32
BMM3163 GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU Lagu Rakyat Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan kepelbagaian seni irama dan lagu yang diwarisi dari generasi terdahulu dan mungkin mengalami sedikit asimilasi dari segi aturan lirik, gaya nyanyian atau alat muzik serta cara penyampaiannya yang dipelbagaikan. Lagu rakyat masyarakat Melayu adalah lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesutu kawasan dalam Alam Melayu tidak kira kawasan itu terletak di negara Indonesia , Malaysia , Singapura ,Brunei hatta di mana- mana pelusuk pulau terpencil di Nusantara sekalipun, dan merupakan lagu-lagu yang amat popular di kawasan tersebut. Biasanya lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun senario semasa di kawasan tersebut. Lagu rakyat biasanya akan dinyanyikan semasa bermain, mendodoikan anak, hiburan setelah penat membanting tulang dan juga semasa majlis-majlis keraian, didendangkan secara berkumpulan atau berseorangan. Kanak-kanak juga bermain sambil menyanyi. samada untuk menghibur hati sambil berayun dibuaian berseorangan atau dengan kawan-kawan Ada juga lagu yang menjadi sebahagian dari permainan kanak- kanak .Dengan ini menyanyi menjadi kegiatan pencetus silaturahim (Rahmah Bujang, Dewan Budaya, November 1999). Lagu – lagu tradisi rakyat adalah lagu-lagu yang telah terlalu tua usianya dan tidaklah dapat dikesan dengan 1

KKBI SASTERA sem8.docx

Embed Size (px)

Citation preview

BMM3163 GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU

BMM3163 GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU

Lagu Rakyat

MasyarakatMelayusememangnya terkenal dengan kepelbagaian seni irama dan lagu yang diwarisi dari generasi terdahulu dan mungkin mengalami sedikit asimilasi dari segi aturan lirik, gaya nyanyian atau alat muzik serta cara penyampaiannya yang dipelbagaikan.

Lagu rakyat masyarakat Melayu adalah lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesutu kawasan dalam Alam Melayu tidak kira kawasan itu terletak di negaraIndonesia,Malaysia,Singapura,Bruneihatta di mana-mana pelusuk pulau terpencil di Nusantara sekalipun, dan merupakan lagu-lagu yang amat popular di kawasan tersebut. Biasanya lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun senario semasa di kawasan tersebut. Lagu rakyat biasanya akan dinyanyikan semasa bermain, mendodoikan anak, hiburan setelah penat membanting tulang dan juga semasa majlis-majlis keraian, didendangkan secara berkumpulan atau berseorangan. Kanak-kanak juga bermain sambil menyanyi. samada untuk menghibur hati sambil berayun dibuaian berseorangan atau dengan kawan-kawan Ada juga lagu yang menjadi sebahagian dari permainankanak-kanak .Dengan ini menyanyi menjadi kegiatan pencetus silaturahim (Rahmah Bujang,Dewan Budaya, November 1999).

Lagu lagu tradisi rakyat adalah lagu-lagu yang telah terlalu tua usianya dan tidaklah dapat dikesan dengan setepatnya bilakah ianya telah bermula. Namun satu andaian yang mungkin boleh dipakai ialah ianya wujud semasa masyarakat Melayu menganuti fahaman animisme lagi. Lalu dalam hal ini, lagu-lagu tradisi begini boleh kita klasifikasikan sebagai juga satu bentuk sastera lama dalam genre puisiLagu-lagu rakyat juga boleh dijeniskan kepada lagu-lagu untuk kanak-kanak, orang muda dan dewasa. Di antara kategori ini, lagu yang paling dominan ialah lagu kanak-kanak.

Terdapat banyak lagu rakyat atau lagu kanak-kanak yang berunsur nasihat yang membentuk peribadi mulia berperanan untuk membina jati diri sebagai warga yang berkualiti seperti laguLagu Burung Kenek-kenek

Lagu ini merupakan sebuah lagu nasihat untuk kanak-kanak. Lagu ini mendorongkan kanak-kanak untuk menjadi insan yang bertaqwa kepada Tuhan, patuh pada ibu bapa. Rajin belajar dan tidak mempunyai sikap yang angkuh. Perkataan pesan dalam lirik lagu ini bererti nasihat. Liriknya juga menceritakan bagaimana anak-anak yang kecil diajar berjalan. Bagaimana mengatur tapak kaki supaya tidak terjatuh. Dalam hal yang lain Iirik lagu ini meminta kanak-kanak hendaklah memilih kawan yang boleh mendorong kita melakukan perkara yang baik.

