55
Page I KESAN PENGGUNAAN KALKULATOR SAINTIFIK TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK MENENGAH RENDAH UNITAR INTERNATIONAL UNIVERSITY ZULKIFLE BIN MOHAMAD SB1305MD0130 850506-11-5333

Qualitaitve reseach

Embed Size (px)

DESCRIPTION

assignment

Citation preview

Bachelor Thesis

Page 13

KESAN PENGGUNAAN KALKULATOR SAINTIFIK TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK MENENGAH RENDAH

UNITAR INTERNATIONAL UNIVERSITY

ZULKIFLE BIN MOHAMAD

SB1305MD0130

850506-11-5333

DR ABDUL AZIZ BIN MD NORIsi Kandunganbab 1 pengenalan1.1Pengenalan..31.2Pernyataan Masalah....51.3Persoalan Kajian.7bab 2 tinjauan literatur

2.1Pengenalan.82.2Kalkulator..82.3Teori-Teori.92.4Kajian-kajian Lepas.112.5Penutup.12bab 3 metodologi

3.1Rekabentuk Kajian..133.2Sampel..133.3Alat Kajian133.4Pengumpulan data143.5 Analisis Data14

bab 4 dapatan kajian ...15BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1Perbincangan205.2Kesimpulan..24Rujukan...25

BAB 1

PENGENALAN

1.1PENGENALANSebagai sebuah negara yang sedang menuju ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang progresif dan saintifik iaitu masyarakat yang mempunyai daya saing yang tinggi dan memandang jauh ke depan. Maka, penerapan nilai daya saing ini perlu diterapkan sejak dari akar umbi bermula di rumah dan dipanjangkan ke peringkat sekolah. Maka, pelajar-pelajar yang lahir adalah yang mampu menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi. Salah satu perubahan yang memenuhi keperluan pelajar abad ke-21. Kemahiran yang diperlukan pada bagi pelajar abad ke-21 dapat dikaitkan dengan pelbagai kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT. Jika dahulu, literasi hanya merangkumi membaca, menulis, dan mengira namun literasi abad ke-21 melibatkan literasi digital contohnya seperti penggunaan kalkulator saintifik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks subjek Matematik, pelajar yang mahir dalam matemtik biasanya dikaitkan dengan kebolehan mereka memahami sesuatu konsep, teorem, keupayaan menguasai kemahiran-kemahiran tertentu serta kebolehan penyelesian masalah dengan menggunakan strategi-strategi heuristik tertentu. Tiga aktiviti utama yang terlibat dalam Matematik adalah melibatkan penerokaan dan penyiasatan, penyelesaian masalah dan pembuktian (Sazeli dan NoorShah, 2002). Maka, kalkulator saintifik boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Kalkulator saintifik merupakan satu alat eletronik yang digunakan di dalam proses pengiraan yang berkaitan kalkulus, trigonometri, dan statistik serta mampu untuk membuat pengiraan yang lebih kompleks jika dibandingkan dengan kalkulator biasa yang hanya dapat melakukan pengiraan berkaitan aritmetik biasa sahaja. Ia merupakan satu alat yang boleh digunakan oleh guru sebagai pemudahcara di dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam subjek sains dan matematik.

