8
Sinopsis Cerpen ‘Alif Naik Pelamin’ karya Nor Mazzuin Manaf Hassan ini mengisahkan tentang pengalaman seorang kanak-kanak yang bernama Alif yang akan menjalani proses berkhatan. Alif gelisah menanti gilirannya untuk berkhatan. Usikan daripada kawan-kawannya menyebabkannya bertambah gementar dan tidak keruan. Alif dibawa berarak sebelum dikhatankan di rumahnya. Sepanjang perarakan itu, Alif duduk di atas bahu Pak Cik Azman sambil perjalanan mereka menuju ke rumahnya diiringi dengan paluan kompang. Alif membayangkan dirinya bersanding dengan gadis pujaannya, Latifah apabila melihat pelamin yang dihias dengan indah. Lamunan dirinya terhenti apabila disergah oleh Pak Cik Azman yang meminta dirinya turun dari bahunya. Sebelum proses berkhatan dijalankan, keluarga Alif menjalankan majlis menepung tawar. Selesai majlis menepung tawar, tiba-tiba Tok Mudim muncul. Alif bertambah kecut menghadapi proses berkhatan yang bakal dilaluinya. Usikan daripada rakan-rakannya menyebabkannya bertambah takut. Namun begitu, Alif menguatkan semangatnya dengan mengingati pesanan ayahnya mengenai kebaikan berkhatan. Kata-kata ayahnya berjaya menenangkan jiwanya dan mendorong dirinya untuk lebih berani. Tema dan Persoalan i. Tema Cerpen ini bertemakan keberanian menghadapi ketakutan dalam diri sendiri. Pengarang menggambarkan keberanian seorang kanak-kanak yang akan menjalani upacara berkhatan. Walaupun takut menjalani upacara berkhatan dan ditambah lagi dengan usikan nakal daripada rakan-

Soalan 1 Kritikan Cerpen

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kritikan cerpen

Citation preview

Page 1: Soalan 1 Kritikan Cerpen

Sinopsis

Cerpen ‘Alif Naik Pelamin’ karya Nor Mazzuin Manaf Hassan ini mengisahkan tentang

pengalaman seorang kanak-kanak yang bernama Alif yang akan menjalani proses berkhatan.

Alif gelisah menanti gilirannya untuk berkhatan. Usikan daripada kawan-kawannya

menyebabkannya bertambah gementar dan tidak keruan. Alif dibawa berarak sebelum

dikhatankan di rumahnya. Sepanjang perarakan itu, Alif duduk di atas bahu Pak Cik Azman

sambil perjalanan mereka menuju ke rumahnya diiringi dengan paluan kompang. Alif

membayangkan dirinya bersanding dengan gadis pujaannya, Latifah apabila melihat pelamin

yang dihias dengan indah. Lamunan dirinya terhenti apabila disergah oleh Pak Cik Azman yang

meminta dirinya turun dari bahunya. Sebelum proses berkhatan dijalankan, keluarga Alif

menjalankan majlis menepung tawar. Selesai majlis menepung tawar, tiba-tiba Tok Mudim

muncul. Alif bertambah kecut menghadapi proses berkhatan yang bakal dilaluinya. Usikan

daripada rakan-rakannya menyebabkannya bertambah takut. Namun begitu, Alif menguatkan

semangatnya dengan mengingati pesanan ayahnya mengenai kebaikan berkhatan. Kata-kata

ayahnya berjaya menenangkan jiwanya dan mendorong dirinya untuk lebih berani.

Tema dan Persoalan

i. Tema

Cerpen ini bertemakan keberanian menghadapi ketakutan dalam diri sendiri. Pengarang

menggambarkan keberanian seorang kanak-kanak yang akan menjalani upacara berkhatan.

Walaupun takut menjalani upacara berkhatan dan ditambah lagi dengan usikan nakal daripada

rakan-rakannya, Alif tetap menggagahi dirinya untuk menghadapi saat-saat yang menakutkan

tersebut. Alif berjaya menangkis persepsi negatif dan ketakutan dirinya dengan mengingati

kembali pesanan ayahnya.

ii. Persoalan

Terdapat beberapa persoalan yang ditonjolkan oleh pengarang dalam cerpen ini. Antara

persoalan-persoalan yang terdapat dalam cerpen ini ialah:

Page 2: Soalan 1 Kritikan Cerpen

a) Ketabahan diri menghadapi tentangan daripada orang lain.

