15
STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 1 dari 15 STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA SP 1: Pengurusan Aktiviti Rutin PERMATA Standard Pematuhan 1 (SP1) menilai perkara-perkaran berkaitan pengurusan dan pelaksanaan Aktiviti Rutin PERMATA telah ditetapkan dalam Kurikulum PERMATA Negara. SP1 terdiri daripada perkara-perkara berikut: 1.1 Menyambut Ketibaan 1.2 Circle time 1.3 Makan minum dan snek 1.4 Basuh tangan 1.5 Gosok gigi 1.6 Mandi 1.7 Rehat dan Tidur 1.8 Log Harian Anak PERMATA 1.9 Pulang Berikut diberi penerangan terperinci mengenai pelaksanaan setiap Aktiviti Rutin PERMATA yang perlu dipatuhi oleh TASKA yang menggunakan Kurikulum PERMATA Negara. 1.1 Menyambut Ketibaan Pendidik mesti menyambut ketibaan kanak-kanak dengan gembira, mengucap salam dan bersalam dengan kanak-kanak, mengarah kanak-kanak menbawa beg ke kelas dan berbual dengan ibu/bapa mengenai kanak-kanak sambil ibu bapa menandatangani Buku Kehadiran dan memulangkan Buku Log Anak PERMATA. 1.2 Circle Time / Perjumpaan Pagi Aktiviti ‘Circle Time’ adalah sangat penting di mana kanak-kanak diasuh untuk berkumpul dan menyanyi Negaraku, lagu kebangsaan negeri, lagu-lagu patriotik dan membaca ikrar. Pada masa ini nama kanak-kanak dipanggil seumpama mengambil kedatangan untuk membolehkan kanak-kanak saling mengenali satu sama lain apabila nama mereka dipanggil. Pendidik digalakkan bertanya khabar dengan kanak-kanak. Pendidik perlulah menunjukkan kemesraan dan perasaan kasih sayang kepada kanak-kanak. Pujian dan dorongan akan membantu kanak-kanak berasa dihargai dan dikasihi. Kanak-kanak diajar berdisiplin dan berdiri

STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/Standard-Pematuhan...Semua proses ini merupakan langkah-langkah pembelajaran yang mesti dilaksanakan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/Standard-Pematuhan...Semua proses ini merupakan langkah-langkah pembelajaran yang mesti dilaksanakan

STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA

Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 1 dari 15

STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA

SP 1: Pengurusan Aktiviti Rutin PERMATA

Standard Pematuhan 1 (SP1) menilai perkara-perkaran berkaitan pengurusan dan pelaksanaan Aktiviti

Rutin PERMATA telah ditetapkan dalam Kurikulum PERMATA Negara.

SP1 terdiri daripada perkara-perkara berikut:

1.1 Menyambut Ketibaan

1.2 Circle time

1.3 Makan minum dan snek

1.4 Basuh tangan

1.5 Gosok gigi

1.6 Mandi

1.7 Rehat dan Tidur

1.8 Log Harian Anak PERMATA

1.9 Pulang

Berikut diberi penerangan terperinci mengenai pelaksanaan setiap Aktiviti Rutin PERMATA yang perlu

dipatuhi oleh TASKA yang menggunakan Kurikulum PERMATA Negara.

1.1 Menyambut Ketibaan

Pendidik mesti menyambut ketibaan kanak-kanak dengan gembira, mengucap salam dan

bersalam dengan kanak-kanak, mengarah kanak-kanak menbawa beg ke kelas dan berbual

dengan ibu/bapa mengenai kanak-kanak sambil ibu bapa menandatangani Buku Kehadiran dan

memulangkan Buku Log Anak PERMATA.

1.2 Circle Time / Perjumpaan Pagi

Aktiviti ‘Circle Time’ adalah sangat penting di mana kanak-kanak diasuh untuk berkumpul dan

menyanyi Negaraku, lagu kebangsaan negeri, lagu-lagu patriotik dan membaca ikrar.

Pada masa ini nama kanak-kanak dipanggil seumpama mengambil kedatangan untuk

membolehkan kanak-kanak saling mengenali satu sama lain apabila nama mereka dipanggil.

Pendidik digalakkan bertanya khabar dengan kanak-kanak. Pendidik perlulah menunjukkan

kemesraan dan perasaan kasih sayang kepada kanak-kanak. Pujian dan dorongan akan

membantu kanak-kanak berasa dihargai dan dikasihi. Kanak-kanak diajar berdisiplin dan berdiri

Page 2: STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/Standard-Pematuhan...Semua proses ini merupakan langkah-langkah pembelajaran yang mesti dilaksanakan

STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA

Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 2 dari 15

tegak untuk menghormati lagu kebangsaan dan jika ada bendera, dinaikkan bendera Jalur

Gemilang atau bendera Negeri.