Lagu Ikan Kekek Kita hendaklah menjaga dan menyayangi alam sekitar terutama air sungai dan laut. Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkutan dan sebagainya.Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencemaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.. Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, disebabkan kegagalan pembiakan.

Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang kepada haiwan-haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan. Oleh itu bersama-samalah kita menjaga kebersihan alam sekitar.

Lagu Kalau Tidak Kerana Bintang Seterusnya kita perlulah mengamalkan perbuatan menolong orang lain atau dengan kata lain berbudi kepada rakan. Ajaran mulia ini mampu diterapkan andai seseorang itu memahami maksud lagu atas. Malah ia juga akan mendorong khalayak mengamalkan budaya tolong menolong kerana amalan mulia akan menjadi bekal ketika kita sudah meninggal dunia. Ajaran baik ini terus diamalkan sesama ahli masyarakat yang memahami maksud mendalam pantun ini.

Selain itu,kita hendaklah mengenang budi seseorang bukan setakat ketika seseorang hidup di dunia sahaja. Budi seseorang itu akan tetap dikenang walaupun dia telah mati tetap akan disebut orang. Sesuai dengan isi pantun tersebut iaitu hancur badan dikandung tanah yang memberi maksud sudah meninggal dunia.

Lagu Singapura Dilanggar Todak Melalui lagu Singapura Dilanggar Todak, sebagai seorang pemimpin haruslah berfikiran rasional ketika membuat keputusan. Seorang pemimpin seharusnya juga tidak mudah terpengaruh dengan pembesar yang iri hati dengan si Hang Nadim. Budi yang amat besar dibalas dengan kekejaman oleh para pemerintah. Terbuktilah sikap pemerintah pada masa itu yang amat tidak bertanggungjawab, mementingkan diri, dan tamak.

Di samping itu kita haruslah mempraktikkan dan mengamalkan ilmu serta kebijaksanaannya ke jalan yang sepatuttnya dengan penuh tanggungjawab, manfaat dan faedah. Peranan ini dapat dilihat dalam watak Hang Nadim yang telah memberikan idea yang berjaya menyelamatkan negerinya yang tercinta. Dapat dilihat perwatakan budak pintar yang amat lurus dan taat terhadap pemerintahnya. Dia juga amat bertanggungjawap dalam melaksanakan peranannya sebagai rakyat dengan baik. Sikap taat dan setianya amat dituntut supaya menjadi ikutan dan teladan setiap rakyat pada waktu itu mahupun pada masa sekarang.

Lagu Geylang Si Paku Geylang Lagu ini mengisahkan rindu kepada kekasih kerana terpisah jauh. Mereka hidup sering berjauhan antara satu sama lain. Ini menunjukkan orang dahulu sering merantau kerana mencari rezeki yang halal.Kerinduan akan melanda hati kerana pertemuan yang sekejap belum mampu menghilangkan rindu. Kita hendaklah pandai menjaga nama baik dengan bersikap mulia sepanjang berada diperantauan. Jika panadai menjaga diri dan nama baik, kita akan memperoleh kejayaan dan rezeki.

Pengaruh puisi tradisional dalam lagu rakyat.

Definisi Puisi TradisionalPuisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentukkarangan berangkap(Zaba, 1962) atausuatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbandingdengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-harisertabahasa yang mementingkan kebenaran daya intelektual dan logika(Harun Mat Piah, 1989:2). Bentuk, pemikiran dan fungsi puisi Melayu tradisional masih dikekalkan oleh masyarakat seperti keadaan tradisionalnya. Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang berkembang dalam kesenian rakyat. Setengah-setengah bentuk puisi tradisional seperti mantera dan teromba mengandungi unsur ritual dan bersifat magis.