Alif tetap berani menghadapi ketakutan dirinya walaupun diusik berulang-kali oleh rakan-

rakannya. Walaupun usikan mereka berjaya menambahkan gelora dijiwanya, namun ia tidak

berjaya meruntuhkan semangat dirinya untuk menunaikan salah satu tuntutan dalam

agamanya.

b) Pegangan teguh terhadap adat istiadat nenek moyang.

Adat menepung tawar yang dijalankan oleh keluarga Alif menunjukkan bahawa keluarganya

mengamalkan ajaran yang diwarisi sejak turun temurun. Upacara perarakan dengan orang yang

diraikan sambil diiringi oleh alat muzik tradisional iaitu kompang turut ditonjolkan dalam cerpen

ini. Keindahan adat istiadat yang diwarisi sejak turun temurun ini diceritakan oleh pengarang

dengan jelas dalam cerpen ini.

c) Ketaatan terhadap Allah S.W.T.

Berkhatan merupakan salah satu tuntutan wajib bagi seorang Muslim. Pengarang

menggambarkan watak utama dalam cerpen ini, Alif seorang yang penakut pada mulanya

namun bertukar menjadi berani setelah mengingati pesanan ayahnya mengenai tuntutan wajib

bagi seorang Muslim.

d) Sikap kasih sayang dalam keluarga.

Keluarga Alif merupakan keluarga yang mengamalkan rukun Islam. Ayahnya seorang ketua

keluarga yang bertanggungjawab dalam keluarganya. Beliau mendidik Alif agar menunaikan

kewajipan terhadap Allah S.W.T.

Page 3: Soalan 1 Kritikan Cerpen

Plot

Plot cerpen ini berbentuk kronologi. Cerita ini bermula dengan perarakan Alif menuju ke

rumahnya dengan menaiki bahu Pak Cik Azman sambil diiringi paluan kompang. Alif gementar

menghadapi proses berkhatan. Usikan daripada rakan-rakannya menambahkan lagi

kegelisahannya dirinya. Perkembangan cerita bermula apabila Alif membayangkan

persandingan dirinya dengan gadis idamannya, Latifah apabila terpandangkan pelamin yang

dihiasi dengan indah. Lamunannya terhenti apabila diminta untuk turun daripada bahu Pak Cik

Azman.

Tetamu-tetamu yang hadir dalam majlis berkhatannya sempat mengusik dirinya dengan

bertanyakan mengenai pengantin perempuannya. Jawapan daripada Alif yang lurus bendul

menyebabkan suasana majlis bertambah meriah. Keluarga Alif sempat menjalankan majlis

menepung tawar sebelum upacara berkhatan dijalankan. Cerita ini mencapai kemuncaknya

apabila Tok Mudim hadir ke majlis tersebut. Raut wajah Tok Mudim yang serius dan ditambah

lagi dengan misainya yang tebal melintang menyebabkan dirinya bertambah takut dan tidak

keruan. Usikan daripada rakan-rakannya menambahkan lagi gelora dalam jiwanya.

Cerita ini dileraikan dengan, pemulihan semangat Alif dengan mengingati pesanan

ayahnya mengenai kebaikan berkhatan. Keinginan dirinya untuk menjadi seorang Muslim yang

baik turut menambahkan semangatnya. Selain itu, senyuman daripada Latifah turut

menambahkan semangatnya yang hilang.

Watak dan Perwatakan

a) Alif

Watak utama dalam cerpen ini. Dia digambarkan sebagai seorang budak lelaki yang

berani kerana berjaya menghadapi ketakutan dalam dirinya. Seorang yang suka

berangan-angan, mempunyai perasaan hormat dan mengagumi ayahnya dan seorang

kanak-kanak yang taat kepada Allah S.W.T. Walaupun masih kecil, namun dia tetap

menjalankan tanggungjawab wajibnya terhadap agamanya.

Page 4: Soalan 1 Kritikan Cerpen

b) Ayah

Ayah kepada Alif. Seorang ketua keluarga yang baik dan bertanggungjawabnya. Beliau

digambarkan seorang yang penyayang kerana sering menasihati dan memberi

semangat kepada anak-anaknya. Watak ‘Ayah’ turut digambarkan sebagai seorang

Muslim yang baik kerana rajin mengerjakan solat.

c) Nenek

Nenek kepada Alif. Watak ‘Nenek’ digambarkan sebagai seorang nenek yang mesra

dan tidak lokek dengan senyuman. Nenek turut digambarkan sebagai seorang wanita

tua yang memiliki tubuh gempal. Nenek digambarkan sebagai seorang yang sangat

berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam adat istiadat yang diwarisi sejak turun-

temurun. Nenek diberi peranan untuk memulakan majlis menepung tawar sebelum

diikuti oleh orang lain.

d) Kak Anom

Kakak kepada Alif. Mempunyai beza umur beberapa tahun daripada Alif. Watak ‘Kakak’

digambarkan suka memakai wangi-wangian dan rajin membantu orang lain.

e) Pak Cik Azman

Bapa saudara Alif. Digambarkan sebagai seorang yang gagah kerana berjaya memikul

Alif sepanjang perarakan ke rumahnya.

f) Tok Mudim

Digambarkan sebagai seorang yang memiliki misai yang tebal melintang dan memiliki

raut wajah yang serius. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam

menguruskan upacara berkhatan.

g) Latifah

Gadis pujaan Alif. Tua beberapa tahun daripada Alif. Latifah digambarkan sebagai

seorang gadis yang ayu berbaju kurung merah muda dan bertudung sedondon. Seorang

Page 5: Soalan 1 Kritikan Cerpen

yang mudah tersenyum dan pemalu. Wajahnya akan bertukar kemerah-merahan

apabila diusik.

h) Anuar

Rakan kepada Alif. Seorang budak lelaki yang suka mengusik orang lain.

i) Kamal

Rakan kepada Alif. Seorang budak lelaki yang suka mengusik orang lain.

Sudut Pandangan

Cerpen ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga.

Latar

a) Tempat

Peristiwa-peristiwa dan aksi dalam cerpen ini berlatarkan kawasan kampung Alif

khususnya perkarangan rumah Alif dan rumah Latifah.

b) Masa

Peristiwa dalam cerita ini digambarkan berlatarkan pada masa kini.

c) Masyarakat

Cerpen ini berlatarkan masyarakat Melayu yang terdiri daripada ahli-ahli keluarga dan

jiran setempat yang kebanyakan beragama Islam.

Nilai dan Pengajaran

i. Keberanian

Alif tetap menjalani upacara berkhatan walaupun jauh di sudut hatinya dia berasa

sangat takut dan ditambah lagi dengan usikan nakal daripada kawan-kawannya.

Semangatnya kembali membara apabila mengingati pesanan ayahnya dan menghadapi

saat-saat tersebut dengan tenang.

Page 6: Soalan 1 Kritikan Cerpen

ii. Bantu-membantu

Masyarakat kampung saling bantu-membantu dalam menjayakan majlis berkhatan yang

diadakan di rumah Alif. Kerjasama antara mereka banyak membantu memeriahkan

majlis tersebut contohnya kerjasama dalam paluan kompang bagi mengiringi

kedatangan Alif ke rumahnya.

iii. Hormat-menghormati

Masyarakat dalam cerpen ini digambarkan sangat menghormati orang yang lebih tua

dan berpengalaman. Contohnya Alif sangat menghormati ayahnya dan mengaguminya

sehinggakan saat-saat ketakutannya melanda dia masih boleh mengingati pesanan

ayahnya. Nilai hormat-menghormati ini juga dapat dilihat dalam peranan nenek dalam

cerita ini. Nenek yang merupakan orang yang lebih tua dan berpengalaman telah diberi

keutamaan dalam memulakan majlis menepung tawar.

iv. Taat kepada Allah

Masyarakat dalam cerpen ini digambarkan sebagai masyarakat yang taat terhadap

agama Islam. Contohnya, Alif dinasihati untuk berselawat bagi menghilangkan perasaan

takut dan gementarnya. Selain itu, contoh yang jelas menunjukkan masyarakat dalam

cerita ini taat kepada Allah ialah, majlis berkhatan diadakan bagi kanak-kanak yang

telah akil baligh. Berkhatan wajib dilakukan oleh setiap lelaki Muslim.