Setiap pagi selepas bertanya khabar masa circle time ini, Pendidik mesti mengadakan senaman

atau pergerakan kreatif, sama ada di dalam atau di luar TASKA. Circle time dilaksanakan dalam

masa lebih kurang 40 minit sahaja.

1.3 Makan dan minum

Pendidik dikehendaki memastikan kanak-kanak mengikuti tata tertib semasa makan dan

menjadikan suasana makan sebagai waktu yang sangat ditunggu-tunggu, waktu yang sangat

gembira, wantu untuk bersyukur dan berterima kasih. Kanak-kanak mesti diajar berdikari dan

makan sendiri. Mereka diajar beratur, menunggu giliran untuk membasuh tangan sebelum

makan, mengambil makanan sendiri, duduk dengan tertib, menunggu rakan-rakan semua duduk,

membaca doa dan makan dengan cermat. Pada masa ini Pendidik boleh bercerita atau

menerangkan tentang zat makanan, atau sebagainya. Pendidik perlu prihatin bahawa kanak-

kanak telah makan dan minum secukupnya. Suasana makan mestilah ceria dan teratur, tidak

bising atau kelam kabut.

Selepas makan, kanak-kanak diajar mengangkat pinggan dan cawan sendiri untuk diletakkan

dalam bekas khas, beratur untuk basuh tangan dan kemudian duduk kembali di tempat masing-

masing sambil menunggu rakan-rakan lain selesai makan dan basuh tangan. Kanak-kanak diajar

bersabar. Selepas itu semua kanak-kanak diajar membaca doa lepas makan dan bersyukur.

Semua proses ini merupakan langkah-langkah pembelajaran yang mesti dilaksanakan bagi

memastikan kanak-kanak dididik menjadi individu berdisiplin, tertib dan mulia.

1.4 Basuh tangan

Semua kanak-kanak diwajibkan membasuh tangan sendiri sebelum makan. Semua kanak-kanak

hendaklah diajar makan sendiri dengan tertib. Kanak-kanak hendaklah dibimbing membaca doa

sebelum dan selepas makan. Setiap kanak-kanak perlu berdikari semasa makan. Pendidik wajib

tahu jika ada kanak-kanak mengalami alahan terhadap sesuatu jenis makanan. Selepas makan,

kanak-kanak dipastikan membasuh tangan menggunakan sabun dan mengelap tangan dengan

tuala.

Page 3: STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/Standard-Pematuhan...Semua proses ini merupakan langkah-langkah pembelajaran yang mesti dilaksanakan

STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA

Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 3 dari 15

1.5 Gosok gigi

Sebelum mandi, semua kanak-kanak diwajibkan menggosok gigi. Mereka mestilah mempunyai

berus gigi sendiri dan mengosok gigi sendiri dengan dipantau oleh Pendidik supaya memberus

gigi dengan betul. Kanak-kanak diajar menunggu giliran untuk menggunakan sinki.

1.6 Mandi

Kanak-kanak dikehendaki mandi dua kali sehari, iaitu di sebelah pagi dan selepas bangun tidur.

Kanak-kanak hendaklah diajar mandi sendiri, menggunakan bilik mandi berasingan di antara

lelaki dan perempuan, menyalin pakaian sendiri, mengemas pakaian kotor dan memasukkan ke

dalam beg untuk dibawa pulang, memakai pakaian baru yang bersih dan mengemas diri sendiri

seperti menyikat rambut dan sebagainya. Pendidik membimbing secara konstruktif – menyuruh

kanak-kanak melakukan mengikut cara-cara yang betul.

1.7 Rehat dan tidur

Kanak-kanak perlu dipastikan berpakaian bersih sebelum tidur. Mereka perlu digalakkan

menyediakan tempat tidur sendiri, membaca doa sebelum tidur, memalapkan lampu bilik tidur,

memperdengarkan muzik atau zikir yang menenangkan dalam volume yang rendah. Kanak-kanak

perlu diasingkan di antara lelaki dan perempuan. Bagi kanak-kanak yang tidak mahu tidur,

Pendidik hendaklah membacakan buku cerita atau bermain games dengannya sehingga kanak-

kanak tertidur atau dapat berehat.