Ciri-ciri Puisi Tradisional Pada umumnya, puisi tradisional mempunyai ciri-ciri berikut : Memperlihatkan penggunaan bahasa yang lebih baik, ekspresif, kental, mengandungi nilai keindahan serta menimbulkan rangsangan dan kesan kepada pengalaman dan perasaan.Mempunyai bentuk tertentu, berkerat-kerat atau berurutan dalam baris yang sejajar. Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi unsur muzik, lagu, intonasi, kadensa, rentak, irama dan keharmonian bunyi. Baris, rima dan irama disusun membentuk pola atau ikatan tertentu yang dipengaruhi jumlah baris, jumlah perkataan, perseimbangan bunyi dan panjang-pendek perkataan. Wujud pembahagian unit dalam menyatakan idea, misalnya dua baris serangkap atau beberapa baris seuntai. Bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan dengan fungsi kolektif kehidupan masyarakat tradisional. Binaannya terikat oleh aturan tertentu yang memberikan bentuk dan strukturnya. Digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat untuk hiburan, keramaian, ritual, keagamaan, pengajaran dan sebagainya. Ada puisi yang dianggap suci dan berhubung rapat dengan sistem kepercayaan dan menjadi taboo bagi masyarakat tertentu misalnya ungkapan adat pepatih. Bahasa yang padat kental mengandungi unsur perlambangan, imajan, kiasan dan perbandingan yang bersifat tradisional untuk menyatakan sesuatu dan melahirkan perasaan hati.

Jenis-jenis Puisi TradisionalPuisi tradisional terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya :PantunSyairGurindamSelokaLagu rakyatNazam

PantunPantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang digunakan untuk menyampaikan perasaan dan fikiran yang gembira, sedih, rindu, marah dan sebagainya.Mengikut kajian (Muhammad Hj. Salleh, 2000 : 56) asal kata pantun mungkin berdasarkan katatoen, tuntun, tonton, tuntun, atuntun, matuntun, panton, pantunyang digunakan dalam pelbagai bahasa di Nusantara. Maksudnya merujuk kepada sesuatu pengucapan dengan bahasa yang teratur, tersusun dan indah atau peri laku yang terpimpin, terdidik, bersopan dan bertatasulisa. Dalam kesusasteraan Melayu istilahpantunatau sepantunasalnya dipakai dengan makna umpama, seperti, sebagai, laksana, bak yakni merujuk kepada perbandingan atau kiasan.Contohnya tuan sepantun kilat cermin, di balik gunung nampak juga.

Ciri-ciri Pantun:Pantun mempunyai beberapa ciri, antaranya : Rangkapnya berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan idea. Rangkapnya terbina daripada baris atau kerat yang berpasangan misalnya dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan seterusnya.Namun pantun yang popular dan terus berkembang adalah pantun empat kerat dan dua kerat. Jumlah perkataan setiap baris sekitar tiga hinggalima patah perkataan. Jumlah suku kata dalam setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku kata. Skima rima di tengah dan / atau di hujung baris adalah berjajar berselangan iaitu ab;ab.Adajuga skima rima yang sama, iaitu aa;aa . Struktur pantun terdiri daripada dua unit iaitu pembayang (yang menjadi kiasan) dan maksud (yang menjadi inti persoalan) yang hendak disampaikan. Pembayang adalah adalah gambaran alam dan maksud adalah gambaran sifat dan sikap manusia. Setiap rangkap memiliki kesatuan idea yang lengkap. Pemilihan perkataan merujuk kepada lambang yang sesuai dengan norma, nilai dan tanggapan masyarakat setempat. Pantun yang baik mempunyai hubungan idea dan wacana antara unit pembayang dan unit maksud.

Terdapat unsur pantun dalam lirik Kalau Tidak Kerana Bintang iaitu pada rangkap berikut :

Pantun Empat Kerat:

Kalau tidak kerana bintang,Takkan bulan terbit tinggi,Kalau tidak kerana sayang,Takkan saya datang ke mari

Pulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga,Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.

Pantun Peribahasa :

Bunga melati bunga di darat,Bunga seroja di tepi kali,Hina besi kerana karat,Hina manusia kerana budi.

Selain itu, di dalam lagu Burung Kenek-Kenek juga terdapat unsur pantun empat kerat.Burung kenek-kenekTerbang tinggi di awan,Pesan datuk nenek,Pandai-pandai cari kawan.

Burung kenek-kenek,Terbang atas pagar,Pesan datuk nenek,Rajin-rajinlah belajar.

Geleng-geleng sapi Berbulu di telinga,Atur tapak kaki,Berdiri lama-lama.

Geleng-geleng sapi,Sapi berbulu merah,Atur tapak kaki, Cepat-cepat melangkah.

Burung kenek-kenekSinggah atas atap,Pesan datuk nenek,Rajin-rajin baca kitab.

