Refleksi Kendiri

  • Upload
    rosnira

  • View
    15

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

refleksi

Citation preview

4.0 REFLEKSI KENDIRI4.1 Diri

Sebelum menjalani kedua-dua bengkel ini iaitu bengkel guru inovatif dan guru cemerlang, kami terlebih dahulu telah melaksanakan tugas sebagai Ahli Jawatankuasa bagi setiap jawatan. Sepanjang proses persediaan melakukan Progam BIG kali ini, para guru pelatih telah mengadakan mesyuarat beberapa kali yang mana mesyuarat ini telah banyak membantu kami untuk mendapatkan informasi terkini mengenai program BIG dan juga untuk menjalankan tugas AJK masing-masing. Bagi saya secara peribadi, amat bertuah kerana Ahli Jawatankuasa Tertinggi pada kali ini terutamanya pengerusi BIG fasa ke-6 telah melakukan tugas atau peranan yang sangat baik dimana mereka telah menggerakkan seramai 87 orang guru pelatih PISMP Semester 6 untuk menjalankan tugasan masing-masing tanpa sebarang masalah yang boleh menyebabkan program ini tidak dijalankan. Saya juga sedar memikul tanggungjawap yang sangat besar bukanlah mudah dan memerlukan kecekalan dan ketabahan. Saya berharap semoga suatu hari nanti saya juga boleh menjadi pemimpin yang baik dan mempertingkatkan lagi keyakinan dalam diri saya.Semasa menjalani program Bina Insan Guru bagi fasa yang ke-6 ini, saya dan rakan guru pelatih yang lain telah berpeluang untuk mendengar ceramah bersama guru cemerlang untuk opsyen Prasekolah dan Bahasa Inggeris. Akibat kekangan untuk mencari sekolah rendah yang mempunyai guru cemerlang bahasa Melayu, kami telah bersama-sama opsyen Prasekolah dan TESL mengikuti sesi ceramah ini. Perbezaan subjek bukanlah kayu ukuran untuk menentukan kecemerlangan seseorang guru, akan tetapi cara pengurusan yang digunakan untuk menjadi guru cemerlang itulah yang diambil kira.Melalui ceramah bengkel guru cemerlang juga, saya berpeluang mengenali dan mengetahui pelbagai inovasi yang mereka telah jalankan dalam pengajaran dan pembelajaran . Hal ini membolehkan murid-murid mudah faham dalam setiap langkah yang diajar merupakan satu peluang yang sangat berharga dan amatlah rugi jika tidak mencuba dan diaplikasikan. Sebagai contoh inovasi yang telah dijalankan oleh Puan Nor Aziah semasa mengikuti pertandingan inovasi peringkat kebangsaan iaitu Papan PelGun atau papan pelbagai guna. Papan PelGun sangat memberikan banyak manfaat kepada bukan sahaja murid Prasekolah malahan murid pemulihan, murid Linus dan juga murid pemulihan khas. Saya amat teruja melihat inovasi yang dijalankan oleh beliau dan menjadi aspirasi kepada semua guru pelatih apabila menjadi guru kelak untuk sentiasa melakukan perubahan dalam teknik pengajaran selaras dengan zaman yang serba moden kini.4.2 Kerjaya

