6
Pengenalan Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". Oleh itu terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit. Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya. Terapi (dalam Greek :θεραπεία), atau disebut juga sebagai rawatan, merupakan percubaan pemulihan untuk masalah kesihatan, biasanya selepas satu diagnosis dijalankan. Dalam bidang perubatan, ia adalah sinonim dengan perkataan "rawatan". Dalam ahli psikologi, istilah ini boleh merujuk khusus untuk psikoterapi atau "terapi Perbincangan". Terapi pencegahan atau terapi profilaktik adalah rawatan yang bertujuan untuk mencegah penglibatan perubatan daripada berlaku. Sebagai contoh, banyak vaksin mencegah penyakit berjangkit. Terapi gagal (abortive therapy) adalah rawatan yang bertujuan untuk menghentikan keadaan perubatan dari maju apa-apa lagi. Ubat-ubatan yang diambil pada tanda awal penyakit, seperti sakit kepala atau migrain, adalah satu terapi yang gagal. Overtreatment adalah overutilization, ialah rawatan yang tidak perlu atau tidak seimbang dengan keadaan penyakit. Kesan terapi dipanggil sebagai kesan terapeutik. Kesan ini memberi kesembuhan dan pemulihan terhadap pesakit. Walau bagaimanapun, jika terdapat kesan buruk melebihi kesan terapeutik dalam sesuatu terapi, inilah yang dipanggil kesan sampingan. Kesan sampingan ini akan menyebabkan pesakit berhenti daripada meneruskan sesi terapi atau rawatan. Kesan buruk biasa termasuk perubahan dalam berat badan, perubahan dalam tahap enzim , kehilangan fungsi, atau patologi perubahan yang dikesan pada tahap mikroskopik, makroskopik atau fisiologi Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan

REFLEKSI KERJA KURSUS

  • Upload
    dgafi

  • View
    46

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

terapi

Citation preview

PengenalanTerapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". Oleh itu terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit. Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya. Terapi (dalam Greek :), atau disebut juga sebagai rawatan, merupakan percubaan pemulihan untuk masalah kesihatan, biasanya selepas satu diagnosis dijalankan. Dalam bidang perubatan, ia adalah sinonim dengan perkataan "rawatan".Dalam ahli psikologi, istilah ini boleh merujuk khusus untuk psikoterapi atau "terapi Perbincangan". Terapi pencegahan atau terapi profilaktik adalah rawatan yang bertujuan untuk mencegah penglibatan perubatan daripada berlaku. Sebagai contoh, banyak vaksin mencegah penyakit berjangkit. Terapi gagal (abortive therapy) adalah rawatan yang bertujuan untuk menghentikan keadaan perubatan dari maju apa-apa lagi. Ubat-ubatan yang diambil pada tanda awal penyakit, seperti sakit kepala atau migrain, adalah satu terapi yang gagal. Overtreatment adalah overutilization, ialah rawatan yang tidak perlu atau tidak seimbang dengan keadaan penyakit. Kesan terapi dipanggil sebagai kesan terapeutik. Kesan ini memberi kesembuhan dan pemulihan terhadap pesakit. Walau bagaimanapun, jika terdapat kesan buruk melebihi kesan terapeutik dalam sesuatu terapi, inilah yang dipanggil kesan sampingan. Kesan sampingan ini akan menyebabkan pesakit berhenti daripada meneruskan sesi terapi atau rawatan. Kesan buruk biasa termasuk perubahan dalam berat badan, perubahan dalam tahap enzim , kehilangan fungsi, atau patologi perubahan yang dikesan pada tahap mikroskopik, makroskopik atau fisiologi Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.

