16

Click here to load reader

SkemaBM2STPMPahang2010

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Skema BM2 Percubaaan STPM Pahang 2010

Citation preview

Page 1: SkemaBM2STPMPahang2010

Skema Jawapan Bahasa Melayu Kertas 2 (910/2)

Soalan 1

Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Bencana Alam Negeri anda diminta menyediakan satu laporan tentang punca-punca berlakunya bencana alam dan mengemukakan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Sediakan laporan itu.

Tajuk

1.0 Pendahuluan - definisi bencana alam - pada hari ini dunia dikejutkan dengan beberapa siri bencana alam - terdapat banyak punca berlakunya bencana alam dan terdapat beberapa Cadangan untuk mengatasinya

2.0 Senarai Ahli JawatankuasaPengerusi

Setiausaha Bendahari AJK kecil3.0 Punca berlakunya bencana alam

3.1 Penebangan hutan secara berleluasa - Contohnya kes Lojing di Gua Musang di mana banyak hutan diteroka tanpa mendapat kebenaran / lessen- Penebangan hutan di kawasan Pos Dipang pada tahun 1990 sehingga

menyebabkan ramai orang asli yang terkorban kerana banjir Lumpur3.2 Kecuaian manusia

- Pembuangan sampah sarap dan sisa toksik ke dalam sungai - Apabila keadaan ini berlaku sungai menjadi cetek sehingga menyebabkan banjir- Saliran air tersumbat /tersekat- Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran daripada

189 batang sungai di negara kita hampir 28 batang sungai yang tercemar teruk.- Akibatnya bencana alam seperti banjir berlaku sehingga memberikan kesan kepada

penduduk sekitar . contohnya banjir besar yang berlaku di Johor , dan Pahang.- Pembakaran hutan di Indonesia secara meluas menyebabkan terjadinya taufan dan

siklon / kemarau panjang3.3 Faktor semula jadi

- Faktor geografi seperti tsunami, gempa bumi, ribut taufan,- Peningkatan suhu dunia berpunca daripada perkembangan perindustrian dan

pembangunan- Gas-gas pencemar akan memerangkap haba inframerah- Berlakunya kesan rumah hijau dan seterusnya meningkatkan suhu dunia

akibatnya cuaca berubah bumi dilanda oleh fenomena Al-Nino dan La-Nina- Penipisan lapisan ozon menyebabkan suhu bumi meningkat

Page 2: SkemaBM2STPMPahang2010

- Glasier di kutub utara menjadi cair menyebabkan paras air laut meningkatContohnya banjir di China dan Bangladesh

4.0 Langkah mengatasi4.1 Jabatan Hutan dan Jabatan Alam Sekitar perlu menggubal satu akta bagi Melindungi kawasan hutan terutama kawasan hutan simpan4.2 Mengawal aktiviti pembalakan dan mengenakan hukuman yang berat terhadap

setiap pembalak yang tidak mengikut arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.Contoh mereka yang tidak mematuhi arahan menanam semula pokok di kawasanyang telah diterangkan.Contoh seterusnya mengawal pembalakan haram yang banyak berlaku di negeriKelantan, Pahang dan Sabah.

4.3 Membuat persediaan awal dengan mencipta alat-alat yang dapat mengesankejadian bencana alam lebih awal. Contoh Jepun telah mencipta alat mengesantsunami.

4.4 Mengurangkan penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) seperti alat penyamanUdara, peti sejuk dan alat penyembur aerosol.

4.5 Mewujudkan kerjasama antarabangsa untuk memadamkan kebakaran hutan dannegara maju perlu membantu dengan menghulurkan bantuan kepakaran dan teknologi memadam api.

5.0 Kesimpulan - Kesimpulannya semua pihak harus menggembleng tenaga untuk mengurangkan risiko berlakunya bencana alam - Walaupun bencana alam ini berlaku secara semula jadi namun sebagai manusia

kita berperanan untuk memastikan faktor-faktor penyumbang kepada bencana alam ini dikurangkan. - “Kualiti alam sekitar menjamin kesejahteraan negara”

Laporan Disediakan oleh Tarikh

______________ (NAMA ) Jawatan

Catatan; Markah akan dipotong daripada markah keseluruhan sekiranya calon tidak akur kepada format Laporan:

- Tiada tajuk tolak 1 markah- Tiada penomboran tolak 1 markah- Tiada AJK tolak 1 markah- Tiada tandatangan tolak 1 markah- Tiada tarikh tolak 1 markah

Maksimum tolak 5 markah

Page 3: SkemaBM2STPMPahang2010

Soalan 2

Ramai kanak-kanak yang hilang dianggap angkara orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan semakin terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan. Bincangkan punca-punca berlakunya kejadian tersebut dan cadangkan langkah- langkah untuk menanganinya.

