11
REFLEKSI JOURNAL Sepanjang saya bertugas sebagai guru penasihat kelab badminton, pelbagai masalah telah dihadapi oleh saya dan juga rakan guru yang lain. Saya menganggap ini sebagai suatu cabaran kepada untuk lebih mengenali tentang permainan badminton secara khususnya dan kokurikulum secara amnya. Semua aktiviti memerlukan kerjasama semua ahli kelab untuk menjayakan aktiviti tersebut. Tetapi, terdapat sedikit kelemahan yang perlu diperbaiki pada masa akan datang. Pada awalnya, pendaftaran ahli kelab telah diadakan semasa pendaftaran pelajar-pelajar untuk menyertai kokurikulum masing-masing. Pendaftaran telah berjalan dengan lancar dan dapat diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan. Selepas beberapa hari selepas pendaftaran, suatu mesyuarat agung telah dijalankan untuk memilih AJK-AJK untuk memimpin dan mengendalikan aktiviti-aktiviti kelab di bawah pantauan guru-guru penasihat. Selepas itu, satu kursus tentang tanggungjawab seorang pengerusi, setiausaha dan bendahari telah diberikan kepada AJK yang terlibat. Kursus ini diadakan oleh unit kokurikulum sekolah dengan tujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada AJK tertinggi untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Pada minggu yang kedua perjumpaan kelab, satu pengenalan badminton telah diberikan oleh guru penasihat kepada ahli-ahli kelab. Selain daripada pemberian sejarah

Refleksi Journal Badminton

  • Upload
    yin-tan

  • View
    194

  • Download
    44

Embed Size (px)

DESCRIPTION

refleksi

Citation preview

Page 1: Refleksi Journal Badminton

REFLEKSI JOURNAL

Sepanjang saya bertugas sebagai guru penasihat kelab badminton, pelbagai masalah telah

dihadapi oleh saya dan juga rakan guru yang lain. Saya menganggap ini sebagai suatu

cabaran kepada untuk lebih mengenali tentang permainan badminton secara khususnya

dan kokurikulum secara amnya. Semua aktiviti memerlukan kerjasama semua ahli kelab

untuk menjayakan aktiviti tersebut. Tetapi, terdapat sedikit kelemahan yang perlu

diperbaiki pada masa akan datang.

Pada awalnya, pendaftaran ahli kelab telah diadakan semasa pendaftaran pelajar-

pelajar untuk menyertai kokurikulum masing-masing. Pendaftaran telah berjalan dengan

lancar dan dapat diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan. Selepas beberapa hari

selepas pendaftaran, suatu mesyuarat agung telah dijalankan untuk memilih AJK-AJK

untuk memimpin dan mengendalikan aktiviti-aktiviti kelab di bawah pantauan guru-guru

penasihat. Selepas itu, satu kursus tentang tanggungjawab seorang pengerusi, setiausaha

dan bendahari telah diberikan kepada AJK yang terlibat. Kursus ini diadakan oleh unit

kokurikulum sekolah dengan tujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada AJK tertinggi

untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Pada minggu yang kedua perjumpaan kelab, satu pengenalan badminton telah

diberikan oleh guru penasihat kepada ahli-ahli kelab. Selain daripada pemberian sejarah

kewujudan badminton, asal-usul pengasasan sukan badminton di Malaysia juga telah

disampaikan oleh guru penasihat kepada ahli kelab. Selepas itu, pendedahan tentang

peraturan dan undang-undang dalam permainan badminton telah disampaikan kepada ahli

kelab. Semasa pengenalan teori peraturan dan undang-undang, ahli-ahli kelab telah

dibahagikan dalam kumpulan di mana setiap kumpulan akan mempunyai seorang pelajar

yang mempunyai pengetahuan dalam badminton. Seterusnya, ahli kelab akan didedahkan

dengan peraturan dan undang-undang dalam badminton dalam bentuk video. Selepas itu,

ahli kelab akan melakukan praktikal dalam kumpulan. Tugasan adalah dengan mengenal

pasti kesalahan dalam permainan ini telah diberikan kepada ahli-ahli kelab. Setiap

kumpulan akan mengenal pasti kesalahan yang dilakukan dalam video yang ditunjukkan

oleh guru. Selepas itu, pembentangan akan dilakukan oleh mereka dan akan

dibandingkan dan dibincangkan bersama-sama dengan kumpulan yang lain.

