2
Refleksi BIG Sem 6 (Selutan Brnadus) Pada Program Bina Insan Guru kali ini saya dan rakan telah menjalankan program ini di SK Simpang Empat, Hutan Melintang Perak. Program yang dijalankan iaitu Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang, sememangnya memberi pengalaman bermakna buat saya sebagai seorang bakal guru. Dalam program ini saya diberi kepercayaan sebagai AJK Dokumentasi dan tugas saya iaitu membuat laporan lengkap tentang perjalanan program ini. Saya belajar bagaimana untuk menyediakan laporan yang baik mengikut format yang betul dan sudah pasti dengan pengalaman ini, saya dapat aplikasikan apabila saya bertugas di sekolah kelak. Pengalaman yang saya lalui sepanjang menjayakan program ini antaranya bagaimana bekerja dalam satu kumpulan iaitu bermula dengan mesyuarat untuk menentukan sekolah mana yang hendak dipilih untuk menjalankan program ini, diikuti dengan menghubungi pihak sekolah, menyediakan kertas kerja sehinggalah program ini berjaya dilaksanakan. Sebagai seorang bakal guru adalah penting untuk mempunyai pengalaman seperti ini iaitu yang berkaitan dengan pengurusan kerana saya yakin bahawa apabila bekerja kelak, pastinya sekolah memerlukan khidmat saya untuk mengendalikan program-program sekolah. Input yang saya perolehi hasil daripada temuramah dengan para guru cemerlang di sekolah tersebut antaranya berkenaan dengan etika kerja seorang guru cemerlang, inovasi dalam pendidikan, teknik penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan banyak lagi. Saya mendapati bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang guru yang cemerlang kerana saya harus memberi banyak sumbangan terhadap prestasi murid-murid dan sekaligus prestasi sekolah. Selain itu saya juga sempat melawat bilik-bilik yang terdapat di sekolah tersebut antaranya bilik sains, bilik matematik, pusat sumber dan prasekolah. Saya mendapati bagaimana pengendalian bilik-bilik tersebut dan sudah tentu hal ini perlu saya ketahui kerana saya juga akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan bilik-bilik di sekolah apabila saya berkhidmat kelak.

Refleksi BIG Sem 6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

refleksi big 6

Citation preview

Refleksi BIG Sem 6 (Selutan Brnadus)

Pada Program Bina Insan Guru kali ini saya dan rakan telah menjalankan program ini di SK Simpang Empat, Hutan Melintang Perak. Program yang dijalankan iaitu Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang, sememangnya memberi pengalaman bermakna buat saya sebagai seorang bakal guru.Dalam program ini saya diberi kepercayaan sebagai AJK Dokumentasi dan tugas saya iaitu membuat laporan lengkap tentang perjalanan program ini. Saya belajar bagaimana untuk menyediakan laporan yang baik mengikut format yang betul dan sudah pasti dengan pengalaman ini, saya dapat aplikasikan apabila saya bertugas di sekolah kelak. Pengalaman yang saya lalui sepanjang menjayakan program ini antaranya bagaimana bekerja dalam satu kumpulan iaitu bermula dengan mesyuarat untuk menentukan sekolah mana yang hendak dipilih untuk menjalankan program ini, diikuti dengan menghubungi pihak sekolah, menyediakan kertas kerja sehinggalah program ini berjaya dilaksanakan. Sebagai seorang bakal guru adalah penting untuk mempunyai pengalaman seperti ini iaitu yang berkaitan dengan pengurusan kerana saya yakin bahawa apabila bekerja kelak, pastinya sekolah memerlukan khidmat saya untuk mengendalikan program-program sekolah.Input yang saya perolehi hasil daripada temuramah dengan para guru cemerlang di sekolah tersebut antaranya berkenaan dengan etika kerja seorang guru cemerlang, inovasi dalam pendidikan, teknik penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan banyak lagi. Saya mendapati bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang guru yang cemerlang kerana saya harus memberi banyak sumbangan terhadap prestasi murid-murid dan sekaligus prestasi sekolah. Selain itu saya juga sempat melawat bilik-bilik yang terdapat di sekolah tersebut antaranya bilik sains, bilik matematik, pusat sumber dan prasekolah. Saya mendapati bagaimana pengendalian bilik-bilik tersebut dan sudah tentu hal ini perlu saya ketahui kerana saya juga akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan bilik-bilik di sekolah apabila saya berkhidmat kelak.Sebagai seorang bakal guru matematik, saya mendapat gambaran awal bagaimana untuk menjadi seorang guru cemerlang iaitu antaranya melakukan inovasi dalam pengajaran subjek matematik seperti yang ditunjukkan oleh salah seorang guru cemerlang di sekolah tersebut yang berjaya melakukan inovasi dalam pengajaran topik pendaraban dan pembahagian. Sebagai kesimpulan, saya berasa bertuah dapat menimba pengalaman yang bermakna melalui program ini. Saya berharap agar segala pengalaman yang ditimba dapat diguna sebaiknya apabila saya berkhidmat sebagai seorang guru di sekolah kelak.