Upload
vudiep
View
227
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
SISTEM MAKLUMAT KERJAYA BERASASKAN WEB BAGI PELAJAR
LEPASAN STPM DAN MATRIKULASI
WAN NOOR AINUN BINTI WAN AHMAD
Projek Sarjana Muda ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
iii
Ya Rabb,
Aku Bersyukur Pada-Mu, Kerana-Mu Aku Berjaya Menyiapkan PSM Ini.
Walaupun Banyak Dugaan dan Cabaran, Kutempuhinya Jua. Kupanjatkan
Kesyukuran Kepada-Mu Di Atas Segala yang Telah Kau Berikan Kepadaku.
Jutaan Terima Kasih Diucapkan Kepada
Bonda dan Ayahanda Tersayang,
Rohani binti Abdullah dan Wan Ahmad bin Wan Yusoff,
Jua kepada semua kekanda dan adindaku,
Atas Kasih Sayang, Doa, Tunjuk Ajar dan Nasihat serta Memberi Semangat dan
Menyabarkan aku sepanjang pengajianku di sini.
Juga Kepada Pensyarah yang Disegani,
Prof. Madya. Dr. Mohamad bin Bilal Ali,
Atas Segala Tunjuk Ajar dan Didikan yang Diberikan Sepanjang PSM ini Berjalan.
Kepada Sahabat-Sahabat 4-SPK,
Terima Kasih Atas Ikatan Persahabatan Yang Terbina.
Segala Pahit Manis Alam Kampus Telah Kita Harungi Selama 4 Tahun Kita Di
Bumi UTM Ini. Memori Kita Bersama Tidak Akan Aku Lupakan. Semoga Tali
Ukhuwah Ini Terus Terjalin Selama-Lamanya.
Teman Istimewa
Dorongan dan Kasih Sayangmu Pembakar Semangatku
Buat Rakan-Rakan Lain,
Terima Kasih Atas Segala Komitmen Yang Telah Diberikan.
Semoga Allah Merahmati Dan Melindungi Kalian Semua.
iv
PENGHARGAAN
“Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala rahmat-Nya dapat juga
saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Terima kasih
yang tidak terhingga ditujukan kepada penyelia, Prof. Madya Dr. Mohamad bin Bilal
Ali.yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.
Sekalung penghargaan buat ibu bapa dan ahli keluarga yang tercinta kerana
selalu memberi dorongan, semangat dan galakan dalam menyiapkan laporan projek
ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih buat teman-teman; Farhanah, Ramizah, Chu
Wai Seng dan rakan-rakan seperjuangan lain serta kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung membantu menjayakan pembangunan projek ini.
Diharap dengan terhasilnya laporan ini, dapatlah diambil sedikit pengetahuan
di dalamnya dan semoga laporan ini akan memberikan maksud yang ingin
disampaikan dengan sewajarnya.
Sekian, Terima Kasih.
v
ABSTRAK
Sistem Maklumat Kerjaya Berasaskan Web bagi Pelajar Lepasan STPM dan
Matrikulasi ini memberi fokus kepada para pelajar terutamanya pelajar lepasan
STPM, STAM dan Matrikulasi dalam menentukan pilihan kerjaya masing-masing.
Kebanyakan pelajar sukar memilih universiti dan program yang ditawarkan oleh
sesebuah universiti. Justeru itu, sistem kerjaya ini dibangunkan agar dapat membantu
pelajar dalam memilih jurusan yang sesuai dengan keputusan peperiksaan mereka.