Burung kenek-kenek,Hinggap pohon kelapa,Pesan datuk nenek, Patuhlah ibu dan bapa

SyairSyair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Kata syair berasal daripada istilah Arabshiryang bererti puisi dansharyang bererti penyair, pengarang, penyajak. Istilah ini berkembang dalam berbagai bahasa Nusantara sepertisae, saiyo, sair, singirdansyair.Dalam puisi Melayu tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri (Syair Burung Pungguk, Syair Perahu) sekitar abad ke 16 dengan tujuan mengajarkan agama Islam.

Ciri-ciri SyairSyair mempunyai beberapa ciri, antaranya: Empat baris serangkap. Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar tiga hinggalimapatah perkataan. Jumlah suku kata bagi setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku. Skima rima hujungnya sama, iaitu aa;aa. Keempat-empat baris adalah kesatuan idea namun rangkap berkenaan tidak dapat berdiri sendiri. Dalam satu baris terdapat satu hentian yang ditandai dengan jeda. Serangkap syair akan diikuti rangkap seterusnya untuk membawa satu kesatuan yang lengkap sebagai satu cerita atau pemerian peristiwa. Syair umumnya merupakan cerita atau pemerian yang panjang sama ada mengenai kisah percintaan, keagamaan, falsafah, pengajaran dan sebagainya.

Jenis SyairPada umumnya, jenis syair adalah berdasarkan isi, tema, pemikiran, persoalan atau mesej yang hendak disampaikan. Terdapat unsur syair cerita dalam lirik lagu rakyat Singapura Dilanggar Todak iaitu pada rangkap berikut :

Raja runsing akal dicari,Gundah rakyat tidak terperi,Todak menyerang bertubi-tubi,Nyawa terkorban ramai yang mati.

Hati yang dengki menghasut raja,Kelak Hang Nadim merampas takhta,Budi Hang Nadim dibalas duka,Madu diberi dibalas tuba.

Selain itu, unsur syair alam sekitar juga terdapat pada keseluruhan lirik lagu Ikan Kekek . Contohnya :

Ikan kekek mak iloi-iloi,Ikan gelama mak ilai-ilai,Dulu laut ikannya amboi,Tapi sekarang semua dah terabai.

Ikan paus tanya pada penghulu,Mengapakah laut dah tak macam dulu,Mengapakah air biru,Dah jadi kelabu.

SelokaIstilah seloka berasal daripada perkataan Sanskritshloka. Dalam bahasa Melayu, seloka bererti berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka merupakan puisi yang paling tua dalam kesusasteraan Melayu. Seloka dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. TeksMahabharata(100,000 rangkap) danRamayana(24,000 rangkap) merupakan buku terawal yang tertulis dalam bentuk seloka (Harun Mat Piah, 1989, hlm. 334)

Sebagai puisi tradisional, karangan berangkap atau bahasa berirama, seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Walaupun seloka merupakan puisi yang bercorak senda gurau namun isinya mengandungi sindiran yang menjadi pengajaran dan teladan kepada pembaca. Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat yakni empat baris serangkap dengan memakai bentuk pantun atau syair. Selain itu seloka juga ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap barisnya menjadi isi puisi berkenaan.

Ciri-ciri SelokaSeloka mempunyai beberapa ciri seperti berikut : Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas. Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat) Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap. Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda. Digunakan untuk menyindir sambil mengajar.

Jenis SelokaSeloka dijeniskan berdasarkan bentuk iaitu seloka berbentuk bebas dan seloka berbentuk terikat. Contoh seloka berbentuk bebas terdapat dalam lirik Singapura Dilanggar Todak

Inilah kisah dahulu kala,Singapura dilanggar todakNasib Hang Nadim otak geliga,Menjadi mangsa hasrat durjana,

Hang Nadim cerdik ada muslihat,Batang pisang membenteng pantai,Todak menyusup mengcongkar lekat,Ombak menikam todak pun karam.

Hang Nadim dirantai seluruh tubuh,Lalu dicampak ke dasar laut,Tanjung Pagar menjadi kubur,Singkat akal membawa maut.

Analisis prosa menggunakan Kaedah Struktural.

Tajuk prosa yang dipilih untuk dianalisis menggunakan kaedah struktural ialah Kepimpinan Melalui Teladan .

Tema Tema prosa tradisional ini ialah kepahlawanan dan kehebatan seorang Laksamana dalam mempertahanakan negara daripada ancaman musuh dan anasir luar. Ini dapat dilihat melalui keberanian dan kegagahan Laksamana mempertahankan negeri Melaka daripada ancaman tujuh orang perajurit Majapahit dan Kertala Sari yang dihantar oleh Seri Betara Majapahit untuk membunuh raja dan laksamana. Laksamana juga telah Berjaya mengembalikan keamanan kepada kerajaan Melaka.

