14
Dunia penulisan sastera kita mula dipinggirkan. Jelaskan cara- cara untuk melahirkan penulis muda yang berkaliber di negara ini. Sememangnya dunia sastera di negara ini tidak mendapat perhatian meluas terutama dalam jiwa remaja kita. Lihat sahaja suasana atau majlis pelancaran buku sastera sudah pasti muka- muka lama atau tokoh veteran sahaja yang menghadirinya tanpa ada wajah-wajah baru yang lebih berpotensi untuk menggantikan tempat penulis lama. Negara kita memang ketandusan penulis muda yang berkaliber terutama dalam penulisan sastera. Lantaran itu, pelbagai tindakan positif boleh dilaksanakan untuk melahirkan penulis-penulis muda ini. Langkah awal ialah kerajaan mewujudkan satu institusi pendidikan formal dalam penulisan. Penubuhan institusi ini boleh dikategorikan sebagai sebuah kolej atau universiti yang ditubuhkan khas untuk melahirkan penulis muda sahaja dalam pelbagai kategori penulisan. Remaja yang berbakat atau berpotensi dari seluruh negara akan dipilih dan menjalani pelbagai latihan formal dalam bidang penulisan sebagai persiapan awal mengasah bakar terpendam mereka itu. Maka, semakin cepat kerajaan menubuhkan institusi sebegini semakin pantaslah negara berupaya melahirkan penulis muda. Selain itu, satu skim ganjaran yang lebih praktikal harus diwujudkan untuk menarik lebih ramai generasi muda menyertai dunia penulisan. Setakat ini anugerah sasterawan negara tidak banyak membawa faedah kewangan kepada pemenangnya berbanding

sastera dipinggirkan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm

Citation preview

Page 1: sastera  dipinggirkan

Dunia penulisan sastera kita mula dipinggirkan. Jelaskan cara-cara untuk

melahirkan penulis muda yang berkaliber di negara ini.

Sememangnya dunia sastera di negara ini tidak mendapat perhatian meluas

terutama dalam jiwa remaja kita. Lihat sahaja suasana atau majlis pelancaran buku

sastera sudah pasti muka-muka lama atau tokoh veteran sahaja yang

menghadirinya tanpa ada wajah-wajah baru yang lebih berpotensi untuk

menggantikan tempat penulis lama. Negara kita memang ketandusan penulis muda

yang berkaliber terutama dalam penulisan sastera.

Lantaran itu, pelbagai tindakan positif boleh dilaksanakan untuk melahirkan

penulis-penulis muda ini. Langkah awal ialah kerajaan mewujudkan satu institusi

pendidikan formal dalam penulisan. Penubuhan institusi ini boleh dikategorikan

sebagai sebuah kolej atau universiti yang ditubuhkan khas untuk melahirkan penulis

muda sahaja dalam pelbagai kategori penulisan. Remaja yang berbakat atau

berpotensi dari seluruh negara akan dipilih dan menjalani pelbagai latihan formal

dalam bidang penulisan sebagai persiapan awal mengasah bakar terpendam

mereka itu. Maka, semakin cepat kerajaan menubuhkan institusi sebegini semakin

pantaslah negara berupaya melahirkan penulis muda.

Selain itu, satu skim ganjaran yang lebih praktikal harus diwujudkan

untuk menarik lebih ramai generasi muda menyertai dunia penulisan. Setakat ini

anugerah sasterawan negara tidak banyak membawa faedah kewangan kepada

pemenangnya berbanding populariti dan status yang menyebabkan remaja tidak

menganggap penulisan satu kerjaya berprospek tinggi. Bayaran hadiah yang

lumayan bersama-sama ganjaran kewangan yang berpanjangan sudah pasti

memudahkan penulis untuk terus berkarya selain mampu membuka minda remaja

untuk melihat penulisan sebagai kerjaya era moden pula. Jelaslah, ganjaran

kewangan yang tinggi berupaya untuk membentuk satu kelompok penulis muda

yang besar di negara ini.

