5
[REFLKEKSI ] LITERASI BAHASA Saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya dapat melaksanakan tugasan Literasi Bahasa (WAJ 3104) ini dengan sebaiknya. Sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini saya telah membahagikan masa dengan betul agar saya dapat menyiapkan tugasan lain di samping turut menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya diucapkan kepada pensyarah saya Pn. Arbakyah Binti Hassan dan En.Manap Bin Hamsin kerana telah banyak memberi idea-idea yang baru dan penjelasan yang begitu tepat semasa melaksanakan tugasan ini. Melalui tugasan ini, saya lebih faham mengenai LINUS serta konsep pengajaran Bahasa Melayu yang baru. Dalam tugasan ini, saya dan rakan saya mendapat tajuk kesepuluh iaitu membina dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran bukan elektronik. Saya telah memilih tajuk permainan bahasa, pemintal lidah dan pasangan minimal dan rakan saya pula memilih tajuk lakonan dibawah tajuk kesepuluh tersebut. Soalan pertama dalam tugasan ini, saya dikehendaki menghasilkan satu ulasan kritis yang terarah kepada kemahiran yang releven dengan bahan bantu yang akan dibina oleh saya. Kemahiran yang saya dipilih untuk membuat bahan bantu adalah kemahiran pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan. Apabila saya mula menjawab soalan ini, saya telah mula menghadapi masalah. Hal ini kerana saya tidak begitu faham kehendak soalan dan susah untuk mendapatkan artikel yang berkaitan dengan kemahiran yang saya dipilih. Saya telah merujuk kepada beberapa buku dan melayari internet yang berkaitan dengan tajuk untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Pada mulanya, saya tidak begitu faham cara membuat ulasan yang mengaitkan kemahiran tersebut dengan tajuk saya. Jadi, saya telah mencuba untuk mendapatkan penerangan yang begitu jelas daripada pensyarah saya. Melalui soalan pertama ini, saya dapat mengetahui tentang tajuk saya iaitu membina dan menggunakan 1

refleksi literasi bahasa.docx

Embed Size (px)

