16
Psikologikal yang sukar dikesan dan ditunjukkan dengan ciri-ciri corak tingkah laku yang tertentu. Emosi tergolong dalam perkemnbangan seseorang bayi itu. Kewujudannya menyukarkan lagi untuk mengenalpasti personaliti bayi itu. EMOSI BAYI - Keseronokkan ( Bridges 1932 ) - Cinta , marah dan ketakutan ( Watson, 1919) - Gembira , kesedihan , ketakutan, jijik, terkejut, marah ( 12ard & Malatesta (1987) PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI BAYI - Sifat unik watak bayi boleh dikesan sejak ia dilahirkan lagi. Apabila watak itu terus diberi pengukuhan, ia menjadi sahsiah bayi itu apabila mereka dewasa. Bayi yang baru lahir menunjukan perbezaan dalam beberapa aspek misalnya sama ada dia seorang pemarah ataupun periang sama ada dia mudah ataupun susah hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu keadaan. WATAK BAYI Bayi yang mudah - mudah menerima dan mencuba sesuatu yang baru dan positif - tidur dengan senang dan tidak terganggu pada waktu malam - senang menyesuaikan diri pada tempat baru - waktu malam tersusun dan boleh dijangka - tekun membuat aktiviti Bayi yang payah - tingkah balas dan emosi berlawanan dengan bayi yang mudah - menunjukkan reaksi menentang, tidak selesa, marah ataupun menangis terhadap benda - menolak dan enggan mencuba sesuatu yang baru - sukar tidur dan mudah terganggu semasa tidur - tidak suka tempat baru @ orang baru dikenali - makanan dan waktu makan mereka sukar dijangka Bayi yang lambat mesra

Refleks Moro

Embed Size (px)

DESCRIPTION

refreshing

Citation preview

Psikologikal yang sukar dikesan dan ditunjukkan dengan ciri-ciri corak tingkah laku yang tertentu. Emosi tergolong dalam perkemnbangan seseorang bayi itu. Kewujudannya menyukarkan lagi untuk mengenalpasti personaliti bayi itu.

EMOSI BAYI- Keseronokkan ( Bridges 1932 )- Cinta , marah dan ketakutan ( Watson, 1919)- Gembira , kesedihan , ketakutan, jijik, terkejut, marah ( 12ard & Malatesta (1987)

PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI BAYI- Sifat unik watak bayi boleh dikesan sejak ia dilahirkan lagi. Apabila watak itu terus diberi pengukuhan, ia menjadi sahsiah bayi itu apabila mereka dewasa. Bayi yang baru lahir menunjukan perbezaan dalam beberapa aspek misalnya sama ada dia seorang pemarah ataupun periang sama ada dia mudah ataupun susah hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu keadaan.

WATAK BAYI

Bayi yang mudah- mudah menerima dan mencuba sesuatu yang baru dan positif- tidur dengan senang dan tidak terganggu pada waktu malam- senang menyesuaikan diri pada tempat baru- waktu malam tersusun dan boleh dijangka- tekun membuat aktiviti

Bayi yang payah- tingkah balas dan emosi berlawanan dengan bayi yang mudah- menunjukkan reaksi menentang, tidak selesa, marah ataupun menangis terhadap benda- menolak dan enggan mencuba sesuatu yang baru- sukar tidur dan mudah terganggu semasa tidur- tidak suka tempat baru @ orang baru dikenali- makanan dan waktu makan mereka sukar dijangka

Bayi yang lambat mesra- menunjukkan tindak balas pasif atau emosi waswas kepada benda, orang ataupun tempat

baru- suka menolak makanan baru, tetapi boleh dipujuk- lambat mesra dengan tempat @ orang baru dikenali, tetapi apabila mengenalinya, mereka boleh menunjukkan kemesraan dan ketaatan yang tinggi