Begitu juga dengan aktiviti kempen kesedaran tentang dunia penulisan

harus dilaksanakan dengan meluas dan berpanjangan. Kempen ini cuba

menyedarkan masyarakat betapa dunia penulisan penting kepada negara dan

Page 2: sastera  dipinggirkan

masyarakat negara lalu menghakis persepsi bahawa penulisan hanya untuk

golongan dewasa atau tua sahaja. Usaha melakukan kempen ini juga boleh

memberi status atau imej yang lebih baik kepada dunia penulisan kerana kempen

yang berterusan mencetuskan betapa kerjaya ini sesuatu yang diidamkan oleh

masyarakat negara ini. Sesungguhnya, kempen yang begitu mudah tetapi efektif ini

mampu membuka mata remaja tentang dunia sebenar penulisan yang penuh

dengan glamor dan ketinggian intelektualannya.

Malah, kerajaan perlu mewujudkan satu suasana yang sesuai untuk

penulis muda ini berkarya terutama aspek  penerbitan buku mereka. Pelbagai

insentif seperti pengecualian cukai kepada bayaran royalti buku mereka atau

mengurangkan cukai terhadap bahan-bahan pencetakan buku sudah pasti akan

menimbulkan minat yang mendalam dalam diri penulis dan penerbit buku untuk

menerbitkan karya mereka secara meluas. Penulis memerlukan suasana yang

mampu melahirkan pelbagai idea buat mereka untuk berkarya dan ini merupakan

salah satu daripadanya. Oleh itu, suasana yang baik amat penting buat penulis

muda di negara ini untuk terus bernafas dan melahirkan karya agung mereka itu.

Kesimpulannya, usaha melahirkan penulis muda di negara ini sesuatu yang

harus dilaksanakan segera oleh semua pihak. Semakin lama kita melengahkan

masa semakin sukarlah usaha untuk menambahkan jumlah penulis dinegara ini.

Sikap lepas tangan dan bertindak dengan perlahan sering menjadi masalah besar

kepada sebarang usaha perubahan yang hendak dicapai di negara ini. Peribahasa

µhendak seribu daya tak hendak seribu dalih¶ menjadi peringatan betapa

pentingnya usaha ini disegerakan.

Page 3: sastera  dipinggirkan

Sastera tempatan terpinggir ?

Oleh Aznan Bakar

[email protected]

SIAPA di kalangan generasi muda kita

hari ini yang kenal akan nama seperti

Usman Awang, A. Samad Said, Shahnon

Ahmad atau Arena Wati? Nama-nama

besar dalam dunia sastera ini cukup

asing pada mereka.

Malah generasi Internet, ipod dan

komputer riba ini merasakan sastera

tidak lagi penting dan tidak menyumbang

apa-apa dalam kehidupan.

Jadi, tidak hairanlah ruang yang

diberikan untuk aktiviti sastera di negara ini semakin hari semakin sempit.

Berbeza dengan masyarakat barat, karya-karya milik penulis besar seperti William

Shakespeare terus disanjung hingga hari ini.

Hasil karya tersebut terus dicari termasuk di kalangan generasi muda dan masih

dijual secara meluas kerana ia terus diminati.

Tetapi karya penulis lama kita yang bergelar Sasterawan Negara hendak dijadikan

buku teks pun tidak layak.

Seolah-olah Apabila seorang sasterawan itu meninggal dunia, hasil karyanya yang

dianggap tidak ternilai turut dikuburkan bersama.

Jika ada yang mengingati sekalipun hanya oleh kelompok-kelompok kecil melalui

majlis tidak rasmi.

Adakah ini bermakna hasil karya tempatan semakin terpinggir?

Kamaruddin Siaraf (kanan) melancar

Tabung Pembangunan Kegiatan Bahasa

dan Sastera sempena sambutan Hari

Pejuang Bahasa "152" di Dewan Bahasa

dan Pustaka, baru-baru ini.

