6
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PEDAGOGI BESTARI

Strategi Direktif

Embed Size (px)

DESCRIPTION

edu murid dan alam belajar

Citation preview

STRATEGI DIREKTIF

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pedagogi bestari PENGENALANSekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara SISTEMIK dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat.Terdapat 4 elemen utama:- Ciri-ciri pelajar - Strategi pdp - Kemahiran generik- Pendekatan pembelajaran

STRATEGI PDP PEDAGOGI BESTARI Pengajaran direktif Pengajaran mediatifPengajaran generatifPengajaran melalui pemerhatianPengajaran kontekstualPengajaran metakognitifKajian masa depanDIREKTIF Sesetengah pelajar lebih memahami sesuatu pelajaran yang diajar jika mendapat bimbingan dan arahan guru terutamanya dalam memahami sesuatu konsep. Oleh itu, strategi pembelajaran yang paling sesuai untuk pelajar-pelajar ini adalah strategi pembelajaran direktif. DEFINISI Strategi untuk pemerolehan dan penguasaan pengetahuan, melatih dalam prosedur tertentu termasuk latih tubi, pembelajaran masteri dan pengajaran secara langsung Strategi direktif berperanan untuk membantu pelajar memperoleh maklumat, pengetahuan dan kemahiran. Pelajar diarah untuk mematuhi langkah-langkah tentang sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang disampaikan oleh guru. Melalui strategi direktif pelajar menerima maklumat dan pengetahuan melalui penerangan tentang sesuatu kemahiran konsep daripada guru melalui tunjuk cara, bimbingan dan latihan diikuti ujian untuk menilai kefahaman. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh pelajar adalah replika kepada apa yang disampaikan oleh guru. MODEL ROBERT SLAVIN 1. Menetapkan objektif pembelajaran: Pastikan pelajar diberi penerangan tentang bahan baru yang akan dipelajarinya. Kaitkan dengan pelajaran yang telah dipelajari 2. Mengimbas kembali pengetahuan sedia ada: Pastikan setiap pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada yang diperlukan untuk bahan baru yang akan diajar 3. Menyampaikan bahan baru: Sampaikan bahan baru secara teratur dan jelas menggunakan contoh-contoh dan demonstrasi yang sesuai 4. Meneliti tahap pembelajaran: Ajukan soalan yang sesuai dengan tahap pembelajaran 5. Memberi latihan kendiri: Pastikan pelajar diberi bimbingan dan tunjuk ajar sebelum diberi latihan kendiri 6. Menilai prestasi dan memberi maklum balas: Pastikan pelajar diberi penilaian dan maklumbalas yang sesuai. Jika perlu, ulangkaji semula apa yang telah diajar 7. Memberi latihan tambahan: Pastikan latihan tambahan yang diberikan memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari dalam situasi yang berbeza