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

- ketika lahir bayi sudah dapat mengeluarkan bunyi dalam bentuk tangisan- tangisan adalah keadaan normal yang menunjukkan bayi menggunakan organ- 1-3 hari, bayi menangis antara 1-2 jam sehari- 3 bulan pertama,70 c bayi menangis kira-kira 2 sehari- lebih 1 tahun, bayi menangis 1 jam sehari- Bayi yang kurang menangis tidak semestinya tidak normal- tingkah laku menangis yang terkawal mendorong sistem pernafasan dan sistemperedaran berjalan lancar .- Tangisan merupakan satu bentuk komunikasi antara bayi dan orang sekelilingnya.- tangisan mempunyai pelbagai maksud seperti lapar, marah , sakit dan sebagainya.- Ia dapat diperhatikan melalui nada, bentuk, kekuatan dan sebagainya.

JENIS TANGISAN BAYI

- Wolf telah mengkaji jenis-jenis tangisan bunyi dan mengklafikasikan kepad 4 faktorIaitu :-1 menangis lapar kerap berlaku apabila bayi berkenaan lapar / menunjukkan jenis menangis yanglain selepas lama menangis2 menangis marah menangis secara kuat, memaksa udara melalui peti suaranya3 menangis sakit tidak meratap dan mendengus, menangis dengan memegang nafasnya4 menangis kecewa 2-3 tangisan yang lama, tidak memegang nafasnya

- Kajian tidak menunjukan bahawa ibu atau kaum wanita lebih pandai dalam melayanbayi yang menangis berbanding si bapa.-Apabila bayi membesar, ibu bapa akan lebih pandai untuk membezakan kegelisahanyang terdapat pada anak.

JENIS SENYUMAN DAN KETAWA BAYI

- senyuman dan ketawa membawa makna yang penting dalam perhubungan yang dibinaantara anak dan ibu bapa- Gewirtz (1965 ) mencadangkan bahawa bayi melalui 3 fasa senyuman :~

1 senyuman refleks- wujud selepas kelahiran- kajian menunjukkan ia merupakan satu respon automatik daripada saraf pusatdan juga sebelum bayi berkenaan tidur. Hanya otot di bahagian bawah mukasahaja yang terlibat bukan mata / dahi2 senyuman sosial- bayi tersenyum sebagai respon kepada sesiapa yang mereka lihat atau dengartumpuan adalah kepada orang lain dan wujud dalam minggu ke-4 selepaskelahiran.3 senyuman sosial terpilih-bayi akan senyum terhadap bunyi atau orang yang dikehendaki, bermula dalam3 bulan. Tumpuan kepada orang lain dan perhubungan sosial.

-Ketawa wujud pada bulan ke-4, semakin membesar semakin kerap ketawa, dan lebihbanyak perkara yang bayi akan ketawa.

BAYI DAN TEMPERAMEN

- Bayi bayi, ahli psikologi merujuk personaliti sebagai temperamen ( merujuk kepada ciri-ciri perangai atau cara mendekati dan bereaksi terhadap sesuatu situasi)- kajian jangka panjang New York ( NYLS ) telah mengkaji 85 keluarga, bersama 141 anak , memilih ahli keluarga profesional sebagai subjek- Daripada kajian bekenaan, mereka mendapati bahawa terdapat 9 komponen temperamen termasuklah :-

1) Jenis dan jumlah aktiviti fizikal2) Rutin harian yang dapat dijangka seperti tidur dan makan3) Sejauh mana bayi berkenaan mendekati / menjauhi daripada situasi baru4) Bagaimana bayi menyesuaikan diri kepada perubahan dalam persekitaran5) Keamatan rangsangan yang diperlukan bagi mendapatkan respon daripada bayi6) Sejauh mana respon yang diberikan oleh bayi berkenaan sama ada bertenaga ataupun tidak7) Perangai / sifat bayi berkenaan iaitu daripada lekas marah kepada gembira8) Kesediaan bayi untuk dialih perhatian daripada apa yang dilakukan9) Jumlah tumpuan yang dapat diberikan walaupun terdapat halangan

perkembangan bayitag:blogger.com,1999:blog-1816704082700627050.post-65916045641931329142007-03-13T23:52:00.001-07:002007-03-20T09:22:20.500-07:00

KOGNITIF BAYI..