Page 4: sastera  dipinggirkan

Jika hendak dikaitkan dengan budaya membaca, masyarakat kita suka membaca.

Sebab itu kedai-kedai buku daripada jenama antarabangsa memenuhi setiap pusat

membeli belah. Begitu juga dengan kedai-kedai kecil.

Tetapi boleh dikatakan 99 peratus buku yang dijual diimport. Karya sastera penulis

luar negara memenuhi rak pameran.

Tetapi jangan tanya buku yang ditulis Arena Wati, Usman Awang, A. Samad Said

atau Shahnon Ahmad. Sebabnya pasti anda akan mendapat tenungan yang tajam

dari penjaga kaunter. Jawapannya juga pasti tidak ada.

Jika ada sekalipun hanya beberapa naskhah sahaja.

Senario ini memberi gambaran masyarakat kita hari ini tidak tahu menilai jerih

payah golongan bergelar sasterawan ini.

Sudah payah mereka berfikir, mencipta dan menghasilkan bahan untuk dikongsi

dengan masyarakat tidak diberi layanan yang setimpal.

Sebab itu golongan penulis di negara ini tidak mampu hidup senang apatah lagi

bergelar jutawan seperti di Barat. Paling tinggi diberi anugerah bergelar datuk ketika

usia memasuki senja.

Hal-hal berkaitan diri dan kerja mereka sekadar dibincang melalui persidangan,

seminar atau wacana yang terhad kepada kelompok tertentu.

Kebelakangan ini media cetak juga semakin kurang memberi tempat kepada

bahan-bahan bercorak sastera atau aktivitinya. Seminggu sekali dianggap

memadai.

Di media elektronik aktiviti berkaitan sastera ini langsung tidak dipeduli kecuali

jika tetamu yang hadir adalah orang besar.

Mulai tahun ini juga pelajar sekolah akan mengkaji karya-karya seperti "Budak Rap",

"Legenda Budak Setan" dan "Untuk Tiga Hari" yang hanya berkisar kepada kisah-

kisah cinta remaja.

Page 5: sastera  dipinggirkan

Hairan juga kenapa karya-karya mereka yang bergelar Sasterawan Negara tidak

diberi keutamaan sebagai buku teks di sekolah.

Sedangkan novel-novel mereka sarat dengan semangat perjuangan, patriotisme dan

nilai-nilai hidup serta kaya dengan nilai kesusasteraan yang tinggi.

Novel-novel Shahnon misalnya, banyak berkisar tentang kehidupan yang mampu

mengajar generasi muda akan pentingnya menghargai apa yang mereka nikmati

hari ini. Kerana ia hasil usaha dan kerja keras generasi dahulu.

A. Samad Said pula banyak mengisahkan tentang hidup di zaman perang.

Sementara karya-karya Usman Awang mampu meniup semangat perjuangan dan

bersangkut paut dengan peristiwa besar negara.

Adakah ini memberi gambaran bahawa sastera tempatan yang sarat dengan nilai

kesusasteraannya semakin dipinggirkan?

Sebaliknya, karya-karya moden yang lebih komersial diangkat semata-mata atas

pertimbangan untung dan rugi.

Atau masalah ini berpunca daripada para penggiat sastera itu yang menyifatkan

diri mereka sebagai kumpulan elit yang hanya bergaul sesama sendiri?

Sebab itu aktiviti sastera hari ini dikatakan hanya membabitkan kelompok yang

sama hingga menyebabkan ia tidak berkembang.

Hanya mereka yang pakar dalam bidang ini dan mereka yang menggelar diri mereka

sebagai penggiat sastera sahaja yang mampu menjawabnya.

Sastera dipinggirkan?