Sistem maklumat kerjaya ini merupakan perisian simulasi yang berupaya
mencadangkan jurusan yang ditawarkan oleh IPTA (Institusi Pengajian Tinggi
Awam) mengikut keputusan pencapaian pelajar diperingkat STPM, STAM dan
Matrikulasi. Perisian simulasi ini dibangunkan dengan mengunakan perisian Adobe
Dreamweaver CS3 sebagai perisian pembangunan utama dan disokong oleh perisian
pangkalan data MySQL. Sistem yang dihasilkan diuji kesesuaiannya oleh lima orang
responden yang mana secara keseluruhannya responden memberikan komen positif
dan menggalakkan. Diharapkan sistem maklumat kerjaya ini dapat membantu pelajar
dalam memilih bidang kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan keputusan
peperiksaan mereka. Seterusnya ia dapat memberikan panduan kepada pelajar
sebelum membuat pemilihan permohonan ke IPTA yang sebenar. Di samping itu
juga, para ibu bapa dan kaunselor serta pengguna lain boleh menggunakan sistem
kerjaya ini untuk mendapatkan maklumat tentang kerjaya bagi membantu anak-anak
atau pelajar membuat pilihan yang tepat.
vi
ABSTRACT
Web based career information system for STPM and Matriculations’ holder
was developed mainly for identify career path respectively. Most of students have
difficulties in choosing universities and programs offered by universities. Thus, the
career system was developed to help them in choosing majors that match their
examination results. This career information system is a simulation system that is
capable of suggesting the courses offered by the IPTA (Institut Pengajian Tinggi
Awam) by using student results either in STPM, STAM or matriculation. This
simulation system was developed using Adobe Dreamweaver CS3 software as a
development platform and supported by the MySQL database software. The system
was tested of it suitability by taking five respondents which overall respondents gave
positive and encouraging comments. Hopefully, this career information system can
help students in choosing the correct career field that suitable with their interest and
examination’s result. Thus it can provide guidance to students before making a
selection of applications to enter the IPTA. In addition, parents and counselors and
other users can use the career system to obtain information about career and use it to
advice their children or students to make the appropriate choice.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGAKUAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Tujuan Projek 6
1.5 Objektif Projek 6
1.6 Kepentingan Projek 7
1.6.1 Pelajar 7
1.6.2 Kaunselor 7
viii
1.6.3 Ibu bapa 7
1.7 Batasan Projek 8
1.8 Rasional Projek 8
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Sistem 9
1.9.2 Maklumat 10
1.9.3 Kerjaya 10
1.9.4 Laman Web 10
1.9.5 Pelajar 11
1.9.6 Lepasan 12
1.10 Penutup 12
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Sistem Maklumat 14
2.2.1 Sistem Pengurusan Maklumat (MIS) 15
2.2.2 Sistem Sokongan Keputusan (Decision
Support System, DSS)
16
2.2.3 Kelebihan Sistem Maklumat 16
2.3 Sistem Pengurusan Maklumat Secara Tradisional 17
2.3.1 Sistem Berasaskan Fail Tradisional /
Konvensional
17
2.4 Sistem Pangkalan Data 18
2.4.1 Konsep Asas Pangkalan Data 19
2.4.1.1 Konsep Data 19
2.4.1.2 Konsep Maklumat 20
2.4.1.3 Pengetahuan 21
2.4.2 Asas Teknikal Pengurusan Pangkalan Data 21
2.4.2.1 Pangkalan Data 21
