8
IKATAN TALI KEKELUARGAAN (KONSEP BERDANGANSANAK) DALAM MASYARAKAT BRUNEI ADALAH AMAT PENTING PENDAHULUAN Sebagai mukadimah adalah elok diperhatikan istilah-istilah tertentu seperti persanakan , keluarga , dangan , sanak , dan kemudian pengertian ikatan tali kekeluargaan iaitu konsep berdangansanak agar mudah difahami tajuk tulisan ini. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, (2007) persanakan ialah perihal hubungan kekeluargaan dan kekerabatan. Sememangnya konsep persanakan ini adalah berkaitan dengan konsep berdangansanak. Konsep bedangansanak adalah salah satu sistem kekeluargaan di Brunei. Di Negara Brunei Darussalam, sistem persanakan adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan penduduknya kerana kehidupan penduduknya masih lagi dilingkungi oleh adat resam dan nilai-nilai Melayu. 1 Menurut Burges, Locke dan Thomes konsep persanakan itu ialah satu kelompok manusia yang mempunyai ikatan perkahwinan, ikatan darah atau mempunyai hubungan angkat; berhubung antara satu dengan yang lain berdasarkan peranan sosial masing-masing sebagai suami dan isteri, ibu dan bapa, anak lelaki dan anak perempuan, kakak dan adik; dan mewujudkan serta mengekalkan budaya yang sama. 2 Manakala menurut seorang informan masyarakat Melayu Brunei, persanakan dikenali sebagai dangsanak . Dangsanak adalah bermaksud saudara dekat atau jauh yang mempunyai ikatan satu keluarga yang mempunyai hubungan darah yang sama termasuklah juga generasi teratas dan generasi terbawah. Keluarga ialah sebuah institusi sosial yang dianggotai oleh suami, isteri, ibu, bapa, anak lelaki, anak perempuan, abang, kakak dan adik yang bermula dari ikatan perkahwinan. Menurut Kamus Dewan, (2007) takrif keluarga ialah saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara yang mempunyai hubungan keturunan antara satu dengan yang lain, seisi rumah tangga dan termasuk saudara angkat. Manakala istilah dangan bermaksud teman atau kawan dan istilah sanak pula bermaksud saudara orang-orang yang seketerunan (sekerabat), orang-orang yang sekaum keluarga. 3 Dari pengertian istilah-istilah di atas, bolehlah disimpulkan bahawa pengertian konsep berdangansanak itu ialah kehidupan manusia yang bersanak saudara, bersaudara dan mempunyai nilai-nilai luhur yang terpuji dalam hidup bermasyarakat. Konsep berdangansanak ini adalah sama ertinya dengan konsep persanakan. Masyarakat Melayu sering mengamalkan konsep berdangansanak atau persanakan ini namun konsep kekeluargaan mungkin berbeza menurut situasi atau kebudayaan sesuatu masyarakat namun fungsinya tetap sama. 4 Merupakan tulisan esei untuk kursus KE1106 (Pengantar Kebudayaan Melayu), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Brunei Darussalam; semester ke-2 penulis ketika menuntut di UBD pada tahun 2008. 1 Untuk lanjutnya sila lihat: P.H.Mahani, Sistem Persanakan Melayu Brunei Hadapi Arus Perubahan Dalam Penggunaannya , dlm Pelita Brunei, keluaran 8 Februari 2006, hlm:8 2 Untuk lanjutnya sila lihat: P.H.Mahani, Sistem Persanakan Melayu Brunei Hadapi Arus Perubahan Dalam Penggunaannya , dlm Pelita Brunei, keluaran 8 Februari 2006. 3 Kamus Dewan edisi keempat, pengertian sanak, hlm. 1383 4 Untuk lanjutnya sila lihat: “Keluarga Dalam Masyarakat Melayu”, dlm Pelita Brunei, keluaran 1 oktober 2003, hlm:3

Sastera Presentation

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sastera Presentation

IKATAN TALI KEKELUARGAAN (KONSEP BERDANGANSANAK) DALAM MASYARAKAT BRUNEI ADALAH AMAT PENTING

PENDAHULUANSebagai mukadimah adalah elok diperhatikan istilah-istilah tertentu seperti ‘persanakan’, ‘keluarga’, ‘dangan’, ‘sanak’, dan kemudian pengertian ikatan tali kekeluargaan iaitu konsep berdangansanak agar mudah difahami tajuk tulisan ini.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, (2007) persanakan ialah perihal hubungan kekeluargaan dan kekerabatan. Sememangnya konsep persanakan ini adalah berkaitan dengan konsep berdangansanak. Konsep bedangansanak adalah salah satu sistem kekeluargaan di Brunei.

