15
SISTEM URINARI Sistem urin (urinary tract) adalah suatu sistem saluran dalam tubuh manusia, meliputi buah pinggang dan saluran keluarnya yang berfungsi untuk membersihkan tubuh badan dari bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh badan. Bahan yang diproses oleh sistem ini merupakan sesuatu yang larut dalam air, atau dalam erti kata lain ianya keluar dalam bentuk cecair. Sistem ini terdiri daripada sepasang buah pinggang dengan saluran keluar urin, ureter dari setiap ginjal. Saluran ureter itu berakhir pada pundi kencing di bahagian bawah di belakang tulang kemaluan. Urin kemudiannya akan dikeluarkan melalui uretra.

Sistem Urinari

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jhgjh

Citation preview

SISTEM URINARI

Sistem urin (urinary tract) adalah suatu sistem saluran dalam tubuh manusia, meliputi buah pinggang dan saluran keluarnya yang berfungsi untuk membersihkan tubuh badan dari bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh badan. Bahan yang diproses oleh sistem ini merupakan sesuatu yang larut dalam air, atau dalam erti kata lain ianya keluar dalam bentuk cecair.Sistem ini terdiri daripada sepasang buah pinggang dengan saluran keluar urin, ureter dari setiap ginjal. Saluran ureter itu berakhir pada pundi kencing di bahagian bawah di belakang tulang kemaluan. Urin kemudiannya akan dikeluarkan melalui uretra.

ANATOMI SISTEM URIN : FUNGSI-FUNGSI ORGAN SISTEM URINUreter

Fungsi:Saluran yang membawa air kencing dari kedua-dua buah pinggang ke pundi kencing Rajah 1 : UreterUreter merupakan dua tiub atau duktus yang bersambung dari ginjal ke pundi kencing. Ketebalannya seperti sehelai bulu angsa atau kira-kira 35 hingga 45sm panjang. Panjang ureter antara 25 hingga 30sm (10-12 inci).Dinding luarnya terdiri daripada fiber, lapisan tengah berotot dan di dalamnya tersapat mukosa. Ureter bermula dari hilum ginjal dan terus ke bawah melalui ringga abdomen dan masuk ke dalam pelvis dan membelah sedikit serong kepada dua bahagian di bahagian posterior pundi kencing.Ada tiga lapisan membentuk dinding ureter iaitu mukosa (membran mukosa) dengan epithelium transtition dan propia lamina. Lapisan kedua, yang berasal dari jaringan kollagen, serabut elastic, dan jaringan limfa. Ketiga (lapisan tengah) disebut muskularis dan lapisan teratas pada ureter disebut adventitia.Berfungsi sebagai penyalur air kencing dari ginjal ke pundi kencing.

Pundi Kencing

Rajah 2 : Struktur Pundi KencingPundi kencing merupakan organ penakung air kencing dan ia berbentuk seakan buah pear. Air kencing yang dirembeskan oleh ginjal akan bertakung di bahagian ini terlebih dahulu sebelum dibuang. Biasanya pundi kencing boleh mengandungi air sebanyak satu paun air kencing, tetapi dalam keadaan luar biasa, isi padu bertambah tiga paun.Ianya terletak di dalam pelvis dan di belakang simfisis pubis. Bahagian atas atau fundus akan sedikit naik dan mengembang jika penuh dengan air kencing.Bentuk 3 saluran iaitu antara 2 bukaan ureter dan uretra disebut segitiga pundi kencing. Terdapat 4 lapisan pada pundi kencing iaitu: Lapisan serus sebelah luar ini meliputi separuh bahagian atas sahaja. Lapisanberototpulaterletakdibawahlapisanselaputserus. Lapisansubmukosadidapatidibawahlapisanberotot. Lapisanpalingdalam(lapisanmukosa)adalahterbinadaripadatisuepiteliumperalihan.Iamemeliharapundikencingdaripadaaciddidalamairkencing.

