7
3.0 REFLEKSI Oleh : Hariz Safwan Bin Yaccob Pertama dan selama – lamanya, saya bersyukur kehadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnia – Nya, saya dapat menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan sempurna. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana berkat perjuangan Baginda, kita masih lagi mengecapi dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah. Tugasan kerja kursus kali ini sangat memberi impak yang baik buat saya dalam mempersiapak diri untuk mengajar pada masa akan datang. Pertama, kekuatan dalam kerja kursus ini dalam memberi ilmu yang baik dalam pengaplikasian pedagogi. Seperti yang kita ketahui, ilmu pedagogi merupakan perkara wajib dipelajari oleh setiap guru pelatih. Namun begitu, pelaksanaannya terhadap murid dengan penggunaan bahan bantu mengajar tidak dipamerkan secara jelas dalam kandungan pedagogi. Hal ini demikian kerana, pedagogi hanya menekakan teori mengajar berbanding manual mengajar. Kehadiran tugasan seperti yang terkandung dalam kursus Literasi Bahasa ini memberi manfaat kepada saya dalam melaksanakan bahan bantu mengajar dan menggunakannya di dalam kelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, melalui tugasan ini juga, saya dapat mengetahui bahawa tugas mengajar murid – murid yang keciciran dalam membaca bukanlah tanggungjawab guru bahasa Melayu semata – mata. Namun, perkara ini harus dipandang serius oleh semua guru dalam menepis penularan masalah buta huruf dalam kalangan murid di dalam kelas. Melalui penekanan tugasan seperti ini, saya dapat mengetahui bagaimana cara untuk menarik perhatian murid dan memulihkan kemahiran asas membaca terhadap murid yang bermasalah. Penggunaan alat bantu mengajar sewaktu aktiviti pengajaran di dalam kelas sebenarnya memainkan peranan penting. Lanjutan itu, kemahiran ini

refleksi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

qwertyuiop

Citation preview

Page 1: refleksi

3.0 REFLEKSI

Oleh : Hariz Safwan Bin Yaccob

Pertama dan selama – lamanya, saya bersyukur kehadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnia – Nya, saya dapat menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan sempurna. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana berkat perjuangan Baginda, kita masih lagi mengecapi dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah.

Tugasan kerja kursus kali ini sangat memberi impak yang baik buat saya dalam mempersiapak diri untuk mengajar pada masa akan datang. Pertama, kekuatan dalam kerja kursus ini dalam memberi ilmu yang baik dalam pengaplikasian pedagogi. Seperti yang kita ketahui, ilmu pedagogi merupakan perkara wajib dipelajari oleh setiap guru pelatih. Namun begitu, pelaksanaannya terhadap murid dengan penggunaan bahan bantu mengajar tidak dipamerkan secara jelas dalam kandungan pedagogi. Hal ini demikian kerana, pedagogi hanya menekakan teori mengajar berbanding manual mengajar. Kehadiran tugasan seperti yang terkandung dalam kursus Literasi Bahasa ini memberi manfaat kepada saya dalam melaksanakan bahan bantu mengajar dan menggunakannya di dalam kelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Disamping itu, melalui tugasan ini juga, saya dapat mengetahui bahawa tugas mengajar murid – murid yang keciciran dalam membaca bukanlah tanggungjawab guru bahasa Melayu semata – mata. Namun, perkara ini harus dipandang serius oleh semua guru dalam menepis penularan masalah buta huruf dalam kalangan murid di dalam kelas. Melalui penekanan tugasan seperti ini, saya dapat mengetahui bagaimana cara untuk menarik perhatian murid dan memulihkan kemahiran asas membaca terhadap murid yang bermasalah. Penggunaan alat bantu mengajar sewaktu aktiviti pengajaran di dalam kelas sebenarnya memainkan peranan penting. Lanjutan itu, kemahiran ini snagat berguna untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik buat seluruh murid walaupun tahap mereka berbeza – beza antara satu sama lain.

