7
REFLEKSI DIRI SHANETTA BINTI JIMAL NO K/P: 960705-12-5216 Ucapan syukur saya panjatkan kepada-Nya kerana berjaya menyiapkan kerja kurus SJH1064 Sejarah Malaysia moden dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang proses menyiapkan tugasan yang berkisarkan tentang perjuangan tokoh-tokoh dalam menuntut kemerdekaan tanah air pada tahun 1957, saya telah memperoleh banyak pengajaran dan pengetahuan yang bernilai dan berharga. ,ialah ketika mencari sumber rujukan di Perpustakaan Negeri Kelantan. Saya dan rakan-rakan saya telah berhempas pulas,bertungkus-lumus, memerah keringat mencari buku-buku dan jurnal di Perpustakaan Negeri Kelantan kerana terdapat pelbagai buku di situ. Selain itu, saya juga mencari bahan rujukan di Perpustakaan Tok Kenali iaitu perpustakaan yang terdapat dalam kampus IPG Kota Bharu. Dalam melakukan sesuatu, pasti terdapat masalah yang menimpa. Begitu juga dengan saya. Semasa melakukan kerja kursus ini, saya telah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Antaranya ialah kekangan masa. Hal ini kerana pada masa yang sama, terdapat banyak lagi kerja kursus yang perlu disiapkan.Dengan ini, ia telah mendidik saya supaya menjadi lebih berdisiplin terutamanya berkaitan dengan pengurusan waktu. Selain itu, saya juga memperoleh pengajaran iaitu bukan mudah juga untuk mencari sumber. Hal ini kerana walaupun terdapat banyak sumber yang boleh kita dapat, tetapi kebanyakannya adalah tidak relevan.Oleh itu, saya terpaksa mengkaji satu persatu buku-buku untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Namun bebanan tersebut dapat dikurangkan apabila saya dibantu oleh rakan-rakan sekelas saya.Terima kasih saya ucapkan kepada mereka semua. Selain xxix

Refleksi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Refleksi kerja kursus

