2
Ibu bapa titipan boleh membawa perubahan besar kepada kehidupan anak-anak titipan melalui dedikasi dan kasih sayang yang tiada batasan serta membantu anak-anak ini untuk membina masa hadapan yang lebih cerah. “Orang yang mempunyai pengaruh terbesar dalam hidup saya adalah ibu titipan saya. Beliau memberi saya kasih sayang yang saya perlukan. Walaupun beliau bukan ibu kandung saya, beliau telah membesarkan saya dengan baik dan menjadikan saya siapa saya hari ini. Saya akan sentiasa menyayangi dan menghargai segala pengorbanan yang telah dibuat oleh beliau untuk menjaga saya. Jika saya kehilangannya, saya akan kehilangan sebahagian daripada diri saya yang tidak boleh diganti. Ibu titipan saya adalah ibu, kawan baik dan guru saya. Ibu titipan saya adalah segala-galanya bagi saya. Kehidupan saya lengkap kerananya.” -Siti* (16 tahun), kini dijaga oleh keluarga titipan. Anda boleh membantu kanak-kanak yang memerlukan tempat tinggal yang stabil dan penuh dengan kasih sayang. Bukalah pintu hati dan rumah anda kepada kanak-kanak yang memerlukan perlindungan ini. Adakah terdapat perbezaan antara mengambil anak angkat dengan menjaga anak titipan? Ya, anak titipan kekal sebagai anak yang sah ibu bapa kandung mereka manakala anak angkat mendapat hak sebagai anak kandung keluarga tersebut. Penjagaan anak titipan merupakan penjagaan sementara dan matlamat utama kami adalah untuk memulangkan penjagaan anak tersebut kepada ibu bapa kandung mereka. Berapakah usia anak-anak yang memerlukan penjagaan titipan ini? Anak-anak yang memerlukan penjagaan titipan semuda bayi yang baru lahir, sehingga usia 18 tahun. Meskipun kami memerlukan ibu bapa titipan untuk menjaga anak-anak daripada semua peringkat umur, terdapat keperluan yang lebih besar bagi ibu bapa titipan yang boleh menjaga anak- anak berusia 7 tahun ke atas, adik-beradik dan juga anak- anak dengan keperluan khas. Berapa lamakah anak itu akan tinggal bersama kami? Penjagaan anak titipan adalah selama beberapa bulan sehingga beberapa tahun, dan tempoh ini berbeza antara anak-anak titipan kerana ia bergantung pada keadaan keluarga mereka. Bolehkah saya memilih anak yang saya ingin jaga? Anda boleh menyatakan jantina dan usia kanak-kanak yang ingin anda jaga di borang permohonan. Kami akan melakukan yang terbaik untuk memadankan anda dengan kanak-kanak pilihan anda, bergantung pada keperluan kanak-kanak tersebut dan kemampuan anda untuk menjaganya. Anda Tidak Sendirian Soalan-Soalan yang Sering Ditanya Sebab-sebab Anda Harus menjadi Ibu Bapa Titipan • Elaun bulanan untuk menanggung kos makanan, pakaian, pengangkutan, yuran sekolah dan keperluan lain kanak-kanak tersebut • Sesi-sesi induksi dan latihan untuk melengkapkan ibu bapa titipan dengan kemahiran yang diperlukan • Sokongan tetap daripada Pegawai Penjagaan Titipan • Talian Kecemasan 24 Jam bagi Ibu Bapa Titipan • Kad Pengecualian Yuran Perubatan (MFEC) untuk membiayai sepenuhnya kos perubatan kanak-kanak tersebut di poliklinik dan hospital pemerintah • Subsidi untuk penjagaan kanak-kanak dan kelas-kelas pengayaan (enrichment classes) Sokongan akan diberikan kepada semua ibu bapa titipan. Ibu bapa titipan tidak akan sendirian. Bantuan berterusan dan bimbingan seperti berikut akan diberikan kepada anda untuk memenuhi keperluan kanak-kanak tersebut: MFEC *Nama kanak-kanak ini telah diubah untuk melindungi identiti mereka hubungi talian 6354 8799 atau lungsuri laman web www.msf.gov.sg/fostering Sinari kehidupan mereka, Jaga anak titipan. hubungi talian 6354 8799 atau lungsuri laman web www.msf.gov.sg/fostering

Sinari kehidupan mereka, Jaga anak titipan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sinari kehidupan mereka, Jaga anak titipan

Ibu bapa titipan boleh membawa perubahan besar kepada kehidupan anak-anak titipan melalui dedikasi dan kasih

sayang yang tiada batasan serta membantu anak-anak ini untuk membina masa hadapan yang lebih cerah.

