Sejarah Pbm_konsep Melayu

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 Sejarah Pbm_konsep Melayu

    1/4

    1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU1.1.1 KONSEP MELAYU

    a) Definisi awal istilah Melayu

    1. Menurut pengkaji, bukti penggunaan bahasa Melayu sejak abad kedua.

    2. M. Ptolemy (100-150 masihi) menggunakan istilah maleu-kolon dalam

    karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis. Menurut Gerini, istilah ini

    diambil daripada kata Sanskrit malayakolam atau malaikurram, iaitu merujuk

    kepada suatu tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia.

    4. Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan malaya-dvipa.

    Menurut pengkaji, perkataan tersebut merujuk kepada Pulau Sumatera yang

    merupakan tempat asal bahasa Melayu.

    3. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-

    yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil

    bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi (zaman Dinasti Tsang.

    4. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing

    yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang

    dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan

    Kerajaan Sriwijaya di Palembang.

    5. Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara

    yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di

    situ ialah bahasa Kun-lun. Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai

    bahasa Melayu kuno.

    6. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan

    catatan perkataan Malaya atau Melayu pada bahagian belakangnya.

    7. Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama

    sebatang sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.

    b) Definisi Melayu dari segi etimologi

    Geographike

    Sintaxis

    :Maleu-kolon

    Kitab Purana :

    malaya dvipa

    Tulisan cina

    :Mo-lo-yeu

    Catatan I Tsing

    : Mo-lo-yu

    Jenguk pandang tindai-tindai;

    Usul-usul asal-asal,jangan ditinggalkan.

    Bermaksud

    Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya

    selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama

    kalau-kalau ada yang salah.

  • 8/2/2019 Sejarah Pbm_konsep Melayu

    2/4

    Definisi Melayu Dari Segi Etimologi

    Etimologi bermaksud kajian tentang asal usul dan sejarah sesuatu

    perkataan serta makna kata tersebut.

    1. Zuber Osman : Perkataan melayu berasal daripada perkataan Malaya, iaitu

    kependekan hima alaya. Alaya bermaksud tempat manakala himaalaya bermaksud tempat bersalji.

    2. Perkataan Malayapura yang bermaksud kota Melayu atau kerajaan

    Melayu ditemui pada batu bersurat Bukit Gombak Satu, di Sumatera Barat.

    3. Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang

    bermaksud mengembara atau pergi ke mana-mana.

    4. Mohd Dahlan Mansoer :Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai

    Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu.

    5. Van der Tuuk : perkataan Melayu bererti menyeberang, merujuk kepada

    orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama

    Hindu-Buddha kepada Islam.

    c) Definisi Melayu berdasarkan Bangsa

    Istilah Melayu dapat diberi dua pengertian, iaitu pengertian yang luas dan

    pengertian yang sempit.

    Pengertian yang luas

    1. Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat diSemenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu.

    Berdasarkan The Malay Culture Study Project (1972), konsep Melayu merujuk

    kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang

    Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.

    2. Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepadabangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, Sabah

    dan Sarawak, Brunei, pantai Timur Sumatera, sepanjang Kalimantan Barat,

    Kalimantan Timur dan Kalimantan Selatan, Pulau-pulau di Kepulauan Melayu,

    kawasan selatan Thailand, selatan Filipina, kawasan Campa selatan Indo Cina,

    Singapura dan beberapa tempat lain di Nusantara.

    Pengertian yang sempit

    1. Pengertian yang sempit ialah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia,iaitu Perkara 153 mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagaiMelayu apabila memiliki ciri-ciri seperti: lazimnya berbahasa Melayu, berkebudayaan

    Etimologi

    Kajian asal usul

    dan sejarah

    sesuatu

    perkataan serta

    makna

    perkataan

    tersebut.

  • 8/2/2019 Sejarah Pbm_konsep Melayu

    3/4

    Melayu dan beragama Islam (yang murtad, tukar kewarganegaraan : taraf Melayu -

    hilang )

    2. Tafsiran Melayu mengikut pengertian suku bangsa lebih berdasarkan etnik(keturunan biologi). Walaupun begitu, syarat berbahasa Melayu dan kebudayaan

    Melayu masih diperlukan. Walau bagaimanapun, mereka tidaklah semestinya

    beragama Islam.

    3. Untuk maksud ini, orang-orang Melayu ialah orang-orang Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia. Orang-orang Melayu yang mendiami kawasan Selatan Thai, Pesisir Sumatera

    (utara Medan, Deli, Serdang, Palembang, Riau, Lingga ) ada beragama Budha,

    Kristian

    orang-orang Melayu di bahagian pertama Sarawak ada beragama Kristian orang-orang Melayu di Brunei dan Sabah ada yang tiada agama, agama-agama

    lain.

    MELAYU (UNESCO )

    Merujuk kepada suku bangsa

    Melayu di Semenanjung Malaysia,

    Thailand, Indonesia, Filipina dan

    Madagaskar

    PERLEMBAGAAN MALAYSIA

    MELAYU

    Orang yang berbahasa ibunda, dan bahasa Melayu,

    mempraktikkan cara hidup Melayu dan menganut

    agama Islam

  • 8/2/2019 Sejarah Pbm_konsep Melayu

    4/4