Perkembangan kognitif adalah proses kefahaman kanak-kanak mengenai dunia berubah mengikut tahap umur dan pengalaman ( Feldman 1994).Teori-teori kognitif ini cuba menerangkan tentang peningkatan intelek dari segi kualiti dan kuantiti yang berlaku semasa perkembangan.

Teori perkembangan kognitif piaget mencadangkan terdapat 4 tahap perkembangan bagi kanak-kanak.Piaget berpendapat setiap tahap berbeza dari segi kuantiti informasi, kualiti pengetahuan dan kefahaman. Piaget juga berpendapat perubahan dari satu peringkat ke peringkat seterusnya menyebabkan kanak-kanak akan mencapai tahap kematangan yang sesuai. Hal ini disebabkan kanak-kanak telah terdedah dengan pelbagai jenis pengalaman yang relevan.

4 jenis tahap tersebut ialah :-Tahap yang pertama : tahap sensorimotor ( dari lahir hingga 2 tahun)-Tahap kedua : tahap praoperasi (2-7 tahun)-Tahap ketiga : tahap operasi konkrit ( 7-12 tahun)-Tahap keempat : Tahap operasi format ( 12 tahun hingga dewasa)

Perkembangan kognitif bayi bagi tahap sensorimotor :Mata neonat mempunyai keupayaan yang terhad untuk menukar bentuk dan sukar untuk memfokus objek yang jauh melebihi 7-8 inci daripada muka mereka. Namun, mereka boleh mengikut objek yang bergerak dalam lingkungan pandang ( Feldman 1994).

Fenomena Habituasi.

Satu teknik penting ialah mengukur perubahan dalam kadar degupan jantung bayi kerana kadar tersebut berkorelasi dengan tindak balas bayi terhadap rangsangan yang dilihatnya. Habituasi adalah pengurangan kadar tindak balas rangsangan-rangsangan yang berulang kali. Contohnya, Jika bayi ditunjukkan sesuatu rangsangan yang baru, mereka akan memberi perhatian sepenuhnya dan kadar degupan jantung meningkat kemudian bertukar kepada normal. Jika ini berlaku maka habituasi berlaku pada seseorang bayi.Neonat dikatakan mampu membezakan ekspresi muka, malah boleh menirunya. Penglihatan neonat berkembang cepat selepas lahir. Pada penghujung bulan pertama, bayi boleh membezakan warna, pada umur 4 bulan mereka boleh fokus objek yang jauh dan juga dekat. Manakala 4 atau 5 bulan umur mereka, bayi mampu mengenal objek-objek 2 atau 3 dimensi.Selain itu, keupayaan pendengaran bayi. Neonat dapat mengenal suara ibunya selepas 3 hari dilahirkan. Mereka juga boleh membezakan rasa-rasa dan bau yang berlainan pada umur yang awal.Pada tahap sensorimotor, bayi mampu untuk berinteraksi dengan persekitaran dengan menggunakan imej, bahasa atau simbol-simbol lain. Mereka juga dapat mengetahui tentang pengekalan objek, iaitu mereka tidak sedar bahawa manusia masih tetap wujud walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun, selepas umur 9 bulan, mereka lebih aktif seperti boleh mencari barang yang disembunyikan.Perkembangan kognitif bayi pada tahap sensorimotor dapat dibahagikan kepada 6 tahap :

TAHAP PERTAMA (0-1 BULAN)Perkembangan kognitif bayi seperti :-Menghisap susu ibu-Mengikut pergerakan objek yang bergerak dengan mata-Menutup tapak tangan apabila disentuhkan dengan objek

TAHAP KEDUA (1 BULAN- 4 BULAN)Perkembangan kognitif bayi seperti : -Bayi tetap melakukan skima menghisap walaupun tiada botol-Percubaan bayi untuk menghasilkan suasana yang menarik atau selesa.Contoh : bayi menghisap jarinya apabila diletakkan berhampiran dengan mulutnya.-Reaksi pasif berlaku akibat classical atau operant conditioning

