16
QGJ 3043 RITMA DAN PERGERAKAN TUGASAN 1 DAN 2 NAMA NO ID NO TELEFON JUNIZA BINTI KASEM D20102041649 019-5555047 KUMPULAN UPSI 19 (A122PJJ) NAMA PENSYARAH : NOOR SYALIHUDA BINTI BANI TARIKH HANTAR : 3 MEI 2013

QGJ 3043 RITMA & PERGERAKAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: QGJ 3043 RITMA & PERGERAKAN

QGJ 3043 RITMA DAN PERGERAKAN

TUGASAN 1 DAN 2

NAMA NO ID NO TELEFON

JUNIZA BINTI KASEM D20102041649 019-5555047

KUMPULAN

UPSI 19 (A122PJJ)

NAMA PENSYARAH : NOOR SYALIHUDA BINTI BANI

TARIKH HANTAR : 3 MEI 2013

TUGASAN 1

Page 2: QGJ 3043 RITMA & PERGERAKAN

PENGENALAN

Pergerakan adalah sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang yang akan

menyebabkan perubahan kedudukan atau kekal di tempat asal. Pergerakan kreatif merupakan

satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh

dan dilakukan secara kreatif. Kanak-kanak menggunakan pergerakan kreatif untuk

menyelesaikan sesuatu masalah dan melahirkan perasaan masing-masing. Pergerakan kreatif

adalah salah satu kaedah pembelajaran yang boleh membantu  meningkatkan perkembangan

kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai tindak balas terhadap rentak dan irama, pergerakan

yang berirama dan kemampuan kreativiti yang bersifat semula jadi.

Menurut teori Emile Jaques Dalcroze (1950), pergerakan adalah asas kepada kreativiti.

Pergerakan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mengungkapkan perasaan melalui

muzik. Kesemua aspek muzik perlu dimulai dengan gerakan tubuh badan. Tubuh badan adalah

alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan. Kanak-kanak akan

mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga, mata dan tubuh badan

sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. Walaupun kanak-kanak tidak boleh

bertepuk dan menyanyi ikut rentak, tetapi mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak.

Pergerakan adalah perlakuan atau aksi kanak-kanak yang boleh dilakukan secara automatik,

spontan dan terancang.

Dauer dan Prangrazi (1983), menyatakan kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan

untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Contohnya, kanak-

kanak berlari hanya untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Dauer dan Prangrazi

telah mengenal pasti sembilan keinginan asas kanak-kanak iaitu :

i.      Keinginan untuk bergerak

ii.     Keinginan untuk berjaya

iii.    Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya

iv.   Keinginan untuk bersaing

v.    Keinginan untuk memperoleh kecerdasan fizikal

vi.   Keinginan untuk mengembara

vii.  Keinginan untuk memperoleh daya penarik

Page 3: QGJ 3043 RITMA & PERGERAKAN

viii. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti

ix.   Keinginan untuk mengetahui

Keinginan-keinginan tersebut ditumpukan kepada pergerakan kreatif yang mempunyai

fungsi-fungsi tertentu seperti pertumbuhan fisiologi dan motor, perkembangan psikologi dan

mental serta rohani dan sosial. Gladys Andrew Fleming (1976)  telah menggunakan istilah

”Pergerakan Kreatif” untuk pendidikan geraktari kanak-kanak. Beliau telah mentakrifkan istilah

ini sebagai penghubung antara fikiran dan perasaan yang diluahkan melalui pergerakan

anggota badan. Pergerakan kreatif adalah kaedah untuk menyelesaikan tiga komponen iaitu

ekspresi, komunikasi dan kepuasan peribadi.