Persoalan.

a) Persoalan membalas dendam. Contohnya , Seri Betara Majapahit sangat marah apabila mengetahui tujuh orang perajuritnya yang pergi ke Melaka telah mati dibunuh oleh laksamana Melaka. Oleh itu, Patih Gajah Mada telah menitahkan untuk mengupah seseorang membunuh Raja dan Laksamana Melaka untuk membalas dendam, kertala sari pula memang ingin membunuh Laksamana kerana Laksamana telah membunuh ayahnya Petala Bumi.

b) Persoalan kegiatan merompak dan mencuri sebagai sumber pendapatan.Melalui watak Kertala sari yang digambarkan sebagai orang yang suka mencuri dan merompak harta benda orang lain bagi menyara hidup keluarganya. Dia yang tinggal di Majapahit telah ke Daha untuk mencuri. Dia membawa harta berupa wang, barang kemas, pakaian yang dicurinya itu ke rumahnya. Dia juga telah mencuri harta benda saudagar kaya di Melaka.

c) Persoalan Melaka sebagai pusat perdagangan terunggul.Banyak saudagar menjalankan urusan perdagangan mereka di Melaka. Mereka mempunyai rumah yang besar dan harta yang banyak. Digambarkan juga ada perkampungan pedagang Jawa di Melaka yang diketuai oleh Patih Kerma Wijaya.

d) Persoalan amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Laksamana menjalankan tugasnya mengawal keamanan negeri Melaka dengan amanah tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Contohnya Laksamana Melaka mengambil sebahagian harta penduduk Melaka yang dicuri oleh Kertala Sari. Harta itu kemudiannya diberikan kepada fakir miskin, pegawai rendah, dan pengikut-pengikutnya sehingga habis. Beliau langsung tidak mengambil apa-apa harta.

e) Persoalan kebijaksanaan menggunakan strategi dan akal fikiran untuk menewaskan musuh.Contohnya Laksamana telah mengenakan pakaian serba hitam , menyamar sebagai penjurit dan berbaring di tengah pasar pada suatu malam dengan harapan untuk menangkap dan membunuh Kertala Sari.

Watak dan perwatakan.

Watak utama prosa ini ialah Laksamana. Manakala, watak-watak sampingan ialah Kertala sari, Seri Betara Majapahit, Raja Melaka, tujuh orang perajurit, Saudagar Kaya, Temenggung, Bendahara.

Perwatakan a) Laksamana.Beliau merupakan hulubalang terbilang kerajaan Melaka. Beliau memiliki ilmu persilatan yang tinggi dan cekap bersilat. Buktinya beliau telah berjaya membunuh Petala Bumi dan Kertala Sari, dua hulubalang Majapahit yang hebat. Malahan beliau berjaya membunuh hulubalang tujuh perajurit Majapahit yang bersaudara. Laksamana juga sangat disayangi oleh Raja Melaka. Buktinya, baginda memanggilnya sebagai kekasihku ketika menghadap baginda di istana. Beliau juga orang harapan baginda untuk mengadukan masalah dan meminta nasihat dan menjaganya di istana. Beliau juga memiliki ilmu firasat. Buktinya, beliau telah menjangkakan Kertala Sari akan datang ke istana Melaka pada suatu malam. Ramalannya itu benar. Selain itu, Laksamana juga mempunyai ilmu hikmat. Setelah membaca hikmat tertentu, kayu yang disusun di sekeliling istana palu-memalu manakala senjata di tempat yang sama tikam-menikam. Beliau juga menggunakan hikmat itu dalam usaha menjaga istana Raja Melaka dan mengelirukan Kertala Sari yang ingin menceroboh dan mencuri di istana tersebut. Laksaman juga seorang yang bijak dan licik menggunakan muslihat dan strategik untuk menumpaskan musuhnya. Beliau berbaring di tengah-tengah pasar pada suatu malam. Kertala Sari yang menyangka Laksamana sudah mati, terpijak kaki Laksamana. Laksamana segera melompat dan menghunus kerisnya lalu menikam Kertala Sari, lalu Kertika Sari terbunuh. Beliau juga seorang yang pemurah. Hadiah yang diterimanya daripada para saudagar yang kecurian harta bendanya langsung tidak diambil, sebaliknya disedekahkan semua harta itu kepada fakir miskin, pegawai rendah dan pengikut-pengikutnya.