Di Negara Brunei Darussalam, sistem persanakan adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan penduduknya kerana kehidupan penduduknya masih lagi dilingkungi oleh adat resam dan nilai-nilai Melayu.1 Menurut Burges, Locke dan Thomes konsep persanakan itu ialah satu kelompok manusia yang mempunyai ikatan perkahwinan, ikatan darah atau mempunyai hubungan angkat; berhubung antara satu dengan yang lain berdasarkan peranan sosial masing-masing sebagai suami dan isteri, ibu dan bapa, anak lelaki dan anak perempuan, kakak dan adik; dan mewujudkan serta mengekalkan budaya yang sama.2 Manakala menurut seorang informan masyarakat Melayu Brunei, persanakan dikenali sebagai ‘dangsanak’. Dangsanak adalah bermaksud saudara dekat atau jauh yang mempunyai ikatan satu keluarga yang mempunyai hubungan darah yang sama termasuklah juga generasi teratas dan generasi terbawah.

Keluarga ialah sebuah institusi sosial yang dianggotai oleh suami, isteri, ibu, bapa, anak lelaki, anak perempuan, abang, kakak dan adik yang bermula dari ikatan perkahwinan. Menurut Kamus Dewan, (2007) takrif keluarga ialah saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara yang mempunyai hubungan keturunan antara satu dengan yang lain, seisi rumah tangga dan termasuk saudara angkat. Manakala istilah ‘dangan’ bermaksud teman atau kawan dan istilah ‘sanak’ pula bermaksud saudara orang-orang yang seketerunan (sekerabat), orang-orang yang sekaum keluarga.3

Dari pengertian istilah-istilah di atas, bolehlah disimpulkan bahawa pengertian konsep berdangansanak itu ialah kehidupan manusia yang bersanak saudara, bersaudara dan mempunyai nilai-nilai luhur yang terpuji dalam hidup bermasyarakat. Konsep berdangansanak ini adalah sama ertinya dengan konsep persanakan. Masyarakat Melayu sering mengamalkan konsep berdangansanak atau persanakan ini namun

Merupakan tulisan esei untuk kursus KE1106 (Pengantar Kebudayaan Melayu), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Brunei Darussalam; semester ke-2 penulis ketika menuntut di UBD pada tahun 2008. 1 Untuk lanjutnya sila lihat: P.H.Mahani, “Sistem Persanakan Melayu Brunei Hadapi Arus Perubahan Dalam Penggunaannya”, dlm Pelita Brunei, keluaran 8 Februari 2006, hlm:82Untuk lanjutnya sila lihat: P.H.Mahani, “Sistem Persanakan Melayu Brunei Hadapi Arus Perubahan Dalam Penggunaannya”, dlm Pelita Brunei, keluaran 8 Februari 2006.3 Kamus Dewan edisi keempat, pengertian sanak, hlm. 1383

Page 2: Sastera Presentation

konsep kekeluargaan mungkin berbeza menurut situasi atau kebudayaan sesuatu masyarakat namun fungsinya tetap sama.4

Adalah penting konsep bedangan sanak ini kepada kehidupan bermasyarakat. Ikatan tali kekeluargaan dalam masyarakat Brunei khususnya adalah amat penting. Persoalan disini ialah kenapa konsep ini begitu penting dalam bermasyarakat?. Ini adalah kerana beberapa faktor yang akan diterangkan. Pertama ialah konsep berdangansanak boleh mencorakkan perhubungan sosial, agama, budaya dan ekonomi. Amalan bedangansanak juga mampu melahirkan generasi yang berdisiplin, berakhlak dan bertatasusila. Dengan adanya konsep ini, ia boleh membangun masyarakat ke arah segala macam kemajuan, pembentukan dan pembinaan nilai hidup yang luhur dan dengan sendirinya ia akan melahirkan sesebuah masyarakat yang bertanggungjawab, sentiasa mengamalkan perasaan berkasih sayang, ‘beampit-ampitan’,5 mengamalkan sifat bantu-membantu dalam bermasyarakat dan sebagainya.

Konsep bedangansanak ini dapat mencorakkan perhubungan sosial, agama, budaya dan ekonomi dalam bermasyarakat.

Dari segi faktor sosialSebagaimana yang sudah kita sedia maklum bahawa masyarakat Brunei adalah terkenal dengan sikap yang luhur umpamanya sikap tidak camah mata, berbudi bahasa, berbudi pekerti, berbudi bicara, beradap tinggi, bersopan santun dan sebagainya. Dengan secara langsung menyebabkan konsep berdangansanak sebagai suatu jentera yang diamalkan dalam apa jua aktiviti yang dijalankan dalam masyarakat. Ini dapat dilihat sendiri dari sesuatu majlis yang diadakan dan diungkayahkan bersama oleh ahli-ahli keluarga yang mengadakan sesuatu majlis seperti acara memucang-mucang dalam majlis perkahwinan, majlis bergotong-royong, majlis berkhatan dan lain-lain majlis keraian yang lazim diadakan oleh masyarakat Brunei.

Contoh yang boleh diambil dari konsep berdangansanak ialah seperti sikap bergotong royong yang sering kali dipraktikkan oleh masyarakat Melayu Brunei yang tinggal di Kampung Ayer khusunya pada zaman dahulu dan sekarang. Apabila sesebuah kampung ingin membina sesebuah jambatan baru atau membaiki jambatan yang sudah lama, para penduduk Kampung Ayer akan sama-sama membantu untuk mengungkayahkan kerja-kerja pembinaan yang dibuat itu. Mereka melakukannya secara memucang-mucang. Mereka akan sama-sama beramu untuk mencari kayu dihutan dan secara beramai-ramai juga akan membawa kayu-kayu yang diperolehi dengan menaiki perahu ketempat pembinaan. Jadi di sini, dapatlah dilihat konsep berdangansanak adalah penting bagi mengungkayahkan pembinaan jambatan yang dibina.

4 Untuk lanjutnya sila lihat: “Keluarga Dalam Masyarakat Melayu”, dlm Pelita Brunei, keluaran 1 oktober 2003, hlm:35 Istilah Brunei iaitu amalan dalam berkeluarga masyarakat Brunei sebagai contoh sesebuah keluarga akan membahagi-bahagikan makanan yang ada kepada setiap ahlinya walaupun makanan itu sedikit asalkan setiap ahlinya itu merasa akan makanan tersebut. Ini adalah amalan yang amat terpuji dalam Islam kerana amalan ini adalah salah satu amalan berkeluarga yang perlu ada oleh setiap masyarakat didunia ini.

Page 3: Sastera Presentation

Dengan adanya konsep berdangansanak ini, mereka boleh menyiapkan jambatan yang dibina itu dengan mudah dan cepat.

Antara lain contoh yang boleh dilihat dari pengamalan konsep ini khususnya masyarakat Melayu Brunei pada zaman dahulu ialah seperti amalan bantu-membantu dalam mengungkayahkan sesuatu majlis. Selepas selesai majlis, ahli-ahli keluarga pihak pengantin mahupun jiran-jiran kampung akan turut menolong membersihkan pinggan mangkuk, mengangkat-angkat barang yang tidak lagi diperlukan dan sebagainya.

Selalunya masyarakat kita akan memperlihatkan sifat dangsanaknya bukan sahaja dalam hal-hal yang berkait dengan kegembiraan bahkan juga apabila berlaku sesuatu malapetaka atau musibah yang berkait dengan kedukaan dalam sesebuah keluarga seperti berlakunya satu kebanjiran, tanah runtuh, kematian dan sebagainya. Ahli keluarga akan secara sendirinya atau spontan akan datang menghulurkan bantuan sama ada berbentuk kewangan atau tenaga. Mereka tidak akan membiarkan ahli keluarga yang menjadi mangsa itu membuat sendirian kerja-kerja pembersihan dan pemulihan dari musibah yang melanda. Selain itu, ahli keluarga akan datang membantu menyelesaikan acara pengkebumian apabila berlakunya sesuatu kematian walaupun tanpa diundang.

Jadi jelaslah memperlihatkan kita betapa pentingnya konsep berdangansanak ini kerana ia mampu mencorakkan dari segi perhubungan sosial. Dengan adanya sikap tolong menolong dan bantu membantu antara masyarakat akan membuahkan masyarakat yang gemilang.

Faktor AgamaDari segi Agama, agama rasmi negara kita ialah agama Islam yang suci (ad-deen). Islam telah mengajar umatnya agar sentiasa menanamkan sifat berkeluarga iaitu berkasih sayang antara keluarga, masyarakat mahupun sesama manusia. Dari faktor ini, penulis akan menerangkan tentang pentingnya konsep berdangansanak dalam masyarakat kita dari acara-acara keagamaan yang dilangsungkan.

Sebagai misal perlaksanaan di sesuatu majlis keagamaan yang diadakan. Seperti majlis doa selamat, bertahlil, naik haji, doa arwah, berdikir dan sebagainya. Secara tidak langsung sesuatu majlis ini akan membabitkan ahli keluarga dalam perlaksanaannya agar setiap majlis yang diadakan akan berjalan dengan lancar. Usaha persiapan makanan sebagai misal akan dilakukan bersama-sama walaupun acara yang akan diadakan itu hanyalah secara kecil-kecilan.

Salah satu sifat berdangansanak yang boleh kita tauladani dari masyarakat Melayu Brunei dahulu, ialah pada lazimnya ahli keluarga terdekat akan memberikan sumbangan berupa minuman dan makanan-makanan ringan. Dalam majlis-majlis yang diadakan, secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mereka. Itulah sebab kenapa masyarakat kita dahulu mempunyai hubungan yang begitu rapit antara mereka walaupun dengan saudara-mara yang sudah jauh seperti pupu tiga kali dan empat kali. Berbeza dengan masyarakat kita sekarang yang ada segelintir yang tidak mengenali saudara yang terdekat mereka.

Page 4: Sastera Presentation

Jadi dari contoh-contoh diatas menunjukkan bahawa konsep berdangansanak adalah amat penting dari segi faktor agama iaitu ia boleh mewujudkan sifat saling tolong menolong dan memperlihatkan satu permuafakatan keluarga dalam mengungkayahkan sesuatu acara keagamaan dan dalam masa yang sama konsep badangansanak ini mewujudkan sifat ramah mesra, bertegur sapa, saling kenal mengenali antara ahli keluarga.

Faktor BudayaSetiap masyarakat di dunia ini memiliki budaya atau cara hidup mereka tersendiri. Begitu juga dengan masyarakat kita yang terkenal dengan budaya yang tinggi. Penulis akan melihat dari setiap acara-acara yang melibatkan negara, daerah atau kampung. Sebagai contoh pengukuhan dan pempraktikkan budaya masyarakat kita sendiri. Dengan konsep berdangansanak, ia akan melahirkan sifat pengekalan dan mempertahankan budaya kita sendiri. Dengan sendirinya masyarakat akan memiliki nilai mematuhi adat.

Contoh yang boleh kita lihat ialah dalam adat perkahwinan masyarakat Tutong. Dalam majlis perkahwinan masyarakat Tutong, terdapat satu adat yang tidak terdapat dalam adat perkahwinan masyarakat lain iaitu dikenali sebagai adat ‘Basuh Kaki’. Menurut seorang informan, adat ‘Basuh Kaki’ ini, pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan duduk di suatu tempat yang telah dikhaskan. Disini semua ahli keluarga pengantin dimulai dari ayah, ibu dan seterusnya bergilir-gilir melaksanaan adat ini. Selalunya keluarga pengantin akan memberikan sumbangan yang berupa wang, geran tanah, kereta dan sebagainya kepada pengantin baru. Ini adalah supaya pengantin baru akan mengharungi hidup baru dengan sumbangan-sumbangan yang telah diberikan.6

Antara lain contoh budaya yang dapat dilihat dari masyarakat kita ialah budaya ‘berampit-ampitan’ yang selalu dipraktikkan oleh masyarakat amnya dan masyarakat dahulu khususnya. Budaya ‘berampit-ampitan’ ini adalah menjadi satu amalan yang ketara dalam masyarakat Brunei dahulu. Budaya ‘berampit-ampitan’ ini ialah salah satu budaya yang wujud dalam hidup berkeluarga orang kitani. Jika sekiranya terdapat hanya sepinggan nasi dalam sesebuah keluarga, mereka akan membahagi-bahagikan seadil-adilnya agar setiap ahli itu dapat merasa nasi tersebut walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan tidak sampai mengenyangkan asalkan semua dari kalangan mereka dapat merasa nasi tersebut.

Dari contoh-contoh di atas bolehlah disimpulkan bahawa konsep berdangansanak itu memainkan peranan yang amat penting didalam pengukuhan budaya dan melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai budaya yang tinggi.

Faktor Ekonomi

6 Sila lihat: “Sistem persanakan mencorakkan perhubungan social, agama dan budaya dalam masyarakat Melayu Brunei”, dlm Pelita Brunei, keluaran 27hb oktober 2004, hlm 11-13

Page 5: Sastera Presentation

Selain daripada faktor sosial, agama dan budaya, faktor ekonomi juga tidak ketinggalan dalam mencorakkan konsep berdangansanak dikalangan masyarakat kita. Faktor ekonomi inilah yang menjadi penyumbang utama di dalam sesuatu majlis yang akan dilaksanakan.

Dengan adanya pemberian sumbangan-sumbangan akan melahirkan konsep bedangansanak di kalangan masyarakat kita. Ia boleh mewujudkan nilai perpaduan antara keluarga mahupun masyarakat. Dengan adanya sifat saling bantu membantu dan menghulurkan bantuan berbentuk kewangan dari ahli-ahli keluarga, sesuatu majlis yang diadakan akan berjalan dengan sempurna. Sebagai contoh dalam majlis perkahwinan, setiap ahli keluarga akan memberikan huluran bantuan. Ada yang menanggung perbelanjaan makanan, ada yang menanggung alat-alat perkakas, ada yang menanggung perbelanjaan pembikinan pelamin dan sebagainya. Jadi dengan adanya konsep berdangansanak ini, kuranglah sedikit bebanan perbelanjaan majlis perkawinan yang diadakan. Nilai budi akan timbul sesama mereka. Begitu juga dengan majlis perkahwinan yang akan datang dari ahli keluarga lain, sifat membalas budi akan sendirinya timbul kerana mereka akan terasa terhutang budi terhadap ahli keluarga yang menyumbangkan bantuan kepada mereka.

Begitu juga dengan bantuan-bantuan kewangan dan derma-derma daripada masyarakat kepada persatuan-persatuan seperti menderma penduduk kampung yang ingin membangun rumah, mambantu anak yatim dan sebagainya. Oleh itu ternyatalah konsep bedangansanak ini adalah amat penting dalam masyarakat kita kerana dari segi ekonomi ia boleh menimbulkan sifat bantu membantu dalam menghulurkan bantuan dan mampu mewujudkan nilai perpaduan bermasyarakat.

Selain daripada faktor-faktor yang dinyatakan di atas tentang konsep berdangansanak, konsep ini juga mempunyai beberapa fungsi yang menjadikannya suatu konsep yang amat perlu di dalam masyarakat khususnya masyarakat Brunei.

Konsep Berdangansanak Boleh Melahirkan Generasi Yang Berdisiplin, Berakhlak Dan BertatasusilaSelain dari pencorakkan perhubungan sosial, agama, budaya dan ekonomi, konsep berdangansanak juga boleh melahirkan generasi yang berdisiplin, berakhlak dan bertatasusila. Ini bermaksud dengan adanya konsep ini, negara boleh melahirkan generasi penerus sebagai masyarakat yang berdisiplin, berakhlak tinggi dan bertatasusila.

Generasi yang lahir dari institusi keluarga yang kukuh dan mantap dan hidup dengan nilai-nilai murni dan berakhlak akan mewujudkan kemajuan, pembangunan dan kestabilan berterusan dalam semua aspek kehidupan. Ia juga sebagai sumber dalam mengekal dan mempertahankan ketahanan nasional.7 Konsep berdangansanak adalah salah satu nilai murni atau nilai ke-Brunei-an yang perlu dimiliki oleh masyarakat Brunei itu sendiri. Tanpa adanya konsep berdangansanak ini,

7 Sila rujuk: Aishah Haji Piee, “Kehidupan berkeluarga lahirkan generasi berdisiplin”, dlm Pelita Brunei: Aneka, keluaran 24hb Julai 1996.

Page 6: Sastera Presentation

generasi penerus akan kekurangan disiplin, akhlak dan tatasusila dalam kehidupan mereka.

Islam telah meletakkan institusi keluarga itu sebagai wadah yang tepat bagi melahirkan umat manusia yang terbaik dan gemilang. Justeru para ibu bapa bertanggungjawab bagi memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka agar dapat melahirkan generasi yang boleh memimpin dan memajukan negara, agama dan bangsa kita. Dalam konsep berdangansanak, apabila ibu bapa atau penjaga mengamalkan konsep ini, dengan sendirinya sedikit sebanyak akan diikut oleh anak-anak mereka. Sebagaimana yang kita maklum bahawa kelahiran anak adalah seperti kain putih, terserahlah kepada ibu bapa untuk mewarnakan kain tersebut.

Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam sendiri pernah menekankan tentang peranan ibu bapa dalam membentuk anak-anak, terutama dalam mencorakkan akidah mereka. Sebagai contoh sesebuah keluarga itu sentiasa mengamalkan saling bantu membantu sesama mereka, dengan sendirinya anak-anak mereka akan melihat dan mengikut budaya tersebut dan apabila wujud nilai yang murni itu, lahirlah generasi yang berdisiplin dalam kehidupan yang akan menerajui negara. Sifat saling bantu membantu dan permuafakatan itu akan tertanam dalam sanubari mereka hinggalah mereka dewasa.

Selain daripada itu, konsep berdangansanak ini juga boleh menjadi perlindung akhlak dan tatasusila masyarakat. Konsep ini adalah berkait dan sejajar dengan ajaran Islam. Islam telah melarang hubungan jenis diluar nikah. Tetapi Islam telah menggalakkan perkahwinan agar laki-laki dan perempuan dapat memenuhi kecenderungan tabiat mereka dengan sebaik-baiknya. Islam juga telah menetapkan perkahwinan agar laki-laki dan perempuan dapat menikmati hidup berkeluarga disamping sama-sama bertanggungjawab dalam mengukuhkan keluarga tersebut.8 Jadi konsep berdangansanak yang sejajar dengan ajaran Islam ini dapat melindungi sesebuah masyarakat atau keluarga dan ianya menjadi pelindung akhlak dan tatasusila masyarakat kita.

Konsep Berdangansanak Mampu Melahirkan Masyarakat Yang BertanggungjawabSememangnya konsep berdangansanak ini mampu mewujudkan sesebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Itulah sebabnya konsep berdangansanak ini memainkan peranan yang amat penting di dalam hidup bermasyarakat.

Sebagai contoh hasil pendapatan masyarakat kita dahulu ialah bertani dan menagkap ikan. Seorang ketua keluarga (bapa) bertanggungjawab untuk menyara keperluan ekonomi keluarganya. Ketua keluarga akan mengerjakan kerja seperti bertani, menangkap ikan, menternak binatang, berniaga atau makan gaji dengan mana-mana agensi baik kerajaan mahupun swasta. Ada juga bapa dibantu oleh isterinya dalam kerja-kerja ringan yang bersesuaian dilakukan oleh kaum wanita. Seperti menanam, merapah, membaja dan sebagainya atau

8 Sila lihat: Awang Haji Suhaili Haji Mohiddin, “Beberapa ciri kea rah pembentukan keluarga bahagia”, dlm Pelita Brunei, keluaran 6hb Februari 1991.

Page 7: Sastera Presentation

mengeringkan ikan, memberi makanan haiwan ternakan atau membantu kedai atau gerai. Semua pendapatan dikumpulkan dan dibelanjakan untuk keperluan hidup keluarga mereka. Biasanya isteri akan menguruskan rumah tangga, memelihara anak-anak dan meyediakan makanan untuk keluarga. Manakala anak yang sulung akan membantu ibu bapa mereka dalam segala hal seperti membantu bekerja, membantu menjaga adik-adik mereka dan sebagainya.

Dengan yang demikian jelaslah kepada kita bahawa konsep berdangansanak itu mampu melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab. Sebuah keluarga itu telah menjalankan fungsi dan tanggungjawab masing-masing dalam hidup berkeluarga. Oleh itu jika sesebuah masyarakat itu mempunyai nilai-nilai yang luhur dan bertanggungjawab, sudah setentunya dapat membangun bangsa dan memajukan negara dari segala aspek kehidupan. Tanpa adanya sikap bertanggungjawab, sukar bagi sesebuah negara itu membangun maju kerana kemajuan negara bangsa bukan hanya dinilai dari kemajuan fizikal. Justeru sikap tanggungjawab adalah penting dalam proses memajukan negara dan membangunkan bangsa.

Konsep Berdangansanak Sebagai Pembangun MasyarakatKeluarga adalah asas dan sumber kekuatan masyarakat. ini adalah kerana masyarakat itu terdiri dari unit-unit keluarga, dan keluarga adalah laksana sel-sel yang membentuk tubuh. Jika keluarga baik, masyarakat pun akan menjadi baik dan sebaliknya jika keluarga itu rosak, masyarakat juga akan turut rosak.9 Itulah sebabnya sesebuah keluarga bahagia itu merupakan elemen yang penting bagi membangunkan masyarakat.

Sesebuah keluarga adalah berfungsi sabagai asas pembangunan masyarakat yang mesti teguh dalam satu ikatan dalam menjalankan peranan masing-masing dalam berbagai-bagai aspek, iaitu ekonomi, pendidikan, keagamaan dan perlindungan. Setiap ahli keluarga itu mempunyai peranan masing-masing dalam kehidupan berkeluarga. Sesebuah keluarga tidak akan dapat berdiri dengan sendiri tanpa adanya sokongan ahli keluarga yang lain. Sebagai contoh sesebuah keluarga tidak akan dapat mengadakan sesuatu majlis dengan hanya dibuat oleh seorang daripada mereka sahaja. Ia mestilah dibantu oleh ahli keluarga yang lain. Dengan adanya kerjasama antara sesebuah keluarga, barulah sesuatu acara atau majlis boleh dilaksanakan dengan baiknya. Jelaslah konsep berdangansanak dapat membantu dalam pembangunan sesebuah masyarakat.

Manakala dari segi pendidikan pula, sesebuah keluarga memainkan peranan yang penting sebagai pusat pendidikan dengan memberikan tunjuk ajar dan juga bimbingan kepada anak-anak sebagai asas pendidikan informal. Segala didikan ibu bapa adalah penting dalam membentuk akhlak dan peribadi mulia seseorang anak yang akan menjadi pemimpin negara akan datang. Tanpa adanya pendidikan yang baik,

9Untuk jelasnya sila lihat: Awang Haji Suhaili Haji Mohiddin, “Beberapa ciri kea rah pembentukan keluarga bahagia”, dlm Pelita Brunei, keluaran 6hb Februari 1991.

Page 8: Sastera Presentation

sudah tentu seseorang anak itu juga tidak akan baik dan tidak boleh memimpin negara dimasa akan datang.

Dari segi agama pula ialah konsep berdangansanak dalam keluarga iaitu ibu bapa adalah bertanggungjawab dalam memberikan ajaran agama kepada ahli-ahli keluarga, dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh agama. Ajaran agama adalah sangat penting dalam mengukuhkan jati diri bangsa sabagai bangsa yang beriman. Jadi konsep bedangan sanak ini menjadi sebagai asas membangun masyarakat kita.