Margaret H’Doubler (1925), berpendapat bahawa geraktari kreatif adalah sejenis tarian

berunsur pendidikan yang membantu dalam proses tumbesaran individu. Proses ini membentuk

pemikiran mental dan merencana aktiviti yang merangsang daya pemikiran, pertumbuhan fizikal

dan spiritual. Apa yang dipersembahkan oleh kanak-kanak, bukanlah bertujuan untuk menarik

perhatian atau mencetuskan sensasi tetapi untuk mencurahkan ekspresi emosi kendiri melalui

pergerakan.

ELEMEN- ELEMEN DALAM PERGERAKAN KREATIF

Terdapat 6 elemen dalam pergerakan kreatif iaitu ruang, masa, bentuk badan, beban,

aliran dan irama.

Dalam elemen ruang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ruang diri dan ruang am,

ataupun kita boleh guna perkataan lain iaitu ruang terus dan ruang tidak telus. Untuk ruang diri

adalah merujukan kepada bahagian yang ada pada sekeliling badan pada seseorang ataupun

kawasan sekeliling yang boleh seseorang sampai pada satu bahagian. Maka dalam kedua-dua

bahagian ruang am dan ruang sendiri mempunyai suatu had iaitu lantai, bumbung dan dinding.

Di samping itu, kedua-dua jenis ruang mempunyai tiga tahap. Pada keadaan tahap

tengah ialah seseorang sedang berdiri tengak dan apa-apa sahaja bahan yang dekat dengan

aras lantai adalah dikatakan tahap bawah. Manakala apa-apa koordinasi atau pergerakan yang

melibatkan aras tinggi adalah dikatakan pada aras tinggi.

Page 4: QGJ 3043 RITMA & PERGERAKAN

Elemen ruang juga boleh dikatakan koordinasi badan terhadap sesuatu arah contohnya

depan, kiri, kanan dan belakang. Dengan mempunyai pergerakan yang asas ini dapatlah boleh

mewujudkan satu combinasi antara semua pergerakan tersebut menjadi satu pergerakan yang

melibatkan ruang am contohnya, pergerakan dengan berjalan lurus ke depan, berjalan

berbentuk ular atau berjalan berbentuk zigzag.

Untuk elemen kedua adalah badan atau bentuk badan. Elemen ini telah menunjukkan

tentang bentuk gaya boleh dilakukan pada seseorang individu dengan menggunakan seluruh

anggota badannya. Maka dalam elemen badan terdapat dua bahagian mengenainya iaitu

keseluruhan tubuh badan dan bahagian tubuh badan. Untuk keseluruhan tubuh badan adalah

menyatakan bahawa pergerakan yang dilakukan oleh seseorang dengan menggunakan

keseluruhan tubuh badan dan gerakan akan berhenti daripada bergerak secara bebas dan

terkawal. Pergerakan yang dilakukan amat berkaitkan dengan pertubuhan seseorang kanak-

kanak pada aspek lokomotor dan bukan lokomotor. Contoh aktivitinya adalah gaya pergerakan

berjalan boleh dijalankan secara bebas atau terkawal. Selain itu pergerakannya boleh berubah-

ubah dengan bergerak berjalan dan berhenti mengikut rangsangan yang diberikan misalnya,

muzik.

Manakala untuk bahagian tubuh badan adalah menyatakan tentang pergerakan yang

dilakukan dengan menggunakan mana-mana satu atau kesemua daripada anggota tubuh

badannya untuk membentuk sesuatu atau sejenis bentuk objek. Misalnya, dengan

menggunakan anggota bahagian tangan dan kaki untuk membentuk satu jenis barang iaitu

meja ataupun sejenis haiwan seperti kucing. Pergerakan ini adalah memberi persediaan tubuh

badan untuk menyokong, memindah dan menerima berat badan. Bahagian tubuh badan yang

digunakan perlu dikenal pasti sebelum melakukan sebarang pergerakan mengikut rangsangan

yang diberikan. Contohnya, pergerakan merangkak seperti kucing berjalan, bahagian tubuh

badan yang dikenal pasti adalah tangan, tapak tangan dan lutut.

