10
Di dalam sebuah kawasan perumahan, ada seorang budak lelaki bernama Hafiz. Dia tinggal bersama keluarganya. Hafiz merupakan seorang budak yang suka membuang sampah di merata-rata tempat

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Di dalam sebuah kawasan perumahan, ada seorang budak lelaki bernama Hafiz. Dia tinggal bersama keluarganya. Hafiz merupakan seorang budak yang suka membuang sampah di merata-rata tempat

Page 2: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Selepas pulang dari sekolah, Hafiz akan bersiar-siar di kawasan taman untuk mencari rama-rama dan kumbang.

Page 3: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Hafiz dan rakan-rakannya suka bermain sambil membuang sampah di merata-rata tempat. Mereka tidak mempedulikan kebersihan alam sekitar di kawasan tempat tinggal mereka.

Page 4: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Pada waktu petang pula, Hafiz dan rakan-rakannya akan pergi ke taman permainan untuk bermain. Namun, Hafiz dan rakan-rakannya tidak menjaga kebersihan tempat permainan tersebut dengan membuang sampah di merata-rata.

Page 5: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Sarah merupakan jiran baru Hafiz telah menasihati supaya membuang sampah di dalam tong sampah tetapi nasihat Sarah tidak dipedulikan oleh Hafiz.

Page 6: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Semasa musim cuti sekolah, Hafiz telah mengikut keluarganya balik ke kampung. Selepas seminggu, Hafiz pulang ke rumahnya dan mengajak rakan-rakannya untuk bermain di taman permainan. Hafiz terkejut semasa sampai ke taman permainan kerana tempat itu telah dipenuhi oleh sampah-sarap.

Page 7: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Longkang di kawasan rumah Hafiz juga tersumbat kerana sampah banyak. Hal ini telah menyebabkan bau yang busuk dan tidak menyenangkan. Tikus juga boleh dilihat berada di merata-rata tempat.

Page 8: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Bungkusan sampah yang tidak diletakkan di tempat yg betul telah menyebabkan air bertakung. Hal ini telah menyebabkan nyamuk membiak dengan cepat dan labah-labah berada di mana-mana. Pada waktu malam, Hafiz tidak boleh tidur dengan selesa kerana banyak nyamuk menggangunya.

Page 9: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Pada keesokkan harinya, Hafiz telah berjumpa dengan Sarah di sekolah. Hafiz berasa bersalah dengan perbuatannya selama ini yang suka membuang sampah di merata-rata tempat. Sarah memberitahu Hafiz bahawa pada hari Ahad akan diadakan gotong-royong membersihkan kawasan perumahan dan sekolah.

Page 10: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Hafiz telah sedar akan kesilapan yang dilakukannya dan telah menasihati rakan-rakannya yang lain supaya tidak membuang sampah di merata-rata tempat lagi. Pada hari Ahad tersebut, Hafiz telah bersama-sama pergi bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan dan balai raya.

Page 11: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Akhirnya, kawasan perumahan Hafiz telah dibersihkan. Taman permainan yang kotor telah bersih semula. Hafiz dan rakan-rakannya telah dapat bermain semula dengan gembiranya.

Page 12: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Hafiz telah berjanji untuk menjaga kebersihan alam sekitar dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat lagi. Dia juga akan menasihati rakan-rakannya yang lain supaya menjaga kebersihan alam sekitar.