2.4.2.2 Sistem Pengurusan Pangkalan
Data (DBMS)
22
2.4.2.3 Komponen Sistem Pangkalan 24
ix
Data
2.4.3 Konsep Asas Model Data 26
2.4.3.1 Model Data 26
2.4.4 Kelebihan Penggunaan Sistem Pangkalan
Data
28
2.5 Model Pembangunan 29
2.6 Internet 30
2.7 Aplikasi Berasaskan Web 31
2.7.1 Web Browser 32
2.7.2 Pelayan Web (Web Server) 33
2.7.3 Kelebihan Aplikasi Web 33
2.8 Perisian
2.8.1 MySQL 34
2.8.2 PHP (Hypertext Preprocessor) 35
2.8.3 Adobe Dreamweawer CS3 36
2.9 Sistem Operasi (Operating System, OS) 37
2.10 Penutup 37
3 REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN SISTEM
BERASASKAN WEB
3.1 Pengenalan 38
3.1.1 Carta Aliran Pembangunan Sistem Projek 39
3.2 Model Pembangunan
3.2.1 Model Pangkalan data 40
3.2.2 Model Pembangunan Sistem 41
3.3 Aplikasi Model
3.3.1 Fasa Analisis 43
3.3.1.1 Analisis Kumpulan Sasaran 44
3.3.1.2 Analisis Kandungan Sistem 46
3.3.2 Fasa Rekabentuk 47
3.3.2.1 Rekabentuk Informasi 47
3.3.2.2 Rekabentuk Pangkalan Data 48
x
3.3.2.3 Rekabentuk Antaramuka 49
3.3.2.4 Rekabentuk Interaktiviti 51
3.3.3 Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan 51
3.3.3.1 Keperluan Perkakasan dan Perisian 52
3.3.4 Fasa Pengujian 54
3.3.4.1 Pengujian Alfa 54
3.3.4.2 Pengujian Beta 55
3.3.5 Fasa Operasi dan Penyelenggaraan 56
3.4 Penutup 56
4 HASIL PEMBANGUNAN SISTEM BERASASKAN WEB
4.1 Pengenalan 58
4.2 Struktur Asas Sistem berasaskan Web 59
4.2.1 Paparan Menu Utama 59
4.2.2 Paparan Home 60
4.2.3 Paparan Universiti 61
4.2.4 Paparan Kerjaya 63
4.2.5 Paparan Syarat Kemasukan 65
4.2.6 Paparan About 67
4.3 Login Pelajar 68
4.3.1 Analisa Kerjaya 71
4.3.2 Forum 73
4.4. Penilaian 74
4.4.1 Rekabentuk Informasi 74
4.4.2 Rekabentuk Interaksi 75
4.4.3 Rekabentuk Antaramuka 76
4.5 Penutup 76
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 77
xi
5.2 Rumusan Sistem berasaskan Web 77
5.2.1 Kekuatan Sistem berasaskan Web 78
5.2.2 Kelemahan Sistem berasaskan Web 79
5.3 Perbincangan 79
5.4 Cadangan 80
5.5 Refleksi Kendiri 80
5.6 Kesimpulan 81
5.7 Penutup 82
RUJUKAN 83
LAMPIRAN
Lampiran A-D 87-92
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL PERKARA MUKA SURAT
2.1 Keterangan komponen asas dalam sistem
pangkalan data
24
4.1 Dapatan penilaian bagi kriteria Rekabentuk
Informasi
75
4.2 Dapatan penilaian bagi kriteria Rekabentuk
Interaksi
75
4.3 Dapatan penilaian bagi kriteria Rekabentuk
Antaramuka
76
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH PERKARA MUKA SURAT
2.1 Proses penukaran data kepada maklumat 20
2.2 Komponen sistem pengurusan pangkalan data 23
2.3 Model hierarki 28
2.4 Model Waterfall 30
3.1 Carta alir sistem projek 39
3.2 Kitar hayat pembangunan sistem 40
3.3 Model Waterfall 42
3.4 Waterfall Model 43
3.5 Model Hierarki 48
4.1 Laman utama untuk Sistem Maklumat Kerjaya 60
4.2 Paparan Selamat Datang 61
4.3 Pilihan universiti yang disediakan 62
4.4 Sinopsis Universiti yang dipilih 63
4.5 Paparan Bidang Kerjaya 64
4.6 Pilihan bidang kerjaya yang boleh dipilih
pengguna
64
4.7 Paparan Kerjaya 65
4.8 Paparan Syarat Kemasukan ke Universiti 66
4.9 Paparan syarat kemasukan ke IPTA mengikut
bidang pengajian
67
4.10 Paparan About 68
4.11 Login Pelajar 69
4.12 Popup sekiranya pelajar tidak memasukkan
Nama Pengguna
69
4.13 Popup sekiranya pelajar tidak memasukkan 69
xiv
Katalaluan
4.14 Paparan Pengenalan 70
4.15 Paparan Analisa Kerjaya 71
4.16 Cara Pengisian Borang Analisa 72
