Upload
duongphuc
View
263
Download
12
Embed Size (px)
Citation preview
SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR
11 JULAI 2014
HAJI MD KHAIRI BIN SELAMAT
PENGARAH
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR
KANDUNGAN
1 • LATAR BELAKANG
2 • PASUKAN PETUGAS SUMBER AIR ALTERNATIF
3 • PEMBANGUNAN KOLAM
4 • INISIATIF LAIN
5 • KESIMPULAN
KRISIS AIR
TAHUN 1998
Kronologi krisis bekalan air di Selangor dan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur bermula pada 27 Mac hingga
16 September 1998. Berpunca dari musim kemarau yang
ketara dan melibatkan 690 kawasan dan taman
perumahan di Lembah Klang, 1.8 juta pengguna.
Sehingga akhir 1997, JBAS (ketika itu) berupaya
mengeluarkan sejumlah 2553 JLH air bersih manakala
permintaan sebanyak 2454 JLH dengan rizab pengeluaran
3.9%.
April 1999, Dewan Undangan Negeri Selangor telah
meluluskan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999,
dan Lembaga dilancarkan pada 18 Ogos 2000.
LATAR BELAKANG
Pasukan Petugas Sumber Air Alternatif telah ditubuhkan
pada 16 September 2005 untuk mengenal pasti kolam,
tasik, bekas lombong dan juga sumber air bawah tanah
yang sesuai dibangunkan sebagai sumber air alternatif
untuk bekalan air dan seterusnya merangka pelan tindakan
yang perlu bagi pengurusan sumber alternatif tersebut.
Objektif pembangunan sumber air alternatif ialah
menyediakan sumber air tambahan daripada kolam, tasik,
bekas lombong dan air bawah tanah bagi mengatasi
masalah kekurangan bekalan air semasa berlakunya
musim kemarau atau krisis air di Negeri Selangor.
PASUKAN PETUGAS SUMBER AIR ALTERNATIF
Kriteria pemilihan kolam adalah seperti berikut :-
i. Tasik dan bekas lombong adalah berdasarkan
saiznya (>10 ekar);
ii. Lokasi yang berhampiran dengan sungai;
iii. Mempunyai akses masuk yang mudah;
iv. Kedudukan yang berhampiran dengan
mukasauk; dan
v. Kualiti air mematuhi piawaian.
KRITERIA PEMILIHAN KOLAM, TASIK DAN BEKAS
LOMBONG SEBAGAI SUMBER AIR ALTERNATIF
Kajian Kolam Bekas Lombong Sebagai Kolam Takungan
Aliran Air Banjir, Bestari Jaya untuk meningkatkan
kebolehdapatan sumber air bagi Negeri Selangor. Laporan
Akhir Kajian telah diterima daripada Jurutera Perunding
Zaaba Sdn. Bhd pada 31 Disember 2013.
Berdasarkan daripada 8 titik pensampelan yang telah
dijalankan semasa kajian di dalam kawasan kolam bekas
lombong, didapati bahawa 4 titik pensampelan dalam
kategori Kelas II, satu titik pensampelan kelas III dan 3 titik
pensampelan kelas IV bagi Indeks Kualiti Air.
PEMBANGUNAN KOLAM SUMBER AIR ALTERNATIF (HORAS 3000)
KEDUDUKAN KOLAM SUMBER AIR ALTERNATIF NEGERI SELANGOR DI
LEMBANGAN SUNGAI SELANGOR
Muka Sauk LPA
di Sg Selangor
Keluasan kolam takungan adalah 4,200 hektar.
Pembinaanya dilaksanakan secara berfasa yang
mengandungi beberapa kolam dengan fungsi tertentu
dengan anggaran keupayaan (yield) sumber air di antara
2,000 juta liter sehari (JLH) hingga 5,000 JLH. Bagi tujuan
unjuran perancangan, hanya 3000JLH diperakukan.
Terdiri daripada tanah-tanah anak syarikat Kerajaan Negeri
seperti KDEB, PKPS, PNSB, MBI dan ada beberapa tanah
swasta seperti KL Larut (pajakan lombong) dan Maxisegar.
PELAN TABURAN KOLAM /LOMBONG PASIR
Lampiran 1
Fungsi projek pembangunan kolam ini adalah untuk
meningkatkan kebolehdapatan dan simpanan sumber air
Negeri serta mengurangkan kesan banjir di kawasan hilir
termasuk kawasan muka sauk di Bestari Jaya.
Analisa dan permodelan telah dilaksanakan untuk
mengenal pasti keupayaan kolam tersebut sebagai kolam
sumber air alternatif.
Sg. Selangor Model (Existing model in InfoWorks ICM)
Pelan Risiko Banjir Sedia Ada
Model Pelan Risiko Banjir Dengan Cadangan Kolam Takungan
Pelaksanaan pembinaan kolam takungan di Bestari
Jaya adalah sebagai kesinambungan sumber bekalan
air mentah Negeri ketika musim kemarau selain dapat
menyimpan aliran air banjir dari Sungai Selangor.
