-

Qadariah tidak begitu digemari dan akhirnya menjadi penyebab kepupusan mereka

kemudiannya.

Aliran al-Mu’tazilah yang seringkali dikaitkan dengan nama al-Qadariah sendiri tidak

menggemarinya dan mereka pada umumnya beranggapan bahawa ia lebih baik dirujuk kepada

orang-orang yang mempertahankan qadr Allah ke atas semua perkara, baik dan buruk,

berbanding dengan orang-orang yang berpendapat manusia mempunyai kuasa tertentu ke atas

perbuatannya. Menurut pandangan golongan ortodoks, ia disebabkan keinginan mereka untuk

melepaskan diri daripada kata-kata atau hadith Rasulullah s.a.w tersebut.

Pembahagian al-Qadariah

Kebanyakan pengkaji dan pemikir Islam yang melakukan kajian mengenai aliran al-Qadariah

berpendapat bahawa ia boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:

i. Al-Qadariah al-Khalisah merujuk kepada kumpulan yang diketuai Ma’bad bin Khalid

al-Juhani al-Basri (m.80H) dan Ghaylan bin Marwan al-Dimasyqi (m.105H).

ii. Al-Qadariah al-Mutawassitah merujuk kepada al-Hasan al-Basri, Qatadah bin

Di’amah dan kumpulannya yang terdiri daripada para zuhhad dan qussas.

Page 6: Qadariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Tokoh-tokoh al-Qadariah:

Berikut adalah senarai tokoh-tokoh yang dikatakan beraliran al-Qadariah, dan nama-nama

mereka boleh didapati dalam kebanyakan tulisan oleh para pemikir Islam, di antara mereka ialah:

1. Al-Hasan al-Basri, al-Hasan bin Abi al-Hasan.

2. Ma’bad bin Khalid al-Juhani al-Basri.

3. Ghaylan bin Marwan al-Dimasyqi.

4. Yunus al-Aswari.

5. Ja’d bin Dirham.

6. Ma’awiyah (II) bin Yazid bin Abi Sufyan.

7. Abu Yasar Abdullah bin Abu Najih al-Thaqafi

8. Wahb bin al-Munabbih (34/655 - 114/732) [Yaman].

9. Makhul bin Abu Muslim (sekitar 113/731) [Damsyiq].

10. Ata’ bin Yasar al-Hilali (103/722 atau 104/723) [Basrah].

Selain daripada nama-nama di atas, berdasarkan catatan oleh Dr. Husayn Utwan, para ketua al-

Qadariah dari kalangan qabilah (seperti al-Raba’iyyah dan al-Yamaniyyah) yang kelihatan kuat

menentang Bani Umaiyyah, terdiri daripada nama-nama berikut:-

1. Khalid bin Ma’dan Abi Kurayb al-Kala’i.

2. Bilal bin Sa’d al-Sukuni al-Dimasyqi.

3. Umair bin Hani’al-Anasiyy al-Dimasyqi.

4. Amru bin Syarahbil al-Anasi al-Dimasyqi.

5. Al-Nu’man bin Mundhir al-Ghassani al-Dimasyqi.

Page 7: Qadariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

6. Uthman bin Dawud al-Khulani al-Dimasyqi.

7. Ubaydullah bin Ubayd al-Kala„i al-Dimasyqi.

8. Yazid bin Yazid bin Jabir al-Azdi al-Dimasyqi.

9. Thawr bin Yazid al-Kala’i al-Himsi.

10. Hisyam bin al-Ghaz al-Jursyi.

11. Asbat bin Wasil al-Syaibani.

12. Isa bin Sinan al-Hanafi al-Filastini.

13. Abd al-Ala” bin Zabr al-Raba”i al-Dimasyqi.

Pemikiran Aliran al-Qadariah

Di sini dikemukakan secara ringkas beberapa pemikiran aliran al-Qadariah:-

1. Ketuhanan (al-Tawhid): Dalam persoalan zat Allah, mereka berpendapat Allah adalah

sesuatu tetapi bukanlah seperti setiap sesuatu. Mereka berpegang kepada pendapat yang

mengatakan zat dan sifat Allah adalah satu dan sama. Perbezaannya adalah kerana mereka

menafikan sifat Allah yang dilakukan bertujuan untuk menunjukkan Allah tidak mempunyai zat

dan sifat yang berbeza dan berlainan seperti yang lazim difahami oleh kaum muslimin yang

beraliran konservatif, terutama aliran al-Asya’irah.