Rajah 3 : Keadaan Pundi Kencing

Uretra

Uretra juga dikenali sebagai salur kencing. Saluran ini akan membawa air kencing dari pundi kencing ke luar tubuh badan. Salur kencing wanita yang juga dikenali sebagai vagina lebih pendek daripada lelaki iaitu 1.5 inci manakala salur kencing lelaki, penis adalah 6-8 inci. Salur kencing lelaki menjalankan 2 tugas iaitu menyalurkan air kencing dan air mani.

Terdapat tiga bahagian pada uretra lelaki:i. Bahagian prostat mengeliling uretra, otot pencerut uretra juga terletak di sini;ii. Bahagian membranus uretra yang berlanjutan daripada prostat; daniii. Bahagian spongiosa bahagian yang terdapat di dalam zakar

Perempuan Lelaki Rajah 4 : Uretra lelaki dan perempuan

Buah Pinggang

Berikut adalah ukuran ginjal : panjang: 6 hingga 7 cm tebal: 1 hingga 2 cm berat: 140 gram untuk dewasaDalam proses urinari ini, boleh dikatakan buah pinggang merupakan organ utama. Hal ini demikian kerana organ ini memainkan banyak peranan utama sepanjang proses ini berlaku. Yang pertama, organ ini berperanan untuk menapis sejumlah besar bendalir daripada saluran darah. Ia menyingkirkan sisa bernitrogen, dadah dan toksin daripada badan. Ia juga boleh menyerap semula bahan yang diperlukan dan mengembalikannya ke dalam darah. Seterusnya, buah pinggang akan menghasilkan sejenis enzim iaitu enzim renin yang akan membantu menyelaraskan tekanan turasan (filtration). Di samping itu, ianya juga berfungsi untuk mengawal kandungan baki air dan garam yang terlarut dengan mengekalkan kepekatan ion dalam bendalir badan dan darah serta mengawal kandungan ion hydrogen dalam darah dan sekaligus membantu mengawal kadar pH dalam badan.Warna ginjal adalah seperti unggu tua dan terdiri daripada membrane bahagian luar dan medula di bahagian dalam. Medula membentuk lima belas hingga enam belas jisim yang berbentuk peramid dan disebut piramid ginjal.Kedudukan ginjal dapat ditentukan dari belakang yang bermula dari paras ketinggian vertebra toraks terakhir hingga vertebra lumbar ketiga. Ginjal kanan lebih rendah berbanding ginjal kiri kerana bahagian kanan dipenuhi dengan organ hati.

Ginjal diselaputi oleh tiga lapisan tisu:1. Lapisan dalam adalah kapsul renal atau kapsul sebenar yang terdiri daripada membran berserat nipis;2. Kedua, lapisan yang dikenali sebagai fasia renal atau kapsul palsu terdiri daripada tisu perantara padat; dan3. Ketiga, lapisan berlemak yang terletak di antara lapisan dalam dan lapisan luar yang dikenali sebagai lemak perirenal.NefronNefronmerupakanpenapisyangpentingdalamfungsiunitginjal. Ianya merupakan struktur yang halus dan banyak. Dianggarkan terdapat 1000000 nefron dalam setiap ginjal. Ia terjadi daripada rumpun malpighi atau glomerulus yang tersusun rapat pada hujung atas uriniferus tubula atau nefron.

STRUKTUR NEFRON PADA GINJAL

Saluran Darah

Uriniferus ialah renal yang melibatkan ginjal merupakan salah satu dua arteri besar yang berhubung dengan aorta abdominal dan menyalur terus ke ginjal. Cabang-cabang beranting banyak terdapat di dalam ginjal dan menjadikan arteriol aferen. Ianya membentuk simpulan kapilari-kapilari dalam satu badan malpighi.Kemudian pembuluh aferen menjadi arteriol eferen kecil lalu bercabang menjadi rangkaian kapilari dan dikelilingai oleh tubula uriniferus. Kapilari yang telah bergabung akan membentuk vena renal dan berfungsi membawa darah dari ginjal ke kelompok kapilari bertujuan agar darah dapat lebih lama berada tubula uriniferus.

FISIOLOGI SISTEM URINARI : PENGURUSAN SISTEM URINARI

Otot di dinding ureter mengecut dan mengetat untuk menghantar air kencing ke bawah jauh daripada buah pinggang.