Page 2: Refleksi Journal Badminton

Pada minggu yang seterusnya, aktiviti yang dijalankan adalah mempelajari

kemahiran melakukan servis untuk acara perseorangan dan acara bergu. Kemahiran ini

adalah sangat penting semasa memulakan permainan badminton. Ini adalah kemahiran

yang paling asas kena dipelajari oleh ahli kelab. Terdapat sedikit masalah yang berlaku

semasa guru mengajar kemahiran ini. Ahli kelab susah untuk mempraktikan kemahiran

ini kerana kekurangan raket badminton. Walau bagaimanapun masalah ini dapat diatasi

dengan ahli kelab bergilir-gilir untuk mencuba kemahiran tersebut. Pada mulanya, guru

akan menunjukkan cara melakukan servis perseorangan dan ahli kelab akan

memerhatikannya saja. Selepas itu, guru akan menunjukkan secara perlahan cara

melakukan servis dengan betul dan diikuti dengan ikut lajak. Seterusnya, ahli kelab akan

mempraktikkannya secara 15 minit. Selepas itu, barulah guru akan menunjukkan cara

melakukan servis acara bergu. Ahli kelab akan mempraktikkan apa yang telah

ditunjukkan oleh guru dan guru akan membetulkannya sekiranya terdapat kesalahan. Ahli

kelab juga akan diuji selepas mereka mahir melakukan kemahiran tersebut. Didapati pada

akhir perjumpaan untuk mempelajari kemahiran ini, hampir semua ahli kelab dapat

melakukannya dengan cara yang betul.

Setelah ahli kelab telah mahir dengan kemahiran servis, teknik pukulan lob telah

diajar oleh guru penasihat kepada ahli-ahli kelab. Pukulan lob adalah sejenis pukulan

yang memastikan peserta membalas balik servis perseorangan balik bulu tangkis ke ‘base

line’ tempat lawan. Kemahiran ini adalah asas pukulan dalam permainan badminton juga.

Tetapi kemahiran ini memerlukan teknik dan tenaga yang sederhana kuat untuk

menghantar bulu tangkis ke kawasan yang akan menyusahkan pihak lawan. Setelah guru

menunjukkan cara pergerakan tangan dan kaki semasa melakukan kemahiran ini tanpa

menggunakan bulu tangkis, ahli kelab akan melakukannya dengan cara yang sama. Ini

adalah kemahiran mengajar secara ansur maju. Setelah dapat melakukan pergerakan itu

dengan tepat, barulah guru akan menunjukkan cara pukulan lob dengan melibatkan raket

dan bulu tangkis. Selepas itu, ahli kelab akan melakukannya dengan berulang kali. Pada

minggu akhir perjumpaan untuk mempelajari kemahiran ini, ahli kelab akan diuji oleh

guru penasihat. Didapati kebanyakan pelajar dapat melakukan kemahiran ini dengan baik

dan tepat pada kawasan yang ditetapkan oleh guru.

Page 3: Refleksi Journal Badminton

Kemahiran ketiga akan dipelajari oleh ahli kelab pada perjumpaan kelab adalah

pukulan ‘smash’ atau merejam. Pukulan ini adalah untuk menyusahkan pihak lawan

daripada membalas bulu tangkis tersebut dan seterusnya memenangi mata. Kemahiran ini

memerlukan koordinasi mata dengan tangan yang sangat baik supaya dapat menghasilkan

pukulan yang kuat dan tepat pada tempat yang disasarkan. Kemahiran ini berkait rapat

dengan pukulan lob. Pergerakan kaki adalah sama manakala penambahan pada

pergerakan pergelangan tangan dan tangan iaitu menghalakannya ke bawah setelah

melakukan hayunan iaitu pada fasa ikut lajak akan membuat perubahan pada pergelangan

tangan. Kemahiran ini akan ditunjukkan oleh guru penasihat dengan tangan memegang

raket dan akan membuat pergerakan secara perlahan supaya ahli kelab dapat

memerhatikannya dengan sepenuhnya. Tetapi pada permulaannya, tiada bulu tangkis

yang akan digunakan, ahli kelab hanya akan menghayun dan memukul angin saja.

Setelah ahli kelab dapat menunjukkan penguasaan dalam kemahiran ini, bulu tangkis

akan digunakan untuk melakukan kemahiran ini. Ahli kelab akan mempraktikkan

kemahiran ini sehingga dapat menguasai dengan baik. Selepas itu, guru akan menguji

setiap ahli kelab untuk kemahiran ini. Didapati kebanyakan ahli kelab dapat melakukan

kemahiran ini dengan tepat tetapi masih boleh dipertingkatkan lagi kemahiran ini.