Dalam persoalan sifat Allah pula, mereka secara jelas menafikan sifat positif (al-

thubutiyyah) seperti al-‘ilm, al-qudrah dan al-iradah kepada Allah s.w.t. Sifat-sifat itu menurut

mereka adalah zat itu sendiri dan bukan selainnya. Allah tidak mempunyai ‘ilm, qudrat, hayat,

sama‘, basar dan tidak mempunyai sifat yang azali. Mereka juga menetapkan sifat Allah tanpa

berjisim dan tanpa penyerupaan dengan sifat hamba. Ini kerana mereka berpendapat dengan

beranggapan demikian akan menyebabkan wujudnya berbilang zat Allah, dan ia suatu kenyataan

yang mustahil diterima sama sekali. Justeru kerana itulah, mereka dianggap oleh al-Asyari dan

Page 8: Qadariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

aliran al-Asyairah secara khusus dan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah secara umumnya sebagai al-

Mu‘attilah (golongan yang menafikan sifat Allah).

Dalam persoalan al-Quran sebagai Kalam Allah, mereka berpendapat Kalam Allah

adalah baru. Pendapat mereka dikatakan sama dengan pendapat Jahm bin Safwan (daripada

aliran al-Jabariyyah al-Khalisah) yang mengatakan al-Quran makhluk dan bukan qadim. Dalam

persoalan melihat Allah, mereka menafikan Allah dapat dilihat dengan mata di kedua-dua

tempat, dunia dan akhirat.

Dr.Husayn Utwan mengatakan pendapat al-Qadariah dalam persoalan janji dan ancaman

yang berkaitan keadilan Allah (al-Adl al-Ilahi), adalah selari (muwafaqah) dengan pendapat Ahli

al-Sunnah kerana mereka mengatakan ancaman (al-wa‘id) dan janji (al-wa‘d) boleh berbeza di

antara satu dengan yang lain.

2. Hari Kiamat (al-Ma‘ad): Dalam keterangan selanjutnya, menurut Dr.Husayn Utwan,

pendapat al-Qadariah dalam persoalan para pelaku dosa adalah selari (muwafaqah) dengan

pendapat Ahli al-Sunnah kerana mereka mengatakan para pelaku dosa di kalangan orang-orang

mukmin tidak akan kekal di dalam neraka.

3. Persoalan Iman: Dalam persoalan ini, Ghaylan dikatakan mempunyai pendapat yang hampir

sama dengan golongan al-Murji’ah yang menekankan al-ma‘rifah wa al-iqrar bi-Liah Ta‘ala wa

bi-rasulih (mengetahui dan mengakui Allah dan Rasul-nya dianggap memenuhi iman). Al-amal

(perbuatan) tidak dimasukkan dalam bahagian iman. Justeru itu, mereka juga dikenali al-

Qadariah al-Murji’ah. Walaupun pada kebiasaannya, al-iman terdiri daripada tiga komponen,

iaitu “ma‘rifah bi’l-qalb wa iqrar bi’l-lisan wa ‘amal bi’l-jawarih (mengetahui dengan hati,

mengakui dengan lidah dan mengamal dengan anggota.)

4. Persoalan al-Imamah: Menurut pendapat Ghaylan, al-Imamah diakui walaupun bukan

daripada kaum Quraisy. Seseorang yang berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah

dianggap sah menjadi Imam al-muslimin, tetapi dengan syarat bahawa umat Islam hendaklah

bersepakat terhadap Imamahnya. Secara perbandingan, pendapatnya selari dengan pendapat al-

Khawarij dan kerana itu dia dikenali sebagai Ghaylan al-Khariji kerana persamaan pendapatnya

dengan al-Khawarij dalam isu al-Imamah ini. Pada masa yang sama juga, aliran ini turut dikenali

al-Qadariah al-Khawarij.

