3
 REFLEKSI Nama: Nurul Hidayah Binti Husin Unit: PISMP Matematik Januari 2!2 Geometrical Sketch Pad  (GSP) adalah merupakan suatu pengintegrasian baharu dalam tekn olog i maklumat (TMK ) bag i mata pela jara n Mat emat ik. Per isian ini memudahkan para gur u untuk membuat sebar ang bentuk dengan hany a menggunakan perisian ini sahaja terutama dalam topik geometri yang mana terdapat pelbagai kegunaan yang boleh dilakukan dengan hanya menggunakan perisian GSP dalam mencari ukuran, luas, isipadu dan lainlain lagi. GSP juga memudahk an urusan guru dalam memastikan ukuran yang hendak dibuat dapat diukur dengan betul. !leh itu, terdapat dua tugasan yang perlu saya lakukan dengan men ggun aka n peris ian ini iaitu men ggamb ar kan se pul uh teorem geometri yang diberi dan menyelesaikan tujuh soalan tentang segitiga dengan menggunakan peri sian GSP. Pelb aga i pen geta huan bah aru yan g dapat say a perolehi melalui tug asan yang telah saya lakukan ini antaranya banyak "ungsi dalam GSP yang boleh saya gunakan dalam men ar ik minat pelaj ar bagi persediaan pembe laj aran mahupun akti#iti yang ingin dilakukan. Selain itu, saya juga dapat mempelajari teor iteori geo metr i yan g tidak pernah say a den gar i dan pel ajar i. Teori teori tersebut sangat memberi gambaran yang besar pada saya baha$a GSP juga boleh dianimasikan dan banyak lagi perkara yang menarik yang boleh dilakukan. Tugasan kedua pula ada lah pembinaan %ancangan Pen gaja ran &arian (%P&) KSS% untuk men gaj ar kon sep asas bag i top ik yang di berik an dan melakukan pengaj ar an mikro sepanjang pr ak ti kum '. Se panjang da lam pembinaan %P&, kami telah merujuk pelbagai sumber dalam memastikan %P& yan g dib ina mengikut ciri ciri krit eria yang diingini. k ti#i ti dala m buk u Tom ooper digunakan dalam akti#iti perkembangan yang kami ingin lakukan. Kami telah memilih topik ruang dalam pembinaan %P& dan juga pengajaran mikro.

REFLEKSI KKP 3111

Embed Size (px)

DESCRIPTION

refleksi

Citation preview

REFLEKSI

REFLEKSI

Nama: Nurul Hidayah Binti Husin

Unit: PISMP Matematik Januari 2012

Geometrical Sketch Pad (GSP) adalah merupakan suatu pengintegrasian baharu dalam teknologi maklumat (TMK) bagi matapelajaran Matematik. Perisian ini memudahkan para guru untuk membuat sebarang bentuk dengan hanya menggunakan perisian ini sahaja terutama dalam topik geometri yang mana terdapat pelbagai kegunaan yang boleh dilakukan dengan hanya menggunakan perisian GSP dalam mencari ukuran, luas, isipadu dan lain-lain lagi. GSP juga memudahkan urusan guru dalam memastikan ukuran yang hendak dibuat dapat diukur dengan betul. Oleh itu, terdapat dua tugasan yang perlu saya lakukan dengan menggunakan perisian ini iaitu menggambarkan sepuluh teorem geometri yang diberi dan menyelesaikan tujuh soalan tentang segitiga dengan menggunakan perisian GSP.

Pelbagai pengetahuan baharu yang dapat saya perolehi melalui tugasan yang telah saya lakukan ini antaranya banyak fungsi dalam GSP yang boleh saya gunakan dalam menarik minat pelajar bagi persediaan pembelajaran mahupun aktiviti yang ingin dilakukan. Selain itu, saya juga dapat mempelajari teori-teori geometri yang tidak pernah saya dengari dan pelajari. Teori-teori tersebut sangat memberi gambaran yang besar pada saya bahawa GSP juga boleh dianimasikan dan banyak lagi perkara yang menarik yang boleh dilakukan.