REFLEKSI KERJA KURSUSTERAPI DALAM PENDIDIKAN KHASDG RAFIDAH PINTI PIUT931219126464

Alhamdulillah, bersyukur kepada hadrat ilahi kerana dengan izin dan inayahnya saya telah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya. Di dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini pelbagai perkara, input dan ilmu baru telah saya perolehi. Namun begitu dalam proses menyiapkan tugasan ini juga pelbagai masalah dan halangan yang telah terpaksa hadapi. Namun dengan berkat ketekunan dan kesabaran akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dengan berbincang bersama ahli kumpulan dan menemui pensyarah sebagai tempat rujukan.Secara umumnya, pada semester ini, kumpulan kami mempelajari topik yang menerangkan kepada penggunaan terapi dalam Pendidikan Khas. Segala pengetahuan dan kemahiran kaedah terapi ini disampaikan kepada pelajar secara teori dan amali. Selain itu, menumpukan kepada perancangan aktiviti dalam pelbagai aktiviti di dalam terapi untuk membentuk strategi pelaksanaan, dan melatih kemahiran terapi muzik, nyanyian, pergerakan kreatif, drama dan kemahiran seni. Latihan kemahiran terapi ini dilaksanakan di dalam dan di luar institut. Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka.Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini saya dan rakan saya telah banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang kami terima sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan, kami tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar. Pada mulanya, kami mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat kerja khusus ini dari pensyarah ketika di dalam kelas. Setelah mendengar penerangan tersebut kami mula berbincang untuk membuat kerja kursus ini antara satu sama lain. Di samping itu , saya dan rakan juga banyak bertanya dan berkongsi idea bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum. Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai (Yasmin, 2000;Khatijah & Yasmin 2006). Ini bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor mereka.Kanak-kanak berkeperluan khas yang datang ke sekolah kadang-kadang mempunyai masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan masalah emosi. Bagi membantu kanak-kanak ini mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, antara yang boleh dijalankan oleh guru-guru ialah terapi.Bagi tugasan projek berkumpulan untuk terapi muzik bersama Encik Johan, alhamdulillah, kami mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak. Dari peringkat perbincangan bersama pensyarah pembimbing, kemudian membuat kertas kerja, surat kepada penceramah, menyediakan hadiah hingga majlis ceramah berlangsung. Tugasan ini memberikan dan mengukuhkan lagi pengetahuan kami untuk mengadakan majlis-majlis rasmi, protokol sesebuah majlis dan penghasilan kertas kerja. Pada pihak saya selaku pengerusi majlis juga, pengalaman ini sangat berharga untuk memperbaiki salah satu soft skill yang penting sebagai nilai tambah untuk menjadi seorang guru.Tugasan yang kedua, iaitu mereka rancangan pengajaran harian yang terdapat terapi serta membentangkannya dihadapan pensyarah, banyak memberikan makna dan ilmu yang berharga dalam diri saya untuk menjadi seorang guru di sekolah yang cemerlang pada masa hadapan, InsyaAllah. Hal ini kerana diawal tugasan lagi saya telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan seperti terpaksa mencari buku yang sesuai mengenai cara membuat rancangan pengajaran dan mencari buku-buku berkenaan terapi dalam pendidikan khas dan sebagainya.Selain itu, dari segi pengurusan masa pula saya telah mengalami kebuntuan apabila pada masa yang sama saya perlu menyiapkan tugasan-tugasan lain. Namun dengan jadual yang telah saya buat akhirnya saya telah dapat menyiapkan dengan baik walaupun banyak pengorbanan dari segi masa dan kewangan yang banyak dihabiskan. Namun tanggungjawab sebagai seorang pelajar, saya menerimanya sebagai satu cabaran yang positif kepada diri sendiri. Hal ini kerana selagi bergelar sebagai seorang pelajar tidak dapat tidak lari daripada tugasan. Kalau tidak pecahkan ruyung manakan dapat isi sagunya, berakit- rakit kehulu, berenang- renang ke muara, bersakit- sakit dahulu, bersenang- senang kemudian.Dengan adanya tugasan sebegini pada semester ini, ia talah dapat menambahkan pengetahuan baru dan berguna kepada saya untuk menduduki peperiksaan yang bakal tiba. Selain itu juga, dengan pengetahuan yang baru saya perolehi ini menjadikan saya lebih mahir dalam membuat rancangan pengajaran harian, menyelitkan unsur-unsur terapi dalam PdP dan menyesuaikannya dengan kaedah- kaedah pengajaran yang sepatutnya serta bahan bantu mengajar yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dengan adanya pengetahuan yang berguna ini, akan saya gunakan apabila menjadi seorang guru kelak, samada semasa praktikum nanti mahupun semasa menjadi seorang guru nanti.Akhir kata dengan selesainya tugasan yang telah diberikan ini, saya telah dapat menguasai dan memahami isi pelajaran yang cuba disampaikan oleh pensyarah kami selama ini iaitu Puan Zizawati binti Fauzi, walaupun interaksi kami didalam kelas adalah terhad kerana komitmen yang menghambat diri dimana pensyarah dan siswi pendidik masing- masing menggalas tanggungjawab yang berbeza dan sibuk dengan tugas masing-masing namun isi pelajaran yang ingin disampaikan akhirnya telah dapat saya kuasai hasil daripada proses menyiapkan tugasan ini.