TAHAP KETIGA (4-8 BULAN)Perkembangan kognitif bayi seperti :--Dikenali sebagai reaksi pusingan sekunder di mana bayi menjadi lebih berorentasikan luaran (objek). Mereka mula meneroka kaedah untuk menghasilkan suasana yang menarik.-mengenggam kuat objek yang diingini-Mula menggunakan logik

TAHAP KEEMPAT (9-12 BULAN)Perkembangan kognitif bayi seperti :-Mengkordinasikan reaksi pusingan sekunder, seperti menggabungkan dan skima-skima asal dan bertingkah laku dengan niat.-Perkembangan logik dan kordinasi antara makna dan tujuanMula mempunyai orentasi matlamat-Dikenali juga ` The first proper of intelligent

TAHAP KELIMA (12-18 BULAN) Dikenali juga sebagai reaksi pusingan ketiga, keaslian dan ingin tahu. Antara perkembangan kognitif bayi seperti :-Mempelbagaikan skema untuk menghasilkan kesan yang baru-Meneroka makna-makna yang baru untuk mencapai matlamat-Mula menjadi saintis muda-Melakukan eksperimen olok-olok untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah

TAHAP KEENAM (18-24 BULAN)Menginternalisasikan skima. Antara perkembangan kognitif bayi seperti :-Mereka mula celik akal dan mempunyai kreativiti tersendiri-Boleh berfikir secara simbolik-Beralih dari tahap pemikiran sensorimotor tulen kepada tahap pemikiran simbolik.-Bersedia untuk beralih kepada tahap pre-operational stage.

REFLEKS BAYI

Selalunya kita mengganggap bahawa bayi yang baru lahir tidak menarik kerana hidup mereka hanya untuk makan, tidur dan menangis sahaja. Hal ini, disebabkan oleh bayi tidur selama 16-21 jam sehari dan bertindak balas secara terhad .Terdapat beberapa pantulan atau refleks bayi seperti :I. Mengelipkan mataII. BabinskiIII. Grasping (mengenggam)IV. Moro ( startle)V. Rooting ( mecari punca)VI. Stepping ( melangkah/menapak)VII. SuckingVIII. BerenangIX. Tonic Neck

I- Apabila cahaya lampu atau angin mengenai mata bayi, mereka akan mengelipkan mata serta menutup kedua-dua matanya sebagai respon. Tindak balas ini akan kekal.II- Apabila tapak kaki bayi diusap, bayi memberi respon seperti jari kaki akan dikuit keluar dan memusingkan kaki ke dalam. Rasa geli ini dipanggil refleks Babinski.III- Refleks Grasping (menggenggam) adalah apabila tapak tangan disentuh bayi akan menggenggam kuat sebagai responnya. Ini akan hilang selepas 9 bulan hingga 1 tahun.IV- Refleks Moro (startle) ialah refleks terperanjat.Bayi akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat atau terjatuh. Mereka akan tersentak, kepala digerakkan ke belakang, membuka lengan dan kaki serta segera merapatkan semula dengan badan. Ini akan hilang selepas 3-4 bulan.V- Refleks Rooting ( mencari punca). Apabila pipi diusap atau bahagian sebelah mulut disentuh, bayi akan memusingkan kepala, membuka mulut untuk menghisap. Ia akan hilang selepas 3-4 bulan.VI- Refleks stepping (melangkah/menapak). Apabila kita merendahkan kakinya serta disentuhkan ke lantai, bayi akan bertindak balas seperti menggerakkan kakinya seperti mahu berjalan. Keadaan ini akan hilang selepasa 3-4 bulan.VII- Refleks sucking. Apabila objek disentuhkan ke mulut , bayi akan menghisap secara automatik dan akan hilang selepas 3-4 bulan.VIII- Refleks berenang. Apabila bayi diletakkan dalam kedudukan meniarap di dalam air, Mereka akan bertindak balas seperti membuat kordinasi pergerakan renang. Keadaan ini akan hilang selepas 6-7 bulan.IX- Refleks Tonic Neck. Jika bayi dibaringkan, bayi akan membentuk genggaman pada kedua belah tangan dan memusingkan kepalanya ke kanan ( dikenali sebagai `fencers pose`) kerana bayi seakan-akan dalam keadaan bermain pedang. Ini akan hilang selepas 2 bulan.

