8
REFLEKSI BENGKEL BINA INSAN GURU FASA V Pelaksanaan Bina Insan Guru adalah berdasarkan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah Pembina generasi, pembentu jati diri dan juga model kepada masyarakat. Maka melalui aktiviti yang dirancang dalam setiap bina insan guru ini dapat membantu pelajar guru mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Melalui program ini diharap dapat melahirkan guru- guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Pada semester ini tugasan wajib yang perlu dilakukan bagi Program Bina Insan Guru (BIG) untuk fasa V ialah semua pelajar guru PISMP semester 5 dikehendaki untuk membuat dan mengadakan satu bengkel yang akan membentangkan kesemua sekolah yang telah dihadiri oleh pelajar guru semester 5 ini semasa melakukan lawatan penanda aras ( bench marking). Kesemua kumpulan akademik semester 5 dikehendaki membentangkan kesemua hasil dapatan mengikut tajuk yang dikehendaki soalan tugasan iaitu berkenaan dengan empat topik yang dikehendaki seperti iaitu berkenaan dengan ciri- ciri kepimpinan yang terdapat pada sekolah, iklim dan budaya sekolah, pengurusan sekolah dan juga infrastruktur dan infostruktur sekolah.

Refleksi BIG Lagi

  • Upload
    shima

  • View
    82

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Refleksi BIG Lagi

REFLEKSI BENGKEL BINA INSAN GURU FASA V

Pelaksanaan Bina Insan Guru adalah berdasarkan kepada kesedaran bahawa

profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah Pembina generasi, pembentu

jati diri dan juga model kepada masyarakat. Maka melalui aktiviti yang dirancang dalam

setiap bina insan guru ini dapat membantu pelajar guru mengaplikasikan pengetahuan

dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara

berterusan. Melalui program ini diharap dapat melahirkan guru- guru yang memiliki

kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di

samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.

Pada semester ini tugasan wajib yang perlu dilakukan bagi Program Bina Insan

Guru (BIG) untuk fasa V ialah semua pelajar guru PISMP semester 5 dikehendaki untuk

membuat dan mengadakan satu bengkel yang akan membentangkan kesemua sekolah

yang telah dihadiri oleh pelajar guru semester 5 ini semasa melakukan lawatan

penanda aras ( bench marking). Kesemua kumpulan akademik semester 5 dikehendaki

membentangkan kesemua hasil dapatan mengikut tajuk yang dikehendaki soalan

tugasan iaitu berkenaan dengan empat topik yang dikehendaki seperti iaitu berkenaan

dengan ciri- ciri kepimpinan yang terdapat pada sekolah, iklim dan budaya sekolah,

pengurusan sekolah dan juga infrastruktur dan infostruktur sekolah.

Kesemua pembentang melibatkan topik- topik berikut berkenaan dengan hasil

yang telah diperolehi daripada sekolah penanda aras masing- masing. Program

bengkel Bina Insan Guru ini telah bermula jam 3 petang sehingga 6.30 petang. Program

ini telah melibatkan semua kumpulan akademik semester 5. Program telah bermula

dengan sesi pendaftaran oleh semua pelatih guru bagi memastikan seua pelajar guru

semester 5 menghadiri bengkel ini dan diikuti dengan melakukan cabutan undian untuk

menentukan giliran pembentangan. Semua pelajar guru semester 5 wajib menghadiri

bengkel ini bagi mencukupkan jam kredit untuk bina insane guru iaitu sebanyak 10 jam.

Setiap pembentangan diberikan selama 10 minit untuk setiap kumpulan akademik.

Page 2: Refleksi BIG Lagi

Membentangkan hasil dapatan dari sekolah masing- masing dan setiap

kumpulan akademik dibenarkan menghantar wakil dua orang sahaja untuk melakukan

pembentangan. Seterusnya, semua kumpulan akademik melakukan pembentangan

dengan mengikut cara dan gaya masing- masing dan semuanya sangat bersemangat

untuk menceritakan dan berkongsi dengan kehebatan sekolah penanda aras masing-

masing. Secara keseluruhannya, saya berasa sangat teruja kerana terlalu banyak

sekolah- sekolah kluster dan juga model khas yang ternyata sangat hebat serta

mempunyai kelebihan dan keunikan masing- masing.