Sejak penciptaan kalkulator sejak 30 tahun dahulu, kalkulator elektronik telah berkembang daripada satu mesin yang dapat melakukan pengiraan mudah dengan hanya mempunyai empat fungsi operasi iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi kepada satu alat yang dapat mengira dan memanipulasi algebra yang kompleks dan tepat. Setiap generasi baru kalkulator dicipta lebih pantas dan canggih berbanding generasi sebelumnya. Pada masa yang sama, harga kalkulator elektronik biasa menjadi sangat rendah sehinggakan semua penduduk di negara kita mampu untuk memilikinya. Walaubagaimanapun, secara realitinya, adakah kalkulator saintifik dianggap sebagai satu alat pendidikan yang sangat berharga yang mana membenarkan pelajar untuk mencapai pemahaman yang tinggi terhadap penguasaan matematik. Sejak sistem pendidikan di Malaysia mula dibentuk, semua pengiraan matematik dilakukan dengan menggunakan pensil dan kertas. Penggunaan kalkulator pada hari ini membenarkan guru dan pelajar untuk meluangkan lebih masa di dalam membentuk kefahaman matematik, penakulan, asas nombor, dan aplikasi. Penggunaan kalkulator saintifik dapat membuka lembaran baru kepada guru di dalam membentuk satu pengalaman pedagogi yang lebih mantap dan berkesan. Guru yang mempunyai pelbagai strategi dan sumber dapat membantu pelajar membangun, mengukuh dan memperluaskan kefahaman matematik pelajar. Perkara yang menjadi perhatian di dalam penggunaan kalkulator saintifik ialah bagaimana kalkulator memberi kesan terhadap pencapaian peperiksaan pelajar (Edward W. Wolfe, 2010), dan perkembangan pembelajaran pelajar. Sekiranya kalkulator tidak di benarkan dalam ujian, markah pelajar akan bergantung sepenuhnya kepada kemahiran arithmetik dan juga kemampuan pelajar untuk menukarkan soalan kepada ayat matematik. Penggunaan kalkulator saintifik seharusnya dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu bukan hanya sebagai alat untuk melalukan proses pengiraan sahaja. Adalah penting bagi guru untuk menggunakan kalkulator saintifik sebagai satu alat yang dapat membangunkan pemahaman pelajar.1.2PERNYATAAN MASALAHUmum mengetahui bahawa subjek matematik merupakan subjek teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Semua pelajar yang ingin mengikuti peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Tingtkatan 3(PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu mengambil subjek matematik yang mana wajib di daftarkan di dalam setiap peperiksaan awam tersebut. Teknik pengajaran dan alat yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bagi subjek matematik adalah berbeza jika di bandingkan di antara sekolah menengah dan sekolah rendah. Apabila pelajar melangkah sekolah menengah, iaitu pada peringkat menengah rendah, pelajar telah dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik bagi membantu pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan untuk kegunaan ketika peperiksaan.Mengikut Surat Pekeliling Iktisas Bil. 6/2002 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran telah membenarkan penggunaan kalkulator saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah yang mana ia adalah selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang disemak semula mulai tahun 2002. Penggunaan kalkulator saintifik bagi pelajar menengah rendah telah mula diperkenalkan pada tahun 2003. Penggunaan kalkulator saintifik ini dalam peperiksaan kebangsaan antaranya adalah bertujuan untuk membantu pelajar di dalam membuat pengiraan dengan lebih cepat.Walaupun pelajar dibenarkan menggunakan kalkulator, pemberian markah masih berdasarkan kerja-kerja yang ditunjukkan atas kertas jawapan serta kecekapan pelajar di dalam menyelesaikan soalan yang diberi. Ini bermakna, kerja-kerja pengiraan masih lagi perlu ditunjukkan oleh pelajar bagi membantu pelajar di dalam mendapat markah yang tinggi di dalam peperiksaan.Penggunaan kalkulator saintifik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh membantu pelajar menjawab soalan dengan cepat dan betul. Guru juga boleh mengintegrasikan penggunaan kalkulator bersama dengan teknologi yang lain seperti komputer dan internet. National Science Boards Commission di Amerika Syarikat telah mengemukakan cadangan supaya penggunaaan kalkulator dan komputer harus digunakan seawal yang mungkin bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap arithmetik dan geometri dan juga dapat mempelajari keadah penyelesaian masalah (David A. Thomas, 1992). Ini disokong oleh Sazeli dan Noor Shah (2002) dimana penggunaan kalkulator dalam bilik darjah bukan hanya menumpukan kepada kemahiran mengira dan memeriksa jawapan sahaja. Penggunaan kalkulator saintifik seharusnya dapat memupuk minat pelajar dalam memahami konsep matematik melalui aktiviti penemuan, konsep matematik dan juga di dalam menyokong idea matematik.Di peringkat antarabangsa, secara purata, penggunaan kalkulator saintifik dikalangan pelajar di dalam subjek matematik melibat beberapa aktitiviti menyelesaikan masalah kompleks iaitu sebanyak 31%, memeriksa jawapan (26%), membuat pengiraan rutin (25%) dan hanya 16% pelajar yang menggunakan kalkulator untuk menereka konsep nombor. (TIMSS, 2007). Ini merupakan satu angka yang menerangkan tentang aktiviti penggunaan kalkulator saintifik dikalangan pelajar di seluruh dunia. Tujuan penggunaan kalkulator saintifik adalah berbeza mengikut kemahiran dan kemampuan pelajar. Dengan erti kata lain, tahap penguasaan pelajar bagi subjek matematik mempengaruhi cara dan tujuan penggunaan kalkulator saintifik.Sebelum penggunaan kalkulator saintifik dibenarkan untuk pelajar menengah rendah, pelajar bergantung kepada kemahiran arithmetik dalam menjawab soalan peperiksaan dan latihan pengukuhan di dalam kelas. Pelajar bergantung sepenuhnya dengan keupayaan minda pelajar di mana pelajar perlu mahir dengan operasi-operasi asas seperti tambah, tolah, darab dan bahagi. Semua pengetahuan operasi asas ini di perolehi daripada pengalaman pembelajaran semasa di sekolah rendah. Antara pengetahuan ayang amat ditekankan ialah pengetahuan berkaitan sifir dan kemahiran pelajar mencongak soalan matematik menggunakan kemahiran mental arithmetik.Daripada pemerhatian dan pengalaman pengkaji, terdapat beberapa isu yang mungkin timbul kesan daripada kebergantungan pelajar terhadap kalkulator. Isu- isu tersebut ialah kegagalan pelajar di dalam menguasai kemahiran aritmetik, kebergantungan pelajar secara total terhadap kalkulator, keputusan dan pencapaian pelajar di pengaruhi oleh kalkulator dan juga kesediaan guru di dalam menggunakan kalkulator di dalam bilik darjah. Isu tersebut akan memberi impak kepada beberapa situasi seperti kesan penggunaan kalkulator saintifik terhadap minat dan motivasi pelajar terhadap subjek matematik, kecenderungan pelajar dalam menggunakan kalkulator saintifik, penggunaan kalkulator mengikut kesesuaian pelajar , kesan penggunaan kalkulator saintifik pencapaian pelajar dan kemahiran arithmetik pelajar dan juga persepsi guru-guru itu sendiri terhadap penggunaan kalkulator saintifik di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek matematik.

1.3PERSOALAN KAJIANKajian ini adalah berkaitan dengan kesan penggunaan kalkulator terhadap prestasi, kemahiran arithmetik serta minat dan motivasi pelajar terhadap subjek matematik. Di dalam mengetahui kesan tersebut, kajian ini akan menjurus kepada menjawab persoalan-persoalan berikut :1. Bagaimanakah guru menggunakan kalkulator saintifik di dalam bilik darjah?