Watal Sampingan.a) Kertala Sari.Merupakan anak Petala Bumi dan tinggal bersama keluarganya di Majapahit. Kertala Sari juga seorang pencuri. Dia menjadikan aktiviti itu sebagai pekerjaan bagi meyara keluarganya. Dia telah ke Daha untuk mencuri harta penduduk di sana. Di Melaka juga, dia berbuat demikian juga dan mengumpulkan harta benda yang dicurinya itu di Bukit Cina. Seorang yang panas baran. Ketika mengetahui ayahnya dibunuh oleh Laksamana Melaka, dia sangat marah dan bertekad untuk membalas dendam. Kertala Sari juga seorang yang licik. Dia dapat menceroboh rumah saudagar kaya di Melaka dengan mudah. Selain itu, Kertala Sari juga seorang yang bongkak dan bercakap besar. Buktinya dia mmenerima titah Seri Betara untuk membunuh Raja Melaka dan Laksamana Melaka kerana menganggap tugas itu amat mudah.

b) Raja Melaka.Baginda sangat prihatin akan masalah rakyat. Apabila rakyat mengadu hal kecurian harta benda, baginda sangat bimbang dan menitahkan Temenggung mengetuai kawalan keselamatan negeri Melaka. Selain itu, baginda penyayang. Baginda sangat menyayangi laksamana hulubalang terhebat di negeri tersebut. Baginda juga seorang yang tegas. Baginda amat menyayangi Laksamana. Baginda tegas ketika memberi arahan. Buktinya baginda mengarahkan Temenggung sendiri berkawal pada waktu malam untuk membenteras kecurian di negeri itu.

Latar .Latar ialah suatu keterangan tentang keadaan masyarakat, tempat, dan masa yang terdapat dalam suatu cerita.

a) Latar Tempat.1. Majapahit. Negeri ini diperintah oleh Seri Betara Majapahit. Patih Gajah Mada sebagai ketua pembesarnya.2. Daha. Kertala Sari pergi ke tempat ini untuk mencuri harta benda penduduk negeri ini.3. Melaka. Negeri ini dipimpin oleh Raja Melaka. Antara pembesar yang bertugas untuk membantu raja mentadbir negeri ini ialah Bendahara, Temenggung, dan laksamana. Kertala Sari datang ke negeri Melaka untuk membunuh Raja Melaka dan Laksamana.4. Bukit Cina. Tempat ini dijadikan oleh Kertala Sari sebagai tempat untuk menyimpan harta benda yang dicurinya daripada saudagar-saudagar yang menetap di Melaka.5. Istana Melaka. Tempat Laksamana membuat hikmat sebagai usaha menjaga keselamatan istana itu daripada diceroboh oleh Kertala Sari. Di tempat ini juga harta benda penduduk yang dicuri oleh Kertala Sari dikembalikan kepada pemiliknya.6. Pasar. Tempat Laksamana menikam Kertala Sari sehingga mati.

b) Latar Masa.1. Malam. Kertala Sari mencuri harta benda saudagar dan pembesar Melaka pada waktu malam. Laksamana membuat hikmat di istana Melaka juga pada waktu malam. Selain itu, Kertala Sari juga telah ditikam oleh Laksamana pada waktu malam.2. Waktu siang. Bendahara dan saudagar mengadukan kecurian harta benda mereka kepada Raja Melaka. Laksamana bertanyakan perihal bunyi kayu yang disusunnya di luar istana kepada pengawal yang bertugas.3. Tujuh hari tujuh malam. Buktinya, rakyat berulang alik mengangkut harta benda yang dicuri dan disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina selama tujuh hari tujuh malam.c) Latar Masyarakat.1. Masyarakat pendendam.Seri Betara Majapahit telah mnegarahkan Kertala Sari ke Melaka untuk membunuh Raja Melaka dan Laksamana bagi membalas dendam atas kematian tujuh orang hulubalang negeri itu akibat dibunuh oleh Laksamana. Kertala Sari juga berazam untuk membunuh kedua-duanya kerana Laksamana telah membunuh ayahnya Petala Bumi.2. Masyarakat kaya.Beberapa orang saudagar kaya di Melaka berasa sedih kerana harta benda mereka dicuri orang pada waktu malam,3. Masyarakat yang mementingkan aspek keselamatan.Raja Melaka menitahkan Temenggung mengetuai kawalan keselamatan Melaka pada waktu malam kerana kes kecurian sedang berleluasa di negeri tersebut.4. Masyarakat yang bijak dan licik.Laksamana bijak mengatur strategi untuk menggelakkan Kertala sari menceroboh istana Melaka pada waktu malam dengan menggunakan kayu dan senjata serta membaca hikmat. Laksamana juga berjaya menumpaskan Kertala Sari dengan berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar. Apabila Kertala Sari tertendang kakinya, Laksamana menghunus keris ke dada Kertala Sari.5. Masyarakat yang adil dan pemurah.Laksamana membahagikan harta benda penduduk yang dicuri oleh Kertala Sari kepada pemiliknya dengan adil. Beliau juga meyedekahkan hadiah yang diterimanya itu kepada pihak yang memerlukannya.