Page 9: Qadariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

5. Af‘al al-‘Ibad (perbuatan manusia): Dalam persoalan perbuatan manusia, mereka

mengatakan kehendak Allah tidak mempunyai pengaruh yang menentukan kepada perbuatan

manusia. Manusia ditentukan sepenuhnya oleh akal mereka dalam penentuan perbuatan mereka.

Allah bukanlah pencipta kepada setiap usaha manusia. Manusia sendiri berkuasa di atas setiap

usaha mereka dan Allah tidak berkuasa di atas usaha manusia dan juga perbuatan seluruh

binatang. Justeru, mereka dikenali al-Qadariah atau al-Qadariah al-Mu‘tazilah.

6. Al-Istita‘ah (Kemampuan): Dalam persoalan al-istita‘ah (kemampuan), mereka berpendapat

al-istita‘ah ma‘a al-fi‘l yang merujuk kepada kemampuan manusia adalah serentak dengan

perbuatan. Ia bererti sesuatu perbuatan itu mampu dilakukannya hanya pada masa dia

melakukannya, dan bukan sebelum sesuatu perbuatan itu dilakukan.

Aliran al-Qadariah dan survivalnya dalam dunia Islam

Dalam dunia Islam, aliran al-Qadariah dengan nama itu boleh dikatakan hanya wujud pada

zaman Bani Umaiyyah sahaja tetapi pada zaman Bani Abbasiyyah, nama tersebut telah lenyap

ditelan zaman. Para pengikut dan pemikiran mereka dikatakan menyerap masuk ke dalam aliran

al-Mu’tazilah. Faktor-faktor yang menyebabkan aliran itu hilang dan lenyap adalah disebabkan:

i. Nama al-Qadariah tidak popular dalam Islam dan di kalangan kaum muslimin sendiri

kerana wujudnya hadith-hadith Nabi S.A.W yang mencela mereka.

ii. Tentangan terhadap mereka sangat besar di kalangan para pemimpin (khalifah),

ulama dan umat Islam khususnya daripada aliran Ahl al-Sunnah waal-Jama„ah

beraliran al-Asy’ariyyah dan al-Salafiyyah sehingga mereka dianggap golongan yang

sesat dan menyesatkan.

iii. Bani Umaiyyah begitu menekan dan menindas golongan al-Qadariah kerana

perbezaan pendapat dan pemikiran yang cukup ketara khususnya dalam persoalan

akidah yang membabitkan isu-isu politik (political theology).

iv. Al-Qadariah bermatlamat untuk menentang kepimpinan Bani Umaiyyah yang dilihat

sebagai zalim dan dianggap tidak berhak terhadap kepimpinan dunia Islam. Para

pemimpinnya terlibat dalam pemberontakan menentang Bani tersebut sehingga

membabitkan pembunuhan sebahagian besar daripada mereka.

Page 10: Qadariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Asas-asas mazhab Qadariyah 

1. Mengingkari takdir Allah Taala dengan maksud ilmuNya. 

2. Melampau di dalam menetapkan kemampuan manusia dengan menganggap mereka

bebas berkehendak (iradah). Di dalam perbuatan manusia, Allah tidak mempunyai

pengetahuan (ilmu) mengenainya dan ia terlepas dari takdir (qadar).

3. Mereka menganggap bahawa Allah tidak mempunyai pengetahuan mengenai sesuatu

kecuali selepas ia terjadi. 

4. Mereka berpendapat bahawa Allah tidak bersifat dengan suatu sifat yang ada pada

makhluknya. Kerana ini akan membawa kepada penyerupaan. Oleh itu mereka menafikan

sifat-sifat Ma'ani dari Allah Taala.

5. Mereka berpendapat bahawa al-Quran itu adalah makhluk. Ini disebabkan pengingkaran

mereka terhadap sifat Allah.

6. Mengenal Allah wajib menurut akal, dan iman itu ialah mengenal Allah.

7. Mereka mengingkari melihat Allah (rukyah), kerana ini akan membawa kepada

penyerupaan (tasybih). 