Oleh Nazmi Yaakub

[email protected]

2010/10/13

Page 6: sastera  dipinggirkan

Jumlah halaman mengecil sedangkan ia sebahagian sejarah negara

TANGGUNGJAWAB sosial dan sejarah yang perlu dipikul oleh media dalam konteks

penerbitan bahan sastera sebagai salah satu cara untuk membangunkan

masyarakat dan negara disorot pada Diskusi Sastera dan Media. Diskusi anjuran

Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, UPSI dengan kerjasama Persatuan

Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN), turut melihat fungsi media secara

praktikal dalam mengembangkan sastera sama ada melalui akhbar, majalah

atau buku.

Setiausaha Agung, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Syed Mohd Zakir

Syed Othman, menganggap persoalan hubungan antara khalayak sastera dengan

media dan masalah halaman sastera yang semakin mengecil sebagai isu serantau

dunia sastera.

“Pertemuan dengan pengarang kreatif dari negara serantau seperti Thailand,

Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam mendedahkan, masalah yang sedang

sastera Malaysia hadapi turut berlaku di negara terbabit.

“Bagaimanapun, Malaysia masih bernasib baik kerana Berita Harian menyediakan

ruangan Sastera setiap hari, manakala Dewan Sastera yang diterbitkan Dewan

Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak 1970-an masih di pasaran,” katanya pada dialog

di Bangunan E-Learning, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim,

baru-baru ini.

Syed Mohd Zakir yang lebih dikenali sebagai SM Zakir melihat pengecilan ruangan

sastera menunjukkan sastera tidak lagi menjadi komponen penting dalam dunia

dagang dan pasaran bebas seperti yang pernah berlaku pada zaman sekitar

kemerdekaan.

“Sastera tidak lagi dilihat sebagai komponen yang dapat menarik keuntungan

dan penerbitan karya kreatif dilihat tidak lebih daripada tanggungjawab sosial untuk

memartabatkan bahasa ibunda atau rasmi sesebuah negara,” katanya pada diskusi

yang dipengerusikan Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraannya, Prof Madya

Datuk Dr Mohd Rosli Saludin, Prof Madya Datuk Dr Mohd Rosli Saludin.

Page 7: sastera  dipinggirkan

Bagaimanapun, beliau berharap sastera dan penerbitan karya kreatif dilihat

sebagai tanggungjawab sejarah kerana hubungan antara media dengan dunia

sastera sudah melalui sejarah yang panjang dan penting.

“Baru-baru ini, saya bertemu dengan editor majalah Kompas di Jakarta yang

mengakui sastera tidak lagi menjadi komponen penting dalam aspek pasaran bagi

majalah gergasi itu dan tidak dianggap sebagai tanggungjawab sosial.

“Hanya tinggal satu saja untuk menerbitkan karya sastera, iaitu tanggungjawab

sejarah tetapi ia tidak boleh diremehkan kerana sastera menyumbang dalam sejarah

perjuangan dan pengisian kemerdekaannya,” katanya pada diskusi yang turut

dihadiri Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI, Prof Madya Dr Nor Azmi

Mostafa dan Pengerusi Jawatankuasa Diskusi Sastera dan Media, Dr Abdul Halim

Ali.

Pandangan Syed Mohd Zakir itu wajar diberikan perhatian dalam memastikan

hubungan sastera dan media serta tanggungjawab sosial dan sejarah kembali diberi

nafas segar tetapi khalayak sastera juga perlu mengambil kira realiti gerak kerja

media yang lebih bersifat praktikal.

Justeru tidak hairanlah Diskusi Sastera dan Media itu turut membuka ruang

kepada editor yang terbabit secara praktikal dalam meneruskan

kesinambungan sastera sebagai tanggungjawab sosial dan sejarah, tetapi

terikat kepada tuntutan keuntungan bagi membolehkan syarikat terus beroperasi.

Editor Sastera, Berita Harian, Salbiah Ani, ketika diminta mengulas pemilihan karya

bagi terbitan dalam Berita Harian dan Berita Minggu menjelaskan baik pengarang

berjenama mahupun pendatang baru diberi peluang kerana penekanan adalah

kepada mesej bukan pada status.

