5
Syarat Pertandingan Tulisan Jawi Ihtifal j-QAF Tahun 2013 PERTANDINGAN TULISAN JAWI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2013 1- Penyertaan : • Terbuka kepada semua murid sekolah kebangsaan (tahun 1 hingga 6), Kementerian Pelajaran Malaysia. • Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan sahaja. 2- Potongan ayat khat : • Akan disediakan oleh urusetia pertandingan. • Menggunakan khat Nasakh sahaja. • Peserta yang menulis selain dari jenis khat Nasakh terkeluar dari pertandingan dan tidak diadili. 3. Peralatan : • Sebarang alat tulis jawi dan dakwat dibawa oleh peserta. • Kertas akan disediakan oleh urusetia pertandingan. • Sekeping kertas sahaja akan dibekalkan kepada setiap peserta. Sebarang kerosakan atau kekotoran pada kertas ditanggung oleh peserta sendiri. • Peserta tidak dibenarkan meminjam dari peserta lain sebarang peralatan semasa pertandingan. 4. Persembahan : • Setiap peserta dikehendaki mempersembahkan sebuah hasil tulisan jawi sahaja. • Persembahan adalah hasil rekaan peserta sendiri. • Sewaktu pertandingan, peserta dilarang meniru peserta lain. • Persembahan tulisan jawi tidak dibenar menggunakan pewarna tambahan kecuali awan larat yang sederhana tidak menenggelamkan tulisan khat.

Syarat Pertandingan Tulisan Jawi Ihtifal 1

  • Upload
    rodiq

  • View
    159

  • Download
    18

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Syarat Pertandingan Tulisan Jawi Ihtifal 1

Citation preview

Syarat Pertandingan Tulisan Jawi Ihtifal j-QAF Tahun 2013

Syarat Pertandingan Tulisan Jawi Ihtifal j-QAF Tahun 2013

PERTANDINGAN TULISAN JAWI SEKOLAH RENDAH TAHUN 20131- Penyertaan :

Terbuka kepada semua murid sekolah kebangsaan (tahun 1 hingga 6), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan sahaja.

2- Potongan ayat khat :

Akan disediakan oleh urusetia pertandingan.

Menggunakan khat Nasakh sahaja.

Peserta yang menulis selain dari jenis khat Nasakh terkeluar dari pertandingan dan tidak diadili.

3. Peralatan :

Sebarang alat tulis jawi dan dakwat dibawa oleh peserta.

Kertas akan disediakan oleh urusetia pertandingan.

Sekeping kertas sahaja akan dibekalkan kepada setiap peserta. Sebarang kerosakan atau kekotoran pada kertas ditanggung oleh peserta sendiri.

Peserta tidak dibenarkan meminjam dari peserta lain sebarang peralatan semasa pertandingan.

4. Persembahan :

Setiap peserta dikehendaki mempersembahkan sebuah hasil tulisan jawi sahaja.

Persembahan adalah hasil rekaan peserta sendiri.

Sewaktu pertandingan, peserta dilarang meniru peserta lain.

Persembahan tulisan jawi tidak dibenar menggunakan pewarna tambahan kecuali awan larat yang sederhana tidak menenggelamkan tulisan khat.

5. Pakaian :

Lelaki (memakai pakaian kebangsaan yan g lengkap bersamping dan bersongkok hitam)

Perempuan ( Berbaju kurung dan bertudung yang sempurna dan bersopan).

Hiasan dan persolekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan.

6. Masa :

Setiap peserta diberi masa 1 jam untuk menulis jawi

Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa yang telah ditetapkan.

7. Pemarkahan :

Dibahagikan kepada 3 bahagian :

Tulisan : 50 markah

Persembahan : 30 markah

Kebersihan :20 markah

JUMLAH 100 markah

8. Penentuan Keputusan :

Peserta mendapat markah tertinggi diisytiharkan sebagai pemenang.

Perserta yang mendapat markah kedua tertinggi akan diisytihar sebagai Naib Johan dan begitulah seterusnya.

Sekiranya terdapat persamaan dari segi pemarkahan, markah akan dirujuk kepada :

Pertama : EjaanKedua : TulisanKetiga : Kebersihan

Sekiranya masih sama. Jemah hakim akan bersidang dan membuat keputusan berdasarkan juri hakim.

Keputusan hakim adalah muktamad.

9. Penghakiman dan Pemarkahan:

9.1 Penghakiman Ejaan :

9.1.1 Aspek Penghakiman :

50 perkataan dinilai untuk diberikan markah

Betul semua perkataan yang ditulis.

Menulis mengikut teks yang telah ditentukan.

Ejaan mengikut ejaan jawi yang dimurnikan keluaran DBP

9.1.2 Kesalahan :

Salah perkataan dipotong satu markah

Salah teks tidak diadili penyertaan.

Didapati meniru tidak akan diadili penyertaannya.

Tertinggal perkataan

9.1.3 Huraian Pemarkahan :

Ejaan yang betul : 50 markah

9.2 Penghakiman Kebersihan :

9.2.1 Bahagian ini dinilai mengikut perkara-perkara berikut :

Tulisan jelas dan mudah dibaca

Tiada kesan tulisan yang dipadam menjadi comot

Awan larat yang tidak menenggelamkann tulisan jawi

Tulisan yang kemas dalam susunan

Awan larat yang mesra alam atau moden

Menggunakan warna yang ada pada bendera jalur gemilang

9.2.2 Kesalahan:

Tulisan jawi tidak boleh dibaca

Awan larat merosakkan tulisan jawi

Tiada lambang yang sensitif menyentuh mana-mana pihak

9.2.3 Pemarkahan Bonus

3 markah bonus disediakan bagi kebersihan kertas yang kemas dan menarik

9.2.4 Huraian pemarkahan kebersihan :

Mutu kebersihan : 17 markah

Bonus : 3 markah

9.3 Penghakiman Tulisan :

9.3.1 Pemarkahan dinilai dari segi :

Tulisan menggunakan khat Nasakh

Besar huruf (fonts) yang sesuai mengikut potongan ayat

Tidak bercampur dengan khat yang lain.

Tulisan mengikut teks.

9.3.2 Kesalahan :

Bukan khat Nasakh

Campuran dengan khat yang lain

Tertinggal perkataan

9.3.3 Pemarkahan Bonus :

Bonus 3 markah disediakan bagi tulisan yang menepati khat Nasakh yan g betul dan amat menarik.

9.3.4 Huraian Pemarkahan :

Susunan tulisan khat : 27 markah

Bonus : 3 markah

SEMUA PERATURAN DI ATAS ADALAH YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, NEGERI PERAK.