8. Mereka mengemukakan pendapat tentang syurga dan neraka akan musnah (fana'), selepas

ahli syurga mengecapi nikmat dan ahli neraka menerima azab siksa.

Pecahan Mazhab Qadariah

Menurut Abdul Hadi Awang (2008) dalam Fahaman dan Ideologi Umat Islam, fahaman

Qadariah berpecah kepada dua golongan, mereka adalah:

I. Al-Khabitiah

Mereka adalah pengikut Ahmad bin Khabit. Pada mulanya dia adalah pengikut fahaman

Mu’tazilah sebelum beralih kepada fahaman Qadariah. Fahamannya melampau sehingga

Page 11: Qadariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

membawa fahaman tansukh (berpindah roh) dan bertuhankan Nabi Isa. Antara ajarannya adalah

menyatakan bahawa alam ini ada dua pencipta. Pertama adalah qadim, iaitu Allah dan yang

kedua adalah makhluk, iaitu Nabi Isa. Alasannya Nabi Isa digelar Rahmatullah. Pendapat ini

juga diikut oleh Fadhlu al-hadis.

Mereka juga bersependapat dengan Fadhlu al-Hadisi yang mneyatakan maksud Nabi Isa

adalah anak Allah bukan bermaksud beliau diperanakan. Nabi Isa juga akan menghitung manusia

pada hari kiamat nanti, dia datang dengan diiringi oleh para malaikat. Setiap jenis haiwan itu

adalah satu umat dan setiap umat itu ada rasul masing-masing dari kalangan jenisnya. Menganut

fahaman tanasukh iaitu berpindahnya roh kepada jasad yang lain. Ia adalah ajaran yang berasal

daripada agama Hindu, Greek dan kemudian mempengaruhi agama Kristian. Apabila mereka

menganut dan berpegang dengan fahaman yang disebut di atas maka para sarjana Islam

menghukumkan mereka keluar daripada agama Islam.

II. Al-Hamariah

Golongan ini pada mulanya menjadi pengikut Jaafar as-Sadiq semasa al-hasan yang menjadi

salah seorang imam mazhab Imamiah masih hidup. Tidak lama kemudian mereka meninggalkan

al-Hasan dengan menyatakan, ‘’Kami menguji Hasan dan kami dapati dia tidak mempunyai

ilmu. Kami mengikut Hasan tanpa pengetahuan dan makrifah. Oleh itu maka kelayakannya batal

menjadi imam terbatal.” Seterusnya mereka menganut fahaman Qadariah dengan menafikan

qada’ dengan qadar daripada Allah. Selain itu, mereka juga menganut beberapa fahaman yang

lain. Antaranya adalah:

I. Mereka mengambil fahaman Abad bin Sulaiman al-Damari yang berkata,

“Golongan yang Allah laknat menjadi kera dan babi terus kufur selepas

berlakunya kejadian itu.”

II. Mengambil fahaman al-ja’d bin Darham yang mneyatakan berfikir itu

mewajibkan makrifat. Mereka beralasan makrifat itu adalah perbuatan yang tiada

pembuatnya.

III. Menyatakan manusia itu boleh mencipta haiwan. Caranya adalah mengambil

daging kemudian membiarkannya di tengah cahaya matahari atau ditanam

Page 12: Qadariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

kedalam tanah. Apabila daging itu menjadi ulat, mereka mendakwa mereka yang

menciptakannya.

Sejarah Mazhab Qadariah

Mereka adalah golongan yang menyatakan perbuatan itu daripada hamba bukannya daripada

Allah. Fahaman ini muncul apabila mereka menyeleweng hadis Nabi Muhammad yang berpesan

supaya jangan terlalu banyak membicarakan mengenai qada’ dan qadar sehingga dipengaruhi

oleh syaitan. Apa yang dipesan oleh Nabi Muhammad itu benar. Selepas Nabi Muhammad

wafat, sebahagian kecil umat Islam membincangkan perkara itu lalu mereka mempengaruhi oleh

anasir-anasir bukan Islam. Faktor lain yang mempengaruhi pemikiran umat Islam adalah hasil

percampuran umat Islam dengan umat lain dan galakan menterjemahkan buku-buku asing tanpa

batasan.