“Terus terang saya katakan bukan status penulis yang mempengaruhi pemilihan

karya untuk terbitan dalam Berita Harian dan Berita Minggu. Karya penulis

berjenama seperti Dr Fatimah Busu juga pernah saya tolak. Saya juga tidak

Page 8: sastera  dipinggirkan

mengamalkan kronisme. Silap jika penulis baru mengatakan mereka tidak diberi

peluang,” katanya.

Selain itu, pemilihan karya untuk terbitan dalam kedua-dua akhbar terbabit lebih

bertumpu kepada karya yang mengetengahkan mesej yang baik dan tidak

menggunakan teknik terlalu kabur sehingga menyukarkan pemahaman pembaca

massa.

Justeru, Berita Harian dan Berita Minggu tidak membataskan ruangan Sastera untuk

penggiat sastera tulen semata-mata kerana sokongan pembaca massa diperlukan

bagi membolehkan halaman terbabit terus berdaya saing.

“Kami bergerak dari dana yang kosong dan dalam situasi semasa yang pembaca

lebih cenderung kepada berita politik, ekonomi dan hiburan, saya sangat bersyukur

ruangan Sastera mendapat dua halaman setiap hari. Beli dan bacalah akhbar untuk

mengetahui bentuk karya pilihan editor.

“Pemberian halaman berdasarkan jumlah pembaca dan pendapatan yang dijana

daripada halaman menyesakkan Editor Sastera. Faktor kos kertas dan keterbatasan

ruang menjadikan iklan terlalu mahal. Berapa ramai penerbit buku sedia membeli

iklan?,” katanya.

Editor Dewan Sastera, Rozninah Abd Azib, membuat saranan serupa kepada

pembaca bagi memastikan karya mereka mendapat tempat dalam majalah terbitan

DBP kerana tanpa membeli dan membaca sukar penyumbang menilai bentuk karya

yang menjadi pilihan.

“Betul apa yang dikatakan rakan seperjuangan saya, Salbiah Ani kerana tanpa

membeli dan membaca akhbar atau majalah yang menjadi sasaran penulis, mereka

tidak dapat memahami bentuk karya yang mendapat tempat,” katanya.

Pengurus PTS Litera, Asma Fadila Habib, berkata PTS Sdn Bhd (PTS) mengambil

inisiatif dan mengembangkan sastera serta karya sastera kerana menyedari

wujudnya ruang kosong dalam bidang penerbitannya.

Page 9: sastera  dipinggirkan

“Oleh itu, kami mula mengkaji keperluan pasaran dengan memberi tumpuan kepada

genre yang berasaskan kehendak pembaca generasi muda, tetapi pada masa sama

tetap memperjuangkan bahasa.

“Kami mulakan dengan penerbitan novel dewasa dengan menekankan kepada

pemilihan judul karya kreatif yang cenderung kepada Islam tetapi tidak terlalu

‘ekstrim’ dalam penekanan kepada latar agamanya,” katanya.

“Kenapa peminggiran karya dan bahan sastera Melayu berlaku?”

Pada pandangan saya dalam hal ini, ada faktor yang menyebabkan terjadinya

keadaan begitu. Faktor pendidikan negara amat mempengaruhi minda rakyat/

khalayak meminati karya sastera. Sistem pendidikan negara sendiri meminggirkan

Page 10: sastera  dipinggirkan

subjek sastera Melayu terutamanya apabila wujud pengasingan antara aliran sains,

sastera, dan teknikal. Pelajar yang cemerlang diletakkan dalam aliran sains/ teknikal,

manakala yang lemah dikelompokkan dalam aliran sastera. Kelompok/ kumpulan

yang ini juga, mereka tidak mengambil subjek sastera Melayu sebab ada pilihan

subjek lain. Dari segi persepsi khalayak/ pelajar dan di pihak penggubal dasar

pendidikan negara, subjek kesusasteraan Melayu hanyalah untuk pelajar yang

lemah atau dalam bahasa mudah untuk ‘pelajar yang tak boleh ke mana.’ Tiada

pilihan, maka di situlah ditempatkan mereka.