Tugasan kedua pula adalah pembinaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) KSSR untuk mengajar konsep asas bagi topik yang diberikan dan melakukan pengajaran mikro sepanjang praktikum 2. Sepanjang dalam pembinaan RPH, kami telah merujuk pelbagai sumber dalam memastikan RPH yang dibina mengikut ciri-ciri kriteria yang diingini. Aktiviti dalam buku Tom Cooper digunakan dalam aktiviti perkembangan yang kami ingin lakukan. Kami telah memilih topik ruang dalam pembinaan RPH dan juga pengajaran mikro.

Pembinaan RPH sangat membantu saya dalam memastikan RPH yang saya lakukan sebelum ini dapat diperbaiki dengan lebih baik dan bermutu. Saya mendapat ilmu baharu dalam pembinaan RPH iaitu pada peringkat atau fasa persediaan adalah peringkat kontekstual iaitu situasi sebenar yang berkaitan dengan sekeliling murid perlu ditunjukkan dahulu atau diperkenalkan contohnya alat bantu mengajar (ABM), gambar, video atau aktiviti. Manakala pada peringkat imaginasi pula, saya mendapati bahawa penerangan mengenai konsep ataupun konten dilakukan dalam fasa ini. Pada peringkat perkembangan pula, fasa prosedural dijalankan iaitu fasa ini merupakan jalan kira dan langkah-langkah dalam pengiraan. Oleh itu, pembinaan RPH ini sangat membantu saya lebih memahami dengan lebih mendalam mengenai RPH.

Pengajaran mikro dapat dijalankan dengan jayanya dengan penglibatan semua murid dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Murid-murid juga seronok dalam aktiviti hands-on yang dijalankan kerana mereka terlibat sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Namun begitu, masih terdapat kelemahan yang didapati sepanjang pengejaran mikro berlangsung terutamanya dalam pelaksanaan saya mengendalikan kelas. Saya perlu perbaiki terutmaya dalam memberikan arahan. Arahan yang diberikan seharusnya jelas dan terang sebelum lembaran kerja diedarkan. Oleh sebab saya telah mengedarkan lembaran kerja terlebih dahulu, maka kawalaan kelas kurang terkawal kerana terdapat pelajar yang terus membuat lembaran kerja yang diberikan sebelum mendengar arahan yang saya berikan. Disebabkan itu juga, sewaktu arahan diberikan terdapat murid yang tidak mendengar dan menyebabkan murid bertanya soalan yang sama berulang kali. Maka, cadangan penambahbaikan yang perlu saya lakukan adalah arahan perlu diberikan dahulu sebelum bahan atau lembaran kerja diberikan kepada murid agar kawwlan kelas dapat dikawal.

Dalam penyediaan bahan pula, kami telah merujuk pelbagai sumber agar bersesuaian dengan murid dan menepati topik RPH yang dibina. Dalam penyediaan bahan ini, saya mendapat pelbagai pengetahuan baharu dan menjadikan saya lebih kreatif dalam penyediaan bahan ABM agar dapat menarik minat murid dalam mempelajari dan mengeksplorasi dengan lebih mendalam mengenai topik tersebut. Kami telah membuat bahan ABM iaitu dadu besar untuk bentuk kiub, bongkah-bongkah lain seperti prisma segitiga juga kami telah membuatnya sendiri. Kami juga telah menyediakan bahan realia seperti coklat Toblereno agar mereka lebih dekat dengan bahan sebenar yang disediakan. Kami juga telah menyediakan bentangan bagi setiap bongkah dalam menjana pemikiran mereka untuk mencantumkan bentangan tersebut agar dapat membentuk yang diingini.

Keberkesanan bahan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang saya dapati juga berkesan kerana murid-murid teruja dengan bahan ABM yang disediakan. Melalui bahan-bahan tersebut, murid dapat membuat rujukan melalui bahan ABM yang diberi sewaktu aktiviti mengenal ciri-ciri bentuk. Murid dapat menyentuh dan melihat dengan lebih jelas serta dapat meneroka sendiri melalui bahan-bahan ABM yang disediakan. Kesimpulannya, seluruh tugasan yang dilakukan dapat memberi pelbagai pengetahuan baharu pada diri saya agar ilmu-ilmu yang saya dapati ini dapat diterapkan dalam PdP yang akan datang. Guru yang kreatif dan menjana murid yang efektif.