Upload
budiman-daud
View
234
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
REFLEKSI INDIVIDU budiman
Citation preview
REFLEKSI INDIVIDU
Oleh : BUDIMAN BIN DAUD
751117-06-5463
PENGENALAN
Kelas PPG Matematik Ambilan Jun 2011 telah bersepakat untuk menjayakan
Hari Karnival Permainan Tradisional di Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai pada 1
Mac 2015 ( Ahad ). Semua pelajar telah dibahagikan kepada enam kumpulan yang
mana terdiri daripada empat atau lima orang ahli bagi mewakili satu permainan
tradisional. Setiap kumpulan bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengelola serta
menguruskan permainan tradisional yang telah dipilih.
Kami telah diberikan tugasan untuk menganjur dan mengelolakan
pertandingan di mana setiap kumpulan diminta sejenis permainan tradisional yang
berbeza bagi setiap kumpulan. Melalui perbincangan dan dipersetujui semua ahli
kumpulan, kami telah memilih permainan Chapteh.
Sejurus mendapat permainan tradisional masing-masing, setiap kumpulan
diminta untuk menyediakan pamplet atau brosur bagi permainan yang telah dipilih.
Pamplet atau brosur tersebut mengandungi rasional permainan, matlamat
permainan, objektif permainan, kumpulan sasaran, peraturan dan syarat permainan,
senarai peralatan, cara pemarkahan dan borang pemarkahan. Brosur ini disediakan
kepada pemantau pada hari karnival supaya memudahkan mereka meneliti dahulu
permainan sebelum ditunjukkan demonstrasi oleh para pengurus permainan.
Penyediaan brosur adalah sama dari segi rekaletak.
Bagi permainan ini, kami sepasukan telah menetapkan agar ianya diadakan di
kawasan dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai. Tujuannya ialah kerana
permukaan padang yang berumput lembut dan adalah tidak sesuai bagi peserta
untuk menjalankan pertandingan Chapteh tersebut.
KEKUATAN/ KELEBIHAN
Semasa menganjurkan permainan tradisional Chapteh ini, antara kelebihan
yang kami dapati ialah cara bermain permainan ini telah diketahui oleh kebanyakan
peserta. Justeru, ia akan memudahkan kami dari segi penerangan cara bermain
dimana kami hanya perlu menetapkan peraturan yang sesuai untuk menjadikan
permainan ini lebih menarik. selain itu, kami dapat menjimatkan masa tanpa perlu
memberikan penerangan panjang lebar tentang cara bermain kepada para peserta.
Kelebihan kedua yang kami dapati semasa menganjurkan permainan ini ialah
para peserta berasa seronok semasa bermain permainan tradisional Chapteh ini.
selain memberikan penuh kerjasama kepada kami pihak penganjur. Melihatkan
peserta berasa seronok, matlamat kami boleh dikatakan 80% tercapai walaupun dari
aspek afektif.
Kelebihan yang ketiga ialah peralatan yang diperlukan bagi menganjurkan
permainan capteh ini senang didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
Kelebihan yang terakhir ialah masa bagi permainan ini adalah sangat singkat
dan boleh menjimatkan masa selain tidak memerlukan susun atur jadual perlawanan
yang banyak.
KELEMAHAN
Sepanjang permainan ini dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang
timbul.
Pertama, kami dapati daripada pemilihan permainan ini ialah masalah dalam
kumpulan. Maksudnya, bilangan ahli perempuan dan lelaki tidak seimbang diantara
setiap kumpulan. Bagi permainan yang memerlukan kudrat dan tahap kecergasan
yang tinggi, masalah akan timbul apabila ahli perempuan lebih ramai berbanding
lelaki kerana peserta perempuan kurang kemahiran.
Kelemahan yang kedua pula ialah dari segi kawasan pertandingan. Kami
terpaksa melakukan aktiviti pertandingan di dalam dewan terbuka kerana cuaca
yang sangat panas.
Bagaimanapun, pertandingan Chapteh dapat dijalankan dengan baik dan tersusun
tanpa bantahan dengan kerjasama semua pihak.
Kesimpulannya, sesuatu projek mahupun pertandingan itu memerlukan
perancangan yang rapi dimana ia merupakan elemen terpenting dalam bidang
pengurusan terutamanya dalam dunia sukan. Setiap kelemahan yang timbul selepas
sesuatu pertandingan itu harus diperbaiki dimana ia akan bertindak sebagai sebuah
panduan agar perjalanan pertandingan pada masa akan datang akan berjalan
dengan lebih lancar.