“Orang yang mempunyai pengaruh terbesar dalam hidup saya adalah ibu titipan saya. Beliau memberi saya kasih sayang yang saya perlukan. Walaupun beliau bukan ibu

kandung saya, beliau telah membesarkan saya dengan baik dan menjadikan saya siapa saya hari ini. Saya akan sentiasa

menyayangi dan menghargai segala pengorbanan yang telah dibuat oleh beliau untuk menjaga saya. Jika saya

kehilangannya, saya akan kehilangan sebahagian daripada diri saya yang tidak boleh diganti.

Ibu titipan saya adalah ibu, kawan baik dan guru saya. Ibu titipan saya adalah segala-galanya bagi saya.

Kehidupan saya lengkap kerananya.”

-Siti* (16 tahun), kini dijaga oleh keluarga titipan.

Anda boleh membantu kanak-kanak yang memerlukan tempat tinggal yang stabil dan penuh dengan kasih sayang. Bukalah pintu hati dan rumah anda kepada

kanak-kanak yang memerlukan perlindungan ini.

• Adakah terdapat perbezaan antara mengambil anak angkat dengan menjaga anak titipan?

Ya, anak titipan kekal sebagai anak yang sah ibu bapa kandung mereka manakala anak angkat mendapat hak sebagai anak kandung keluarga tersebut. Penjagaan anak titipan merupakan penjagaan sementara dan matlamat utama kami adalah untuk memulangkan penjagaan anak tersebut kepada ibu bapa kandung mereka.

• Berapakah usia anak-anak yang memerlukan penjagaan titipan ini?

Anak-anak yang memerlukan penjagaan titipan semuda bayi yang baru lahir, sehingga usia 18 tahun. Meskipun kami memerlukan ibu bapa titipan untuk menjaga anak-anak daripada semua peringkat umur, terdapat keperluan yang lebih besar bagi ibu bapa titipan yang boleh menjaga anak-anak berusia 7 tahun ke atas, adik-beradik dan juga anak-anak dengan keperluan khas.

• Berapa lamakah anak itu akan tinggal bersama kami? Penjagaan anak titipan adalah selama beberapa bulan

sehingga beberapa tahun, dan tempoh ini berbeza antara anak-anak titipan kerana ia bergantung pada keadaan keluarga mereka.

• Bolehkah saya memilih anak yang saya ingin jaga?

Anda boleh menyatakan jantina dan usia kanak-kanak yang ingin anda jaga di borang permohonan. Kami akan melakukan yang terbaik untuk memadankan anda dengan kanak-kanak pilihan anda, bergantung pada keperluan kanak-kanak tersebut dan kemampuan anda untuk menjaganya.

Anda Tidak Sendirian

Soalan-Soalan yang Sering Ditanya

Sebab-sebab Anda Harus menjadi Ibu Bapa Titipan

• Elaun bulanan untuk menanggung kos makanan, pakaian, pengangkutan, yuran sekolah dan keperluan lain kanak-kanak tersebut

• Sesi-sesi induksi dan latihan untuk melengkapkan ibu bapa titipan dengan kemahiran yang diperlukan

• Sokongan tetap daripada Pegawai Penjagaan Titipan

• Talian Kecemasan 24 Jam bagi Ibu Bapa Titipan

• Kad Pengecualian Yuran Perubatan (MFEC) untuk membiayai sepenuhnya kos perubatan kanak-kanak tersebut di poliklinik dan hospital pemerintah

• Subsidi untuk penjagaan kanak-kanak dan kelas-kelas pengayaan (enrichment classes)

Sokongan akan diberikan kepada semua ibu bapa titipan.