Plot Plot ialah suatu susunan, jalinan atau rentetan peristiwa yang digambarkan dan diceritakan berdasarkan sebab dan akibat. Dengan kata lain, sesuatu peristiwa yang akan menyebabkan perlakunya peristiwa lain. Plot boleh terbahagi kepada dua iaitu binaan plot dan teknik plot. Plot bagi prosa ini ialah :a) Binaan Plot.1. Permulaan.Patih Gajah Mada mengarahkan Kertala Sari ke Melaka untuk membunuh Raja Melaka dan Laksamana. Kertala Sari bersetuju, tambahan pula, ayahnya Petala Bumi telah mati dibunuh oleh Laksamana.2. Perkembangan.Di Melaka, Kertala Sari mencuri harta benda seorang demi seorang saudagar kaya. Semua harta itu dikumpulkannya di Bukit Cina.3. Perumitan.Raja Melaka menitahkan Temenggung mengadakan kawalan di rumah saudagar dan pegawai atasan istana, malahan di istana. Namun begitu, pencuri itu bukan sahaja tidak dapat diberkas, bahkan tidak dijumpai. Laksamana menawarkan dirinya untuk menangkap pencuri itu.4. Klimaks.Laksaman berbaring di tengah-tengah pasar. Apabila badannya dipijak oleh Kertala Sari, Laksamana menghunuskan kerisnya dan melompat lalu menikam dada Kertala Sari. Dengan kematian Kertala Sari, negeri Melaka menjadi aman semula.5. Peleraian.Raja Melaka menitahkan harta benda yang dicuri oleh Kertala Sari dibawa dari Bukit Cina untuk dikumpulkan di istana dan diserahkan kepada pemiliknya semula. Harta yang diberikan oleh saudagar kepada Laksamana sebagai hadiah atas jasanya menewaskan Kertala Sari telah disedekahkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang yang memerlukan.

Teknik Plot.Teknik plot ialah kepelbagaian cara yang digunakan untuk mempersembahkan sesuatu cerita supaya kelihatan menarik. Di dalam prosa ini, antara teknik plot yang digunakan ialah:

1. Teknik Pemerian.Teknik pemerian ialah untuk menyatakan, menceritakan, atau memberitahu sesuatu perkara dengan jelas atau secara langsung.Contohnya : Pengarang menceritakan keadaan Kertala Sari apabila tiba di Melaka. Berapa lamanya Kartika Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa yang banyak.. ( halaman 30 ).

2. Teknik monolog dalaman.Monolog dalaman ialah ucapan atau kata-kata yang lahir dalam hati seseorang atau watak bercakap secara sendirian.Contoh :Kertala Sari bercakap sendirian dalam hatinya apabila melihat Laksamana. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksaman: maka ia pun berfikir dalam hatinya,: Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan : ( halaman 30 )

3. Teknik dialog.Teknik dialog ialah pertuturan antara dua atau lebih watak dalam sesuatu karya sastera.Contoh : Dialog antara rakyat dengan raja Melaka.Maka seorang, Ini pun harta patik, tuankuMaka kata seorang, Ini tuanku benda patik Maka seorang, Ini bantal patik tuanku ( halaman 38 )

4. Teknik imbas muka.Suatu cara yang digunakan untuk memberi gambaran awal atau ramalan dan kemungkinan sesuatu peristiwa akan berlaku.Contoh : Laksamana meramal Kertala Sari akan datang ke istana Melaka pada malam itu.Maka sembah Laksamana, Pada firasat patik, pada malam itu datang pula penjurit itu ke istana kita ini ( halaman 34 )

Gaya BahasaGaya Bahasa ialah cara penulis menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan sesuatu perkara, maklumat, persoalan, dan pemikiran dalam sesuatu karya sastera. Gaya bahasa sangat penting untuk menarik minat pembaca dan mewujudkan keindahan bahasa dalam sesuatu cerita.Contoh :1. Bahasa Melayu KlasikContoh : syahadan, kepetangan, hatta.

