REFLEKSI

Embed Size (px)

DESCRIPTION

DOC

Citation preview

REFLEKSISetiap pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dengan baik dan sistematik bagi menjayakannya. Rancangan pelajaran harian haruslah mengikut standard yang dikehendaki. Tugasan rancangan pelajaran harian pendidikan seni visual ini banyak membantu dan membimbing kami ke arah bagaimana mengajar pendidikan seni visual di sekolah. Setelah banyak sesi interaksi bersama pensyarah akhirnya kami benar-benar faham dan teruja untuk mengajar pendidikan seni visual ini di sekolah.Dalam membuat objektif pembelajaran pendidikan seni visual murid-murid banyak dilatih dan diajar menggunakan peralatan dalam teknik-teknik tertentu misalnya kemahiran menggunting kertas dalam teknik guntingan. Hal demikian membuktikan bahawa pendidikan seni visual ini adalah mata pelajaran yang begitu baik untuk peninkatan daya pemikiran dan kemahiran murid. Hasil karya murid juga boleh digabungjalinkan dengan mata pelajaran lain misalnya hasil karya seni murid menggambarkan buah-buahan tempatan boleh digunakan oleh guru sains semasa mengajar sains. Ini menunjukkan pendidikan seni visual ini tiada masa putus malahan membantu seseorang individu bagi mencapai kehendak dan keperluannya.Kami berharap ilmu pendidikan seni visual yang diberikan ini dapat kami guna dan amalkan agar murid-murid kita gembira dan berjaya dalam merangka masa depan mereka. Bimbingan dan dorongan yang membina oleh pensyarah kami iaitu En Johan B Kadis, En Mohd Rofidzan B Abd Manap, En Shaiful Bahari B Bachik, Pn Hamidah Shahrom serta pensyarah-pensyarah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung amat kami hargai. Tidak dilupakan juga rakan-rakan lain yang banyak membantu menjayakan tugasan ini. Akhirnya besar harapan kami agar para pensyarah serta rakan-rakan dapat terus membimbing dan memberi dorongan kepada kami agar dapat menjunjung segulung ijazah sarjana muda pendidikan sains dan seterusnya berterusan ke tahap ijazah sarjana dan PHD.