Kekuatan lain yang boleh saya sertakan dalam refleksi kali ini iala kehendak tugasan yang inginkan sesuatu perkara yang baru daripada kami guru pelatih. Sebagai contoh sekiranya kumpulan saya dikehendaki melakasanakan aktiviti penyerapan seni anyaman, anyaman tersebut hendaklah diolah kepada sesuatu bentuk yang lebih menarik dan kreatif tidak terhad kepada cara lama yang sudah digunapakai di sekolah. Justeru, pengolahan idea daripada saya sendiri khusunya mencetuskan unsur kreatif dalam pembinaan bahan bantu mengajar yang sebelum ini tidak pernah saya peroleh dalam tugasan kerja kursus yang lain.

Dalam pada masa yang sama, dalam melaksanakan tugasan seperti ini saya juga mengalami beberapa kesukaran dan kelemahan yang saya rasakan perlu ditambahbaik pada masa akan datang

Page 2: refleksi

dalam konteks pelaksanaan tugasan kerja kursus, Pertama, penggunaan bahan bantu mengajar yang perlu disediakan awal adalah tidak releven dengan penilaian yang tidak seragam dalam konteks masa. Hal ini demikian kerana, kumpulan yang awal akan mempunyai masa yang singkat dlaam mempersiapkan bahan bantu mengajar mereka. Dalam pada masa yang sama, kumpulan yang selepasnya boleh melakukan banyak penambahan sedangkan item permarkahan adalah sama. Justeru, perkara ini perlu ditambahbaik agar pemarkahan kami antara satu sama lain lebih telus.

Tambahan datipada itu, penggunaan alat bantu mengajar juga memerlukan banyak kos dan penambahbaikan yang terkadang menelan jumlah yang banyak dalam konteks penyediaannya, Namun begitu, tidak adil sekiranya saya menyalahkan tugasan ini yang menuntut kami untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang bersalah. Sepatutnya, saya lebih kreatif menggunakan bahan terbuang sebagai contoh dalam langkah penjimatan dan fleksibel dalam penggunaanya. Keseluruhannya bergatung kepada bagaimana saya mengolah dan mengaplikasikan kefahaman kita dalam terjemahan alat bantu mengajar yang mudah, ringkas dan jimat.

Kesimpulannya, saya sangat berpuas hati dengan pemerolehan ilmu yang digarap melalui pelaksanaan tugasan kerja kursus ini. Cakupannya yang luas dan objektifnya yang jelas menutup segala kesukaran yang saya hadapi di sepanjang melaksanakan tugasan ini. Sejujurnya, tugasan kerja kursus secara pengalaman langsung sperti ini sesuai untuk terus dilaksanakan oleh para guru pelatih dalam mempersiapkan diri sebagai guru sebenar kelak. Akhir sekali, saya berharap agar tugasan ini benar – benar memberi ilmu yang bermanfaat kepada diri saya untuk menyumbangkan sesuatu yang berguna kepada anak bangsa apabila saya bergelar sebagai guru sebenar kelak.

Oleh : Muhammad Amirul Haq Bin Saifuddin

Pengenalan dan Penerimaan KKP

Untuk semester kedua Program PISMP Pendidikan Islam 2 ini, kami telah diberikan satu tugasan projek Kerja Kursus bagi subjek Literasi Bahasa yang berkaitan dengan kemahiran dan kreativiti guru dalam menyampaikan pengajaran Bahasa Melayu. Tugasan ini perlu dilakukan secara berkumpulan seramai dua orang yang memerlukan satu kemahiran dan kreativiti seorang bakal guru dalam menyampaikan pengajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar yang dicipta sendiri. Tugasan ini telah diberikan oleh pensyarah kami iaitu Pn. Syakila bt. Dollah dan beliau telah menjelaskan dengan baik dan jelas tentang tajuk tugasan ini.