Sebagai bakal pendidik kelak, sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input baharu mengenai proses proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara proses yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat sekurang kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru. Kemudian, guru boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang guru cemerlang dalam talian. Sebagai contoh, Encik Chin Shu Ken merupakan penerima Anugerah Khidmat Cemerlang sebanyak 3 kali pada tahun 1996, 2004 dan 2011. Sikap komited dan dedikasi mereka dalam pengajaran dan pembelajaran telah membawanya selangkah kehadapan dari guru-guru yang lain.Dalam masa yang sama, melalui sesi ceramah guru inovatif, saya memperoleh ilmu dan pengalaman khususnya berkaitan dengan dunia pendidikan. Antaranya termasuklah, setiap guru hendaklah kreatif dan inovatif. Kreatif dan inovatif untuk setiap guru bermaksud guru yang mampu menghasilkan bahan bantu mengajar yang kreatif yang mampu membantu semasa menjalankan sesi pdp. Selain itu, guru juga perlu kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan sebarang masalah dengan menggunakan penemuan baharu yang diaplikasikan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Guru yang kreatif dan inovatif mampu untuk melaksanakan segala tugasan yang diberikan dengan baik dan dapat mewujudkan suasana harmoni di dalam kelas dengan penggunaan pelbagai teknik dan strategi pdpSelain itu, saya juga dapat menambahkan pengetahuan saya mengenai ciri-ciri seorang Guru Cemerlang. Seperti yang kita ketahui, tugas guru bukanlah mudah kerana guru juga merupakan ibu bapa dan rakan kepada murid. Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Antaranya termasuklah, komitmen dalam tugas yang diamanahkan. Komitmen di sini bermaksud guru bersungguh-sungguh dalam mendidik anak bangsa bukan sahaja dalam bidang ilmu pengetahuan tetapi juga membantu dalam membentuk peribadi murid dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam sesi pdp. Guru juga perlu sentiasa menimba ilmu secara berterusan atau dikenali sebagai pembelajaran sepanjang hayat. Hal ini kerana, guru merupakan pakar rujuk oleh murid walaupun guru tersebut hanya fokus pada sesuatu bidang sahaja. Seterusnya, saya juga mendapat pengalaman mengenai amalan pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan oleh Guru Cemerlang. Terdapat beberapa cara yang boleh diaplikasikan di dalam kelas untuk mewujudkan suasanan pdp yang harmoni dan ceria. Antaranya termasuklah, guru hendaklah bijak menggunakan teknik, kaedah dan strategi pengajaran yang sesuai berdasarkan tajuk yang ingin di ajar. Kepelbagaian kaedah yang digunakan oleh guru mampu untuk menarik murid untuk belajar dan memahami setiap apa yang ingin disampaikan.4.3 Organisasi

Sebelum menjalankan sesuatu program, ahli jawatankuasa perlulah dibentuk terlebih dahulu. Bagi Program Bina Insan Guru Fasa ke-6 untuk bengkel guru cemerlang pada kali ini, kami PISMP Semester 6 telah sebulat suara melantik saudari Louissa G. Sundang sebagai Pengerusi dan dibantu oleh saudara Mohd Zulhairry Bin Jacklis dari opsyen Prasekolah. Seterusnya, ahli-ahli jawatankuasa kecil melibatkan guru pelatih dari opsyen Bahasa Melayu serta dibantu oleh PISMP Prasekolah sebagai AJK Keselamatan dan Kecemasan dan PISMP TESL sebagai Tempahan Dewan. Saya telah menjadi AJK Teknikal dan Alat Siar Raya bersama dengan Faizal, Fong Lee San, Hilfi dan Nurhayati. Pertama kali saya telah dilantik menjadi AJK Teknikal memberikan pengalaman yang berguna kepada saya. Kami saling bekerjasama dalam mengurus teknikal dan menyediakan komputer riba semasa sesi taklimat. Saya sedar bahawa kerjasama dan komitmen setiap AJK amatlah diperlukan. Selain dari itu, menghormati ketua dan rakan-rakan lain juga amat penting. Saya amat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan mereka.Melalui aktiviti bengkel guru inovatif juga yang dijalankan di Dewan Kuliah telah melibatkan tiga kelas. dapat memupuk semangat bekerjasama dengan mereka mengenali sebagai satu organisasi membolehkan kami mengamalkan komunikasi sosial yang tinggi melalui kerjasama dalam kumpulan dan menjadi lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Tidak dinafikan banyak pengalaman menarik yang kami tempuhi bersama sepanjang program BIG dijalankan. Saya sedar semangat bekerjasama dalam organisasi amatlah penting dan sentiasa melibatkan diri secara aktif adalah amat berbaloi kerana dapat memberikan sumbangan dan menjalankan bersama-sama.Kesimpulannya, sebagai bakal guru pada masa hadapan maka adalah penting bagi kami untuk sentiasa bersiap sedia untuk memikul beban dan menggalas tanggungjawab ketika memikul sesuatu tugas yang berat di samping sentiasa bekerjasama demi kebaikan bersama.

