Click here to load reader

kkp

  • View
    288

  • Download
    2

Embed Size (px)

Text of kkp

SEKOLAH KEBANGSAAN LUI MUDA (FELDA)72120 BANDAR SERI JEMPOLNEGERI SEMBILAN

KERTAS CADANGANPROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUANUNIT KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH2015

CONGKAK PINTAR JAWI

TARIKH :10 OGOS 2015

Kertas Cadangan Projek Inovasi Congkak Pintar Jawi

1.0 TajukProjek inovasi yang telah dipilih oleh Sekolah Kebangsaan Lui Muda (F) ialah bertajuk Congkak Pintar Jawi.Congkak pintar jawi ini adalah hasil inovasi dalam cara permainannya. Projek ini dipilih berdasarkan perbincangan yang melibatkan beberapa orang pelajar bersama guru penasihat, guru kanan kokurikulum dan setiausaha kokurikulum.

2.0 Pengenalan Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain. Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".Permainan congkak sebenarnya merupakan satu permainan yang menarik dan menguji daya pemikiran seseorang khususnya dalam pengiraan. Permainan ini seharusnya tidak boleh ditinggalkan dan generasi pelapis perlu mengambil alih peranan agar permainan ini tidak terkubur begitu sahaja. Justeru, diharap agar inovasi dalam permainan congkak ini dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik.

3.0 Objektif Dapat menarik minat pelajar untuk mengulangkaji matapelajaran. Dapat memupuk serta meningkat tahap kerjasama diantara pelajar-pelajar. Dapat menyelesaikan masalah-masalah proses Pengajaran dan Pembelajaran yang membosankan. Dapat mengcungkil bakat untuk menghasilkan daya kreativiti dan inovasi pelajar.

4.0 Rasional projekRasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu proses pengajaran di dalam dan di luar kelas. Projek ini adalah satu projek yang dapat menarik minat pelajar terhadap permainan dan seterusnya memberi pengetahuan tentang sesuatu subjek. Pelajar-pelajar mendapat ilmu pengetahuan sambil bermain congkak yang diminati pelajar. Projek ini juga dapat mempelbagaikan teknik Pengajaran dan Pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru-guru di dalam kelas atau semasa aktiviti kokurikulum.

5.0 Anggaran kos projek

BilPerkaraJumlah

1Peralatan InovasiPemadam getah, kertas warna, cat pelaka, gunting, pisau, berus cat, salotape.RM 150.00

2Hadiah tempat pertama(Pelbagai Alatan Tulis)RM 130.00

3Hadiah tempat kedua(Pelbagai Alatan Tulis)RM 100.00

4Hadiah tempat ketiga(Pelbagai Alatan Tulis)RM 70.00

JUMLAHRM 450.00

6.0 Pernyataan masalahSkop projek Congkak Pintar Jawi ini adalah untuk kegunaan guru mengajar di dalam kelas, mengisi masa lapang ketika ketiadaan guru, semasa mengisi kegiatan kokurikulum sekolah dan boleh dijadikan set permainan di rumah.Terdapat beberapa perkara yang membataskan projek Congkak Pintar Jawi ini adalah semasa penyediaan buah congkak pintar jawi. Bagi menghasilkan suku kata jawi yang unik dan pelbagai, pelajar memerlukan masa untuk menghasilkan set congkak yang banyak.7.0 Proses pelaksanaan projek Minggu 1 Proses perbincangan dan lakaran. Minggu 2 Menyediakan dan membeli peralatan yang diperlukan. Minggu 3 Menghasilkan congkak dari botol plastik terbuang . Minggu 4 Menghasilkan suku jawi dan buah congkak. Minggu 5 Pertandingan Congkak Pintar Jawi. Minggu 6 Penyampaian hadiah.

8.0 Jawatankuasa pelaksanaPengerusiPuan Nor Hayati binti Haron

SetiausahaEncik Ghazali bin Abdullah

BendahariPuan Kamisah binti Saharom

Penyediaan pesertaEncik Mohd Saifullah bin Amil

HadiahPuan Nor Azima binti UjangPuan Susilah binti Dolmat

DokumentasiPuan Nor Rahimi binti Abd. Razak

9.0 Sasaran Murid-murid tahun 4 dan tahun 5 Sekolah Kebangsaan Lui Muda (F).

10.0 Tempat SK Lui Muda (F)

11.0 Tarikh Jun hingga Ogos 2015

12.0 Peralatan Botol plastik terbuang Cat pelaka Pemadam getah Kertas warna13.0 Carta Aliran proses pelaksanaan projek

14.0 Sumber Kewangan

Wang kerajaan peruntukkan inovasi sekolah rendah sebanyak RM 450.00

15.0 Penilaian projekPermainan congkak pintar jawi dapat memberikan keseronokan dan menambah ilmu pengetahuan kepada pelajar.Pintar jawi ini adalah merupakan satu usaha untuk murid-murid tahap dua supaya mereka lebih minat dan cenderung untuk menulis jawi dengan lebih baik.Idea kreatifyang boleh pelajar cuba sebagai sumbangan pelajar dalammemelihara alam sekitar. Idea kreatif yang dapat membuka minda atau pun memberi ilham dalam menggunakan barang terbuang kepada sesuatu yang lebih berguna. Marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar.Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaganya demi masa depan generasi akan datang, Jom! kitakitar semula...

16.0 Kesimpulan Secara keseluruhan projek inovasi Congkak Pintar Jawi ini memerlukan kerjasama berpasukan dalam kalangan pelajar.Pelajar dapat berbincang dan mengemukakan idea-idea yang kreatif untuk menjayakan projek ini.Perbincangan dengan guru penasihat memantapkan lagi pengembangan idea kreatif. Bantuan daripada semua pihak akan menjadikan projek ini dapat mencapai sasarannya.Sesungguhnya untuk menterjemahkan sesuatu idea yang kreatif dan inovatif itu memerlukan usaha yang jitu daripada semua pihak.

Disediakan oleh:Disemak oleh :Disahkan oleh :

.(Ghazali bin Abdullah)Setiausaha KokurikulumLAMPIRAN

SKLM 2015