Menurut para sarjana sejarah Islam, antara orang pertama yang menimbulkan fahaman Qadariah

adalah:-

i. Ma’abad al-Juhani

Al-Zahabi menyebut di dalam bukunya Mizan al-Iktidal, pada peringkat awal, Ma’abad adalah

sarjana tabiin yang dipercayai. Namun, dia membawa ajaran yang terpesong kerana menjadi

orang yang pertama menyeleweng mengenai qada’ dan qadar.

ii. Ghilan al-Dimasyqi

Dia mengikut fahaman ini meneruskan penyebarannya selepas Ma’abad iaitu pada zaman Umar

bin Abdul Aziz. Mendengar fahaman Ghilan, Khalifah Umar memanggilnya supaya berdebat

dengan Imam al-Auza’I. Akhirnya dia menyerah kalah dan berkata kepada khalifah, “wahai

Amirul Mukminin, saya datang dalam keadaan sesat lalu kamu menunjukkan kepada saya jalan

yang benar. Saya datang dalam keadaan jahil lalu kamu mengajar saya, demi Allah saya tidak

mahu bercakap lagi perkara itu. “Namun, selepas khalifah Umar meninggal dunia, dia kembali

semula menyebarkan ajarannya. Khalifah Hisyam bin Abdul Malik memanggilnya supaya

berdebat dengan Imam al-Auza’i. Kali yang kedua dia menyerah kalah. Walau bagaimanapun,

Page 13: Qadariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

dia berdegil menyebarkan ajarannya. Dengan berani dia berkata , “ Qadar baik dan jahat itu

daripada hamba.” Akhirnya, khalifah Hisyam memerintah supaya dia ditangkap dan dijatuhkan

hukuman bunuh.

Ibnu Nabatat menyebut dalam bukunya Syarah al-Ubun, “Orang yang pertama bercakap dengan

fahaman Qadariah adalah orang Nasrani yang memeluk agama Islam dari negeri Iraq. Kemudian

dia murtad (keluar Islam) dan kembali pada agama Nasrani.

Ahli Sunnah Wal al-Jamaah dan Qudrat

Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah adalah satu mazhab yang menjadi anutan rasmi umat Islam dalam

aspek akidah, ibadat dan akhlak. Walaupun begitu, masih terdapat sebahagian umat Islam yang

terkeliru tentang hakikat Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah sehingga menimbulkan polemik di

kalangan mereka golongan manakah yang termasuk di dalam kelompok Ahl al-Sunnah wa al-

Jama‘ah.

Kembali kita memperkatakan tentang iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah, tentunya kita

tidak dapat memperkatakan tentang iktiqadnya mengenai ALLAH, rasul, malaikat, Syurga dan

Neraka kerana perbahasannya tidak mungkin dibuat dalam satu bab. Pengajiannya sahaja

memakan masa dua atau tiga tahun. Namun demikian, tentu ada di antara kita yang telah

mempelajarinya. Jadi, di sini kita akan memperkatakan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah tentang

qudrat

Di antara yang menjadi pegangan Rasulullah dan para Sahabat dan yang mesti menjadi

pegangan kita, ialah bahawa hamba itu tidak digagahi semata-mata. Pada hamba itu ada usaha

dan ada ikhtiar tetapi usaha dan ikhtiar itu tidak boleh memberi bekas. Malahan usaha dan ikhtiar

pada hamba itu pun, ALLAH yang menjadikannya. Jadi pada zahirnya, setiap hamba ini ada

usaha dan ikhtiar tetapi pada batinnya atau pada hakikatnya usaha dan ikhtiar hamba itu

tergagah. Iaitu usaha dan ikhtiar hamba itu tidak boleh memberi bekas. Yang memberi bekas

hanyalah ALLAH yang bersifat Qudrah.

Adanya usaha dan ikhtiar pada seorang hamba itulah terletaknya hukum perintah buat

dan hukum larang ke atas dirinya. Pada usaha dan ikhtiar itulah letaknya taklif, dan di sinilah

Page 14: Qadariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

dianggap hamba itu mukallaf, iaitu seorang yang wajib diperintahkan kepadanya segala suruhan

ALLAH dan wajiblah dia menjauhi segala larangan ALLAH. Kerana, pada seorang hamba itu

ada usaha dan ikhtiar yang dengannya dia boleh memilih di antara yang baik dengan yang buruk.