1.8 Log Harian Anak PERMATA dan Rekod Perkembangan Kanak-kanak

Pendidik hendaklah menyediakan laporan aktiviti yang telah disertai oleh setiap kanak-kanak

dalam Log Harian Anak Permata dan mencatatkan perkembangan yang dicapai atau masalah yang

dihadapi oleh kanak-kanak pada hari itu. Log Harian hendaklah dibincang dan diserahkan kepada

ibu bapa semasa mereka mengambil anak-anak pulang dan dikembalikan kepada pendidik

semasa anak datang ke TASKA pada keesokan harinya.

Selain itu, pendidik juga perlu menyediakan rekod-rekod pemerhatian dan pentaksiran kanak-

kanak seperti berikut:

(i) Senarai Semak Perkembangan Anak PERMATA

(ii) Portfolio Anak PERMATA

(iii) Rekod Anekdot / Rekod Berterusan

(iv) Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak

Page 4: STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/Standard-Pematuhan...Semua proses ini merupakan langkah-langkah pembelajaran yang mesti dilaksanakan

STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA

Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 4 dari 15

Pelaporan hasil pentaksiran bagi empat rekod ini perlu dilengkapkan dan dibincangkan dengan

ibu bapa sekurang-kurangnya setiap tiga bulan sekali. Pihak TASKA juga dikehendaki membuat

pengesanan awal untuk mengesan tren perkembangan kanak-kanak dan berbincang dengan ibu

bapa hasil pengesanan yang dibuat.

1.9 Pulang

Semasa hendak pulang, kanak-kanak diwajibkan bersalam dengan Pendidik dan dengan ibu bapa,

mengambil semua barang dan pakaian kotor untuk dibawa pulang. Ibu/bapa mengambil balik

buku LOG HARIAN ANAK PERMATA yang telah dilengkapkan oleh Pendidik.

Dalam SP1 ini terdapat 95 perkara yang dinilai. Skor maksimum ialah 100%. Skor kurang daripada 85%

dianggap tidak mematuhi SP1, dan pihak TASKA perlu memastikan aspek-aspek yang belum dipatuhi itu

diperbaiki untuk penilaian semula.

Page 5: STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/Standard-Pematuhan...Semua proses ini merupakan langkah-langkah pembelajaran yang mesti dilaksanakan

STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA

Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 5 dari 15

SP 2: Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran PERMATA

Standard Pematuhan 2 (SP2) memberi fokus kepada aspek pelaksanaan Aktiviti-aktiviti Pembelajaran

PERMATA seperti digariskan dalam Kurikulum PERMATA Negara (ed. 2013).

Aktiviti Pembelajaran PERMATA telah dirancang untuk membantu perkembangan kanak-kanak dalam

enam bidang, iaitu:

1. Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian

2. Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal

3. Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik

4. Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran

5. Perkembangan Fizikal dan Psikomotor

6. Perkembangan Kreativiti dan Estetika

Pematuhan kepada SP2 amat penting bagi memastikan kanak-kanak PERMATA menerima pembelajaran

yang diperlukan untuk perkembangan holistik dalam semua aspek yang tersebut di atas.

Aktiviti pembelajaran PERMATA telah disusun dalam bentuk modul mengikut umur kanak-kanak:-

Modul 1: Peringkat umur 0-6 bulan

Modul 2: Peringkat umur 6-12 bulan

Modul 3: Peringkat umur 1-2 tahun

Modul 4: Peringkat umur 2-3 tahun

Modul 5: Peringkat umur 3-4 tahun

Modul 6: Pengayaan untuk 4+ tahun

Dalam setiap modul ini terdapat aktiviti-aktiviti khusus yang sesuai dengan milestones perkembangan

kanak-kanak. TASKA hendaklah memastikan pelaksanaan aktiviti pembelajaran PERMATA dijalankan

mengikut prosedur yang telah dinyatakan dalam Kurikulum PERMATA Negara dan dokumen SOP Pusat

Anak PERMATA Negara. Aspek pembelajaran inilah yang menjadikan Program PERMATA Negara sebagai

sebuah program yang unik dan berbeza daripada program-program lain. TASKA hendaklah memastikan

SP2 dipatuhi sepenuhnya setiap masa.

Semasa aktiviti pembelajaran dijalankan, Pendidik hendaklah sentiasa berinteraksi dengan bayi dan

kanak-kanak, bercakap dengan mesra, menyoal dan merangsang mereka berfikir, mencabar mereka

untuk menyelesaikan masalah, mengeksperimen dan menyedari kewujudan elemen-elemen dalam

persekitaran mereka.