Citation preview

[reflkeksi ]LITERASI BAHASA

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya dapat melaksanakan tugasan Literasi Bahasa (WAJ 3104) ini dengan sebaiknya. Sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini saya telah membahagikan masa dengan betul agar saya dapat menyiapkan tugasan lain di samping turut menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya diucapkan kepada pensyarah saya Pn. Arbakyah Binti Hassan dan En.Manap Bin Hamsin kerana telah banyak memberi idea-idea yang baru dan penjelasan yang begitu tepat semasa melaksanakan tugasan ini. Melalui tugasan ini, saya lebih faham mengenai LINUS serta konsep pengajaran Bahasa Melayu yang baru.Dalam tugasan ini, saya dan rakan saya mendapat tajuk kesepuluh iaitu membina dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran bukan elektronik. Saya telah memilih tajuk permainan bahasa, pemintal lidah dan pasangan minimal dan rakan saya pula memilih tajuk lakonan dibawah tajuk kesepuluh tersebut. Soalan pertama dalam tugasan ini, saya dikehendaki menghasilkan satu ulasan kritis yang terarah kepada kemahiran yang releven dengan bahan bantu yang akan dibina oleh saya. Kemahiran yang saya dipilih untuk membuat bahan bantu adalah kemahiran pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan. Apabila saya mula menjawab soalan ini, saya telah mula menghadapi masalah. Hal ini kerana saya tidak begitu faham kehendak soalan dan susah untuk mendapatkan artikel yang berkaitan dengan kemahiran yang saya dipilih. Saya telah merujuk kepada beberapa buku dan melayari internet yang berkaitan dengan tajuk untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Pada mulanya, saya tidak begitu faham cara membuat ulasan yang mengaitkan kemahiran tersebut dengan tajuk saya. Jadi, saya telah mencuba untuk mendapatkan penerangan yang begitu jelas daripada pensyarah saya. Melalui soalan pertama ini, saya dapat mengetahui tentang tajuk saya iaitu membina dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran bukan elektronik dengan terperinci. Seterusnya, saya berasa takut dan tidak yakin semasa membuat pembentangan di depan kelas tentang tajuk saya. Semasa saya membuat pembentangan, beberapa soalan telah ditanya oleh pensyarah dan rakan-rakan saya. Ia memberi peluang kepada saya untuk meningkatkan keyakinan diri saya. Dengan itu, saya dapat menjawab soalan mereka dengan tepat. Aktiviti yang diadakan semasa pembentangan berkaitan dengan tajuk saya dapat menarik perhatian pensyarah dan rakan- rakan sekelas saya. Dengan aktiviti tersebut, saya cuba mendapatkan idea untuk membina bahan bantu mengajar saya. Melalui tugasan ini juga saya mendapat peluang untuk mengumpul maklumat- maklumat tentang bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tajuk pembelajaran. Bukan itu sahaja, saya juga dapat mengetahuai tentang kelebihan dan kelemahan permainan bahasa, pemintal lidah dan pasangan minimal.Selain itu, semasa rakan-rakan sekelas saya membentangkan kerangka pembinaan bahan bantu mengajar mereka, saya berasa sedih kerana pada masa itu saya masih tidak mempunyai idea untuk membina bahan bantu mengajar saya. Tetapi saya tidak berputus hati dan cuba mendapatkan idea-idea dari pembentangan kerangka bahan bantu kawan-kawan saya. Dalam pembentangan itu, saya telah mengetahuai bahawa setiap rakan sekelas saya mempunyai kreatif masing-masing. Saya selalu berkata dengan diri saya bahawa jika orang lain boleh, mengapa tidak saya. Semasa giliran pembentangan saya, dengan keyakinan yang sepenuhnya saya telah membentangkan kerangka bahan bantu saya dengan memberi penerangan yang jelas. Semasa saya membuat pembentangan, saya mendapat pandang dan idea-idea yang baru dari pensyarah dan rakan sekelas saya untuk mengubasuaikan lagi bahan bantu saya supaya menjadi lebih menarik. Pandangan dan idea-idea mereka membuat saya berfikir secara kreatif dan kritis dalam membuat bahan bantu mengajar saya. Melalui pembentangan, saya juga mendapat peluang untuk menyediakan diri saya untuk menjawab soalan-soalan yang timbul semasa pameran. Dengan itu, saya dapat peluang untuk memberi penerangan yang jelas kepada hakim-hakim semasa pameran dijalankan.Semasa melaksanakan bahan bantu, pelbagai kesukaran yang saya hadapi terutamanya susah mendapatkan bahan kitar semula seperti kotak. Saya dapat mengatasi masalah ini dengan mendapatkan kotak yang berlebihan dari rakan kelas lain. Pertolongan rakan tersebut menyebabkan saya untuk memulakan membuat bahan bantu untuk permainan bahasa. Semasa saya membuat bahan bantu permainan bahasa, saya mendapat banyak idea lagi. Dengan idea-idea yang baru timbul menyebabkan saya menghasilkan suatu bahan bantu mengajar yang menarik. Selain itu, saya menghadapi masalah semasa membuat bahan bantu mengajar bagi tajuk pemintal lidah. Antaranya ialah, saya kurang mendapat contoh-contoh ayat pemintal lidah yang mudah. Saya mengatasi masalah ini dengan bantuan pensyarah saya yang memberitahu cara membentuk ayat-ayat pemintal lidah. Dengan itu saya telah cuba membentuk beberapa ayat-ayat pemintal lidah yang membawa maksudnya. Oleh itu, pada masa yang akan datang saya dapat membentuk ayat-ayat pemintal lidah yang mudah dengan mengikut kehendak murid. Seterusnya, saya terpaksa membuat bahan bantu pasangan minimal kali kedua. Hal ini kerana, bahan bantu yang saya dibina pada awal tidak begitu menarik dan ianya nampak tidak akan memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut pada masa yang sama. Setelah saya berbincang dengan pensyarah saya, saya telah mengubahsuai bahan bantu tersebut supaya ia akan memberi peluang kepada semua murid dalam masa yang sama. Pada akhirnya, saya dapat menghasilkan satu bahan bantu yang cukup menarik. Melalui tugasan Literasi Bahasa ini, banyak kebaikan dan manfaat yang saya dapati ketika menyiapkannya. Antaranya ialah menjadikan saya lebih berminat mempelajari teknik baharu membina pelbagai jenis bahan pemulihan bahasa Melayu ini. serta saya dapat meningkatkan lagi kemahiran kefikiran saya dalam membina bahan bantu yang canggih. Dengan itu, saya boleh menggunakan kemahiran ini untuk menghasilkan pelbagai BBM untuk digunakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah saya pada masa akan datang.Di samping itu, melalui tugasan ini ianya secara langsung telah memberi ilmu pengetahuan kepada saya mengenai bagaimana cara untuk mengajar murid-murid melalui bahan-bahan bukan elektronik. Tugasan ini juga banyak membantu profesion saya kerana saya berpeluang untuk mempelajari pelbagai kaedah untuk membina bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan pembelajaran murid. Semasa saya praktikum nanti, saya berpeluang untuk menggunakan semua kaedah ini untuk mengajar murid-murid di sekolah nanti. Kesimpulannya, tugasan ini telah banyak mendatangkan manfaat yang berguna kepada saya bukan sahaja sebagai seorang pelajar malahan sebagai seorang bakal pendidik. Segala ilmu pengetahuan dan pengajaran adalah amat bermakna. Harapan saya agar ilmu pengetahuan yang diperoleh dapat saya aplikasikan ketika mengajar anak murid dan juga anak saya sendiri di sekolah pada masa yang akan datang.

2