Dengan demikian, seorang hamba itu ada pilihan pada dirinya, dan kerana itu dia dikenakan

hukum yang berupa perintah suruh yang mesti dilaksanakan dan perintah larang yang mesti

dijauhinya.

Iktiqad Pertengahan

Inilah yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Iktiqad ini dikatakan iktiqad

pertengahan. Ia tidak terlalu kendur macam iktiqad jabariah dan tidak pula terlalu tegang

berdenting macam iktiqad qadariah. Misalnya, jabariah beriktiqad bahawa manusia ini langsung

tidak ada usaha dan ikhtiar; seolah-olah seperti daun lalang yang ditiup angin. Ertinya, manusia

ini langsung tidak boleh memilih, terpaksa tunduk sahaja kepada Qudrah dan Iradah ALLAH

SWT. Seolah-olah manusia ini menyerah diri sahaja kepada apa sahaja yang telah dijanjikan oleh

ALLAH SWT. Ini yang dikatakan iktiqad yang kendur berjela-jela.

Manakala qadariah terlalu tegang hingga mengiktiqadkan bahawa hamba ini ada kuasa

padanya, dan kuasa yang ada pada seorang hamba itulah yang bertindak dalam melaksanakan

sesuatu sama ada yang baik mahupun yang buruk. Bererti kuasa yang ada pada seseorang itulah

yang membawa kejayaan, bukan kuasa ALLAH lagi. Iktiqad qadariah memutuskan langsung

pergantungan manusia kepada Qudrah ALLAH SWT. Inilah yang dikatakan iktiqad tegang

berdenting-denting.

Apa saja yang hendak kita lakukan dan dalam bidang apa sekalipun, sebaik-baiknya

hendaklah secara pertengahan. Misalnya dalam bidang aqidah ini, pertengahan diibaratkan tidak

kendur macam jabariah dan tidak tegang macam qadariah. Dan begitulah seterusnya dalam

bidang yang lain seperti sembahyang, puasa, bersedekah, dan sebagainya; segala yang hendak

kita laksanakan itu sebaiknya pertengahan. Tetapi perlu kita ingat di sini bahawa pertengahan

yang dimaksudkan bukanlah seperti pertengahan pada ukuran kayu pembaris iaitu enam inci atau

pertengahan pada dacing iaitu l/2 kati. Ukuran pertengahan yang disebutkan oleh Rasulullah ini

bukan sepertimana yang kita faham.

Page 15: Qadariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Ukuran pertengahan yang sebenarnya ialah pertengahan yang dilakukan oleh Rasulullah.

Rasulullah menyuruh umat supaya menjalankan pekerjaan atau syariat secara pertengahan seperti

sembahyang, berjuang dan berjihad, menyusun rumahtangga, menyusun masyarakat dan lain-

lainnya, kerana apa yang Rasulullah sendiri lakukan adalah pertengahan. Ertinya, sembahyang

Rasulullah itu adalah sembahyang pertengahan, puasa Rasulullah itu puasa pertengahan, jihad

Rasulullah itu adalah jihad pertengahan.

Pendek kata apa saja syariat yang Rasulullah tegakkan itu adalah yang pertengahan.

Bermakna kalau ada orang yang menegakkan syariat itu melebihi daripada apa yang Rasulullah

tegakkan, maka perbuatan orang itu bukan lagi pertengahan. Atau kalau ada orang yang

menegakkan syariat kurang daripada apa yang Rasulullah tegakkan bererti juga perbuatan orang

itu bukan lagi perbuatan pertengahan. Ertinya kalau lebih adalah melampau dan kalau kurang

adalah lemah. Inilah ukuran pertengahan yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW. Bukan macam

ukuran pertengahan yang kita faham pada hari ini.