Pemahaman KKP

Setelah menghalusi dengan lebih terperinci kertas tugasan Kerja Kursus ini, saya ditugaskan dan kehendaki untuk menghasilkan satu alat bantu mengajar berkaitan dengan tajuk literasi kami iaitu aktiviti penyerapan pemulihan membaca dan menulis dalam mata pelajaran pendidikan seni dan visual. Pada awalnya, kami dikehendaki untuk menyediakan satu power point berkaitan dengan tajuk kami yang melibatkan pengaplikasian aktiviti pendidikan seni dengan pengajaran bahasa

Page 3: refleksi

melayu sekolah rendah. seterusnya kami dikehendaki untuk mencipta satu bahan bantu mengjar berkaitan dengan tajuk dan bahan tersebut akan dipamerkan di pameran literasi bahasa pada penghujung semester nanti. Bahan tersebut seharusnya mempunyai unsur-unsur yang terkandung di dalam mata pelajaran pendidikan seni visual. Selain itu juga, kami dikehendaki untuk menulis satu penulisan akademik berdasarkan apa yang telah kami lalui sepanjang penghasilan tugasan ini.

Perancangan Pelan Tindakan

Selepas sahaja mendapatkan tugasan saya mengambil tindakan awal dengan menyediakan pelan tindakan yang mengandungi maklumat mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tempoh dalam menyiapkan tugasan ini. Pelan tindakan ini sangat penting bagi saya agar misi penyiapan kerja berjalan dengan mudah.

Masalah

Masalah yang wujud sepanjang menghasilkan tugasan yang diamanahkan ialah masalah pengurusan masa yang lemah. Masa yang diberikan mencukupi namun dengan kesibukan menyambut perayaan dan kehadiran tugasan-tugasan yang lain menyebabkan saya tidak sempat untuk menyiapkan tugasan ini mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Masa untuk pembentangan juga sangat singkat disebabkan banyak kumpulan yang akan membentang hasil kerja mereka sehingga ada beberapa kumpulan yang terpaksa menangguhkan pembentangan mereka sehingga melangkau tarikh menghantar tugasan ini. Bagi menjimatkan masa, pembentang perlu dilakukan dengan cepat dan simulasi di bilik darjah tidak berjalan dengan baik.

Selain itu, kesukaran untuk menjana idea menghasilkan bahan bantu mengajar telah menyebabkan saya mengalami sedikit kesukaran dalam menyiapkan tugasan ini. Tambahan pula, saya masih belum diberi pendedahan terhadap penghasilan bahan bantu mengajar yang berkesan. Terdapat beberapa kesulitan dan kecacatan yang berlaku ketika saya membentang hasil kerja saya dan telah menyebabkan pembentang saya menjadi terbantut. Segala masalah yang berlaku adalah daripada kelemahan saya sendiri yang masih tidak mahir dalam menyediakan bahan bantu mengajar.

Penyelesaian Masalah

Page 4: refleksi

Walaupun terdapat pelbagai masalah telah saya hadapi sepanjang menjalankan KKP ini namun ia tidak sedikit pun mematahkan semangat saya untuk menyiapkannya. Segala masalah yang timbul dapat saya atasi dengan bantuan pensyarah dan juga rakan-rakan sekelas. Bagi masalah kesuntukan masa, kami sekelas telah membahagikan masa pembentang dengan baik. Semua kumpulan berjaya membentang hasil kerja mereka mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Pembahagian masa pembentang bagi setiap kumpulan juga diatur dengan baik dan kesemua kumpulan telah mengikut turutan mereka dengan baik. Walaupun masa pembentangan agak singkat, setiap kumpulan telah berjaya melakukan simulasi bagi membentangkan bahan bantu mengajar mereka.

Bukan itu sahaja, kolaborasi yang pelbagai sedikit sebanyak membantu saya untuk menghasilkan KKP yang terbaik. Aspek ini bukan sahaja dapat meleraikan sebarang masalah bahkan juga mampu mewujudkan hubungan interaksi yang positif dengan pihak-pihak tertentu. Kolaborasi juga turut membantu saya dalam mengenal pasti kelemahan dan kekuatan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. saya telah berkolaborasi bersama rakan-rakan bagi mendapatkan pandangan mereka tentang kesesuaian bahan bantu mengajar yang perlu saya siapkan dalam tempoh masa tertentu.