Elemen seterusnya dalam pergerakan kreatif adalah elemen masa. Elemen masa

adalah saling berhubungan kait dengan kelajuan sama ada cepat atau lambat tentang sesuatu

gaya bentuk pergerakan. Pergerakan ini bukan sahaja mengenai pergerakan semata-mata

cepat atau lambat tetapi juga merangkui proses antara kelajuan lambat hingga cepat.

Contohnya seorang kanak-kanak sedang berimaginasi bahawa dia adalah seorang peninju

yang ingin menggerakkan tangan dengan pantas untuk menumbuk. Manakala seorang kanak-

Page 5: QGJ 3043 RITMA & PERGERAKAN

kanak berimaginasi seperti seekor burung yang sedang ingin mendarat, maka dia akan berasa

bahawa pergerakan tersebut adalah lambat.

Elemen keempat ialah elemen beban atau tekanan. Dalam elemen beban adalah

berkaitan tentang aspet berat dan ringan dalam pergerakan yang dilakukan dan dikawal oleh

seseorang otot-otot anggota tubuh badan. Maka kesan daripada beban ini akan menghasilkan

kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan. Contohnya, dalam

aspek berat- kuat, seseorang budan lelaki akan berimaginasi bahawa dia sedang mengangkat

berat maka budak lelaki akan berfikir dan berasa pemberat itu sangat berat dan perlu

menggunakan seluruh kekuatan badannya untuk mengankatnya. Manakala untuk aspek halus-

ringan, adalah seseorang budan akan berimaginasinya yang dia sedang menyelam dalam air,

maka dia akan berasa bahawa badannya adalah sangat ringan semasa dalam keadaan yang

menyelam dalam air.

Elemen kelima adalah elemen aliran. Elemen aliran ini dibahagikan kepada dua jenis

iaitu elemen bebas dan elemen terikat. Elemen bebas adalah merujukan bahawa seseorang

budak yang sedang melakukan pergerakan secara bebas apa-apa sahaja bentuk gaya seperti

melompat di atas udara dan berlari dengan cepat dari suatu tempat ke tempat yang lain.

Pergerakan amat sukar dihentikan dengan serte merta. Manakala untuk aliran terikat adalah

pergerakan yang lambat seperti berjalan kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan

adalah berada dalam keadaan seimbang.

Elemen terakhir ialah elemen irama. Elemen irama sentiasa dapat dihubung kaitkan

dengan elemen masa. Elemen irama bukan semata-mata hanya saling berkait dengan aspek

muzik tetapi ia juga berkaitan dengan bentuk irama lain dalam kehidupan seharian kita.

Misalnya, perkataan juga merupakan atau membentuk sebagai irama untuk melakukan

pelbagai jenis aktiviti berkaitkan dengan lokomotor. Contohnya bermain aktiviti tepuk tangan

untuk demostrasi irama perkataan. Duduk dalam keadaan bulatan, kemudian sebutkan nama

masing-masing sambil menepuk tangan. Selepas orang pertama habis sebut namanya, orang

kedua akan sambung dengan tepuk tangan dengan sebut namanya. Proses langkah ini

dilakukan sehingga habis dalam satu pusingan. Dengan menggunakan aktiviti tepuk tangan

dengan berirama untuk menyebut nama masing-masing dapatlah melatih pada aspek lokomotor

kanak-kanak di samping juga dapat mengikut irama yang betul.

CONTOH TUGASAN KAREOGRAFI PERGERAKAN KREATIF

Page 6: QGJ 3043 RITMA & PERGERAKAN

1. Tajuk:Pengembaraan di Taman Rimba

2. Masa persembahan: 15 minit

3. Objektif :

i) Kognitif

Dapat mencipta satu set permainan yang sesuai dengan tahap murid yang

dipilih

Murid dapat memilih pergerakan yang sesuai mengikut situasi yang diberi.

ii) Psikomotor

Dapat melibatkan koordinasi otot saraf ,kelajuan, imbangan, kelenturan dan

daya tahan secara maksimum.