Pendahuluan- Anak ialah anugerah Tuhan yang perlu dijaga.- Peningkatan kes kanak-kanak hilang semakin membimbangkan. Contoh ; adik Nurin

Jazlin, Sharlinie, Asmawi dan lain-lain.- Angkara orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan nilai kemanusiaannya semakin

terhakis.- Langkah yang berkesan perlu untuk menangani masalah ini.

Isi Punca-punca

1. Tekanan hidup atau stres- hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perbuatan di luar perikemanusiaan/sadis- latar belakang kehidupan yang pernah menjadi mangsa dera.

2. Sikap tamak dan inginkan kemewahan hidup- bebanan hutang yang terlalu banyak- sindiket menjual kanak-kanak. Contoh; organ, video lucah dll

3. Masalah mental atau psiko- memuaskan nafsu dengan seks di luar tabie- terdedah kepada ICT yang berunsur ganas, pornografi dll- pengaruh najis dadah, alkohol dan pil-pil khayal- dendam kerana pernah menjadi mangsa dera

4. Kegagalan institusi kekeluargaan- ibu bapa mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak terabai- kecuaian ibu bapa dan tidak memantau gerak geri anak-anak- kurang mahir tentang ilmu keibubapaan- tidak prihatin dengan anak-anak yang belum matang

Page 4: SkemaBM2STPMPahang2010

Langkah-langkah menangani masalah kehilangan kanak-kanak1. Meningkatkan kawalan keselamatan- memasang CCTV pada setiap premis atau lokasi yang agak berbahaya. Contoh; lorong-

lorong belakang bangunan, taman permainan kanak-kanak dll- menambah anggota pasukan keselamatan seperti polis, RELA dan ahli-ahli masyarakat

setempat- kerajaan perlu menambahkan peruntukan bagi pembangunan/program peningkatan

kawalan keselamatan. 2. Kempen kesedaran kepada masyarakat- prihatin kepada individu yang telah dikenal pasti mempunyai masalah psiko atau mental- mengambil berat tentang aktiviti anak-anak dan dengan siapa mereka terlibat- mengamalkan budaya ‘anak orang, anak kita’

3. Kursus dan pendidikan ilmu keibubapaan - memperkukuh kerohanian dan moral ibu bapa - khusus untuk ibu bapa dan bakal ibu bapa - motivasi kepada ibu bapa dalam membentuk institusi kekeluargaan yang mantap - memperuntukkan masa yang berkualiti bersama-sama anak-anak - mengenakan hukuman kepada ibu bapa yang cuai

4 Pendidikan Penjagaan Keselamatan Kanak-kanak- khusus untuk kanak-kanak agar dapat melengkapkan diri mereka dengan ilmu pertahanan

diri dan cara menyelamatkan diri apabila berdepan dengan situasi yang berbahaya- mengadakan kursus atau ceramah di sekolah-sekolah oleh badan-badan NGO- media massa menyebarkan maklumat tentang tindakan yang perlu diambil apabila

mereka berdepan dengan seseorang yang mencurigakan

5. Memperbanyak pakar-pakar kesihatan- menambah bilangan ahli psikiatri, kaunselor dan ahli psikologi di hospital/klinik- sebagai tanggungjawab sosial terhadap rakyat Malaysia

6. Program Keselamatan Serantau Negara-negara ASEAN- berkerjasama dengan pakar-pakar forensik luar negara yang lebih berpengalaman- bantuan polis Interpol untuk mengesan penjenayah atau sindiket antarabangsa

Kesimpulan- kerjasama perlu digembleng oleh semua pihak- Slogan ‘Rakyat Selamat Negara Makmur’- Pembangunan negara terus maju tanpa masalah sosial

Page 5: SkemaBM2STPMPahang2010

Soalan 3

Kerajaan bercita-cita untukmenjadikan negara Malaysia sebagai ‘Negara Industri’menjelang tahun 2020. Pada pendapat anda, mampukah Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian baru yang maju menjelang tahun 2020?