4.17 Contoh analisis untuk bidang Kejuruteraan 72
4.18 Forum Pelajar 73
xv
SENARAI SINGKATAN
DBMS - Database Management Systems
DSS - Decision Support System
ICT - Information and Communication
Technologies
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta
KPT - Kementerian Pengajian Tinggi
MIS - Management Information System
STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
UPU - Unit Pengambilan Universiti
xvi
SENARAI LAMPIRAN
NO
LAMPIRAN
PERKARA MUKA SURAT
A Carta Alir Bagi Sistem Maklumat Kerjaya 87
B Carta Alir Laman Analisis Kerjaya 88
C Bahasa Pengaturcaraan PHP 89
D Borang Soal Selidik 90
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dewasa ini banyak pekerjaan yang ditawarkan oleh pelbagai pihak samada
pihak kerajaan, swasta mahupun syarikat persendirian. Bidang kerjaya merupakan
satu bidang yang amat meluas pada masa kini. Terdapat banyak pilihan kerjaya yang
dapat menjamin masa depan individu bergantung kepada minat dan pencapaian serta
personalitinya. Tetapi seringkali juga kita dengar dan terbaca dalam surat khabar
atau dalam media elektronik mengatakan ramai graduan yang menganggur.
Persaingan dunia kerjaya memperlihatkan sebilangan besar graduan menganggur
adalah daripada aliran sains sosial dengan beberapa kelemahan ketara dikenal pasti
sebagai punca permasalahan yang menyebabkan mereka tidak memperoleh pekerjaan
yang diingini (Ahmad Muhaimin, Jamalludin dan Baharuddin, 2009).
Kebanyakan orang ramai tidak mengetahui dengan terperinci bidang kerjaya
yang ada dan mereka sekadar mengetahui cabang kerjaya yang biasa seperti doktor,
polis, guru dan tentera (Siti Suzana, 2006). Pengetahuan mereka hanya terhad kepada
kerjaya ini sahaja sedangkan masih banyak lagi bidang kerjaya lain yang boleh
diceburi. Hal ini disebabkan kurangnya pendedahan dan maklumat yang betul dan
terperinci berdasarkan kelayakan yang diperolehi. Oleh itu, pemilihan bidang kerjaya
yang betul amat penting bagi melahirkan insan yang berguna, berkebolehan,
berketerampilan dan berkelayakan supaya mereka ini dapat mengambil alih tampuk
kepimpinan negara pada masa hadapan.
2
Setiap pelajar yang menjadi warganegara Malaysia perlu dibentuk dan
dilengkapi dengan ilmu pengetahuan agar mempunyai wawasan dan visi yang jauh
dalam kehidupannya (Azizi, 2005). Pemilihan kerjaya yang tepat dan bersesuaian
dengan tahap pencapaian pelajar dalam bidang akademik, minat dan personaliti diri
amat penting dalam menentukan haluan hidup seseorang individu. Oleh itu,
bimbingan kerjaya perlu diberikan untuk melahirkan individu yang jelas dengan hala
tuju kehidupannya.
Teknologi pada hari ini semakin berkembang maju. Dalam kebanyakan
bidang, teknologi memainkan peranan yang penting dalam memastikan sesuatu kerja
atau tugasan dapat dilakukan dengan cepat, efektif dan pantas. Matlamat utama
teknologi adalah untuk menyenangkan manusia dalam menjalani kehidupan seharian
mereka. Baharudin Aris (2000) mentakrifkan teknologi sebagai suatu proses yang
sistematik dalam usaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Teknologi telah pun
mendahului sains dalam sejarah peradaban manusia. Sebarang alat atau ciptaan yang
dapat memudahkan kerja manusia ditakrifkan sebagai teknologi. Tidak keterlaluan
jika kita mengatakan bahawa tanpa teknologi, manusia tidak dapat hidup dengan
selesa dan sempurna.