* Kebanyakan daripada gerakan-gerakan pantulan ini akan hilang selepas beberapa bulan umur dan akan diganti dengan tingkah laku yang lebih komplek terorganisasi. Contohnya, semasa umur bayi 3 bulan, mereka sudah boleh bergolek, dapat duduk dengan sendiri semasa 6 bulan, berdiri pada umur 11 atau 12 bulan dan berjalan selepas berumur 1 tahun. Selain itu, pergerakan otot halus juga menjadi semakin canggih.

Bayi dilahirkan mempunyai kepala lebih besar berbanding bahagian-bahagian badan yang lain dan kraniumnya juga besar berbanding muka. Ketika dilahirkan, banyak tempat tengkorak bayi baru lahir masih belum dijadikan tulang Tempat-tempat lembut ini dipanggil fontan. Dua tempat terbesar ialah fontonek anterior berbentuk intan dan yang terletak di bahagian depan kepala serta fontanel anterior yang lebih kecil dan terletak di belakang kepala. Selepas tempoh tersebut, pertumbuhan dan perkembangan fizikal bayi berlaku secara intensif.

Paten cepalocaudal dan proximodistal.

Terdapat dua paten tumbesaran dan perkembangan fizikal bayi iaitu paten capalocaudal dan paten proximodistal. Paten cepalocaudal adalah turutan tumbesaran fizikal bayi yang bermula daripada bahagian atas ke bawah. Keadaan yang sama turut berlaku pada bahagian kepala iaitu daripada bahagian otak dan mata berkembang lebih pantas daripada bahagian yang lain mengikut peredaran masa. Manakala paten proximodistal adalah turutan yang bermula dari bahagian tengah badan ke tepi dan lebih terperinci. Contohnya, bayi akan mengunakan keseluruhan tangannya sebelum mengawal beberapa batang jari.

Tinggi dan berat.

Purata bayi Amerika Utara adalah 20 inci panjang ( 50.8 sentimeter) dan berat purata 7 paun (3.2 kilogram). 95% bayi dilahirkan dengan panjang 18-22 inci dan berat antara 5 hingga 10 paun. Dagu dan pinggul bayi baru lahir adalah sempit, dengan perut buncit sedikit, s erta lengan dan kaki agak pendek.Beberapa hari selepas dilahirkan, kebanyakan bayi kehilangan 5-7% berat badannya sebelum mereka berupaya menyesuaikan diri dengan pemakanan neonatal. Apabila bayi telah berupaya menghisap, menilai dan berkumuh, pertumbesaran bayi tersebut berlaku dengan pantas iaitu 5-6 auns seminggu pada bulan pertama.Manakala pada peringkat 4 bulan, bayi pada peringkat ini sudah boleh meniarap dan pandangannya mula tajam. Berat bayi yang menyusu badan adalah agak kurang berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula. Kemudian pada usia setahun berat badannya meningkat tiga kali ganda membesar 1 inci sebulan pada tahun pertama dan1 kaki lebih besar pada usia setahun. Tumbesaran pada tahun ke-2 agak rendah. Pada usia 2 tahun, bayi lazimnya mencapai 22-32 paun iaitu 1/5 daripada berat orang dewasa. Ketinggiannya pula lazimnya mencapai antara 32-35 inci.

OTAK...