1. Pendahuluan

Kepesatan pembangunan ekonomi dalam bidang perindustrian di Malaysia sejak akhir-ahkir ini begitu memberansangkan. Gambaran ini menunjukkan Malaysia mampu menjadi sebuah Negara Industri Baru (NIC) menjelang tahun 2020 apabila kajian mendapati pendapatan per kapita rakyat negara ini meningkat. Keadaan ini meletakkan Malaysia sejajar dengan negara NIC yang lain seperti Hong Kong, Taiwan, dan Singapura.

2. A. Isi (Jika Malaysia mampu menjadi negara NIC)

Is1: Terdapat bekalan komoditi utama yang banyak dan murah- contohnya, kelapa sawit, getah, petroleum

Is2: Adanya jumlah pasaran luar negara yang luas- contohnya, minyak kelapa sawit ke China, Jepun, dan Amerika Syarikat

Is3: Adanya tenaga buruh yang banyak dan murah- contohnya, tenaga buruh tempatan dalam bidang teknik dan vokasional dan tenaga buruh

asing yang datang bekerja di negara ini Is4: Kestabilan politik mempengaruhi pelabur-pelabur asing melabur - contohnya, adanya perpaduan antara rakyat dan negara aman Is5: Terdapat kemudahan infrastruktur yang baik

- contoh ada sistem perhubungan udara, air, dan darat yang baik- kemudahan awam yang lengkap seperti telefon, elektrik

Is6: Peranan yang dimainkan oleh syarikat-syarikat swasta seperti TNB, TELEKOM, PETRONAS Is7: Perhatian yang serius oleh pihak kerajaan

- contohnya, kerajaan memberi insentif dan galakan pelaburan, mengurangkan kadar cukai, dan taraf perintis

3. Penutup

Berdasarkan fakor-faktor yang telah dijelaskan tadi, Malaysia mampu menjadi sebuah negara industri baru menjelang tahun 2020. Namun demikian, untuk mencapai cita-cita tersebut rakyat negara ini perlu memberikan komitmen yang jitu serta menyambut baik setiap rancangan yang disarankan oleh pihak kerajaan.

4. B. Isi (Jika Malaysia tidak mampu menjadi negara NIC)

Is8: Malaysia masih kekurangan tenaga pakar dan mahir

Page 6: SkemaBM2STPMPahang2010

dalam pelbagai bidang - contohnya, banyak mengimport tenaga pakar luar negara dengan kos yang tinggi Is9: Terlalu bergantung kepada teknologi asing - contoh, dalam pembuatan kereta kita masih memerlukan teknologi pemasangan kereta dan komputer Is10: Pasaran tempatan yang kecil

- contohnya, jika negara luar menolak barangan Malaysia pasaran akan menurun

Is11: Kemampuan kuasa beli penduduk tempatan rendah - bukan semua penduduk berpendapatan tinggi Is12: Persaingan dari negara lain

- contoh, negara-negara yang sudah kukuh ekonominya akan mengeluarkan barangan yang sama bersaing di pasaran

Is13: Pergantungan kepada pelabur-pelabur asing - contoh, akan menghadapi risiko jika berlaku kemelesetan ekonomi

5. Penutup Dalam menyampai hasrat tersebut, rakyat perlu bekerja keras kerana masih belum mampu menjadi sebuah negara industri baru menjelang tahun 2020. Namun demikian, usaha-usaha yang sedang dijalankan oleh kerajaan itu merupakan suatu wawasan yang perlu diteruskan untuk menjamin kejayaan negara yang lebih cemerlang.

Page 7: SkemaBM2STPMPahang2010

Soalan 4

Filem merupakan salah satu elemen seni budaya yang diminati ramai. Huraikan peranan filem dalam masyarakat.

Pendahuluan

- definisi filem

- Kategori filem

i. Filem Baladaii. Filem Komediiii. Filem Aksiiv. Filem Seram

- Filem mempunyai peranan tertentu dalam masyarakat

Isi

Peranan filem dalam masyarakat

IS1: Filem sebagai alat hiburan

IS2: Semangat patriotik dapat disemai dalam kalangan masyarakat secara tidak langsung melalui filem

IS3: Filem sebagai media pengajaran dan nasihat untuk membentuk akhlak dan moral mulia dalam kalangan remaja, contohnya filem berunsurkan keagamaan

IS4: Filem boleh dijadikan sumber pendapatan

IS5: Sebagai alat perpaduan

IS6: Menjadi medium untuk melahirkan perasaan seperti sedih, kecewa, gembira

IS7:Filem sebagai identiti bangsa dan negara

Kesimpulan

-Filem merupakan cabang seni yang mendapat tempat dalam kehidupan sejagat-Perkembangan filem yang sihat dan positif perlu terus dihidupkan untuk manfaat masyarakat dan negara

Page 8: SkemaBM2STPMPahang2010

Skema Jawapan soalan 5

IU: Krisis tenaga mengancam manusia pada masa akan datang sekiranya pergantungan ke atas tenaga berasaskan fosil berpanjangan. Sumber fosil memerlukan masa bertahun- tahun untuk wujud , sedangkan manusia tidak pernah berhenti daripada menggunakan bahan fosil tersebut. Sejak sekian lama, bahan fosil merupakan penyumbang terbesar dalam industri tenaga di dunia. 4-6 intipati IUT

IS1:Penggunaan bahan fosil lebih tertumpu kepada kenderaan berbanding penggunaan industri. 2 intipati IST

IS2:Penggunaan bahan api berasaskan hidrokarbon boleh mengancam krisis sumber tersebut pada masa akan datang dan menyebabkan manusia terpaksa menanggung risiko daripada pencemaran bahan buangan yang dihasilkan. 2-3 intipati IST

IS3:Manusia telah lama memikirkan untuk beralih kepada sumber tenaga lain yang boleh diperoleh secara mudah, murah, dan tidak mendatangkan masalah pencemaran. 2-3 intipati IST

IS4:Ada banyak sumber tenaga yang dikenali sebagai tenaga yang diperbaharui antaranya tenaga solar, tenaga angin, ombak, dan biojisim (biomas). 2 intipati IST

IS5:TD dan kecekapan tenaga merujuk kepada tenaga yang boleh diganti pada sepanjang masa dan teknologi penghasilan tenaga berkenaan sudah lama dinikmati oleh kebanyakan negara berdasarkan kemampuan kepakaran dan kewangan. 2-3 intipati IST

IS6:Malaysia telah memiliki sumber tenaga diperbaharui yang menentukan hala tuju penggunaan tenaga TD dan memberi tumpuan kepada penyelidikan tiga sumber penting. 2-3 intipati IST

IS7:Ada dua faktor penting yang membolehkan sumber-sumber tertentu diperbaharui, iaitu boleh dihasilkan sepanjang hayat manusia dan tidak mencemarkan alam sekitar. 2-3 intipati IST

IS8: Pada masa ini, sumber tenaga solar paling berpotensi untuk dimajukan di negara ini, dan penyelidikan mengenainya telah lama dijalankan. 2-3 intipati IST

K: Malaysia mampu menghasilkan tenaga alternatif bagi menggantikan tenaga fosil.Selain itu, sisa bahan pepejal boleh ditukar kepada bahan bakar alternatif. Walau bagaimanapun, masih banyak perkara perlu diambil kira untuk menjadikan tenaga alternatif sebagai tenaga utama negara. Para saintis perlu mencari dan membangunkan sumber tenaga alternatif memandangkan sumber tenaga fosil akan kehabisan pada suatu hari nanti. 4-6 intipati KT

Page 9: SkemaBM2STPMPahang2010

Skema Jawapan Soalan 6

1. Semaun memanggil Semek. Semek muncul di muka pintu .Ibunya berdiri di belakangnya.

2. Ibunya bertanya sebab Semaun memanggil Semek.3. Semaun memberitahu bahawa dia terlupa membawa lading.4. Tanpa menanti suruhan abangnya Semaun, Semek masuk ke dalam bilik dan

mengeluarkan sebilah lading yang panjang. Semaun menyambut lading itu. Mata lading berkedip-kedip disebabkan sinaran api jamung yang bernyala.

5. Ibu menanyakan Semaun tempat dia hendak pergi walaupun ibu mengetahui bahawa Pak Senik telah menjemput anaknya itu.

6. Semaun menyatakan bahawa dia hendak ke rumah Pak Senik.7. Ibunya membuat andaian Semaun akan terpelesong ke tempat lain.8. Semaun faham akan pesanan ibunya itu yang bimbang dia akan pergi ke tempat lain,

iaitu ke rumah Dogol.9. Semaun menganggukkan kepala dan terus berjalan menuju ke bendang. Pemergian

Semaun diperhatikan oleh dua pasang mata yang mengandung harapan, iaitu mata Semek dan ibunya.

10. Ketibaan Semaun disambut dengan ucapan salam oleh Pak Senik.11. Pak Senik lantas memulakan perbualan dan menyatakan bahawa harimau itu wajib

dibunuh. Menurut Pak Senik lagi, harimau itu akan mengganas dan kampung tersebut menjadi porak-peranda sekiranya Pak Belang mengamuk.

Page 10: SkemaBM2STPMPahang2010

Skema Jawapan Soalan 7

1. Setelah baginda Raja Muda mendengar kata-kata Tuan Puteri, baginda dan Tuan Puteri Bidadari Segerba pergi menyembah Tuan Puteri Rakna Dewi.

2. Tuan Puteri Rakna Dewi menyambut adinda baginda Tuan Puteri Bidadari Segerba dan menyatakan bahawa adinda tidak perlu bersusah hati.

3. Pada pendapat Tuan Puteri Rakna Dewi, baiklah Tuan Puteri Bidadari Segerba mengikut adat kebesaran raja-raja.

4. Baginda Raja Muda memberitahu niat baginda adalah sama seperti yang diperkatakan oleh Tuan Puteri Rakna Dewi.

5. Segala titah Tuan Puteri Rakna Dewi akan dipenuhi oleh baginda kerana baginda telah melakukan kesalahan .walaupun dibunuh oleh ayahanda dan bonda.

6. Menurut baginda lagi, baginda berasa bersyukur walaupun hendak dibunuh oleh ayahanda dan bonda.

7. Bagi baginda, perkara itu telah menjadi untung nasibnya dan tidak boleh dipersoalkan lagi.

8. Tuan Puteri Bidadari Segerba bertitah bahawa baginda mempunyai pendapat yang sama.

9. Menurut baginda lagi, Raja Muda tidak sepatutnya dijatuhi hukuman atas kesalahan itu kerana baginda telah khatam Quran, mengetahui nahu dan tafsir, sah dan batal, halal dan haram, serta dosa dan pahala.

10. Tuan Puteri Bidadari Segerba menitahkan kepada Raja Muda agar membakar kemenyan mandung jati kerana hendak mempersilakan ayahanda dan bonda, dayang-dayang, inang pengasuh, dan kadi untuk menikahkan baginda berdua.

Page 11: SkemaBM2STPMPahang2010

Bahagian D

8. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [ 15 ]

Bahasa Melayu menjadi bahasa ibunda kepada sebahagian besar penduduk di empat buah negara, yakni Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. Selain menjadi bahasa ibunda, bahasa Melayu juga merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa resmi di keempat-empat negara tersebut. Dalam konteks kepentingan di persada antarabangsa, bahasa Melayu kini dipelajari sebagai bahasa asing di 100 buah institusi pengajian tinggi di seluruh dunia. Justeru, didapati tidak kurang 30 buah negara yang menawarkan kursus Pengajian Melayu pada peringkat pasca siswazah. Antara negara-negara menawarkan kursus ini adalah Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Perancis, China, Korea Selatan, dan Jepun.

SKEMA JAWAPANSoalan 8

Bil Kesalahan Sebab kesalahan Pembetulan

1. ... resmi Kesalahan penggunaan kosa kata yang tepat. ’resmi’ membawa maksud sifat atau tabiat, manakala ’rasmi’ membawa maksud disahkan atau diisytiharkan

... rasmi ...

2. Justeru, ... Kesalahan struktur ayat yang dimulai dengan kata hubung ’Justeru’

Oleh itu...

3. ...adalah... Kata pemeri ”adalah” tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama. Kata pemeri ”adalah” hanya digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

... ialah...

4 Antara negara-negara ... Kesalahan unsur lewah dalam frasa sendi nama Kata nama negara tidak perlu digandakan selepas kata sendi ’antara’

... Antara negara atau negara negara...

5. Antara negara-negara menawarkan...

Kata hubung pancangan relatif ”yang” harus digunakan dalam ayat majmuk pancangan relatif.

Antara negara-negara yang menawarkan ...

6. ...pasca siswazah Kesalahan imbuhan pinjaman yang ditulis secara serangkai

pascasiswazah

Page 12: SkemaBM2STPMPahang2010