Kemahiran terakhir yang perlu dipelajari oleh ahli kelab dalam permainan

badminton adalah pukulan ‘drive’ atau pukulan separas dengan jaring. Tujuan pukulan ini

adalah untuk menyukarkan pihak lawan mengatur serangan. Kemahiran ini susah

dipelajari di mana ahli kelab hendaklah menguasai semua kemahiran asas sebelum

melakukan kemahiran ini. Pada mulanya, guru penasihat akan menunjukkan cara

melakukan kemahiran ‘drive’. Selepas itu ahli kelab akan mengikuti langkah-langkah

yang diajar oleh guru penasihat dengan memukul angin tanpa mengunakan bulu tangkis

secara ‘forehand’ dan ‘backhand’. Selepas semua ahli kelab dapat melakukannya, mereka

akan berlatih sesama sendiri dengan bulu tangkis. Ahli kelab akan mempelajari

kemahiran ini sehingga betul-betul menguasainya. Seterusnya, guru penasihat akan

menguji kemahiran yang telah dipelajari oleh ahli kelab dengan menetapkan pukulan

‘drive’ mestilah melepasi jaring dan tepat ke sasaran. Didapati hamper semua pelajar

dapat melakukan kemahiran ini dengan sempurna.

Page 4: Refleksi Journal Badminton

Setelah semua kemahiran telah dipelajari, ahli kelab akan didedahkan dengan

penganjuran dan pengurusan pertandingan. Peringkat inilah yang banyak menimbulkan

masalah kepada kelab badminton. Pendedahan awal pengurusan pertandingan badminton

di antara ahli-ahli kelab telah diadakan untuk memberi pengetahuan tentang pertandingan

kepada ahli-ahli kelab. Peringkat ini ahli-ahli kelab semua dapat memahami dan

memperoleh pengetahuan yang diberikan oleh guru penasihat. Tetapi masalah timbul

semasa penganjuran pertandingan sebenar. Ini kerana untuk mengadakan pertandingan,

sumber kewangan adalah amat penting. kekurangan sumber kewangan akan

menyukarkan penganjuran pertandingan. Pada peringkat awal, pengurusan pertandingan

telah didedahkan kepada ahli kelab dan tidak menjadi masalah untuk mencari sumber

manusia. Semua ahli kelab dapat melaksanakan semua tugasan termasuklah sebagai

seorang pengadil. Masalah kekurangan sumber kewangan dapat diatasi dengan

sumbangan guru-guru dan ibu bapa ahli-ahli kelab. Semua ahli kelab dapat menyertai

pertandingan tersebut. Perancangan yang rapi seharusnya dilakukan sebelum bermulanya

pertandingan. Perbincangan antara AJK dengan guru-guru penasihat serta ahli kelab

banyak membantu untuk melancarkan pertandingan tersebut. Pertandingan ini berakhir

dengan suasana yang seronok atas kerjasama semua pihak dan ahli kelab dapat

memperoleh pengetahuan yang baru yang mana tidak mungkin dapat dipelajari semasa

sesi pengajaran dan pemblejaran di dalam kelas. Ini menjadikan mereka semakin

berminat untuk menyertai kokurikulum dan dapat mneyahut seruan kerajaan iaitu ‘satu

murid satu sukan’.

Selepas penganjuran pertandingan yang berjaya, suatu majlis penyampaian

hadiah dan jamuan kelab diadakan untuk menghargai bantuan serta komitmen daripada

ahli kelab. Secara keseluruhannya, aktiviti dalam kelab badminton berjalan dengan lancar

dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli kelab. Diharapkan kelab bola

keranjang dapat meneruskan lagi kecemerlangan pada tahun yang akan datang. Akhirnya

atas kerjasama daripada semua pihak, semua aktiviti berjaya dilakukan dengan jayanya.

Page 5: Refleksi Journal Badminton

Refleksi Kendiri

Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam 20 minggu perjumpaan yang diadakan. Ahli-ahli

kelab dapat mempelajari teknik-teknik pukulan semasa perjumpaan kelab dan ada di

kalangan telahpun menguasai dan berpeluang untuk mewakili sekolah ke pertandingan

yang lebih tinggi lagi. Secara keseluruhannya, aktiviti telah dijalankan dengan lancar,

tetapi terdapat sedikit masalah yang telah berlaku. Walau bagaimanapun, masalah dapat

diatasi dengan bantuan daripada semua pihak.