2. Apakah kesan penggunaan kalkulator saintifik terhadap kemahiran mental arithmetik pelajar?

3. Adakah kalkulator saintifik dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar di dalam kelas dan peperiksaan?

4. Adakah penggunaan kalkulator saintifik dapat membantu pelajar dalam meningkatkan motivasi terhadap subjek matematik?

5. Apakah pandangan guru terhadap pengggunaan kalkulator saintifik di dalam bilik darjah dan peperiksaan?BAB 2

KAJIAN LITERATUR2.1PENGENALANPembelajaran merupakan satu proses pemerolehan kebiasaan, pengetahuan dan sikap. Ia melibatkan cara-cara baru untuk melakukan sesuatu kerja dan bertindak sebagai percubaan-percubaan individu mengatasi rintangan untuk menyesuaikan diri dalam situasi baru (Kamaruddin Hussin, 2002). Penggunaa kalkulator di dalam proses pembelajaran matematik merupakan satu cara yang boleh digunakan sebagai teknik pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh diaplikasikan dengan penggunaan terknolgi yang yang lain yang boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Di samping itu juga penggunaan kalkulator ini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan keyakinan semasa menjawab soalan dan juga dapat membantu pelajar meneroka konsep matematik melalui tanpa bantuan daripada guru.Laporan yang dikeluarkan oleh TIMSS 2007 di dalam International Mathematical Report mendapati bahawa penggunaan kalkulator di sekolah menengah semakin popular di seluruh dunia. Laporan itu mendapati bahawa untuk pelajar gred 8, terdapat banyak negara yang telah mengamalkan polisi membenarkan pelajar menggunakan kalkulator sebagai sebahagian daripada kurikulum matematik. Di antara tahun 2003 dan 2007, terdapat 3 negara yang telah menunjukkan peningkatan di dalam membenarkan pelajar mereka menggunakan kalkulator. Di antara negara-negara yang terlibat termasuklah Jordan, Malaysia dan Slovenia.2.2KALKULATORSelaras dengan kemajuan teknologi yang pesat membangun di seluruh dunia, Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun turut mengikut jejak langkah negara-negara maju yang lain di dalam meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini. Dasar penggunaan kalkulator saintifik di dalam pengajaran dan pembelajaran terutama bagi matapelajaran sains dan matematik telah mula di lakukan oleh Malaysia bermula pada tahun 2003. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan Malaysia yang menitik beratkan penggunaan teknologi di dalam pendidikan dengan menetapkan standard sekolah bestari dengan menggunakan teknologi di dalam pendidikan bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan sekolah dan pengurusan kemahiran ICT guru-guru (BTP,KPM). Walaubagaimanapun penggunaan kalkulator saintifik bagi menggantikan cara tradisional telah menimbulkan kebimbangan di kalangan guru-guru matematik. Guru-guru bimbang bimbang sekiranya kemahiran matematik pelajar hanya akan terhad kepada kemahiran menekan butang pada kalkulator. Isu kebergantungan pelajar kepada kalkulator juga menyebabkan guru-guru bimbang dengan kemahiran matematik pelajar untuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.Walau bagaimanapun, penggunaan kalkulator dapat menggalakkan pelajar-pelajar untuk mempelajari fakta dan maklumat asas di dalam matematik (Suydam dalam Lily Ann, 1987). Ini bermakna penggunaan kalkulator harus dimulakan lebih awal iaitu sejak daripada pra sekolah lagi dan bukannya bermula daripada peringkat sekolah menengah. Ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh NCTM (1997), dalam Cabanilla Pedro (2006), yang mana mendapati penggunaan kalkulator secara kerap boleh membentuk konsep dan mempertingkatkan kemahiran menyelesaikan masalah. Ini di sokong oleh laporan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Kawasan Newfoundland dan Labrador (2004) yang mendapati bahawa kalkulator boleh digunakan sebagai bahan konkrit di dalam mempelajari matematik. Kalkulator berfungsi sebagai alat manipulasi dan alat bantuan di dalam meningkatkan kefahaman pelajar, menyelesaikan masalah, meneroka konsep dan membentuk kefahaman pelajar.