2. Bahasa Jawa.Contoh : kula, manira, pakanira, perlente.

3. Bahasa ArabContoh : Insya Allah Taala ( halaman 36), syahwat ( halaman 36 ), fakir

4. Simile.Suatu perumpamaan yang mengungkapkan kata perbandingan menggunakan perkataan bak, bagai, laksana,persis, seperti,umpama untuk membandingkan sesuatu keadaan, suasana,atau peristiwa dengan benda lain.Contoh : Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-kata dengan ibunya seperti orang berkelahi ( halaman 28 )

5. Kata gandaPengulangan kata sama ada secara penuh, berirama atau separa.Contoh : berkata-kata, kaya-kaya, menampar-nampar, radak- meradak, tetak-menetak, palu-memalu, tahu-tahu, patik-patik, dan hal-ehwal.

6. Peribahasa Terdiri daripada simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan, bidalan dan sebagainya.Contoh : sehelai pinggang

7. HiperbolaPenggunaan bahasa kiasan sebagai suatu perbandingan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan.Contohnya: Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemeruh bahananya. ( halaman 36 ).

8. Personifikasi.Melambangkan perorangan atau sifat manusia kepada benda lain atau unsur alam atau unsur alam.Contohnya :..maka dilihatnya senjata dan kayu palu-memalu, tikam menikam, dan radak-meradak. ( halaman 35 )

Nilai dan Pengajaran. Nilai ialah suatu perkataan atau tingkah laku positif sesorang yang dapat memberikan kesan baik dan teladan terhadap pemikiran, perasaan, tingkah laku dan perhatian kepada seseorang untuk memperoleh ciri-ciri nilai murni dalam kehidupan

1. Nilai kerjasama.Temenggung dan Laksamana serta anak buah mereka bekerjasama mengawal negeri Melaka pada waktu malam ketika kes kecurian berleluasa2. Nilai KebijaksaanLaksamana membuat hikmat untuk mengawal istana Melaka daripada diceroboh oleh Kertala Sari.3. Nilai Kasih sayangraja Melaka menyayangi rakyat dan para pembesar baginda, lebih-lebih lagi Laksamana.4. Nilai keadilan.Harta benda rakyat yang dicuri oleh Kertala Sari telah dikembalikan kepada pemiliknya atas titah Raja Melaka.5. Nilai hemah tinggiLaksamana memberi semua hadiah daripada pemilik harta yang kecurian kepada fakir miskin, pegawai rendah dan pengikut-pengikutnya.

Pengajaran Pengajaran ialah suatu perutusan, amanat, peringatan dan pedoman yang hendak diberitahu pengarang kepada seseorang yang lazimnya disampaikan secara tersirat dalam sesebuah karya.

1. Kita hendaklah bekerjasama untuk memudahkan dan menyelesaikan sesuatu pekerjaan.Contoh : atas titah Raja Melaka, Temenggung dan Laksamana serta anak buah mereka bekerjasama mengawal negeri Melaka pada waktu malam ketika berlaku kecurian di negeri tersebut pada waktu malam ketika berlaku kecurian di negeri tersebut angkara perbuatan Kertala Sari.

2. Kita mestilah mempertahankan tanah air kita daripada anasir jahat.Raja Melaka dan para pembesarnya, terutama Laksamana berusaha menagkap pencuri yang bermaharaja lela di negeri tersebut.

3. Kita mestilah ikhlas apabila memberi sesuatu kepada orang lain.Laksamana ikhlas mendermakan hadiah yang diterimanya kepada pihak yang memerlukannya , iaitu fakir miskin, pegawai rendah dan semua pengikutnya.

4. Kita wajar bertindak dengan bijak untuk mengatasi masalah.Untuk mengawal istana Melaka daripada diceroboh oleh Kertala Sari, Laksamana membuat hikmat. Tindakannya itu berhasil.

RUJUKAN Abdul Halim Ali (2003). Bingkisan Sastera. Diwangsa Publications & Distributors Sdn., Bhd.Harun Mat Piah (2000). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Gazali Dunia (1992). Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: sDewan Bahasa dan Pustaka.Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Ezani Yusoff (Tanpa Tarikh). Kesenian Melayu. http://bobezani.tripod.com/budaya.htm. Diakses pada 08 Oktober 2011.

23