Page 6: STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/Standard-Pematuhan...Semua proses ini merupakan langkah-langkah pembelajaran yang mesti dilaksanakan

STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA

Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 6 dari 15

Aktiviti-aktiviti pembelajaran PERMATA yang dinilai dalam SP2 ialah:

2.1 Main bebas (dalam atau luar)

2.2 Main pasir

2.3 Main air

2.4 Nature walk

2.5 Aktiviti manipulatif

2.6 Aktiviti seni dan kraf

2.7 Aktiviti fizikal (dalam dan luar)

2.8 Aktiviti bahasa dan literasi awal (membaca, menulis, bercerita, menyanyi, berlakon)

2.9 Aktiviti seni muzik dan nyanyian

2.10 Main peranan

Berikut ialah penerangan mengenai pelaksanaan setiap aktiviti pembelajaran PERMATA yang perlu

dipatuhi oleh TASKA yang menggunakan Kurikulum PERMATA Negara.

2.1 Main bebas (dalam atau luar)

Main bebas alah aktiviti wajib dalam Kurikulum PERMATA Negara. Semua kanak-kanak PERMATA

perlu diberi peluang untuk bermain bebas. Ia boleh dilakukan di waktu pagi semasa baru tiba ke

TASKA atau sebelah petang semasa menunggu untuk pulang. Kanak-kanak diberi peluang

memilih barang permainan dan sudut bermain yang mereka sukai. Mereka boleh bertukar alat

mainan apabila merasa jemu. Pendidik hendaklah menggalakkan kanak-kanak berfikir mengapa

mereka pilih permainan atau alat mainan tersebut dan membantunya membina pemahaman dan

perbendaharaan kata yang berkaitan. Pendidik hendaklah sentiasa peka apa yang dilakukan oleh

kanak-kanak kerana ini mungkin mencerminkan minat dan bakat yang ada padanya.

2.2 Main pasir

Main pasir juga adalah aktiviti wajib dalam Kurikulum PERMATA Negara. Aktiviti ini boleh

dijalankan dalam dua keadaan sama ada menggunakan pasir basah atau pasir kering. Pasir basah

boleh dipadatkan dan dibentukkan mengikut acuan, manakala pasir kering membolehkan kanak-

kanak merasai tekstur pasir tersebut.

Aktiviti penerokaan dan eksperimen semasa main pasir ialah:

menggali, mencurah, menapis dan menceduk pasir;

membina istana pasir, menggali terowong, atau membina zoo, dan sebagainya;

Page 7: STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/Standard-Pematuhan...Semua proses ini merupakan langkah-langkah pembelajaran yang mesti dilaksanakan

STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA

Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 7 dari 15

mengisi pasir ke dalam bekas, corong atau botol;

menulis dan melukis atas permukaan pasir;

membuat pelbagai bentuk, dengan tangan atau acuan seperti cawan, mangkuk, sudu dan

penutup botol; dan lain-lain aktiviti yang difikirkan sesuai mengikut kreativiti Pendidik.

2.3 Main air

Main air juga adalah aktiviti yang diwajibkan dalam Kurikulum PERMATA Negara. Ianya hendaklah

dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Permainan air yang dicadangkan dalam

Kurikulum PERMATA ialah main buih sabun, mencuci anak patung, menuang air dari bekas besar

ke bekas kecil, dll. Semua aktiviti ini adalah untuk membantu kanak-kanak mempelajari pelbagai

konsep sains seperti kosong, penuh, sebelum, selepas, cetek, dalam, berat dan ringan dan

kemahiran motor kasar dan halus dan koordinasi mata-tangan. Kanak-kanak juga mempelajari

perkataan-perkataan baru seperti corong, permukaan, apungan, tenggelam dan timbul semasa

akvtiviti main air.

Aktiviti penerokaan dan eksperimen semasa main air yang dicadangkan dalam Kurikulum

PERMATA ialah:

Menuang, menceduk, memerah air ke dalam pelbagai bekas

Menebuk beberapa lubang keliling botol dan masukkan air

Membasuh buah-buahan, pakaian, sayur-sayuran dan peralatan permainan yang telah

digunakan selepas aktiviti bermain

Eksperimen bahan tenggelam, timbul dan terapung

Eksperimen bahan larut dan tidak larut : gula, garam, tepung, pasir, dsb

Capan warna menggunakan bahan serap air dan yang tidak serap air

Menyediakan air minuman seperti sirap, susu, milo, teh dan kopi

Meneroka dan mengalami konsep mengenai air: berpusar, mengalir, berkocak, memercik,

melimpah, memenuhi bekas, bertukar warna, dan lain-lain aktiviti yang difikirkan sesuai

mengikut kreativiti Pendidik.

Nota:

1. Aktiviti main pasir adalah aktiviti yang berkecah dan kotor. Dalam hal ini, pendidik

hendaklah dapat bertolak ansur dan menerima keadaan tersebut. Kanak-kanak boleh

dilibatkan untuk mengemas dan membersihkan kawasan bermain pasir setelah selesai

bermain.

2. Pendidik hendaklah sentiasa mematuhi peraturan keselamatan semasa aktiviti main

pasir dijalankan.

Page 8: STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/Standard-Pematuhan...Semua proses ini merupakan langkah-langkah pembelajaran yang mesti dilaksanakan

STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA

Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 8 dari 15

Pendidik hendaklah sentiasa berbual, bersoal jawab dan mendengar secara aktif semasa aktiviti

dijalankan. Kanak-kanak digalakan untuk memerhati, meramal, membuat keputusan, merumus

hasil dan bercerita tentang aktiviti yang mereka lakukan.

2.4 Nature Walk

Nature walk adalah kaedah pembelajaran yang ditekankan dalam Kurikulum PERMATA Negara.

Ia memberikan kanak-kanak pengalaman langsung dalam penggunaan semua deria iaitu

penglihatan, sentuhan, rasa, bau dan pendengaran. Penglibatan kanak-kanak semasa nature walk

dapat memupuk daya imaginasi dan kreativiti mereka serta pemerhatian yang baik. Aktiviti ini

dapat menanamkan rasa cinta kanak-kanak kepada alam sekitar dan melatih mereka sebagai

pencinta alam sekitar. Ianya boleh dilakukan dengan berjalan di taman, di sekitar TASKA atau di

kawasan berdekatan.

Semasa aktiviti nature walk, kanak-kanak dapat meneroka, mengalami sendiri dan membuat

eksperimen dengan objek-objek yang terdapat di persekitaran. Aktiviti ini dapat menimbulkan

keseronokkan di mana kanak-kanak dapat membuat penemuan baru, membuat inferen dan

menggumpul koleksi bahan-bahan yang dijumpai di persekitaran.

Contoh aktiviti yang boleh dijalankan semasa nature walk ialah:

Meneroka tumbuh-tumbuhan: memerhati bentuk-bentuk daun, warna, saiz; merasai tekstur

daun, batang, buah; memeriksa bau, dsb.

Meneroka dan memeriksa haiwan dan serangga: melihat pelbagai jenis, bentuk, anggota

badan dan membuat perbandingan.

Meneroka batu-batan: memeriksa batu, saiz,warna, dsb.

Nota:

Pendidik hendaklah mematuh peraturan dan keselamatan semasa menjalankan nature walk. Pada

akhir aktiviti kanak-kanak perlu mencuci tangan dan kaki atau menukar pakaian mereka jika perlu

Nota:

1. Aktiviti main air adalah aktiviti yang berkecah dan basah. Dalam hal ini, pendidik hendaklah dapat

bertolak ansur dan menerima keadaan tersebut. Kanak-kanak boleh dilibatkan untuk mengemas

dan membersihkan kawasan bermain air apabila selesai bermain.

2. Pendidik hendaklah sentiasa mematuhi peraturan keselamatan semasa aktiviti main air

dijalankan.

Page 9: STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/Standard-Pematuhan...Semua proses ini merupakan langkah-langkah pembelajaran yang mesti dilaksanakan

STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA

Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 9 dari 15

2.5 Aktiviti manipulatif

Main manipulatif ialah apabila kanak-kanak bermain dengan barang permainan dengan berbagai

cara dengan menggunakan idea dan kreativiti sendiri. Ini memberi keseronokan dan

meningkatkan daya tumpuan kanak-kanak. Contoh permainan manipulatif yang sesuai untuk

kanak-kanak PERMATA ialah: main puzzle, menguntai manik, main blok dan binaan, atau dengan

bahan-bahan semulajadi. Pendidik boleh juga sediakan bahan-bahan terbuang seperti kotak,

kadbod, perca kain, botol plastik, dsb untuk aktiviti main manipulatif.

2.6 Aktiviti seni dan kraf

Seni dan kraf adalah aktiviti pembelajaran PERMATA yang ditegaskan dalam Kurikulum PERMATA

Negara untuk meningkatkan kemahiran motor halus, membina kreativiti dan estetika kanak-

kanak. Kanak-kanak boleh meluahkan perasaan mereka dalam bentuk contengan, lakaran,

lukisan, capan, binaan, kraf, ukiran, guntingan, lipatan, tampalan, kolaj, dll. TASKA hendaklah

melaksanakan aktiviti pembelajaran seni dan kraf ini dengan kerap menggunakan pelbagai

kaedah yang sesuai dengan umur kanak-kanak.

2.7 Aktiviti fizikal (dalam dan luar)

Main fizikal wajib dilaksanakan sebagai aktiviti harian di TASKA, sama ada di luar atau dalam

bangunan. Aktiviti ini menggalakkan perkembangan fizikal yang sihat dan mengeluarkan tenaga

yang terkumpul yang jika tidak akan menyebabkan kanak-kanak menjadi stress. Aktiviti fizikal

dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus, kordinasi deria dan menyumbang

kepada kesihatan dan kecergasan tubuh badan kanak-kanak. Ianya hendaklah dilakukan

mengikut kesesuaian umur dan taraf kesihatan kanak-kanak. Pendidik perlu peka jika ada kanak-

kanak yang mengalami masalah kesihatan seperti asma, atau lain-lain penyakit agar tidak

dilibatkan dalam aktiviti senaman yang berat/meletihkan (strenuous).

Contoh main fizikal ialah merangkak ke dalam terowong, melompat tali, berlari dan mengejar,

main gelongsor, main buaian, memanjat pokok, meniti jambatan, menendang bola, mengayuh

basikal, senamrobik, dll. Melalui aktiviti fizikal, pendidik boleh menerapkan nilai murni seperti

bersabar menunggu giliran, bekerjasama, tolong menolong, bersikap sederhana dan saling

hormat menghormati semasa kanak-kanak bermain.

Nota:

Pendidik hendaklah memastikan peraturan keselamatan kanak-kanak semasa aktiviti fizikal dipatuhi.

Pada akhir aktiviti kanak-kanak dikehendaki mencuci tangan dan kaki atau menukar pakaian mereka

jika perlu.

Page 10: STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/Standard-Pematuhan...Semua proses ini merupakan langkah-langkah pembelajaran yang mesti dilaksanakan

STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA

Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 10 dari 15

2.7.1 Aktiviti bahasa dan literasi awal (membaca, menulis, bercerita, dan menyanyi)

Perkembangan bahasa dan literasi awal adalah bidang pembelajaran penting dalam Kurikulum

PERMATA Negara. Aktiviti bahasa menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi melalui perbualan,

bercerita, bermain teka teki, berpantun, rhyming, menyanyi, berlakun, dsb. Aktiviti ini hendaklah

dijalankan dengan kerap di TASKA, dengan cara yang menyeronokkan dan membantu

perkembangan bahasa dan literasi awal kanak-kanak.

Aktiviti bercerita hendaklah dijalankan untuk memberi peluang kanak-kanak meningkatkan

kemahiran mendengar, memahami, berfikir dan menguasai bahasa. Kanak-kanak digalakkan

mencerita semula atau mereka cerita sendiri dan berkongsi cerita dengan rakan-rakan. TASKA

hendaklah menyediakan pelbagai bahan bacaan dan sudut untuk bercerita.

2.8 Aktiviti seni muzik, tarian, nyanyian dan pergerakan kreatif

Aktiviti seni muzik, tarian, nyanyian dan pergerakan kreatif dapat membina individu kanak-kanak

yang yakin dan ceria. Kanak-kanak PERMATA hendaklah selalu dalam keadaan riang dan gembira.

Pendidik hendaklah mengadakan aktiviti seni muzik, tarian dan nyanyian dengan kerap untuk

membantu kanak-kanak membina self-esteem dan personaliti yang positif.

Nyanyian, tarian dan pergerakan kreatif merupakan aktiviti paling mudah dan sangat sesuai untuk

semua peringkat umur kanak-kanak dan wajar dilakukan setiap hari. Selain menyanyi kanak-

kanak (Islam) juga hendaklah digalakkan berzikir.

2.9 Main peranan

Kurikulum PERMATA Negara meletakkan aktiviti main peranan sebagai aktiviti pembelajaran yang

perlu dilaksanakan oleh semua TASKA PERMATA. Main peranan membantu kanak-kanak

memahami antara fantasi dan realiti dan menggalakkan kreativiti dan imaginasi. Kanak-kanak

hendaklah dibenarkan memilih sendiri peranan yang disukai dan melakonkan watak tersebut.

Contohnya: bermain masak-masak, melakonkan watak-watak dalam keluarga, watak doktor dan

pesakit, watak cikgu dan murid, dsb. Lakonan dan main peranan dapat memberikan keseronokan

dan meningkatkan konsep kendiri serta keyakinan diri kanak-kanak, disamping menyuburkan

kemahiran sosial.

Dalam SP2 ini terdapat 94 perkara yang dinilai. Skor maksimum ialah 100%. Skor kurang daripada 85%

dianggap tidak mematuhi SP1, dan pihak TASKA perlu memastikan aspek-aspek yang belum dipatuhi itu

diperbaiki untuk penilaian semula.

Page 11: STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/Standard-Pematuhan...Semua proses ini merupakan langkah-langkah pembelajaran yang mesti dilaksanakan

STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA

Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 11 dari 15

SP 3: Pengawasan Keselamatan, Kesihatan, Kebersihan, dan Kualiti Permakanan Bayi dan

Kanak-kanak

Terdapat empat aspek penting dalam Standard Pematuhan 3 (SP3) yang mesti dipatuhi untuk memastikan

kesejahteraan dan keselesaan bayi dan kanak-kanak serta ibu bapa mereka.

SP3 menilai perkara-perkara berikut:

3.1 Pengawasan Keselamatan TASKA

3.1.1 Peraturan dan Polisi Keselamatan TASKA

3.1.2 Keselamatan Persekitaran Fizikal

3.1.3 Keselamatan Persekitaran Dalaman: Ruang dan Peralatan Pembelajaran

3.1.4 Pengawasan Keselamatan Kanak-kanak ketika Bermain di Luar

3.2 Pemeriksaan dan Penjagaan Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak

Pemeriksaan Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak

Pencegahan Penyakit berjangkit dan tidak berjangkit

Penjagaan kesihatan oral kanak-kanak

Rawatan awal kecederaan

3.3 Penjagaan Kebersihan Bayi, Kanak-kanak dan TASKA

3.3.1 Penjagaan Kebersihan Bayi dan Kanak-kanak

Kebersihan katil bayi

Kebersihan botol susu dan tempat membuat susu, dan

Kebersihan diri bayi dan kanak-kanak.)

3.3.2 Penjagaan Kebersihan TASKA

Kekerapan menjalankan Pembersihan dan Sanitasi

Kebersihan lantai, ruang pembelajaran, tempat makan dan tidur.

Kebersihan tandas, bilik mandi, dan tempat menukar lampin

Kebersihan dapur, peti sejuk dan stor penyimpanan bahan makanan

Kebersihan laluan dan tangga, ruang susunan kasut dan beg kanak-kanak

Kawasan sekitar TASKA

Page 12: STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/Standard-Pematuhan...Semua proses ini merupakan langkah-langkah pembelajaran yang mesti dilaksanakan

STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA

Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 12 dari 15

3.4 Kualiti Permakanan Bayi dan Kanak-kanak

Kurikulum PERMATA Negara menegaskan semua kanak-kanak hendaklah diberi makanan

seimbang mengikut Garis Panduan Permakanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia 2008. Ini termasuklah panduan penyusuan ibu dan pemberian makanan pelengkap

kepada bayi. Standard pematuhan ini mengandungi perkara-perkara berikut:

3.4.1 Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012: Penyediaan Permakanan Bayi

dan Kanak-kanak

3.4.2 Menu berkhasiat Untuk Bayi dan Kanak-kanak

Dalam Standard Pematuhan 3 (SP3) ini terdapat 69 perkara yang dinilai. Skor maksimum ialah 100%.

TASKA hendaklah mencapai skor sekurang-kurangnya 85% untuk mendapat Tahap Pematuhan bagi SP3.

Perkara-perkara yang belum dipatuhi ghendaklah diperbaiki untuk penilaian semula atau untuk Penilaian

Kualiti dan Penarafan Bintang.

Page 13: STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/Standard-Pematuhan...Semua proses ini merupakan langkah-langkah pembelajaran yang mesti dilaksanakan

STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA

Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 13 dari 15

SP 4: Pengurusan Asuhan, Urus Diri dan Tingkah Laku Bayi dan Kanak-Kanak

Amalan pengasuhan bayi dan kanak-kanak adalah teras kepada Kurikulum PERMATA Negara. Proses

mengasuh juga melibatkan proses mendidik. Kurikulum PERMATA Negara menekankan amalan asuhan

yang positif untuk membentuk kanak-kanak yang berpersonaliti positif dan mulia. Standard Pematuhan

4 (SP4) menekankan perkara-perkara berikut:

4.1 Pengurusan Asuhan Bayi dan Kanak-kanak

4.1.1 Penyusuan Bayi

4.1.2 Urutan Bayi

4.2 Latihan Urus Diri Kanak-kanak

4.2.1 Latihan ke Tandas

4.2.2 Asuhan Budi Pekerti dan Adap Sopan

4.2.3 Latihan Solat (bagi kanak-kanak Muslim)

4.3 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak

4.3.1 Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah

Aktif dan terlalu aktif

Pemalu

Murung

Mengamuk (temper tantrum)

Bergaduh

Dalam SP4 ini terdapat 43 perkara yang dinilai. Skor maksimum ialah 100%. TASKA hendaklah

memperolehi sekurang-kurangnya 80% untuk mencapai Tahap Pematuhan bagi SP4. Perkara-perkara

yang belum dipatuhi hendaklah diperbaiki sebelum memohon untuk Penilaian Kualiti dan Penarafan

Bintang.

Page 14: STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/Standard-Pematuhan...Semua proses ini merupakan langkah-langkah pembelajaran yang mesti dilaksanakan

STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA

Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 14 dari 15

SP 5: Pengurusan TASKA, Sumber Manusia dan Kolaborasi dengan Ibu Bapa dan Komuniti

Standard Pematuhan 5 (SP5) menilai kepatuhan TASKA terhadap amalan pengurusan TASKA dan sumber

manusia yang baik dan hubungan dengan ibu bapa dan komuniti. SP5 ini memberi perhatian kepada

aspek kebajikan dan pembengunan profesionalisme pendidik/pengasuh semasa berkhidmat di TASKA.

Berikut ialah perkara-perkara yang dinilai dalam SP5:

5.1 Pengurusan TASKA

5.1.1 Falsafah dan prinsip TASKA

5.1.2 Pengurusan Rekod

5.2 Pengurusan Sumber Manusia

5.2.1 Gaji dan Keperluan Asas Staf

5.2.2 Pembangunan Profesional dan Latihan

5.3 Kolaborasi dengan Ibu Bapa dan Komuniti

5.3.1 Pengurusan Hubungan dengan Ibu Bapa dan Komuniti

5.3.2 Pelaksanaan Aktiviti Kerjasama dengan Ibu Bapa dan Komuniti

Dalam SP5 ini terdapat 44 perkara yang dinilai. Skor maksimum ialah 100%. TASKA hendaklah mencapai

skor sekurang-kurangnya 75% untuk diterima sebagai Mematuhi SP5. TASKA perlulah juga memastikan

perkara-perkara yang belum dipatuhi itu diperbaiki untuk penilaian semula atau untuk Penilaian Kualiti

dan Penarafan Bintang.

Page 15: STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/Standard-Pematuhan...Semua proses ini merupakan langkah-langkah pembelajaran yang mesti dilaksanakan

STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA

Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 15 dari 15

SP 6: Senarai Semak Peralatan, Kemudahan dan Prasarana PERMATA

TASKA hendaklah menyediakan peralatan, prasarana dan kemudahan-kemudahan yang disenaraikan

untuk dapat melaksanakan Kurikulum PERMATA Negara dengan berkesan. Senarai peralatan, prasarana

dan kemudahan ini adalah yang minimum untuk memastikan TASKA mematuhi keperluan Kurikulum

PERMATA Negara. TASKA boleh menambah atau sekiranya ada lain-lain peralatan yang tidak disenaraikan

dalam SP6 ini yang boleh diambil kira sebagai memenuhi keperluan Kurikulum PERMATA Negara.

6.1 Keperluan Peralatan Pembelajaran PERMATA

6.1.1 Peralatan Muzik

6.1.2 Peralatan Manipulatif

6.1.3 Peralatan Kognitif (Awal Matematik dan Awal Sains)

6.1.4 Peralatan Main Peranan

6.1.5 Peralatan Main Air dan Pasir

6.1.6 Peralatan Fizikal dan Sukan (outdoor)

6.1.7 Bahan Bahasa, Bacaan dan Literasi

6.1.8 Peralatan Seni dan Kraf

6.1.9 Peralatan Teknologi dan ICT

6.1.10 Pelbagai Bahan Semulajadi

6.2 Keperluan Kemudahan Bilik/Ruang

6.2.1 Keperluan Bilik/Ruang Aktiviti Pembelajaran

6.2.2 Susun Atur Bilik/Ruang Aktiviti Pembelajaran

6.2.3 Keperluan Bilik/Ruang Pekhidmatan Sokongan

6.3 Keperluan Prasarana Sokongan

6.3.1 Prasarana Asas Pejabat (pengurusan)

6.3.2 Prasarana Asas Dapur untuk Penyediaan Makanan Kanak-kanak

Dalam SP6 ini terdapat 114 perkara yang dinilai. Skor maksimum ialah 100%. Skor kurang daripada 70%

dianggap tidak mematuhi SP6, dan pihak TASKA perlu memastikan aspek-aspek yang belum dipatuhi itu

diperbaiki untuk penilaian semula.