2.3TEORI TEORITerdapat pelbagai aras pembelajaran dan tahap intelektual pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Ini merupakan satu cabaran bagi guru di dalam menyampaikan maklumat di dalam kelas. Kebolehan pelajar untuk menerima pengajaran guru di dalam kelas boleh mempengaruhi motivasi pelajar di dalam kelas. Satu aspek yang terlibat di dalam kajian ini adalah aspek motivasi. Fungsi motif merupakan perkara yang perlu diperimbangkan oleh guru. Dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran, sewaktu menyelesaikan sesuatu masalah, susunan gerak balas individu yang dilakukan adalah dipilih mengikut minat pelajar. Oleh itu, dalam memilih bahan-bahan pengajaran, kaedah-kaedah dan teknik, alat bantu dan sebagainya, guru seboleh-bolehnya haruslah memenuhi keperluan dan minat pelajar (Kamaruddin Husin, 2002). Penggunaan kalkulator memberi motivasi kepada pelajar di dalam menjawab soalan dan mempelajari subjek matematik. Mengikut pengalaman pengkaji, pelajar akan lebih bersemangat dan menunjukkan sikap yang lebih positif sekirannya mereka dibenarkan menggunakan kalkulator semasa di dalam kelas dan untuk tujuan peperiksaan. Minat dan tingkah laku pelajar boleh diperhatikan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan kalkulator sebagai satu alat yang boleh meningkatkan minat pelajar terhadap subjek matematik. Kesan minat dan motivasi ini akan boleh diperhatikan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kalkulator ini akan secara tidak langsung akan dapat membantu pelajar di dalam membentuk pengalaman pembelajaran pelajar. Menurut Kamaruddin Hj Hussin (2002), dalam pengajaran dan pembelajaran pelbagai ransangan boleh dicipta. Kalkulator boleh digunakan oleh guru sebagai satu alat ransangan di dalam bilik darjah. Guru boleh mempelbagaikan tingkah laku dan deria murid dan mempelbagaikan aktiviti, pendekatan, kaedah dan teknik dan menggunakan contoh yang sesuai di dalam meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.Penggunaan kalkulator saintifik di dalam pengajaran matematik juga dapat membantu pelajar meneroka konsep-konsep dan idea matematik di dalam kelas dan guru hanya memainkan peranan sebagai fasilitator atau mentor di dalam kelas. Melalui aktiviti inkuiri penemuan, pelajar dapat memanafaatkan penggunaan kalkulator sebaik yang mungkin dan bukan hnya untuk kegunaan arithmetik ringkas sahaja. Di dalam pendekatan berkaitan teori konstruktivisme ini, pembelajaran boleh dinyatakan sebagai satu proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan dicapai dan distruktur dalam minda seseorang individu. Pelajar perlu menilai sendiri pengetahua berdasarkan pengalaman dan keupayaan pelajar (Noor Shah dan Sazeli, 2002). Menurut Hairiah Munip (2012), melalui pendekatan konstuktivisme, guru dapat menggunakan perisian kalkulator dalam mencabar pelajar untuk menganalisis, membandingkan, membuat kesimpulan dan membuat penilaian berdasrkan penerokaan maklumat yang telah pelajar lakukan. Pendekatan ini juga dapat membantu pelajar dalam menentukan strategi yang boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah. Penggunaan kalkulator saintifik ini dapat membantu pelajar untuk menjadi lebih kreatif, berfikiran intuitif dan analitik di dalam proses mendapatkan maklumat (Kamaruddin Husin, 2002).Kajian juga ingin mengenalpasti pengaruh kalkulator di dalam mempengaruhi pemikiran kreatif pelajar. Proses pemikiran adalah satu proses yang mana melibatkan proses mental yang mana proses menyelesaikan masalah matematik ini merupakan satu proses yang memberi perhatian kepada berat kepada kebolehan intelektual, membina persepsi, ingatan,sensasi dan juga proses-proses lain yang terlibat dengan aktiviti mental. Ini bermaksud penggunaan kalkulator bukan lagi dianggap sebagai penyelamat begi pelajar, tetapi kalkulator saintifik ini boleh digunakan oleh pelajar sebagai satu alat yang dapat membantu pelajar di dalam meningkatkan kemahiran kognitif pelajar melalui penghasilan idea-idea baru dengan menggunakan kalkulator saintifik.

2.4KAJIAN-KAJIAN LEPASTerbanyak banyak kajian-kajian yang telahn dilakukan berkaitan kesan penggunaan kalkulator saintifik bagi subjek matematik. Walaubagaimanapun, kajian-kajian ini banyak dijalankan diluar negara berbanding di Malaysia kerana negara-negara luar telah lama menggunakan kalkulator saintifik di dalam kelas sehinggakan ada sesetengah negara telah menggunakan kalkulator saintifik sejak tahun 90 an berbanding Malaysia yang hanya menggunakan kalkulator saintifik sejak tahun 2003.Kajian yang telah di jalankan oleh James Kulik (2003), mendapati bahawa penggunaan kalkulator telah menunjukkan peningkatan skor bagi soalan yang melibatkan pemahaman konsep algebra dan kalkulus. Ini membuktikan bahawa penggunaan kalkulator saintifik bukan hanya terhad kepada proses pengiraan sahaja,tetapi boleh digunakan sebagai alat yang dapat membantu pelajar membina konsep matematik jika digunakan dengan betul. Sikap pelajar tehadap penggunaan kalkulator juga berbeza mengikut tahap pencapaian pelajar. Ini telah dibuktikan oleh kajian Nabeel Abdelazeez(2011), yang bertajuk Penilaian Terhadap sikap Pelajar Berkaitan Penggunaan Kalkulator Di dalam Pengajaran Matematik. Hasil kajian beliau mendapati terdapat perbezaan sikap di kalangan pelajar berkaitan penggunaan kalkulator di dalam pengajaran matematik. Perbezaan sikap ini dipengaruhi oleh tahap pembelajaran pelajar yang mana pelajar yang lemah merasakan penggunaan kalkulator tidak memberikan apa-apa manfaat dan keseronokan di dalam menyelesaikan masalah matematik. Ini adalah kerana pelajar tidak akan dapat menggunakan kalkulator sekiranya pelajar tidak mempunyai kemahiran di dalam mengintepretasikan soalan kepada ayat matematik. 2.5PENUTUPPenggunaan kalkulator saintifik dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Guru memainkan peranan yang sangat penting bagi membantu pelajar di dalam meningkatkan kemahiran matematik pelajar dengan bantuan penggunaan kalkulator saintifik. Guru juga berperanan merancang pengajaran yang berkualiti dengan menggunakan pendekata-pendekatan serta teknik-teknik pengajaran yang berkesan bagi meningkatkan minat dan motivasi pelajar secara amnya dan pencapaian subjek matematik khasnya. BAB 3

METODOLOGI3.1REKABENTUK KAJIAN

Satu kajian kualitatif telah dijalankan bagi mengenalpasti kesan-kesan penggunaan kalkulator saintifik bagi pelajar menengah rendah. Temubual secara bertsruktur telah dipilih sebagai kaedah pengumpulan data di mana soalan-soalan kajian telah ditentukan terlebih dahulu. Tujuan utama keadah temubual dipilih adalah untuk memastikan data dan maklumat yang diperolehi adalah jitu dan sempurna (Azizi Yahaya, Shahrin Hasim, dll, 2006).

3.2SAMPEL

Kaedah persampelan yang dibuat oleh pengkaji adalah persampelan purposif ataupun persampelan bertujuan. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih seramai tiga orang guru yang mengajar subjek matematik menengah rendah sebagai sampel kajian. Peserta temubual terdiri daripada guru yang mempuyai latar belakang pendidikan dan pengalaman pengajaran yang berbeza. Sesi temubual yang dijalankan adalah melibatkan temubual secara individu. Setiap peserta juga terdiri daripada guru yang mempunyai opsyen yang berbeza kerana pengkaji ingin mendapatkan data yang lebih mencapah.