Tambahan pula, kebanyakan sekolah yang telah dibentangkan oleh semua

kumpulan akademik bukan hanya di sekitar pulau pinang malah termasuklah negeri

perak dan juga negeri kedah. Secara keseluruhannya, terdapat banyak kelebihan dan

kebaikan yang diperolehi hasil daripada pelaksanaan bengkel Bina Insan Guru ini

antaranya ialah saya dapat mengenalpasti pelbagai sekolah- sekolah yang cemerlang

iaitu mempunyai taraf kluster dan juga model khas di sekitara pulau pinang, perak dan

juga kedah dan sekaligus membuka peluang untuk saya lebih mengenali nama- nama

sekolah yang terkenal ini. sekurang- kurangnya saya telah mengetahui pelbagai nama

sekolah- sekolah yang hebat ini melalui bengkel ini hasil daripada pembentangan dan

dapatan yang diperolehi oleh semua kumpulan akademik semester 5 ini.

Hal ini bagi memastikan saya lebih peka dan mengenali sekolah- sekolah hebat

ini dupaya dapat dijadikan model dan contoh rujukan yang terbaik setelah bergelar guru

kelak. Tambahan pula, melalui bengkel ini dapat membuka peluang kepada saya untuk

melihat keistimewaan dan keunikan yang diperolehi oleh sekolah- sekolah hebat ini.

melalui maklumat- maklumat tentang kehebatan dan keistimewaan sekolah- sekolah ini

dapat dijadikan panduan kepada saya untuk mengenali dan sekaligus membezakan

antara sekolah harian biasa dengan sekolah model khas atau kluster.

Page 3: Refleksi BIG Lagi

Melalui bengkel ini saya dapat melihat sendiri pelabagi cara pentadbiran yang

berbeza daripada sekolah masing- masing dan ternyata semuanya adalah hebat dari

segi pengurusan, infrastruktur,infotsruktur, dan terutamanya dalam aspek kepimpinan

disebabkan sekolah- sekolah ini merupakan sekolah pilihan yang terbaik dan telah

diberikan dana untuk menjalankan aktiviti kebitaraan masing- masing.

Bengkel ini sangat memberi info dan maklumat yang banyak serta pelbagai

berkenaan dengan pengurusan sekolah- sekolah yang semuanya hebat belaka. Di

samping itu, melalui maklumat – maklumat berkenaan deengan sekolah- sekolah

hebat ini dari aspek pengurusan, kepimpinan terutamanya dapat dijadikan panduan

bagi diri saya sendiri setelah ditempatkan di sekolah kelak. Melalui pengurusan dan

kepimpinan daripada sekolah- sekolah kluster dan model khas ini dapat dijalankan di

sekolah harian biasa juga walaupun di kawasan pendalaman. Yang penting adalah idea

yang bernas untuk melakukan transformasi dalam sebuah sekolah dan juga

kesungguhan seorang guru untuk melakukan perubahan.

Walaupun guru itu hanya sebanyak unit kecil di sekolah selepas barisan

pentadbiran, namun guru yang memainkan peranan yang besar dan sebagai proses

permulaan untuk mengubah dan membentuk murid- murid sekaligus sekolah bagi

mencapai kecemerlangan. Tambahan lagi, melalui bengkel ini setiap kumpulan

akademik dikehendaki untuk menyediakan persembahan dalam bentuk power point dan

juga menyediakan analisis SWOT berkenaan dengan sekolah yang telah dilawati. Kerja

ini telah diselesaikan secara bersama- sama dan masing- masing daripada semua

rakan- rakan bekerjasama dengan memberikan idea- idea dan maklumat yang

diperolehi sepanjang lawatan yang lepas.

