7
SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DALAM UNIT KOKURIKULUM SENARAI TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM 1. Mengadakan notis Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kokurikulum Sekolah. 2. Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Induk Kokurikulum Sekolah. 3. Merekod, mencatat dan mendokumentasikan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah. 4. Menguruskan papan kenyataan Kokurikulum sekolah. 5. Membantu pihak pentadbiran dalam urusan surat menyurat dalam bidang kokurikulum di peringkat sekolah. 6. Membuat laporan tahunan aktiviti kokurikulum peringkat sekolah. 7. Melaksanakan tugas yang diarah oleh Pentadbir Sekolah yang berkaitan dengan Kokurikulum. SENARAI TUGAS SETIAUSAHA SUKAN 1. Menyelaras dan menyelia aktiviti sukan sekolah dalam bidang olahraga dan sukan elit di peringkat , sekolah, daerah dan negeri. 2. Menyelaras latihan rumah sukan setiap minggu. 3. Menyelia klinik olahraga untuk guru dan para pelajar. 4. Mengurus, mencatat dan merekod peralatan sukan sekolah. 5. Mengurus bilik sukan dan stok peralatan sukan dengan sempurna dan kemaskini bersama Guru Ketua Rumah dan Pengurus dan Jurulatih Pasukan Sekolah serta Penyelaras Alatan Kokurikulum. 6. Merancang dan menyelia sukan Tahunan Sekolah, Hari Merentas Desa dan Sukantara. 7. Memastikan gelanggang sukan dan padang permainan adalah mengikutukuran yang betul serta mengurus persediaan dan penjagaan padang. 8. Menyimpan rekod-rekod yang lengkap segala jenis perlawanan yang disertai oleh sekolah sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, kebangsaan, persahabatan dan sebagainya. Mengandungi:

Senarai Tugas Dan Tanggungjawab

  • Upload
    yna

  • View
    41

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Ko-kurikulum

Citation preview

Page 1: Senarai Tugas Dan Tanggungjawab

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DALAM UNIT KOKURIKULUM

SENARAI TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM

1.       Mengadakan notis Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kokurikulum Sekolah.

2.       Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Induk Kokurikulum Sekolah.

3.       Merekod, mencatat dan mendokumentasikan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah.

4.       Menguruskan papan kenyataan Kokurikulum sekolah.

5.       Membantu pihak pentadbiran dalam urusan surat menyurat dalam bidang kokurikulum di peringkat sekolah.

6.       Membuat laporan tahunan aktiviti kokurikulum peringkat sekolah.

7.       Melaksanakan tugas yang diarah oleh Pentadbir Sekolah yang berkaitan dengan Kokurikulum.

SENARAI TUGAS SETIAUSAHA SUKAN

1.       Menyelaras dan menyelia aktiviti sukan sekolah dalam bidang olahraga dan sukan elit di peringkat , sekolah, daerah dan negeri.

2.       Menyelaras latihan rumah sukan setiap minggu.

3.       Menyelia klinik olahraga untuk guru dan para pelajar.

4.       Mengurus, mencatat dan merekod peralatan sukan sekolah.

5.       Mengurus bilik sukan dan stok peralatan sukan dengan sempurna dan kemaskini bersama Guru Ketua Rumah dan Pengurus dan Jurulatih Pasukan Sekolah serta Penyelaras Alatan Kokurikulum.

6.       Merancang dan menyelia sukan Tahunan Sekolah, Hari Merentas Desa dan Sukantara.

7.       Memastikan gelanggang sukan dan padang permainan adalah mengikutukuran yang betul serta mengurus persediaan dan penjagaan padang.

8.       Menyimpan rekod-rekod yang lengkap segala jenis perlawanan yang disertai oleh sekolah sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, kebangsaan, persahabatan dan sebagainya. Mengandungi:

a.       Tarikh

b.      Jenis pertandingan/ perlawanan

c.       Pasukan yang terlibat

d.      Tempat pertandingan

Page 2: Senarai Tugas Dan Tanggungjawab

e.      Keputusan pertandingan/ pencapaian pasukan.

9.       Menjadi Ahli Jawatankuasa merangka aktiviti selepas UPSR dan peperiksaan dalaman.

10.   Mewakili Penolong Kanan Kokurikulum sekiranya perlu.

11.   Melaksanakan tugas yang diarah oleh Pentadbir Sekolah yang berkaitan dengan Kokurikulum dan Sukan .

SENARAI TUGAS PENYELARAS PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM

1.       Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/unit beruniform.

2.       Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.

3.       Menyelaras semua aktiviti.

4.       Menyediakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk memasuki persatuan / kelab / unit berniform.

5.       Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.

6.       Memastikan peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkodkan dan difailkan.

7.       Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan

 8. Menguruskan buku / kad kokurikulum:

a) Mengagihkana kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada semua murid.b) Mengutip kembali dari guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod di bilikc) Penolong Kanan Kokurikulu

9. Menyediakan borang / buku / fail yang diperlukan untuk aktiviti:

a.       Borang memasuki persatuan.

b.      Borang senarai AJK dan ahli.

c.       Buku Lapaoran / Fail kegiatan

d.      Fail-fail yang diperlukan.

10. Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod

11. Mengumpulkan laporan tahunan dan buku / fail kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod.

12. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.

Tugas dan Tanggungjawab Penyelaras Alatan Kokurikulum &Sukan

1.       Membuat agihan tugas kepada jawatankuasa untuk sentiasa memantau dan menyelenggara alatan.

Page 3: Senarai Tugas Dan Tanggungjawab

2.       Menyediakan buku stok untuk semua jenis alatan sukan dan kokurikulum yang dibeli dari peruntukan wang SUWA Kokurikulum , Sukan dan sumbangan.

3.       Menyedia buku Rekod Penggunaan/Pinjaman.

4.       Memastikan guru-guru merekod semasa membuat pinjaman dan memulangkan alatan di stor.

5.       Memastikan pemulangan alatan yang dipinjam/ digunakan dalam keadaan baik.

6.       Melarang murid mengambil alatan tanpa guru pengiring.

7.       Sentiasa memastikan bilik alatan/ stor sukan dan bilik kokurikulum kemas dan teratur.

8.       Menyusun alatan bersama jawatankuasa, Setiausaha Sukan, Guru sukan permainan dan pasukan sekolah secara berkala.

9.       Membuat pesanan penambahan peralatan semasa yang diperlukan sekurang-kurangnya sebulan dari tarikh diperlukan.

10.   Melaporkan segala masalah dan kerosakan peralatan kepada Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Besar dan berbincang untuk mengatasi

11.  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan Kokurikulum dari semasa ke semasa

Senarai Tugas Bendahari Ko-kurikulum

1. Membuat anggaran perbelanjaan setiap aktiviti.2. Mengagihkan perbelanjaan BKK dan BSS untuk setiap aktiviti.3. Memastikan peruntukan KK dibelanjakan dengan betul.4. Membuat laporan kewangan.

Senarai Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat Persatuan

1.       Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.

2.       Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.

3.       Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.

4.       Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.

5.       Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.

6.       Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

7.       Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan.

8.       Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.

9.       Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.

Page 4: Senarai Tugas Dan Tanggungjawab

10.   Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan/ Permainan kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk.

11.   Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.

12.   Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik.

13.   Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan .

14.   Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.

15.   Menandatangani kad dan Borang Kehadiran Ahli.

16.   Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili .

17.   Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.

18.   Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.

19.   Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

20.   Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.

21.   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa.

Tugas dan Tanggungjawab Guru Permainan

1.       Membentuk Ahli Jawatankuasa.

2.       Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam permainan

3.       Berusaha mendapat khidmat nasihat dari mereka yang pakar.

4.       Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.

5.       Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah yang

telah ditetapkan atau pun pada waktu lain yang dipersetujui oleh Penolong Kanan Kokurikulum atau Setiausaha Sukan.

6.       Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Sekolah berdekatan.

7.       Membantu pasukan sekolah untuk pertandingan MSSN dan melatihnya.

8.       Menguruskan pengangkutan dengan bantuan Penolong Kanan Kokurikulum atau Setiausaha Sukan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar

9.       Mengurus surat kebenaran ibu bapa/ penjaga untuk pertandingan yang disertai.

10.   Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dana pengurusan.

Page 5: Senarai Tugas Dan Tanggungjawab

11.   Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.

12.   Menyemai semangat kesukanan di kalangan murid.

13.   Merancang aktiviti tahunan dengan Guru Rumah Sukan.

14.   Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan.

15.   Merekod nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan zon/ daerah/ negeri, wakil zon/daerah/negeri dan negara). Menyimpan salinan sijil setiap penyertaan yang diperolehi.

16.   Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negeri dan Persatuan permainan/Sukan.

17.   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan Kokurikulum dari semasa ke semasa.

Tugas dan Tanggungjawab Guru Rumah Sukan 1.       Menyediakan senarai ahli rumah sukan yang lengkap mengikut kelas.

2.       Mengagihkan murid dalam rumah kepada beberapa acara sukan dan permainan.

3.       Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan murid meliputi olahraga dan permainan.

4.       Mengadakan mesyuarat Agung.

5.       Menyusun program latihan untuk peserta setiap rumah sukan.

6.       Bekerjasama dengan guru-guru lain untuk menyediakan trek sebelum dan semasa sukan.

7.       Menyediakan alatan sukan dan permainan untuk semua murid yang mengambil bahagian.

8.       Menyediakan khemah untuk murid yang mengambil bahagian berkumpul.

9.       Mengaturkan murid untuk majlis penutup hari sukan dan permainan.

10.   Menyediakan makanan dan minuman untuk semua murid yang mengambil bahagian dalam sukan dan permainan.

11.   Mengemas padang selepas selesai majlis penutup hari sukan dan permainan

12. Memulangkan semula alatan sukan dan permainan yang telah digunakan ke tempat yang ditetapkan dalam stor sukan.

13.   Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.

14.   Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod.

15.   Merekod dan melaporkan pencapaian cemerlang murid kepada Setiausaha Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.

Page 6: Senarai Tugas Dan Tanggungjawab

16.   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan Kokurikulum dari semasa ke semasa.