Kelemahan

Di antara kelemahan yang ketara adalah:

1. Ahli kelab yang ramai tetapi bilangan raket adalah tidak mencukupi. Sepatutnya

setiap 1 orang ahli kelab memerlukan 1 raket badminton. Tetapi disebabkan

kemudahan raket badminton adalah tidak mencukupi, setiap 2 orang ahli kelab

berkongsi 1 raket badminton. Ini menyukarkan ahli kelab untuk mempelajari

kemahiran dengan baik kerana masa untuk mempraktikan kemahiran telah

berkurangan berbanding dengan setiap pelajar mempunyai satu raket sendiri.

2. Badminton adalah satu permainan yang memerlukan belanjawan yang tinggi di

mana bulu tangkisnya yang mahal. Kekurangan sumber kewangan untuk membeli

bulu tangkis telah menyebabkan kelab menyediakan bulu tangkis jenis plastik

yang lebih susah untuk rosak. Tetapi penggunaan bulu tangkis jenis plastik telah

menyebabkan kerosakan pada tali taket.

3. Sumber kewangan hanya dari kutipan yuran ahli kelab. Ini adalah amat tidak

mencukupi kerana kelab memerlukan sumber kewangan yang agak tinggi untuk

mengadakan pertandingan.

Page 6: Refleksi Journal Badminton

Kelebihan

di antara kelebihan yang kelab badminton adalah:

1. Penyertaan yang menggalakkan daripada ahli kelab. Setiap perjumpaan, ahli

kelab yang menghadiri perjumpaan adalah melebihi 95%. Ini menunjukkan sikap

ahli kelab yang ingin mempelajari sesuatu kemahiran yang baru untuk

menambahkan pengetahuan mereka. Ini secara tidak langsung dapat menunjukkan

mereka mempunyai disiplin yang tinggi dan akan berbuat demikian semasa

menghadiri kelas akademik. Ini menunjukkan aktiviti kokurikulum dapat

membantu meningkatkan lagi prestasi akademik ahli kelab dan bukannya

mempengaruhinya.

2. Sokongan daripada ibu bapa amat menggalakkan. Ibu bapa memberikan

sumbangan berbentuk wang dan bulu tangkis. Selain itu, ibu bapa pula memberi

sumbangan minuman kepada penganjur dan banyak membantu menjayakan

pertandingan. Ibu bapa langsung tidak mengadu walaupun anak-anak mereka

lambat balik ke sekolah disebabkan untuk berbincang tentang pertandingan. Ini

menunjukkan sikap mereka yang prihatin untuk mendorong kejayaan anak-anak

mereka di dalam bidang kokurikulum dan juga akademik.

3. Sumbangan kewangan daripada guru-guru amat dihargai untuk menyelesaikan

masalah hadiah untuk para pemenang. Sumbangan yang ikhlas daripada guru-

guru menunjukkan sikap guru-guru yang baik untuk menolong meningkatkan lagi

bidang kokurikulum di sekolah.

Page 7: Refleksi Journal Badminton

Cadangan

1. Cadangan untuk membeli lebih banyak raket untuk dijadikan simpanan kelab

badminton dan untuk mengatasi masalah kekurangan raket. Kelab badminton juga

perlu meminta ahli kelab yang mempunyai raket sendiri membawa raket masing-

masing semasa perjumpaan kelab untuk mempelajari kemahiran yang baru.

2. Kelab perlulah mendapatkan sumbangan yang lebih banyak daripada pihak luar

dan PIBG. Sumbangan bolehlah dalam bentuk kewangan ataupun barangan

terutamanya bulu tangkis. Sekiranya bulu tangkis adalah mencukupi, ini secara

langsung akan meningkatkan lagi keyakinan ahli kelab dalam menyertai dan

melakukan perjumpaan serta kemahiran yang dipelajari

3. Sumber kewangan dapat diatasi dengan mendapatkan sumbangan daripada

pembekal-pembekal barangan sukan dan sumbangan PIBG. Dengan sumber

kewangan yang mencukupi, guru-guru dapat melaksanakan tanggungjawab

mereka dengan lebih sempurna lagi tanpa memikirkan tentang kekurangan

sumber kewangan.