Ketika bayi baru dilahirkan berat bayi adalah 25% daripada otak orang dewasa dan meningkat 75% pada tahun kedua. Bayi dilahirkan dengan otak dan sistem saraf yang merupakan neurochips yang jumlahnya 100 billion sel saraf. Sel saraf ini mempunyai banyak sinapsis iaitu sambungan antara neuron. Semakin banyak sinapsis, semakin banyak neuron yang menyambung membentuk unit-unit. Neuron adalah sel yang menghantar maklumat yang diproses pada peringkat selular. Maklumat bergantung pada jumlah neuron yang membentuk. Bagaimanapun, kematangan otak bayi tidak berlaku secara seragam. Sebahagian kawasan motor utama berkembang lebih awal daripada yang lain seperti kawasan sensori.Pada dua tahun pertama, perubahan dramatik pada otak melibatkan percambahan hubungan antara dendrit. Myelin sheath adalah sejenis lapisan lemak yang meliputi axon membantu impuls saraf dihantar dengan cepat. Myelination ialah suatu proses penyelaputan sel lemak di sekeliling axon. Proses ini bermula semasa tempoh pranatal dan berkembang secara pesat setelah bayi dilahirkan sehingga bayi berusia 6 bulan. Auditory myelination terus berlaku sehingga usia 4-5 tahun dan adakalanya sehingga meningkat remaja. Tahap celular adalah peningkatan dramatik dalam hubungan anatara neuron, juluran saraf akan tumbuh dan berkembang dan saling membentuk hubungan. Synapsis adalah jurang kecil antara neuron apabila hubungan antara axon dan dendrit berlaku. Ketika bayi membesar, hubungan sinaptik antara axon dan dendrit berkembang pesat ( Baudry, 2003).Menurut kajian Nelson (1999) otak bayi berupaya mengingati item dan peristiwa tertentu. Ketika tidur bayi boleh membezakan suara ibunya berbanding dengan orang lain. Selain itu juga bayi dapat membezakan permainan yang biasa mereka lihat dengan permainan yang tidak pernah mereka lihat.Bahagian utama otak ialah forebrain. Ia mengandungi beberapa struktur termasuklah celebrak cortex yang meliputi 80% daripada saiz otak dan merangkumi bahagian bawah otak. Celebral cortex memainkan pelbagai fungsi penting manusia seperti persepsi, pertuturan dan pemikiran. Cortex mempunyai 4 bahagian terbesar yang dipanggil lobus (lobe) iaitu frontal lobe ( pergerakan dan pemikiran), occipital lobe ( penglibatan), temporal lobe (pendengaran), dan parietal lobe ( pemprosesan maklumat berkenaan sensasi tubuh).Frontal lobe ( pergerakan dan pemikiran) bertanggungjawab ke atas pergerakan badan. Setiap bahagian pergerakan bersesuaian dengan bahagian khas di dalam tubuh badan. Kawasan motor pada cortex memberi panduan sehingga ke tahap yang rumit dan kepentingan kemampuan motor pada bahagian tertentu tubuh.Sistem pendengaran dan penglihatan mewakili kawasan khusus celebral cortex. Bahagian auditory terletak di temporal lobe yang bertanggungjawab kepada deria pendengaran. Jika bahagian auditory dirangsang oleh tenaga elektrik, bayi akan mendengar bunyi seperti bunyi kertik atau bunyi dengung.Bahagian penglihatan di dalam cortex,terletak di dalam occipital lobe yang menjalankan tugas yang sama dengan bahagian sensory yang lain. Rangsangan oleh elektrokod yang dihasilkan oleh eksperimen pancaran cahaya atau warna, mata akan menerima input gambaran dan ke bahagian otak serta akan berubah kepada rangsangan yang berguna.Parietal lobe ialah pemprosesan maklumat berkenaan sensasi tubuh, pertalian kawasan dianggap sebagai satu tapak untuk aktiviti mental yang tinggi seperti pemikiran, bahasa, ingatan dan perbualan. Bahagian ini mengambil bahagian yang besar dalam celebral cortex.Celebral cortex juga boleh dibahagikan kepada dua hemisfera. Lateralization adalah pengkhususan fungsi bagi setiap hemisfera. Ianya akan mempengauhi aspek pemikiran, perasaan dan tingkah laku.

