3
Syarat hukum mencuri : 1. Pencuri tersebut sudah baligh, berakal dan melakukan pencurian itu dengan kehendaknya. 2. Barang yang dicuri itu sedikitnya sampai 1/4 dinar. (harga semasa 1 dinar = 4.25 gm emas = RM 688.00 oleh itu 1/4 dinar bersamaan RM 172.00) 3. Barang itu bukan kepunyaan si pencuri dan tidak ada jalan yang menyatakan bahawa ia berhak atas barang-barang itu. Sekiranya orang yang mencuri harta bapanya, atau salah seorang suami isteri saling mencuri, orang miskin mencuri dari Baitul Maal tidak dipotong tangannya. Apabila telah nyata ia mencuri dengan ada saksi atau mengaku sendiri, selain tangannya wajib dipotong, ia pun wajib mengembalikan harta yang dicurinya. Dalil-dalil lainnya : Pertama : Dari Ibnu Umar r.a berkata, “Baginda (Rasulullah SAW) memotong tangan pencuri kerana mencuri perisai (baju besi) seharga 3 dirham” (Hadis Riwayat Bukhari dalam Al Hudud no.6796 dan Muslim dalam Al Hudud no.1686/6) Kedua : Dari Aisyah r.a, Nabi SAW bersabda, “Tangan harus dipotong kerana mencuri ¼ dinar atau lebih” (Hadis Riwayat Bukhari dalam Al Hudud no.6789) Ketiga : Hadis Riwayat Muslim dalam Al Hudud no.1684/2, “Tangan pencuri tidak dipotong melainkan karena mencuri ¼ dinar atau lebih.” Keempat : Nabi SAW bersabda, “Potonglah kerana mencuri ¼ dinar, dan jangan potong kerana mencuri kurang dari itu.” (Hadis Riwayat Bukhari dalam Al Hudud no.6791) Kelima : Dari Rafi’ bin Khudaij mengatakan, “Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Tidak ada hukum potong kerana mengambil buah-buahan, begitu pula tandan kurma.” (Hadis Riwayat Ahlus Sunan, Abu Dawud dalam Al Hudud no.4388, dan At Tirmidzi dalam Al Hudud 1449).

Syarat Hukum Mencuri

  • Upload
    aza88

  • View
    213

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

fekah

Citation preview

Syarat hukum mencuri :

1. Pencuri tersebut sudah baligh, berakal dan melakukan pencurian itu dengan kehendaknya.

2. Barang yang dicuri itu sedikitnya sampai 1/4 dinar. (harga semasa 1 dinar = 4.25 gm emas = RM 688.00 oleh itu 1/4 dinar bersamaan RM 172.00)

3. Barang itu bukan kepunyaan si pencuri dan tidak ada jalan yang menyatakan bahawa ia berhak atas barang-barang itu.

Sekiranya orang yang mencuri harta bapanya, atau salah seorang suami isteri saling mencuri, orang miskin mencuri dari Baitul Maal tidak dipotong tangannya.

Apabila telah nyata ia mencuri dengan ada saksi atau mengaku sendiri, selain tangannya wajib dipotong, ia pun wajib mengembalikan harta yang dicurinya.

Dalil-dalil lainnya :

Pertama : Dari Ibnu Umar r.a berkata, Baginda (Rasulullah SAW) memotong tangan pencuri kerana mencuri perisai (baju besi) seharga 3 dirham (Hadis Riwayat Bukhari dalam Al Hudud no.6796 dan Muslim dalam Al Hudud no.1686/6)

Kedua : Dari Aisyah r.a, Nabi SAW bersabda, Tangan harus dipotong kerana mencuri dinar atau lebih (Hadis Riwayat Bukhari dalam Al Hudud no.6789)

Ketiga : Hadis Riwayat Muslim dalam Al Hudud no.1684/2, Tangan pencuri tidak dipotong melainkan karena mencuri dinar atau lebih.

Keempat : Nabi SAW bersabda, Potonglah kerana mencuri dinar, dan jangan potong kerana mencuri kurang dari itu. (Hadis Riwayat Bukhari dalam Al Hudud no.6791)

Kelima : Dari Rafi bin Khudaij mengatakan, Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Tidak ada hukum potong kerana mengambil buah-buahan, begitu pula tandan kurma. (Hadis Riwayat Ahlus Sunan, Abu Dawud dalam Al Hudud no.4388, dan At Tirmidzi dalam Al Hudud 1449).