Saya berasa sangat gembira dan bersyukur serta sangat berterima kasih kepada

rakan- rakan kelas pengajian melayu sendiri kerana membantu saya bersama- sama

menyelesaikan analisis SWOT disebabkan saya ditugaskan untuk menyiapkan analisis

SWOT ini untuk dibentangkan dalam bengkel. Hal ini dapat mewujudkan ikatan ukhwah

yang sangat kukuh dalam kalangan ahli kelas pengajian melayu sendiri kerana, saya

dan rakan- rakan sentiasa bersama- sama menyelesaikan masalah melalui

Page 4: Refleksi BIG Lagi

perbincangan yang diadakan dan berkongsi pendapat dan idea yang terbaik bagi

memastikan analisis SWOT ini berjalan dengan lancar. Susah dan senang saya dan

rakan- rakan hadapinya bersama dan sentiasa bantu- membantu dalam menyelesaikan

masalah ini

walaupun saya dan rakan mempunyai masalah untuk menyatakan kelemahan

dalam analisis SWOT ini, namun masing- masing berusaha untuk mencari dan

mengenalpasti beberapa kelemahan yang tidak ketara daripada sekolah yang telah

diadakan lawatan ini. Maka, melalui kerjasama ini dapat merapatkan hubungan saya

dengan rakan- rakan serta mengukuhkan ikatan persabahatan antara kami. Seperti

hadis sahih yang diriwayatkan oleh (HR. Al Bukhari dan Muslim) iaitu

“Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu

sama lain saling menguatkan.” 

Maka jelas di sini bahawa bahawa melalui kerjasama yang diwujudkan dengan

saling membantu antara satu sama lain ini dapat membantu seseorang menjadi lebih

kuat seperti dalam islam juga yang menggalakkan kita untuk sentiasa berada dalam

berjemaah dan tidak digalakkan berseorangan. Walaubagaimanapun, adat kehidupan

ada manis tentu ada pahitnya, kelemahan yang terdapat dalam sesi bengkel pada kali

ini ialah peruntukan masa pembentangan yang agak terhad diberikan kepada semua

kumpulan akademik untuk membentangkan hasil daripada dapatan masing- masing. Di

samping itu, terdapat juga kumpulan yang telah membuat persembahan melebihi

daripada 10 minit dan sekaligus mengurangkan lagi masa peruntukan masa untuk

kumpulan yang seterusnya.

Hal ini menyebabkan setiap kumpulan akademik perlu tergesa- gesa untuk

meyampaikan maklumat yang pada hakikatnya banyak dan perlu disampaikan hasil

dapatan yang diperolehi daripada sekolah- sekolah yang hebat telah dilawati. Namun,

tidak diberi kesempatan disbebkan pemberian masa yang terhad. Tambahan pula, hal

ini menyebabkan maklumat dan ilmu baru yang hendak disampaikan oleh setiap

kumpulan berkenaan dengan pentadbiran sekolah terbatas.

Page 5: Refleksi BIG Lagi

Saya berasa sedih kerana saya ingin dan mendapatkan maklumat yang jelas

berkenaan dengan kesitimewaan di sekolah- sekolah kluster dan juga model khas ini

kerana ini merupakan peluang keemasan yang perlu direbut untuk mendapatkan ilmu

seperti ini. Namun, sebagai cadangan penambahbaikan,daripada kelemahan ini ialah

dengan mencadangkan masa yang lebih untuk setiap kumpulan akademik

membentangkan hasil dapatan masing- masing bagi memastikan semua maklumat dan

informasi dapat disampaikan dengan lengkap.

Masa yang lebih tidak menjadi satu isu kerana tujuan utama bengkel ini diadakan

adalah untuk menuntut ilmu dan saya yakin jika sesuatu perkara dilakukan dengan niat

yang betul, pasti akan dipermudahkan urusan seperti dalam hadis 40 Imam Nawawi

iaitu hadis 1 ‘ sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya

dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya’.

Kesimpulannya, saya berasa sangat bersyukur kerana telah berjaya menyelesaikan

tugasan Bina Insan Guru Fasa V ini dengan mengadakan lawatan penanda aras dan

juga bengkel ini.

Saya juga memperolehi pelbagai ilmu dan pengetahuan baru daripada segala

tugasan dan tanggungjawab yang diperolehi dalam menyelesaikan tugasan ini di

samping pengalaman yang sangat berguna. Segala ilmu dan pengalaman yang

diperolehi ini akan dijadikan pedoman dan panduan kepada diri saya setelah bergelar

guru kelak.

NUR FARAH BT NASIR

T3 PENGAJIAN MELAYU SEMESTER 5