TIDUR

Bayi tidur selama 16-17 jam sehari. 10 jam pada kadar paling minimum dan paling maksimum selama 21 jam. Bayi tidur lebih lama pada waktu malam pada bulan yang pertama. Manakala paten tidur bayi akan mirip ibu bapanya pada bulan keempat.Terdapat beberapa bentuk tidur bayi iaitu antaranya ialah (REM) rapid eye movement yang disebabkan oleh igauan, tekanan darah, kadar pernafasan dan sebagainya.1/5 tidur orang dewasa adalah REM manakal separuh daripada tidur bayi adalah REM. Apabila tidur REM membekalkan self stimulation tambahan yang menjadikan mereka kurang terjaga berbanding kanak-kanak dewasa. Tidur REM menggalakan perkembangan otak bayi.

SIDS....

SIDS ( sudden infant death sydrome) adalah suatu situasi yang berlaku apabila bayi berhenti bernafas dan terus mati tanpa sebab munasabah biasanya terjadi kes tersebut pada waktu malam. Pada tahun 1992, Akademik Pediatrik Amerika mencadangkan agar bayi tidur melentang siap untuk mengurangkan risiko kematian mengejut. Penyelidik masa kini percaya SIDS berpunca daripada kegagalan bayi menelan dengan baik dalam kedudukan tidur dengan muka ke bawah. Selain itu juga terdapat faktor lain. Beberapa pengkaji yang mengkaji penyumbang kepada SIDS seperti Kahn.et.al (2000) antara faktor yang menyumbang kepada SIDS iaitu risiko 5-10 kali ganda untuk mengalami SIDS ialah bayi yang dilahirkan yang mempunyai berat yang rendah ( Sowter dan Rajan,1999). SIDS juga turut berpunca daripada penyakit keturunan, bayi yang mempunyai adik-beradik yang pernah mengalami SIDS berisiko 2 kali ganda untuk mengalami SIDS (Lenior, Maller dan Calenda,2000).6% bayi yang mengalami sleep apnea, nafas terhenti sementara akibat daripada saluran pernafasan tersumbat lazimnya akan mengalami SIDS selepas 10 saat atau lebih ( Mc Namara dan Sulliran,2000). Namun begitu, bayi Afrika, Amerika dan Eskimo mempunyai 4-6 kali ganda lebih berisiko untuk mengalami SIDS ( Pollock dan Frohna,2001).

NUTRISI....

Bayi perlu diberikan makanan seperti susu ibu sepenuhnya di mana proses tumbesaran otak, tulang dan badan berlaku. Sesetengah bayi memerlukan makanan sapihan seperti bijiran halus bagi melengkapkan tempoh penyusuan. Bagi ibu yang menyusu badan, cara ini lebih digalakkan. Bayi ketika ini tidak memerlukan makanan sapiahan. Bagi ibu yang menyusukan botol, mereka digalakkan memberi susu jenis formula kacang soya. Jika makanan sapihan diperlukan, pastikan ibu-ibu berupaya menyediakan sendiri nasi atau kentang yang dikisar halus. Ibu-ibu bebas menambah ke dalam sapihan seperti makanan-makanan berasaskan sayur-sayuran dan bahan protein,karbohidrat,vitamin dan garam mineral. Berat bayi yang menyusu badan adalah kurang berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula. Oleh kerana intisari perkembangan tabiat semulajadi manusia yang kompleks adalah merupakan ciri-ciri built-in dalam susu badan yang dilengkapi dengan zat dan vitamin serta kesempurnaan system penghadaman.Terdapat banyak kebaikan penyusuan ibu antaranya ialah bayi tersebut mempunyai bedrat badan yang mencukupi. Kurang mengalami alergi ( Arshad,2001),mencegah dan mengurangkan risiko dhinea, jangkitan pernafasan ( seperti pneumonia dan bronkitis), jangkitan bacteria saluran urinary dan otitis media ( jangkitan pada bahagian tengah telinga)( Silverfedal dan rakan,2002), mengurangkan risiko kanser pada kanak-kanak dan kanser payudara pada ibu. ( Bernier,1994), risiko SIDS rendah ( Frederickson,1993), perkembangan kognitif dan saraf ( Brody,1994), penglihatan yang jelas ( Makrides dan Rana,1995)Pemberhentian daripada susu ibu ( penyapihan ) boleh membawa kepada malnutrisi seperti penggunaan susu formula yang tidak sesuai dan tidak bersih. Malnutrisi boleh mengakibatkan maramus dan kwashiorkor. Marasmus adalah tisu badan berlebihan pada tahun pertama yang disebabkan oleh kekurangan kalori protein yang teruk. Kwashiorkor adalah situasi yang terjadi akibat kekurangan protein yang menyebabkan perut dan tapak kaki kembung dengan air.Fizikal bayi akan melalui proses tumbesaran yang cepat. Oleh itu, ibu-ibu perlu menyajikan makanan yang lengkap degan zat dan vitamin serta bekalan kalsium agar bayi menjadi sihat, cergas dan pintar. Kandungan laktosa dan vitamin D cukup merupakan ejen kepada kekuatan jasmani dan rohaninya. Justeru itu, badan yang sihat adalah penentu otak yang cergas.

