2
RUBRIK YANG SESUAI SEBAGAI PENAKSIRAN TIDAK FORMAL UNTUK MURID PEMULIHAN. Pencerapan Pencerapan bilik darjah secara sistematik ialah suatu kaedah kuantitatif untuk mengukur tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah. Pemerhatian langsung dibuat terhadap peristiwa atau tingkah laku yang spesifik dan direkodkan. Pada amnya, data yang diperoleh memberi fokus pada kekerapan tingkah laku spesifik berlaku dan juga tempoh masa ia berlaku. Unsur-unsur dalam sistem pencerapan: Tujuan pencerapan Definisi operasi bagi tingkah laku diberi Prosedur latihan untuk pemerhati Fokus pemerhatian yang spesifik Persekitaran pemerhatian Unit masa Jadual pemerhatian Kaedah merekod data Kaedah memproses dan menganalisis data Pengiraan Peratusan murid yang bermasalah disleksia yakni menghadapi kesukaran dalam kemahiran pengiraan secara mental (mental arithmetic) serta menghafal sifir darab adalah tinggi. Fenomena ini dikaitkan dengan kesukaran dalam mengingat balik peristiwa-peristiwa dalam urutan yang betul daripada ingatan jangka panjang. Biasanya, proses pengiraan berlaku di sebelah otak kiri manusia kerana notasi matematik diolah ke bentuk perkataan manakala murid yang mempelajari abakus-aritmetik mental akan membayangkan imej abakus dalam otak kanannya. Murid tersebut tidak mengolah perkataan dalam pengiraan. Lembaran Kerja Murid

Rubrik Yang Sesuai Sebagai Penaksiran Tidak Formal Untuk Murid Pemulihan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rubrik pemulihan

Citation preview

RUBRIK YANG SESUAI SEBAGAI PENAKSIRAN TIDAK FORMAL UNTUK MURID PEMULIHAN.

Pencerapan

Pencerapan bilik darjah secara sistematik ialah suatu kaedah kuantitatif untuk mengukur tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah. Pemerhatian langsung dibuat terhadap peristiwa atau tingkah laku yang spesifik dan direkodkan. Pada amnya, data yang diperoleh memberi fokus pada kekerapan tingkah laku spesifik berlaku dan juga tempoh masa ia berlaku.

Unsur-unsur dalam sistem pencerapan: Tujuan pencerapan Definisi operasi bagi tingkah laku diberi Prosedur latihan untuk pemerhati Fokus pemerhatian yang spesifik Persekitaran pemerhatian Unit masa Jadual pemerhatian Kaedah merekod data Kaedah memproses dan menganalisis data

Pengiraan

Peratusan murid yang bermasalah disleksia yakni menghadapi kesukaran dalam kemahiran pengiraan secara mental (mental arithmetic) serta menghafal sifir darab adalah tinggi. Fenomena ini dikaitkan dengan kesukaran dalam mengingat balik peristiwa-peristiwa dalam urutan yang betul daripada ingatan jangka panjang. Biasanya, proses pengiraan berlaku di sebelah otak kiri manusia kerana notasi matematik diolah ke bentuk perkataan manakala murid yang mempelajari abakus-aritmetik mental akan membayangkan imej abakus dalam otak kanannya. Murid tersebut tidak mengolah perkataan dalam pengiraan.

Lembaran Kerja Murid

Latihan yang diberikan oleh guru perlu disiapkan di dalam kelas supaya guru mendapat maklum balas secara langsung tentang tahap penguasaan murid terhadap sesuatu topik yang telah diajar.

Kerja Rumah Murid

Kerja rumah murid merujuk latihan tambahan yang diberikan oleh guru kepada murid-murid untuk disiapkan di rumah atau selepas waktu persekolahan tamat. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan pemahaman murid-murid dalam mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari.