15
TAJUK 1 RANCANGAN PELAJARAN SINOPSIS Tajuk satu menerangkan apakah rancangan pelajaran, tujuan, perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menghasilkan rancangan pelajaran selaras dengan apa yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sub tajuk pertama ialah tujuan rancangan pelajaran, Sub tajuk ke dua ialah aspek yang perlu dipertimbangkan apabila menulis rancangan pelajaran. Sub tajuk ketiga membezakan rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian. HASIL PEMBELAJARAN a. Menyatakan tujuan rancangan pelajaran b. Menyenaraikan aspek yang perlu di pertimbangkan dalam rancangan pelajaran c. Membanding beza rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian KERANGKA TAJUK-TAJUK 1

SCE3108 Tajuk 1 Rancangan Pelajaran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Rancangan Pelajaran

Citation preview

Page 1: SCE3108 Tajuk 1 Rancangan Pelajaran

TAJUK 1 RANCANGAN PELAJARAN

SINOPSIS

Tajuk satu menerangkan apakah rancangan pelajaran, tujuan, perkara yang

perlu dipertimbangkan dalam menghasilkan rancangan pelajaran selaras dengan

apa yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sains Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah. Sub tajuk pertama ialah tujuan rancangan pelajaran, Sub tajuk

ke dua ialah aspek yang perlu dipertimbangkan apabila menulis rancangan

pelajaran. Sub tajuk ketiga membezakan rancangan pelajaran tahunan,

mingguan dan harian.

HASIL PEMBELAJARAN

a. Menyatakan tujuan rancangan pelajaran

b. Menyenaraikan aspek yang perlu di pertimbangkan dalam rancangan pelajaran

c. Membanding beza rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI

1

Page 2: SCE3108 Tajuk 1 Rancangan Pelajaran

1.1 Tujuan rancangan pelajaran

1.2 Aspek yang perlu di pertimbangkan dalam rancangan pelajaran

1.3 Rancangan pelajaran - tahunan, mingguan dan harian

1.1 Tujuan Rancangan Pelajaran

Rancangan pengajaran bermaksud membuat keputusan awal tentang apa,

bagaimana. langkah dan peruntukan masa yang diperlukan dalam pengajaran

dan pembelajaran. Ia bertujuan mengatur aktiviti pelajar dan guru yang

merangkumi adunan arahan, sumber, pendekatan, kaedah dan teknik dalam

sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

Rancangan pelajaran perlu untuk kedua-dua guru permulaan atau guru yang

berpengalaman. Walau pun persediaan yang baik bukanlah semestinya

membuatkan pengajaran berjaya tetapi jika tidak bersedia langsung

menyebabkan pengajaran terganggu tanpa objektif yang jelas, tidak bermakna

dan tiada pemindahan pembelajaran berlaku. Oleh itu struktur rancangan

pelajaran yang jelas adalah penting

Diantara tujuan menyediakan rancangan pelajaran adalah untuk guru dan pelajar

a. Mengenal pasti skop dan urutan proses pengajaran berdasarkan kurikulum.

b. Persediaan pengajaran mengambil kira perbezaan pelajar.

c. Memilih strategi pengajaran yang sesuai menyebabkan pelajar sibuk dengan aktiviti pembelajaran yang disediakan bagi memastikan pemindahan pembelajaran yang bermakna berlaku dan tiada masalah kawalan kelas.

d. Memastikan penerusan pengajaran dan pembelajaran terus berlaku walau dengan guru ganti yang berlainan.

e. Menolong guru menilai pengajaran mereka berdasarkan pencapaian pelajar.

Aktiviti 1 : Teliti rajah 1, 2 dan 3 seterusnya lengkapkan latihan 1 .

2

Page 3: SCE3108 Tajuk 1 Rancangan Pelajaran

PEMBANGUNAN GURU

Rajah 1 : Perkembangan seorang guru

Rajah 2 :Penilaian Dan Pembelajaran

3

Peringkat 1:Menghidupkan kelas untuk mula pembelajaran

Pendidikan

Guru bermula

Peringkat 2:Pengajaran dengan cara yang betul seperti seorang guru meliputi kurikulum dan pengurusan bilik darjah

Latihan

Guru permulaannPeringkat 3: Belajar

Apa yang mereka belajar dan bagaimana saya boleh membantu mereka belajar

Suatu masa kemudian

Mantap pengalaman dari, atau jangkaan tentang, taksiran

Apa ganjaran? kuasa, pengaruh, kawalan ke atas pelajar Perasaan yang mantap ke arah penilaian dan kerja

Pengetahuan Substantif

PengetahuanKosmetik

Fokus kepada Gred

Fokus kepada bahan

Pembelajaran asas

Pembelajaran Mendalam

Page 4: SCE3108 Tajuk 1 Rancangan Pelajaran

1) Untuk membuat guru sedar tentang matlamat dan bahasa

kandungan pelajaran.

2) Untuk membantu guru membezakan pelbagai peringkat

pelajaran dan untuk melihat hubungan antara mereka supaya

pelajaran boleh bergerak dengan lancar dari satu peringkat ke

peringkat yang lain.

3) Perancangan pelajaran yang betul memberikan peluang guru

untuk menjangka masalah yang mungkin timbul di dalam kelas

supaya mereka boleh bersedia dengan beberapa

penyelesaian yang mungkin atau pilihan lain untuk pelajaran.

4) Perancangan Pelajaran memberikan guru, terutamanya orang

baru, keyakinan di dalam kelas.

5) Guru juga menjadi sedar tentang alat bantu mengajar yang

diperlukan untuk pelajaran.\Perancangan Pelajaran membantu

guru-guru untuk berfikir tentang nilai relatif aktiviti-aktiviti yang

berbeza dan berapa banyak masa yang perlu digunakan ke

atas mereka. Guru kemudiannya melihat untuk menghakimi

peringkat pengajaran dan fasa dengan ketepatan yang lebih

tinggi.

6) Rancangan, dengan komen dan pembetulan guru,

menyediakan rujukan yang berguna, menjimatkan masa

apabila guru seterusnya merancang pelajaran yang sama.

7) Perancangan Pelajaran adalah satu amalan yang baik dan

tanda profesionalisme.

Rajah 3 : Faedah Merancang Rancangan Pelajaran

Latihan 1

4

Page 5: SCE3108 Tajuk 1 Rancangan Pelajaran

a. Senaraikan tahap dan tujuan menyediakan rancangan pelajaran

anda sebagai seorang guru sains

Tahap Guru Tujuan Menyediakan Rancangan Pelajaran

Tahap 1

Tahap 2

Tahap 3

b. Bagaimanakah menyediakan rancangan pelajaran supaya pembelajaran

yang mendalam berlaku kepada pelajar.

c. Senaraikan 10 kepentingan menyediakan rancangan pelajaran.

1.2 Aspek Yang Perlu di Pertimbangkan Dalam Rancangan Pelajaran

Antara aspek yang perlu dipertimbangkan dalam menyediakan rancangan

pelajaran ialah buku teks atau bahan pengajaran apa yang hendak disampaikan

membentuk matlamat sesuatu rancangan pelajaran. Seterusnya bagi pengajaran

dan pembelajaran di sekolah dan di kelas teliti Huraian Sukatan Pelajaran Sains

Lebih spesifik antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam

menyediakan rancangan pelajaran ialah :

5

Page 6: SCE3108 Tajuk 1 Rancangan Pelajaran

a. Tajuk: Butiran lanjut mengenai tajuk dari huraian sukatan pelajaran dan

buku teks.

b. Matlamat: Objektif dan Hasil Pembelajaran.

Matlamat yang jelas, objektif yang spesifik dan hasil pembelajaran yang

eksplisit dan boleh diukur.

c. Isi Kandungan: Isi kandungan dan skop serta kedalamannya serta

organisasi urutan isi yang perlu dicapai.

d. Aktiviti pembelajaran: Aktiviti yang pelbagai, menarik, bermotivasi ”hands

on” dan ”mind o” serta mengambil kira perbezaan pelajar dengan arahan

yang jelas. Kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkaitan.

e. Bahan Bantu Mengajar: Senaraikan bahan yang diperlukan untuk guru

dan pelajar

f. Penilaian : Kerja rumah, ujian , penulisan jounal atau projek tertentu untuk

menilai pembelajaran pelajar.

g. Masa , tempat dan jenis pembelajaran individu, kumpulan kecil atau

kumpulan besar

Aktiviti 2 : Baca artikel dibawah dan senaraikan kesilapan dan aspek yang perlu

dipertimbangkan apabila merancang rancangan pelajaran dalam jadual dibawah.

Dalam mengajar pelajar bagaimana untuk membangunkan rancangan pelajaran, berikut adalah kesilapan pelajar yang telah saya perhatikan bahawa paling sering dibuat:

1. Objektif pengajaran tidak menyatakan apa yang pelajar sebenarnya akan buat yang boleh diperhatikan. Ingat, objektif adalah penerangan apa yang pelajar buat yang menjadi asas untuk membuat kesimpulan tentang pembelajaran. Penulisan objektif teruk membawa kepada kesimpulan yang silap.

2. Penilaian pengajaran terputus dari tingkah laku yang ditunjukkan dalam objektif. Satu taksiran dalam rancangan pengajaran hanya penerangan bagaimana guru akan menentukan sama ada objektif telah dicapai. Ia mesti berdasarkan tingkah laku pelajar yang sama yang dinyatakan dalam objektif. Tingkah laku murid yang tidak sempurna perlu disedari oleh guru.

6

Page 7: SCE3108 Tajuk 1 Rancangan Pelajaran

3. Bahan-bahan yang dinyatakan dalam pelajaran adalah terkeluar dari aktiviti pembelajaran sebenar yang digambarkan. Ini bermakna menyimpan senarai bahan tidak selaras dengan apa yang sebenarnya anda merancang untuk melakukan. Bahan yang disediakan digunakan oleh guru beberapa minit sahaja. Penggunaan bahan yang tidak selaras dengan objektif pengajaran dan hanya guru berinteraksi dengan bahan adalah bukan suatu kebaikan!

4. Arahan guru tidak selaras dengan tahap pembelajaran pelajar Keberkesanan pengajaran adalah satu ukuran yang bermakna dilakukan dengan jumlah usaha guru memberi arahan pembelajaran pada pelajar tertentu. Dengan begitu banyak yang perlu dipelajari, ia harus jelas bahawa keberkesanan arahan pengajaran adalah penting dalam situasi semasa pembelajaran pelajar.

5. Aktiviti pelajar yang diperihalkan dalam rancangan pengajaran tidak menyumbang secara langsung dan cara berkesan kepada objektif pelajaran. Pelajar anda terlibat dalam aktiviti-aktiviti hanya untuk memastikan mereka sibuk. Apa sahaja yang dibuat oleh pelajar anda tidak perlu menyumbang secara langsung untuk mereka mencapai objektif pengajaran?

Satu rancangan pengajaran yang mengandungi satu atau lebih daripada kesilapan-kesilapan ini perlu memikirkan semula dan semakan.

Latihan 2 : Lengkapkan jadual dibawah untuk membantu anda membangunkan rancangan pelajaran yang berkesan dan mengelakkan lima kesilapan biasa.

Perkara Kesilapan Aspek Yang Sepatut diPertimbangkan

Objektif

Penilaian Pelajaran

Bahan Pengajaran

Bahasa Arahan

7

Page 8: SCE3108 Tajuk 1 Rancangan Pelajaran

Aktiviti Pelajar

1.3 Rancangan Pelajaran Tahunan, Mingguan dan Harian

Terdapat tiga tahap perancangan rancangan pelajaran iaitu rancangan tahunan,

mingguan dan harian

Dalam menyediakan rancangan tahunan , langkah-langkahnya ialah

a. Bahagikan sukatan pelajaran kepada semester 1 dan 2 dan setiap

semester (19 - 23 minggu)

b. Teliti objektif pembelajaran, cadangan aktiviti, hasil pembelajaran dan

rangka masa yang diperuntukkan

c. Rujuk cadangan aktiviti pembelajaran dan tentukan strategi pembelajaran

untuk setiap objektif pembelajaran

d. Gunakan buku teks sebagai panduan untuk memilih kaedah pengajaran

dan pembelajaran.