Dapat mengaplikasikan pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti

kepantasan ,ketangkasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan.

Murid menunjukkan pergerakan mengikut tema pergerakan kreatif yang

berkaitan dengan segmen penceritaan.

iii) Afektif

Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan ,semangat

bekerjasama ,kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan

dalam diri murid-murid.

Murid dapat mempamerkan emosi dalam pelbagai situasi yang dialami.

Murid menunjukkan semangat berkerjasama dalam menghasilkan pergerakan

kreatif dan mempamerkan emosi yang bersesuaian.

Page 7: QGJ 3043 RITMA & PERGERAKAN

4. Jumlah murid: 30 orang

5. Alatan/props/costume:a. Beg sandang

b. Bekal air dan minuman

c. Kerusi panjang

d. Pokok, bot tiruan.

e. Costume monyet, rama-rama dan burung.

6. Latar bunyi/irama/lagu yang akan digunakan:a. Bunyian unggas rimba dan sungai yang mengalir.

b. Lagu A, B, C

7. Aspek keselamatan yang harus diutamakan:a. Memastikan tempat persembahan adalah rata.

b. Murid dalam keadaan cergas dan sihat.

c. Alatan yang digunakan adalah selamat.

8. Huraian kareografi mengikut segmen:

Segmen Jenis pergerakan Tema dan unsur pergerakan yang berkaitan

1

(1 minit)

Bergerak ke jeti Taman Rimba:

10 orang murid akan keluar dari

belakang pentas, bergerak dalam

satu barisan sambil berjalan

gallop dengan kelajuan yang

perlahan secara serentak.

Pergerakan adalah mengikut

laluan bengkang bengkok. Murid

menunjukkan emosi yang riang.

Tema pergerakan yang digunakan dalam

segmen ini ialah:

Tema 1: Aktiviti Lokomotor

o unsur pergerakan – murid bergerak

dari satu tempat ke tempat lain.

Tema 5: Penyesuaian Terhadap Rakan

o unsur pergerakan: murid bergerak

dalam kumpulan dengan gerakan

yang sekata.

Tema 9: Kesedaran bentuk pergerakan

Page 8: QGJ 3043 RITMA & PERGERAKAN

Lagu riang

Seorang murid menjadi

pokok tiruan (bergerak-gerak

mengikut alunan music).

Pokok tiruan berdiri di

sebelah kerusi panjang.

Terdapat bot tiruan

berhampiran kerusi panjang

o unsur corak di lantai bengkang-

bengkok.

Tema 3: Kesedaran ruang

o unsur ruang diri am (murid menjadi

pokok)

2

(3 minit)

Murid menyusuri sungai:

Murid duduk dalam dua barisan.

Props bot tiruan adalah

menghadap penonton. Murid

membuat pergerakan

mendayung, mengikut gerak

ritma lagu yang diberi secara

serentak. Seorang murid menjadi

burung dan rama-rama,

membuat pergerakan terbang

bebas.

Tema pergerakan yang digunakan dalam

segmen ini ialah:

Tema 5: Penyesuaian Terhadap Rakan

o unsur pergerakan: murid bergerak

dalam kumpulan dengan gerakan

yang sekata.

Tema 7: Lapan Lakuan Daya Asas

o unsur apung - kawal lambat – halus

dalam pergerakan burung dan rama-

rama.

Page 9: QGJ 3043 RITMA & PERGERAKAN

PENUTUP

Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan

daya kreativiti untuk melahirkan insane yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Pergerakan

ini bertujuan untuk meningkatkan potensi sedia ada kanak-kanak berkaitan ritma, kreativiti,

kebebasan dan pengucapan. Terdapat banyak nilai-nilai positif yang dapat dipupuk dan

diterapkan daripada aktiviti yang memerlukan pergerakan kreatif ini iaitu seperti

mempertajamkan imaginasi dan sensitivity, mengurangkan ketegangan emosi, membentuk

personality dengan sifat jaya diri dan inisiatif dan ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan

seharian.