Hasil Pembelajaran

Seperti pepatah “setiap suatu kejadian pasti ada hikmahnya”. Jadi, walaupun terdapat pelbagai masalah telah dihadapi, tugasan ini sememangnya telah membawa banyak kebaikan pada diri saya. Tugasan KKP ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada saya. Salah satunya ialah saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan pemahaman saya terhadap kandungan mata pelajaran Literasi Bahasa ini. Berdasarkan segala maklumat yang saya peroleh dan baca, saya telah memahami apa itu definisi, konsep dan prinsip sebenar Literasi Bahasa. Setelah diamati dengan lebih terperinci literasi bahasa merupakan salah satu subjek yang banyak mengajar saya tentang bagaimana seorang guru menjana idea dan kreativiti mereka dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan. Walaupun subjek Literasi bahasa ini hanyalah berkaitan dengan pengajaran bahasa Melayu, namun ianya boleh diterapkan dan disampaikan melalui pelbagai jenis pengajaran seperti pendidikan muzik, pendidikan jasmani, dan pendidikan seni visual. Oleh sebab itu, saya mendapat satu ilham dan cara bagaimana kita sebagai bakal guru ingin menerapkan mata pelajaran dalam menyampaikan subjek khusus yang kita mengajar.

Daripada hasil kerja dan pengalaman dalam menyiapkan tugasan ini, saya juga dapat meluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman baru yang saya anggapnya sebagai cabaran sebagai seorang pendidik pada masa akan datang. Seorang guru haruslah memastikan kesemua anak muridnya mendapat dan menguasai apa sahaja yang kita ajarkan kepadanya. Cara untuk memastikan cara itu berkesan ialah dengan menggunakan kaedah-kaedah yang terbaik dalam pengajaran dan menggunakan bahan bantu mengajar yang efektif bagi memastikan murid-murid memahami isi pelajaran yang ingin disampaikan.

Page 5: refleksi

Melalui tugasan ini juga, saya menyedari bahawa betapa pentingnya kreativiti dan inovasi kepada guru-guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran. Guru haruslah menggunakan kaedah-kaedah yang seiring dengan keperluan murid tambahan lagi pada zaman milenium yang serba canggih ini. tidak hairanlah jika pada hari ini kita lihat murid-murid sudah menggunakan pelbagai gajet-gajet yang serba canggih dan berteknologi tinggi. Jadi, sebagai seorang bakal guru yang akan menghadap murid-murid seperti ini, kita haruslah bersedia dari segala macam aspek supaya murid-murid akan memandang tinggi dan menghormati guru-guru mereka. Menerusi tugasan ini, saya sebagai guru dapat menyedari kelemahan diri dan seharusnya sentiasa berusaha untuk mengatasi kelemahan tersebut melalui pelbagai strategi yang bernas dan memberangsangkan.

Selain itu, tugasan ini saya juga sedikit sebanyak mengajar saya erti kesabaran dan iltizam yang tinggi. Dengan adanya kesabaran dan iltizam yang tinggi, hasil kerja ini dapat juga disiapkan dengan baik tanpa keadaan yang tergopoh-gapah yang boleh merencatkan tugasan. Bahkan ini juga sedikit sebanyak telah menyedarkan saya untuk sentiasa bekerja dengan konsisten dan komited serta tidak membuang masa setelah diberi sesuatu tugasan itu.

Penutup

Konklusinya, sememangnya tugasan ini amat berguna kepada saya sebagai ulangkaji untuk peperiksaan yang akan menjelang tiba tidak lama lagi sekaligus membantu saya untuk menjadi seorang guru yang berpengetahuan lagi komited dalam kerjaya. Selain itu, sebarang permasalahan yang timbul sepanjang proses menyiapkan tugasan KKP ini telah saya jadikan iktibar agar itu menjadi aset penguat kepada diri saya untuk menyiapkan tugasan lain pada masa akan datang.