Salah satu bidang yang berkembang dengan pesatnya pada masa kini dan
seiring dengan perkembangan teknologi ialah teknologi maklumat. Teknologi
maklumat memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam dunia pendidikan
pada masa kini. Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah pun mengambil
langkah positif dengan menyemai budaya IT (Information Technology) dalam
kalangan masyarakat pada peringkat awal lagi. Buktinya, kerajaan telah
memperkenalkan subjek-subjek IT di sekolah rendah dan sekolah menengah di
seluruh negara lebih 10 tahun yang lalu. Di samping itu juga telah dibinakan sebuah
makmal komputer di setiap sekolah rendah dan menengah bagi memudahkan
pengajaran subjek tersebut. Malah, di sesetengah universiti, subjek IT merupakan
subjek wajib. Matlamatnya adalah untuk membiasakan pelajar-pelajar sekolah
dengan dunia IT pada peringkat awal lagi. Menerusi subjek IT juga, mereka mampu
menyelesaikan tugasan atau kerja sekolah yang diberikan dengan lebih mudah dan
bersistem hasil kemajuan teknologi maklumat pada hari ini.
3
Melalui penggunaan IT yang semakin berkembang pesat, banyak maklumat
yang penting dapat diperolehi. Frasa ‘Dunia Tanpa Sempadan’ atau pun ‘Dunia di
Hujung Jari’ amat bertepatan dengan perkembangan IT pada masa kini. Menerusi
teknologi maklumat ini juga, banyak sistem dibangunkan bagi membantu individu
yang ingin mencari pekerjaan, berinteraksi sesama mereka dan juga bersosial.
Banyak laman web yang menyediakan kemudahan untuk membantu orang ramai
dalam mencari maklumat kerjaya seperti www.kareer.com.my, www.jobstreet.com
dan www.jobsmalaysia.gov.my.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada zaman teknologi seperti sekarang ini, pelajar lebih terdedah dengan
kemajuan teknologi seperti komputer, internet dan alam siber. Perbandingan relatif
antara pelajar masa kini dengan pelajar masa dahulu adalah berbeza tentang
pengetahuan mereka dalam bidang teknologi. Sekarang ini, pelajar telah biasa
menggunakan komputer dan bukan sesuatu yang mengejutkan jika pelajar telah
memiliki komputer riba (laptop) sendiri dan capaian internet di rumah bagi keluarga
yang berkemampuan, menyebabkan pelajar celik IT dan dapat menguasai
sepenuhnya asas-asas menggunakan komputer seperti menaip, mencetak,
memindahkan dan menyalin data.
Daripada kepandaian inilah pelajar-pelajar dapat meneroka alam siber dengan
begitu mudah untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan lain yang berfaedah
sebagai contoh, pelajar yang telah tamat pengajian boleh mencari maklumat
berkaitan kekosongan jawatan melalui jobstreet.com atau laman web yang lain.
Menurut Timbalan Menteri Sumber Tenaga Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar,
beliau berkata bahawa sekurang-kurangnya 20,217 graduan institusi pengajian tinggi
awam dan swasta (IPTA / IPTS) menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan dan
daripada jumlah yang diperolehi sehingga Jun 2006 lalu, kira-kira 70 peratus adalah
graduan IPTA.
4
Beliau mengatakan bahawa masalah itu wujud berikutan kebanyakan graduan
tidak memenuhi keperluan pekerjaan terutamanya kemahiran dari segi keterampilan,
kewibawaan dan penguasaan bahasa. Beliau menyedari bahawa pengangguran dalam
kalangan graduan IPTA lebih tinggi berbanding IPTS. Ini disebabkan oleh graduan
IPTA kebanyakannya tidak memenuhi peluang-peluang pekerjaan kerana mereka
kekurangan dari segi soft skills seperti penguasaan bahasa, kebolehan, kewibawaan
dan seumpamanya.