Keenam : Dari Amr bin Syuaib dari ayahnya, dari datoknya, ia mengatakan, Aku mendengar dari Muzainah bertanya pada Rasulullah. Katanya, Wahai Rasulullah, aku datang kepadamu untuk bertanya tentang unta yang tersesat.

Baginda menjawab: "Unta itu membawa sepatunya dan membawa tempat minumnya, ia memakan dedaunan dan meminum air. Biarkanlah ia (jangan diambil) sampai orang yang mencarinya mendapatkannya."

Ia bertanya: "Bagaimana dengan kambing-kambing yang tersesat?"

Baginda menjawab: "Untukmu, untuk saudaramu, atau untuk serigala. Kumpulkan kambing-kambing itu sehingga orang yang mencarinya datang."

Ia bertanya: "Lalu bagaimana dengan hewan yang diambil dari tempat gembalaannya?"

Baginda menjawab: "Ia harus membayarnya dua kali lipat dan dihukum cambuk. Sedangkan apa yang diambil dari tempat derum unta, maka ia harus dipotong. Apabila yang diambil mencapai harga perisai (1/4 dinar).

Ia bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana hukum buah-buahan dan apa yang diambil dari tangkainya?"

Baginda menjawab: "Barangsiapa yang mengambil darinya dengan mulutnya dan tidak mengantonginya, maka tidak ada hukuman atasnya. Dan barangsiapa yang membawanya, maka ia harus membayarnya dua kali dan dihukum cambuk. Apa yang diambil dari penjemurannya (tempat pengeringan biji kurma dan gandum), maka ia dipotong apabila yang diambil mencapai harga perisai. Bila tidak mencapai harga perisai, maka ia membayar denda dua kali lipat dan beberapa kali cambukan.

(Hadis Riwayat Ahlus Sunan, tetapi ini hadis riwayat an-Nasai, Abu dawud dalam Al Hudud no.4390; dan an-Nasai dalam Qath as-Sariq no. 4959.)

Sahabat yang dimuliakan,

Hukum hudud yang dijalankan adalah bersumber dari al-Quran dan Al-Hadis yang dalam pelaksanaannya merupakan sebahagian dari ibadah kita kepada Allah SWT.

Hukumnya juga lengkap, seperti yang dijelaskan diatas, dari bagaimana keadaan barang yang dicuri, berapa nilainya, kepemilikannya, hingga keadaan si pencuri. Hukum hudud hanya akan dijalankan apabila tidak menimbulkan syak atau keraguan. Jika bukti-bukti meragukan hukum tersebut tidak akan dilaksanakan kepada orang yang dituduh. Begitu adilnya hukum Islam, segala perlaksanaannya akan dilaksanakan dengan seadil-adilnya tidak mengira siapa saja samaada pemimpin, orang kaya, orang miskin atau rakyat jelata.

Perlu diingatkan bahawa Allah SWT menurunkan hukum hudud adalah bukan untuk menzalimi manusia tetapi ianya adalah sebagai peringatan yang tegas. Tarbiah, kesedaran dan dakwah harus berjalan terlebih dahulu sehingga hati dan jiwa manusia merasai takut kepada seksaan Allah SWT di hari akhirat maka dengan perasaan takut ini melahirkan iman dan takwa dan akan menghalang daripada melakukan kemungkaran dan jenayah yang membawa kepada dosa.

Salah satu tujuan dijatuhkan hukuman kepada pesalah jenayah hudud adalah supaya pelaku kejahatan tidak akan mengulangi perbuatannya lagi. Dan pastinya, seseorang yang sudah terkena hukuman potong tangan pastinya sudah sedar dan menyesal di atas perbuatannya yang lalu, jika tidak sedar juga maka memang layaklah dia dihukum dengan hukuman yang lebih berat lagi.

Kenapa 1/4 dinar? Kerana Rasulullah SAW pernah memberikan sedekah kepada seorang miskin untuk makannya dan keluarganya. Maksudnya ukuran 1/4 dinar adalah ukuran yang cukup untuk memberi makan satu keluarga.

Jadi sudah jelas bahwa Islam itu tidak kejam. Maka jangan percaya jika ada berita tentang pelaksanaan hukum potong tangan terhadap anak kecil yang mencuri sepotong roti, kerana dapat dipastikan bahawa anak tersebut belum baligh dan sepotong roti tidaklah sampai dengan 1/4 dinar. Dizaman khalifah Umar bin al-Khattab pernah ditangguhkan hukuman potong tangan kerana zaman kemarau dan seseorang mencuri kerana kelaparan dan tidak dibayar gaji oleh tuannya.