Menurut Ahmad Redzuwan (2001), bagi menghadapi golongan penentang, Ahli Sunnah telah

menggariskan beberapa pendekatan seperti berikut:

a. Menjadikan kitan dan sunnah yang sahih sebagai hakim kepada setiap perkara yang

berkaitan dengan akidah.

b. Mereka yakin tentang sifat-sifat Allah S.W.T

c. Berkenaan dengan masalah qada’ dan qadar, mereka mempunyai pendirian tersendiri

yang berbeza dengan aliran-alirah pemikiran ilmu yang lain. Mereka berpendapat manusi

aitu mempunyai daya usaha dan ikhtiar diatas perbuatannya dengan tidak terlepad dari

sifat Qudrat dan Iradah Allah S.W.T. Oleh itu, manusia memerlukan pertolongan Allah

S.W.T

d. Orang mukmin akan dapat melihat Allah S.W.T di syurga tetapi bukan di dunia.

e. Tentang sifat-sifat Allah S.W.T, mereka menetapkan tanpa mempersoalkan bentuk atau

caranya, mensucikan-Nya tanpa mengingkari-Nya.

f. Perutusan para rasul adalah hak Allah S.W.T dan sesuatu yang disampaikan olehnya

perlu diimani. Beriman itu adalah kepercayaan hati yang disempurnakan oleh ucapan dan

perbuatan dan ia boleh bertambah dan berkurangan.

g. Al-Quran adalah kalam yang diturunkan dan bukan yang diciptakan.

Page 16: Qadariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

h. Orang yang melakukan dosa besar itu tudak terlepas daripada iman sekalipun belum

sempurna dan bila ia mati sebelum bertaubat kerana dosa besarnya, ia tetap beriman dan

nasibnya terserah kepada Allah S.W.T. Namun begitu, orang yang murtad mesti

diperangi.

Al- Qadariah dan kaintannya dengan Ahli Sunnah Waljamaah

Qadaria atau Mu’tazilah. Akal mereka tidak berdaya menyatukan takdir iman dengan perintah

serta larangan janji serta ancaman dan mereka menyangka bahawa hal demikian tidak mungkin

berlaku. Oleh sebab itu mereka berkeyakinan bahawa Allah SWT tidak menghendaki kecuali apa

yang diperintahkan dan tidak menciptakan amalan para hamba sama sekali sehingga menafikan

kekuasaan kehendak serta ilmu Allah.

Mereka menyerupai Majusi dalam berbuat syirik rububiyah dan menjadikan selain Allah

sebagai pencipta. Mereka menamakan Jama’ah dan as- Suwaadul A’dzam dari Ahli Sunnah wal

Jama’ah sebagai orang awam atau rakyat jelata. Ahli Sunnah membezakan antara bid’ah yang

ringan dan perselisihan yang lafdziyah dengan bid’ah berat dan perselisihan mengenai hakikat

makna serta prinsip-prinsip besar. Oleh kerana itu mereka membagi bid’ah menjadi bermacam-

macam. Contoh situasi :-

“Al qadariah ini mempercayai adanya kewujudan Allah. Tetapi pada masa yang sama

dia menduakan Allah. Maksudnya disini, dia menjadikan selain daripada Allah itu sebagai

pencipta. Manakala Ahli Sunnah Waljama’ah ini pula mempercayai bahawa Allah itu satu-

satunya pencipta, dan bersifat Esa. Tiada yang kedua mahupun selebihnya.’’

Kaitan antara Al Qadariah ini dengan Ahli Sunnah Wal Jam’ah ialah Al Qadariah ini bersifat

luaran iaitu kudrat , kena ada kuasa ataupun usaha. Ahli Sunnah Wal Jama’ah pula bersifat

hakikat, sama juga seperti Al Qadariah perlu ada usaha tetapi ia lebih berserah kepada Allah

SWT dan mengharapkan ia akan berlaku dengan izin Allah.