Jika air naik semula ke buah pinggang, maka jangkitan akan berlaku dan merosakkan buah pinggang.

Setiap 10-15 saat, ureter akan menghantar air kencing ke pundi kencing dalam jumlah yang sedikit.

Dinding pundi kencing mengembang untuk menyimpan air kencing dan mengecut untuk membuang air kencing.

Pundi kencing akan dikosongkan apabila isipadunya mencecah kira-kira 200cm.

Otot sphincter ialah otot yang membantu menahan air kencing daripada bocor. Otot memberi isyarat untuk otot pundi kencing mengecut supaya air kencing keluar daripada pundi kencing.

\

Dalam masa yang sama, otak memberi isyarat kepada otot sphincter untuk berehat bagi membenarkan air kencing keluar daripada pundi kencing dan ke uretra.PROSES PEMBENTUKAN AIR KENCINGDalam proses ini, buah pinggang memainkan peranan penting melalui satu rangkaian proses iaitu, penyaringan, penyerapan kembali dan augmentasi.Penapisan (filtrasi)Darah yang mempunyai bahan-bahan kumuh seperti urea disalurkan ke dalam buah pinggang melalui arteri renal. Darah dari arteri renal akan memasuki glomerulus melalui arteriol aferan dan keluar melalui arteri eferen.

Rajah 5 : Kedudukan glomerulusOleh sebab diameter arteriol aferen lebih besar daripada arteriol eferen, ini akan menghasilkan tekanan hidrostatik di dalam glomerulus. Tekanan yang tinggi ini akan memaksa cecair dan bahan-bahan terlarut dalam glomerulus terturas keluar melalui dinding kapilarinya yang nipis ke dalam lumen kapsul Bowman. Bendalir yang terkandung dalam kapsul Bowman dipanggil hasil turasan glomerulus. Proses turasan terhasil akibat tekanan ini disebut ultraturasan. Kandungan hasil turasan glomerulus mempunyai semua komponen darah yang bermolekul kecil seperti air, glukosa, garam, asid amino dan urea kecuali komponen-komponen yang bermolekul besar seperti sel-sel darah dan protein plasma.Sebenarnya daya yang menggerakkan cecair merentas dinding kapilari ialah tekanan hidrostatik iaitu tekanan darah dan tekanan osmosis do dalam kapilari berbanding dengan kapsul Bowman. Tekanan hidrostatik merupakan daya yang menolak manakala tekanan osmosis merupakan daya yang menarik.Proses Penyerapan SemulaProses ini berlaku di sepanjang tubul uriniferus. Hasil turasan glomerulus dari kapsul Bowman akan mengalir ke dalam tubul berlingkar proksimal. Air pula akan diserap melalui proses osmosis. Di sini, glukosa, asid amino dan garam mineral diserap semula ke dalam kapilari darah melalui proses pengangkutan aktif. Di Liku Henle, 15% air daripada turasan diserap semula melalui proses osmosis. Sedikit garam mineral pula akan diserap melalui Pengangkutan Aktif. Di tubul liku distal, peratus air dan garam mineral yang diserap ini dikawal oleh sistem endokrin. Di tubul berlingkar distal, urea dirembeskan secara aktif ke dalamnya. Air kencing dialirkan ke tubul pengumpul. Air diserap lagi 9%. Kemudian air kencing dialirkan ke pundi kencing.

Rajah 6 : Penyerapan semula air

Rajah 7 : Penyerapan semula bahan lainRembesan Rembesan merupakan satu proses pengeluaran air kencing. Bahan yang tidak diperlukan seperti urea, racun, pigmen dan dadah dibiar keluar melalui air kencing. Bahan yang dirembes termasuklah ion kalium, ion hydrogen dan bahan lain yang tidak diperlukan. Strategi rembesan dimanfaatkan untuk mengawal atur ph badan dan menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan. Kedua, urea tidak dirembeskan secara aktif ke dalam buah pinggang dan yang ketiga, kira-kira separuh daripada urea yang dituras tidak diserap semula tetapi dikumuhkan.

Rajah 8 : Rumusan proses urinari