            Selain itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi pengalaman

yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka. Tuntasnya, pergerakan

kreatif merupakan suatu elemen penting dalam menjana perkembangan psikomotor, kognitif

dan afektif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh

guru dalam pengajaran untuk mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta

dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang diajar. Oleh itu,

pergerakan kreatif yang merupakan tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang

dilahirkan secara simbolik mampu membantu perkembangan psikomotor kanak-kanak dalam

menjana perkembangan kehidupan yang sempurna.

Page 10: QGJ 3043 RITMA & PERGERAKAN

TUGASAN 2

PERTANDINGAN PERGERAKAN KREATIFDAERAH KOTA SETAR 2013

NAMA SEKOLAH :

KATEGORI : JUNIOR / SENIOR

BORANG PEMARKAHAN

Bil

Kriteria

Permakahan

Markah

Maksima

Persembahan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1. Pergerakan1) Penggunaan ruang

maksimum, kreatif dan bebas 35

2. Formasi1) Susunan rangkaian pergerakan yang sangat baik, lengkap dan kreatif. 35

3. Tema1) Memperaga dan mempersembahkan skrip pergerakan

10

4. Daya kreativiti1) Pergerakan manipulatif alatan 2) Pakaian yang sesuai 15

5. Muzik 1)Muzik yang sesuai dengan pergerakan

5

Jumlah 100

Page 11: QGJ 3043 RITMA & PERGERAKAN

KRITERIA PENGHAKIMAN

1. Persembahan Ujaran (35 markah)Ketepatan, kejelasan, dan keseragaman pergerakan mengikut ritma dan irama yang

sesuai.

2. Keseragaman persembahan (10 markah) Formasi pergerakan kreatif dan formasi berbentuk objek.

3. Kreativiti (10 markah)

Kesesuaian, kepelbagaian dan keselarasan suara dan gerak yang bermakna serta

rakaman muzik yang sesuai (minus one atau live)

4. Kesan bunyi (5 markah)Bunyi gerakan fizikal seperti menepuk tangan, memetik jari, hentakan kaki dan lain-

lain lagi

5. Tempo dan ritma (15 markah)Sela masa yang tetap dan dalam bentuk kumpulan, Jeda antara segmen, sahut-

menyahut (counter) antara suara solo dan suara berkumpulan.

6. Penalti (tolak 5 markah)Sekiranya menyentuh isi-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat pertandingan,

membawa dan menggunakan bahan sokongan, melebihi had masa atau kurang 5

minit dan persembahan yang keterlaluan.

Page 12: QGJ 3043 RITMA & PERGERAKAN

Skrip

1. Tema / Mesej (5 markah)Isi yang sesuai, bernas dan jelas mengikut tema dan mencapai kehendak juri dan

audiens.

2. Pergerakan (20 markah)Mempunyai kesinambungan setiap pergerakan. Mempunyai pergerakan lokomotor

dan bukan lokomotor dalam setiap pergerakan kreatif.

3. Kreativiti (10 markah)Menggunakan alatan, props dan kostum yang bersesuaian dan menarik.

4. Markah Bonus (10 markah) Mempersembah dan memperagakan skrip pergerakan untuk memperlihatkan

kesungguhan pasukan. Menyediakan langkah-langkah pergerakan dalam bentuk

softcopy.

Page 13: QGJ 3043 RITMA & PERGERAKAN

BIBLIOGRAFI

Gallahue, D. L., & Cleland, F. . (2003). Developmental physical education for all children(4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.

Graham, G. (1992). Teaching physical education: Becoming a master teacher. Champaign, IL:

Human Kinetics.Hoe, Wee Eng. (2009). Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan(3rd ed.). Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1997). Pergerakan kreatif. Batu Caves, Selangor: Syarikat Mohamad Roduan.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Sukatan pelajaran pendidikan jasmani. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.