4.4 KomunitiKomuniti yang bermaksud masyarakat yang berada dekat atau berada di sekeliling kita. Maka oleh itu adalah penting untuk bakal guru menjalinkan hubungan yang erat dan murni di antara masyarakat. Pada program BIG kali ini yang melihat budaya kerja guru cemerlang, seorang guru cemerlang mestilah menyumbang kepada pihak sekolah dalam bidang yang ingin dimohon dan juga memberi sumbangan kepada pihak luar sekolah bagi kecemerlangan subjek tersebut. Oleh yang demikian, secara tidak langsung hubungan seorang guru cemerlang dengan komuniti sama ada dengan pihak sekolah ataupun pihak luar sekolah seperti ibu bapa haruslah mempunyai hubungan yang baik. Sebagai contoh inovasi yang dijalankan oleh Puan Nor Aziah iaitu Papan PelGun tersebut turut melibatkan ibu bapa dalam memastikan anak mereka dapat menguasai abjad. Hal ini kerana ibu bapa akan melihat dan memberi tunjuk ajak kepada anak mereka semasa di rumah dengan berbantukan Papan PelGun tersebut. Hal ini turut memberikan gambaran kepada saya bahawa apabila sudah mengajar kelak guru haruslah berkejasama dengan guru, pentadbir, murid dan juga ibu bapa dalam apapupun aktiviti dan menjadi role model kepada masyarakat disekeliling. Guru yang baik perlu menerapkan nilai murni dalam diri apabila menjadi pendidik kelak.Selain itu, tidak dilupa juga sebagai guru pelatih seharusnya menjalinkan hubungan yang baik sesama guru pelatih yang lain sebagai satu komuniti di IPG.Hal ini dapat dilihat dalam melaksanakan ceramah ini, semua guru pelatih telah bekerjasama sebagai satu komuniti dan memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Dalam masa yang sama, dalam aktiviti kumpulan dapat memupuk hubungan yang baik dari segi sikap bekerjasama, perkongsian idea, komunikasi sesama rakan kelas yang lain. Sikap ini menunjukkan jalinan hubungan antara guru pelatih dan apabila menjadi guru kelak tidak kekok untuk berhadapan dengan komuniti yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

5.0 PENUTUPProgram seumpama ini merupakan salah satu daripada usaha untuk melahirkan guru pelatih yang mempunyai sifat dan nilai seorang guru yang cemerlang kerana mereka telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang berunsurkan kepimpinan dan ilmiah. Pelatih-pelatih dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan serta pengalaman baru dalam bidang kepimpinan dan seterusnya ini akan dapat membantu guru-guru untuk melaksanakan lebih banyak aktiviti yang berfaedah serta berguna kepada semua masyarakat dengan baik dan lancar. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah IPG Kampus Keningau, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, guru-guru cemerlang dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharap pihak tuan akan meluluskan kertas kerja ini. Sebagai kesimpulannya, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang merupakan satu anugerah yang memberi peluang kepada semua penjawat awam termasuk guru untuk mendapat penghrargaan atas segala usaha dan bakti mereka dalam menjalankan tugas sebagai pendidik yang membentuk anak bangsa. Oleh itu, semua warga pendidik seharusnya mempunyai tekad untuk memperoleh anugerah ini dengan mengamalkan budaya kerja yang positif dan mampu untuk membentuk anak bangsa yang berguna untuk negara, Malaysia.