Menurut Azizi (2005), pelajar kurang pengetahuan tentang bidang kerjaya
dan universiti yang menawarkan bidang tersebut. Masalah kekurangan maklumat dan
pengetahuan tentang sesuatu pekerjaan kerap berlaku pada peringkat umur dan
perkembangan pelajar. Pada peringkat ini, kekurangan penerangan yang jelas dan
mencukupi tentang peluang-peluang pekerjaan serta jenis pekerjaan yang boleh
diceburi menyebabkan pelajar terumbang-ambing dalam memilih kerjaya yang
bersesuaian dengan mereka.
Kebanyakan kursus yang diambil oleh pelajar tidak sesuai dengan minat dan
cita-cita mereka disebabkan keputusan mereka yang rendah semasa SPM, STPM,
matrikulasi dan diploma yang mana mereka mendapat kursus lelong, iaitu kursus
yang ditawarkan oleh pihak universiti bukan pilihan mereka. Kursus lelong
bermaksud kursus yang tidak dipohon oleh pelajar semasa pengisian borang UPU
tetapi pelajar ditawarkan untuk mengikuti kursus tersebut. Selain itu, pelajar perlu
berfikir tentang kemungkinan pekerjaan yang akan wujud pada masa akan datang.
Oleh itu, pelajar harus memilih bidang pengajian yang berkaitan dengan bidang
pekerjaan dan jenis kemahiran yang diperlukan negara pada masa hadapan. Pilihan
yang betul akan memudahkan pelajar mendapatkan pekerjaan setelah tamat
pengajian nanti dan dapat mengelakkan diri daripada menganggur.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Selepas mendapat keputusan SPM, STPM atau matrikulasi, banyak tawaran
kemasukan ke universiti samada universiti awam, swasta atau kolej akan sampai ke
rumah pelajar. Di sinilah pelajar akan mengalami masalah dalam menentukan
samada menerima atau menolak tawaran tersebut.
Sebelum itu, pelajar perlu mengisi borang kemasukan ke IPTA (borang UPU)
yang diuruskan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Semasa proses
permohonan ini, pelajar mengalami masalah dalam mengisi borang UPU kerana
mereka tidak dapat memilih bidang kerjaya yang diminati atau sesuai dengan
kelayakan mereka. Kebanyakan pelajar memilih jurusan di universiti kerana
dipengaruhi oleh rakan sebaya. Hal ini selaras dengan kajian yang pernah dibuat oleh
Radin Khairuddin (1999) yang menyatakan pelajar selalu menerima nasihat dan
pendapat daripada rakan-rakan sebayanya apabila membuat atau mengambil sesuatu
keputusan yang berkaitan dengan diri mereka. Faktor minat juga turut mempengaruhi
pemilihan kursus pelajar. Radin Khairuddin (1999) turut menjelaskan bahawa minat
pelajar disebabkan oleh cita-cita dan keinginan mereka untuk mendapatkan kerjaya
yang mencabar. Selain itu, Robiah (1994) turut menyatakan bahawa minat adalah
faktor pendorong untuk seseorang individu mencapai cita-citanya.
Selain itu, jika dilihat pada senario hari ini, pelajar masih lagi kekurangan
pengetahuan tentang bidang kerjaya dan cabang-cabangnya. Oleh yang demikian,
bimbingan dan panduan yang betul amat perlu bagi membantu pelajar dalam
menguruskan dan mempertingkatkan diri dalam mengejar cita-cita mereka. Peranan
kaunselor dan ibu bapa juga amat perlu dalam memberikan pendapat dan cadangan
kepada pelajar untuk memilih bidang kerjaya yang betul. Shok Mee (1997) dalam
(Azizi dan Norhashimah, 2007), menyatakan apabila ibu bapa memberikan motivasi
atau rangsangan kepada anak-anak, maka ia akan dapat menanamkan dan
menggerakkan motif di dalam diri dan mendorong mereka mencapai sesuatu yang
dicita-citakan walaupun proses tersebut menuntut masa yang agak panjang untuk
dicapai.
6
Oleh itu, satu sistem maklumat kerjaya yang berasaskan web akan digunakan
untuk membantu pelajar memilih bidang kerjaya yang bersesuaian dengan keputusan
peperiksaan mereka.