Page 17: Qadariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Golongan Qadariah Mu’tazilah yang memisahkan diri mereka dari yang baik berpecah

kepada dua puluh golongan, tiap satunya mengkafirkan yang lainnya. Mereka itu ialah golongan

Isliyah, Umariyah, Hudhailiyah, Nazzamiyah, Amwariyah, Umariyah, Thumamiyah,

Jahiziyah, Hayitiah, Himariyah, Khayyatiyah, Sahhamiyah dan para pengikut Salih Qabah,

Muwaisiyah, Kalblyah, Jubba’iyah, Hashimiyah, dinisbahkan kepada Abu Hashim ibn al

Jubba’i. Mereka itu terdiri daripada dua puluh golongan, dua daripadanya bukan daripada

golongan Islam iaitu golongan Hayitiyah dan Himariyah.

Al Qadariyah disandarkan kepada orang-orang yang meyakini adanya sunnatullah

sebagai cabang-cabang pilihan yang diciptakan Tuhan dan manusia mempunyai kebebasan untuk

memilih dan menentukan perbuatan tersebut. Disebabkan itulah manusia ditentukan baik dan

buruk atas pilihan mereka sendiri dan bukan degan campurtangan Allah SWT. Semua ini atas

pilihan manusia sendiri, bukan pilihan akhir Tuhan. Tidaklah pantas manusia menerima siksaan

atas tindakan kesalahan yang dilakukan bukan atas keinginan dan kemampuannya sendiri.

Page 18: Qadariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

KESIMPULAN

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa walaupun aliran al-Qadariah (atau kemudiannya lebih

dikenali sebagai al-Mu’tazilah) telah lama hilang dari dunia Islam namun pengaruh dan kesan

pemikirannya masih wujud dan masih relevan kepada minoriti umat Islam khususnya di

Malaysia. Majoriti umat Islam sebaliknya berada pada posisi menentang pemikiran tersebut

kerana mereka secara umumnya menganuti pemikiran Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang

menjadi pegangan rasmi.

Berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa aliran al-Qadariah terbahagi

kepada dua, iaitu al-Qadariah al-Khalisah dan al-Qadariah al-Mutawassitah. Walaupun

masyarakat Melayu di Malaysia dikatakan menolak aliran al-Qadariah secara keseluruhannya,

namun begitu pada teorinya, mereka sebenarnya hanya menolak al-Qadariah al-khalisah (tulen)

yang diketuai oleh Ma’bad al-Juhani dan Ghaylan al-Dimasyqi, tetapi masih dan tetap menerima

pemikiran al-Qadariah al-mutawassitah (sederhana) yang dipimpin oleh al-Hasan al-Basri. Ini

kerana al-Hasan al-Basri merupakan tokoh yang berpengaruh besar dalam dunia Islam, dan

ketokohan dan pemikirannya diterima oleh hampir semua umat Islam.

Kesan daripada kenyataan tersebut, sekiranya dilihat secara lebih mendalam akan

memungkinkan polemik dalam bidang pemikiran tidak dapat dihalang kerana ia berkaitan

dengan aspek pemikiran manusia yang sentiasa berkembang dan sentiasa ingin mencapai

kepuasan mental dan spiritual khususnya apabila berhadapan dengan pelbagai isu yang

menghendaki keputusan yang rasional dilakukan. Inilah realiti yang dapat dilihat di kalangan

umat Islam di Alam Melayu masakini dan di Malaysia secara khususnya.

Page 19: Qadariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah

RUJUKAN

1. http://takberhentiberharap.wordpress.com/2011/05/11/aliran-qadariyah/

2. http://www.google.com.my/url?

sa=t&rct=j&q=kesimpulan+al+Qadariah&source=web&cd=8&cad=rja&ved=0CGMQFj

AH&url=http%3A%2F%2Fmyais.fsktm.um.edu.my

%2F7065%2F1%2F08_engku_zaki.pdf&ei=S3EtUbv8BM7PrQfri4HQBA&usg=AFQjC

NFZ-r0dCKKNivuUj9KmO_nDe-6P_Q&bvm=bv.42965579,d.bmk

3. Abdul Hadi Awang. 2008. Beriman kepada Qada dan Qadar. PTS Islamika.

4. Abdul Hadi Awang. 2008. Fahaman dan Ideologi Umat Islam. PTS Islamika.

5. Ahmad Redzuwan, M.Y. 2001. Sejarah Dakwah. Utusan Publication.