Ibu bapa titipan tidak akan sendirian. Bantuan berterusan dan bimbingan seperti berikut akan diberikan kepada anda untuk memenuhi keperluan kanak-kanak tersebut:

MFEC

*Nama kanak-kanak ini telah diubah untuk melindungi identiti mereka

hubungi talian 6354 8799 atau lungsuri laman web www.msf.gov.sg/fostering

Sinari kehidupan mereka, Jaga anak titipan.

hubungi talian 6354 8799 atau lungsuri laman web www.msf.gov.sg/fostering

Page 2: Sinari kehidupan mereka, Jaga anak titipan

Adakah saya dan ahli keluarga saya bersedia untuk menerima seorang anak titipan dalam keluarga kami dan komited untuk menyayanginya sebagai anak kami sendiri?

Adakah saya bersedia untuk bekerjasama dengan MSF dan para profesional yang lain demi kepentingan anak tersebut?

Adakah saya bersedia dari segi mental untuk mengembalikan anak titipan kepada keluarganya pada masa akan datang?

Adakah saya bersedia untuk menjadi Ibu

Bapa Titipan?Sebagai seorang ibu atau bapa

titipan, anda memberikan kesan yang besar terhadap hidup seorang anak.

Untuk menjadi ibu atau bapa titipan, anda perlu:

Pameran bergerak (Roadshows): Datang ke pameran bergerak kami untuk berbincang dan mendapatkan maklumat daripada Pegawai Penjagaan Anak Titipan

Laman Web: Lungsuri www.msf.gov.sg/fostering untuk maklumat lanjut dan memohon secara dalam talian

Talian Pertanyaan: Hubungi kami di 6354 8799

Alamat e-mel: E-mel kami di [email protected]

Kriteria yang disenaraikan di atas merupakan panduan sahaja:semua pemohon akan dinilai berdasarkan kes demi kes.

Proses permohonan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga bulan.

Para pemohon akan dinilai dari segi kemampuan mereka untuk menjaga anak titipan dan akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan lain-lain.

Lawatan ke rumah akan dijalankan untuk menilai keadaan persekitaran rumah pemohon.

Pemohon yang diluluskan akan menjalani sesi-sesi latihan untuk memastikan mereka bersedia untuk menjaga anak titipan.

PROSES PERMOHONAN MENGAMBIL MASA 2-3 BULAN

PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN LAIN-LAIN PEMERIKSAAN

PENILAIAN PERSEKITARAN

MENJALANI SESI-SESI LATIHAN

1

3

6

9

1211

57

10 2

8 4

Sinari kehidupan mereka, Jaga anak titipanSebuah rumah yang selamat dan bahagia dibina dengan rasa kasih sayang dan kepercayaan di antara penghuninya. Setiap kanak-kanak berhak untuk membesar di dalam sebuah rumah yang mempunyai suasana kekeluargaan yang stabil. Tetapi, tidak semua kanak-kanak ada tempat untuk digelar rumah.

Kanak-kanak di dalam PenjagaanKanak-kanak diletakkan dalam penjagaan ibu bapa titipan atas sebab-sebab yang berikut:• Mereka telah didera, diabaikan atau ditinggalkan.• Ibu bapa mereka tidak mampu menjaga mereka

disebabkan oleh:- Masalah kewangan atau ketagihan yang teruk - Pemenjaraan- Penyakit fizikal atau mental- Kematian salah seorang atau kedua-dua ibu bapa

Skim Keluarga Titipan MSFTempat yang terbaik untuk seseorang anak ialah bersama-sama keluarga. Skim Keluarga Titipan MSF (MSF Fostering Scheme) menyediakan keluarga yang boleh menawarkan tempat tinggal untuk membantu anak-anak berusia 18 tahun ke bawah yang memerlukan perlindugan. Menjaga anak titipan merupakan penjagaan sementara. Keluarga titipan akan menyediakan keperluan asas bagi anak-anak ini dan yang lebih penting, mereka akan diberi layanan, penjagaan dan kasih sayang yang wajar diterima oleh mereka.Kami berharap agar anak-anak ini mendapat manfaat daripada persekitaran rumah yang selamat, stabil dan kondusif.

Penjagaan Anak Titipan Berpusatkan Kanak-kanak & Tertumpu pada Keluarga Ibu bapa titipan kami menyediakan bukan sahaja tempat yang selamat, malah kemesraan, keselesaan dan pengalaman keluarga yang positif untuk anak-anak titipan di bawah jagaan mereka.

Setiap anak penting. Ubahlah kehidupan anak-anak ini dengan menjadi Ibu Bapa Titipan.