3.3ALAT KAJIAN

Satu set soalan temubual telah di bina sendiri oleh pengkaji untuk tujuan kajian ini. Set soalan tersebut merangkumi pendapat guru berkaitan penekanan penggunaan kalkulator saintifik di dalam kelas, kesan penggunaan kalkulator di dalam kelas dan pendapat guru terhadap penggunaan kalkulator di dalam kelas. Soalan-soalan yang dibina adalah berdasarkan kajian yang di lakukan oleh TIMSS yang mengkaji kaedah penggunaan kalkulator di dalam kelas dan peranan guru di dalam mengaplikasikan kalkulator di dalam bilik darjah (TIMMS, 2003).

3.4

PENGUMPULAN DATA

Proses pengumpulan data telah dijalankan dengan mengadakan temubual dengan secara tertutup dan secara individu. Sebelum temubual dijalankan, pengkaji telah membuat temujanji terlebih dahulu dengan setiap peserta temubual.

3.5ANALISIS DATA

Bagi melancarkan proses temubual, pengkaji telah menggunakan alat perakam untuk merakam temubual. Menurut Azizi Yahaya dan lain-lain (2006), rakaman mempunyai kelebihan mendapatkan jawapan-jawapan daripada responden dan memberi ruang yang lebih kepada penemu bual menfokus pada soalan yang diajukan. Hasil rakaman kemudiannya ditukarkan kepada bentuk transkrip dan dikodkan mengikut tema-tema yang telah dikenalpasti.

3.6KERANGKA KONSEPTUAL

BAB 4

DAPATAN KAJIANHasil dapatan temubual bagi kajian ini terbahagi kepada beberapa fokus utama iaitu :

1. Penekanan penggunaan kalkulator saintifik oleh guru di dalam kelas oleh guru.

2. Kebersesanan penggunaan kalkulator saintifik dalam membantu guru di dalam kelas.

3. Pengintegrasian penggunaan kalkulator saintifik di dalam kelas.

4. Kesan penggunaan kalkulator terhadap kemahiran arithmetik pelajar.

5. Kesan penggunaan kalkulator terhadap kemahiran dan pencapaian akademik pelajar.

6. Kesan penggunaan kalkulator terhadap minat dan motivasi pelajar terhadap subjek matematik.

7. Pandangan guru terhadap guru terhadap penggunaan kalkulator saintifik bagi pelajar menengah rendah.

Setiap peserta temubual mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza terhadap penekanan penggunaan kalkulator di dalam kelas. Terdapat guru yang menggunakan kalkulator saintifik mengikut bab yang terdapat di dalam buku teks. Contoh skrip jawapan adalah seperti berikut :

Kalau tingkatan 1 dia ikut bab. Kalau awal tu kan dia lebih kepada nombor bulat, tambah, tolak, darab, bahagi. Kalau itu jangan guna kalkulator. Biar diorang kira sendiri pakai guna kepala diorang. Bab-bab yang mudah. Bab-bab yang awal tu sebab ramai yang belum hafal sifir. Tambah tolak pun belum pandai lagiTerdapat juga guru yang tidak menekankan penggunaan kalkulator saintifik di dalam kelas. Peserta temubual lebih menekankan kepada jalan kerja penyelesaian masalah matematik dan juga konsep matematik tetapi masih membenarkan penggunaan kalkulator saintifik di dalam kelas. Berikut merupakan skrip temubual yang menyokong pernyataan berikut :Saya tidak terlalu menekankan penggunaan kalkulator. Saya lebih kepada jalan. Kalkulator membantu diorang selalunya dalam memeriksa jawapan diorang betul kasaya benarkan diorang guna kalkulator tetapi sebelum tu diorang kena faham konsep dulu

Penggunaan kalkulator saintifik juga banyak membantu guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di dalam menjimatkan masa proses pengajaran dan pembelajaran. Kalkulator saintifik juga dapat membantu pelajar lemah di dalam menyelesaikan masalah matematik. Disamping pelajar dapat menjawab soalan matematik dalam kadar yang lebih cepat, pelajar juga dapat memeriksa jawapan mereka sendiri tanpa memerlukan bantuan daripada guru. Guru dapat mengurangkan intereksi dengan pelajar dan pada masa yang sama guru dapat menunpukan perhatian kepada pelajar-pelajar yang lemah.

Pengintegrasian kalkulator saintifik dalam mengajaran dan pengajaran matematik di dalam bilik darjah ialah bagaimana guru menggunakan kalkulator saintifik di dalam menyelesaikan masalah matematik dikalangan pelajar. Daripada dapatan temubual, peserta temubual hanya menggalakkan pelajar di dalam penggunaan kalkulator saintifik untuk memeriksa jawapan pelajar. Secara umumnya, guru telah menghadkan penggunaan kalkulator yang mempunyai pelbagai fungsi-fungsi yang lain.

