5
7. 0 Refleksi Pelajar semester 7 PISMP telah ditugaskan untuk menyediakan proposal kajian tindakan. Saya telah berjaya menyediakan proposal kajian tindakan dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang banyak telah membantu saya dalam menyiapkan proposal kajian tindakan ini terutamanya pensyarah saya, Pn. Joy N Samuel, ibu bapa dan rakan-rakan saya. Elliot (1981) mendefinisikan kajian tindakan sebagai kerangka untuk penilaian kendiri (framework for self-evaluation) di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial. Menurut Elliott (1991:69) lagi, kajian tindakan adalah sebagai kajian situasi sosial yang bertujuan memperbaiki kualiti tindakan dalam lingkungan sendiri. Saya telah menyediakan proposal kajian tindakan berdasarkan penilaian kendiri saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Proposal kajian tindakan ini juga adalah bertujuan untuk memperbaiki

Refleksi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

refeksi

Citation preview

Page 1: Refleksi

7. 0 Refleksi

Pelajar semester 7 PISMP telah ditugaskan untuk menyediakan proposal kajian

tindakan. Saya telah berjaya menyediakan proposal kajian tindakan dengan jayanya.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang banyak telah

membantu saya dalam menyiapkan proposal kajian tindakan ini terutamanya pensyarah

saya, Pn. Joy N Samuel, ibu bapa dan rakan-rakan saya.

Elliot (1981) mendefinisikan kajian tindakan sebagai kerangka untuk penilaian

kendiri (framework for self-evaluation) di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan

mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah

amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial. Menurut Elliott (1991:69) lagi, kajian

tindakan adalah sebagai kajian situasi sosial yang bertujuan memperbaiki kualiti

tindakan dalam lingkungan sendiri. Saya telah menyediakan proposal kajian tindakan

berdasarkan penilaian kendiri saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah. Proposal kajian tindakan ini juga adalah bertujuan untuk

memperbaiki amalan saya yang menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran

sering tidak tercapai.

Saya telah menhadapi pelbagai cabaran dalam menyediakan proposal ini.

Antara masalah yang sangat memeningkan saya ialah dalam mengenal pasti isu di

dalam bilik darjah yang sering menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran

yang saya rancang tidak tercapai. Pada mulanya, saya telah melaksanakan pelbagai

langkah dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Page 2: Refleksi

Saya telah menggunakan pelbagai teknik seperti teknik simulasi, teknik berasaskan

bahan bantu mengajar dan sebagainya tetapi semuanya tidak berjaya.

Setelah berbincang dengan pensyarah pembimbing dan berkolaborasi dengan

guru pembimbing untuk memerhatikan sesi pengajaran dan pembelajaran saya, saya

dapat mengenal pasti isu di dalam bilik darjah saya. Masalah di dalam bilik darjah saya

ialah tingkah laku murid. Walau bagaimana pun saya masih menghadapi masalah

dalam melihat isu tingkah laku murid dengan lebih jelas di dalam bilik darjah. Saya telah

membuat pelbagai andaian iaitu mungkin murid saya tidak bermotivasi dan mungkin

teknik pengajaran dan pembelajaran yang saya gunakan tidak bersesuai. Ini

menyebabkan saya berasa sukar dalam menyediakan proposal kajian tindakan. Setelah

diberi tunjuk ajar oleh pensyarah pembimbing dan rakan-rakan, saya telah membaca

pelbagai bahan ilmiah supaya saya dapat lihat isu bilik darjah dengan lebih jelas dan

tepat.

Akhirnya, saya dapat mengenal pasti masalah di dalam bilik darjah saya iaitu

masalah tingkah laku negatif murid. Berdasarkan bacaan bahan ilmiah juga saya dapat

mengenal pasti penyelesaiannya. Penyelesaian bagi masalah tingkah laku negatif

murid ialah penggunaan sistem token ekonomi.

Saya berasa lega kerana saya dapat menyelesaikan isu di dalam bilik darjah

ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dan sekali gus telah membantu saya dalam

memilih tajuk bagi kajian tindakan yang bakal saya laksanakan.

Seterusnya, saya juga menghadapi masalah dalam penulisan proposal kajian

tindakan. Saya berasa sungguh rendah diri apabila pada mulanya saya tidak dapat

Page 3: Refleksi

sediakan suatu penulisan yang professional. Tetapi, berkat usaha saya dengan merujuk

bahan-bahan ilmiah saya dapat menyediakan penulisan yang dapat memuaskan

pensyarah.

Saya berasa kelemahan pada diri saya semasa menyiapkan proposal ini dapat

diatasi dengan pembacaan pelbagai bahan yang sangat membantu saya. Pembacaan

membantu saya mengenal pasti masalah didalam bilik darjah malah memberi idea

kepada saya dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Kesimpulannya, proposal kajian dan kajian tindakan yang bakal dijalankan telah

membantu saya dalam mengenal pasti isu di dalam bilik darjah semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dan penyelesaian bagi isu tersebut. Dengan kata-kata

lain, melalui kaedah kajian tindakan ini guru-guru dapat menyelesaikan sendiri dan

memahami sesuatu masalah atau situasi sosial yang berlaku. Perubahan dan

peningkatan amalan guru akan meningkatkan mutu pendidikan di sekolah serta

profesionalisme perguruan.