Rancangan tahunan mengandungi

1) Semester

2) Bilangan Minggu

3) Topik

4) Objektif Pembelajaran

5) Aktiviti Pembelajaran yang dicadangkan

6) Hasil Pembelajaran

7) Nota/Catatan/Kosa kata

Contoh Rancangan Tahunan

Weeks LearningObjectives

Suggested Learning Activities Learning Outcomes Notes Vocabulary

8

Page 9: SCE3108 Tajuk 1 Rancangan Pelajaran

1

1.1Understandingthat sciencepart ofeveryday life.

Describe examples of naturalphenomena that students see a round them:a) growth of human from a baby to an adult,b) fall of a ball to the ground,c) melting of ice.

Discuss the uses and benefits ofscience in everyday life.Attend talks on careers in science.

student is able to:list what he sees around himthat is related to science,explain the importance ofscience in everyday life,name some careers in sciencesuch as:a) science teachersb) doctorsc) engineersd) environmental scientists

During learningActivities, bring outthe scienceConcepts andPrinciples students have learned inPrimary school.Talks on careersin science byProfessionals.

benefit –faedahcareer –kerjayadiscuss –bincangkaneducator –pendidikimportance –kepentinganprofessional –profesionalrelated –berkaitanrole play –main peranantalks –ceramahnatural phenomena –fenomena alam

Rancangan Mingguan bertujuan melihat urutan pelajaran selama seminggu dan

jika guru tiada guru ganti boleh mengajar pelajaran pada hari tersebut Ianya

mengandungi:

1) Minggu, mata pelajaran dan kelas

2) Hari/masa

3) Tajuk/Objektif pembelajaran

4) Hasil Pembelajaran/Kemahiran

5) Strategi

6) Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Contoh rancangan mingguan ringkas

Masa/Hari Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis1 Experimen Ujian Latihan Aktiviti luar

kelas

Rancangan Pelajaran Harian ialah rancangan yang terperinci untuk masa

tertentu. Umumnya ia mengandungi

1) Tarikh

2) Masa

3) Kelas

4) Bilangan Pelajar

5) Mata Pelajaran

6) Tajuk/

7) Hasil Pembelajaran

8) Pengetahuan Sedia ada

9) Kemahiran Proses Sains

9

Page 10: SCE3108 Tajuk 1 Rancangan Pelajaran

10)Nilai Murni

11)Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

12)Langkah

- Set Induksi

- Perkembangan

- Penutup

Aktiviti 3 :

Anda memerlukan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah. Pilih satu

antara HSP tahun satu hingga 6. Rancang dan tulis satu rancangan tahunan

seterusnya pilih satu rangcangan mingguan. Dari rancangan mingguan tersebut

bincangkan bagaimana anda boleh membina rancangan pelajaran harian.

Latihan 3

Berdasarkan jadual berikut tulis satu esei 100 patah perkataan membanding

bezakan rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian

Tahap Matlamat perancangan Bentuk/Penyusunan perancangan

Rancangan pelajaran tahunan

1. Menjelaskan kandungan untuk minggu 38-42

2. Menentukan jadual mingguan bagi setiap semester.

1. Mengesahkan sukatan bagi satu tahun

2. Jadual mingguan sesuai dengan strategi aktiviti dan tempoh masa

Rancangan pelajaran mingguan

1. Menyusun aktiviti-aktiviti untuk satu minggu.

2. Mengubah aktiviti lain berdasarkan kepada takwim sekolah.

3. Mengekalkan perjalanan aktiviti secara berterusan.

1. Namakan aktiviti dan jangka masa.

2. Sumber pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan.

Rancangan pelajaran harian

1. Menentukan langkah-langkah bagi setiap aktiviti

2. Cadangan penggunaan masa untuk pengajaran dan

1. Peruntukan masa berdasarkan kepada langkah pengajaran dan pembelajaran.

10

Page 11: SCE3108 Tajuk 1 Rancangan Pelajaran

pembelajaran dengan jelas. 2. Penyediaan bahan-bahan dan penilaian diperlukan.

Hantar jawapan anda dengan OLL untuk semakan pensyarah dan simpan

didalam folio anda sebagai bukti

11