Dapatan temubual melibatkan pengetahuan peserta temubual berkaitan mental arithmetik menunjukkan bahawa, semua peserta mengetahui kepentingan kemahiran mental arithmetik terhadap subjek matematik di dalam kelas. Walaubagaimanapun, penggunaan kalkulator saintifik di dalam kelas telah memberi kesan terhadap kemahiran matematik pelajar. Penggunaan kalkulator telah mempengaruhi kadar respon pelajar tehadap apabila diajukan soalan mental arithmetik kepada pelajar. Hasil temubual mendapati bahawa respon spontan pelajar terhadap soalan berkaitan mental arithmetik menjadi lambat disebabkan kebergantungan pelajar terhadap kalkulator. Situasi ini hanya berlaku kepada pelajar yang mempunyai kemahiran matematik yang lemah. Ini menunjukkan penggunaan kalkulator memberi kesan yang sangat besar terhadap pelajar lemah tetapi tidak kepada pelajar yang cemerlang di dalam mempengaruhi kemahiran arithmetik pelajar. Pelajar akan mengambil tempoh lama apabila diajukan soalan spontan di dalam kelas. Berikut merupakan skrip temubual yang menyokong kenyataan tersebut :Dia hanya bergantung kepada kalkulator sahaja untuk mendapatkan jawapan. Diorang boleh fikir, boleh congak semua tu, tetapi perlukan masa berbanding bila dengan pelajar IQ tinggi benda tu adalah simple. Sangat simple bagi diorang sebab konsep diorang sangat kukuh Jadi kalau yang budak pandai tu, yang bijak sudah, boleh menjawab matematik tu sebab diorang punya penguasaan sifir tu sudah kuat. Jadi tiada masalah lah diorang guna, tidak guna kalkulator. Diorang secara arithmetik pun cepatlah. Tapi murid yang lemah ni terlampau bergantungPenggunaan kalkulator saintifik juga di dapati tidak memberi kesan kepada merangsang pemikiran pelajar dalam kemahiran mental arithmetik. Ransangan yang dimaksudkan ialah sejauh mana kalkulator dapat digunakan oleh pelajar bagi membantu mereka menguasai kemahiran mental arithmetik. Kebergantungan pelajar terhadap kalkulator tidak membantu pelajar menguasai kemahiran mental arithmetik. Skrip yang menyokong kenyataan tersebut adalah seperti berikut, Kalau bagi saya kalau penguasaan kalkulator bagi mental arithmetik saya rasa mmm kurang kot untuk pelajar congak. Sebab diorang terlalu bergantung kepada penggunaan kalkulator daripada guna otakTapi kurang membantu saya rasa. Saya rasa, kalkulator ini mau kasi singkat masa diorang cari jawapan sahaja bagi sayaKalkulator kurang. Bagi saya kalkulator kuranglah. Kalau dia terlalu bergantung kepada kalkulator sahaja, memang sangat kurangKajian yang dilakukan juga adalah untuk mengenalpasti kesan penggunaan kalkulator saintifik terhadap pencapaian pelajar. Hasil temubual mendapati terdapat 3 fokus utama yang berkaitan dengan pencapaian pelajar yang merangkumi pencapaian pelajar di dalam kelas, pencapaian pelajar di dalam bilik darjah dan juga kesan penggunaan kalkulator saintifik terhadap tempoh masa yang diambil oleh pelajar bagi menyelesaikan masalah matematik di dalam kelas.Hasil temubual mendapati bahawa penggunaan kalkulator saintifik amat mempengaruhi keputusan pelajar bagi subjek matematik. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada kemahiran pelajar di dalam menggunakan kalkulator. Pelajar perlu memmpunyai kemahiran di dalam menggunakan kalkulator dan menggunakan symbol yang terdapat pada kalkulator megikut kesesuaian soalan. Penggunaan kalkulator juga perlu diintegrasikan dengan ilmu dan kemahiran pelajar di dalam menyelesaikan masalah matematik. Ini menunjukkan bahawa, penggunaan kalkulator sahaja tidak dapat membantu pelajar untuk meningkatkan pencapaian pelajar di dalam subjek matematik. Ini beerti penggunaan kalkulator akan memberi kelebihan kepada pelajar yang sedia cemerlang di dalam subjek tersebut.Tempoh masa yang di ambil oleh pelajar juga menjadi fokus utama di dalam mengintegrasikan penggunaan kalkulator di dalam bilik darjah. Hasil dapatan temubual mendapati bahawa pelajar dapat menjawab soalan matematik dengan lebih cepat jika menggunakan kalkulor saintifik. Faktor tempoh ini juga bergantung kepada jenis soalan dan tahap keupayaan pelajar. Tetapi jika keupayaan pelajar tidak diambil kira, penggunaan kalkulator amat memberi kesan terhadap tempoh masa yang diambil oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah. Fokus tembual juga adalah ingin mengkaji kesan penggunaan kalkulator terhadap keupayaan pelajar untuk menjawab soalan dengan betul. Peserta temubual berpendapat bahawa penggunaan kalkulator tidak menjamin pelajar untuk menjawab soalan dengan tepat. Ini kerana, keupayaan pelajar untuk menjwab soalan dengan betul dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti jenis soalan, keupayaan pelajar menggunakan kalkulator dan tahap kecerdasan pelajar terhadap subjek matematikKajian yang dijalankan juga adalah untuk mendapatkan pendapat guru berkaitan penggunaan kalkulator saintifik bagi pelajar menengah rendah. Hasil temubual mendapati bahawa peserta temubual tidak bersetuju dengan penggunaan kalkulator saintifik bagi pelajar menengah rendah. Kebergantungan kepada kalkulator saintifik menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai proses keamhiran asas metematik. Pelajar hanya akan dapat nilai jawapan sahaja tanpa mengetahui dan mempelajari bagaimana jawapan itu diperolehi. Terdapat juga peserta temubual yang mencadangkan bahawa penggunaan kalkulator saintifik hanya dibenarkan pada waktu peperiksaan dan untuk bab-bab tertentu sahaja. Penggunaan kalkulator saintifik boleh menghalang proses pemikiran dan sekaligus tidak dapat merangsang pemikiran pelajar. Penggunaan kalkulator ini juga menyebabkan pelajar tidak mementingkan kemahiran sifir yang sudah dipelajari pelajar sejak sekolah rendah. BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1PERBINCANGAN

Hasil dapatan kajian mendapati bahawa terdapat 2 isu utama berkaitan penggunaan kalkulator di dalam kelas iaitu guru dan pelajar. Kedua-dua isu ini telah menjawab persoalan-persoalan kajian dan juga telah menerangkan dengan lebih jelas berkaitan hopotesis-hipotesis kajian ini.5.1.1GuruMalaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat dan sedang mengekori negara-negara maju yang lain. Di dalam bidang pendidikan, Malaysia turut sama mengikut jejak langkah negara maju yang lain seperti Singapura di dalam mengintegrasikan penggunaan kalkulator saintifik di dalam pengajaran dan pembelajaran serta peperiksaan. Walau bagaimanapun hasil dapatan temubual mendapati bahawa guru kurang menitikberatkan penggunaan kalkulotor saintifik di dalam kelas di atas alasan pelajar perlu menggunakan kemahiran arithmetik mereka di dalam menyelesaikan masalah matematik, tidak merangsang pemikiran pelajar dan pelajar akan terlalu bergantung dengan kalkulator di dalam menyelesaikan masalah matematik. Mengikut Heidi Pomerantz (1997), terdapat ramai guru-guru dan ibu bapa yang terpengaruh dengan mitos di dalam penggunaan kalkulator. Mitos-mitos tersebut ialah :6. Penggunaan kalkulator akan membuatkan pelajar menjadi malas untuk berfikir.

7. Penggunaan kalkulator menyebabkan otak dan pemikiran pelajar tidak terangsang.

8. Jika pelajar terlalu bergantung dengan kalkulator, akan timbul masalah di dalam menyelesaikan masalah sekiranya tiada kalkulator.

9. Penggunaan kalkulator menghalang pelajar untuk mempelajari asas matematik.

Walaupun kajian Heidi Pomerantz dilakukan pada tahun 1997, hasil kajian tersebut masih relevan untuk dikaitkan dengan situasi di Malaysia. Ini kerana, penggunaan kalkulator di Malaysia masih lagi pada tahap yang baru di mana ia mula di perkenalkan pada tahun 2003. Ini bermakna, semua peserta temubual adalah dari generasi yang tidak menggunakan kalkulator semasa berada di sekolah menengah dahulu dan menyebabkan peserta temubual menganggap kalkulator tidak membantu pelajar di dalam kelas. Mengikut Pomrantz (1997), terdapat juga guru dan ibu bapa yang beranggapan sekiranya mereka tidak pernah menggunakan teknologi untuk belajar matematik, maka pelajar juga tidak perlu menggunakan teknologi. Ini adalah satu persepsi yang salah, di mana terdapat banyak hasil dapatan kajian yang mendapati bahawa penggunaan kalkulator memberi kesan yang positif baik dari segi tingkah laku pelajar dan juga pencapaian pelajar. Kissane (2006) menyatakan bahawa pelajar yang menggunakan kalkulator mempunyai akses langsung kepada perwakilan idea matematik yang kuat dari segi konsep dan penting untuk pembelajaran. Pelajar kini boleh fokus dalam memahami konsep matematik dan tidak menjadi tertekan tentang pengiraan jawapan yang salah dengan bantuan kalkulator. Idea ini menerangkan betapa pentingnya penggunaan kalkulator di dalam kelas sebagai satu alat pedagogi yang sangat memberi kesan kepada perkembangan kognitif dan pencapaian pelajar. Kajian juga mendapati bahawa guru telah menghadkan penggunaan kalkulator di dalam kelas kepada tugas-tugas tertentu sahaja seperti memeriksa jawapan sedangkan terdapat banyak lagi fungsi-fungsi yang boleh digunakan di dalam kalkulator. Limitasi-limitasi penggunaan kalkulator yang telah ditetapkan oleh guru menyebabkan pelajar seolah-oleh menggunakan kalkulator elektronik biasa yang mempunyai fungsi asas sahaja sedangkan pelajar menggunakan kalkulator saintifik. Menurut Paul, Elizebeth etc (2007), guru memainkan peranan yang penting di dalam memperkenalkan penggunaan kalkualtor saintifik di sekolah. Kegagalan guru mengekspoitasi penggunaan kalkulator memberi kesan negatif di dalam bilik darjah. Guru perlu memainkan peranan yang sangat penting di dalam mendidik pelajar menggunakan kalkulator saintifik. Padma masa yang sama guru perlu meningkatkan kemahiran pelajar di dalam menyelesaikan masalah mateamtik dan menggunakan kalkulator di dalam membantu pelajar mempercepatkan proses pengiraan. Dengan erti kata yang lain kalkulator saintifik sangat membantu pelajar sekiranya pelajar menguasai kemahairan matematik. Hierarki di dalam penggunaan kalkulator mestilah difahami bagi memastikan pelajar dapat memanfaatkan penggunaan kalkulator. Hierarki yang dimaksudkan adalah seperti gambarajah dibawah.

5.1.2PelajarHasil dapatan kajian juga mendapati penggunaan kalkulator memberi kesan yang positif terhadap motivasi dan pencapaian pelajar. Walaubagaimanapun, kesan positif itu hanya dapat dilihat kepada pelajar yang cemerlang sahaja dan bukannyanya kepada pelajar yang lemah. Ini kerana kefahaman terhadap matematik hanya akan hadir kesan daripada kefahaman terhadap soalan, pengetahuan menyelesaikan masalah, pemilihan operasi yang sesuai dan pelajar dapat menetukan samada jawapan yang diperolehi itu munasabah atau tidak (Heidi Pomerantz, 1997). Kesemua kemahiran ini hanya dimiliki oleh pelajar yang ce,erlang dan tidak dimiliki oleh pelajar yang lemah. Ini di sokong oleh kajian Linda Brents dan Kathleen Cage (2005) yang mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan pencapaian di antara dua kumpulan pelajar yang menjawab soalan konsep di mana kumpulan kawalan tidak menggunakan kalkulator dan kumpulan kajian menggunakan kalkulator. Ini menunjukkan bahawa kefahaman konsep pelajar mengatasi penggunaan kalkulator di dalam menyelesaikan masalah matematik. Dari sudut motivasi pula pelajar yang dapat menjawab soalan akan menunjukkan tahap motivasi yang lebih tinggi terhadap subjek matematik. Menurut Kamaruddin Hj Hussin (2002), pelajar akan bermotivasi sekiranya pelajar mengetahui motif pembelajaran. Dengan menguasai dan memahami tujuan pembelajaran, pelajar akan berjaya di dalam pencapaian. 5.2KESIMPULAN

Hasil dapatan temubual mendapati bahawa penggunaan kalkulator saintifik tidak memberi kesan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar dan motivasi pelajar. Walaubagaimanapun, hasil dapatan kajian ini adalah bercanggah dengan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh kebanyakan negara. Ini bermakna penggunaan kalkulator sebenarnya sangat memainkan peranan yang sangat penting di dalam subjek matematik. Hasil temubual ini telah dipengaruhi oleh latar belakang guru dan persepsi guru yang salah berkaitan penggunaan kalkulator saintifik di sekolah. Oleh sebab itu guru perlu memainkan pernan yang lebih penting di dalam menjadikan kalkulator saintifik sebagai alat bantu mengajar yang berkesan. Menurut Erin McCauliff (n,d), guru perlu memberi komitmen di dalam polisi penggunaan kalkulator di sekolah. Kesan penggunaan kalkulator ini hanya dapat di lihat sekiranya pemahaman pelajar terhadap soalan matematik adalah tinggi. Kerajaan juga harus memainkan peranan di dalam mendidik guru menggunakan kalkulator dan menjalankan kajian yang lebih terperinci berkaitan peggunaan kalkulator di dalam meningkatkan lagi kesedaran guru berkaitan penggunaan kalkulator di sekolah. RUJUKAN

Abedalaziz, N. (2011). Assessment Of Students Attitudes Towards Scientific Calculators Use in Mathematical Instruction. Kuala Lumpur, Malaysia. Retrieved Oktober 6, 2014, from http://umexpert.um.edu.my/file/publication/00010857_75977.pdf

Azizi Yahaya, S. H. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pndidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Cabanilla-Pedro, L. A. (2006). Using calculators in Primary Mathematics. Seameo Recsam.

Ghani, N. S. (2002). Teaching Mathematics in Secondary Schools : Theories and Practices. tanjung malim: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Husin, K. H. (2002). Psikologi Bilik Darjah-Asas Pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Ina V.S. Mullis, M. O. (2004). TIMSS 2003 International Mathematics Report. Boston: TIMSS & PIRLS International Study Center. Retrieved Oktober 7, 2014, from http://timss.bc.edu/PDF/t03_download/T03INTLMATRPT.pdf

Ina vs Mullis, M. O. (2007). Timms 2007 International Mathematic's Report. Boston: TIMMS & PIRLS.

Kissan, B. (2006). Technology in secondary mathematics education: The role of calculators. Second Thailand World Teachers Day Congress, Bangkok, Thailand, 5-7.

Kulik, J. A. (2003). Effects of Using Instructional Technology in Colleges andUniversities: What Controlled Evaluation Studies Say. Arlington: SRI International.

Labrador, D. O. (2004). Calculator In Mathematics Instruction and Assessment. Newfoundland and Labrador: Divission Programme Developement.

McCauliff, E. (n.d.). The Calculator in the Elementary Classroom: Making a Useful Tool out of an Ineffective Crutch. Vilanova: Department of Education and Human Services Villanova University.

Mittag, L. B. (2005). Effect of Calculator Technology on Students Achievement In An Introductory Statistics Course. International Association for Statistical Education (IASE/ISI), 8.

Munip, H. (2012, September 1). Aplikasi Pendekatan Konstruktivisme Dalam Rekabentuk Pengajaran Berasaskan Komputer: Pengaruhnya Terhadap Pencapaian Berdasrkan Aras Kognitif Pelajar. Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia. Retrieved Julai 20, 2014, from http://ipgktb.edu.my/lestari/ipglestari/kertas_lestari2012/Hairiah%20binti%20Munip.pdf

NCTM. (2011). Using Calculators for Teaching and Learning Mathematics. Reston: The National Council of Teachers of Mathematics.

Paul Serganor, E. O. (2007). Calculator Use in School and Junior Cycle Mathematics. Dublin: Educational Research Centre .

Pendidikan, B. T. (n.d.). The Malaysia Smarts School:Developing 21st Century Skills. Retrieved July 21, 2014, from http://www.jaet.jp/katudou/seminar_ict/Malaysia.pdf

Pomerantz, H. (1997). The Role of Calculator in Math Education. Urban Systematic Initiative/Partnership For Mathematics and Science Achievement, 1-8.

Thomas, D. A. (1992). Teenagers, Teachers, and Mathematics. Massachusetts: Allyn and Bacon.

Unit ICT, B. S. (2002, September 6). Surat Pekeliling Iksisas Bil 6/2002. Kuala Lumpur, Malaysia. Retrieved Oktober 6, 2014, from http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1307676066.pdf

Wolfe, E. W. (2010). What Impact Does Calculator Use Have On Test Results? Pearson Education.

Pengunaan Kalkulator

Pencapaian

Motivasi

Teori Behaviorisme

Teori Kognitivisme

Soalan

Mentafsir soalan

Penggunaan

Kalkulator

Jawapan

Hierarki Penggunaan Kalkulator