1.4 Tujuan Projek
Tujuan projek yang dibangunkan ini adalah untuk:-
i. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang kerjaya yang dapat
mereka ceburi.
ii. Menyediakan maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan sesuatu bidang
kerjaya dan pengkhususannya.
iii. Menyenaraikan universiti-universiti yang menawarkan kursus atau program
yang sesuai dengan bidang kerjaya pilihan.
iv. Membantu pihak kaunselor dan ibu bapa yang ingin mencari universiti dan
program-program yang sesuai dengan pelajar-pelajar mahupun anak-anak
mereka.
1.5 Objektif Projek
Objektif merupakan matlamat yang ingin dicapai melalui penghasilan projek
ini. Projek yang dihasilkan akan mengikut kriteria yang telah digariskan melalui
objektif. Objektif projek ini adalah membangunkan satu sistem maklumat kerjaya
berasaskan web bagi pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi untuk memudahkan para
pelajar mencari bidang kerjaya yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan dan
minat mereka.
7
1.6 Kepentingan Projek
Projek yang dihasilkan adalah untuk kepentingan semua lapisan masyarakat.
Walau bagaimanapun, projek ini dibangunkan khusus untuk beberapa pihak iaitu
pelajar, kaunselor dan ibu bapa.
1.6.1 Pelajar
Sistem ini sesuai untuk pelajar yang telah menamatkan pengajian samada
SPM, STPM, matrikulasi atau diploma dan akan menyambung pengajian mereka ke
tahap yang lebih tinggi. Sistem ini memberi maklumat kepada para pelajar untuk
mencari bidang kerjaya yang sesuai dengan keputusan dan minat mereka. Daripada
kerjaya yang dipilih, barulah pelajar akan mencari universiti-universiti yang
menawarkan bidang pengajian yang bersesuaian.
1.6.2 Kaunselor
Kepentingan projek ini juga adalah sebagai sumber rujukan alternatif kepada
para kaunselor untuk merujuk program-program yang ditawarkan oleh sesebuah
universiti. Memberi maklumat terkini kepada para kaunselor bagi membantu pelajar
kerjaya yang bersesuaian dengan mereka. Maklumat kerjaya yang dipaparkan dapat
membantu kaunselor memberi penerangan dan pendedahan awal berkaitan bidang
pengajian kepada para pelajar.
1.6.3 Ibu bapa
Sistem ini boleh digunakan oleh ibu bapa sebagai sumber rujukan untuk
mendapatkan maklumat dan menambah pengetahuan berkaitan kerjaya yang boleh
8
dipohon oleh anak-anak mereka. Melalui sistem ini, para ibu bapa dapat menilai
kerjaya yang sesuai dengan anak mereka serta mereka dapat bertolak ansur dengan
anak-anak. Ibu bapa seharusnya menghormati pilihan anak-anak dan cuba
berbincang sekiranya terdapat percanggahan pendapat antara anak-anak dengan ibu
bapa.
1.7 Batasan Projek
Sistem maklumat kerjaya ini dibangunkan khusus untuk pelajar lepasan
STPM dan matrikulasi sahaja. Maklumat kursus atau program hanyalah tertumpu
kepada 19 buah universiti tempatan sahaja yang berada di bawah kelolaan
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).
1.8 Rasional Projek
Projek yang dibangunkan mirip kepada sistem-sistem yang lain seperti
www.kpt.gov.my yang juga menawarkan bidang kerjaya kepada pelajar yang mana
laman web ini berasaskan kepada aplikasi web. Kelainan yang tersendiri bagi sistem
ini ialah sistem ini dibangunkan khas untuk pelajar-pelajar lepasan STPM dan
Matrikulasi yang memerlukan keputusan peperiksaan pelajar untuk memaparkan
bidang kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka dalam peperiksaan.
Sistem maklumat kerjaya ini diharapkan dapat memudahkan pelajar mendapatkan
maklumat dan memberi panduan dalam menentukan hala tuju pelajar selepas
menduduki peperiksaan STPM dan matrikulasi.