Citation preview

REFLEKSI DIRISHANETTA BINTI JIMALNO K/P: 960705-12-5216

Ucapan syukur saya panjatkan kepada-Nya kerana berjaya menyiapkan kerja kurus SJH1064 Sejarah Malaysia moden dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang proses menyiapkan tugasan yang berkisarkan tentang perjuangan tokoh-tokoh dalam menuntut kemerdekaan tanah air pada tahun 1957, saya telah memperoleh banyak pengajaran dan pengetahuan yang bernilai dan berharga. ,ialah ketika mencari sumber rujukan di Perpustakaan Negeri Kelantan. Saya dan rakan-rakan saya telah berhempas pulas,bertungkus-lumus, memerah keringat mencari buku-buku dan jurnal di Perpustakaan Negeri Kelantan kerana terdapat pelbagai buku di situ. Selain itu, saya juga mencari bahan rujukan di Perpustakaan Tok Kenali iaitu perpustakaan yang terdapat dalam kampus IPG Kota Bharu. Dalam melakukan sesuatu, pasti terdapat masalah yang menimpa. Begitu juga dengan saya. Semasa melakukan kerja kursus ini, saya telah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Antaranya ialah kekangan masa. Hal ini kerana pada masa yang sama, terdapat banyak lagi kerja kursus yang perlu disiapkan.Dengan ini, ia telah mendidik saya supaya menjadi lebih berdisiplin terutamanya berkaitan dengan pengurusan waktu. Selain itu, saya juga memperoleh pengajaran iaitu bukan mudah juga untuk mencari sumber. Hal ini kerana walaupun terdapat banyak sumber yang boleh kita dapat, tetapi kebanyakannya adalah tidak relevan.Oleh itu, saya terpaksa mengkaji satu persatu buku-buku untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Namun bebanan tersebut dapat dikurangkan apabila saya dibantu oleh rakan-rakan sekelas saya.Terima kasih saya ucapkan kepada mereka semua. Selain itu, saya juga telah menghadapi masalah kesihatan tetapi saya menanganinya dengan segera iaitu pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Syukur kerana masalah kesihatan saya tidak berpanjangan Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya menyedari betapa pentingnya sikap berkerjasama dan saling tolong-menolong. Peribahasa bersatu kita teguh,bercerai kita roboh menjelaskan bahawa apabila terdapat kolaborasi dan kerjasama dalam menyiapkan tugasan, sesuatu tugasan itu dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Misalnya, saya dan kawan-kawan bertukar-tukar maklumat atau poin-poin penting sekiranya tokoh yang kami pilih adalah sama. Sesungguhnya, aktiviti kolaborasi ini memberi menampakkan bahawa dalam setiap tugasan yang diberi kepada kami,kami harus berganding bahu menyelesaikannya tanpa mementingkan diri sendiri. Hal ini bermaksud, meskipun kami saling bersaing antara satu sama lain, tetapi kepentingan tersebut harus diketepikan. Dalam tugasan kerja kursus yang pertama, kami diminta untuk menerangkan secara terperinci tentang pejuangan tokoh-tokoh yang terlibat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan pada tahun 1957. Maka, saya telah memilih tiga tokoh yang saya sanjungi iaitu Tunku Abdul Rahman, Dato Onn Jaafar dan Khadijah Sidek. Saya telah mengumpul dan mencari maklumat mengenai latar belakang tokoh-tokoh tersebut dan menerusi proses itu, saya dapat menghayati secara mendalam kesusahan, kepayahan serta pengorbanan yang telah mereka telah lakukan. Misalnya, Tunku Abdul Rahman sanggup berhadapan dengan pelbagai penentangan sama ada daripada parti politik mahu pun ancaman komunis dalam usaha berkerajaan sendiri. Dato Onn Jaafar pula sanggup bersusah payah menyebarkan ideanya menentang gagasan Malayan Union di seluruh negara, menyemarakkan semangat kecintaan dan kesedaran betapa perlunya masyarakat Melayu bangun untuk mendapatkan hak yang sewajarnya. Khadijah Sidek melalui UMNO telah berjuang berhabis-habisan untuk memartabatkan kedudukan wanita pada kacamata masyarakat Melayu ketika itu. Pemikiran beliau yang dianggap lebih jauh kehadapan pada waktu itu telah dipandang serong oleh masyarakat yang masih terperuk dalam pemikiran ortodoks, ibarat katak di bawah tempurung. Namun dalam jangka masa yang panjang, perjuangan beliau menampakkan hasil. Jikalau tidak, pada masa sekarang, wanita masih dianggap golongan yang lemah dan hanya layak berada di dapur. Seterusnya, saya telah mendapati bahawa tidak semestinya tokoh radikal yang bukan pro-barat itu adalah penentang kemerdekaan. Malah, mereka juga adalah seorang perwira sejati yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan status berkerajaan sendiri. Matlamat mereka iaitu ingin keluar daripada belenggu penjajah tiada bezanya dengan tokoh beraliran pro-barat atau yang bekerjasama dengan pihak Inggeris. Namun begitu, cara perjuangan mereka itu kurang diterima kerana dianggap tidak sesuai dengan situasi pada ketika itu. Contohnya, Khadijah Sidek yang berjuang mengimbangi hagemoni kaum lelaki dan wanita dalam segala bidang khususnya bidang politik di samping menuntut kemerdekaan negara ditentang habis-habisan kerana minda Melayu masih tertutup sehinggakan idea beliau dibekukan, lalu ditendang keluar daripada UMNO. Oleh sebab itu, jasa tokoh-tokoh yang radikal dan bersifat kiri seperti Khadijah Ibrahim tidak wajar dibisukan dalam lipatan sejarah. Generasi pada zaman ini sememangnya perlu tahu kewujudan seorang tokoh sejati seperti Khadijah Ibrahim. Biarlah nama beliau tetap harum dalam sejarah tanah air kita berikutan perjuangannya yang murni dalam proses menuntut kemerdekaan negara. Selain itu, saya juga mendapati bahawa betapa perlunya seorang pemimpin yang berwibawa, berpandangan jauh dan berdiplomasi dalam usaha memacu negara Malaysia ke arah yang lebih cemerlang seperti tokoh-tokoh yang saya pilih. Jika dikaitkan dengan perkembangan politik yang ada pada hari ini, kita dapat melihat secara jelas bahawa terdapat segelintir pemimpin yang tidak menjalankan tugas pentadbiran dengan baik, sering berbalah serta hanya berstatuskan orang penting dalam arena politik tetapi tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk memajukan bangsa dan negara. Di manakah kewibawaan pemimpin kita pada masa kini? Pemimpin Malaysia pada masa kini terlalu kontras dengan sikap pemimpin terdahulu yang sanggup berkorban idea, masa dan tenaga tanpa sekelumit perasaan mengeluh dan pentingkan diri sendiri. Contohnya, melalui sorotan latar belakang Dato Onn Jaafar, beliau begitu rendah diri dan sangat komited terhadap tanggungjawabnya membela bangsa Melayu ketika menentang gagasan Malayan Union. Bahkan dalam perjuangannya, beliau Onn Jaafar seorang Presiden UMNO yang sabar ketika zamannya, berjalan kaki dan menaiki basikal masuk ke kampung-kampung menyedarkan orang kampung supaya bersatu di dalam UMNO untuk mendapatkan kemerdekaan dan bukannya membuat perhimpunan atau rusahan-rusuhan untuk menegakkan pendirian politik beliau.[footnoteRef:1] Saya menyedari bahawa dengan adanya pemimpin yang berjiwa rakyat seperti tokoh Dato Onn Jaafar, Malaysia mampu berdiri sebagai negara yang maju berteraskan perpaduan nasional, aman dan damai tanpa adanya rusuhan-rusuhan yang menggugat keselamatan negara. [1: Al-Azharri Siddiq. Forum Utusan Online: Kenanglah Jasa Pemimpin pada 15 Oktober 2013. Diakses daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Forum/20131015/fo_01/Kenanglah-jasa-pemimpin#ixzz3YSbPv7Pvpada 31 Mac 2015.]

Oleh hal yang demikian, saya menyedari bahawa sudah menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk menilai dan memilih pemimpin yang benar-benar mampu menjana negara ke arah kecemerlangan yang maksima iaitu memantapkan perpaduan nasional dan melahirkan modal insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Sebagai masyarakat yang mengamalkan kebebasan bersuara, adalah menjadi hak kita untuk mengkritik dasar kerajaan yang dilihat menindas ataupun tidak membawa apa-apa sumbangan dalam meningkatkan pembangunan politik,ekonomi dan sosial semua kaum di Malaysia. Namun begitu, kita haruslah bijak bertindak dan tidak menggunakan hak bersuara secara membabi buta. kerana ianya hanya akan mengguggat keamanan negara. Sebaliknya, kita harus menggunakan saluran yang betul bagi mengemukakan pendapat sebagai langkah pembaikan dalam membina negara bangsa. Di samping itu, kami turut diminta untuk menghuraikan faktor-faktor yang mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957. Setelah menjawab soalan tersebut dalam tugasan saya, saya menyedari bahawa pendidikan merupakan teras utama untuk membangunkan sesebuah bangsa kerana tahap pendidikan seseorang itu mempengaruhi pemikiran dan sejauh mana pemikiran itu mampu membawa kemajuan terhadap bangsa dan negara. Lihat sahaja pada ketokohan pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman, Dato Onn Jaafar dan Khadijah Sidek. Mereka mempunyai tahap pendidikan yang selaras dengan pihak Inggeris. Pendidikan yang mereka peroleh ini menyebabkan minda mereka lebih terbuka dan mampu berfikir lebih jauh. Kebijaksanaan dan pengetahuan mereka yang lebih liberal, kritis dan berpandangan jauh menyebabkan mereka mampu menjana idea yang akhirnya menyumbang ke arah kemajuan bangsa. Dalam soalan kedua tugasan kursus yang kami terima, kami diminta untuk membuat peta i-Think yang menjelaskan tentang susur galur Malaysia dalam usaha menuntut kemerdekaan. Daripada pembacaan saya tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa pendudukan penjajah seperti zaman Jepun, zaman keganasan Bintang Tiga, zaman pendudukan semula Inggeris, zaman pra-merdeka serta pasca-merdeka, saya mendapati bahawa tiada satu pun kuasa atau bangsa lain yang berniat untuk mempertahankan maruah bangsa Melayu. Sebaliknya, hanya bangsa sendiri yang boleh diharapkan untuk membangunkan serta menyedarkan rakyat untuk bangkit menuntut kebebasan daripada kuasa asing. Kebergantungan kita terhadap kuasa asing hanya memberi peluang kepada kuasa asing untuk melihat kelemahan-kelemahan yang kita miliki. Justeru kuasa asing tersebut akan mengambil kesempatan untuk memanipulasikan keadaan agar dapat memberi keuntungan kepada mereka. Sebagai contohnya, pendudukan Jepun yang diharapkan mampu membela nasib Tanah Melayu daripada terus dieksploitasi oleh pihak Inggeris ternyata mempunyai agenda yang tersendiri iaitu ingin menjepunkan Tanah Melayu, menanam bibit-bibit kesetiaan kepada Maharaja Meiji ketika itu di samping menguasai ekonomi Tanah Melayu. Ternyata slogan dan propaganda Asia untuk orang Asia dan Semangat Asia hanya sebagai modal untuk meraih sokongan daripada orang Melayu ketika itu. Sebagai generasi yang lahir pada era pasca-merdeka, semestinya saya tidak merasakan keperitan dan kepayahan hidup seperti pejuang dahulu yang sentiasa menghadapi cabaran dalam proses memerdekakan diri daripada belenggu penjajah. Selepas menjalankan tugasan ini, saya menyedari bahawa saya harus menghayati, mengekalkan dan mengisi kemerdekaan yang saya nikmati di negara Malaysia yang tercinta ini dengan menghormati pemerintah negara yakni sultan-sultan, perlembagaan, rukun negara, bendera jalur gemilang serta lagu Negaraku. Saya juga berhasrat untuk menjadi pendidik bangsa yang mampu melahirkan masyarakat yang cinta akan negara dan bersemangat patriotik. Sesungguhnya, tugasan ini saya lakukan bukan semata-mata untuk memenuhi tuntutan dalam pengajian Opsyen Sejarah tetapi juga untuk mempelajari dan menimba pengajaran yang berharga melalui sorotan kajian tentang masa lampau iaitu berkenaan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan. Penghayatan tentang sejarah ini telah menghidupkan sejarah dalam hati saya dan semestinya sebagai bakal guru yang akan mendidik generasi akan datang, saya akan berusaha untuk menerapkan nilai-nilai penghayatan sejarah agar mereka mempunyai perasaan syukur dan bangga sebagai rakyat Malaysia.Sekian, terima kasih.

xxxiii