Konsep berdangansanak dalam keluarga adalah amat penting dalam melindungi anak bangsa dari terpengaruh perkara-perkara negatif. Ini adalah kerana sesebuah keluarga itu diibaratkan sebagai sebuah kerajaan yang memberikan perlindungan terhadap anak-anak dari gejala-gejala negatif yang bertentangan dengan nilai-nilai murni dan nilai-nilai ke-Brunei-an dan juga daripada anasir-anasir yang boleh membawa kerosakan. Tanpa adanya konsep berdangansanak dalam sesebuah keluarga, mungkin saja anak-anak bangsa akan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif. Ini adalah kerana konsep berdangansanak seperti sikap bantu membantu, tolong menolong dan sikap berkasih sayang antara satu dengan lain boleh menghindari anak bangsa daripada terpengaruh dari pengaruh negatif seperti membiarkan orang susah hidup merana, kedekut dalam membelanjakan harta dari menderma, membiarkan orang membuat sesuatu pekerjaan sendirian dan sebagainya.

PENUTUPSebagai kesimpulan, dari kenyataan-kenyataan di atas jelaslah kepada kita bahawa ikatan kekeluargaan iaitu konsep berdangansanak itu adalah amat penting dalam masyarakat kita. konsep ini juga adalah wajar dipertahankan dengan menanamkan nilai-nilai ke-Brunei-an. Konsep berdangansanak dalam masyarakat adalah menjadi asas dan sendi masyarakat, jika konsep ini tidak dipraktikkan, hilanglah satu budaya kitani yang semulajadinya wujud sejak dahulu lagi dan sukar bagi masyarakat kita untuk bergerak lebih maju kehadapan.

Menurut Prof.Madya Dr.Hj.Hashim bin Hj Abd Hamid (1999:67) institusi keluarga bukan hanya sebagai memenuhi keinginan manusiawi, malah ia sebagai institusi bersifat fundamental untuk penerusan sebuah kehidupan harmoni, pancaran yang mengikat kerukunan berbangsa dan bernegara. Ini jelas sesebuah keluarga perlulah sentiasa menanamkan konsep berdangansanak di kalangan mereka agar masyarakat akan bergerak lebih maju kehadapan. Dengan adanya pengamalan konsep berdangansanak ini, masyarakat kita juga boleh menghindari dari sifat individualistik dalam segala hal atau situasi.

Bibliografi_____, “Keluarga Dalam Masyarakat Melayu”. dalam Pelita Brunei,

keluaran 1 Oktober 2003.

Page 9: Sastera Presentation

______, “Sistem Persanakan Mencorakkan Perhubungan Sosial, Agama dan Budaya Dalam Masyarakat Melayu Brunei”, dalam Pelita Brunei, keluaran 27 Oktober 2004.

______, “Bersopan Santun Dalam Kehidupan Orang Brunei”, dalam Pelita Brunei, keluaran 11 Desember 1991.

______, “Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera”, dalam Media Permata, 25-31 Januari 1996.

Abd. Karim HAB, “Kesejahteraan Keluarga Teras Pembangunan Negara”, dalam Aneka: Pelita Brunei, keluaran 12 Ogos 1992.

Aishah Haji Piee, “Kehidupan Berkeluarga Lahirkan Generasi Berdisiplin”, dalam Pelita Brunei, keluaran 6 Februari.

Haji Suhaili Hj Mohiddin, “Beberapa Ciri Ke arah Pembentukan Keluarga Bahagia”, dalam Pelita Brunei, keluaran 6 Febuari 1991.

Hamrin, “Terminologi Kekerabatan Masyarakat Melayu Brunei Secara Umum”, dalam Aneka:Pelita Brunei, keluaran 1 Ogos 2001.

Hashim bin Hj Abd. Hamid, (Prof. Madya Dr. Hj), 2004. Campur Langkah Bicara, Tungku: Universiti Brunei Darussalam.

_______, 2004. Titipan Bawah Peningkah, Tungku: Akademi Pengajian Brunei, UBD.

_______, 2005. Tamadun Brunei: Suatu Dinamika Budaya dan Ketuanan Melayu. Brunei: Prof. Madya Dr. Haji Hashim Bin Haji. Abd. Hamid.

_______, 1999. Cerocok Budaya Brunei. Tungku: Akademi Pengajian Brunei, UBD.

Kamus Dewan: edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2007.

Haji Md. Zain Hj. Serudin, (Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz), 1998. Melayu Islam Beraja: Suatu Pendekatan. Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka.