38
TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP MASYARAKAT SEMASA PANDEMIK DILIHAT DARIPADA 5 RUKUN NEGARA KOD KURSUS UQI11202 NAMA KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA FAKULTI PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM NAMA PELAJAR 1. AHMAD FIKRI BIN MOHD NOOR (CF200222) 2. MUHAMMAD TAUFIK BIN AMIR(CF200130) 3. MUHAMMAD ULUL AZMI BIN ZAINUDIN(AD200117) 4. ASHKEN NUR ZEHRA BINTI IZHAM ISTAR(CP200068) 5. SITI NUR AISYAF AFRINA BINTI AMIR(AP200476) 6. NUR AMIRA AFIQAH BINTI ZAINAL(AP200280) 7. NURDINI HADFINA BINTI SHAMSUDDIN(CF200152) 8. MIMIZAIDATULHANIM BINTI SUID(CF200137) SEKSYEN 26 SEMESTER 2/2020/2021

TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

  • Upload
    others

  • View
    18

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

TUGASAN BERKUMPULAN

TAJUK: PEMATUHAN SOP MASYARAKAT SEMASA PANDEMIK DILIHAT DARIPADA 5 RUKUN NEGARA

KOD KURSUS UQI11202

NAMA KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA

FAKULTI PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM

NAMA PELAJAR 1. AHMAD FIKRI BIN MOHD NOOR (CF200222)

2. MUHAMMAD TAUFIK BIN AMIR(CF200130)

3. MUHAMMAD ULUL AZMI BIN ZAINUDIN(AD200117)

4. ASHKEN NUR ZEHRA BINTI IZHAM ISTAR(CP200068)

5. SITI NUR AISYAF AFRINA BINTI AMIR(AP200476)

6. NUR AMIRA AFIQAH BINTI ZAINAL(AP200280)

7. NURDINI HADFINA BINTI SHAMSUDDIN(CF200152)

8. MIMIZAIDATULHANIM BINTI SUID(CF200137)

SEKSYEN 26

SEMESTER 2/2020/2021

Page 2: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

ISI KANDUNGAN HALAMAN

Abstrak 1

Bab 1 : Pengenalan

1.1 Latar Belakang Kajian 2

1.2 Permasalahan Kajian 3

1.3 Matlamat Kajian 3

1.4 Objektif Kajian 3

1.5 Batasan Kajian 4

1.6 Signifikan Kajian 4

1.7 Kajian Terdahulu 4-5

Bab 2 : Sorotan Karya

2.1 Pengenalan 6

2.2 Hujah Dari Kajian-Kajian Lepas 6

2.3 Kajian Mengenai Rukun Negara 8

2.3.1 Kepercayaan Kepada Tuhan 8-9

2.3.2 Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara 9

2.3.3 Keluhuran Perlembagaan 9-10

2.3.4 Kedaulatan Undang-Undang 10-11

2.3.5 Kesopanan Dan Kesusilaan 11-12

Bab 3 : Metodologi Kajian

3.1 Pengenalan 13

3.2 Reka Bentuk Kajian 13

3.3 Prosedur Kajian 13-14

3.3.1 Soal Selidik 14

3.4 Instrumentasi Kajian 14

3.5 Analisis Data 15

Page 3: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

Bab 4 : Analisis Dan Dapatan Kajian

4.0 Pengenalan 16

4.1 Analisis Secara Terperinci 16

4.1.1 Analisis Data Soal Selidik 16

4.1.1.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 16-18

4.1.1.2 Bahagian B : Kepekaan Responden Terhadap SOP Mengikut Prinsip Rukun Negara

18-25

4.2 Analisis Umum 26

4.3 Penutup 27

Bab 5 : Perbincangan

5.1 Pengenalan 28

5.2 Perbincangan 28

5.2.1 Latar Belakang Responden 28

5.2.2 Kesan Terhadap Pematuhan SOP 29

5.2.3 Menangani Wabak Virus COVID-19 29-30

Bab 6 : Cadangan Dan Kesimpulan

6.1 Pengenalan 31

6.2 Cadangan 31-32

6.3 Kesimpulan 32

Rujukan 33

Lampiran 34-35

Page 4: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

1

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bahawa 5 Rukun Negara dapat mempengaruhi

pematuhan SOP masyarakat semasa pandemik Covid-19 yang telah melanda seluruh dunia.

Perpaduan yang dibentuk dalam kalangan masyarakat Malaysia sejak dahulu merupakan asas

pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Bukan itu sahaja, pembentukan Rukun Negara

juga dapat dapat menanamkan asas toleransi rakyat Malaysia dalam percampuran berbilang

kaum. Oleh kerana Malaysia mengandungi lebih dari 3 jenis kaum, masalah perpaduan adalah

satu cabaran yang telah dihadapi sejak 31 Ogos 1957 yang telah menyebabkan asas Rukun

Negara diperkenalkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku

Ismail Nasiruddin Shah Abni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong IV pada

kemerdekaan yang ke-13. Perpaduan rakyat dapat dilihat dengan jelas ketika Malaysia

dilanda gelombang penularan Covid-19 yang telah menyebabkan semua rakyat berganding

bahu tanpa mengira kaum dan agama demi menentang wabak tersebut. Selari dengan itu, ia

sekaligus dapat mencerminkan sifat patriotik dan cinta akan tanah air demi kesejahteraan dan

kemakmuran bersama.

Kata Kunci : Covid-19, Rukun Negara, perpaduan, rakyat Malaysia, patriotik

Page 5: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

2

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Pada 31 Ogos 1970, Yang Di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan Rukun Negara ketika

Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-13. Rukun Negara adalah ideologi

kebangsaan Malaysia bagi membantu rakyat Malaysia membentuk perpaduan kaum demi

kemakmuran dan keharmonian negara. Berdasarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,

adalah bertujuan untuk membangunkan negara Malaysia agar mencapai 7 teras dari segi

ekosistem perniagaan dan industri, aktiviti pertumbuhan ekonomi utama, modal insan, pasaran

buruh & pampasan pekerja, kesejahteraan sosial, keterangkuman wilayah, dan modal sosial.

Antara objektif kemakmuran 2030, adalah untuk menstruktur ekonomi bagi pembangunan

untuk semua, menangani ketidaksamaan bagi menangani jurang kekayaan & pendapatan, dan

membina negara agar negara bersatu, makmur & bermaruah.

Sejak wabak pendemik Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) melanda seluruh dunia,

semua sektor termasuklah industri penerbangan, sektor pelancongan, industri pembuatan telah

terjejas. Bukan itu sahaja, individu dan negara juga mengalami kerugian yang merundum

akibat daripada penyebaran wabak COVID-19. Oleh itu, semua rakyat Malaysia yang terdiri

dari berbilang kaum telah mengambil alternatif dengan berganding bahu umpama aur dengan

tebing bagi menangani wabak tersebut. Tanpa kerjasama dari pihak kerajaan dan rakyat

Malaysia, mungkin Malaysia masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 dimana

semua industri terpaksa disekat yang telah menyebabkan kerugian kepada individu dan negara.

Kerjasama rakyat Malaysia dan kerajaan juga salah satu faktor yang menyumbang terhadap

pengurangan wabak COVID-19 di seluruh Malaysia. Oleh itu, kerjasama dan keprihatinan

warga Malaysia terhadap lima prinsip Rukun Negara, telah memberi impak positif dalam

mewujudkan masyarakat majmuk dalam menangani wabak COVID-19 serta dalam pematuhan

SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan sehingga kini. Pendek kata, Rukun Negara yang telah

dipupuk dalam jiwa warga Malaysia sejak bangku sekolah telah menjadi realiti dengan

kejayaan menangani wabak COVID-19. Ingatlah, pencapaian membanggakan negara hari ini

disebabkan satu perkara, iaitu kesanggupan rakyat yang berbilang kaum bersatu di bawah satu

identiti dan nilai yang sama demi kemakmuran serta kesejahteraan sejagat. (Berita Harian, 18

Disember 2020).

Page 6: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

3

1.2 Permasalahan Kajian

Dewasa ini masalah kesihatan rakyat di Malaysia amat dipandang serius oleh setiap kalangan

masyarakat tidak mengira usia, pangkat dan bangsa. Serangan virus yang amat berbahaya iaitu

Covid-19 ini telah membuka mata masyarakat untuk sentiasa berwaspada dan sentiasa menjaga

SOP agar tidak dijangkiti virus yang boleh membawa maut ini. Sehubungan dengan itu,

menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kes Covid-19 telah mencatatkan jumlah yang tinggi

sehingga mampu mencapai kepada tujuh ribu kes dalam masa satu hari. Hal yang demikian

kerana, pada masa kini virus Covid-19 ini telah berada pada gelombang yang membahayakan

sehingga mampu meragut nyawa dengan mudah.

Penularan wabak yang melanda ini sangat memberi impak negatif kepada masyarakat,

ekonomi serta negara. Dalam konteks ini, pematuhan SOP dalam kalangan masyarakat amat

penting dan dapat dilihat daripada sudut prinsip 5 rukun negara. Hal ini kerana, penurunan

wabak ini pada masa lalu boleh dilihat apabila masyarakat dan pemimpin sama-sama dalam

mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Namun begitu, disebabkan masih ada sesetengah pihak

yang mengambil enteng dalam hal ini dan sengaja tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan

walaupun sering kali diingatkan, kini kes telah kembali meningkat semula. Oleh itu, hendaklah

semua pihak bersama-sama berganding bahu dan mematuhi SOP ini sama seperti kita

mematuhi prinsip rukun negara agar penularan wabak Covid-19 ini dapat dihentikan dengan

segera.

1.3 Matlamat Kajian

Tujuan utama dalam menjalankan penyelidikan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran

masyarakat mengenai kepentingan penghayatan 5 prinsip Rukun Negara yang dapat

menyumbang kepada pematuhan SOP ketika menghadapi krisis kesihatan pada masa kini

khususnya krisis penularan wabak Covid-19.

1.4 Objektif Kajian

1. Untuk membendung wabak penyakit COVID-19 ini daripada menular dari satu

kawasan ke satu kawasan yang lain.

2. Ingin memastikan kesejahteraan rakyat dalam keadaan yang baik semasa Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Page 7: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

4

1.5 Batasan Kajian

Bagi mencapai objektif kajian ini, terdapat beberapa batasan kajian yang telah ditetapkan.

Antara skop yang telah ditetapkan termasuklah:

1.5.1 Kajian ini dilaksanakan bagi melihat kepekaan masyarakat

Malaysia mengenai SOP yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

1.5.2 Kajian ini melibatkan responden dalam kalangan masyarakat

Malaysia. Bilangan responden adalah seramai 80 orang. Kaji

selidik ini dilaksanakan secara atas maya dengan menggunakan

platform ‘Google Form’ dan dikongsikan di aplikasi ‘Whatsapp’.

1.6 Signifikan Kajian

Kajian ini amat penting dalam menitikberatkan kesedaran semua pihak dalam mematuhi SOP

sama seperti mematuhi prinsip 5 rukun negara. Sehubungan dengan itu, melalui kajian ini ia

mampu mendedahkan kepada orang awam berkaitan isu-isu semasa yang berkait rapat dengan

kesihatan masyarakat di Malaysia berkenaan penularan wabak Covid-19 ini. Selain daripada

itu, idea-idea penambahbaikan bagi mengurangkan gejala Covid-19 ini telah dijana daripada

pelbagai sudut positif.

1.7 Kajian Terdahulu

Kajian terdahulu menjadi salah satu sumber rujukan bagi membantu dalam penulisan laporan.

Kajian terdahulu juga membantu penulis agar dapat membezakan dan membandingkan dengan

tajuk penulisan yang telah dijadikan rujukan dan meningkatkan tahap relevan sesebuah kajian.

Menurut Rohaizahtulamni Radzlan, Sarjit S. Gill & Ahmad Tarmizi Talib (9 Disember 2013),

sebagai pensyarah Universiti Putra Malaysia, perpaduan merupakan asas kemajuan dan

pembangunan sesebuah negara. Ia menjadi pengikat terpenting dalam mencapai sesuatu

kejayaan. Kerajaan memperkenalkan Rukun Negara bagi mewujudkan kesefahaman dan

perpaduan antara kaum untuk membina sebuah negara yang aman dan maju.

Menurut teks ucapan Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji

Mohd Yassin semasa Majlis Pelancaran Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan

(Blueprint) Perpaduan Negara 2030 (15 Februari 2021), perpaduan rakyat Malaysia dapat kita

lihat dengan jelas apabila dijelmakan dalam keadaan sebenar ketika negara dilanda cabaran dan

musibah. Di kala negara masih berdepan dengan gelombang COVID-19, kita telah saksikan

semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan

Page 8: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

5

agama. Berbekalkan slogan #KitaJagaKita, rakyat bersama-sama bersatu membantu Kerajaan

dalam menyebarkan mesej yang positif, menyokong usaha Perintah Kawalan Pergerakan dan

mematuhi semua SOP yang ditetapkan.

Page 9: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

6

BAB 2

SOROTAN KARYA

2.1 Pengenalan

Pematuhan SOP adalah penting di saat genting seperti sekarang, iaitu pandemik Covid-19. Bagi

memutuskan rantaian virus berbahaya ini, kerajaan telah menetapkan beberapa SOP yang perlu

dipatuhi oleh rakyat bagi mengurangkan gejala ini. Namun begitu, apakah maksud SOP? Pada

umumnya SOP merupakan singkatan nama bagi perkataan “Standard Operating Procedure”

yang merupakan kumpulan peraturan yang dilaksanakan bagi memudahkan tugasan yang

hendak dilakukan. Namun begitu, dalam aspek pematuhan SOP semasa pandemik ini ialah

beberapa peraturan yang telah digubal bagi mengelakkan rakyat Malaysia terkena wabak virus

ini (Pengertian SOP, 2014). Antara contoh SOP yang dilaksanakan semasa berada di tempat

awam ialah, penjarakan sosial 1meter antara individu sekeliling, memakai pelitup muka dan

imbas cod menggunakan aplikasi MySejahtera. Tindakan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan

ini bertujuan untuk menghapuskan virus durjana ini daripada menghantui rakyat. (MyGOV -

The Government of Malaysia’s Official Portal, 2021).

Pematuhan SOP dalam kalangan rakyat Malaysia adalah sinonim dengan pematuhan

rakyat Malaysia terhadap rukun negara. Hal ini kerana, untuk menjadikan negara aman,

perpaduan yang kukuh, dan lain-lain, adalah tanggungjawab rakyat untuk mematuhi rukun

negara ini. Begitu juga dengan pematuhan rakyat terhadap SOP yang diwujudkan. Bagi

membanteras gejala ini, adalah penting jikalau semua rakyat Malaysia menitikberatkan setiap

peraturan yang telah digubal oleh kerajaan. Hal ini kerana, virus Covid-19 ini tidak dapat

dilihat dengan mata kasar, jadi dengan itu pematuhan SOP adalah penting bagi langkah

berjaga-jaga supaya masyarakat tidak terkena wabak yang boleh membawa maut ini. (COVID-

19 Malaysia Updates, 2020).

2.2 Hujah Dari Kajian-Kajian Lepas

Beberapa contoh kajian lepas telah dicapai daripada internet untuk mendapatkan bukti dan

mendapatkan beberapa contoh daripada pelbagai sumber untuk mengkaji berkaitan dengan

Rukun Negara. Selain itu juga mendapatkan data kaitan antara prinsip Rukun Negara dan

masyarakat. Di samping itu, ini juga bertujuan untuk mendapatkan kajian krisis masyarakat

semasa menghadapi penyakit COVID-19.

Page 10: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

7

2.2.1 Kajian Kepentingan Rukun Negara Kepada Masyarakat

Berdasarkan laporan Muhammad Danial yang merupakan Naib Presiden 1 Majlis Perundingan

Pelajar Kebangsaan melalui BH Online (2020), Rukun Negara mempunyai maksud tersurat

dan tersirat, ianya memerlukan pemahaman dan penghayatan yang sepatutnya tidak

menghadirkan sebarang masalah kepada rakyat. Suatu kajian telah dilakukan oleh Institut

Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia untuk lebih mendalami prinsip Rukun Negara dari

perspektif masyarakat. Ini adalah pengaruh utama dalam mengekalkan keharmonian dan

menyatupadukan masyarakat di Malaysia. Selain itu, lima prinsip Rukun Negara yang

merangkumi pelbagai aspek dalam masyarakat adalah pemangkin keamanan dan keharmonian

negara. Rukun Negara juga mampu melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik,

saintifik dan progresif selain bersifat terbuka terhadap cara hidup rakyat pelbagai kaum. Rukun

Negara juga dapat mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat

dinikmati bersama kerana lima prinsip Rukun Negara sebenarnya adalah saling lengkap-

melengkapi.

2.2.2 Kajian Masyarakat Dalam Menghadapi Krisis COVID-19

Berdasarkan Portal UKM ulasan yang dikeluarkan oleh Aini Hidayah Abdul Hadi (2020),

pasukan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh Prof Madya

Dr Emma Mirza Wati Mohamad dan Dr. Arina Anis Azlan dari fakulti Sains Sosial dan

Kemanusiaan (FSSK) Bersama penyelidik dari Universiti Malaysia Perlis, Universiti Putra

Malaysia dan Sunway University telah menjalankan kajian yang melibatkan seramai 4,850

responden. Hasil kajian mendapati 80.5 peratus rakyat Malaysia mempunyai pengetahuan yang

mencukupi mengenai isu COVID-19, walaupun terdapat sedikit kekeliruan informasi

mengenai virus itu yang boleh merebak melalui udara. Namun, sikap rakyat Malaysia terhadap

COVID-19 amatlah optimis dan dapat dikawal dalam membantu kerajaan mengatasi krisis

kesihatan ini. Dr Arina Anis menjelaskan mengenai kajian tersebut bahawa rakyat Malaysia

telah mula menghindari kawasan yang sesak, mengamalkan kebersihan yang baik dan

menggunakan pembersih tangan sejak seminggu sebelum PKP dilaksanakan.

Majlis Keselamatan Negara Malaysia (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM) telah mengeluarkan SOP dan garis panduan bagaimana untuk mencegah penularan

wabak COVID-19 ini. Antara langkah yang dapat diambil oleh individu adalah dengan

mengelakkan 3C yang merupakan tempat yang penuh sesak (crowded place), tempat yang

terhad (confined space) dan perbualan yang dekat (close conversation), tetapi perlu berlatih

Page 11: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

8

3W iaitu basuh tangan (wash), memakai pelitup separuh muka (wear) dan amaran dari KKM

yang lebih berkonsep peringatan (warn). Selain itu, Majlis Keselamatan Negara Malaysia

(MKN) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah

mengambil inisiatif dalam memastikan berita yang sahih dan maklumat yang betul sahaja

dikongsi kepada masyarakat agar tidak berlaku kekeliruan. Pihak kerajaan juga telah

mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan

Diperketatkan (PKPD), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan

Pergerakan Pemulihan (PKPP) mengikut fasa dan risiko sesuatu kawasan bagi meningkatkan

lagi keberkesanan untuk mengurangkan dan meratakan lekukan kes COVID-19.

2.3 Kajian Mengenai Rukun Negara

2.3.1 Kepercayaan Kepada Tuhan

Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan melibatkan kepelbagaian agama yang

dianuti dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Kepercayaan Kepada Tuhan merupakan

prinsip pertama dalam Rukun Negara bagi menggalakkan rakyat berpegang teguh terhadap

kepercayaan masing-masing, demi kebaikan bersama dalam usaha membina negara Malaysia

yang berdaulat. Memperincikan prinsip pertama Rukun Negara itu, Menteri di Jabatan Perdana

Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, prinsip itu

dapat dilihat dengan jelas dalam suasana harmoni rakyat negara ini yang menerima dan

mengamalkan perbezaan agama untuk saling menghormati antara satu sama lain.

Agama dan kepercayaan kepada Tuhan amat penting dalam kehidupan manusia kerana

ketiadaan agama dan kepercayaan boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, sesuatu bangsa

dan negara. Hal ini kerana, pegangan agama dan kepercayaan terhadap Tuhan yang teguh

mampu mengelakkan seseorang itu daripada melakukan jenayah sehingga mampu menjejaskan

keamanan sesebuah negara. Di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa

Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh

diamalkan dengan bebas.

Pematuhan SOP masyarakat semasa penularan pandemik Covid-19 dilihat daripada 5

rukun negara iaitu prinsip pertamanya ialah Kepercayaan Kepada Tuhan. Pelaksanaan SOP

telah memberi kesan secara tidak langsung terhadap kehidupan harian masyarakat di Malaysia.

Misalnya, bilangan jemaah yang dibenarkan melaksanakan ibadah solat berjemaah di masjid

Page 12: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

9

telah di hadkan bagi mengelakkan berlakunya penularan virus Covid-19. Namun begitu, solat

berjemaah dapat dijalankan bersama keluarga di rumah masing-masing. Hal ini secara tidak

langsung mampu mendekatkan seseorang dengan amalan kebaikan iaitu tidak meninggalkan

solat serta mewujudkan hubungan yang lebih erat dalam kalangan ahli keluarga. Justeru dapat

disimpulkan bahawa walaupun pelaksanaan SOP sepanjang berlakunya penularan pandemik

Covid-19 telah memberi kesan terhadap kehidupan rakyat, namun ianya juga mempunyai kesan

positif dari sudut pandangan masyarakat melalui aspek prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan

kerana dapat membantu mendekatkan diri seseorang terhadap agama.

2.3.2 Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara merupakan prinsip yang berteraskan kepada amalan

Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang

Dipertuan Agong sebagai ketua negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong

sebagai Raja mengikut Perlembagaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa

setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. (Fahezah Nor Mohamed, 2013). Sepanjang

pandemik Covid-19 melanda negara Malaysia, antara tindakan yang diambil oleh Seri Paduka

Baginda Yang Dipertuan Agong ialah beliau telah menitahkan kepada semua rakyat untuk

mematuhi perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mengatasi berlakunya penularan Covid-19.

Rakyat dikehendaki agar tidak melanggar perintah kawalan pergerakan yang telah ditetapkan

seperti larangan rentas negeri yang telah dikuatkuasakan. Tindakan melanggar perintah

kawalan pergerakan (PKP) akan menyebabkan rakyat dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa.

Pelaksanaan SOP seperti memakai pelitup muka dengan betul terutamanya semasa berada di

kawasan orang ramai juga perlu dipatuhi. Hal ini secara tidak langsung bermatlamatkan untuk

memastikan rakyat tidak mudah dijangkiti virus Covid-19. Justeru, dapat disimpulkan bahawa

tindakan pelaksanaan SOP yang sewajarnya dipatuhi oleh rakyat adalah menjadi antara

tindakan yang diambil bagi menjamin keselamatan rakyat dan negara.

2.3.3 Keluhuran Perlembagaan

Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara Malaysia yang ketiga dan

bermaksud ketinggian perlembagaan atau ketertinggian undang-undang. Keluhuran

Perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang

menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Undang-undang lain yang

Page 13: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

10

dikemukakan hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan Perkara 4. Keluhuran

Perlembagaan yang menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan

keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber

perundangan yang tertinggi dan berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat

negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara

Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan

serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah

digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini (Fahezah Nor

Mohamed, 2013). Dalam usaha menghadapi pandemik Covid-19 pada masa kini, negara

Malaysia telah melaksanakan beberapa arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa

dalam menangani kes ini dari terus meningkat. Antaranya pelaksanaan SOP yang turut

melibatkan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang perlu dipatuhi oleh rakyat. Profesor

Datuk Salleh Buang merupakan pakar undang-undang yang telah menyatakan bahawa Perkara

9 Fasal Perlembagaan Persekutuan menjamin hak rakyat 'bergerak dengan bebasnya di seluruh

Persekutuan'. Perlu diingat bahawa hak ini bukan mutlak, kerana ia tertakluk kepada 'mana-

mana undang-undang mengenai keselamatan Persekutuan, ketenteraman awam, kesihatan

awam'. Akta 1988 dan PKP itu adalah undang-undang kesihatan awam yang dimaksudkan

dalam Perkara 9 itu. Oleh itu, pelaksanaan SOP dan PKP merupakan tindakan yang dipersetujui

dalam perlembagaan dan ianya adalah untuk kepentingan masyarakat dan negara dalam usaha

menangani penularan Covid-19 pada masa kini.

2.3.4 Kedaulatan Undang-Undang

Kedaulatan Undang-Undang bukanlah sebuah peraturan (Rule) ataupun undang-undang (Law),

namun ia adalah sebuah komponen falsafah utama dalam undang-undang, khususnya undang-

undang perlembagaan. Secara mudahnya, konsep Kedaulatan Undang-Undang menuntut

kepatuhan dan keterikatan terhadap undang-undang, tanpa mengira darjat atau latarbelakang,

samada rakyat kebanyakannya mahupun pemerintah.

Konsep kedaulatan undang-undang yang menyamaratakan layanan buat semua

golongan tanpa kompromi adalah tunjang utama dalam memastikan segala peraturan yang

berkaitan dipatuhi, sekaligus membantu usaha-usaha kerajaan dalam memerangi pandemik

Covid-19. Soal pilih kasih atau ketidaktelusan dalam penguatkuasaan tidak seharusnya timbul

sekiranya konsep Kedaulatan Undang-Undang dihayati sepenuhnya. Selain itu, walaupun

undang-undang harus dilaksanakan secara tegas, namun ianya perlulah dilakukan secara

Page 14: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

11

berhikmah. Ketelusan dan kesaksamaan pihak berwajib dalam menguatkuasakan peraturan-

peraturan berkaitan akan seterusnya membina keyakinan rakyat terhadap usaha-usaha kerajaan

dalam menghadapi cabaran pandemik.

Keberkesanan perlaksanaan dan pematuhan SOP berkaitan dengan pandemik bukan

sahaja tanggungjawab kerajaan, malah memerlukan kerjasama semua pihak yang terlibat.

Mana-mana kesilapan dan kelemahan yang berlaku dalam penguatkuasaan undang-undang,

sekiranya ada, haruslah dipelajari dan diinsafi, seterusnya diperbaiki bagi memastikan

keberkesanan pelaksanaannya di masa yang mendatang. Dalam pada masa yang sama, Dr

Hafidz Hakimi Haron (2021) juga ingin mengusulkan agar undang-undang dan peraturan-

peraturan mengenai Covid-19 disemak semula bagi mengelakkan timbulnya persepsi negatif

khususnya dikalangan rakyat kebanyakan bahawa undang-undang dan peraturan-peraturan

yang berkaitan dengan pandemik Covid-19 adalah bersifat kurang sesuai atau menekan. Beliau

berpendapat bahawa semakan semula ini adalah satu keperluan, apatah lagi tatkala rakyat

sedang terdesak dan bergelut dengan kesan langsung pandemik Covid-19.

Oleh itu, penghayatan terhadap Kedaulatan Undang-Undang adalah kunci utama dalam

menghadapi cabaran pandemik Covid-19. Kontroversi-kontroversi yang tidak sepatutnya

timbul, seperti pendekatan dwistandard dalam perlaksanaan undang-undang mahupun SOP

berkaitan dengan Covid-19 samada terbukti mahupun sebaliknya, hanya akan membina

perasaan prasangka terhadap pihak berwajib, sekaligus boleh merencatkan usaha bersama

dalam membasmi pandemik ini.

2.3.5 Kesopanan Dan Kesusilaan

Kesopanan dan kesusilaan adalah satu proses pembentukan ummah yang bersopan santun,

berhemah, berdisiplin, berbudi bahasa, mulia dan mempunyai jati diri yang teguh.

Sejak tercetusnya pandemik Covid-19 di Malaysia, saban hari masyarakat

dipersembahkan dengan berita mengenai penularan wabak ini dan telah menjadi topik

perbincangan harian serta sudah sebati dengan kehidupan masa kini. Melalui media, kerajaan

telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kemudian Perintah Kawalan

Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Oleh kerana perintah-perintah ini

dikeluarkan, semakin hari semakin luntur prinsip kesopanan dalam berkomunikasi yang dapat

dilihat khususnya di media massa dek kerana pelbagai perkongsian dan pandangan yang

Page 15: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

12

berbeza oleh pengguna media sosial atau lebih mudah dipanggil ‘netizen’ yang mengeluarkan

kata-kata kesat dan kurang sopan terhadap pihak berkuasa dan kerajaan. Ini dapat dilihat

apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan kenyataan

bahawa pihaknya “sekali lagi ingin mengingatkan semua pihak, terutamanya pengguna media

sosial, agar sentiasa menjaga kesopanan dan kesusilaan ketika memberikan pandangan dan

membuat sebarang ulasan.” berikutan perkembangan semasa berkaitan pengumuman

pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perisytiharan Proklamasi Darurat.

(Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia 12 Januari 2021). Oleh itu, walaupun hak

kebebasan bersuara diberikan kepada rakyat, mereka mestilah menggunakannya dengan cara

yang betul dan menyuarakan pendapat secara berhemah.

Page 16: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

13

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian ialah kaedah ataupun teknik mengumpul dan menganalisis sesuatu data

untuk mendapatkan sesuatu hasil bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian yang dibuat.

Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih terperinci tentang

pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses sesuatu kajian. Bagi memenuhi

objektif kajian, beberapa kaedah kajian atau pendekatan penyelidikan telah dijalankan untuk

mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang digunakan adalah dengan menggunakan kaedah penyelidikan.

Penyelidikan ini menggunakan platform media massa seperti ‘Google Form’ bagi

memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat dengan lebih cepat dan sistematik. Selain itu

juga, kaedah ini juga memudahkan pengkaji memperoleh jawapan-jawapan bagi setiap soalan

yang dikemukakan kepada responden yang terlibat.

3.3 Prosedur Kajian

Responden yang telah dipilih oleh pengkaji adalah untuk melengkapkan soalan yang telah

dikemukakan berdasarkan tajuk kajian yang telah dipilih dan perlulah berpandukan objektif

kajian. Hal ini kerana, pengkaji dapat mengenal pasti tahap pengetahuan responden tentang

pematuhan SOP yang telah dilaksanakan oleh pihak berwajib berlandaskan prinsip rukun

negara.

Selain itu juga, pengkaji membuat satu set soalan berpandukan tajuk yang telah dipilih

sebelum platform ‘Google Form’ dibina. Apabila kajian ini dijalankan, pengkaji mengedarkan

pautan ‘Google Form’ tersebut kepada responden melalui media massa seperti aplikasi

‘Whatsapp’. Soal selidik ini lebih memfokuskan kepada rakyat Malaysia khususnya. Kaedah

ini digunakan untuk memudahkan pengkaji untuk mengumpul data yang berunsur kuantitatif.

Di samping itu juga, terdapat beberapa prosedur yang dilakukan dalam melaksanakan

kajian ini. Antaranya ialah:

1. Perbincangan pemilihan tajuk bersama ahli kumpulan.

Page 17: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

14

2. Menyediakan proposal akhir kajian dan soalan bagi soal selidik menggunakan

‘Google Form’.

3. Mendapatkan kelulusan pensyarah mengenai proposal dan mendapatkan pandangan

tentang borang soal selidik.

4. Mengedarkan borang soal selidik kepada responden melalui aplikasi ‘Whatsapp’.

5. Menganalisis data.

3.3.1 Soal Selidik

Borang soal selidik ini disediakan berdasarkan objektif kajian yang telah dilakukan. Antaranya

ialah untuk membendung wabak penyakit Covid-19 ini daripada menular dari satu kawasan ke

satu kawasan yang lain. Selain itu juga, borang soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu

bahagian A dan bahagian B. Setiap soalan yang telah dibuat harus dijawab oleh responden yang

terlibat.

3.4 Instrumentasi Kajian

Data soal selidik yang telah terkumpul akan dianalisis melalui graf bar dan jadual. Seterusnya,

data tersebut akan dikira mengikut jumlah setiap skala dalam bentuk peratus untuk setiap

soalan-soalan yang telah dikemukakan di platform ‘Google Form’. Kemudian, melalui graf bar

dan jadual, ia akan diterangkan dengan lebih terperinci dalam perbincangan analisis data.

Selain itu juga, borang soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan

bahagian B. Bahagian A terdiri daripada maklumat am responden seperti jantina,umur dan

sebagainya. Bagi kategori B pula mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk

yang dipilih iaitu ‘Pematuhan SOP Masyarakat Semasa Pandemik Dilihat Daripada 5 Rukun

Negara’ selari dengan objektif kajian. Selain itu juga, Skala Likert digunakan di dalam

bahagian ini. Peringkat Skala Likert yang digunakan dalam bahagian ini seperti yang

dinyatakan di bawah:

1. Sangat tidak setuju

2. Tidak setuju

3. Tidak pasti

4. Setuju

5. Sangat setuju

Page 18: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

15

3.5 Analisis Data

Dengan menggunakan platform ‘Google Form’ analisis data dapat dibuat dengan lebih mudah

dan tepat. Dengan menggunakan platform ‘Google Form’ ini, setiap data yang diperoleh dapat

dianalisis kepada bentuk peratusan.

Page 19: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

16

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan

Pada bab ini akan diterangkan secara terperinci tentang analisis data yang telah dilakukan dan

dapatan yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan. Bab ini dibahagi kepada dua

bahagian iaitu analisis secara terperinci dan analisis secara umum.

4.1 Analisis Terperinci

4.1.1 Analisis Data Soal Selidik

Soal selidik yang diberikan kepada responden terbahagi kepada dua bahagian iaitu latar

belakang responden dan pemahaman responden terhadap SOP dan rukun negara.

4.1.1.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden

Dapatan kajian ini meliputi aspek berikut:

1. Jantina

2. Umur

3. Status

Carta 4.1 : Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

Lelaki 20 25 25

Perempuan 60 75 100

Jumlah 80 100 100 Jadual 4.1 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina

Page 20: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

17

Berdasarkan carta dan jadual 4.1 di atas, seramai 80 responden (100%) yang terdiri daripada

20 responden lelaki (25%) dan 60 responden perempuan (75%) bagi kajian ini.

Carta 4.2 : Taburan Responden Mengikut Umur

Umur Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

19 Tahun ke Bawah 1 1.3 1.3

20 - 30 Tahun 68 85 86.3

31 - 40 Tahun 6 7.5 93.8

41 - 50 Tahun 5 6.3 100

51 Tahun ke Atas 0 0 100

Jumlah 80 100 100 Jadual 4.2 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Umur

Carta dan jadual 4.2 menunjukkan taburan dan analisis bilangan serta peratusan responden

mengikut umur. Berdasarkan data di atas, seorang responden berumur 19 tahun ke bawah

(1.3%), seramai 68 responden berumur dari 20 hingga 30 tahun (85%), 6 responden berumur

dari 31 hingga 40 tahun (7.5%), 5 responden berumur dari 41 hingga 50 tahun (6.3%) dan tiada

responden berumur 51 tahun ke atas.

Carta 4.3 : Taburan Responden Mengikut Status

Page 21: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

18

Status Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

Bekerja 15 18.8 18.8

Belajar 57 71.3 90.1

Lain-lain 8 10 100

Jumlah 80 100 100 Jadual 4.3 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Berdasarkan Status

Carta dan jadual 4.3 menunjukkan taburan dan analisis bilangan serta peratusan responden

berdasarkan status. Berdasarkan data yang diperolehi, seramai 15 responden berstatus bekerja

(18.8%), 57 responden berstatus belajar (71.3%), dan 8 responden berstatus lain seperti tidak

bekerja atau tidak menyambung pengajian (10%).

4.1.1.2 Bahagian B: Kepekaan Responden Terhadap SOP Mengikut Prinsip Rukun Negara

Dapatan berdasarkan kepekaan responden terhadap SOP merangkumi soalan:

1. Maksud disebalik SOP

2. Pendapat responden terhadap SOP mengikut prinsip rukun negara

Graf 4.4 : Taburan Responden Berdasarkan Maksud Disebalik SOP

Pilihan Jawapan Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

Standard Operating Procedure 72 90 90

Summary Operation Procedure 4 5 95

Standard Operation Plus 0 0 95

Tidak Pasti 4 5 100

Jumlah 80 100 100 Jadual 4.4 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Berdasarkan Maksud Disebalik SOP

Page 22: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

19

Carta dan jadual 4.4 menunjukkan data analisis berdasarkan maksud disebalik SOP.

Berdasarkan data yang diperolehi, seramai 72 responden mengetahui maksud SOP (90%)

manakala 4 responden tidak mengetahui maksud SOP (5%) dan 4 lagi responden tidak pasti

(5%).

Carta 4.4 : Taburan Responden Berdasarkan Pematuhan Terhadap SOP Yang Dijalankan

Oleh Kerajaan

Pilihan Jawapan Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

Sangat tidak setuju 2 2.5 2.5

Tidak setuju 4 5 7.5

Tidak pasti 5 6.3 13.8

Setuju 31 38.8 52.6

Sangat setuju 38 47.5 100

Jumlah 80 100 100 Jadual 4.4 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Berdasarkan Pematuhan Terhadap

SOP Yang Dijalankan Oleh Kerajaan

Carta dan jadual 4.4 menunjukkan data analisis berdasarkan pematuhan terhadap SOP yang

dijalankan oleh kerajaan. Berdasarkan data di atas, seramai 2 responden berpendapat sangat

tidak setuju (2.5%), 4 responden berpendapat tidak setuju (5%), 5 responden berpendapat tidak

pasti (6.3%), 31 responden berpendapat setuju (38.8%) dan seramai 38 responden berpendapat

sangat setuju (47.5%).

Page 23: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

20

Carta 4.5 : Taburan Responden Berdasarkan Majoriti Rakyat Malaysia Patuh Terhadap SOP

Pilihan Jawapan Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

Sangat tidak setuju 7 8.8 8.8

Tidak setuju 40 50 58.8

Tidak pasti 9 11.3 70.1

Setuju 19 23.8 93.9

Sangat setuju 5 6.3 100

Jumlah 80 100 100

Jadual 4.5 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Berdasarkan Majoriti Rakyat

Malaysia Patuh Terhadap SOP

Carta dan jadual 4.5 menunjukkan data analisis berdasarkan majoriti rakyat Malaysia patuh

terhadap SOP. Berdasarkan data di atas, seramai 7 responden berpendapat sangat tidak setuju

(8.8%), 40 responden berpendapat tidak setuju (50%), 9 responden berpendapat tidak pasti

(11.3%), 19 responden berpendapat setuju (23.8%) dan seramai 5 responden berpendapat

sangat setuju (6.3%).

Carta 4.6 : Taburan Responden Berdasarkan Langkah Mengenakan Kompaun Kepada Rakyat

Malaysia

Page 24: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

21

Pilihan Jawapan Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

Sangat tidak setuju 1 1.3 1.3

Tidak setuju 9 11.3 12.6

Tidak pasti 14 17.5 30.1

Setuju 33 41.2 71.3

Sangat setuju 23 28.7 100

Jumlah 80 100 100 Jadual 4.6 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Berdasarkan Langkah Mengenakan

Kompaun Kepada Rakyat Malaysia

Carta dan jadual 4.6 menunjukkan data analisis berdasarkan langkah mengenakan kompaun

kepada rakyat Malaysia. Berdasarkan data di atas, seramai 1 responden berpendapat sangat

tidak setuju (1.3%), 9 responden berpendapat tidak setuju (11.3%), 14 responden berpendapat

tidak pasti (17.5%), 33 responden berpendapat setuju (41.2%) dan seramai 23 responden

berpendapat sangat setuju (28.7%).

Carta 4.7 : Taburan Responden Berdasarkan Pegangan Agama

Pilihan Jawapan Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

Sangat tidak setuju 1 1.3 1.3

Tidak setuju 0 0 1.3

Tidak pasti 1 1.3 2.6

Setuju 17 21.3 23.9

Sangat setuju 61 76.3 100

Jumlah 80 100 100 Jadual 4.7 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Berdasarkan Pegangan Agama

Page 25: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

22

Carta dan jadual 4.7 menunjukkan data analisis berdasarkan pegangan agama. Berdasarkan

data di atas, seramai 1 responden berpendapat sangat tidak setuju (1.3%), tiada responden

berpendapat tidak setuju, 1 responden berpendapat tidak pasti (1.3%), 17 responden

berpendapat setuju (21.3%) dan seramai 61 responden berpendapat sangat setuju (76.3%).

Carta 4.8 : Taburan Responden Berdasarkan Jika Rakyat Malaysia Taat Kepada Raja dan

Negara

Pilihan Jawapan Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

Sangat tidak setuju 2 2.5 2.5

Tidak setuju 4 5 7.5

Tidak pasti 16 20 27.5

Setuju 30 37.5 65

Sangat setuju 28 35 100

Jumlah 80 100 100 Jadual 4.8 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Berdasarkan Jika Rakyat Malaysia

Taat Kepada Raja dan Negara

Carta dan jadual 4.8 menunjukkan data analisis berdasarkan jika rakyat Malaysia taat kepada

raja dan negara. Berdasarkan data diperolehi, seramai 2 responden berpendapat sangat tidak

setuju (2.5%), 4 responden berpendapat tidak setuju (5%), 16 responden berpendapat tidak

pasti (20%), 30 responden berpendapat setuju (37.5%) dan seramai 28 responden berpendapat

sangat setuju (35%).

Page 26: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

23

Carta 4.9 : Taburan Responden Berdasarkan Pilihan Raya Yang Dibatalkan Pada Tahun 2020

Bagi Menggalakkan Rakyat Malaysia Mematuhi SOP

Pilihan Jawapan Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

Sangat tidak setuju 3 3.8 3.8

Tidak setuju 3 3.8 7.6

Tidak pasti 11 13.8 21.4

Setuju 17 21.3 42.7

Sangat setuju 46 57.5 100

Jumlah 80 100 100 Jadual 4.9 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Berdasarkan Pilihan Raya Yang

Dibatalkan Pada Tahun 2020 Bagi Menggalakkan Rakyat Malaysia Mematuhi SOP

Carta dan jadual 4.9 menunjukkan data analisis berdasarkan pilihan raya yang dibatalkan pada

tahun 2020 bagi menggalakkan rakyat Malaysia mematuhi SOP. Berdasarkan data diperolehi,

seramai 3 responden berpendapat sangat tidak setuju dan tidak setuju (3.8%), 11 responden

berpendapat tidak pasti (13.8%), 17 responden berpendapat setuju (21.3%) dan seramai 46

responden berpendapat sangat setuju (57.5%).

Carta 4.10 : Taburan Responden Berdasarkan Kerajaan Mengetatkan SOP

Page 27: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

24

Pilihan Jawapan Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

Sangat tidak setuju 0 0 0

Tidak setuju 3 3.8 3.8

Tidak pasti 3 3.8 7.6

Setuju 18 22.5 30.1

Sangat setuju 56 70 100

Jumlah 80 100 100

Jadual 4.10 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Berdasarkan Kerajaan Mengetatkan

SOP

Carta dan jadual 4.10 menunjukkan data analisis berdasarkan kerajaan mengetatkan SOP.

Berdasarkan data diperolehi, tiada responden berpendapat sangat tidak setuju, 3 responden

berpendapat tidak setuju dan tidak pasti (3.8%), 18 responden berpendapat setuju (22.5%) dan

seramai 56 responden berpendapat sangat setuju (70%).

Carta 4.11 : Taburan Responden Berdasarkan Perayaan-Perayaan di Malaysia Ditangguhkan

Bagi Mengelakkan Kenaikan Nilai R

Pilihan Jawapan Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

Sangat tidak setuju 0 0 0

Tidak setuju 5 6.3 6.3

Tidak pasti 21 26.3 32.6

Setuju 28 35 67.6

Sangat setuju 26 32.5 100

Jumlah 80 100 100 Jadual 4.11 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Berdasarkan Perayaan-Perayaan di

Malaysia Ditangguhkan Bagi Mengelakkan Kenaikan Nilai R

Page 28: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

25

Carta dan jadual 4.11 menunjukkan data analisis berdasarkan perayaan-perayaan di Malaysia

ditangguhkan bagi mengelakkan kenaikan nilai R. Berdasarkan data diperolehi, tiada

responden berpendapat sangat tidak setuju, 5 responden berpendapat tidak setuju (6.3%), 21

responden berpendapat tidak pasti (26.3%), 28 responden berpendapat setuju (35%) dan

seramai 26 responden berpendapat sangat setuju (32.5%).

Carta 4.12 : Taburan Responden Berdasarkan Rukun Negara Penting Bagi Memastikan

Rakyat Malaysia Patuh Akan SOP

Pilihan Jawapan Bilangan Peratus (%) Peratus Kumulatif (%)

Sangat tidak setuju 3 3.8 3.8

Tidak setuju 3 3.8 7.6

Tidak pasti 14 17.5 25.1

Setuju 28 35 60.1

Sangat setuju 32 40 100

Jumlah 80 100 100 Jadual 4.12 : Analisis Bilangan dan Peratusan Responden Berdasarkan Rukun Negara Penting

Bagi Memastikan Rakyat Malaysia Patuh Akan SOP

Carta dan jadual 4.12 menunjukkan data analisis berdasarkan rukun negara penting bagi

memastikan rakyat Malaysia patuh akan SOP . Berdasarkan data di atas, seramai 3 responden

berpendapat sangat tidak setuju dan tidak setuju (3.8%), 14 responden berpendapat tidak pasti

(17.5%), 28 responden berpendapat setuju (35%) dan seramai 32 responden berpendapat sangat

setuju (40%).

Page 29: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

26

4.2 Analisis Umum

Analisis yang dijalankan ke atas 80 orang responden yang merupakan rakyat Malaysia dengan

pelbagai generasi umur dalam lingkungan remaja dan dewasa. Dari analisis yang telah

dijalankan, rakyat Malaysia sangat memahami konsep rukun negara bagi mematuhi SOP yang

telah dibuat oleh pihak kerajaan bagi melandaikan lengkung jangkitan Covid-19 di Malaysia

yang semakin serius kebelakangan ini.

Di samping itu juga, kajian mendapati bahawa majoriti daripada responden yang

menjawab soal selidik adalah wanita. Bagi lingkungan umur pula, kebanyakannya adalah

berumur dalam lingkungan 20-30 tahun dan majoriti responden masih melanjutkan pelajaran.

Selain itu juga, dalam mengenalpasti adakah responden memahami sejelasnya tentang maksud

SOP dan pelaksanaanya di negara ini. Sebanyak 90% memahami maksud SOP iaitu ‘Standard

Operating Procedure’ dan 47.5% sangat setuju pematuhan SOP yang dilaksanakan oleh pihak

kerajaan. Sehubungan dengan itu, kajian ini dapat mengetahui sejauh manakah rakyat Malaysia

mematuhi SOP yang telah dilakukan oleh kerajaan. Sebanyak 50% tidak setuju bahawa rakyat

Malaysia tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Selain itu,

soalan seterusnya mengenai kewajaran mengenakan kompaun kepada rakyat yang tidak

mematuhi SOP. Sebanyak 41.2% setuju dengan kewajaran pihak berkuasa mengenakan

kompaun kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Data soal selidik yang seterusnya ialah mengenai pegangan agama yang tersendiri

menyuruh seseorang itu ke arah kebaikan daripada ke arah keburukan. Sebanyak 76.3% sangat

setuju dengan kenyataan ini. Seterusnya adalah mengenai ketaatan kepada raja dan negara

dapat mempraktikkan masyarakat mematuhi SOP yang telah dilaksanakan di negara ini.

Sebanyak 37.5% setuju dengan kenyataan yang telah dibuat. Selain itu juga adalah mengenai

wajarkah pilihan raya dibatalkan pada tahun lepas bagi mematuhi SOP yang dijalankan.

Sebanyak 57.5% sangat setuju dengan soalan soal selidik ini. Seterusnya adalah mengenai

pihak kerajaan perlu mengetatkan SOP supaya rakyat mematuhinya. Sebanyak 70% sangat

setuju bagi memperketatkan lagi SOP untuk melandaikan lengkung jangkitan Covid-19.

Disamping itu, soalan soal selidik seterusnya mengenai kewajaran penangguhan perayaan-

perayaan yang terdapat di Malaysia bagi mengelakkan kenaikan nilai R iaitu kebolehjangkitan

kes positif Covid-19. Sebanyak 35% setuju dengan penangguhan perayaan-perayaan yang yang

terdapat di Malaysia. Akhir sekali bagi soalan soal selidik mengenai kepentingan prinsip rukun

negara bagi pematuhan SOP oleh rakyat Malaysia. Sebanyak 40% sangat setuju mengenai

kepentingan rukun negara dalam pelaksanaan SOP di Malaysia.

Page 30: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

27

4.3 Penutup

Secara keseluruhannya, dapatan kajian dapat dijelaskan dengan lebih terperinci berdasarkan

borang soal selidik menggunakan platform ‘Google Form’. Selain itu juga, kajian ini adalah

umum iaitu boleh dijawab oleh semua iaitu rakyat Malaysia. Justeru itu, kajian ini dapat

memperoleh data dari segala kelompok masyarakat samada generasi muda mahupun generasi

tua.

Page 31: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

28

BAB 5

PERBINCANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membentangkan hasil penemuan kajian yang telah dilaporkan dan kesesuaiannya

menjawab objektif-objektif kajian yang telah ditetapkan. Perbincangan akan dilakukan dengan

membuat perbandingan keputusan hipotesis memenuhi objektif kajian. Melalui perbincangan

tersebut, kesimpulan tentang kajian diperolehi dan melaluinya beberapa cadangan dapat

digunapakai dalam pematuhan SOP yang ditetapkan serta mengurangkan kadar penularan

Covid-19. Kajian ini telah mencapai objektif-objektif kajian seperti dibawah:

1. Untuk membendung wabak penyakit Covid-19 ini daripada menular dari satu

kawasan ke satu kawasan yang lain.

2. Ingin memastikan kesejahteraan rakyat dalam keadaan yang baik semasa Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

5.2 Perbincangan Pada bahagian ini, pengkaji akan membincangkan hasil kajian yang diperolehi daripada

analisis kajian yang telah dibuat dan membuat kesimpulan daripada hasil kajian ini.

Perbincangan ini terbahagi kepada empat hasil dapatan kajian:

1. Latar belakang responden

2. Punca SOP dilaksanakan

3. Menangani wabak virus COVID-19

4. Kesan sop berlandaskan rukun negara

5.2.1 Latar Belakang Responden

Bahagian A menunjukkan reponden perempuan lebih daripada responden lelaki. Dalam 80

orang responden, responden berumur 20-30 tahun adalah responden yang paling ramai iaitu

85% diikuti 7.5% daripada umur 31-40 tahun. Untuk umur 41-50 tahun,kadar peratusan adalah

6.3% dan yang berumur 19 tahun ke bawah adalah 1.3%. Seterusnya responden bagi jantina

pula, paling ramai adalah perempuan iaitu 75% manakala lelaki adalah 25%. Responden bagi

status pula, responden dari status belajar adalah paling banyak iaitu 71.3 % diikuti 18.8% yang

berstatus bekerja dan 10% berstatus lain-lain.

Page 32: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

29

5.2.2 Kesan Terhadap Pematuhan Sop

Soal selidik bahagian B menunjukkan seramai 47.5% orang reponden sangat setuju menerima

penwujudan SOP. Ini disebabkan dengan penwujudan SOP ini, kadar peningkatan kes COVID-

19 akan lebih berkurang dan dapat dibendung dengan baik. Ini disebabkan dari segi pemakaian

‘hand sanitizer’ dapat membasmi kuman dan pemakaian pelitup muka juga mungkin mampu

mengurangkan kadar jangkitan berlaku melalui rongga-rongga pernafasan serta dalam masa

yang sama kes juga dapat dikurangkan manakala 38.8% orang responden hanya setuju dengan

pematuhan SOP ini kerana apa yang dapat kita lihat pada hari ini, kes masih lagi terkawal

walaupun tiada penurunan kes berlaku. Seramai 6.3% orang responden memilih tidak pasti

kerana mereka masih lagi ragu-ragu terhadap pematuhan SOP ini kerana kadar jangkitan masih

lagi berlaku sehingga kini walaupun SOP telah dilaksanakan dan juga suntikan vaksin telah

dilaksanakan kepada beberapa individu. Seterusnya, seramai 5% tidak setuju dengan

pematuhan SOP ini disebabkan mereka melihat kes tidak menurun dan 2.5% memilih sangat

tidak setuju kerana kadar pematuhan SOP dari segi pemakaian pelitup muka mampu

melemahkan tubuh badan kerana manusia akan menghirupkan kembali karbon dioksida yang

terperangkap dalam pelitup muka.

Seterusnya, dapatan kajian berdasarkan punca kes COVID-19 meningkat adalah

disebabkan oleh segelintir individu yang masih degil terhadap SOP yang ditetapkan dan juga

melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kejadian ini berlaku disebabkan oleh individu

yang ingin pulang kek kampung halaman masing-masing dengan menggunakan pelbagai cara

tipu helah sehingga memperdayakan pihak berkuasa. Hal ini akan menyebabkan kadar

penularan akan akan berlaku dengan lebih tinggi. Oleh itu, terdapat beberapa kepentingan dan

kebaikan terhadap SOP yang dilaksanakan antaranya adalah:

a) Dapat membasmi kuman yang ada pada tangan atau tubuh badan kita

b) Dapat mengawal kadar jangkitan

c) Kadar penularan dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain dapat dielakkan.

5.2.3 Menangani Wabak Virus COVID-19

Dalam hal ini, kita memerlukan sokongan daripada pelbagai seperti kerajaan, rakyat,

kakitangan awam dan pelbagai lagi. Ini kerana ingin memastikan apa-apa program yang

dijalankan oleh kerajaan dalam menangani isu wabak virus COVID-19 dapat dijalankan

dengan lancar kerana kadar jangkitan telah mencecah sehingga ribuan angka. Dengan itu,

kerajaan telah melaksanakan beberapa program sebagai contoh pematuhan terhadap SOP yang

Page 33: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

30

ditetapkan seperti penjarakan sosial sepanjang satu meter, pemakaian pelitup muka,

penggunaan ‘hand sanitizer’ dan sebagainya.

Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara program yang dijalankan bagi

mengurangkan kadar penularan dan mengelakkan wabak itu merebak dari satu kawasan ke satu

kawasan yang lain. PKP ini dilaksana di kawasan dimana kawasan tersebut mempunyai kadar

kes yang tinggi dan dikategorikan sebagai kawasan merah. PKP ini juga telah dibahagikan

kepada beberapa fasa seperti:

a) PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)

b) PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat)

c) PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan)

d) PKPD (pernitah Kawalan Pergerakan Diperketatkan)

Seterusnya, antara program yang dijalankan adalah ‘lock down’. Ini merupakan satu jalan

yang terbaik bagi mengurangkan kadar penularan wabak kerana kesemua orang terpaksa

berkurung di dalam kediaman masing-masing. Namun dalam kebaikan melaksanakan program

ini terdapat juga keburukan yang diperoleh antaranya kejatuhan ekonomi bagi peniaga-peniaga

kecil, kadar pengangguran meningkat dan sebagainya. Oleh itu, dalam melaksanakan sesuatu

program itu kita perlu menilai dari pelbagai aspek bagi kebaikan kesemua rakyat dan bukan

kepentingan diri sendiri.

Page 34: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

31

BAB 6 CADANGAN DAN KESIMPULAN

6.1 Pengenalan

Bab ini bertujuan untuk membuat kesimpulan terhadap segala penemuan dan hasil yang dapat

dicapai dalam kajian ini tentang persepsi mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

terhadap isu pematuhan SOP masyarakat semasa penularan pandemik Covid-19 dilihat

daripada 5 rukun negara. Beberapa objektif juga dapat dicapai berdasarkan kajian literatur dan

pengumpulan data dinilai melalui analisis-analisis yang dijalankan. Oleh itu, kaedah soal

selidik yang dijalankan telah mewujudkan beberapa cadangan yang dapat dikemukakan bagi

membendung penularan pandemik Covid-19 dalam usaha memastikan kesejahteraan rakyat

dalam keadaan yang baik sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

6.2 Cadangan

Peningkatan bilangan pesakit yang dijangkiti wabak Covid-19 saban hari telah memberi

kesedaran mengenai impak pelaksanaan SOP sepanjang penularan pandemik terhadap pelbagai

sektor antaranya sektor ekonomi rakyat dan negara.

Antara impak pelaksanaan SOP sepanjang penularan pandemik terhadap sektor

ekonomi rakyat dan negara ialah menjejaskan keuntungan dalam aktiviti perniagaan. Hal ini

kerana banyak premis perniagaan yang perlu ditutup akibat mengalami kerugian sepanjang

tempoh pelaksanaan perintah berkurung yang dijalankan bagi mengelakkan penularan wabak

Covid-19. Kepesatan aktiviti pelancongan yang telah disekat akibat pelaksanaan Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) telah menjejaskan ekonomi pengusaha tempat pelancongan serta

menjejaskan ekonomi negara. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan langkah yang boleh

dilakukan bagi mengurangkan kesan pelaksanaan SOP terhadap sektor ekonomi rakyat dan

negara iaitu antaranya ialah:

1. Melaksanakan kaedah perniagaan secara atas talian bagi memudahkan pembeli

memperoleh barangan tanpa perlu ke premis perniagaan tersebut. Dengan ini, peniaga

dapat menjana pendapatan dengan lebih mudah tanpa bersemuka dengan pembeli bagi

mematuhi pelaksanaan SOP dalam usaha memelihara kesihatan dan kesejahteraan

masyarakat.

Page 35: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

32

2. Menjalankan aktiviti pelancongan di negeri masing-masing tanpa rentas negeri. Sektor

industri pelancongan masih boleh dijalankan sekiranya pengusaha mementingkan

pelaksanaan SOP di setiap tempat pelancongan. Pengusaha perlu menghadkan bilangan

pelancong yang dibenarkan masuk ke tempat pelancongan tersebut. Pemakaian pelitup

muka dalam kalangan kakitangan kerja serta pelancong terutamanya di kawasan orang

ramai juga perlu dititikberatkan oleh pihak pengusaha.

3. Melaksanakan kaedah penghantaran barang atau makanan secara dari rumah ke rumah

atau ‘cash on delivery’ (COD) bagi memudahkan pembeli menerima barangan tersebut

tanpa perlu ke tempat orang ramai.

6.3 Kesimpulan

Kesimpulannya, penghayatan prinsip Rukun Negara sangat penting dalam negara kita kerana

ia dapat memberi manfaat bagi mengeratkan hubungan antara kaum tanpa mengira

agama,bangsa dan kedudukan. Dengan ini pembangunan negara dapat dijalankan

dengan pesat pada masa depan, sejajar dengan itu dalam musim PKP ini dapatlah masyarakat

menjadikan Rukun Negara sebagai batu penguat dalam perpaduan kaum yang berada di

negara kita. Oleh itu, pihak kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

harus bertindak seia sekata, sehati sejiwa, bagai aur dengan tebing untuk memupuk kesedaran

tentang kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara.

Mudah-mudahan kita dapat mewujudkan sebuah negara yang sentiasa

dipayungi keharmonian dan kesejahteraan. Melalui perpaduan yang kukuh maka

pertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan dan kestabilan politik dapat dikekalkan dalam

sistem pemerintahan negara yang bercorak demokratik walau dalam musim PKP dan musim-

musim lainnya.

Page 36: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

33

RUJUKAN

COVID-19 Malaysia Updates. (2020). COVID-19 Malaysia (atas talian) http://covid-

19.moh.gov.my/sorotan/112020/patuhi-prosedur-amalan-standard-sop-ketika-menghadiri-

sebarang-jenis-perhimpunan-dan-ketika-berada-di-tempat-awam (6 Mei 2021)

Fahezah Nor Mohamed (2013). Disebalik Makna Prinsip Rukun Negara (atas

talian) https://agri.upm.edu.my/article/disebalik_makna_prinsip_rukun_negara-43449

(Januari 2013).

Pengertian SOP – Apa itu SOP Standard Operating Procedures | Ahli Presentasi Dot Com.

(2014). Ahli Presentasi Dot Com | Sajian Presentasi Dahsyat dalam Bidang Manajemen (atas

talian) https://ahlipresentasi.com/pengertian-sop-apa-itu-sop-standard-operating-procedures/

(6 Mei 2021)

MyGOV – The Government of Malaysia’s Official Portal. (2021). Malaysia.gov.my (atas

talian) https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30110?language=my (6 Mei 2021)

Dr Hafidz Hakimi Haron. (2021). Memelihara Kedaulatan Undang-Undang Harus Menjadi

Keutamaan Dalam Menghadapi Cabaran Pandemik (atas talian)

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/memelihara-kedaulatan-undangundang-harus-

menjadi-keutamaan-dalam-menghadapi-cabaran-pandemik-296549 (5 Mei 2021)

Page 37: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …

LAMPIRAN

Page 38: TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMATUHAN SOP …