Bayi dapat didefinisikan sebagai anak kecil yang baru dilahirkan.Umur bayi adalah ketika usia seawal satu bulan sehingga dua puluh empat bulan. Perkembangan bayi ini dapat dilihat daripada aspek fizikal, kognitif dan psiko-emosi. Ketiga-tiga kompenan ini amat penting dalam proses pertumbuhan dan perkembangan bayi. Bayi merupakan tapak asas perkembangan optimum peringkat seterusnya. Kebolehan menerima maklumat dan belajar melalui deria seperti sentuhan, rasa, bau, pendengaran dan penglihatan. Secara tidak langsung, ia berupaya bertindak-balas pada persekitaran melalui pantulan seperti menghisap, menelan, mengenggam dan berjalan. Pada amnya, perkembangan seseorang manusia ialah hasil daripada interaksi baka dan alam sekitar. Ketika seseorang bayi dilahirkan kemuka bumi ini, bayi tersebut akan menbawa bersama-samanya kod-kod genetik daripada ibu dan bapanya yang akan menantikan ciri-ciri sifat tabiinya. Bayi juga merupakan satu anugerah yang tidak terhingga yang diberikan oleh Allah untuk makhluknya.Detik- detik Kelahiran Bayi

Peringkat pertama kelahiran, otot- otot uterus mula berkontraksi dan bukaan serviks mula membuka. Pada masa yang sama, kepala bayi mula bergerak masuk ke dalam pelvis, lalu menekan servik dan justeru itu, membantu pembukaannya.Peringkat kedua kelahiran, kontraksi berterusan dan kepala bayi mula muncul di muka pintu faraj dan berada di situ untuk beberapa lama.

Kepala bayi mula keluar, lama-kelamaan kepala bayi mula keluar dari faraj. Ketika ini doktor perlu bersedia untuk menyambut kelahiran bayi. Setelah bayi keluar, uri turut akan keluar sama.Bagi bayi lelaki yang telah bersedia untuk dilahirkan, purata berat badan mereka adalah lebih kurang 7 paun manakala bayi perempuan pula adalah 7 paun.

Kaedah Kelahiran Bayi

Antara kaedah utama kelahiran adalah melalui perubatan, semulajadi, prepared dan ceasarean. Terdapat tiga jenis ubat yang lazimnya digunakan semasa proses kelahiran iaitu analgesia( digunakan pada tahap pertama untuk meredakan kesakitan di bahagian badan atau megelakkan kesedaran) dan oxytocics.

Pada masa kini, kelahiran secara normal adalah digalakkan. Dua kaedah diperkenalkan iaitu kelahiran normal (mengurangkan kesakitan ibu dengan mengurangkan ketakutan melalui pendidikan tentang kelahiran dan teknik relaksasi semasa melahirkan ) dan prepared childbirth (menggunakan strategi yang sama dengan kelahiran semulajadi tetapi menambah dengan teknik khas ernafasan untuk nmengawal peneranan pada peringkat akhir kelahiran dan memberikan pendidikan anatomi dan psikologi yang lebih terperinci)

perkembangan bayi