Berdasarkan permodelan yang dijalankan keluasan
kawasan yang mengalami banjir pada masa ini adalah
9,075 hektar dan dapat dikurangkan kepada 4,308
hektar iaitu sekitar 50% kawasan yang terlibat.
Berdasarkan Kajian Semula Sumber Air Negara (KSAN
2000-2050) bagi analisis hidrologi yang telah dijalankan
adalah didapati bahawa kadar aliran banjir di Stesen
Sungai Selangor (Stesen JPS, Rantau Panjang) bagi
tahun (1960-2010) adalah seperti berikut :
i) 1: 50 ARI (Average Recurrence Interval) ialah 461
m3/s (39,830 JLH)
ii) 1:100 ARI ialah 541 m3/s (46,742 JLH).
iii) ‘7 day low flow’ ialah 9.85 m3/s (851 JLH).
Terdapat banyak lebihan air yang boleh ditakung semasa
aliran air banjir di Sungai Selangor.
0
2000
4000
6000
8000
10000
12000
14000
16000
18000
20000
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31
RES
IDU
AL
FLO
W (
JLH
)
BAKI ALIRAN/RESIDUAL FLOW DI BARAJ BESTARI JAYA
JAN2014
FEB2014
MAC2014
APRIL2014
MEI2014
JUN2014
JULAI2014
DATE
10 Julai 2014, 0 JLH
Mengambil kira baki aliran air di Baraj Bestari Jaya yang
mengalir ke hilir Sungai Selangor yang mana ada
kalanya lebih 16,000 JLH.
Memanfaatkan kewujudan air bumi di kawasan kajian
membantu pengisian semula apabila air di gunakan
sebagai sumber LPA.
Pelaksanaan fasa 1 akan mengeluarkan 1000 JLH untuk
menampung keperluan pembangunan.
Hasil pasir yang dikeluarkan digunakan untuk
menampung kos pelaksanaan projek.
21
HORAS 3000
HORAS 600 dimulakan selepas kajian rekabentuk
HORAS 3000 dilaksanakan.
Bagaimanapun, pelaksanaan berperingkat bermula
dengan HORAS 600 berdasarkan keperluan air mentah
semasa bagi projek mitigasi bekalan air dan jumlah rezab
yang boleh disimpan.
Pelaksanaan HORAS 600 juga sebagai petunjuk
kebolehlaksanaan dan keberkesanan rekabentuk
HORAS 3000 yang lebih besar.
PELAKSANAAN BERPERINGKAT
23
HORAS 600
MAIN POND
FILTER PONDS
INLET
PUMP STATION
Untuk meningkatkan kebolehdapatan dan kadar
simpanan sumber air Negeri ketika musim kemarau atau
aliran rendah di sungai.
Untuk mengurangkan kebergantungan sumber air
daripada pelepasan air empangan dan aliran air sungai.
Untuk mengurangkan kesan banjir di kawasan hilir
termasuk kawasan muka sauk di Bestari Jaya.
Untuk digunakan ketika kecemasan sebagai sumber
menggantikan air sungai dan takungan pemendapan
kelodak.
KEPENTINGAN PEMBANGUNAN PROJEK HORAS
OPERASI PEMBENIHAN AWAN
LUAS bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah
menjalankan operasi pembenihan awan dengan kerjasama pihak Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan juga pihak
swasta.
LUAS juga telah mensasarkan untuk melaksanakan operasi pembenihan awan bermula 27 Mac 2014 sehingga ke hujung
tahun dengan kerjasama pihak JMM dan syarikat swasta bagi
meningkatkan paras air Empangan Sungai Selangor tertakluk
kepada kesesuaian cuaca oleh pihak JMM.
Menjalankan operasi pembenihan awan bersama pakar dari Royal Rainmaking Thailand bagi memperbaiki kaedah dan
teknologi pembenihan awan. Antaranya adalah pembakaran hygroscopic flare di dasar serta di dalam awan dan
penerbangan sehingga 5000 kaki.
INISIATIF LAIN UNTUK MEMASTIKAN SUMBER AIR
MENCUKUPI
OPA bersama JMM di Empangan Klang Gates, Sg. Tinggi dan Sg. Selangor.
Proses pembakaran
‘hygroscopic flare’ di
udara semasa OPA
bagi menggalakkan
penghasilan hujan jika
terdapat awan
bersesuaian jenis
‘towering kumulus’.
OPERASI PEMBENIHAN AWAN
KESIMPULAN LUAS bersama agensi-agensi Kerajaan Negeri
Selangor komited untuk membekalkan sumber air
yang mencukupi dan selamat untuk keperluan
penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Inisiatif yang dilakukan adalah jaminan bahawa
sumber air di Negeri Selangor boleh diperolehi
dengan pengurusan yang cekap.
Keputusan analisa pensampelan yang dikeluarkan
oleh JKM bagi tahun 2011 hingga 2013 dan yang
terkini adalah mematuhi Kualiti Air Mentah yang
Disyorkan (Recommended Raw Water Quality) dan
Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan (National
Standard for Drinking Water Quality).
Sumber air sebagai pemacu
pembangunan dan penjana ekonomi
negeri dalam pelbagai sektor.
KOMITMEN KE HADAPAN
TERIMA KASIH